Lelaki
Seperti Aku v.s Anak Tok Imam???
Memang tak ada lelaki seperti
aku
Tapi yang lebih baik banyak
Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak
Tapi yang lebih baik banyak
Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak
Tapi yang lebih tampan banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
ERK! Motif aku menyanyi lagu tu apa? Takde kena mengena
dengan yang hidup ataupun yang dah mati sebenarnya. Walaupun pada dasarnya
99.99% dari lirik lagu tu benar-benar betul tentang diri aku. Err. Tang ‘aku
sudah ada satu kekasih yang menunggu’ tu. Auta lebih! Jangankan bini. Kekasih
pun aku takde. Apa kes?
Perempuan-perempuan
lah ni, entahlah nak describekan
macam mana. Susah sangat aku nak memilih. Bayangkan, perempuan adalah 70% dan
manakala lelaki pula 30% sahaja. Pupus ke apa kaum aku ni? Mashaallah~
Dunia-dunia. Jika ada pun lelaki yang wujud, kebanyakkannya memilih untuk
menjadi Miss. Fahamkan maksud aku? Erk!
Apa kes aku siap bagi peratus di antara jantina ni. Aduhai.
Kita mulakan
dengan perkenalan, Hi! Aku Mukhlish
Al-Fattah. Ertinya, Mukhlis adalah ikhlas, jujur, dan tulus hati. Manakala
Al-Fattah pula adalah Maha Pemberi Keputusan yang adil. Hah! That’s whylah kot aku jadi peguam.
Sesuai gitu dengan nama yang mama dan baba pilihkan untuk aku. Aku berumur 30
tahun. Err. Muda lagi. Orang kata lelaki ni semakin berumur semakin laku. Betul
ke tidak? Korang baca jelah story
tentang hidup dan kisah cinta aku.
Tetapi,
Sekacak,seseksi dan sebaik lelaki macam aku ni. Sehingga kini Aku masih tiada
pasangan kekasih. Kenapa? Jangan ditanya aku. Kerana aku sendiri tiada jawapannya.
Entahlah, orang kata belum jumpa dengan yang ngam di hati kot. Rasa berdebar
bila berdepan dengan perempuan tu aku belum rasa lagi.
“Hoi Bro! Berkhayal nampak!” Sergah Bestfriends a.k.a workmates aku. Bangang betul! Termasuk kali ni, dah banyak kali
Ahmad Fadhil ni buat aku macam ni. Masuk bilik aku, then sergah macam tu aje. Jika tak ingatkan yang dia ni teman aku
dunia akhirat takde maknanya aku nak layan budak ni. Aku pecatkan saja.
“Hoi! Hoi!
Takde adab ke apa engkau ni Dhil? Kalau yer pun bagilah salam dulu. Kan molek
tu. Sesungguhnya, ucapan salam itu amatlah disarankan di dalam Islam. Sekaligus
engkau ucapkan doa agar aku sihat sejahtera hendaknya.” Bebelku panjang lebar
kepada Fadhil. Dia tersengih dan mengaru-garu kepalanya.
“Whoa~ Relax bro! Engkau ni. Pantang ada
peluang mulalah nak bagi ceramah free
pada aku.” Balas Fadhil dan mengangkat kedua tangannya. Aku mendengus. Kira
okaylah aku bagi dia ceramah free.
Dibuatnya aku bagi dia ceramah berbayar rm50 satu jam? Tak ke haru tu? Bodoh betul!
“Aku bukan nak
bagi ceramah free. Aku just nak kongsikan ilmu yang ada ni
dengan engkau supaya masuk kat dalam otak bergeliga engkau tu. Dah besar
panjang bro. Pandai fikir.” Balasku malas. Fahdil tersengih saja.
“Yelah-yelah.
Aku salah dan aku tak buat lagi.” Balas Fadhil mengaku kalah. Aku gelengkan
kepala. Bukan sebab kalah ke menang. Salah ke benar. Tetapi sebab adab agama
Islam yang digariskan selama ini. Dia dah besar. Tahu berfikir mana yang baik
mahupun yang salah. As a guy he should
think mature then behave like kids! Yang tahu sergah tak tentu pasal tanpa
memberi salam dulu. Orang kata itu menunjukkan keperibadian kita as a muslim.
“Dahlah
engkau. So? Apa kes masuk bilik aku ni? Takde kerja ke apa engkau ni?” Soalku
hairan kepada Fadhil. Dia tersengih lagi. Ada juga yang aku baling dengan
telefon ni. Asyik sengih je dari tadi.
“Engkau asal?
Tersengih-sengih je dari tadi.” Soalku lagi. Kening dikerutkan.
“Budak practical under engkau dah sampai dah.
Tadi dia lapor diri dekat management.”
Jelas Fadhil teruja dengan senyuman lebar. Aku naikkan kening.
“So? What the biggie?” Soalku hairan. Tak
faham sebenarnya. Apa yang seronoknya? Budak practical je kot. Bukan tak pernah budak-budak practical buat practical
di company ni. Ada je setiap tahun.
Apa yang nak dihairankan?
“Haila. Engkau
ni. Tak boleh nak corner lipat
segala. Budak practical tu, perempuan
tau!” Balas Fadhil geram. Aku menjulingkan mata ke atas. Hanya kerana budak
practical tu perempuan so Fadhil excited terlebih. Ketara sangat
miangnya. Bagaikan monyet mendapat pisang saja lagaknya. Eh! Wait! Wait! Bukan bagaikan kera dapat
pisang ke? Err. Whatever! It’s still same
what!
“So ada aku kisah dia perempuan ke tak?
Ada je budak perempuan yang practical
dekat sini.” Balasku padanya. Fadhil merengus geram dan melonggarkan neck-tienya. Erk! Geram Nampak!
“Engkau ni
memang takde perasaanlah Mukh. Engkau tak excited
ke dengar tentang perempuan? Banyak kot perempuan dok minat dengan engkau. Tapi
engkau buat derk je. Ke engkau ni err… Gay?
Engkau jangan Mukh! Aku straight!”
Balas Fadhil selamba. Terjengil mataku dibuatnya.
Gila! Aku? Gay?
See the leglah! Nafsu kot aku dengan perempuan. Tapi seperti yang aku kata,
aku masih belum jumpa yang berkenan di hati aku ni. Belum ada mana-mana
perempuan yang boleh mencuri hati aku lagi. Perempuan memang banyak. Cantik.
Tetapi yang perempuan asli dan ada ciri-ciri gadis Melayu serta Islamnya dah
susah nak cari. Ada pun pasti yang dah berpunya. Kalau tak pun, pasti tak nak
dengan lelaki seperti aku ni. Lelaki metroseksual yang pentingkan penjagaan
diri. Pula tu ilmu agama masih kurang di dada. Silap-silap Wife aku yang didik aku. Buat malu kaum je.
“See the
leg bro! Straight okay!” Balasku bengang dan membaling pen yang berada di
atas meja ke mukanya. Tergelak Fadhil olehku dan mengelak dari terkena pen yang
ku baling tadi. Kedua tangannya diangkat.
“Ok-ok! Aku surrender
bro! Engkau straight. Baiklah.”
Balasnya dengan tawa yang masih bersisa. Aku merengus.
“Dahlah engkau. Baik engkau balik ke office engkau sebelum aku report dengan baba aku.” Ugutku padanya.
Fadhil spontan berdiri tatkala aku menyebut ‘baba’. Takut sangat dengan baba
aku yang tegas tu. Tapi baik orangnya. Ingin saja aku tergelak di situ. Tapi
terpaksa seriuskan muka. Jika tidak, sehingga ke esok budak Fadhil ni dok
melepak dekat office aku.
“Fine!
Aku masuk bilik aku. Tapi betul ni engkau tak nak tahu tentang budak practical tu? Esok dia dah start kerja. Under engkau.” Balas Fadhil dan masih
cuba untuk bercerita mengenai budak practical
tu. Aku menutup kedua telingaku dengan tangan dan pekakkan telinga. Sehinggalah
Fadhil keluar dari pejabatku dengan tawa kecilnya. Fadhil. Fadhil. Fadhil.
###############################
SEPERTI biasa, setiap pagi aku dan ahli keluargaku akan
sarapan bersama. Baba, mama, aku dan Maira Al-Fattah. Adik perempuanku yang
kini sedang mengambil course
perniagaan di university tempatan.
Manakala, Tan Sri Mukhriz Al-Fattah iaitu babaku adalah seorang peguam dan
telah membuka sebuah firma guaman. Firma tempat kerjaku kini. Mama pula, Puan
Sri Aida merupakan seorang guru sekolah menengah dan telah berpencen awal demi
menjaga keluarganya 100%.
“Hari ni along
tolong handlekan Puan Zuraidah dan
suaminya tu. Mereka akan datang ke office hari ni. Proses penceraian, mereka
berdua nak cepatkan.” Kata baba tegas kepadaku. Aku yang baru ingin memakan sandwich yang mama buatkan terhenti.
Raut wajah baba yang masih kacak itu aku pandang. Ekeleh! Ni yang aku malas ni.
Tahukah anda bahawa sesungguhnya clientku
bernama Puan Zuraidah itu merupakan salah seorang Secret admire ku? Ish. Seram bila difikirkan balik pabila dia cuba
mengodaku dulu. Simpang! Isteri orang tu. Jika dia bukan memegang status isteri
orang pun aku tak nak dengan dia. Di antara ciri-ciri gadis idamanku adalah
pandai menjaga maruahnya di hadapan lelaki. Ni tidak!
“Err. Kena ke?
Kenapa tak Fadhil je?” Soalku takut-takut pada baba. Baba yang sedang membaca
surat khabar menoleh memandangku yang duduk di sisi kanannya. Kaca mata
putihnya dibuka.
“Kenapa? It’s that any problem between you and
puan Zuraidah?” Soal baba kepadaku. Keningnya dinaikkan. Aku meneguk liur yang
kelat. Mama dan maira pun dan pandang aku semacam. Napkin ku ambil dan bibir di
lap penuh cermat. Baba di pandang.
“Err. Macam mana
nak cakap eh. Hurm. That’s Puan
Zuraidah. Pernah goda along sebelum ni. Naik seram bulu tengkuk along ni
dibuatnya. Sebab tu along seram nak berurusan dengan dia. Err. Why don’t we give this case to Fadhil?”
Pujukku pada baba. Spontan baba tergelak. Aku, mama dan Maira pula mengerutkan
kening memandang baba.
“Hei. Baba ni
kenapa sayang? Hairan mama tengok. Apa yang lucunya?” Soal mama hairan dan
memegang lengan baba. Baba mengelengkan kepalanya dengan tawa yang masih
bersisa.
