Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 5 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 11











AKU CINTA KAMU BAB 11







TENGKU EZKANDAR HEIDI mengisyaratkan kepada pemandu bot agar bersedia untuk menghidupkan enjin bot dan menuju ke destinasi rahsianya. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat si dia di 
sisi. Walaupun dengan keadaan yang tak Nampak. Bibirnya masih berceloteh itu ini. Tak sudah-sudah memberi amaran kepada Tengku Ezkandar Heidi agar tidak membuat benda yang tidak baik kepadanya. Kepala digelengkan. Si dia memang comel. Sering sahaja membuatkan Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan tenang bersama gadis itu. Berbeza dengan gadis lain yang pernah dijumpainya. Triesya benar-benar berbeza dan yang pasti takkan ada yang sama dengannya.

            “Ops! Kita nak naik atas jambatan ni baby. Carefull.” Tengku Ezkandar Heidi mengingatkan Trieysa. Kot-kot gadis itu tersalah jalan ke apa. Walaupun tika itu jemari Triesya kemas di gengamannya dan matanya tak sudah-sudah mencuri pandang ke arah gadis itu. Kang cik Wifey terjatuh. Memang masaklah dia.

            “Eeee! Nak pergi mana ni?” Soal Triesya geram. Sejak tadi dia mengikuti Tengku Ezkandar Heidi. Sampainya tidak. Tengku Ezkandar Heidi tergelak.

            “Sabarlah sayang. Kita dah sampai dah. Just belum tiba ke destinasi kita. Ok now duduk sini.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mendudukkan Triesya di tempat duduk di atas bot tersebut. Tengku Ezkandar Heidi mengambil tempat duduk di sebelah Triesya dan memegang tangan gadis itu erat.
           
            “Boleh tak buka penutup mata I ni? Rimaslah….” Rungut Triesya manja. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum mendengar suara manja gadis itu. Di cubit pipi Triesya lembut.

            “Nope! Not yet. Selepas kita tiba barulah I bukakan okay. Sabar ya sayang.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya hanya mampu  mengeluh.

            10 minit kemudian, mereka tiba di tempat rahsia Tengku Ezkandar Heidi. Diisyaratkan kepada pemandu bot agar berhenti dan mematikan enjin bot.

            “Did we there yet?” Soal Triesya tatkala bot sudah berhenti. Terasa ikatan penutup di matanya dibuka oleh Tengku Ezkandar Heidi. Dengan perlahan Triesya membukakan matanya yang pedih akibat ditutup dengan lama.

            “Tada! Surprise!” Balas Tengku Ezkandar Heidi teruja. Triesya mengerutkan kening dan membetulkan jacket hitam milik Tengku Ezkandar Heidi ke tubuhnya. Surprise? Soal Triesya di dalam hati hairan.

            “What kind of surprise actually? Gelap je…” Balas Triesya hairan dan memandang ke sekeliling. Gelap sahaja. Yang pasti kini mereka berada di sebuah sungai paya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan membelai pipi Triesya lembut.

            “Tengku Ezkandar Heidi! Don’t you dare doing any bad things to me!” Amarah Triesya dan menepis tangan Tengku Ezkandar Heidi membelai pipi Triesya.

            “I’m not. Trust me. Now, tengok sana.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan menujuk ke arah tepi sebelah kanan mereka.


KELIP-KELIP



            “Wow!” Ucap Triesya spontan dan matanya bersinar. Bersinar melihat kelip-kelip yang bercahaya. Cantik! Cantik sekali.

            “Did You Like It?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Triesya menutup mulutnya yang sudah terlopong itu. Teruja tahap gaban.

            “It’s so beautiful dear…” Luah Triesya dan ralit memandang kelip-kelip yang berterbangan. Nampak indah sekali. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum melihat keletah gadis itu. Mencuit hatinya. Matanya bersinar-sinar melihat kelip-kelip tersebut.

            “Baby…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi dengan menekup kedua-dua tangannya. Triesya berpaling memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi. Kening dikerutkan. Hairan melihat perilaku lelaki itu.

