Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 5 May 2012

LELAKI SEPERTI AKU V.S ANAK TOK IMAM




Lelaki Seperti Aku v.s Anak Tok Imam???

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

ERK! Motif aku menyanyi lagu tu apa? Takde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati sebenarnya. Walaupun pada dasarnya 99.99% dari lirik lagu tu benar-benar betul tentang diri aku. Err. Tang ‘aku sudah ada satu kekasih yang menunggu’ tu. Auta lebih! Jangankan bini. Kekasih pun aku takde. Apa kes?

          Perempuan-perempuan lah ni, entahlah nak describekan macam mana. Susah sangat aku nak memilih. Bayangkan, perempuan adalah 70% dan manakala lelaki pula 30% sahaja. Pupus ke apa kaum aku ni? Mashaallah~ Dunia-dunia. Jika ada pun lelaki yang wujud, kebanyakkannya memilih untuk menjadi Miss. Fahamkan maksud aku? Erk! Apa kes aku siap bagi peratus di antara jantina ni. Aduhai.

          Kita mulakan dengan perkenalan, Hi! Aku Mukhlish Al-Fattah. Ertinya, Mukhlis adalah ikhlas, jujur, dan tulus hati. Manakala Al-Fattah pula adalah Maha Pemberi Keputusan yang adil. Hah! That’s whylah kot aku jadi peguam. Sesuai gitu dengan nama yang mama dan baba pilihkan untuk aku. Aku berumur 30 tahun. Err. Muda lagi. Orang kata lelaki ni semakin berumur semakin laku. Betul ke tidak? Korang baca jelah story tentang hidup dan kisah cinta aku.

          Tetapi, Sekacak,seseksi dan sebaik lelaki macam aku ni. Sehingga kini Aku masih tiada pasangan kekasih. Kenapa? Jangan ditanya aku. Kerana aku sendiri tiada jawapannya. Entahlah, orang kata belum jumpa dengan yang ngam di hati kot. Rasa berdebar bila berdepan dengan perempuan tu aku belum rasa lagi.

          “Hoi Bro! Berkhayal nampak!” Sergah Bestfriends a.k.a workmates aku. Bangang betul! Termasuk kali ni, dah banyak kali Ahmad Fadhil ni buat aku macam ni. Masuk bilik aku, then sergah macam tu aje. Jika tak ingatkan yang dia ni teman aku dunia akhirat takde maknanya aku nak layan budak ni. Aku pecatkan saja.

          “Hoi! Hoi! Takde adab ke apa engkau ni Dhil? Kalau yer pun bagilah salam dulu. Kan molek tu. Sesungguhnya, ucapan salam itu amatlah disarankan di dalam Islam. Sekaligus engkau ucapkan doa agar aku sihat sejahtera hendaknya.” Bebelku panjang lebar kepada Fadhil. Dia tersengih dan mengaru-garu kepalanya.

          “Whoa~ Relax bro! Engkau ni. Pantang ada peluang mulalah nak bagi ceramah free pada aku.” Balas Fadhil dan mengangkat kedua tangannya. Aku mendengus. Kira okaylah aku bagi dia ceramah free. Dibuatnya aku bagi dia ceramah berbayar rm50 satu jam? Tak ke haru tu? Bodoh betul!

          “Aku bukan nak bagi ceramah free. Aku just nak kongsikan ilmu yang ada ni dengan engkau supaya masuk kat dalam otak bergeliga engkau tu. Dah besar panjang bro. Pandai fikir.” Balasku malas. Fahdil tersengih saja.

          “Yelah-yelah. Aku salah dan aku tak buat lagi.” Balas Fadhil mengaku kalah. Aku gelengkan kepala. Bukan sebab kalah ke menang. Salah ke benar. Tetapi sebab adab agama Islam yang digariskan selama ini. Dia dah besar. Tahu berfikir mana yang baik mahupun yang salah. As a guy he should think mature then behave like kids! Yang tahu sergah tak tentu pasal tanpa memberi salam dulu. Orang kata itu menunjukkan keperibadian kita as a muslim.

          “Dahlah engkau. So? Apa kes masuk bilik aku ni? Takde kerja ke apa engkau ni?” Soalku hairan kepada Fadhil. Dia tersengih lagi. Ada juga yang aku baling dengan telefon ni. Asyik sengih je dari tadi.

          “Engkau asal? Tersengih-sengih je dari tadi.” Soalku lagi. Kening dikerutkan.

          “Budak practical under engkau dah sampai dah. Tadi dia lapor diri dekat management.” Jelas Fadhil teruja dengan senyuman lebar. Aku naikkan kening.
         
          “So? What the biggie?” Soalku hairan. Tak faham sebenarnya. Apa yang seronoknya? Budak practical je kot. Bukan tak pernah budak-budak practical buat practical di company ni. Ada je setiap tahun. Apa yang nak dihairankan?

          “Haila. Engkau ni. Tak boleh nak corner lipat segala. Budak practical tu, perempuan tau!” Balas Fadhil geram. Aku menjulingkan mata ke atas. Hanya kerana budak practical tu perempuan so Fadhil excited terlebih. Ketara sangat miangnya. Bagaikan monyet mendapat pisang saja lagaknya. Eh! Wait! Wait! Bukan bagaikan kera dapat pisang ke? Err. Whatever! It’s still same what!

          “So ada aku kisah dia perempuan ke tak? Ada je budak perempuan yang practical dekat sini.” Balasku padanya. Fadhil merengus geram dan melonggarkan neck-tienya. Erk! Geram Nampak!

          “Engkau ni memang takde perasaanlah Mukh. Engkau tak excited ke dengar tentang perempuan? Banyak kot perempuan dok minat dengan engkau. Tapi engkau buat derk je. Ke engkau ni err… Gay? Engkau jangan Mukh! Aku straight!” Balas Fadhil selamba. Terjengil mataku dibuatnya.

Gila! Aku? Gay? See the leglah! Nafsu kot aku dengan perempuan. Tapi seperti yang aku kata, aku masih belum jumpa yang berkenan di hati aku ni. Belum ada mana-mana perempuan yang boleh mencuri hati aku lagi. Perempuan memang banyak. Cantik. Tetapi yang perempuan asli dan ada ciri-ciri gadis Melayu serta Islamnya dah susah nak cari. Ada pun pasti yang dah berpunya. Kalau tak pun, pasti tak nak dengan lelaki seperti aku ni. Lelaki metroseksual yang pentingkan penjagaan diri. Pula tu ilmu agama masih kurang di dada. Silap-silap Wife aku yang didik aku. Buat malu kaum je.

See the leg bro! Straight okay!” Balasku bengang dan membaling pen yang berada di atas meja ke mukanya. Tergelak Fadhil olehku dan mengelak dari terkena pen yang ku baling tadi. Kedua tangannya diangkat.


“Ok-ok! Aku surrender bro! Engkau straight. Baiklah.” Balasnya dengan tawa yang masih bersisa. Aku merengus.

“Dahlah engkau. Baik engkau balik ke office engkau sebelum aku report dengan baba aku.” Ugutku padanya. Fadhil spontan berdiri tatkala aku menyebut ‘baba’. Takut sangat dengan baba aku yang tegas tu. Tapi baik orangnya. Ingin saja aku tergelak di situ. Tapi terpaksa seriuskan muka. Jika tidak, sehingga ke esok budak Fadhil ni dok melepak dekat office aku.

Fine! Aku masuk bilik aku. Tapi betul ni engkau tak nak tahu tentang budak practical tu? Esok dia dah start kerja. Under engkau.” Balas Fadhil dan masih cuba untuk bercerita mengenai budak practical tu. Aku menutup kedua telingaku dengan tangan dan pekakkan telinga. Sehinggalah Fadhil keluar dari pejabatku dengan tawa kecilnya. Fadhil. Fadhil. Fadhil.

###############################  

SEPERTI biasa, setiap pagi aku dan ahli keluargaku akan sarapan bersama. Baba, mama, aku dan Maira Al-Fattah. Adik perempuanku yang kini sedang mengambil course perniagaan di university tempatan. Manakala, Tan Sri Mukhriz Al-Fattah iaitu babaku adalah seorang peguam dan telah membuka sebuah firma guaman. Firma tempat kerjaku kini. Mama pula, Puan Sri Aida merupakan seorang guru sekolah menengah dan telah berpencen awal demi menjaga keluarganya 100%.

          “Hari ni along tolong handlekan Puan Zuraidah dan suaminya tu. Mereka akan datang ke office hari ni. Proses penceraian, mereka berdua nak cepatkan.” Kata baba tegas kepadaku. Aku yang baru ingin memakan sandwich yang mama buatkan terhenti. Raut wajah baba yang masih kacak itu aku pandang. Ekeleh! Ni yang aku malas ni. Tahukah anda bahawa sesungguhnya clientku bernama Puan Zuraidah itu merupakan salah seorang Secret admire ku? Ish. Seram bila difikirkan balik pabila dia cuba mengodaku dulu. Simpang! Isteri orang tu. Jika dia bukan memegang status isteri orang pun aku tak nak dengan dia. Di antara ciri-ciri gadis idamanku adalah pandai menjaga maruahnya di hadapan lelaki. Ni tidak!

          “Err. Kena ke? Kenapa tak Fadhil je?” Soalku takut-takut pada baba. Baba yang sedang membaca surat khabar menoleh memandangku yang duduk di sisi kanannya. Kaca mata putihnya dibuka.

          “Kenapa? It’s that any problem between you and puan Zuraidah?” Soal baba kepadaku. Keningnya dinaikkan. Aku meneguk liur yang kelat. Mama dan maira pun dan pandang aku semacam. Napkin ku ambil dan bibir di lap penuh cermat. Baba di pandang.

