AKU CINTA KAMU BAB 11
TENGKU EZKANDAR HEIDI mengisyaratkan
kepada pemandu bot agar bersedia untuk menghidupkan enjin bot dan menuju ke
destinasi rahsianya. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat si dia di
sisi.
Walaupun dengan keadaan yang tak Nampak. Bibirnya masih berceloteh itu ini. Tak
sudah-sudah memberi amaran kepada Tengku Ezkandar Heidi agar tidak membuat
benda yang tidak baik kepadanya. Kepala digelengkan. Si dia memang comel.
Sering sahaja membuatkan Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan tenang bersama
gadis itu. Berbeza dengan gadis lain yang pernah dijumpainya. Triesya
benar-benar berbeza dan yang pasti takkan ada yang sama dengannya.
“Ops! Kita nak naik atas jambatan ni
baby. Carefull.” Tengku Ezkandar
Heidi mengingatkan Trieysa. Kot-kot gadis itu tersalah jalan ke apa. Walaupun
tika itu jemari Triesya kemas di gengamannya dan matanya tak sudah-sudah
mencuri pandang ke arah gadis itu. Kang cik Wifey
terjatuh. Memang masaklah dia.
“Eeee! Nak pergi mana ni?” Soal
Triesya geram. Sejak tadi dia mengikuti Tengku Ezkandar Heidi. Sampainya tidak.
Tengku Ezkandar Heidi tergelak.
“Sabarlah sayang. Kita dah sampai
dah. Just belum tiba ke destinasi
kita. Ok now duduk sini.” Balas
Tengku Ezkandar Heidi dan mendudukkan Triesya di tempat duduk di atas bot
tersebut. Tengku Ezkandar Heidi mengambil tempat duduk di sebelah Triesya dan
memegang tangan gadis itu erat.
“Boleh tak buka penutup mata I ni? Rimaslah….” Rungut Triesya manja.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum mendengar suara manja gadis itu. Di cubit pipi
Triesya lembut.
“Nope!
Not yet. Selepas kita tiba barulah I
bukakan okay. Sabar ya sayang.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya hanya
mampu mengeluh.
10 minit kemudian, mereka tiba di
tempat rahsia Tengku Ezkandar Heidi. Diisyaratkan kepada pemandu bot agar
berhenti dan mematikan enjin bot.
“Did
we there yet?” Soal Triesya tatkala bot sudah berhenti. Terasa ikatan
penutup di matanya dibuka oleh Tengku Ezkandar Heidi. Dengan perlahan Triesya
membukakan matanya yang pedih akibat ditutup dengan lama.
“Tada! Surprise!” Balas Tengku Ezkandar Heidi teruja. Triesya mengerutkan
kening dan membetulkan jacket hitam
milik Tengku Ezkandar Heidi ke tubuhnya. Surprise?
Soal Triesya di dalam hati hairan.
“What
kind of surprise actually? Gelap je…” Balas Triesya hairan dan memandang ke
sekeliling. Gelap sahaja. Yang pasti kini mereka berada di sebuah sungai paya.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan membelai pipi Triesya lembut.
“Tengku Ezkandar Heidi! Don’t you dare doing any bad things to me!”
Amarah Triesya dan menepis tangan Tengku Ezkandar Heidi membelai pipi Triesya.
“I’m
not. Trust me. Now, tengok sana.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan menujuk
ke arah tepi sebelah kanan mereka.
KELIP-KELIP
“Wow!” Ucap Triesya spontan dan
matanya bersinar. Bersinar melihat kelip-kelip yang bercahaya. Cantik! Cantik
sekali.
“Did
You Like It?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Triesya menutup mulutnya yang
sudah terlopong itu. Teruja tahap gaban.
“It’s
so beautiful dear…” Luah Triesya dan ralit memandang kelip-kelip yang
berterbangan. Nampak indah sekali. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum melihat
keletah gadis itu. Mencuit hatinya. Matanya bersinar-sinar melihat kelip-kelip
tersebut.
“Baby…”
Panggil Tengku Ezkandar Heidi dengan menekup kedua-dua tangannya. Triesya
berpaling memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi. Kening dikerutkan. Hairan
melihat perilaku lelaki itu.