            “Apa tu?” Soal Triesya hairan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menaikkan keningnya nakal.

            “Kiss my hand first. Baru I bagi tahu apa yang ada kat tangan I ni….” Balas Tengku Ezkandar Heidi  nakal dan menunjukkan tangannya pada Triesya. Triesya mengerutkan dahi.

            “Eeee. Tak maulah…” Balas Triesya dan berpeluk tubuh. Tengku Ezkandar Heidi tergelak.

            “Rugi tau tak tengok. Dia nak sangat jumpa dengan you…” Balas Tengku Ezkandar heidi nakal. Tangan kembali disuakan kembali kepada Triesya. Gadis itu mengeluh dan menarik nafas.

            “Ok fine!” Balasnya dan menundukkan kepala sedikit dan mengucup lembut tangan Tengku Ezkandar Heidi. Tersenyum lebar lelaki itu. Ciuman hangat Trieysa yang sampai di jemarinya terasa hangat sekali.

            “Oh thank you baby. And now… Tada!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan membuka kedua-dua telapak tangannya tadi. Terbuntang mata Trieysa dibuatnya.

            “Kelip-kelip! How you get it? Oh may god! It’s so cute!” Balas Triesya teruja dan cuba mengambil kelip-kelip tadi dari tangan Tengku Ezkandar Heidi. Kelip-kelip berubah tempat. Kini berada di tangan Triesya pula. Di dalam keadaan gelap sebegitu cahaya kelip-kelip dari tangannya kelihatan indah sekali. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum senang memandang kekasih hatinya tersenyum. Kelihatan comel sekali. Spontan tangannya mengambil gambar si dia. Triesya yang sedang ralit melihat kelip-kelip tersebut tidak memperdulikan lagi keadaan sekelilingnya. Kejutan dari Tengku Ezkandar Heidi benar-benar mengembirakan hatinya.





**************AKU CINTA KAMU********************





AKU dan Tengku Ezkandar Heidi berjalan di tepi pantai. Walaupun sudah meningkat ke tengah malam. Aku berani kerana ada lelaki ini bersamaku. Tambahan pula, keadaan sekeliling masih terang berderang lagi. Juga terdapat beberapa  golongan remaja yang berkhemah di tepi pantai. Taklah risau sangat.

            Membiarkan kaki di basahi air laut benar-benar membuatkan aku lupa seketika masalah dan tekanan yang aku hadapi. Benar-benar membuatkan aku merasa gembira dan tenang. Lebih-lebih lagi berada di samping lelaki di sebelahku ini. Sejak tadi senyuman manis tak lekang dari bibirnya. Dan yang pasti, matanya tidak lekang dari merenungku.

            Kelip-kelip. Tersenyum aku dibuatnya. Cantik sekali ciptaan-NYA. Sejak dulu aku teringin melihat kelip-kelip dan akhirnya hari ini impianku itu tercapai jua. Tengku Ezkandar Heidi benar-benar memahamiku dan romantic sekali orangnya. That’s why dia digelar playboy.

            “Cantik senyuman you. Buat I tak senang hati sekarang ni. Mesti malam ni I akan mimpikan senyuman manis you tu…” Ucap Tengku Ezkandar Heidi lembut kepadaku. Pautan jemari kami dikemaskan olehnya. Aku hanya menjulingkan mataku ke atas. Lelaki ini. Manis sungguh kata-kata yang keluar dari bibirnya. Terlebih makan gula ke apa dia ni.

            “Hell yarh! Sweet talker.” Balasku selamba. Dia tergelak. Amboi. Nampak kacaklah pula.

            “I’m not!” Dalihnya dan mengenyitkan matanya kepadaku. See! Tak ke ada ciri-ciri playboy itu.

            “Whatever… Lelaki buaya darat betul! Samalah dengan lelaki kat luar tu!” Balasku geram dan berpleuk tubuh dan meninggalkan dia di situ. Dia tergelak.