          “Err. Macam mana nak cakap eh. Hurm. That’s Puan Zuraidah. Pernah goda along sebelum ni. Naik seram bulu tengkuk along ni dibuatnya. Sebab tu along seram nak berurusan dengan dia. Err. Why don’t we give this case to Fadhil?” Pujukku pada baba. Spontan baba tergelak. Aku, mama dan Maira pula mengerutkan kening memandang baba.

          “Hei. Baba ni kenapa sayang? Hairan mama tengok. Apa yang lucunya?” Soal mama hairan dan memegang lengan baba. Baba mengelengkan kepalanya dengan tawa yang masih bersisa.

          “Rupanya along pun kena juga. Sebelum ni baba yang kena. Dia cuba nak goda baba. Tapi baba tak layan. So that’s why baba bagi case ni dengan along. Plus, dia sendiri yang nak along uruskan kes penceriaan dia dengan suami dia tu.” Penjelasan dari baba itu membuatkan aku terdiam. Erk! Baba ni. Rupanya dia pun dah jadi mangsa perempuan tu. Jahat sungguh tak bagitahu pada aku.

          “Hai baba. Sejak bila? Kenapa baba tak bagi tahu mama?” Soal mama dingin. Ada nada cemburu di situ. Baba tersengih dan mengusap kepala mama yang dilitupi tudung. Sejuk hatiku memandang kemesraan baba dan mama. Teringin romantic seperti itu bersama sang juwitaku. Tapi bayangnya jua tidak kelihatan. Aduhai. Berangan sajalah jawabnya Mukhlis.

          “Baba bukan tak nak bagi tahu mama. But I think, takde pentingnya nak bagitahu. Baba tak nak rumah tangga kita goyah pula disebabkan dia. Mama jangan risaulah. Goda gitu-gitu je. Baba tak layan punya. Kat mata baba ni ada mama je.” Balas baba dan mencubit pipi mama. Amboi engkau! Baba bukan main romantic lagi dengan mama. Aku dan Maira hanya mampu berbalas pandangan dan tersengih. Sudah biasa dengan sitausi keromantikan mereka berdua.

          “Amboi ba. Ada ciri-ciri mat romeo Nampak.” Sakatku pada baba dan menyambung memakan sandwichku tadi. Baba dan mama tergelak.

          “Kalau along nak tahu. Baba ni raja mat romeo tau dulu. Tapi disebabkan anak Imam Yusuf nilah baba kamu berubah dan melekat dengan mama.” Jelas mama dan tersenyum-senyum memandang baba. Aku tahu itu. Baba dan mama. Kisah cinta mereka sunggun indah. Seorang kaki playboy jatuh cinta pada anak imam? Okay. Serius tak boleh blah. Tapi, itulah cinta dan jodoh. Kerana jodoh mereka berdua bahagia kini dan aku serta maira lahir ke dunia. Walaupun tika itu masak baba kena buli dek arwah tok imam. Hehehe.

          ########################################

AKU memakirkan Skyline rona putihku di parking khas buatku. Bangunan tersergam kukuh di hadapanku aku pandang. Sudah bertahun baba membina firma guamannya ini dan alhamdulilah kini ianya Berjaya dengan hasil titik peluh baba sendiri walaupn pada dasarya pelbagai rintangan dan dugaan baba terpaksa hadapi.

          Beg bimbit dan Iphone 4s ku aku ambil dan melangkah keluar dari kereta. Ray ban masih terpakai kemas di mata. Sudah ku kata. Aku ni orangnya metroseksual sedikit. Aku pentingkan kekemasan dan kebersihan diri. Siapa yang tidak tahan denganku pasti kan merungut.

          Setiba di depan lif, keadaan agak lengang. Hanya beberapa orang pekerja saja yang sedang menunggu lif. Ucapan selamat pagi dan sapaan mereka aku balas. Namun, senyuman di bibir tidak dipamerkan. Itulah aku. Lebih senang menjarakkan diriku dengan pekerja.

          Setelah 2 minit menunggu akhirnya pintu lif terbuka. Akulah orang terkahir yang masuk. Yakni, secara langsung aku berada di hadapan sekali.

          “Stop!” Kedengaran suara lembut menyuruh muka pintu lif dihentikan. Aku cepat-cepat membuka pintu lif kembali dan terjengul seorang gadis cantik memakai baju kurung rona peach dan hijab di kepalanya. Juga…. Purdah? Terasa seperti di Arab pula. Jarang sekali ku lihat orang Malaysia memakai purdah kini. Yang ada pun boleh dikira berapa banyaknya.

          “Syukran-Matsiiran.” Ucap gadis tadi kepadaku dan kepalanya di tundukkan sedikit. Aku mengangguk sahaja. Syukran-Matsiiran? Apa tu? Setahu aku syukran tu terima kasih. So Matsiiran tu apa?

          Setiba di tingkat 7, ada pekerja yang ingin keluar. Aku dan gadis tadi yang berada di hadapan terpaksa memberikan laluan untuk dua orang pekerja wanita tadi. Terpaku aku saat gadis itu mendongak memandangku. Namun cepat-cepat kepalanya kembali ditundukkan. Erk! cantiknya ciptaan-MU Ya Allah. Mata itu. indah sekali pabila dipandang. Dan jantungku? Dada sasaku aku sentuh dan ternyata ianya berdegup dengan kencang saat ini. Bagaikan aku baru berlari 10 round di stadium saja.

          Setelah lif kembali ditutupkan, aku masih mendiamkan diri. Si dia di sebelah ku kerling. Kenapa dengan hanya memandang matanya sahaja aku sudah terpikat? Belumpun aku melihat wajahnya. Jantungku bagaikan ingin tersembul keluar sahaja. Apatah lagi pabila melihat wajahnya. Mahunya aku meninggal dunia kerana jantungku tidak dapat berfungsi lagi.

Ting!

          Aduh. Selalunya lambat je lif ni bergerak. Hari ni cepatlah pula. Dah tiba ke tingkat sepuluh iaitu ruang pejabatku. Dia di sisi aku kerling kembali. Dia hanya menundukkan wajahnya. Aduhai. Masak macam ni. Mahu tak mahu aku terpaksa keluar. Setelah tiba di luar pintu lif aku kembali menoleh dan memandang dirinya. Dan ternyata dia juga membalas pandangaku. Ya Allah~ Mata itu. Mata itu benar-benar memikat hatiku.

          “Asalamualaikum Pak inchik.” Sergah Fadhil kepadaku. Tersedar aku dibuatnya dan kini muka pintu lif yang tadinya terbuka sudah tertutup kembali. Dia? Sudah hilang dari penglihatanku. Sayangnya. Aduh.

          “Wei! Kenapa ni? Apa yang engkau pandang kat lift u? Ada bidadari ke apa? Aku dah bagi salam tu. Jawablah.” Gesa Fadhil. Aku menjeling Fadhil di sisi. Ada juga yang termakan kasut nanti.

          “Walaikumsalam.” Balasku dan melangkah masuk ke dalam office. Meninggalkan Fadhil di situ walaupun aku tahu dia pasti akan mengejarku. Itulah Fadhil. Kerja melambak. Tetapi gaya seperti dia kerja sebagai office boy sahaja di firma ni.

          ###################################

AKU mengangkat wajah kacakku tika pintu pejabatku diketuk. Amal rupanya.  ku. Aku lebih suka menguna PA lelaki. Maka, tidaklah terbelenggu dengan fitnah dan maksiat. Selalu saja aku dengar kisah scandal boss dan setiausaha. Wallauhalam~

          “Kenapa Mal?” Soalku kepada Amal dan kembali menarikan jemariku ke papan kekunci computer appleku. Masih banyak kerja yang aku harus laksanakan. Pada jam 2 petang nanti juga aku harus bertemu dengan Puan Zuraidah dan suaminya. Nafas dihelakan. Apalah nasib.

          “Err. Maaf menganggu boss. Budak practical under boss dah sampai. Nak saya panggilkan dia untuk boss ke?” Soal Amal kepadaku. Aku berhenti menaip dan mengangkat wajahku memandang Amal. Kening dikerutkan.

          “Ok. Panggilkan dia untuk saya.” Balasku dan menganggukkan kepala pada Amal tika Amal meminta izin untuk keluar.

          “Asalamaualaikum w.b.t.” Sapa suara lembut kepadaku setelah pintu diketuk.

          “Walaikumsalam. Masuk!” Balasku dengan mata yang masih dihalakan ke screen computer.

          “Please have a sit.” Arahku di saat susuk tubuhnya kelihatan sudah berada di hujung meja kerjaku melalui hujung mataku.

          “Syukran-Matsiiran…” Suara itu membalas. Syukran-Matsiiran? Spontan aku mengangkat wajahku dan….

          Tap!

          Dia??? Gadis cantik berpurdah tadi kini duduk di hadapanku dengan matanya di pandang ke bawah. Sekali lagi. Sekali lagi jantungku berdegup dengan kencang. Apakah maksudnya ini???

          “Err. Did you bring your resume?” Soalku padanya. Dia hanya menganggukkan kepala dan menyerahkan file rona ungu kepadaku. Hurm. Wangi perfumed miliknya. Terbuai aku dibuatnya. Lembut sekali baunya. Aku kerutkan dahi pabila dia hanya lebih suka mendiamkan diri dan menundukkan wajahnya. Macam mana nak jadi lawyer ni? Diam je. Bukan lawyer banyak cakap ke macam aku? File ku buka dan terpampang resumenya di situ. 