“Apa tu?” Soal Triesya hairan.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menaikkan keningnya nakal.
“Kiss
my hand first. Baru I bagi tahu
apa yang ada kat tangan I ni….” Balas
Tengku Ezkandar Heidi nakal dan
menunjukkan tangannya pada Triesya. Triesya mengerutkan dahi.
“Eeee. Tak maulah…” Balas Triesya
dan berpeluk tubuh. Tengku Ezkandar Heidi tergelak.
“Rugi tau tak tengok. Dia nak sangat
jumpa dengan you…” Balas Tengku
Ezkandar heidi nakal. Tangan kembali disuakan kembali kepada Triesya. Gadis itu
mengeluh dan menarik nafas.
“Ok
fine!” Balasnya dan menundukkan kepala sedikit dan mengucup lembut tangan
Tengku Ezkandar Heidi. Tersenyum lebar lelaki itu. Ciuman hangat Trieysa yang
sampai di jemarinya terasa hangat sekali.
“Oh
thank you baby. And now… Tada!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan membuka
kedua-dua telapak tangannya tadi. Terbuntang mata Trieysa dibuatnya.
“Kelip-kelip! How you get it? Oh may god! It’s so cute!” Balas Triesya teruja dan
cuba mengambil kelip-kelip tadi dari tangan Tengku Ezkandar Heidi. Kelip-kelip
berubah tempat. Kini berada di tangan Triesya pula. Di dalam keadaan gelap
sebegitu cahaya kelip-kelip dari tangannya kelihatan indah sekali. Tengku
Ezkandar Heidi tersenyum senang memandang kekasih hatinya tersenyum. Kelihatan
comel sekali. Spontan tangannya mengambil gambar si dia. Triesya yang sedang
ralit melihat kelip-kelip tersebut tidak memperdulikan lagi keadaan
sekelilingnya. Kejutan dari Tengku Ezkandar Heidi benar-benar mengembirakan
hatinya.
**************AKU CINTA
KAMU********************
AKU
dan Tengku Ezkandar Heidi berjalan di tepi pantai. Walaupun sudah meningkat ke
tengah malam. Aku berani kerana ada lelaki ini bersamaku. Tambahan pula,
keadaan sekeliling masih terang berderang lagi. Juga terdapat beberapa golongan remaja yang berkhemah di tepi
pantai. Taklah risau sangat.
Membiarkan kaki di basahi air laut
benar-benar membuatkan aku lupa seketika masalah dan tekanan yang aku hadapi.
Benar-benar membuatkan aku merasa gembira dan tenang. Lebih-lebih lagi berada
di samping lelaki di sebelahku ini. Sejak tadi senyuman manis tak lekang dari
bibirnya. Dan yang pasti, matanya tidak lekang dari merenungku.
Kelip-kelip. Tersenyum aku
dibuatnya. Cantik sekali ciptaan-NYA. Sejak dulu aku teringin melihat
kelip-kelip dan akhirnya hari ini impianku itu tercapai jua. Tengku Ezkandar
Heidi benar-benar memahamiku dan romantic
sekali orangnya. That’s why dia digelar playboy.
“Cantik senyuman you. Buat I tak senang hati sekarang ni. Mesti malam ni I akan mimpikan senyuman manis you
tu…” Ucap Tengku Ezkandar Heidi lembut kepadaku. Pautan jemari kami dikemaskan
olehnya. Aku hanya menjulingkan mataku ke atas. Lelaki ini. Manis sungguh
kata-kata yang keluar dari bibirnya. Terlebih makan gula ke apa dia ni.
“Hell
yarh! Sweet talker.” Balasku selamba. Dia tergelak. Amboi. Nampak kacaklah
pula.
“I’m
not!” Dalihnya dan mengenyitkan matanya kepadaku. See! Tak ke ada ciri-ciri playboy itu.
“Whatever…
Lelaki buaya darat betul! Samalah dengan lelaki kat luar tu!” Balasku geram dan
berpleuk tubuh dan meninggalkan dia di situ. Dia tergelak.