SHOULD LISTEN THIS =)


            “Memang, tak ada lelaki. Seseksi aku. Tapi yang lebih seksi. Banyak.” Nyanyi Tengku Ezkandar Heidi nakal dan dengan selamba Tengku Ezkandar Heidi berjalan di tepiku dan mengeyitkan matanya. Aduhai~ Merona merah pipiku olehnya. Malu! Budak-budak muda belia yang tengah berkhemah semuanya dah tengok kami. Siap bertepuk tangan lagi. Pasti mereka dengar nyanyian sumbang Tengku Ezkandar Heidi tadi. Eh! Bukan sumbang. Memang suara dia sedap, tapi aku yang tak dapat nak terima suara dia sedap. Huhu. Ish! Nakal sangat lagaknya.

“Memang, tak ada lelaki. Setampan aku. Tapi yang lebih. Tampan, banyak.” Sambungnya lagi dan berdiri di hadapanku. Mendepakan tangannya dan tersenyum nakal. Terhenti kakiku melangkah olehnya. Malu ya amat! This is first time a guy sing a song for me. It’s so romantic and sweet.

“Oh baby. Baby. Jangan kau marah. Sebab ku kacak. ku…” Belum pun sempat Tengku Ezkandar Heidi menyudahkan nyanyiannya aku sudah menutup mulutnya dengan tanganku. Kalau dibiarkan. Mahunya aku cair kat sini. 

“Ok-ok. Fine! I know. You’re handsome. Sexy. And whatever. I tahu tu.” Balasku padanya dan beralah. Lengannya ku peluk dan membawanya menjauhi golongan remaja tadi. Siap denagn sorakan lagi mereka berikan. Seronok sangat agaknya dengar suara merdu si tengku ni. Tengku Ezkandar Heidi pula dengan nakal mengeyitkan matanya pada mereka dan mengangkat tangannya. Cis! Mengada-gada.

“Cair tak?” Bisiknya nakal ke telinga ku sewaktu kami sudah menjauhi golongan remaja tadi. Aku tergelak. Mahu tak tergelak. Gila selamba lelaki ni. Kalau diingatkan kembali. Romantic ada. Lucu pun ada. But handsome guy like him? No matter what he’s done. It’s still look owesome ok. Hehe.

“Takdenya nak cair. Tahi telinga I cair adalah.” Balasku selamba dan tergelak. Dia tersenyum.

You tak pandai menipu tau sayang. Reaksi muka you dah menunjukkan segalanya.” Balasnya nakal dan mengeyitkan matanya sekali lagi. Aku mengetap bibir. Eee.

Whatever.” Balasku malas. Tak tahu nak cakap apa lagi. Dah red caught dah. Memang aku cair dengan dia. Nak cakap apa lagi. Huhu. Dia tersenyum dan memeluk pinggangku.

“Itu pertama kali dalam hidup I nyanyikan lagu untuk perempuan…” Luahnya padaku. Aku mengerutkan dahi dan mengangkat wajahku memandangnya yang tinggi ya amat itu. Dia turut membalas pandanganku dan tersenyum.

“Mesti you kata tak percayakan?” Tembaknya. Aku tersenyum. Macam tahu je. Kepala dianggukkan.

“Sumpah demi Allah Swt. That’s my first time. Trust me.” Balasnya dan menarikku agar berhenti melangkah. Kedua bahuku dipegang dan dahiku dicium penuh kasih.

Honestly, when I’m with you. I rasa bahagia sekali. I tak pernah rasa perasaan ni dengan mana-mana perempuan sayang. It’s different. Kalau boleh I nak sehabis daya memikat hati you. Buat you terpikat dengan I. Jatuh cinta dengan I. For the first time, I’m sing a song for girl and wear couple shirt. Can you believe that? Entahlah. Sebelum ni, tak pernah terfikir pun nak pakai ni semua. Rasa tak perlu. But, when I’m with you. Ianya semula jadi. Rasa nak kongsi dengan you semua hal. Nak sama colour baju dengan you pun dah cukup buat I happy. Gilakan?” Luahnya padaku dan membelai rambutku. Aku? hanya mampu terdiam dan mendengar setiap luahan perasaannya. Tak salah rasanya aku cuba tuk memahami si dia.