“Rupanya along
pun kena juga. Sebelum ni baba yang kena. Dia cuba nak goda baba. Tapi baba tak
layan. So that’s why baba bagi case ni dengan along. Plus, dia sendiri yang nak along uruskan
kes penceriaan dia dengan suami dia tu.” Penjelasan dari baba itu membuatkan
aku terdiam. Erk! Baba ni. Rupanya dia pun dah jadi mangsa perempuan tu. Jahat sungguh
tak bagitahu pada aku.
“Hai baba.
Sejak bila? Kenapa baba tak bagi tahu mama?” Soal mama dingin. Ada nada cemburu
di situ. Baba tersengih dan mengusap kepala mama yang dilitupi tudung. Sejuk
hatiku memandang kemesraan baba dan mama. Teringin romantic seperti itu bersama sang juwitaku. Tapi bayangnya jua
tidak kelihatan. Aduhai. Berangan sajalah jawabnya Mukhlis.
“Baba bukan
tak nak bagi tahu mama. But I think,
takde pentingnya nak bagitahu. Baba tak nak rumah tangga kita goyah pula
disebabkan dia. Mama jangan risaulah. Goda gitu-gitu je. Baba tak layan punya.
Kat mata baba ni ada mama je.” Balas baba dan mencubit pipi mama. Amboi engkau!
Baba bukan main romantic lagi dengan
mama. Aku dan Maira hanya mampu berbalas pandangan dan tersengih. Sudah biasa
dengan sitausi keromantikan mereka berdua.
“Amboi ba. Ada
ciri-ciri mat romeo Nampak.” Sakatku pada baba dan menyambung memakan sandwichku tadi. Baba dan mama tergelak.
“Kalau along
nak tahu. Baba ni raja mat romeo tau dulu. Tapi disebabkan anak Imam Yusuf nilah
baba kamu berubah dan melekat dengan mama.” Jelas mama dan tersenyum-senyum
memandang baba. Aku tahu itu. Baba dan mama. Kisah cinta mereka sunggun indah.
Seorang kaki playboy jatuh cinta pada anak imam? Okay. Serius tak boleh blah.
Tapi, itulah cinta dan jodoh. Kerana jodoh mereka berdua bahagia kini dan aku
serta maira lahir ke dunia. Walaupun tika itu masak baba kena buli dek arwah
tok imam. Hehehe.
########################################
AKU memakirkan Skyline rona putihku di parking khas buatku.
Bangunan tersergam kukuh di hadapanku aku pandang. Sudah bertahun baba membina
firma guamannya ini dan alhamdulilah kini ianya Berjaya dengan hasil titik
peluh baba sendiri walaupn pada dasarya pelbagai rintangan dan dugaan baba
terpaksa hadapi.
Beg bimbit dan
Iphone 4s ku aku ambil dan melangkah keluar dari kereta. Ray ban masih terpakai
kemas di mata. Sudah ku kata. Aku ni orangnya metroseksual sedikit. Aku
pentingkan kekemasan dan kebersihan diri. Siapa yang tidak tahan denganku pasti
kan merungut.
Setiba di
depan lif, keadaan agak lengang. Hanya beberapa orang pekerja saja yang sedang
menunggu lif. Ucapan selamat pagi dan sapaan mereka aku balas. Namun, senyuman
di bibir tidak dipamerkan. Itulah aku. Lebih senang menjarakkan diriku dengan
pekerja.
Setelah 2
minit menunggu akhirnya pintu lif terbuka. Akulah orang terkahir yang masuk.
Yakni, secara langsung aku berada di hadapan sekali.
“Stop!” Kedengaran suara lembut menyuruh
muka pintu lif dihentikan. Aku cepat-cepat membuka pintu lif kembali dan
terjengul seorang gadis cantik memakai baju kurung rona peach dan hijab di kepalanya. Juga…. Purdah? Terasa seperti di Arab
pula. Jarang sekali ku lihat orang Malaysia memakai purdah kini. Yang ada pun
boleh dikira berapa banyaknya.
“Syukran-Matsiiran.”
Ucap gadis tadi kepadaku dan kepalanya di tundukkan sedikit. Aku mengangguk
sahaja. Syukran-Matsiiran? Apa tu? Setahu aku syukran tu terima kasih. So Matsiiran tu apa?
Setiba di
tingkat 7, ada pekerja yang ingin keluar. Aku dan gadis tadi yang berada di
hadapan terpaksa memberikan laluan untuk dua orang pekerja wanita tadi. Terpaku
aku saat gadis itu mendongak memandangku. Namun cepat-cepat kepalanya kembali
ditundukkan. Erk! cantiknya ciptaan-MU Ya Allah. Mata itu. indah sekali pabila
dipandang. Dan jantungku? Dada sasaku aku sentuh dan ternyata ianya berdegup
dengan kencang saat ini. Bagaikan aku baru berlari 10 round di stadium saja.
Setelah lif
kembali ditutupkan, aku masih mendiamkan diri. Si dia di sebelah ku kerling.
Kenapa dengan hanya memandang matanya sahaja aku sudah terpikat? Belumpun aku
melihat wajahnya. Jantungku bagaikan ingin tersembul keluar sahaja. Apatah lagi
pabila melihat wajahnya. Mahunya aku meninggal dunia kerana jantungku tidak
dapat berfungsi lagi.
Ting!
Aduh.
Selalunya lambat je lif ni bergerak. Hari ni cepatlah pula. Dah tiba ke tingkat
sepuluh iaitu ruang pejabatku. Dia di sisi aku kerling kembali. Dia hanya
menundukkan wajahnya. Aduhai. Masak macam ni. Mahu tak mahu aku terpaksa
keluar. Setelah tiba di luar pintu lif aku kembali menoleh dan memandang
dirinya. Dan ternyata dia juga membalas pandangaku. Ya Allah~ Mata itu. Mata itu
benar-benar memikat hatiku.
“Asalamualaikum
Pak inchik.” Sergah Fadhil kepadaku. Tersedar aku dibuatnya dan kini muka pintu
lif yang tadinya terbuka sudah tertutup kembali. Dia? Sudah hilang dari
penglihatanku. Sayangnya. Aduh.
“Wei! Kenapa
ni? Apa yang engkau pandang kat lift u? Ada bidadari ke apa? Aku dah bagi salam
tu. Jawablah.” Gesa Fadhil. Aku menjeling Fadhil di sisi. Ada juga yang
termakan kasut nanti.
“Walaikumsalam.”
Balasku dan melangkah masuk ke dalam office. Meninggalkan Fadhil di situ
walaupun aku tahu dia pasti akan mengejarku. Itulah Fadhil. Kerja melambak.
Tetapi gaya seperti dia kerja sebagai office
boy sahaja di firma ni.
###################################
AKU mengangkat wajah kacakku tika pintu pejabatku diketuk.
Amal rupanya. ku. Aku lebih suka menguna PA lelaki.
Maka, tidaklah terbelenggu dengan fitnah dan maksiat. Selalu saja aku dengar
kisah scandal boss dan setiausaha.
Wallauhalam~
“Kenapa Mal?” Soalku
kepada Amal dan kembali menarikan jemariku ke papan kekunci computer appleku. Masih banyak kerja
yang aku harus laksanakan. Pada jam 2 petang nanti juga aku harus bertemu
dengan Puan Zuraidah dan suaminya. Nafas dihelakan. Apalah nasib.
“Err. Maaf
menganggu boss. Budak practical under
boss dah sampai. Nak saya panggilkan dia untuk boss ke?” Soal Amal kepadaku. Aku berhenti menaip dan mengangkat
wajahku memandang Amal. Kening dikerutkan.
“Ok.
Panggilkan dia untuk saya.” Balasku dan menganggukkan kepala pada Amal tika Amal
meminta izin untuk keluar.
“Asalamaualaikum
w.b.t.” Sapa suara lembut kepadaku setelah pintu diketuk.
“Walaikumsalam.
Masuk!” Balasku dengan mata yang masih dihalakan ke screen computer.
“Please have a sit.” Arahku di saat susuk
tubuhnya kelihatan sudah berada di hujung meja kerjaku melalui hujung mataku.
“Syukran-Matsiiran…”
Suara itu membalas. Syukran-Matsiiran? Spontan aku mengangkat wajahku dan….
Tap!
Dia??? Gadis
cantik berpurdah tadi kini duduk di hadapanku dengan matanya di pandang ke
bawah. Sekali lagi. Sekali lagi jantungku berdegup dengan kencang. Apakah
maksudnya ini???
“Err. Did you bring your resume?” Soalku padanya.
Dia hanya menganggukkan kepala dan menyerahkan file rona ungu kepadaku. Hurm.
Wangi perfumed miliknya. Terbuai aku
dibuatnya. Lembut sekali baunya. Aku kerutkan dahi pabila dia hanya lebih suka
mendiamkan diri dan menundukkan wajahnya. Macam mana nak jadi lawyer ni? Diam je. Bukan lawyer banyak cakap ke macam aku? File ku buka
dan terpampang resumenya di situ.
“Rabiatul
Adawiyah binti Hj Ramlee Adam…” Aku menyebut nama itu lembut dan menjelingnya.
Dia mengangkat wajahnya yang cantik itu tika aku menyebut namanya. Matanya yang
cantik dan memikat itu memandangku dan kembali menunduk tika aku juga membalas
pandangannya. Spontan. Spontan aku tersenyum kecil. Dia begitu menjaga penglihatannya.
Aku suka. Kerana aku pernah membaca satu ayat ni:
Seorang
wanita yang solehah akan menundukkan wajahnya tika berhadapan dengan lelaki
bukan mahramnya. Begitu menjaga penglihatannya bagi mengelakkan maksiat mata.
Kerana sesungguhnya mata mampu memikat seseorang.
Kini? Kini aku
percaya akan ayat itu. Benar. Hanya dengan sepasang mata aku terpikat
dengannya. Cantik sekali.
“Status?”
Soalku nakal dan memandangnya. Keningku dinaikkan. Dia mengangkat wajahnya dan
kembali ditundukkan pabila sedar aku ralit memandangnya.
“Ghairu
Muhshan…” Balasnya lembut. Aku mengerutkan dahi. Ghairu Muhshan? Apa kejadahnya
tu? Kepala digaru. Ni nanti kalau aku kata ‘apa tu?’. Malu! Takkan tu tak tahu.
Ghairu Muhshan eh? Nanti aku google.
“Oh. Okay.
Hurm. Belajar kat mana?” Soalku padanya. Sekadar menutup kegugupanku. Sengaja
nak berbual panjang dengan dia. Padahal ada je di dalam resume dia.