SHOULD LISTEN THIS =)
“Memang, tak ada lelaki. Seseksi
aku. Tapi yang lebih seksi. Banyak.” Nyanyi Tengku Ezkandar Heidi nakal dan
dengan selamba Tengku Ezkandar Heidi berjalan di tepiku dan mengeyitkan
matanya. Aduhai~ Merona merah pipiku olehnya. Malu! Budak-budak muda belia yang
tengah berkhemah semuanya dah tengok kami. Siap bertepuk tangan lagi. Pasti
mereka dengar nyanyian sumbang Tengku Ezkandar Heidi tadi. Eh! Bukan sumbang.
Memang suara dia sedap, tapi aku yang tak dapat nak terima suara dia sedap.
Huhu. Ish! Nakal sangat lagaknya.
“Memang,
tak ada lelaki. Setampan aku. Tapi yang lebih. Tampan, banyak.” Sambungnya lagi
dan berdiri di hadapanku. Mendepakan tangannya dan tersenyum nakal. Terhenti
kakiku melangkah olehnya. Malu ya amat!
This is first time a guy sing a song for me. It’s so romantic and sweet.
“Oh
baby. Baby. Jangan kau marah. Sebab ku kacak. ku…” Belum pun sempat Tengku
Ezkandar Heidi menyudahkan nyanyiannya aku sudah menutup mulutnya dengan
tanganku. Kalau dibiarkan. Mahunya aku cair kat sini.
“Ok-ok.
Fine! I know. You’re handsome. Sexy. And
whatever. I tahu tu.” Balasku padanya dan beralah. Lengannya ku peluk dan
membawanya menjauhi golongan remaja tadi. Siap denagn sorakan lagi mereka
berikan. Seronok sangat agaknya dengar suara merdu si tengku ni. Tengku
Ezkandar Heidi pula dengan nakal mengeyitkan matanya pada mereka dan mengangkat
tangannya. Cis! Mengada-gada.
“Cair
tak?” Bisiknya nakal ke telinga ku sewaktu kami sudah menjauhi golongan remaja
tadi. Aku tergelak. Mahu tak tergelak. Gila selamba lelaki ni. Kalau diingatkan
kembali. Romantic ada. Lucu pun ada. But handsome guy like him? No matter what he’s
done. It’s still look owesome ok. Hehe.
“Takdenya
nak cair. Tahi telinga I cair
adalah.” Balasku selamba dan tergelak. Dia tersenyum.
“You tak pandai menipu tau sayang. Reaksi
muka you dah menunjukkan segalanya.”
Balasnya nakal dan mengeyitkan matanya sekali lagi. Aku mengetap bibir. Eee.
“Whatever.” Balasku malas. Tak tahu nak
cakap apa lagi. Dah red caught dah.
Memang aku cair dengan dia. Nak cakap apa lagi. Huhu. Dia tersenyum dan memeluk
pinggangku.
“Itu
pertama kali dalam hidup I nyanyikan
lagu untuk perempuan…” Luahnya padaku. Aku mengerutkan dahi dan mengangkat
wajahku memandangnya yang tinggi ya amat itu. Dia turut membalas pandanganku
dan tersenyum.
“Mesti
you kata tak percayakan?” Tembaknya.
Aku tersenyum. Macam tahu je. Kepala dianggukkan.
“Sumpah
demi Allah Swt. That’s my first time.
Trust me.” Balasnya dan menarikku agar berhenti melangkah. Kedua bahuku
dipegang dan dahiku dicium penuh kasih.
“Honestly, when I’m with you. I rasa bahagia
sekali. I tak pernah rasa perasaan ni
dengan mana-mana perempuan sayang. It’s
different. Kalau boleh I nak
sehabis daya memikat hati you. Buat you terpikat dengan I. Jatuh cinta dengan I. For the
first time, I’m sing a song for girl and wear couple shirt. Can you believe
that? Entahlah. Sebelum ni, tak pernah terfikir pun nak pakai ni semua.
Rasa tak perlu. But, when I’m with you.
Ianya semula jadi. Rasa nak kongsi dengan you
semua hal. Nak sama colour baju
dengan you pun dah cukup buat I happy. Gilakan?” Luahnya padaku dan
membelai rambutku. Aku? hanya mampu terdiam dan mendengar setiap luahan
perasaannya. Tak salah rasanya aku cuba tuk memahami si dia.