            “Dulu, I hanya mampu ketawa melihat lelaki yang sanggup bunuh diri kerana cinta. Rasa tak logic. But now, I dah faham. I faham apa yang lelaki tu rasa. Memang cinta buat kita gila. Speacially I. Cinta I pada you buat I gilaTriesya. I benar-benar ikhlas sayangkan you. Sepenuh hati I sayang… I jujur dengan perasaan ni. I hope one day, I akan berpeluang dengar you kata ‘Aku Cinta Kamu Tengku Ezkandar Heidi’.” Luahnya penuh perasaan padaku. Kedua-dua pipiku diusapnya lembut. Aku memandang terus ke mata lelaki itu. Matanya penuh mengharap dan jujur, ianya penuh dengan rasa cinta.





            “Kenapa ‘Aku Cinta Kamu’? Soalku hairan. Dia tersenyum.

            “For me, Words Aku Cinta Kamu’,lebih bermakna berbanding ‘I Love You’. Hati I lebih berdebar pabila perkataan tu digunakan.” Balasnya nakal dan sempat matanya dikenyitkan. Aku tergelak kecil dan mencubit  kedua pipinya lembut. Oh my! He’s so sweet!

            “Kenapa I?” Soalku padanya dan mengusap kedua pipinya. Sempat telapak tanganku dikucupnya lembut.

            “Sebab you adalah tulang rusuk yang diciptakan untuk  I…. I dah pernah jumpa dengan pelbagai ragam dan kecantikan perempuan-perempuan di luar sana. But when I saw you. Hati I berkata, ‘shes the one’,” Balasnya. Entah kenapa bibirku mengukirkan senyuman. Jatuh cintakah aku padanya?








************* AKU CINTA KAMU *****************







SEAWAL jam 0800 pagi kedengaran bunyi telefon di bilikku berdering. Sesudah subuh tadi aku kembali tidur. Mataku masih mengantuk. Malam tadi hampir jam 0400 pagi barulah aku dan Tengku Ezkandar Heidi masuk tidur. Setelah berjalan di tepi pantai, aku dan dia lepak di balcony bilik masing-masing. Banyak yang kami bualkan. Lebih-lebih lagi tentang Tengku Ezkandar Heidi. Kini, aku sudah mengetahui serba serbi mengenai lelaki itu.

            Dia tak makan ketam, dia juga tak pernah jumpa lipas apatah lagi lipan secara nyata,bunga kegemarannya adalah bunga lily,benda kesayangannya adalah ferrarinya, dia suka berlumba di track, and banyak lagi yang lelaki itu maklumkan pada aku. Dan aku? Boleh ingat semuanya secara spontan. Gila. Hanya itu yang mampu hatiku luahkan.

            “Hello?” Suara serakku menjawab. Namun, tiada suara pun yang kedengaran. Mataku tadi yang tertutup rapat aku buka sedikit dan memandang telefon di tangan. Erk! siapa ni?

            “Hello?” Panggilku lagi.

            “Err. Hello. Baby?” Akhirnya.. Suara garau Tengku Ezkandar Heidi kedengaran.

            “Hubby? Is that you?” Soalku dan kembali menutup mataku. Mengantuk!

            “Yes sayang. I menganggu you tidur ke?” Soalnya lembut.

            “Menganggulah juga. Mengantuk sangat. I tak cukup tidur….” Aduku manja padanya. Dia tergelak dan aku suka mendengar suaranya itu. Erk! Dah aku ni kenapa?

            “Sorry baby… But, I’ve too. I nak bawa you ke suatu tempat hari ni. Please sayang. Nanti petang kita dah nak balik dah.” Balasnya padaku. Aku mengeluh. Entah ke mana lagi Tengku Ezkandar Heidi ingin membawaku.

            “Again? Nak ke mana? Kata nak biar I rest. Ni bukan rest namanya…” Rungutku pula. Dia tergelak lagi.

            “Alolorh. My baby ni. Manja sangatlah. Wake up okay. Just for this day. Hanya hari ini untuk kita spend our time together sayang. Please baby…. Ke you nak I masuk ke bilik you and bangunkan you?” Ugutnya padaku.