          “Rabiatul Adawiyah binti Hj Ramlee Adam…” Aku menyebut nama itu lembut dan menjelingnya. Dia mengangkat wajahnya yang cantik itu tika aku menyebut namanya. Matanya yang cantik dan memikat itu memandangku dan kembali menunduk tika aku juga membalas pandangannya. Spontan. Spontan aku tersenyum kecil. Dia begitu menjaga penglihatannya. Aku suka. Kerana aku pernah membaca satu ayat ni:

          Seorang wanita yang solehah akan menundukkan wajahnya tika berhadapan dengan lelaki bukan mahramnya. Begitu menjaga penglihatannya bagi mengelakkan maksiat mata. Kerana sesungguhnya mata mampu memikat seseorang.

          Kini? Kini aku percaya akan ayat itu. Benar. Hanya dengan sepasang mata aku terpikat dengannya. Cantik sekali. 

          “Status?” Soalku nakal dan memandangnya. Keningku dinaikkan. Dia mengangkat wajahnya dan kembali ditundukkan pabila sedar aku ralit memandangnya.

          “Ghairu Muhshan…” Balasnya lembut. Aku mengerutkan dahi. Ghairu Muhshan? Apa kejadahnya tu? Kepala digaru. Ni nanti kalau aku kata ‘apa tu?’. Malu! Takkan tu tak tahu. Ghairu Muhshan eh? Nanti aku google.

          “Oh. Okay. Hurm. Belajar kat mana?” Soalku padanya. Sekadar menutup kegugupanku. Sengaja nak berbual panjang dengan dia. Padahal ada je di dalam resume dia.

          “Universiti Islam Antarabangsa.” Balasnya jua. Aku tersenyum kecil. Satu Uni rupanya dengan adik aku si Maira tu.

          “Okay. Tugas pertama awak adalah buatkan saya coffee.” Kataku padanya dengan muka yang saja di seriuskan. Sengaja ingin mengenakan dia. Bukan selalu. Nak juga aku rasa bagaimana rasanya si dia ni membuat coffee. Sedap ke tidak. Kalau sedap. Huh! Confirm! Hujung bulan aku suruh mama masuk meminang. Hehe.

          “Pardon me?” Soalnya padaku dan memandangku. Matanya dikecilkan. Mungkin hairan dengan arahanku itu. Budak practical yang ambil course law aku suruh buat coffee? Okay. Super lawak.

          “Make me a cup of coffee. If you don’t mind.” Jelasku padanya dan jari bermain dengan di tangan. Pandai juga speaking English. Ingatkan bahasa Arab tu je dia tahu.

          “Sure. Di mana ya pantry?” Soalnya lembut. Aku tersenyum di dalam hati. Alahai. Lembutnya suara dia. Terbuai aku olehnya.

          “Ask Amal. He’ll tell you.” Balasku padanya. Dia menganggukkan kepalanya dan berdiri.

          “Asalamualaikum w.b.t.” Balasnya sebelum pergi. Sempat dia menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.

          “Walaikumsalam w.b.t.” Balasku padanya dan mataku memandang tubuhnya yang hilang di sebalik pintu officeku.

Tubuhku aku sandarkan ke kerusi empuk milikku. Kepala memandang ke siling. Dada dipegang. Masih terasa degupan jantungku yang mengepam laju dari kebiasaanya. Kenapa dia? Adakah kerana aku terpikat dengan kecantikan matanya ataupun keperibadiannya? Astaghfirullaahal’azhim. Mengucap aku di dalam hati apabila mengingat kembali perilakuku tadi. Terlalu khusyuk bermain mata dengannya dan memandangnya tidak henti. Baba pernah kata. Sekali pandang, boleh diterima. Tetapi, jika dah dua tiga kali pandang dah dikira maksiat. Maksiat mata. Memandang wajah seorang ajnabi yang bukan sah dan halal untukku…

          Aku tersentak apabila Iphone 4s ku bergetar. Menandakan ada message yang masuk. Message ku buka dan senyuman terukir di bibirku.

          Whoa bro! Main mata Nampak!

          Message dari Fadhil itu benar-benar membuatkan aku tercuit. Tergelak kecil aku dibuatnya. Kepala digelengkan. Jemari menari di atas screen handphone.

          Aku nak kahwin!

          #########################################

AKU mengarahkan Rabiatul Adawiyah duduk di sebelahku. Namun, dia lebih suka duduk di kerusi yang jauhnya dua buah kerusi dariku. Takpe. Aku faham. Baguslah. Senang hati aku ni tengok. Pandai jaga diri. Anak siapalah ni….

          Eh! Serius Mukhlis. Aku memandang Puan Zuraidah dan suaminya Encik Khairil di hadapan kami. Seorang di meja sebelah kanan dan seorang lagi di meja sebelah kiri. Dulu sebelum kahwin bukan main loving bagai. Selepas je kahwin dan nak cerai, pandang muka pun tak nak. Kepala digelengkan. Apalah nasib. Astaghfirullaah’alazim. Bukan hakku untuk mempertikaikan apatah lagi mengadili hubungan mereka. Mungkin sudah tersurat begitu. Wajah diraup. Memerlukan ketenangan yang banyak jika ingin bercakap dengan Puan Zuraidah dan suaminya.

          Aku mengerling Rabiatul Adawiyah. Dia hanya memandang file di atas meja. Alahai. Cantiklah pula sayang aku ni. Eh! Eh! Mukh! Behave yourself dude. Jaga mata. Huhuhu. Mata kembali di halakan ke depan. Encik khairil dikerling. Cits! Curi pandang si dia pula. Bini masih sah kat depan tak nak pandang. Aku berdehem dan cepat-cepat Encik Khairil alihkan pandanagnnya.

          “Encik Mukhlis, I dah decided dah. I nak percepatkan our divorce ni. I dah tak sanggup hidup bersama lelaki yang hanya tahu bermain perempuan ni!” Kedengaran suara Puan Zuraidah memulakan perbincangan. Aku mengerling wajah Encik Khairil yang sudah menjengilkan matanya kepada Puan Zuraidah itu.

          “Apa you kata? Lelaki yang hanya tahu bermain perempuan? You tu apa kurangnya? Bermain dengan anak-anak ikan you!” Balas si suami pula.

          “Hei! You yang start dulu! Kalau tak I takkan mula okay!” Balas si isteri pula. Aku menyandarkan tubuh ke kerusi. Coffee di teguk. Mata sempat mengerling si dia di sisi. Dia juga termangu melihat keadaan di hadapannya kini. Mungkin tidak menyangka akan menjadi penonton seperti ini.
         
          Bagiku, perkara seperti ini adalah biasa. Bergaduh, bergaduh dan bergaduh. Kadang-kadang kurasakan muak. Tidak berpihak pada mana-mana pihak sebenarnya. Azamku Cuma satu. Menyatukan mereka kembali selagi boleh. Jika benar tiada jodoh. Aku akur. Sememangnya penceraian adalah perkara yang dilaknat ALLAH SWT. Sebuah mahligai perkahwinan seharusnya dijaga dengan baik oleh suami yang bergelar ketua keluarga dan si isteri yang menjadi tulang belakang suami. Tapi kini ku lihat. Hah~ Manusia mudah berkata-kata bukan. Tapi tidak menanggung apa yang orang lain rasa.

          Rabiatul Adawiyah. Aku suka nama itu. Walaupun agak berbelit lidah ingin menyebut. Tetapi aku suka. Namanya benar-benar secantik orangnya. Sejak tadi berlegar-legar dikepalaku. Apa nama panggilannya? Takkan nak panggil full name dia yang lagi panjang tu. Atul? Adawiyah? Rabi? Erk! apa-apa jelah. Yang penting bukan nama. Yang penting orangnya. Hehe.

          Rabiatul adawiyah di sebelah aku kerling. Dia juga memandangku dan cepat-cepat dia memalingkan wajahnya kembali. Tersenyum kecil aku dibuatnya. Alahai. Ni baru first day cik adik oi. Belum lagi 3 bulan. Lama tu. Macam-macam boleh berlaku. Takkan dalam 3 bulan ni asyik nak diamkan diri dan elakkan diri dari aku.

          “Dah?” Soalku kepada keduanya sehingga membuatkan mereka termangu dengan soalan dan nada suaraku yang serius itu. Sengaja aku paparkan wajah serius. Supaya keduanya takut sikit. Ni tak. Bergaduh mulut bagaikan aku dan Rabiatul Adawiyah ni tak wujud. Pula tu benda di dalam bilik pun nak bawa cerita kat luar ke? Malulah aku dan si dia ni. Kami belum kahwin oi.

          “Sesungguhnya, Penceraian itu adalah salah satu perkara yang dilaknat ALLAH SWT. Bagi seorang isteri pula jika meminta cerai pada suaminya maka akan bergegarlah tiang arash. Adakah anda berdua tahu akan hal itu?” Soalku serius kepada mereka dengan suara yang lantang sehinggakan satu bilik mesyuarat kedengaran. Tak tahulah kalau diluar. Tapi setahu aku bilik mesyuarat ni kedap bunyi. Mengelakkan orang luar mendengar apa yang dibincangkan di dalam bilik ni.
         
          Keduanya ku lihat terdiam dan kaku. Saling menundukkan wajah mereka yang bengis marah membuak tadi. Aku menghelakan nafas berat.

          “Sekali lagi saya soal. Adakah anda tahu?” Tekanku lagi.

          “Ya Encik Mukhlis.” Jawab keduanya lemah. Aku menganggukkan kepala. Baguslah kalau tahu.