“Universiti
Islam Antarabangsa.” Balasnya jua. Aku tersenyum kecil. Satu Uni rupanya dengan
adik aku si Maira tu.
“Okay. Tugas
pertama awak adalah buatkan saya coffee.”
Kataku padanya dengan muka yang saja di seriuskan. Sengaja ingin mengenakan
dia. Bukan selalu. Nak juga aku rasa bagaimana rasanya si dia ni membuat coffee. Sedap ke tidak. Kalau sedap.
Huh! Confirm! Hujung bulan aku suruh
mama masuk meminang. Hehe.
“Pardon me?” Soalnya padaku dan
memandangku. Matanya dikecilkan. Mungkin hairan dengan arahanku itu. Budak practical yang ambil course law aku suruh buat coffee? Okay. Super lawak.
“Make me a cup of coffee. If you don’t mind.”
Jelasku padanya dan jari bermain dengan di tangan. Pandai juga speaking English. Ingatkan bahasa Arab tu
je dia tahu.
“Sure. Di mana ya pantry?” Soalnya lembut. Aku tersenyum di dalam hati. Alahai.
Lembutnya suara dia. Terbuai aku olehnya.
“Ask Amal. He’ll tell you.” Balasku padanya. Dia menganggukkan kepalanya dan
berdiri.
“Asalamualaikum
w.b.t.” Balasnya sebelum pergi. Sempat dia menundukkan kepalanya sedikit tanda
hormat.
“Walaikumsalam
w.b.t.” Balasku padanya dan mataku memandang tubuhnya yang hilang di sebalik
pintu officeku.
Tubuhku aku sandarkan ke kerusi empuk milikku.
Kepala memandang ke siling. Dada dipegang. Masih terasa degupan jantungku yang
mengepam laju dari kebiasaanya. Kenapa dia? Adakah kerana aku terpikat dengan
kecantikan matanya ataupun keperibadiannya? Astaghfirullaahal’azhim. Mengucap
aku di dalam hati apabila mengingat kembali perilakuku tadi. Terlalu khusyuk
bermain mata dengannya dan memandangnya tidak henti. Baba pernah kata. Sekali pandang,
boleh diterima. Tetapi, jika dah dua tiga kali pandang dah dikira maksiat.
Maksiat mata. Memandang wajah seorang ajnabi yang bukan sah dan halal untukku…
Aku tersentak
apabila Iphone 4s ku bergetar. Menandakan ada message yang masuk. Message
ku buka dan senyuman terukir di bibirku.
Whoa bro! Main mata Nampak!
Message dari
Fadhil itu benar-benar membuatkan aku tercuit. Tergelak kecil aku dibuatnya.
Kepala digelengkan. Jemari menari di atas screen
handphone.
Aku nak kahwin!
#########################################
AKU mengarahkan Rabiatul Adawiyah duduk di sebelahku. Namun,
dia lebih suka duduk di kerusi yang jauhnya dua buah kerusi dariku. Takpe. Aku
faham. Baguslah. Senang hati aku ni tengok. Pandai jaga diri. Anak siapalah
ni….
Eh! Serius
Mukhlis. Aku memandang Puan Zuraidah dan suaminya Encik Khairil di hadapan
kami. Seorang di meja sebelah kanan dan seorang lagi di meja sebelah kiri. Dulu
sebelum kahwin bukan main loving
bagai. Selepas je kahwin dan nak cerai, pandang muka pun tak nak. Kepala digelengkan.
Apalah nasib. Astaghfirullaah’alazim. Bukan hakku untuk mempertikaikan apatah
lagi mengadili hubungan mereka. Mungkin sudah tersurat begitu. Wajah diraup.
Memerlukan ketenangan yang banyak jika ingin bercakap dengan Puan Zuraidah dan
suaminya.
Aku mengerling
Rabiatul Adawiyah. Dia hanya memandang file di atas meja. Alahai. Cantiklah
pula sayang aku ni. Eh! Eh! Mukh! Behave
yourself dude. Jaga mata. Huhuhu. Mata kembali di halakan ke depan. Encik
khairil dikerling. Cits! Curi pandang si dia pula. Bini masih sah kat depan tak
nak pandang. Aku berdehem dan cepat-cepat Encik Khairil alihkan pandanagnnya.
“Encik
Mukhlis, I dah decided dah. I nak
percepatkan our divorce ni. I dah tak sanggup hidup bersama lelaki
yang hanya tahu bermain perempuan ni!” Kedengaran suara Puan Zuraidah memulakan
perbincangan. Aku mengerling wajah Encik Khairil yang sudah menjengilkan
matanya kepada Puan Zuraidah itu.
“Apa you kata? Lelaki yang hanya tahu bermain
perempuan? You tu apa kurangnya? Bermain
dengan anak-anak ikan you!” Balas si
suami pula.
“Hei! You yang start dulu! Kalau tak I
takkan mula okay!” Balas si isteri pula. Aku menyandarkan tubuh ke kerusi. Coffee di teguk. Mata sempat mengerling
si dia di sisi. Dia juga termangu melihat keadaan di hadapannya kini. Mungkin
tidak menyangka akan menjadi penonton seperti ini.
Bagiku,
perkara seperti ini adalah biasa. Bergaduh, bergaduh dan bergaduh.
Kadang-kadang kurasakan muak. Tidak berpihak pada mana-mana pihak sebenarnya.
Azamku Cuma satu. Menyatukan mereka kembali selagi boleh. Jika benar tiada
jodoh. Aku akur. Sememangnya penceraian adalah perkara yang dilaknat ALLAH SWT.
Sebuah mahligai perkahwinan seharusnya dijaga dengan baik oleh suami yang bergelar
ketua keluarga dan si isteri yang menjadi tulang belakang suami. Tapi kini ku
lihat. Hah~ Manusia mudah berkata-kata bukan. Tapi tidak menanggung apa yang
orang lain rasa.
Rabiatul
Adawiyah. Aku suka nama itu. Walaupun agak berbelit lidah ingin menyebut.
Tetapi aku suka. Namanya benar-benar secantik orangnya. Sejak tadi
berlegar-legar dikepalaku. Apa nama panggilannya? Takkan nak panggil full name dia yang lagi panjang tu.
Atul? Adawiyah? Rabi? Erk! apa-apa jelah. Yang penting bukan nama. Yang penting
orangnya. Hehe.
Rabiatul
adawiyah di sebelah aku kerling. Dia juga memandangku dan cepat-cepat dia
memalingkan wajahnya kembali. Tersenyum kecil aku dibuatnya. Alahai. Ni baru first day cik adik oi. Belum lagi 3
bulan. Lama tu. Macam-macam boleh berlaku. Takkan dalam 3 bulan ni asyik nak
diamkan diri dan elakkan diri dari aku.
“Dah?” Soalku
kepada keduanya sehingga membuatkan mereka termangu dengan soalan dan nada
suaraku yang serius itu. Sengaja aku paparkan wajah serius. Supaya keduanya
takut sikit. Ni tak. Bergaduh mulut bagaikan aku dan Rabiatul Adawiyah ni tak
wujud. Pula tu benda di dalam bilik pun nak bawa cerita kat luar ke? Malulah
aku dan si dia ni. Kami belum kahwin oi.
“Sesungguhnya,
Penceraian itu adalah salah satu perkara yang dilaknat ALLAH SWT. Bagi seorang
isteri pula jika meminta cerai pada suaminya maka akan bergegarlah tiang arash.
Adakah anda berdua tahu akan hal itu?” Soalku serius kepada mereka dengan suara
yang lantang sehinggakan satu bilik mesyuarat kedengaran. Tak tahulah kalau
diluar. Tapi setahu aku bilik mesyuarat ni kedap bunyi. Mengelakkan orang luar
mendengar apa yang dibincangkan di dalam bilik ni.
Keduanya ku
lihat terdiam dan kaku. Saling menundukkan wajah mereka yang bengis marah
membuak tadi. Aku menghelakan nafas berat.
“Sekali lagi
saya soal. Adakah anda tahu?” Tekanku lagi.
“Ya Encik Mukhlis.”
Jawab keduanya lemah. Aku menganggukkan kepala. Baguslah kalau tahu.
“Jika tahu
kenapa anda membuat keputusan untuk bercerai? Adakah penceraian adalah jalan
yang terbaik? Adakah selepas bercerai anda berdua akan berpuas hati? Bagaimana
pula dengan nasib kedua-dua anak anda? Pernahkah anda berdua terfikir bahawa
nasib anak-anak anda akan berubah? 60% gejala social yang berlaku dari golongan
remaja saat ini adalah berpunca dari keruntuhan institusi keluarga. Saya ingin
menyoal anda berdoa. Adakah selepas bercerai anda berdua mampu membahagikan
waktu dan masa buat kedua-duanya? Ataupun sanggup melihat anak-anak anda
tergolong di dalam golongan remaja yang bermasalah.” Soalku tegas kepada
mereka. Keduanya hanya mendiamkan diri.
“Saya tak nak
anda berdua menjawab sekarang ini. Balik dan fikirkan hal ini. Setelah itu,
datang kepada saya dan nyatakan jawapannya. Setelah itu. saya akan turuti
kehendak keduanya. Bercerai. Thanks for
your compliment. Asalamualaikum w.b.t.” Sambungku lagi dan berdiri. Memberi
isyarat kepada Rabiatul Adawiyah agar berdiri dan mengikutku keluar.
Meninggalkan keduanya di situ. Memberi mereka masa untuk berfikir.
Sememangnya,
banyak pasangan berfikir bahawa penceraian adalah penyelesaiannya. Tapi mereka
lupa. Lupa akan anak-anak. Segelintir anak-anak mengalami dipression di sebalik keruntuhan institusi keluarga yang berlaku.
Hal itu membuatkan mereka mula terjebak dengan rakan sebaya dan perilaku gejala
social kini. Siapa yang patut disalahkan sebenarnya? Tepuk dada tanyalah
selera. Sudah terang lagi bersuluh. Jawapannya memang sudah ada di situ.
Yang bapanya
bodoh kerana membuat ulah. Keimanan dan kesetiaan diri masih begitu kecil
sehingga mudah digoda oleh anasir jahat. Manakala si ibu pula, tak tahu nak
kata apa. Yang mampu dikata adalah ‘tidak tahu menjaga suami’. Kebanyakkannya
begitu. Factor utama suami curang adalah si isteri yang tidak pandai melayan
suami. Ada isteri yang suka memijak kepala suami walaupun pada dasarnya tidak
semua begitu. Segelintir sahaja dan itu adalah dari mata kasarku.