            “Jangan! Ok! I bangun!” Spontan aku membuka mata yang mamai dan bangun. Gila! Tengku Ezkandar Heidi. Sukar diduga orangnya. Nakal ya ampun! Kedengaran suaranya tergelak di hujung talian.

            “That’s my babe. Get up! Get up! I tunggu you kat luar bilik you okay. 0830 am sharp! Bye love.” Balasnya ceria dan memutuskan talian. Aku hanya mampu mengeluh. Lelaki ni. Selalu buat aku tak keruan. Kalau setiap hari macam ni masak aku!






***********AKU CINTA KAMU***************







TENGKU EZKANDAR HEIDI tersenyum memandang Triesya yang memakai dress rona hitam berjalur putih paras peha. Sedondon dengan dirinya yang memakai baju singlet corak dan rona yang sama berserta seluar putih. Terserlah tubuhnya yang tegap itu. Fedora hat tersemat di kepalanya dan Ray ban. Begitu juga dengan Trieysa.

            “Morning sunshine..” Sapa  Tengku Ezkandar Heidi kepada Triesya dan mengucup lembut dahi kekasih hatinya.

            “Morning. And again?” Balas Triesya dan memandang bajunya dan baju Tengku Ezkandar yang sedondon itu. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.

            “Yes dear. Sweetkan?” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan senyuman manis. Triesya tersenyum kecil dan mengelengkan kepalanya. Layanlan jelah. Desis hatinya.

            “Apa-apa jelah dear.” Balas Triesya selamba. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan memeluk pinggang ramping Triesya.

            “Jom. Kita breakfast dulu then I bawa you ke satu tempat okay.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya menjeling Tengku Ezkandar Heidi di sebelahnya sewaktu mereka menuju ke restaurant.

            “Nak ke mana pula hari ni??” Soal Triesya. Sedikit teruja di situ. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum. Treisya mencebik. Geram. Salah ke nak bagitahu? Surpriselah sangat.

            Setiba di luar restaurant, banyak mata-mata pelanggan dan pekerja resort memandang dua merpati sejoli tersebut. Namun, mereka buat biasa saja. Seperti tak ada apa yang berlaku. Pastinya rata-rata pelanggan dan pekerja resort tersebut tahu akan status dan gossip mengenai keduanya. Melainkan pelancong asing.

            Tengku Ezkandar Heidi menarikkan kerusi buat kekasih hatinya dan dia pula mengambil tempat di hadapan Triesya. Pagi ini mereka berdua lebih senang breakfast di tepi kolam. Nampak santai. Perasan akan mata-mata yang lainnya. Namun, dia hanya buat biasa saja. Memang niatnya begitu. Ingin semua tahu akan hubungannya dan Triesya.

            “Can I ask you something?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kepada Triesya ketika mereka berdua sedang sarapan pagi. Triesya menaikkan keningnya.

            “Ops! Sorry. I lupa. I’ll ask later I guess.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan sengihan. Lupa. Lupa yang tuan puteri di hadapannya itu mempunyai Deinophobia. Triesya hanya tersenyum. Tengku Ezkandar Heidi benar-benar mencuit hati perempuannya.







**************AKU CINTA KAMU********************







KEJUTAN yang Tengku Ekzandar Heidi sediakan untukku adalah menaiki bot mewah miliknya. Bot yang sengaja dihentikan di tepi laut. Tapi yang pasti pemandangan sekitarnya benar-benar cantik sekali. membuatkan aku terpukau.

            “Suka?” Soalnya kepadaku tika aku dan dia duduk santai di hadapan bot. Bagaikan berkelah saja lagaknya. Siap ada jus blackcurrent kegemaranku dan vanilla cake. Iaitu kegemaran tuan putera kita di sebelah ni. Aku memandangnya di sisi. Senyuman ikhlas aku berikan.

            “Suka sangat…” Balasku padanya. dia tersenyum dan membelai rambutku yang jatuh menutup wajahku.