          “Jika tahu kenapa anda membuat keputusan untuk bercerai? Adakah penceraian adalah jalan yang terbaik? Adakah selepas bercerai anda berdua akan berpuas hati? Bagaimana pula dengan nasib kedua-dua anak anda? Pernahkah anda berdua terfikir bahawa nasib anak-anak anda akan berubah? 60% gejala social yang berlaku dari golongan remaja saat ini adalah berpunca dari keruntuhan institusi keluarga. Saya ingin menyoal anda berdoa. Adakah selepas bercerai anda berdua mampu membahagikan waktu dan masa buat kedua-duanya? Ataupun sanggup melihat anak-anak anda tergolong di dalam golongan remaja yang bermasalah.” Soalku tegas kepada mereka. Keduanya hanya mendiamkan diri.

          “Saya tak nak anda berdua menjawab sekarang ini. Balik dan fikirkan hal ini. Setelah itu, datang kepada saya dan nyatakan jawapannya. Setelah itu. saya akan turuti kehendak keduanya. Bercerai. Thanks for your compliment. Asalamualaikum w.b.t.” Sambungku lagi dan berdiri. Memberi isyarat kepada Rabiatul Adawiyah agar berdiri dan mengikutku keluar. Meninggalkan keduanya di situ. Memberi mereka masa untuk berfikir.

          Sememangnya, banyak pasangan berfikir bahawa penceraian adalah penyelesaiannya. Tapi mereka lupa. Lupa akan anak-anak. Segelintir anak-anak mengalami dipression di sebalik keruntuhan institusi keluarga yang berlaku. Hal itu membuatkan mereka mula terjebak dengan rakan sebaya dan perilaku gejala social kini. Siapa yang patut disalahkan sebenarnya? Tepuk dada tanyalah selera. Sudah terang lagi bersuluh. Jawapannya memang sudah ada di situ.
         
          Yang bapanya bodoh kerana membuat ulah. Keimanan dan kesetiaan diri masih begitu kecil sehingga mudah digoda oleh anasir jahat. Manakala si ibu pula, tak tahu nak kata apa. Yang mampu dikata adalah ‘tidak tahu menjaga suami’. Kebanyakkannya begitu. Factor utama suami curang adalah si isteri yang tidak pandai melayan suami. Ada isteri yang suka memijak kepala suami walaupun pada dasarnya tidak semua begitu. Segelintir sahaja dan itu adalah dari mata kasarku.

          ##########################################

“SAYYID LIS.” Panggil Rabiatul Adawiyah kepadaku. Aku mengerutkan dahi memandangnya yang berada di muka pintu pantry itu. Fadhil pula mengetap  bibir menahan ketawa. Perutnya ku sigung.

          “Mukhlis. Call me Mukhlis. Not Lis.” Aku membetulkan namaku. Ada ke nama aku yang cantik itu di pendekkan menjadi Lish? Nama perempuan kot. Ingat aku Lisdawati ke apa.

          “Encik Liam call tadi katanya ada yang ingin dibincangkan dengan Sayyid Lis. Around 2pm like that dia akan call encik balik.” Jelas Rabiatul Adawiyah kepadaku. Ish! Masih juga panggil aku Lis. Budak ni. Siap tayang muka selamba dia. Pandang aku pun tak. Dah seminggu kerja dengan aku. Itu jelah kerja dia.

          “Yalah cik Rubi.” Balasku padanya dan dia yang ingin melangkah kembali berpaling dan memandangku walaupun dia hanya memandang sekejap Cuma.

          “Rabiatul Adawiyah actually.” Balasnya dan berlalu pergi. Aku dan Fadhil spontan tergelak besar. Kepala digelengkan.

          “Adoi. Secocoklah pula korang berdua ni. Selamba encik badak je dia panggil engkau Sayyid Lis. Musykil aku.” Balas Fadhil dan menepuk bahuku. Aku menjengilkan mata.

          “Hello sorry sikit. Musykil apanya? Aku tegap lagi sasa ni engkau nak musykilkan?” Sangkalku padanya dan menayangkan six packku pada Fadhil. Mencebik Fadhil dibuatnya. Haha. Siapa suruh! Dah tahu aku ni hantu gym. Soal lagi macam tu. Kan dah kena. Badan dia ciput je. Malas!

          #####################################

AKU mencerlung tajam memandang Rabiatul Adawiyah. Kecil besar je budak lawa ni aku tengok. Geram! Dia pula dah tahu aku berdiri kat depan dia masih lagi buat selamba tak pandang aku.

          “Rabiatul Adawiyah!!!” Panggilku dengan suara yang kuat dan tegas. Kali ini barulah dia mengangkat wajahnya memandangku. Adoi. Comel pula mata budak ni. Mata aku pejamkan seketika. Jangan ikutkan hati sangat Muhklis.

          “Ya Sayyid?” Soalnya kepadaku. Huh! Ni lagi satu. Sayyid? Apa tu? Asyik sangat panggil aku sayyid. Entah apa maksudnya.

          “Why you didn’t remind me about meeting with Mr hakim?! Awak tahu tak kita hampir terlepas nak bekerjasama dengan dia! I don’t care! Now,  awak sediakan saya coffee. Sejukkan hati saya yang panas ni. Now!” Bentakku padanya dan berlalu pergi. Kerana amal cuti kecemasan isterinya beranak. Aku terpaksa mengambil Rabiatul Adawiayah sebagai PA sementaraku. Tapi ini pula jadinya. Bukan niatku nak marah membabi buta. Tapi hati dah panas. Nak buat macam mana.

          “Barbariyyun.” Balasnya dengan suara perlahan namun masih boleh didengari oleh telinga ajaibku ini. Aku menghentikan langkah kakiku dan berpaling. Berkerut dahiku memandangnya.

          “What you say just now?” Soalku padanya. Namun dia hanya mengangkat bahu dan berdiri menuju ke pantry. Meninggalkan aku terkulat di situ.

          Bibirku ketap. Aku tak kira! Hari ni juga aku nak beli kamus Islam ke bahasa arab ke apa. Aku dah tak tahan. Selalu sangat budak ni mengumpat aku dengan bahasa Arab dia tu. Aku dah tak tahan nak tahu apa maksudnya. Sebulan lebih dia bekerja di sini. Sebulan lebih jugalah aku terpaksa memakan hati berulamkan jantung. Huh! Sarcastic sangat ayat aku. Tapi betullah. Budak lawa tu selalu buat aku makan hati.

          Pabila aku ajak keluar makan. Dia tolak. Bukan kami berdua sahaja. Aku tahu status kami. Ada saja Fadhil, kak Siti dan Amal boleh temankan kami. Tetapi dia tetap bekeras. Dah tak tahu bagaimana nak menambat hatinya.

          ##################################

AKU meliar-liarkan mataku ke sekeliling bookstore. Mencari-cari kelibat kamus Islam mahupun Kamus bahasa Arab. Payah juga nak paksa adikku Maira ikut serta tadi. Disogok dulu dengan wang. Baru mahunya. Ish! Budak-budak sekarang ni. Bukan macam aku dulu. Buat kerja ikhlas. Tak pernah nak minta balasan. Ni tak. Buatkan aku air coffee pun siap nak wang sogok. Haru betul! Nasiblah si dia cik Rabiatul Adawiyah tak sebegitu. Kalau tak masak aku! Dahlah minuman yang dia buat sedap. Buat aku ketagih. Confirm bakal menantu mama tu. Haha.

          Eh. Bercakap pasal Rabiatul Adawiyah. Aku kembali meliarkan mataku mencari kamus tersebut. Mataku terhenti pada susuk tubuh Maira yang sedang melambai ke arahku. Maira aku dekati dan di tangannya ada dua buah kamus. Satu kamus Islam dan satu lagi kamus bahasa Arab.

          “That’s my girl.” Balasku dengan senyuman lega. Kepala Maira yang dilitupi tudung aku usap lembut. Maira tergelak.

          “So now along nak pilih mana satu? Yang ni ke atau yang ni?” Soal Maira kepadaku. Aku mengerutkan dahi. Tadi budak ni bukan main liat lagi soal siasat aku. Hairan agaknya tetiba aku nak kamus bahasa Arab. Aku jawab aku nak memperluaskan ilmu bahasa aku. Memperluaslah sangat.

          “Along ambil keduanya sekalilah.” Balasku dan mengambil kedua kamus tadi yang berada di tangan Maira. Senangkan. Dua-dua ada. Kali ni kalau si dia nak mengumpat aku lagi. Tahulah aku nak jawab apa. Hehe.

          “Ok set! Adik nak cari novel dulu okay.” Balas Maira dan berlalu pergi ke bahagian novel. Aku hanya menganggukkan kepalaku dan membaca luaran kamus tersebut. Terdapat lapis putih jernih membalutnya. Tak boleh nak baca isi kandungannya. Aku membaca luar dua buah kamus tersebut sambil berjalan.

          “Aduh!” Kedengaran suara perempuan mengadu kesakitan dan kamus-kamusku tadi terjatuh. Seorang gadis juga sudah jatuh di hadapanku.

          “Err. Are you okay?” Soalku padanya serba salah. Ni akulah ni. Jalan tak tengok jalan. Erk!

          “You tak Nampak ke?! I….” Gadis tadi yang marah mengangkat wajahnya dan terdiam memandang aku. Erk! Kenapa? Ada apa-apa ke kat muka aku?

          “Huuhu. Aduh! Sakitnya. Tolong I berdiri boleh?” Soalnya manja kepadaku. Meremang bulu tengkuk ku dibuatnya. Dahlah pakai seksi semacam. Aku yang menengok seksa! Astaghfirullaalah’alazim.