##########################################
“SAYYID LIS.” Panggil Rabiatul Adawiyah kepadaku. Aku
mengerutkan dahi memandangnya yang berada di muka pintu pantry itu. Fadhil pula mengetap
bibir menahan ketawa. Perutnya ku sigung.
“Mukhlis. Call me Mukhlis. Not Lis.” Aku membetulkan namaku. Ada ke nama aku yang cantik itu
di pendekkan menjadi Lish? Nama perempuan kot. Ingat aku Lisdawati ke apa.
“Encik Liam call tadi katanya ada yang ingin
dibincangkan dengan Sayyid Lis. Around
2pm like that dia akan call encik
balik.” Jelas Rabiatul Adawiyah kepadaku. Ish! Masih juga panggil aku Lis.
Budak ni. Siap tayang muka selamba dia. Pandang aku pun tak. Dah seminggu kerja
dengan aku. Itu jelah kerja dia.
“Yalah cik
Rubi.” Balasku padanya dan dia yang ingin melangkah kembali berpaling dan
memandangku walaupun dia hanya memandang sekejap Cuma.
“Rabiatul
Adawiyah actually.” Balasnya dan
berlalu pergi. Aku dan Fadhil spontan tergelak besar. Kepala digelengkan.
“Adoi.
Secocoklah pula korang berdua ni. Selamba encik badak je dia panggil engkau
Sayyid Lis. Musykil aku.” Balas Fadhil dan menepuk bahuku. Aku menjengilkan
mata.
“Hello sorry sikit. Musykil apanya? Aku
tegap lagi sasa ni engkau nak musykilkan?” Sangkalku padanya dan menayangkan six packku pada Fadhil. Mencebik Fadhil
dibuatnya. Haha. Siapa suruh! Dah tahu aku ni hantu gym. Soal lagi macam tu. Kan dah kena. Badan dia ciput je. Malas!
#####################################
AKU mencerlung tajam memandang Rabiatul Adawiyah. Kecil besar
je budak lawa ni aku tengok. Geram! Dia pula dah tahu aku berdiri kat depan dia
masih lagi buat selamba tak pandang aku.
“Rabiatul
Adawiyah!!!” Panggilku dengan suara yang kuat dan tegas. Kali ini barulah dia
mengangkat wajahnya memandangku. Adoi. Comel pula mata budak ni. Mata aku
pejamkan seketika. Jangan ikutkan hati sangat Muhklis.
“Ya Sayyid?” Soalnya
kepadaku. Huh! Ni lagi satu. Sayyid? Apa tu? Asyik sangat panggil aku sayyid.
Entah apa maksudnya.
“Why you didn’t remind me about meeting with
Mr hakim?! Awak tahu tak kita hampir terlepas nak bekerjasama dengan dia! I don’t care! Now, awak sediakan saya coffee. Sejukkan hati saya yang panas ni. Now!” Bentakku padanya dan berlalu pergi. Kerana amal cuti
kecemasan isterinya beranak. Aku terpaksa mengambil Rabiatul Adawiayah sebagai
PA sementaraku. Tapi ini pula jadinya. Bukan niatku nak marah membabi buta.
Tapi hati dah panas. Nak buat macam mana.
“Barbariyyun.”
Balasnya dengan suara perlahan namun masih boleh didengari oleh telinga ajaibku
ini. Aku menghentikan langkah kakiku dan berpaling. Berkerut dahiku
memandangnya.
“What you say just now?” Soalku padanya. Namun
dia hanya mengangkat bahu dan berdiri menuju ke pantry. Meninggalkan aku terkulat di situ.
Bibirku ketap.
Aku tak kira! Hari ni juga aku nak beli kamus Islam ke bahasa arab ke apa. Aku dah
tak tahan. Selalu sangat budak ni mengumpat aku dengan bahasa Arab dia tu. Aku dah
tak tahan nak tahu apa maksudnya. Sebulan lebih dia bekerja di sini. Sebulan
lebih jugalah aku terpaksa memakan hati berulamkan jantung. Huh! Sarcastic sangat ayat aku. Tapi betullah.
Budak lawa tu selalu buat aku makan hati.
Pabila aku
ajak keluar makan. Dia tolak. Bukan kami berdua sahaja. Aku tahu status kami. Ada
saja Fadhil, kak Siti dan Amal boleh temankan kami. Tetapi dia tetap bekeras.
Dah tak tahu bagaimana nak menambat hatinya.
##################################
AKU meliar-liarkan mataku ke sekeliling bookstore. Mencari-cari kelibat kamus Islam mahupun Kamus bahasa Arab.
Payah juga nak paksa adikku Maira ikut serta tadi. Disogok dulu dengan wang.
Baru mahunya. Ish! Budak-budak sekarang ni. Bukan macam aku dulu. Buat kerja
ikhlas. Tak pernah nak minta balasan. Ni tak. Buatkan aku air coffee pun siap nak wang sogok. Haru
betul! Nasiblah si dia cik Rabiatul Adawiyah tak sebegitu. Kalau tak masak aku!
Dahlah minuman yang dia buat sedap. Buat aku ketagih. Confirm bakal menantu mama tu. Haha.
Eh. Bercakap
pasal Rabiatul Adawiyah. Aku kembali meliarkan mataku mencari kamus tersebut.
Mataku terhenti pada susuk tubuh Maira yang sedang melambai ke arahku. Maira
aku dekati dan di tangannya ada dua buah kamus. Satu kamus Islam dan satu lagi
kamus bahasa Arab.
“That’s my girl.” Balasku dengan senyuman
lega. Kepala Maira yang dilitupi tudung aku usap lembut. Maira tergelak.
“So now along nak pilih mana satu? Yang
ni ke atau yang ni?” Soal Maira kepadaku. Aku mengerutkan dahi. Tadi budak ni
bukan main liat lagi soal siasat aku. Hairan agaknya tetiba aku nak kamus
bahasa Arab. Aku jawab aku nak memperluaskan ilmu bahasa aku. Memperluaslah sangat.
“Along ambil
keduanya sekalilah.” Balasku dan mengambil kedua kamus tadi yang berada di
tangan Maira. Senangkan. Dua-dua ada. Kali ni kalau si dia nak mengumpat aku
lagi. Tahulah aku nak jawab apa. Hehe.
“Ok set! Adik
nak cari novel dulu okay.” Balas Maira dan berlalu pergi ke bahagian novel. Aku
hanya menganggukkan kepalaku dan membaca luaran kamus tersebut. Terdapat lapis
putih jernih membalutnya. Tak boleh nak baca isi kandungannya. Aku membaca luar
dua buah kamus tersebut sambil berjalan.
“Aduh!” Kedengaran
suara perempuan mengadu kesakitan dan kamus-kamusku tadi terjatuh. Seorang
gadis juga sudah jatuh di hadapanku.
“Err. Are you okay?” Soalku padanya serba
salah. Ni akulah ni. Jalan tak tengok jalan. Erk!
“You tak Nampak ke?! I….” Gadis tadi yang marah mengangkat wajahnya dan terdiam
memandang aku. Erk! Kenapa? Ada apa-apa ke kat muka aku?
“Huuhu. Aduh!
Sakitnya. Tolong I berdiri boleh?” Soalnya
manja kepadaku. Meremang bulu tengkuk ku dibuatnya. Dahlah pakai seksi semacam.
Aku yang menengok seksa! Astaghfirullaalah’alazim.
“Err. Sorry.” Kataku padanya dan menyorokkan
tanganku ke belakang badan. Tak pernah-pernah aku sentuh perempuan bukan
ajnabiku. Gadis tadi kelihatan terkejut.
“Eh along!
Kenapa ni?” Soal Maira kepadaku dengan beberapa buah novel ditangannya. Fuh!
Nasib! Selamat!
“Err. Along
terlanggar cik ni tadi. Maira tolongkan cik ni boleh?” Kataku kepada Maira dan
memberi isyarat mata kepadanya. Maira seperti faham cuba ingin membantu gadis
tadi.
“Eh.
Takpe-takpe. I boleh berdiri
sendiri.” Balasnya dan berdiri seperti biasa. Aku mengerutkan dahi. Tadi bukan
kata kaki dia sakit ke? Hurm….
“Err. I Lisa. This is my card. And you?” Soalnya lembut kepadaku. Aku mengalihkan
pandanganku ke arah lain. aduhai. Perempaun zaman sekarang macam nilah.
Terbalik pula. Sepatutnya aku yang usha dia.
“Err. I’ve to go. Adik jom. Kita bayar. Kami
pergi dulu cik. Asalamualaikum wbt.” Balasku padanya dan memnundukkan sedikit
kepalaku padanya. Menarik tangan Maira dan membawanya pergi. Maira pula
tergelak sakan aku tengok.
“Along ni. Malu-malu
pula. Cantik tu. Seksi!” Balas Maira nakal. Aku mencebik.
“Itu bukan
seksi dik. Tapi seksa!” Balasku geram dan maira tergelak besar olehku.
###########################################
PAGI ISNIN itu aku dengan semangatnya datang kerja dengan dua
kamus berada di dalam beg bimbitku. Berkat dua hari satu malam aku hampir dapat
menghafal segelintir ayat dan maksudnya. Senanglah kerjaku selepas ini.
“Asalamualaikum
Cik Rabi. How was the day? Sihat?”
Sapaku pada Rabiatul Adawiyah yang sedang menudukkan wajahnya di bawah meja.
Tak tahu apa yang di cari.
“’Afiah Sayyid.” Balas suara halus dan lembut
itu dari bawa keja. Mejanya aku ketuk dan dia mengangkat wajahnya.
Ya Allah swt!
“Err. Who are you? Where is Rabiatul
Adawiyah?” Soalku kepada gadis cantik di hadapanku kini. Manis memakai baju
kain cotton rona pink dan tudung bawal rona sedondon. Seperti pernah kulihat wajah
ini. Tapi di mana? Wajahnya begitu cantik sekali. Putih bersih dan…. Mata itu!
“Err. Sayyid
Lis okay ke? Ini ana, Rabiatul Adawiyah.” Balasnya hairan. Aku terdiam. Dahi
ditepuk. A’ahlah. Dia! Mata itu! Sama sekali. Tetapi kenapa purdahnya dibuka?
“Where your purdah?” Soalku hairan. Dia
menundukkan wajahnya dan memegang kedua pipinya. Jujur. Memang dia kelihatan
cantik begitu. Comel. Namun hati lelakiku tidak ingin berkongsi kecantikannya
dengan yang lain. aku ingin wajah itu disimpan untukku sahaja setelah bergelar
suami yang halal dan sah buatnya nanti. Bukankah itu nikmat bagi seorang suami?