            “I sukakan laut…” Jelasku padanya tanpa dipinta.

            “Ya?” Soalnya penuh minat. Aku anggukan kepala.

            “A’ah. Dulu my family and I selalu tour dengan cruise sebab my parents know I love sea. But after…” Kata-kataku terhenti. Wajahku aku tundukkan. Di saat aku gembira. Mama masih di dalam fikiranku. Aku tercengang pabila daguku ditarik lembut oleh Tengku Ekandar Heidi.

            “But after?” Soalnya padaku. Aku tersenyum kelat dan gelengkan kepala. Pipinya aku usap.

            “Hei… I didn’t mind if you nak share kesedihan you tu dengan I. malah I berbesar hati kerana you nak share kesedihan you pada I. I adalah sebahagian dari hidup you sekarang ni…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut. Aku memalingkan wajahku memandang pemandangan indah di hadapan kami. Bebola mata ku naikkan ke atas. Berharap air mataku tidak akan jatuh.

            “My mom. Dah meninggal dunia 5 years ago…” Luahku pada Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum kelat memandangnya. Dia terdiam dan menarik jemariku. Digengamnya erat.

            “I’m sorry to hear that…” Balasnya. Aku mengelengkan kepala. ‘I’m sorry to hear that.’ Sering kali ku dengari. Semuanya bersimpati akan nasibku….

            “Nahh. Its okay…”

            “But why?” Soal Tengku Ezkandar Heidi penuh minat. Aku menarik nafas dan menghembuskan nafas beratku. Seberat masalah yang aku hadapi.

            “Excident.” Balasku pendek dan mengalihkan pandanganku tika air mataku mula jatuh…

            “Hei.. Baby… Don’t cry please. Come…” Kata Tengku Ezkandar Heidi cemas dan menarikku ke dalam pelukkannya.. Dan di dadanya seperti sebelum ini aku memuntahkan tangisanku di situ.

            “I miss my mom… In this 5 years. People think I’m okay. But I’m not… I rasa sunyi. Hidup I kosong…Birthday,hari raya and even hari raya haji sekalipun. It’s doesn’t mean anything to me… Hari yang bermakna buat I adalah hari kematian mama… Hari berkabung I dan hari tu sehingga sekarang I tak akan lupakan….” Luahku pada Tengku Ezkandar Heidi. Terasa usapan di belakang tubuhku. Tubuhku semakin erat dirangkul olehnya. Terasa jatuh sayangku di situ.

            “What About Your Papa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pula. Aku terdiam dengan soalannya itu. pelukanku di tubuhnya semakin aku eratkan.

            “Tak nak share dengan I tentang papa?” Soalnya lagi dan menundukkan wajahnya memandangku. Aku membalas pandangan matanya.

            “He’s mean nothing to me. Just that you should know…” Balasku dan kembali menyandarkan kepalaku di dada sasanya. Bercerita tentang papa. Ku rasa tiada yang istimewanya. Aku tahu ini keterlaluan. Tetapi jika boleh aku ingin lupakan papa….

            “Okay.. I’m sorry sayang.. I would not ask about him again if you doesn’t like it. But I want you know. He’s still your dad and I’m sure he’s love you. Remember that.” Balas Tengku Ezkandar Heidi penuh pengertian. Sempat dahiku dikucupnya lembut. Aku yang berada di pelukannya terasa disayangi. Dia benar-benar memahamiku….

            “So how was your hari raya before?” Soal Tengku Ezkandar Heidi setelah lama kami berdiam diri. Aku memandangnya. Senyumannya ku balas.

            “I’ll back to Canada… Celebrate it with my granpa and granny.” Jelasku padanya. Memang setiap hari raya sejak 5 tahun dahulu aku akan balik ke Canada dan merayakannya bersama keluarga sebelah mama. Jika keluarga sebelah papa. Pasti papa akan balik ke kg dan kami akan bertembung. Itu yang aku tidak inginkan.

            “This hari raya, would you celebrate it with me?” Soalnya padaku. Aku mengerutkan dahi dan tersenyum.