“Dulu, I hanya mampu ketawa melihat lelaki yang sanggup bunuh diri kerana
cinta. Rasa tak logic. But now, I dah faham. I faham apa yang lelaki tu rasa. Memang
cinta buat kita gila. Speacially I. Cinta
I pada you buat I gilaTriesya. I benar-benar ikhlas sayangkan you. Sepenuh hati I sayang… I jujur dengan
perasaan ni. I hope one day, I akan
berpeluang dengar you kata ‘Aku Cinta Kamu Tengku Ezkandar Heidi’.”
Luahnya penuh perasaan padaku. Kedua-dua pipiku diusapnya lembut. Aku memandang
terus ke mata lelaki itu. Matanya penuh mengharap dan jujur, ianya penuh dengan
rasa cinta.
“Kenapa ‘Aku Cinta Kamu’? Soalku hairan. Dia tersenyum.
“For
me, Words ‘Aku Cinta Kamu’,lebih
bermakna berbanding ‘I Love You’. Hati I
lebih berdebar pabila perkataan tu digunakan.” Balasnya nakal dan sempat
matanya dikenyitkan. Aku tergelak kecil dan mencubit kedua pipinya lembut. Oh my! He’s so sweet!
“Kenapa I?” Soalku padanya dan mengusap kedua pipinya. Sempat telapak
tanganku dikucupnya lembut.
“Sebab you adalah tulang rusuk yang diciptakan untuk I…. I
dah pernah jumpa dengan pelbagai ragam dan kecantikan perempuan-perempuan di
luar sana. But when I saw you. Hati I berkata, ‘shes the one’,” Balasnya. Entah
kenapa bibirku mengukirkan senyuman. Jatuh cintakah aku padanya?
************* AKU CINTA KAMU
*****************
SEAWAL
jam 0800 pagi kedengaran bunyi telefon di bilikku berdering. Sesudah subuh tadi
aku kembali tidur. Mataku masih mengantuk. Malam tadi hampir jam 0400 pagi
barulah aku dan Tengku Ezkandar Heidi masuk tidur. Setelah berjalan di tepi
pantai, aku dan dia lepak di balcony
bilik masing-masing. Banyak yang kami bualkan. Lebih-lebih lagi tentang Tengku
Ezkandar Heidi. Kini, aku sudah mengetahui serba serbi mengenai lelaki itu.
Dia tak makan ketam, dia juga tak
pernah jumpa lipas apatah lagi lipan secara nyata,bunga kegemarannya adalah
bunga lily,benda kesayangannya adalah ferrarinya, dia suka berlumba di track, and banyak lagi yang lelaki itu
maklumkan pada aku. Dan aku? Boleh ingat semuanya secara spontan. Gila. Hanya
itu yang mampu hatiku luahkan.
“Hello?”
Suara serakku menjawab. Namun, tiada suara pun yang kedengaran. Mataku tadi
yang tertutup rapat aku buka sedikit dan memandang telefon di tangan. Erk!
siapa ni?
“Hello?”
Panggilku lagi.
“Err. Hello. Baby?” Akhirnya.. Suara garau Tengku Ezkandar Heidi
kedengaran.
“Hubby?
Is that you?” Soalku dan kembali menutup mataku. Mengantuk!
“Yes
sayang. I menganggu you tidur ke?” Soalnya lembut.
“Menganggulah juga. Mengantuk
sangat. I tak cukup tidur….” Aduku
manja padanya. Dia tergelak dan aku suka mendengar suaranya itu. Erk! Dah aku
ni kenapa?
“Sorry
baby… But, I’ve too. I nak bawa you
ke suatu tempat hari ni. Please sayang.
Nanti petang kita dah nak balik dah.” Balasnya padaku. Aku mengeluh. Entah ke
mana lagi Tengku Ezkandar Heidi ingin membawaku.
“Again?
Nak ke mana? Kata nak biar I rest. Ni
bukan rest namanya…” Rungutku pula.
Dia tergelak lagi.