“Put your purdah on. You looks more beautiful
like that!” Balasku dingin dan berlalu. Setiba di dalam pejabatku neck-tie yang kemas terpakai di leherku
aku buka. Rimas! Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku merasa panas dan marah.
Ingin meluahkan kemarahan ini padanya. Namun aku tidak sanggup. Lagi pula apa
hakku? Aku bukan suaminya. Apatah lagi tunang dan teman lelakinya. Aku hanya
bossnya sahaja.
Entahlah,
seharian aku bad mood terus. Habis di
marah semuanya. Rabiatul Adawiyah pula sejak tadi menundukkan wajahnya. Bukan
aku tidak tahu. Banyak pekerja-pkerja lelaki memuji kecantikannya. Malah ada
terang-terangan menguratnya dihadapanku. Sakit hatiku sehingga ke langit
ketujuh tingginya saat itu. Solat sahaja yang mampu menenangkan jiwaku.
Pekerjaku pula semuanya bertambah hairan dengan sikap bad moodku. Lebih-lebih lagi Fadhil. Memang aku tidak rapat dengan
mana-mana staff. Tetapi tidak pula
memarahi mereka sesuka hatiku. Ada saja yang tidak kena padaku. Keluar makan
juga aku tidak. Ikutkan amarah sangat. Inilah jadinya. Sudahlah aku punya
gastrik. Akhirnya aku jua yang menanggung sakit ini sendirian.
“Sayyid Lis
cari apa?” Kedengaran suara itu dari arah belakang menyoalku yang sedang
mencari susu untuk dibuat mengalas perutku yang pedih dan kosong. Namun aku
buat tidak dengar saja. Walaupun pada dasarnya hatiku membentak ingin memandang
wajah cantik itu.
“Sayyid lis
cari susu ya? Ana buatkan ya?” Soalnya lembut dan cuba menarik mug dariku.
Namun ku tolak tangannya kasar sehinggakan dia terdorong ke belakang sedikit.
Membesar matanya memandangku. Bagaikan ingin nangis saja. Spontan aku mengetap
bibir. Terasa serba salah melayan seorang wanita seperti itu. Aku menghelakan
nafas berat. Mug ku simpan di atas meja pantry
dan berjalan mendekat meja bulat yang disediakan di tengah-tengah pantry.
“Buatkan saya
susu.” Arahku padanya dengan suara lemah. Tangan kanan memegang perut. Sudah
pun ubat dimakan. Namun begini masih sakitnya. Dari ekor mataku Rabiatul
Adawiyah menjalankan tugasnya untukku. Membuatkan susu buatku. Cekap sekali dia
membuat kerja. Sekejap saja mug berisi susu berada di atas meja.
“Ini susunya.
Jika Sayyid lis perlukan apa-apa. Bagitahu ana ya. Ana sambung kerja dulu.
Asalamualaikum wbt.” Katanya padaku lembut dan menundukkan wajahnya seperti
selalu sebelum pergi.
“Next time please wear your purdah. Saya
tak nak kongsi keindahan itu dengan lelaki lain….” Bisikku perlahan dan
memandang mug yang berisi susu di atas meja. Dari ekor mataku Rabiatul Adawiyah
berhenti melangkah. Namun tidak menoleh. Aku pasti dia mendengar setiap butir
bicaraku itu.
########################################
HARI ini, tepat jam 0200 petang barulah ada mukaku masuk office. Gastrikku menyerang semalaman.
Terlalu ikutkan perasaan sangat. Begitulah jadinya. Padahal selama ini aku saja
yang melayan perasaan sendiri padanya dan dia? Huh. Aku tiada jawapan untuk
itu…
Nasiblah
jua tadi pagi dah okay dan perjumpaanku dengan Encik Khairil dan Puan zuraidah
berjalan dengan lancar. Alhamdulilah~ Mereka berdua tidak jadi bercerai dan
berusaha untuk membina kembali perkahwinan mereka. Kini mereka berdua lebih
banyak luangkan masa dengan anak-anak dan mempelajari ilmu agama. Aku bersyukur
kepada-MU, YA ALLAH SWT. Sepasang suami isteri lagi selamat dari penceraian.
Aku berjalan masuk ke dalam pejabatku tanpa
memandang ke arahnya. Aku takut hatiku cair pabila melihat wajah itu sedangkan
hatiku masih marah akan kes semalam.
“Asalamualaikum
w.b.t sayyid Lis.” Sapanya kepadaku dan berdiri. Dari ekor mataku aku dapat
lihat dia sudah mengenakan purdahnya kembali dan mata memikat itu kini
memandangku.
Terhenti
langkah kakiku saat itu. Pandanganku dan pandangannya bersatu. Sukar digambarkan
perasaan ku saat ini. Kenapa dia memakai purdahnya kembali? Adakah kernaku?
Ataupun dia sengaja ingin memakainya? Mata itu. sehingga kini setiap kali ku
lihat pasti ianya akan memikat hatiku. Secara langsung jantungku kan berdegup
kencang.
“Kenapa pakai purdah balik?” Soalku padanya
luah sedar. Aku ingin sekali tahu. Dia menundukkan wajahnya.
“Someone
told me, I’m looks more beautiful with it….” Balasnya padaku dengan suara
yang lembut seperti selalu. Kalau mengaji ni confirm aku tak tidur. Merdu je. Aku terdiam. Just sebab orang tu kata dia cantik dengan purdah tu so dia pakailah? Bukan sebab aku ke?
Pernahkah kau merasa
Hatiku hampa…
Nak je aku nyanyikan lagu tu sekarang ni buat
dia. Hampa gila. Ingatkan tadi dia berpurdah demiku. Demi bakal suaminya. Erk!
sejak bila? Biarlah. Mama kata tak salah nak berangan. Asalkan yang diangankan
tu logic dan tercapai dek akal. Mama
kata lagi :
Dari angan-angan menjadi kenyataan.
“Mukh!” Panggian dari Fadhil yang berada di
muka pintu pejabatku dengan file di tangannya mengembalikan aku ke dunia nan
nyata. Aku memandang Rabiatul Adawiyah yang sedang menundukkan wajahnya itu. Ya
Allah swt. Jika dia ditakdirkan untukku. Permudahkanlah hubungan kami….
“Lama siot kot kau pandang budak Rabiatul tu
tadi. Kau jangan Mukh. Kau sendiri kata dulu. Sekali pandang ok. But kalau dah
berkali-kali tu kira maksiat mata.” Tegur Fadhil sewaktu aku dan dia mengambil
tempat di sofa bilik pejabatku. Aku menghelakan nafas berat. Butang kot ku
dibuka satu persatu. Rimas.
“Aku kata sekalikan. Tu aku kira oklah.
Sekalilah tu. Tulah aku pandang lama-lama. Sebab kalau aku pandang dua tiga
kali aku dah kira buat maksiat dah.” Balasku selamba padanya. Spontan Fadhil
menepuk dahinya. Aku. Selagi aku boleh menjawab dengan hujahku. Aku akan jawab
selagi termampu.
“Eh. Kau joined
tak esok?” Soal Fadhil kepadaku ketika aku membuka file yang dibawa fadhil
tadi. Aku mengerutkan dahi.
“Joined
apa?” Soalku hairan.
“Kan esok majlis perpisahan bagi budak-budak practical. Esok dah genap tiga bulan
mereka semua practical kat sini.
Semuanya dalam 5 orang. 3 lelaki dan dua orang perempuan.” Jelas Fadhil padaku.
Aku tercengang. Dah genap tiga bulan ke budak-budak practical tu kat sini? Maknanya Rabiatul Adawiyah juga begitu? Arh!
Kusut! Sudah genap tiga bulan dan aku masih belum mampu memikat hatinya.
Nampaknya aku harus menerima kenyataan.
Bukan kerana aku mengaku kalah. Tetapi, kerana
walau sebanyak masa pun yang aku dan dia ada. Jika, memang ditakdirkan kami
berdua tiada jodoh. Maka, seribu tahun sekalipun dia tetap bukan milikku.
Begitu juga sebaliknya. Jika benar kami punya jodoh. Pasti tak usah ditunggu
tiga bulan tersebut. Di dalam sehari sahaja cinta boleh dipupuk. Seperti aku
yang jatuh cinta padanya pada hari pertama dia practical di sini.
“Tak kot. Aku kes kat mahkamah esok. Kau jelah
wakilkan…” Balasku malas. Tetapi memang sudah kenyataanya begitu. Aku ada kes
esok di mahkamah. Rabiatul Adawiyah? Aku redha. Jika dia ditakdirkan untukku.
Pasti kami kan bersama juga.
“Kau okay ke ni bro? Macam bunyi orang frust pun ada.” Soal Fadhil hairan. Aku
diamkan diri saja dan menyelak file yang diberikan oleh Fadhil tadi.
“Bro?” Panggil Fadhil lagi. Aku tahu dia sedar
akan perubahanku.
“Kes Mr Lim tu kau dah settle ke? Baba dah bising tu.” Soalku padanya tanpa memandang
wajah Fadhil. Fadhil mengeluh.
“Kalau kau nak luah. Luah kat aku bro. Aku ada
selalu di sisi kau. Ingat tu….” Pesan Fadhil padaku. Aku yang tadinya menyelak
file terhenti pergerakan tanganku dan mengangkat wajah memandang Fadhil di
hadapanku. Aku hanya mampu tersenyum kelat.
As a man. Aku patut pandai mengawal perasaanku. Tidak
bermakna aku kecewa aku harus membuat perkara bodoh. Imanku masih tebal di
dada. In shaa allah. Ianya akan tetap tebal di situ tanpa kurang walau sedikit
pun.
###################################
MALAM ini, sekali lagi Maira menjadi mangsaku. Aku membawanya
menemaniku untuk membelikan hadiah buat Rabiatul Adawiyah. Memandangkan dia
adalah dibawah seliaanku. Maka, aku harus menghargai jasanya itu.
Ok!
Aku mengaku,
bukan itu mitifku sebenarnya. Padahal selama ini berpuluh budak practical di bawah selaiaanku datang dan
pergi. Takde yang bertuah mendapat hadiah dariku. Secara jujurnya, aku mengaku.
Aku nak belikan hadiah buat dia kerana aku ingin dia mengingati aku. Walaupun bukan
sebagai seorang yang dekat di hatinya. Cukuplah sebagai bossnya sahaja. Itupun dah
cukup.