            “If it’s still in  our 6 months agreement…” balasku padanya dan mencuit hidung mancungnya. Dia tergelak.

            “It’s not actually. But I’m hope. I’m hope that you can celebrate it with me here. As your husband….” Balasnya lembut dan merenungku penuh makna. Aku tersenyum dan menyandarkan kembali kepalaku di dada sasanya.

            “Terpulang pada cara you pikat I …” Balasku nakal padanya. Dia tergelak dan mengucup rambutku.

            “I will sayang… I nak jadikan you yang halal buat I …” Bisiknya ke telingaku. Aku hanya tersenyum. Entah kenapa aku suka mendengar ayat-ayat manisnya. Rasanya tak salah berikan dia peluang…

            “Oh damn!” Rungut Tengku Ezkandar Heidi. Spontan aku mengangkat kepalaku dan memandangnya.
           
            “Why?” Soalku hairan.

            “The reporters caught us. Which company is this? Come baby. We’ve to going in to the bot.” Jelasnya dan menarikku agar masuk ke dalam bot. Aku mengikut saja. Sempat mataku menjeling ke atas. Okay. Helicopter? Helicopter dari company mana entah dan ada seorang jurugambar di atasnya sedang mengambil gambar kami. Oh Crap!

            “Hello Burn!” Kedengaran Tengku Ezkandar Heidi menelefon Burn, PAnya setelah kami berada di dalam bot. Pemandu bot di arah mengerakkan bot menuju ke resort kembali. Aku yang duduk di kerusi yang disediakan hanya memerhati. He’s know what he do right




**************AKU CINTA KAMU********************








BURN mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Panggilan dari Tengku Ezkandar Heidi tadi benar-benar membuatkan dirinya serba tak kena. Reporters tersebut dari syarikat mana dia sendiri tidak pasti. Pastilah Tengku Ezkandar Heidi naik berang. Masanya berdua dengan cik wifeynya terganggu. Jika burn dia sendiri juga akan merasa berang. Tiada privacy dirasakan.

            ‘Nasiblah jadi jutawan alias kekasih kepada model terkenal ni…’ Desis hati Burn.

            Memang berita dan gossip mengenai kedua-duanya kini semakin menjadi-jadi. Banyak media-media massa ingin memaparkan kisah percintaan mereka berdua. Boleh dikira couple of the year pun ada.

            “Hei Burn. Kenapa nak jumpa ni? You nak ajak I lunch ke?” Sergah Ben dari tepi Burn yang sedang berdiri menyandar di kereta Toyota Viosnya itu. Terkejut beruk Burn dibuatnya. Dada di usap. Budak Ben dipandang dengan pandangan tajam. Rasa nak makan saja.

            “Engkau ni Ben. Cubalah tegur tu baik-baik sikit. Nanti dengan engkau-engkau sekali jalan.” Marah Burn. Ben tergelak. Memang sengaja dia ingin mengenakan Burn yang lurus itu.

            “Apa-apa jelah Burn. So why you nak jumpa ni?” Soal Ben hairan.

            “Ni, aku nak tanya engkau ni. Engkau ada bagitahu mana media tak tentang Tengku Ezkandar Heidi dan Miss Triesya holiday?” Soal Burn. Ben mengetuk-getuk dagunya dengan jari. Sedang berfikir.

            “Rasanya tak. But, I Cuma inform pada one magazine ni yang Trish tak dapat nak datang bagi photoshot untuk magazine mereka sebab Trish sedang bercuti. But I tak pula bagitahu kat mana and dengan siapa.” Balas Ben dengan lenguk lembutnya. Burn mengelengkan kepala. Sah! Sah yang Benlah orangnya.

            “Pasti magazine tu yang hantar reporter mereka menjejaki Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya. And know their being caught okay. Dah kantoi. Tengku dah marah dengan aku. Bagi nama magazine tu pada aku. Aku nak settle kan dengan mereka.” Balas Burn. Spontan Ben menutup mulutnya yang terlopong.

            “Oh myyy! Betul ke? Oh my Trish…” Balas Ben kesal








B.E.R.S.A.M.B.U.N.G







*************************************************************************************** 




NENO! NENO! NENO!