          “Err. Sorry.” Kataku padanya dan menyorokkan tanganku ke belakang badan. Tak pernah-pernah aku sentuh perempuan bukan ajnabiku. Gadis tadi kelihatan terkejut.

          “Eh along! Kenapa ni?” Soal Maira kepadaku dengan beberapa buah novel ditangannya. Fuh! Nasib! Selamat!

          “Err. Along terlanggar cik ni tadi. Maira tolongkan cik ni boleh?” Kataku kepada Maira dan memberi isyarat mata kepadanya. Maira seperti faham cuba ingin membantu gadis tadi.
         
          “Eh. Takpe-takpe. I boleh berdiri sendiri.” Balasnya dan berdiri seperti biasa. Aku mengerutkan dahi. Tadi bukan kata kaki dia sakit ke? Hurm….

          “Err. I Lisa. This is my card. And you?” Soalnya lembut kepadaku. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. aduhai. Perempaun zaman sekarang macam nilah. Terbalik pula. Sepatutnya aku yang usha dia.

          “Err. I’ve to go. Adik jom. Kita bayar. Kami pergi dulu cik. Asalamualaikum wbt.” Balasku padanya dan memnundukkan sedikit kepalaku padanya. Menarik tangan Maira dan membawanya pergi. Maira pula tergelak sakan aku tengok.

          “Along ni. Malu-malu pula. Cantik tu. Seksi!” Balas Maira nakal. Aku mencebik.

          “Itu bukan seksi dik. Tapi seksa!” Balasku geram dan maira tergelak besar olehku.

###########################################

PAGI ISNIN itu aku dengan semangatnya datang kerja dengan dua kamus berada di dalam beg bimbitku. Berkat dua hari satu malam aku hampir dapat menghafal segelintir ayat dan maksudnya. Senanglah kerjaku selepas ini.

          “Asalamualaikum Cik Rabi. How was the day? Sihat?” Sapaku pada Rabiatul Adawiyah yang sedang menudukkan wajahnya di bawah meja. Tak tahu apa yang di cari.

“’Afiah Sayyid.” Balas suara halus dan lembut itu dari bawa keja. Mejanya aku ketuk dan dia mengangkat wajahnya.

          Ya Allah swt!

          “Err. Who are you? Where is Rabiatul Adawiyah?” Soalku kepada gadis cantik di hadapanku kini. Manis memakai baju kain cotton rona pink dan tudung bawal rona sedondon. Seperti pernah kulihat wajah ini. Tapi di mana? Wajahnya begitu cantik sekali. Putih bersih dan…. Mata itu!
         
          “Err. Sayyid Lis okay ke? Ini ana, Rabiatul Adawiyah.” Balasnya hairan. Aku terdiam. Dahi ditepuk. A’ahlah. Dia! Mata itu! Sama sekali. Tetapi kenapa purdahnya dibuka?

          “Where your purdah?” Soalku hairan. Dia menundukkan wajahnya dan memegang kedua pipinya. Jujur. Memang dia kelihatan cantik begitu. Comel. Namun hati lelakiku tidak ingin berkongsi kecantikannya dengan yang lain. aku ingin wajah itu disimpan untukku sahaja setelah bergelar suami yang halal dan sah buatnya nanti. Bukankah itu nikmat bagi seorang suami?

          “Put your purdah on. You looks more beautiful like that!” Balasku dingin dan berlalu. Setiba di dalam pejabatku neck-tie yang kemas terpakai di leherku aku buka. Rimas! Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku merasa panas dan marah. Ingin meluahkan kemarahan ini padanya. Namun aku tidak sanggup. Lagi pula apa hakku? Aku bukan suaminya. Apatah lagi tunang dan teman lelakinya. Aku hanya bossnya sahaja.

          Entahlah, seharian aku bad mood terus. Habis di marah semuanya. Rabiatul Adawiyah pula sejak tadi menundukkan wajahnya. Bukan aku tidak tahu. Banyak pekerja-pkerja lelaki memuji kecantikannya. Malah ada terang-terangan menguratnya dihadapanku. Sakit hatiku sehingga ke langit ketujuh tingginya saat itu. Solat sahaja yang mampu menenangkan jiwaku. Pekerjaku pula semuanya bertambah hairan dengan sikap bad moodku. Lebih-lebih lagi Fadhil. Memang aku tidak rapat dengan mana-mana staff. Tetapi tidak pula memarahi mereka sesuka hatiku. Ada saja yang tidak kena padaku. Keluar makan juga aku tidak. Ikutkan amarah sangat. Inilah jadinya. Sudahlah aku punya gastrik. Akhirnya aku jua yang menanggung sakit ini sendirian.

          “Sayyid Lis cari apa?” Kedengaran suara itu dari arah belakang menyoalku yang sedang mencari susu untuk dibuat mengalas perutku yang pedih dan kosong. Namun aku buat tidak dengar saja. Walaupun pada dasarnya hatiku membentak ingin memandang wajah cantik itu.

          “Sayyid lis cari susu ya? Ana buatkan ya?” Soalnya lembut dan cuba menarik mug dariku. Namun ku tolak tangannya kasar sehinggakan dia terdorong ke belakang sedikit. Membesar matanya memandangku. Bagaikan ingin nangis saja. Spontan aku mengetap bibir. Terasa serba salah melayan seorang wanita seperti itu. Aku menghelakan nafas berat. Mug ku simpan di atas meja pantry dan berjalan mendekat meja bulat yang disediakan di tengah-tengah pantry.

          “Buatkan saya susu.” Arahku padanya dengan suara lemah. Tangan kanan memegang perut. Sudah pun ubat dimakan. Namun begini masih sakitnya. Dari ekor mataku Rabiatul Adawiyah menjalankan tugasnya untukku. Membuatkan susu buatku. Cekap sekali dia membuat kerja. Sekejap saja mug berisi susu berada di atas meja.

          “Ini susunya. Jika Sayyid lis perlukan apa-apa. Bagitahu ana ya. Ana sambung kerja dulu. Asalamualaikum wbt.” Katanya padaku lembut dan menundukkan wajahnya seperti selalu sebelum pergi.

          “Next time please wear your purdah. Saya tak nak kongsi keindahan itu dengan lelaki lain….” Bisikku perlahan dan memandang mug yang berisi susu di atas meja. Dari ekor mataku Rabiatul Adawiyah berhenti melangkah. Namun tidak menoleh. Aku pasti dia mendengar setiap butir bicaraku itu.


          ########################################


HARI ini, tepat jam 0200 petang barulah ada mukaku masuk office. Gastrikku menyerang semalaman. Terlalu ikutkan perasaan sangat. Begitulah jadinya. Padahal selama ini aku saja yang melayan perasaan sendiri padanya dan dia? Huh. Aku tiada jawapan untuk itu…
 Nasiblah jua tadi pagi dah okay dan perjumpaanku dengan Encik Khairil dan Puan zuraidah berjalan dengan lancar. Alhamdulilah~ Mereka berdua tidak jadi bercerai dan berusaha untuk membina kembali perkahwinan mereka. Kini mereka berdua lebih banyak luangkan masa dengan anak-anak dan mempelajari ilmu agama. Aku bersyukur kepada-MU, YA ALLAH SWT. Sepasang suami isteri lagi selamat dari penceraian.

Aku berjalan masuk ke dalam pejabatku tanpa memandang ke arahnya. Aku takut hatiku cair pabila melihat wajah itu sedangkan hatiku masih marah akan kes semalam.

          “Asalamualaikum w.b.t sayyid Lis.” Sapanya kepadaku dan berdiri. Dari ekor mataku aku dapat lihat dia sudah mengenakan purdahnya kembali dan mata memikat itu kini memandangku.

          Terhenti langkah kakiku saat itu. Pandanganku dan pandangannya bersatu. Sukar digambarkan perasaan ku saat ini. Kenapa dia memakai purdahnya kembali? Adakah kernaku? Ataupun dia sengaja ingin memakainya? Mata itu. sehingga kini setiap kali ku lihat pasti ianya akan memikat hatiku. Secara langsung jantungku kan berdegup kencang.

“Kenapa pakai purdah balik?” Soalku padanya luah sedar. Aku ingin sekali tahu. Dia menundukkan wajahnya.

Someone told me, I’m looks more beautiful with it….” Balasnya padaku dengan suara yang lembut seperti selalu. Kalau mengaji ni confirm aku tak tidur. Merdu je. Aku terdiam. Just sebab orang tu kata dia cantik dengan purdah tu so dia pakailah? Bukan sebab aku ke?
Pernahkah kau merasa
Hatiku hampa…

Nak je aku nyanyikan lagu tu sekarang ni buat dia. Hampa gila. Ingatkan tadi dia berpurdah demiku. Demi bakal suaminya. Erk! sejak bila? Biarlah. Mama kata tak salah nak berangan. Asalkan yang diangankan tu logic dan tercapai dek akal. Mama kata lagi :
Dari angan-angan menjadi kenyataan.

“Mukh!” Panggian dari Fadhil yang berada di muka pintu pejabatku dengan file di tangannya mengembalikan aku ke dunia nan nyata. Aku memandang Rabiatul Adawiyah yang sedang menundukkan wajahnya itu. Ya Allah swt. Jika dia ditakdirkan untukku. Permudahkanlah hubungan kami….

“Lama siot kot kau pandang budak Rabiatul tu tadi. Kau jangan Mukh. Kau sendiri kata dulu. Sekali pandang ok. But kalau dah berkali-kali tu kira maksiat mata.” Tegur Fadhil sewaktu aku dan dia mengambil tempat di sofa bilik pejabatku. Aku menghelakan nafas berat. Butang kot ku dibuka satu persatu. Rimas.