Kecewa
kerana cinta tidak bermakna dunia sudah berakhir
Aku pegang
kata-kata itu sehingga kini. Mungkin, aku bukanlah lelaki terbaik yang diciptakan
untuknya. Mungkin juga jodohku sudah tercatat ada di luar sana. Aku sebagai
umatnya hanya mampu redha dan menerima dengan hati yang lapang.
Bersyukur
kerana aku masih belum meluahkan perasaan padanya. Jika tidak pasti aku akan
malu pabila berdepan dengannya. Wajah kacakku ini pasti saja akan berkurung di
rumah selama sebulan. Walaupun tak sampai sebulan. Sehari cukup. Kalau nak
sangat, cubalah. Tupun kalau aku selamat lagi selepas tu. Mahunya baba bunuh
aku. Kerja semunya dia handle. Dahlah
dia dah nak pencen awal. Nak spend time
dengan mama. Kononnya. Aku juga jadi mangsa.
Mungkin aku
pengecut. Pengecut kerana tidak meluahkan perasaanku padanya. Tetapi aku senang
begini. Biar hatiku saja yang sakit. Jangan dia….
“Along. Yang
ni okay tak?” soal Maira sambil memperagakan jubbah rona hitam yang diimportkan
khas dari makkah di hadapanku. Sengaja aku menyuruh Maira mencubanya. Jika
ingin melihat Rabiatul Adawiyah memakainya. Gigit jarilah jawabnya aku. Jumpa pun
kali tak. Inikan nak berbual di telefon dengannya.
Aku tersenyum
memandang Maira dengan jubbahnya. Cantik! Aku pasti ianya juga cantik di badan
Rabiatul Adawiyah. Kerana aku pasti, tubuhnya dan Maira sama saja sizenya. Astaghfirullah’alazim. Tak
manis rasanya aku membayangkan tubuh Rabiatul Adawiyah. Dia bukan yang halal
untukku. Lebih-lebih lagi mahramku seperti Maira.
“Sayyid Lis?”
Tegur satu suara lembut dari arah belakangku. Aku dan Maira yang baru keluar
dari butik muslimah tersebut spontan menoleh. Begitu juga Maira. Kelihatan
wajah cantik itu cantik memakai dress
panjang rona hitam dan cardigan rona pink
dan tudung rona pink. Alhamdulilah~
Purdahnya cantik terletak di wajahnya. Ya aku pasti itu dia kerana selama ini
hanya dia memanggilku begitu. Sayyid? Tuan ertinya.
“Asalamualaikum
wbt Cik Rabi.” Sapaku padanya dan spontan tangan Maira aku gengam. Berkerut
dahi Maira memandangku. Bukan tidak pernah aku memegang tangannya. Tapi jarang.
Pastilah dia hairan. Manakala, Rabiatul Adawiyah dan temannya kaget melihat
reaksiku. Entah kenapa aku berkelakuan begini. Spontan. Lebih-lebih lagi teman
Rabiatul Adawiyah itu adalah seorang lelaki….
“Walaikumsalam
wbt Sayyid Lis. Kenalkan ni ibnul akhi li ab ana. Raziq Adam.” Balasnya dan
memperkenalkan lelaki disisinya kepadaku. Aku menyambut huluran salam lelaki
itu dan membalas senyumannya walaupun saat
ini aku tahu senyumanku hodoh sekali. Kerana aku tidak pandai berlakon.
Ibnul akhi li ab? Apakah bendanya itu? Hah! Kamus pula tak ada denganku saat
ini.
“Oh. Err. Hi. Saya
Mukhlis Al-Fattah. Dan ini Aira. Bakal tunang saya.” Balasku dan memperkenalkan
Maira kepada mereka. Sengaja aku menggunakan nama Aira. Jika Maira Al-Fattah.
Ketara hendaknya kami adik beradik. Ternyata berubah wajah si dia di saat aku
berkata begitu. Biarkan. Mungkin dia bukanlah jodohku. Lebih baik begini. Dia
juga sudah ada yang punya. Maira di sisi yang sudah mencerlung tajam kepadaku
aku biarkan. Tangannya aku cubit. Agar diam mulutnya.
“Err. We’ve to go. Razieq. Nice to meet you. Cik Rabi.
Asalamualaikum wbt.” Balasku cepat dan menyalam tangan Razieq sebelum berlalu
pergi. Aku tidak betah lagi memandang wajah itu. Hatiku pedih… Lagi pula aku
takut Maira mula bersuara. Pasti terkantoi.
“Apa along ni!
Kenapa kata adik tunang along pula? And Aira?
What the? Tadi tu kan…” Belum sempat Maira menyudahkan kata-katanya aku
meletakkan duit not rm50 enam keeping di tangannya. Terdiam dia olehku. Itulah Maira.
Boleh dikatakan adikku satu ini mata duitan budaknya.
“Shut your mouth. Jangan sampai mama dan
baba tahu dan anggap kejadian tadi tak pernah terjadi.” Jelasku padanya tanpa
memandang Maira di sisiku. Kereta aku pandu keluar dari perkarangan parking shopping mall tersebut dan Maira
tetap mendiamka diri. Baguslah…
##########################################
SUDAH sebulan berlalu, dan aku masih begini. Masih bujang dan
hidupku semakin kosong. Hidupku kini 100% hanya kerja sahaja. Berbeza dari yang
sebelumnya. Lebih-lebih lagi baba dah serahkan semua urusan firma kepadaku dan
baba hanya sebagai penasihat sahaja.
Kesibukanku
ini sedikit sebanyak adalah kerana dia… Kerana aku cuba untuk melupakan dia. Di
saat majlis perpisahan yang diadakan di Secret
Recipe keesokan harinya, aku sengaja tidak datang. Aku hanya mengirimkan
hadiahku kepadan Fadhil dan meminta Fadhil menyerahkan hadiah tidak seberapa
tersebut kepada dia.
Thanks
for everything…
Thanks for everything? Hanya itu yang
mampu aku coretkan. Dah tu nak aku tulis apa? I love you ke? Gila kerjanya tu. Takpelah. Cukuplah itu sahaja yang
aku tuliskan dan ianya sungguh bermakna buatku.
Thanks for everything,
Thanks for teach me what love really are
Thanks for give me this feeling
And
Thanks for hurting me….
Ianya bermakna
bukan? Orang kata :
Cinta
tak seharusnya memiliki
Yalah kot. Itu
yang aku alami saat ini. Aku mencintai dirinya. Namun, aku harus redha. Dia
tidak tercipta untukku. Tidak bermakna aku mencintainya, aku harus memilikinya.
“Along?
Fikirkan apa tu?” Mama yang menyapa dan mengusap bahuku lembut itu membuatkan
aku tersedar dari lamunan panjangku. Aku tersenyum memandang mama yang
mengambil tempat di sebelahku di sofa panjang berangkai tiga. Tv lcd yang
memaparkan rancangan kegemaranku sudah tidak aku hiraukan lagi.
“Mama.
Takdelah ma. Tengah fikirkan kerja kat office
tu.” Dalihku dari mama dan tersenyum memandangnya. Mama menepuk ribanya agar
aku berbaring di situ. Aku mengikut. Senang bermanja dengan mama walaupun aku
sudah besar panjang. Mama memang tidak pernah berkira dengan kasih sayang..
“Kalau
fikirkan kerja tu sampai ke tua tak habisnya sayang. Kalau macam ni lambat
lagilah mama nak ada menantu dan timang cucu ni?” Balas mama kepadaku dan
membelai rambutku. Aku memejam mata dan si dia yang terbayang di mataku sewaktu
mama berkata ‘menantu’. Kenapa mesti dia?
“Macam mana
nak ada menantu dan cucu ma. Calonnya pun tak ada.” Balasku lemah. Kedengaran
suara mama ketawa kecil. Usapannya pada rambutku membuatkan aku ingin tidur
saja. Sungguh besarnya kuasa ibu yang melahirkan kita. Sehingga di saat mama
mengusap rambutku. Dengan spontan aku merasa mengantuk. Padahal selama ini
susah saja aku ingin tidur. Jika tidak jam 0200 pagi jangan harap aku terbaring
di atas katil.
“Mustahillah.
Anak mama nikan kacak orangnya. Takde yang terpikat? Anak mama pula takde ke
yang ada kena di hati tu?” Tembak mama. Aku tersenyum kelat. Dengan mata yang
masih tertutup aku tahu mama sedang memandangku.
“Memang anak
mama ni kacak dan banyak perempuan kat luar tu nak anak mama ni. Tapi anak mama
ni takde perasaan apa-apa pada mereka semua. Dah ada yang kena di hati. Tapi…
entahlah. Tiada jodoh kot ma.” Balasku lemah. Di dalam sebulan ini bukan tiada
yang cuba mencucuk jarum padaku. Ada saja. Tapi aku yang menolak. Belum
bersedia lagi rasanya. Hatiku masih pada dia dan ianya semakin hari semakin
kuat.
“Ke nak mama yang
carikan jodoh buat along? Mama ada calonnya. Cantik sangat. Anak ustazah tempat
mama belajar ilmu agama tu.” Balas mama teruja. Spontan aku membuka mataku dan
mengerutkan dahi memandang mama.
“Anak ustazah?
Bapa dia mesti imam nikan.” Tembakku. Spontan mama tertawa.
“Eh. Betullah
tu.” Balas mama sungguh. Terlopong aku dibuatnya. Mama nak jadikan aku ni
seperti baba ke? Kahwin dengan mama iaitu anak seorang imam.
“Mama biar
betul ma? Anak imam tu. Along ni banyak kurangnya ma. Nak menjadi seorang suami
kepada anak seorang imam? Susah tu ma. Along takut tak dapat jadi seperti tok
imam tu.” Spontan aku duduk tegak. Mama tersenyum dan memegang kedua pipiku.
“Mama dulu
juga adalah anak seorang imam. Tetapi baba dapat bimbing mama sehingga kini.
Walaupun pada ketika itu background
baba bukanlah seorang yang warak. Tapi baba cuba untuk berubah dan belajar
dengan tok imam.” Jelas mama. Aku terdiam.
Aku mengaku.
Isu yang sebenarnya bukan kerana aku tak warak mahupun calon yang mama suggestkan pada aku adalah anak tok
imam. Tetapi kerana dia… Kerana hatiku masih untuknya. Terlalu sukar untuk
membuang perasaan ini. Namun, untuk menghampakan mama bukanlah aku. Mama seperti
gembira pabila bercerita mengenai calonnya itu. Salahkah jika aku mencuba?
Mungkin dia adalah jodohku…
“Terpulanglah
pada mama. Along ikut saja.” Balasku akhirnya dan aku tersenyum pabila melihat
mama tersenyum lebar.