“Alolorh. My baby ni. Manja sangatlah. Wake
up okay. Just for this day. Hanya hari ini untuk kita spend our time together sayang. Please
baby…. Ke you nak I masuk ke bilik you and bangunkan you?” Ugutnya
padaku.
“Jangan! Ok! I bangun!” Spontan aku membuka mata yang mamai dan bangun. Gila!
Tengku Ezkandar Heidi. Sukar diduga orangnya. Nakal ya ampun! Kedengaran
suaranya tergelak di hujung talian.
“That’s
my babe. Get up! Get up! I tunggu you
kat luar bilik you okay. 0830 am sharp! Bye love.” Balasnya ceria
dan memutuskan talian. Aku hanya mampu mengeluh. Lelaki ni. Selalu buat aku tak
keruan. Kalau setiap hari macam ni masak aku!
***********AKU CINTA
KAMU***************
TENGKU EZKANDAR HEIDI tersenyum
memandang Triesya yang memakai dress
rona hitam berjalur putih paras peha. Sedondon dengan dirinya yang memakai baju
singlet corak dan rona yang sama berserta seluar putih. Terserlah tubuhnya yang
tegap itu. Fedora hat tersemat di
kepalanya dan Ray ban. Begitu juga dengan Trieysa.
“Morning
sunshine..” Sapa Tengku Ezkandar
Heidi kepada Triesya dan mengucup lembut dahi kekasih hatinya.
“Morning.
And again?” Balas Triesya dan memandang bajunya dan baju Tengku Ezkandar
yang sedondon itu. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Yes
dear. Sweetkan?” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan senyuman manis. Triesya
tersenyum kecil dan mengelengkan kepalanya. Layanlan jelah. Desis hatinya.
“Apa-apa jelah dear.” Balas Triesya selamba. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan
memeluk pinggang ramping Triesya.
“Jom. Kita breakfast dulu then I
bawa you ke satu tempat okay.” Balas
Tengku Ezkandar Heidi. Triesya menjeling Tengku Ezkandar Heidi di sebelahnya
sewaktu mereka menuju ke restaurant.
“Nak ke mana pula hari ni??” Soal Triesya.
Sedikit teruja di situ. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum. Treisya
mencebik. Geram. Salah ke nak bagitahu? Surpriselah
sangat.
Setiba di luar restaurant, banyak mata-mata pelanggan dan pekerja resort memandang
dua merpati sejoli tersebut. Namun, mereka buat biasa saja. Seperti tak ada apa
yang berlaku. Pastinya rata-rata pelanggan dan pekerja resort tersebut tahu akan status dan gossip mengenai keduanya.
Melainkan pelancong asing.
Tengku Ezkandar Heidi menarikkan
kerusi buat kekasih hatinya dan dia pula mengambil tempat di hadapan Triesya.
Pagi ini mereka berdua lebih senang breakfast
di tepi kolam. Nampak santai. Perasan akan mata-mata yang lainnya. Namun, dia
hanya buat biasa saja. Memang niatnya begitu. Ingin semua tahu akan hubungannya
dan Triesya.
“Can
I ask you something?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kepada Triesya ketika
mereka berdua sedang sarapan pagi. Triesya menaikkan keningnya.
“Ops! Sorry. I lupa. I’ll ask later
I guess.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan sengihan. Lupa. Lupa yang tuan
puteri di hadapannya itu mempunyai Deinophobia.
Triesya hanya tersenyum. Tengku Ezkandar Heidi benar-benar mencuit hati
perempuannya.
**************AKU CINTA
KAMU********************
KEJUTAN yang
Tengku Ekzandar Heidi sediakan untukku adalah menaiki bot mewah miliknya. Bot yang
sengaja dihentikan di tepi laut. Tapi yang pasti pemandangan sekitarnya
benar-benar cantik sekali. membuatkan aku terpukau.
“Suka?” Soalnya kepadaku tika aku
dan dia duduk santai di hadapan bot. Bagaikan berkelah saja lagaknya. Siap ada
jus blackcurrent kegemaranku dan vanilla cake. Iaitu kegemaran tuan
putera kita di sebelah ni. Aku memandangnya di sisi. Senyuman ikhlas aku
berikan.
“Suka sangat…” Balasku padanya. dia
tersenyum dan membelai rambutku yang jatuh menutup wajahku.