EMERGENCY! 







EMERGENCY!







BERI LALUAN!






BERI LALUAN!






ERK!







Stop ukeh!







Stop being terencat! Huhuhuhu..







ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA




P/S :: Hi Peepss~ How was the day and how was the story? I hope you like it =) Panjangggggggggg kannnnnn ????????? Hahahahahahaha....


P/S :: Aku nak minta maaf jika ada tersalah perkataan, ejaan, ayat dan sebagainya. Juga, aku nak minta maaf jika ada yang terover dan tersebagainya... Maafkan saya jika saya terlebih sudaahhhhhh~ Like I said before. Please! Please! and please! Think positive ukeh! Chill sudehhhh ~ =)


P/S :: Best tak citer couple ni holiday???????????? Kalau best sila tinggalkan jejak anda ya =) Comment seketttt~~~ Ala-ala wartawan melodi engkau! Trip lebeyyyy~ Hahahahahah....


P/S :: THANKS sudi baca ACK BAB 11 =) Percayalah, saya amat hargainya.... Sob. sob. sob. =')




PLEASE LEAVE YOUR COMMENT AND COME AGAIN. TQ! =)






Till then,









SINCERELY,

Ratu Adriana Nadine.

14 comments:

  1. Sukenya ada n3 baru lg. Tk ye Ratu. Kesian dgn
    mereka berdua ye nk bercuti bersama pun ada je
    gangguan dari wartawan. Bila sebut pasal kelip-kelip ni lama betul tak pernah tengok, yg
    pernah tengok masa kecik dulu je sekarang dh tak
    pernah jumpa dh... nak lagi jgn lupa sambung ye
    Ratu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anor,
      uwc dear n thanks awk sudi drop comment n bc citer ni.
      kshankan. xdew privacy. ye ke wak? best kan. cntik =) ukeh awak. hwaiting~

      Delete
  2. hai2.. nad!waaa so sweet plus romantic Que EZ ne.
    hahaha...best n3 kali ne ada kelip2 baju couple..
    kacau betul reporter tu sian mereka..haiya.but lagi kecian ngan papa n mummy trish.. bila hati trisha nak lmbut forgive her papa n mummy.
    nad ... plesss nak n3 lgi best punya.. hahaha n_O

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear =)
      sweet + romantic eh. hehehe. comellah awk ni =)
      ehee. ukeh. in shaa allah next2 n3 akan memaparkan lagi kisah trish dgn papa dia.
      thanks again awaknye =)

      Delete
  3. cmne ye triesya bila dia tau yg que ez tu anak saudara mak tiri dia..pasti gaduh manja2 gitu ngn que ez..kihkihkih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. mmg awk ni sorang ahli berfikirkan? like me =) banyak-banyak readers awk je soal mcm tu. heee. takpe kalau gdh manja. jgn baling periuk belanga sudehhh~ ehehee.
      awk, thanks sudi comment eh :)

      Delete
  4. i'm lovin it ... !! best3!!! romantikk que ez tu!!!
    bestnyerr kalo dpt tgok kelip2 !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah wah
      tagline mCd hehehe =)
      hee. kan dah tgk kat gambar d atas tu. hehe
      thanx awk sudi comment

      Delete
  5. hehehe!!! kalo tgok yg real punyer mesti lagi..lagi..lagi.. best!!! keke... ^__^___^
    wc ratu ... <3

    ReplyDelete
  6. sweet btllah TEH ni.. bahagianya triesya tu.. hope cepat2lah kawin.. hihi.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. thanks awak sudi comment =)
      hehehe.
      masih panjang lagi perjalanan mereka berdua wak
      orang kata bukan hubnganlah jika takde badai yang melanda. cehhh. hee. kita nantikan =)

      Delete
  7. best nya cuti...dpt tengok kelip2 lg tu...sejak x dkampung lg xda pun jumpa kelip2..rindu dgn zmn knk2 dlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. kg awak ada kelipkelip ke dear? bestnyaaa =)
      Thanks for the comment dear =)

      Delete