Dari Imam Al-Ghazali, Cintailah pada sesiapa
yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah
dengannya…….
Awak, selamat
tinggal…
########################################
AKU dan Fadhil menaiki satu kereta turun dan dari Skyline ku.
Manakala, mama, baba dan Maira menaiki kereta Mercedes S class rona hitam milik
baba. Sengaja aku membawa Fadhil. Sekurang-kurangnya tidaklah aku membisu.
Nafasku ditarik dan kembali dihembuskan. Debarannya menjadi-jadi sejak semalam.
Sejak mama berkata hari ini keluarga kami akan datang bertandang ke rumah calon
menantunya.
“Kau okay ke
Mukh?” Soal Fadhil kepadaku dan memegang bahuku. Aku tersenyum kecil dan
menganggukan kepalaku. Baju kemeja rona biruku aku betulkan. Ray ban di buka.
Mata memandang ke rumah besar di hadapan kami. cantik. Tok imam ada rupa
secantik ni ke?
Tap!
Eh! Siapa tu? Mataku
terhenti pada seseorang yang memandang kami dari bilik tingkat atas. Pabila aku
memandangnya dia lantas menutup langsir tersebut. Erk! misteri betul.
Aku dan ahli
keluargaku menapak masuk ke dalam rumah besar tersebut. Cantik living roomnya. Bercirikan Arabian.
Teringat aku kepada si dia. Asal berkaitan dengan Arab saja pasti aku spontan
akan teringatkan dia. Hah! Wake up Mukhlis.
Kau dah nak bertunang. Behave yourself
dude.
“Ini ke
orangnya?” Sapa seorang lelaki di dalam lingkungan umur baba menyapa. Bahuku
dipegangnya. Aku tersenyum dan menyalam tangannya penuh tertib. Ini rasanya
bakal bapa mertua aku. Erk! Kecutlah pula. Orangnya ada iras-iras Jallaludin Hassan.
Tapi baik orangnya. Senyum je dari tadi.
“A’ah. Inilah
orangnya. Anak saya yang saya yang sulung. Mukhlis Al-Fattah. Jangan pula yang
tersalah yang satu tu.” Gurau baba dan sempat mengenakan Fadhil. Tersengih malu
Fadhil dibuatnya. Tok imam tadi tergelak. Fuh! Tenang hati aku sikit. Taklah
tegas semacam. Kira oklah.
Sepanjang kami
berbual, bayang-bayang calon isteri aku tu pun aku tak Nampak. Mata aku ni dah
siap jeling satu pelosok rumah ni. Gambar keluarga tak ada. Yang ada hanyalah
bingkai tulisan-tulisan jawi. Cantik-cantik semuanya. Rumah tok imam engkau. So
engkau nak expect gambar apa yang
tergantung? Hehehe.
Setelah puas
berbual, tok imam mengajak kami solat Jemaah. Waktu zuhur dah masuk waktu.
Seperti yang aku jangka, aku disuruh menjadi imam pada hari itu. Aku tahu tok
imam saja nak uji aku boleh solat dan menjadi imam kepada Jemaah yang kecil
ataupun tidak. Aku hanya mampu menghelakan nafas lega. Tak sia-sia selama ni
baba didik aku supaya menjadi imam sepanjang kami solat Jemaah selalu. Taklah
gugup semacam. Cuma berdebar pabila saat ini aku diperhati oleh bakal bapa
mertua dan ahli keluarganya. Lebih-lebih lagi calon isteriku. Alangkah malunya
aku jika aku sebagai seorang lelaki tidak dapat memimpin sekumpulan kecil Jemaah.
Mataku sempat
menjeling ke sekeliling bilik solat yang agak besar ini. Namun bayang-bayang
calon isteriku tetap tidak kelihatan. Bagaimana hendak melihatnya jika di
antara Jemaah wanita dan lelaki dipisahkan dengan langsir putih.
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Ash hadu an la ilaha illal lah,
ash hadu an la ilaha illal lah,
Ash hadu an-na Muhammadar resulul-lah,
Ash hadu an-na Muhammadar rasulul-lah,
hayya 'alas, salah, hayya 'alas salah,
hayya 'alal falah,
hayya 'alal-falah Allahu Akbar;
Allahu Akbar, La ilaha illal lah.'
###########################################
AKU yang tadinya duduk di taman bersama Fadhil dan anak
sulung kepada tok imam iaitu Abang Raffy Adam dipanggil masuk oleh isteri
kepada abang Raffy. Kak Lina namanya. Tak Nampak wajahnya kerana berpurdah.
Sejurus itu aku langsung teringakan si dia…
“Masuk nak
Mukhlis, Fadhil.” Jemput tok imam kepada kami. Alangkah terkejutnya aku tadi
pabila mengetahui bahawa tok imam ini adalah seorang dato dan mempunyai
syarikatnya sendiri. Urusan syarikat sudah lama diserahkan kepada abang Raffy
dan anaknya lagi satu. Tiga orang semuanya anak tok imam. Dua lelaki dan
seorang perempuan. Tetapi ku lihat tok imam ni low profile orangnya. Humble
je. Tak riak.
“Nak Mukhlis
silalah ikut mama dan ummi ke bilik Atul.” Arah tok imam kepadaku. Aku
tercengang. Kenapa harus aku mengikut masuk ke dalam biliknya?
“Err. Kenapa
abi?” Soalku kepadanya. Dia yang menyuruhku memanggilnya abi. Fadhil dan Maira juga
di suruh panggil begitu. Dia tersenyum.
“Ikut sajalah.
Kamu berduakan sudah bertunang.” Balasnya dan menepuk bahuku. Aku terdiam. Ya.
Asalnya tadi hanya untuk merisik menjadi majlis bertunang kami. Tok imam ingin
kami cepat-cepatkan majlisnya. Mengikut perancangan hujung bulan ini kami akan
dinikahkan. Aku ikutkan saja. hidupku sudah lengkap semunya. Cuma tinggal
berumah tangga sahaja. Jika soal cinta. biarlah aku memupuk perasaan cintaku
pada isteriku nanti. Lebih sah miliknya dan kekal. Tidaklah aku kecewa lagi.
Dengan penuh
debar aku mengikut mama dan ummi masuk ke dalam sebuah bilik. Cantik biliknya.
Semuanya rona putih. Di atas sebuah katil terhias indah duduknya seorang gadis
di situ. Wajahnya di tundukkan dan dia… berpurdah?
“Asalamualaikum
wbt.” Sapa mama kepada tunangku. Dia masih menundukkan wajahnya.
“Walaikumsalam
wbt…” jawabnya lembut. Aku? terdiam. Suara itu!
“Adik kita
duduk di sofa ya. Lagi selesa.” Usul ummi dan memegang lengan tunangku agar
berdiri dan mengikutnya agar duduk di sofa rona putih yang disediakan di dalam
bilik tersebut. Aku dan mama juga di jemput duduk. Aku duduk berhadapan dengan
si dia. Sejak tadi mataku tidak putus-putus memandang jubbah yang dipakai oleh
tunangku itu. Takkan dia membeli jubbah yang sama dengan jubbah yang aku
belikan buat si dia?
“Nak Mukhlis,
saat ini nak Mukhlis sudah sah menjadi tunang kepada anak dara ummi. Oleh itu,
kami ingin memberi peluang kepada nak Mukhlis agar memandang wajahnya seketika
sebelum majlis perkahwinan kalian berdua hujung bulan ini. Yakni 3minggu sahaja
lagi.” Jelas ummi kepadaku. Aku dengan penuh berdebar menganggukan kepala.
Jantung aku rasa nak meletup. Entah kenapa aku harus merasa begini. Adakah
perasaan cintaku sudah beralih arah buat tunangku?
“Adik..” Isyarat
ummi kepada tunangku. Dengan perlahan wajahnya diangkat memandangku. Dan
aku????
“Eh. Along!
Kenapa ni? Along?” Suara mama sayup-sayup kedengaran di cuping telingaku dan
aku perlahan-lahan menutup kedua mataku…..
###########################################
AKU tersentak tatkala tubuhku dipeluk dari belakang.
Tersenyum kecil aku dibuatnya. Yang pasti, itu adalah isteri kesayanganku.
Rabiatul Adawiyah binti Ramlee Adam. Pegangan tangannya yang melingkar di
tubuhku aku usap dengan lembut.
“Abang tengah
fikirkan apa tu?” Soal Rabiatul Adawiyah lembut kepadaku seperti selalu. Aku
tersenyum. Indahnya hari-hariku mendengar suara lembut itu. Tidak pernah
meninggikan suaranya kepadaku. Badanku aku pusingkan ke belakang dan berdepan
dengannya. Tanganku melingkar di tubuh genitnya. Rambutnya yang panjang
mengurai dan lembut itu aku sentuh. Cantik sekali. Lebih-lebih lagi bila dia
tidak bertudung. Inilah nikmatnya memiliki isteri sepertinya.
“Abang tengah
fikirkan baby kita yang bakal lahir sayang. Dah minum susu?” Balasku padanya. Dia tersenyum. Mata itu masih cantik seperti dulu.
Malah, semakin cantik ku rasa.
“Dah…” Balasnya
semangat. Aku tergelak.
“Jangan tipu abang…” Sakatku. Dia tergelak.
“Selama kita
berkahwin sayang tak pernah tipu abang tau…” Balasnya manja. Aku tersenyum dan
memeluknya erat. Terasa lengkuk perutnya yang membesar di perutku. Di situ ada
cahaya mata kami yang bakal lahir sebulan sahaja lagi. Dan Rabiatul Adawiyah
kelihatan begitu comel begitu.
“Abang nak
Tanya sesuatu boleh?” Soalku padanya dan mengusap pipinya lembut. Mata
memikatnya memandangku kini. Cantik sekali bila dipandang.
“Kenapa dulu
sayang pernah buka purdah sayang?” Soalku padanya hairan. Dia tersenyum.
“Sebenarnya
dulu, sayang tak pakai purdah pun. Pakai pun hari tu sebab bibir sayang
bengkak. Sebab allergic. But semakin
lama semakin sayang selesa memakai purdah. Abi pula suka tengok sayang pakai
purdah. Dan hari tu, sayang tak pakai sebab bibir sayang dah baik. Tapi, bila tak pakai purdah rasa
lain. Selama ni dah terbiasa pakai purdah. Rasa tak selesa bila dipandang oleh
orang sekeliling. Lebih-lebih lagi bila orang tu kata sayang cantik bila memakai
purdah and….” Kata-katanya terhenti
di situ. Aku yang tadinya khusyuk melihat bibir mungil itu berceloteh
tercengang.