“Aku kata sekalikan. Tu aku kira oklah. Sekalilah tu. Tulah aku pandang lama-lama. Sebab kalau aku pandang dua tiga kali aku dah kira buat maksiat dah.” Balasku selamba padanya. Spontan Fadhil menepuk dahinya. Aku. Selagi aku boleh menjawab dengan hujahku. Aku akan jawab selagi termampu.
“Eh. Kau joined tak esok?” Soal Fadhil kepadaku ketika aku membuka file yang dibawa fadhil tadi. Aku mengerutkan dahi.

Joined apa?” Soalku hairan.

“Kan esok majlis perpisahan bagi budak-budak practical. Esok dah genap tiga bulan mereka semua practical kat sini. Semuanya dalam 5 orang. 3 lelaki dan dua orang perempuan.” Jelas Fadhil padaku. Aku tercengang. Dah genap tiga bulan ke budak-budak practical tu kat sini? Maknanya Rabiatul Adawiyah juga begitu? Arh! Kusut! Sudah genap tiga bulan dan aku masih belum mampu memikat hatinya. Nampaknya aku harus menerima kenyataan.

Bukan kerana aku mengaku kalah. Tetapi, kerana walau sebanyak masa pun yang aku dan dia ada. Jika, memang ditakdirkan kami berdua tiada jodoh. Maka, seribu tahun sekalipun dia tetap bukan milikku. Begitu juga sebaliknya. Jika benar kami punya jodoh. Pasti tak usah ditunggu tiga bulan tersebut. Di dalam sehari sahaja cinta boleh dipupuk. Seperti aku yang jatuh cinta padanya pada hari pertama dia practical di sini.

“Tak kot. Aku kes kat mahkamah esok. Kau jelah wakilkan…” Balasku malas. Tetapi memang sudah kenyataanya begitu. Aku ada kes esok di mahkamah. Rabiatul Adawiyah? Aku redha. Jika dia ditakdirkan untukku. Pasti kami kan bersama juga.

“Kau okay ke ni bro? Macam bunyi orang frust pun ada.” Soal Fadhil hairan. Aku diamkan diri saja dan menyelak file yang diberikan oleh Fadhil tadi.

“Bro?” Panggil Fadhil lagi. Aku tahu dia sedar akan perubahanku.

“Kes Mr Lim tu kau dah settle ke? Baba dah bising tu.” Soalku padanya tanpa memandang wajah Fadhil. Fadhil mengeluh.

“Kalau kau nak luah. Luah kat aku bro. Aku ada selalu di sisi kau. Ingat tu….” Pesan Fadhil padaku. Aku yang tadinya menyelak file terhenti pergerakan tanganku dan mengangkat wajah memandang Fadhil di hadapanku. Aku hanya mampu tersenyum kelat.

As a man. Aku patut pandai mengawal perasaanku. Tidak bermakna aku kecewa aku harus membuat perkara bodoh. Imanku masih tebal di dada. In shaa allah. Ianya akan tetap tebal di situ tanpa kurang walau sedikit pun.

###################################

MALAM ini, sekali lagi Maira menjadi mangsaku. Aku membawanya menemaniku untuk membelikan hadiah buat Rabiatul Adawiyah. Memandangkan dia adalah dibawah seliaanku. Maka, aku harus menghargai jasanya itu.

          Ok!

          Aku mengaku, bukan itu mitifku sebenarnya. Padahal selama ini berpuluh budak practical di bawah selaiaanku datang dan pergi. Takde yang bertuah mendapat hadiah dariku. Secara jujurnya, aku mengaku. Aku nak belikan hadiah buat dia kerana aku ingin dia mengingati aku. Walaupun bukan sebagai seorang yang dekat di hatinya. Cukuplah sebagai bossnya sahaja. Itupun dah cukup.
         
          Kecewa kerana cinta tidak bermakna dunia sudah berakhir

          Aku pegang kata-kata itu sehingga kini. Mungkin, aku bukanlah lelaki terbaik yang diciptakan untuknya. Mungkin juga jodohku sudah tercatat ada di luar sana. Aku sebagai umatnya hanya mampu redha dan menerima dengan hati yang lapang.

          Bersyukur kerana aku masih belum meluahkan perasaan padanya. Jika tidak pasti aku akan malu pabila berdepan dengannya. Wajah kacakku ini pasti saja akan berkurung di rumah selama sebulan. Walaupun tak sampai sebulan. Sehari cukup. Kalau nak sangat, cubalah. Tupun kalau aku selamat lagi selepas tu. Mahunya baba bunuh aku. Kerja semunya dia handle. Dahlah dia dah nak pencen awal. Nak spend time dengan mama. Kononnya. Aku juga jadi mangsa.

          Mungkin aku pengecut. Pengecut kerana tidak meluahkan perasaanku padanya. Tetapi aku senang begini. Biar hatiku saja yang sakit. Jangan dia….

          “Along. Yang ni okay tak?” soal Maira sambil memperagakan jubbah rona hitam yang diimportkan khas dari makkah di hadapanku. Sengaja aku menyuruh Maira mencubanya. Jika ingin melihat Rabiatul Adawiyah memakainya. Gigit jarilah jawabnya aku. Jumpa pun kali tak. Inikan nak berbual di telefon dengannya.

          Aku tersenyum memandang Maira dengan jubbahnya. Cantik! Aku pasti ianya juga cantik di badan Rabiatul Adawiyah. Kerana aku pasti, tubuhnya dan Maira sama saja sizenya. Astaghfirullah’alazim. Tak manis rasanya aku membayangkan tubuh Rabiatul Adawiyah. Dia bukan yang halal untukku. Lebih-lebih lagi mahramku seperti Maira.

          “Sayyid Lis?” Tegur satu suara lembut dari arah belakangku. Aku dan Maira yang baru keluar dari butik muslimah tersebut spontan menoleh. Begitu juga Maira. Kelihatan wajah cantik itu cantik memakai dress panjang rona hitam dan cardigan rona pink dan tudung rona pink. Alhamdulilah~ Purdahnya cantik terletak di wajahnya. Ya aku pasti itu dia kerana selama ini hanya dia memanggilku begitu. Sayyid? Tuan ertinya.

          “Asalamualaikum wbt Cik Rabi.” Sapaku padanya dan spontan tangan Maira aku gengam. Berkerut dahi Maira memandangku. Bukan tidak pernah aku memegang tangannya. Tapi jarang. Pastilah dia hairan. Manakala, Rabiatul Adawiyah dan temannya kaget melihat reaksiku. Entah kenapa aku berkelakuan begini. Spontan. Lebih-lebih lagi teman Rabiatul Adawiyah itu adalah seorang lelaki….

          “Walaikumsalam wbt Sayyid Lis. Kenalkan ni ibnul akhi li ab ana. Raziq Adam.” Balasnya dan memperkenalkan lelaki disisinya kepadaku. Aku menyambut huluran salam lelaki itu dan membalas senyumannya walaupun saat  ini aku tahu senyumanku hodoh sekali. Kerana aku tidak pandai berlakon. Ibnul akhi li ab? Apakah bendanya itu? Hah! Kamus pula tak ada denganku saat ini.

          “Oh. Err. Hi. Saya Mukhlis Al-Fattah. Dan ini Aira. Bakal tunang saya.” Balasku dan memperkenalkan Maira kepada mereka. Sengaja aku menggunakan nama Aira. Jika Maira Al-Fattah. Ketara hendaknya kami adik beradik. Ternyata berubah wajah si dia di saat aku berkata begitu. Biarkan. Mungkin dia bukanlah jodohku. Lebih baik begini. Dia juga sudah ada yang punya. Maira di sisi yang sudah mencerlung tajam kepadaku aku biarkan. Tangannya aku cubit. Agar diam mulutnya.

          “Err. We’ve to go. Razieq. Nice to meet you. Cik Rabi. Asalamualaikum wbt.” Balasku cepat dan menyalam tangan Razieq sebelum berlalu pergi. Aku tidak betah lagi memandang wajah itu. Hatiku pedih… Lagi pula aku takut Maira mula bersuara. Pasti terkantoi.

          “Apa along ni! Kenapa kata adik tunang along pula? And Aira? What the? Tadi tu kan…” Belum sempat Maira menyudahkan kata-katanya aku meletakkan duit not rm50 enam keeping di tangannya. Terdiam dia olehku. Itulah Maira. Boleh dikatakan adikku satu ini mata duitan budaknya.

          “Shut your mouth. Jangan sampai mama dan baba tahu dan anggap kejadian tadi tak pernah terjadi.” Jelasku padanya tanpa memandang Maira di sisiku. Kereta aku pandu keluar dari perkarangan parking shopping mall tersebut dan Maira tetap mendiamka diri. Baguslah…

          ##########################################

SUDAH sebulan berlalu, dan aku masih begini. Masih bujang dan hidupku semakin kosong. Hidupku kini 100% hanya kerja sahaja. Berbeza dari yang sebelumnya. Lebih-lebih lagi baba dah serahkan semua urusan firma kepadaku dan baba hanya sebagai penasihat sahaja.

          Kesibukanku ini sedikit sebanyak adalah kerana dia… Kerana aku cuba untuk melupakan dia. Di saat majlis perpisahan yang diadakan di Secret Recipe keesokan harinya, aku sengaja tidak datang. Aku hanya mengirimkan hadiahku kepadan Fadhil dan meminta Fadhil menyerahkan hadiah tidak seberapa tersebut kepada dia.

          Thanks for everything…

          Thanks for everything? Hanya itu yang mampu aku coretkan. Dah tu nak aku tulis apa? I love you ke? Gila kerjanya tu. Takpelah. Cukuplah itu sahaja yang aku tuliskan dan ianya sungguh bermakna buatku.