“I
sukakan laut…” Jelasku padanya tanpa dipinta.
“Ya?” Soalnya penuh minat. Aku
anggukan kepala.
“A’ah. Dulu my family and I selalu tour
dengan cruise sebab my parents know I love sea. But after…” Kata-kataku
terhenti. Wajahku aku tundukkan. Di saat aku gembira. Mama masih di dalam
fikiranku. Aku tercengang pabila daguku ditarik lembut oleh Tengku Ekandar
Heidi.
“But
after?” Soalnya padaku. Aku tersenyum kelat dan gelengkan kepala. Pipinya
aku usap.
“Hei… I didn’t mind if you nak share
kesedihan you tu dengan I. malah I berbesar hati kerana you
nak share kesedihan you pada I. I adalah sebahagian dari hidup you sekarang ni…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut. Aku
memalingkan wajahku memandang pemandangan indah di hadapan kami. Bebola mata ku
naikkan ke atas. Berharap air mataku tidak akan jatuh.
“My
mom. Dah meninggal dunia 5 years ago…”
Luahku pada Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum kelat memandangnya. Dia terdiam
dan menarik jemariku. Digengamnya erat.
“I’m
sorry to hear that…” Balasnya. Aku mengelengkan kepala. ‘I’m
sorry to hear that.’ Sering kali ku dengari. Semuanya bersimpati akan
nasibku….
“Nahh.
Its okay…”
“But
why?” Soal Tengku Ezkandar Heidi penuh minat. Aku menarik nafas dan
menghembuskan nafas beratku. Seberat masalah yang aku hadapi.
“Excident.”
Balasku pendek dan mengalihkan pandanganku tika air mataku mula jatuh…
“Hei..
Baby… Don’t cry please. Come…” Kata Tengku Ezkandar Heidi cemas dan menarikku
ke dalam pelukkannya.. Dan di dadanya seperti sebelum ini aku memuntahkan
tangisanku di situ.
“I
miss my mom… In this 5 years. People think I’m okay. But I’m not… I rasa
sunyi. Hidup I kosong…Birthday,hari raya and even hari raya haji sekalipun. It’s doesn’t mean anything to me… Hari yang bermakna buat I adalah hari kematian mama… Hari
berkabung I dan hari tu sehingga
sekarang I tak akan lupakan….” Luahku
pada Tengku Ezkandar Heidi. Terasa usapan di belakang tubuhku. Tubuhku semakin
erat dirangkul olehnya. Terasa jatuh sayangku di situ.
“What
About Your Papa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pula. Aku terdiam dengan
soalannya itu. pelukanku di tubuhnya semakin aku eratkan.
“Tak nak share dengan I tentang
papa?” Soalnya lagi dan menundukkan wajahnya memandangku. Aku membalas
pandangan matanya.
“He’s
mean nothing to me. Just that you should know…” Balasku dan kembali
menyandarkan kepalaku di dada sasanya. Bercerita tentang papa. Ku rasa tiada
yang istimewanya. Aku tahu ini keterlaluan. Tetapi jika boleh aku ingin lupakan
papa….
“Okay..
I’m sorry sayang.. I would not ask
about him again if you doesn’t like it. But
I want you know. He’s still your dad and I’m sure he’s love you. Remember that.”
Balas Tengku Ezkandar Heidi penuh pengertian. Sempat dahiku dikucupnya lembut.
Aku yang berada di pelukannya terasa disayangi. Dia benar-benar memahamiku….
“So
how was your hari raya before?” Soal
Tengku Ezkandar Heidi setelah lama kami berdiam diri. Aku memandangnya.
Senyumannya ku balas.
“I’ll
back to Canada… Celebrate it with my granpa and granny.” Jelasku padanya.
Memang setiap hari raya sejak 5 tahun dahulu aku akan balik ke Canada dan
merayakannya bersama keluarga sebelah mama. Jika keluarga sebelah papa. Pasti
papa akan balik ke kg dan kami akan bertembung. Itu yang aku tidak inginkan.
“This
hari raya, would you celebrate it with
me?” Soalnya padaku. Aku mengerutkan dahi dan tersenyum.