“And?” Soalku padanya. Dia tersenyum.
“And dia kata dia tak nak kongsi
keindahan tu dengan yang lain….” Balas isteriku dan aku tersenyum. Mengucup
penuh kasih dahinya.
“Abang dah fall in love dengan sayang time tu. Bengang sangat banyak mata yang
tengok keindahan sayang abang ni. Sampaikan sanggup skip lunch. Gastrik lah jawabnya…” Luahku padanya jujur. Dia
tercengang.
“Betul ke?” Soalnya
dengan nada risau. Aku tersenyum dan menganggukkan kepala.
“Patutlah orang
tu cemberut je muka dia.” Balasnya padaku dan mencuit hidung mancungku. Aku
tergelak.
“Mahu tak
cemberut. Isteri saya ni cantik sangat…” Balasku jujur. Dia tersenyum dan
mencium kedua pipiku. Tersenyum lebar aku dibuatnya. Mungkin di awal
perkahwinan dulu dia masih malu-malu. Namun kini dia senang memperlihatkan
kasih sayangnya melalui ciuman. Manja.
“Orang tu lagi
teruk! Kata Maira tunang dia.” Balasnya geram. Aku tergelak. Siapa sangka
adikku dan dia adalah teman rapat. Mereka roomates
dulu. Pabila aku marah budak Maira. Katanya aku yang tak nak dia kata apa-apa.
Salah aku juga. Terlalu frust.
Gitulah jadinya. Dan lelaki yang bersama isteriku waktu itu adalah abang
keduanya. Razieq Adam. Aduhai. Tulah terlalu ikutkan hati sangat. Kecewalah kononnya.
Tapi aku pasti. Semuanya ada hikmah di sebaliknya. Jika tidak kenapa kini dia
dan aku berkahwin. Bukankah itu jodoh kami?
“Orang tu lagi
teruk, selalu mengumpat abang dengan bahasa Arab!” Balasku geram pula. Dia
tergelak. Comel sungguh.
“Yalah.
Sampaikan orang tu sanggup beli kamuskan?” Balasnya nakal. Menjerit kecil aku
dibuatnya. Nakal betul wife aku ni. Mesti
budak Maira yang bocorkan rahsia kami.
“Tapikan… Orang
tu lagi jahat tau. Dia tak datang pun time
hari perpisahan orang.” Sambungnya lagi. Aku tergelak.
“Orang dah frust menonggeng dah. Mestilah tak
datang. Yang mampu abang buat hadiahkan jubbah untuk sayang. Sayang suka tak?” Soalku
padanya. dia memelukku.
“Suka. Suka
sangat. Antara jubbah yang paling sayang sayang sangat.” Balasnya. Aku
tersenyum dan mengusap rambutnya.
“Sayang…” Panggilku
padanya dan menarik dagunya lembut agar memandangku. Wajahnya di angkat dan
memandangku.
“Abang harap
perkahwinan kita dilimpahkan dengan kebahagiaan. In shaa allah. Abang akan
menjaga iman abang agar tidak tergoda dengan anasir jahat. Agar rumah tangga
kita kekal sehingga ke akhir hayat kita. Kesetiaan dan kasih sayang kita
diharap takkan berubah malah makin bertambah. Juga, dikurniakan anak-anak yang
soleh dan solehah. Oh ya, harap-harap anak lelaki kita pun dapat kahwin dengan
anak tok imam. Seperti atok dan papa dia.” Balasku nakal dan mengeyitkan mataku.
Tergelak isteriku dibuatnya. Yalah. Jika difikirkan balik. Rasa lucu pula. Baba
dan aku sama-sama berkahwin dengan anak tok imam. Pada mulanya, aku ingatkan
susah menjadi seorang menantu tok imam. Tapi tidak. Abi amat memahamiku. Tidak
henti-henti mendidikku. Alhamdulilah.
Manakala, kedua
ibu bapaku baru sahaja balik dari mengerjakan haji. Maka kini mereka secara
rasminya bergelar haji dan hajah. Alhamdulilah. Fadhil pula, kini sudah
mengikat tali pertunangan dengan adikku Maira. Di dalam diam Fadhil menyimpan
perasaan kepada adikku yang satu itu. Aku bersyukur kerana keduanya sepandan
sekali dan Fadhil juga sepertiku kini. Lebih banyak mendekatkan diri kepada
hal-hal agama.
“Al-baqi…” Ucap
isteriku lembut dan menyandarkan kepalanya di dada sasaku. Aku mengerutkan
dahi. Dia dah datang dah. Encik kamus Arab dia tu.
“Al-baqi?” Soalku
padanya hairan. Dah tak malu nak mengaku yang aku sendiri tak faham apa yang
dia katakan. Katanya jika malu bertanya pasti sesat berjalan. Itulah sebabnya
kot pabila dia memperkenalkan abang ngahnya padaku aku tersalah faham. Ibnul
akhi li ab. Rupanya lelaki bagi saudara seayah. Kiranya abang kandunglah.
“Yang kekal
buat selamanya….” Balasnya padaku dan kami saling berbalas senyuman. Ya. Kekal
buat selamanya. Aku berharap perkahwinan ini kekal buat selamanya.
Siapa sangka
aku jatuh cinta padanya. Budak practical yang practical
di tempat kerjaku. Juga seorang gadis yang memakai purdah dan anak kepada tok
imam. Lelaki sepertiku mencintainya selama ini secara diam ternyata berbalas. Cintailah
dengan hati yang ikhlas dan redha dengan ketentuan-NYA. Kerana nescaya, DIA
sudah menetapkan jodoh yang terbaik untukmu….
#######################################
Cintailah
dengan hati yang ikhlas dan berdoalah untuk yang terbaik kerana Ustaz
Zaharuddin pernah berkata :
Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan
oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi
sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan
seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia.
Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa
disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.
Sesungguhnya, lelaki
secara fitrahnya ingin menikmati keindahan seseorang wanita. Maka, Islam datang
melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah untuk lelaki
meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak lengkap
tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga
batasan dari tersungkur.
Percayalah,
jika memang Allah swt takdirkannya untuk anda, cepat atau lambat dia tetap akan
menjadi milik anda. Allah swt
tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka.
Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur
yang terbaik dalam kehidupan kita.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL (^_^)
KEYWORDS::
'AFIAH = SEJAHTERA ATAU SIHAT SEKALI
BARBARIYYUN = BIADAP
GHAIRU MUHSHAN = BELUM BERSUAMI ATAU BERISTERI
IBNUL AKI LI AB = SAUDARA LELAKI SEAYAH
AL-BAQI = YANG KEKAL BUAT SELAMANYA
#####################################################################
ASALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.
Hari ini saya sungguh skema kerana bersesuaian dengan cerpen kita ya...
P/S :: First time, saya buat cerpen berunsurkan Islamic seperti ini. Maafkan saya jika ada maklumat dan ayat-ayat yang tidak sesuai serta salah. Betulkan saya jika saya salah.... Ini adalah percubaan pertama saya.
P/S :: CERPEN kali ini, lebih bersifat Islamic dan pada masa yang sama saya mengunkan 'AKU' kepada ganti nama seorang lelaki bergelar Mukhlis Al-Fattah, yang bermaksud ikhlas,jujur, tulus hati dan pemberi keputusan yang adil.Pendekatan cerpen pada kali ini lebih kepada ciri-ciri Islamic dan cara-cara berhubungan ataupun bercinta dari segi Islam.
Penggunaan purdah oleh heroin tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.Saya cuma ingin berkongsi rasa wanita-wanita yang memakai purdah dan bagaimana si lelaki jatuh cinta pada sang juwita tanpa memandang wajahnya. Hanya melalui mata dan turun ke hati. Diharap isu ini tidak disalah anggap oleh mana-mana pihak. Saya cuma ingin berkongsi ilmu saja.
Mengenai penggunaan anak Tok Imam pula. Juga sekali lagi saya tidak ingin menjadikannya satu isu. Seperti yang saya katakan tadi. Saya cuma ingin berkongsi perkongsian Ilmu sahaja. Oh ya, Atuk aku pun Imam engkau! So, aku tak rasa di situ ada isu sensitive ke apa. Think Positive ukeh.. Err. Ok-ok. Serius balik....
P/S :: Diharap, saya menerima comment yang membina dan bukan menjatuhkan saya. Jika anda ada niat sebegitu. Please, I don't need ur comment. TQ.
P/S :: RESPOND dari anda amatlah digalakkan....
THINK POSITIVE AND CHILL...
Till Then,
Sincerely,
Ratu Adriana Nadine.
suke baca cerpen ni banyak memberi pengajaran.
ReplyDeletesemuga dapat menghasilkan karya-karya yg lebih
mantop lagi. Semua cerpen Ratu yg tlh dibaca
best... nak lagi.
anor,
Deletethanks dear =)
alhamdulilah~
kite terharu baca comment awak =')
amin~ in shaa allah.
akan perbanyakkan lagi karya kite. doakan kite eh.
maaf jika ada yang terkurang. yg baik datang dari-NYA. yg buruknya dari kite =)
hai2.. nad.. hehehe best2.
ReplyDelete1st blur bab ada bhasa arab...O_0
HI HI awak :)
DeleteHeee. thanks awak. hee. sorry kalau terblur. heee
ejaan mungkin boleh cek dulu...bhs arab tak susah manalah..hihi. cth: syukran kathiraa (terima kasih byk2). letak nota kaki pun ok...
ReplyDeletehi cik anony
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
thanks untuk teguran
ada yg sy trlimpas pndang
mantap r
ReplyDeletesebuah karya islamik yg sgt best
ReplyDeleteAi rasa syukran jazilan better.... ;)
ReplyDeleteBtw, enjoy ur story ;)
okey best..tetap cntik wlau berpurdah pn..cantik utk suami yg sah
ReplyDeleteboley diterima cite ni..bole diterima akal..hahaha sori,
ReplyDeletecite ni best gile..mula2 rasa cam nak google bahasa arab tu....hehe nice
Hmm is anyone else having problems with the pictures on this blog
ReplyDeleteloading? I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.
Any suggestions would be greatly appreciated.
Here is my blog post :: 212.78.2.149
Assalam,beautiful story. Best sngt,tp knpa blog lama tk update,truskan bkarya.
ReplyDeleteAssalam,beautiful story. Best sngt,tp knpa blog lama tk update,truskan bkarya.
ReplyDeletelpas bace cerite nie...tibe2 rase nk pakai purdah jugak...macm cantikkk jer..mcm comelllll jer....hehehe
ReplyDelete