Thanks for everything,
Thanks for teach me what love really are
Thanks for give me this feeling
And
Thanks for hurting me….

          Ianya bermakna bukan? Orang kata :
         
          Cinta tak seharusnya memiliki

          Yalah kot. Itu yang aku alami saat ini. Aku mencintai dirinya. Namun, aku harus redha. Dia tidak tercipta untukku. Tidak bermakna aku mencintainya, aku harus memilikinya.

          “Along? Fikirkan apa tu?” Mama yang menyapa dan mengusap bahuku lembut itu membuatkan aku tersedar dari lamunan panjangku. Aku tersenyum memandang mama yang mengambil tempat di sebelahku di sofa panjang berangkai tiga. Tv lcd yang memaparkan rancangan kegemaranku sudah tidak aku hiraukan lagi.

          “Mama. Takdelah ma. Tengah fikirkan kerja kat office tu.” Dalihku dari mama dan tersenyum memandangnya. Mama menepuk ribanya agar aku berbaring di situ. Aku mengikut. Senang bermanja dengan mama walaupun aku sudah besar panjang. Mama memang tidak pernah berkira dengan kasih sayang..

          “Kalau fikirkan kerja tu sampai ke tua tak habisnya sayang. Kalau macam ni lambat lagilah mama nak ada menantu dan timang cucu ni?” Balas mama kepadaku dan membelai rambutku. Aku memejam mata dan si dia yang terbayang di mataku sewaktu mama berkata ‘menantu’. Kenapa mesti dia?

          “Macam mana nak ada menantu dan cucu ma. Calonnya pun tak ada.” Balasku lemah. Kedengaran suara mama ketawa kecil. Usapannya pada rambutku membuatkan aku ingin tidur saja. Sungguh besarnya kuasa ibu yang melahirkan kita. Sehingga di saat mama mengusap rambutku. Dengan spontan aku merasa mengantuk. Padahal selama ini susah saja aku ingin tidur. Jika tidak jam 0200 pagi jangan harap aku terbaring di atas katil.

          “Mustahillah. Anak mama nikan kacak orangnya. Takde yang terpikat? Anak mama pula takde ke yang ada kena di hati tu?” Tembak mama. Aku tersenyum kelat. Dengan mata yang masih tertutup aku tahu mama sedang memandangku.

          “Memang anak mama ni kacak dan banyak perempuan kat luar tu nak anak mama ni. Tapi anak mama ni takde perasaan apa-apa pada mereka semua. Dah ada yang kena di hati. Tapi… entahlah. Tiada jodoh kot ma.” Balasku lemah. Di dalam sebulan ini bukan tiada yang cuba mencucuk jarum padaku. Ada saja. Tapi aku yang menolak. Belum bersedia lagi rasanya. Hatiku masih pada dia dan ianya semakin hari semakin kuat.

          “Ke nak mama yang carikan jodoh buat along? Mama ada calonnya. Cantik sangat. Anak ustazah tempat mama belajar ilmu agama tu.” Balas mama teruja. Spontan aku membuka mataku dan mengerutkan dahi memandang mama.

          “Anak ustazah? Bapa dia mesti imam nikan.” Tembakku. Spontan mama tertawa.

          “Eh. Betullah tu.” Balas mama sungguh. Terlopong aku dibuatnya. Mama nak jadikan aku ni seperti baba ke? Kahwin dengan mama iaitu anak seorang imam.

          “Mama biar betul ma? Anak imam tu. Along ni banyak kurangnya ma. Nak menjadi seorang suami kepada anak seorang imam? Susah tu ma. Along takut tak dapat jadi seperti tok imam tu.” Spontan aku duduk tegak. Mama tersenyum dan memegang kedua pipiku.

          “Mama dulu juga adalah anak seorang imam. Tetapi baba dapat bimbing mama sehingga kini. Walaupun pada ketika itu background baba bukanlah seorang yang warak. Tapi baba cuba untuk berubah dan belajar dengan tok imam.” Jelas mama. Aku terdiam.

          Aku mengaku. Isu yang sebenarnya bukan kerana aku tak warak mahupun calon yang mama suggestkan pada aku adalah anak tok imam. Tetapi kerana dia… Kerana hatiku masih untuknya. Terlalu sukar untuk membuang perasaan ini. Namun, untuk menghampakan mama bukanlah aku. Mama seperti gembira pabila bercerita mengenai calonnya itu. Salahkah jika aku mencuba? Mungkin dia adalah jodohku…

          “Terpulanglah pada mama. Along ikut saja.” Balasku akhirnya dan aku tersenyum pabila melihat mama tersenyum lebar.

Dari Imam Al-Ghazali, Cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya…….

          Awak, selamat tinggal…

          ########################################

AKU dan Fadhil menaiki satu kereta turun dan dari Skyline ku. Manakala, mama, baba dan Maira menaiki kereta Mercedes S class rona hitam milik baba. Sengaja aku membawa Fadhil. Sekurang-kurangnya tidaklah aku membisu. Nafasku ditarik dan kembali dihembuskan. Debarannya menjadi-jadi sejak semalam. Sejak mama berkata hari ini keluarga kami akan datang bertandang ke rumah calon menantunya.

          “Kau okay ke Mukh?” Soal Fadhil kepadaku dan memegang bahuku. Aku tersenyum kecil dan menganggukan kepalaku. Baju kemeja rona biruku aku betulkan. Ray ban di buka. Mata memandang ke rumah besar di hadapan kami. cantik. Tok imam ada rupa secantik ni ke?

          Tap!

          Eh! Siapa tu? Mataku terhenti pada seseorang yang memandang kami dari bilik tingkat atas. Pabila aku memandangnya dia lantas menutup langsir tersebut. Erk! misteri betul.
         
          Aku dan ahli keluargaku menapak masuk ke dalam rumah besar tersebut. Cantik living roomnya. Bercirikan Arabian. Teringat aku kepada si dia. Asal berkaitan dengan Arab saja pasti aku spontan akan teringatkan dia. Hah! Wake up Mukhlis. Kau dah nak bertunang. Behave yourself dude.

          “Ini ke orangnya?” Sapa seorang lelaki di dalam lingkungan umur baba menyapa. Bahuku dipegangnya. Aku tersenyum dan menyalam tangannya penuh tertib. Ini rasanya bakal bapa mertua aku. Erk! Kecutlah pula. Orangnya ada iras-iras Jallaludin Hassan. Tapi baik orangnya. Senyum je dari tadi.

          “A’ah. Inilah orangnya. Anak saya yang saya yang sulung. Mukhlis Al-Fattah. Jangan pula yang tersalah yang satu tu.” Gurau baba dan sempat mengenakan Fadhil. Tersengih malu Fadhil dibuatnya. Tok imam tadi tergelak. Fuh! Tenang hati aku sikit. Taklah tegas semacam. Kira oklah.

          Sepanjang kami berbual, bayang-bayang calon isteri aku tu pun aku tak Nampak. Mata aku ni dah siap jeling satu pelosok rumah ni. Gambar keluarga tak ada. Yang ada hanyalah bingkai tulisan-tulisan jawi. Cantik-cantik semuanya. Rumah tok imam engkau. So engkau nak expect gambar apa yang tergantung? Hehehe.

          Setelah puas berbual, tok imam mengajak kami solat Jemaah. Waktu zuhur dah masuk waktu. Seperti yang aku jangka, aku disuruh menjadi imam pada hari itu. Aku tahu tok imam saja nak uji aku boleh solat dan menjadi imam kepada Jemaah yang kecil ataupun tidak. Aku hanya mampu menghelakan nafas lega. Tak sia-sia selama ni baba didik aku supaya menjadi imam sepanjang kami solat Jemaah selalu. Taklah gugup semacam. Cuma berdebar pabila saat ini aku diperhati oleh bakal bapa mertua dan ahli keluarganya. Lebih-lebih lagi calon isteriku. Alangkah malunya aku jika aku sebagai seorang lelaki tidak dapat memimpin sekumpulan kecil Jemaah.

          Mataku sempat menjeling ke sekeliling bilik solat yang agak besar ini. Namun bayang-bayang calon isteriku tetap tidak kelihatan. Bagaimana hendak melihatnya jika di antara Jemaah wanita dan lelaki dipisahkan dengan langsir putih.

Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar,
Allahu Akbar, 
Ash hadu an la ilaha illal lah,
ash hadu an la ilaha illal lah,
Ash hadu an-na Muhammadar resulul-lah,
Ash hadu an-na Muhammadar rasulul-lah, 
hayya 'alas, salah, hayya 'alas salah,
hayya 'alal falah,
hayya 'alal-falah Allahu Akbar;
Allahu Akbar, La ilaha illal lah.'

            ###########################################

AKU yang tadinya duduk di taman bersama Fadhil dan anak sulung kepada tok imam iaitu Abang Raffy Adam dipanggil masuk oleh isteri kepada abang Raffy. Kak Lina namanya. Tak Nampak wajahnya kerana berpurdah. Sejurus itu aku langsung teringakan si dia…

          “Masuk nak Mukhlis, Fadhil.” Jemput tok imam kepada kami. Alangkah terkejutnya aku tadi pabila mengetahui bahawa tok imam ini adalah seorang dato dan mempunyai syarikatnya sendiri. Urusan syarikat sudah lama diserahkan kepada abang Raffy dan anaknya lagi satu. Tiga orang semuanya anak tok imam. Dua lelaki dan seorang perempuan. Tetapi ku lihat tok imam ni low profile orangnya. Humble je. Tak riak.