“If
it’s still in our 6 months agreement…”
balasku padanya dan mencuit hidung mancungnya. Dia tergelak.
“It’s
not actually. But I’m hope. I’m hope that you can celebrate it with me here. As
your husband….” Balasnya lembut dan merenungku penuh makna. Aku tersenyum
dan menyandarkan kembali kepalaku di dada sasanya.
“Terpulang pada cara you pikat I …” Balasku nakal padanya. Dia tergelak dan mengucup rambutku.
“I
will sayang… I nak jadikan you yang halal buat I …” Bisiknya ke telingaku. Aku hanya tersenyum. Entah kenapa aku
suka mendengar ayat-ayat manisnya. Rasanya tak salah berikan dia peluang…
“Oh
damn!” Rungut Tengku Ezkandar Heidi. Spontan aku mengangkat kepalaku dan
memandangnya.
“Why?”
Soalku hairan.
“The
reporters caught us. Which company is this? Come baby. We’ve to going in to the
bot.” Jelasnya dan menarikku agar masuk ke dalam bot. Aku mengikut saja.
Sempat mataku menjeling ke atas. Okay. Helicopter?
Helicopter dari company mana entah
dan ada seorang jurugambar di atasnya sedang mengambil gambar kami. Oh Crap!
“Hello
Burn!” Kedengaran Tengku Ezkandar Heidi menelefon Burn, PAnya setelah kami
berada di dalam bot. Pemandu bot di arah mengerakkan bot menuju ke resort kembali. Aku yang duduk di kerusi
yang disediakan hanya memerhati. He’s
know what he do right.
**************AKU CINTA KAMU********************
BURN mengarukan
kepalanya yang tidak gatal. Panggilan dari Tengku Ezkandar Heidi tadi
benar-benar membuatkan dirinya serba tak kena. Reporters tersebut dari syarikat mana dia sendiri tidak pasti. Pastilah
Tengku Ezkandar Heidi naik berang. Masanya berdua dengan cik wifeynya terganggu. Jika burn dia
sendiri juga akan merasa berang. Tiada privacy
dirasakan.
‘Nasiblah jadi jutawan alias kekasih
kepada model terkenal ni…’ Desis hati Burn.
Memang berita dan gossip mengenai
kedua-duanya kini semakin menjadi-jadi. Banyak media-media massa ingin
memaparkan kisah percintaan mereka berdua. Boleh dikira couple of the year pun ada.
“Hei Burn. Kenapa nak jumpa ni? You
nak ajak I lunch ke?” Sergah Ben dari tepi Burn yang sedang berdiri menyandar
di kereta Toyota Viosnya itu. Terkejut beruk Burn dibuatnya. Dada di usap. Budak
Ben dipandang dengan pandangan tajam. Rasa nak makan saja.
“Engkau ni Ben. Cubalah tegur tu
baik-baik sikit. Nanti dengan engkau-engkau sekali jalan.” Marah Burn. Ben tergelak.
Memang sengaja dia ingin mengenakan Burn yang lurus itu.
“Apa-apa jelah Burn. So why you nak
jumpa ni?” Soal Ben hairan.
“Ni, aku nak tanya engkau ni. Engkau
ada bagitahu mana media tak tentang Tengku Ezkandar Heidi dan Miss Triesya holiday?” Soal Burn. Ben mengetuk-getuk
dagunya dengan jari. Sedang berfikir.
“Rasanya tak. But, I Cuma inform pada one magazine ni yang Trish tak dapat nak
datang bagi photoshot untuk magazine mereka sebab Trish sedang
bercuti. But I tak pula bagitahu kat
mana and dengan siapa.” Balas Ben
dengan lenguk lembutnya. Burn mengelengkan kepala. Sah! Sah yang Benlah
orangnya.
“Pasti magazine tu yang hantar reporter mereka menjejaki Tengku Ezkandar Heidi
dan Triesya. And know their being caught
okay. Dah kantoi. Tengku dah marah dengan aku. Bagi nama magazine tu pada aku. Aku nak settle kan dengan mereka.” Balas Burn. Spontan
Ben menutup mulutnya yang terlopong.
“Oh myyy! Betul ke? Oh my Trish…”
Balas Ben kesal
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
***************************************************************************************
NENO! NENO! NENO!
EMERGENCY!
EMERGENCY!
BERI LALUAN!
BERI LALUAN!
ERK!
Stop ukeh!
Stop being terencat! Huhuhuhu..
ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA
P/S :: Hi Peepss~ How was the day and how was the story? I hope you like it =) Panjangggggggggg kannnnnn ????????? Hahahahahahaha....
P/S :: Aku nak minta maaf jika ada tersalah perkataan, ejaan, ayat dan sebagainya. Juga, aku nak minta maaf jika ada yang terover dan tersebagainya... Maafkan saya jika saya terlebih sudaahhhhhh~ Like I said before. Please! Please! and please! Think positive ukeh! Chill sudehhhh ~ =)
P/S :: Best tak citer couple ni holiday???????????? Kalau best sila tinggalkan jejak anda ya =) Comment seketttt~~~ Ala-ala wartawan melodi engkau! Trip lebeyyyy~ Hahahahahah....
P/S :: THANKS sudi baca ACK BAB 11 =) Percayalah, saya amat hargainya.... Sob. sob. sob. =')
PLEASE LEAVE YOUR COMMENT AND COME AGAIN. TQ! =)
Till then,
SINCERELY,
Ratu Adriana Nadine.
Sukenya ada n3 baru lg. Tk ye Ratu. Kesian dgn
ReplyDeletemereka berdua ye nk bercuti bersama pun ada je
gangguan dari wartawan. Bila sebut pasal kelip-kelip ni lama betul tak pernah tengok, yg
pernah tengok masa kecik dulu je sekarang dh tak
pernah jumpa dh... nak lagi jgn lupa sambung ye
Ratu....
Anor,
Deleteuwc dear n thanks awk sudi drop comment n bc citer ni.
kshankan. xdew privacy. ye ke wak? best kan. cntik =) ukeh awak. hwaiting~
hai2.. nad!waaa so sweet plus romantic Que EZ ne.
ReplyDeletehahaha...best n3 kali ne ada kelip2 baju couple..
kacau betul reporter tu sian mereka..haiya.but lagi kecian ngan papa n mummy trish.. bila hati trisha nak lmbut forgive her papa n mummy.
nad ... plesss nak n3 lgi best punya.. hahaha n_O
hi dear =)
Deletesweet + romantic eh. hehehe. comellah awk ni =)
ehee. ukeh. in shaa allah next2 n3 akan memaparkan lagi kisah trish dgn papa dia.
thanks again awaknye =)
cmne ye triesya bila dia tau yg que ez tu anak saudara mak tiri dia..pasti gaduh manja2 gitu ngn que ez..kihkihkih :)
ReplyDeleteheee. mmg awk ni sorang ahli berfikirkan? like me =) banyak-banyak readers awk je soal mcm tu. heee. takpe kalau gdh manja. jgn baling periuk belanga sudehhh~ ehehee.
Deleteawk, thanks sudi comment eh :)
i'm lovin it ... !! best3!!! romantikk que ez tu!!!
ReplyDeletebestnyerr kalo dpt tgok kelip2 !!!
wah wah wah
Deletetagline mCd hehehe =)
hee. kan dah tgk kat gambar d atas tu. hehe
thanx awk sudi comment
hehehe!!! kalo tgok yg real punyer mesti lagi..lagi..lagi.. best!!! keke... ^__^___^
ReplyDeletewc ratu ... <3
Heee. cantik sangat wak. :)
Deletesweet btllah TEH ni.. bahagianya triesya tu.. hope cepat2lah kawin.. hihi.. >_<
ReplyDeleteHehe. thanks awak sudi comment =)
Deletehehehe.
masih panjang lagi perjalanan mereka berdua wak
orang kata bukan hubnganlah jika takde badai yang melanda. cehhh. hee. kita nantikan =)
best nya cuti...dpt tengok kelip2 lg tu...sejak x dkampung lg xda pun jumpa kelip2..rindu dgn zmn knk2 dlu..
ReplyDeleteheee. kg awak ada kelipkelip ke dear? bestnyaaa =)
DeleteThanks for the comment dear =)