          “Nak Mukhlis silalah ikut mama dan ummi ke bilik Atul.” Arah tok imam kepadaku. Aku tercengang. Kenapa harus aku mengikut masuk ke dalam biliknya?

          “Err. Kenapa abi?” Soalku kepadanya. Dia yang menyuruhku memanggilnya abi. Fadhil dan Maira juga di suruh panggil begitu. Dia tersenyum.

          “Ikut sajalah. Kamu berduakan sudah bertunang.” Balasnya dan menepuk bahuku. Aku terdiam. Ya. Asalnya tadi hanya untuk merisik menjadi majlis bertunang kami. Tok imam ingin kami cepat-cepatkan majlisnya. Mengikut perancangan hujung bulan ini kami akan dinikahkan. Aku ikutkan saja. hidupku sudah lengkap semunya. Cuma tinggal berumah tangga sahaja. Jika soal cinta. biarlah aku memupuk perasaan cintaku pada isteriku nanti. Lebih sah miliknya dan kekal. Tidaklah aku kecewa lagi.

          Dengan penuh debar aku mengikut mama dan ummi masuk ke dalam sebuah bilik. Cantik biliknya. Semuanya rona putih. Di atas sebuah katil terhias indah duduknya seorang gadis di situ. Wajahnya di tundukkan dan dia… berpurdah?

          “Asalamualaikum wbt.” Sapa mama kepada tunangku. Dia masih menundukkan wajahnya.

          “Walaikumsalam wbt…” jawabnya lembut. Aku? terdiam. Suara itu!

          “Adik kita duduk di sofa ya. Lagi selesa.” Usul ummi dan memegang lengan tunangku agar berdiri dan mengikutnya agar duduk di sofa rona putih yang disediakan di dalam bilik tersebut. Aku dan mama juga di jemput duduk. Aku duduk berhadapan dengan si dia. Sejak tadi mataku tidak putus-putus memandang jubbah yang dipakai oleh tunangku itu. Takkan dia membeli jubbah yang sama dengan jubbah yang aku belikan buat si dia?

          “Nak Mukhlis, saat ini nak Mukhlis sudah sah menjadi tunang kepada anak dara ummi. Oleh itu, kami ingin memberi peluang kepada nak Mukhlis agar memandang wajahnya seketika sebelum majlis perkahwinan kalian berdua hujung bulan ini. Yakni 3minggu sahaja lagi.” Jelas ummi kepadaku. Aku dengan penuh berdebar menganggukan kepala. Jantung aku rasa nak meletup. Entah kenapa aku harus merasa begini. Adakah perasaan cintaku sudah beralih arah buat tunangku?

          “Adik..” Isyarat ummi kepada tunangku. Dengan perlahan wajahnya diangkat memandangku. Dan aku????

          “Eh. Along! Kenapa ni? Along?” Suara mama sayup-sayup kedengaran di cuping telingaku dan aku perlahan-lahan menutup kedua mataku…..

###########################################

AKU tersentak tatkala tubuhku dipeluk dari belakang. Tersenyum kecil aku dibuatnya. Yang pasti, itu adalah isteri kesayanganku. Rabiatul Adawiyah binti Ramlee Adam. Pegangan tangannya yang melingkar di tubuhku aku usap dengan lembut.

          “Abang tengah fikirkan apa tu?” Soal Rabiatul Adawiyah lembut kepadaku seperti selalu. Aku tersenyum. Indahnya hari-hariku mendengar suara lembut itu. Tidak pernah meninggikan suaranya kepadaku. Badanku aku pusingkan ke belakang dan berdepan dengannya. Tanganku melingkar di tubuh genitnya. Rambutnya yang panjang mengurai dan lembut itu aku sentuh. Cantik sekali. Lebih-lebih lagi bila dia tidak bertudung. Inilah nikmatnya memiliki isteri sepertinya.

          “Abang tengah fikirkan baby kita yang bakal lahir sayang. Dah minum susu?” Balasku padanya. Dia tersenyum. Mata itu masih cantik seperti dulu. Malah, semakin cantik ku rasa.

          “Dah…” Balasnya semangat. Aku tergelak.

          “Jangan tipu abang…” Sakatku. Dia tergelak.

          “Selama kita berkahwin sayang tak pernah tipu abang tau…” Balasnya manja. Aku tersenyum dan memeluknya erat. Terasa lengkuk perutnya yang membesar di perutku. Di situ ada cahaya mata kami yang bakal lahir sebulan sahaja lagi. Dan Rabiatul Adawiyah kelihatan begitu comel begitu.

          “Abang nak Tanya sesuatu boleh?” Soalku padanya dan mengusap pipinya lembut. Mata memikatnya memandangku kini. Cantik sekali bila dipandang.

          “Kenapa dulu sayang pernah buka purdah sayang?” Soalku padanya hairan. Dia tersenyum.

          “Sebenarnya dulu, sayang tak pakai purdah pun. Pakai pun hari tu sebab bibir sayang bengkak. Sebab allergic. But semakin lama semakin sayang selesa memakai purdah. Abi pula suka tengok sayang pakai purdah. Dan hari tu, sayang tak pakai sebab bibir sayang  dah baik. Tapi, bila tak pakai purdah rasa lain. Selama ni dah terbiasa pakai purdah. Rasa tak selesa bila dipandang oleh orang sekeliling. Lebih-lebih lagi bila orang tu kata sayang cantik bila memakai purdah and….” Kata-katanya terhenti di situ. Aku yang tadinya khusyuk melihat bibir mungil itu berceloteh tercengang.
         
          “And?” Soalku padanya. Dia tersenyum.

          “And dia kata dia tak nak kongsi keindahan tu dengan yang lain….” Balas isteriku dan aku tersenyum. Mengucup penuh kasih dahinya.

          “Abang dah fall in love dengan sayang time tu. Bengang sangat banyak mata yang tengok keindahan sayang abang ni. Sampaikan sanggup skip lunch. Gastrik lah jawabnya…” Luahku padanya jujur. Dia tercengang.

          “Betul ke?” Soalnya dengan nada risau. Aku tersenyum dan menganggukkan kepala.

          “Patutlah orang tu cemberut je muka dia.” Balasnya padaku dan mencuit hidung mancungku. Aku tergelak.

          “Mahu tak cemberut. Isteri saya ni cantik sangat…” Balasku jujur. Dia tersenyum dan mencium kedua pipiku. Tersenyum lebar aku dibuatnya. Mungkin di awal perkahwinan dulu dia masih malu-malu. Namun kini dia senang memperlihatkan kasih sayangnya melalui ciuman. Manja.

          “Orang tu lagi teruk! Kata Maira tunang dia.” Balasnya geram. Aku tergelak. Siapa sangka adikku dan dia adalah teman rapat. Mereka roomates dulu. Pabila aku marah budak Maira. Katanya aku yang tak nak dia kata apa-apa. Salah aku juga. Terlalu frust. Gitulah jadinya. Dan lelaki yang bersama isteriku waktu itu adalah abang keduanya. Razieq Adam. Aduhai. Tulah terlalu ikutkan hati sangat. Kecewalah kononnya. Tapi aku pasti. Semuanya ada hikmah di sebaliknya. Jika tidak kenapa kini dia dan aku berkahwin. Bukankah itu jodoh kami?

          “Orang tu lagi teruk, selalu mengumpat abang dengan bahasa Arab!” Balasku geram pula. Dia tergelak. Comel sungguh.

          “Yalah. Sampaikan orang tu sanggup beli kamuskan?” Balasnya nakal. Menjerit kecil aku dibuatnya. Nakal betul wife aku ni. Mesti budak Maira yang bocorkan rahsia kami.

          “Tapikan… Orang tu lagi jahat tau. Dia tak datang pun time hari perpisahan orang.” Sambungnya lagi. Aku tergelak.

          “Orang dah frust menonggeng dah. Mestilah tak datang. Yang mampu abang buat hadiahkan jubbah untuk sayang. Sayang suka tak?” Soalku padanya. dia memelukku.

          “Suka. Suka sangat. Antara jubbah yang paling sayang sayang sangat.” Balasnya. Aku tersenyum dan mengusap rambutnya.

          “Sayang…” Panggilku padanya dan menarik dagunya lembut agar memandangku. Wajahnya di angkat dan memandangku.

          “Abang harap perkahwinan kita dilimpahkan dengan kebahagiaan. In shaa allah. Abang akan menjaga iman abang agar tidak tergoda dengan anasir jahat. Agar rumah tangga kita kekal sehingga ke akhir hayat kita. Kesetiaan dan kasih sayang kita diharap takkan berubah malah makin bertambah. Juga, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Oh ya, harap-harap anak lelaki kita pun dapat kahwin dengan anak tok imam. Seperti atok dan papa dia.” Balasku nakal dan mengeyitkan mataku. Tergelak isteriku dibuatnya. Yalah. Jika difikirkan balik. Rasa lucu pula. Baba dan aku sama-sama berkahwin dengan anak tok imam. Pada mulanya, aku ingatkan susah menjadi seorang menantu tok imam. Tapi tidak. Abi amat memahamiku. Tidak henti-henti mendidikku. Alhamdulilah.

          Manakala, kedua ibu bapaku baru sahaja balik dari mengerjakan haji. Maka kini mereka secara rasminya bergelar haji dan hajah. Alhamdulilah. Fadhil pula, kini sudah mengikat tali pertunangan dengan adikku Maira. Di dalam diam Fadhil menyimpan perasaan kepada adikku yang satu itu. Aku bersyukur kerana keduanya sepandan sekali dan Fadhil juga sepertiku kini. Lebih banyak mendekatkan diri kepada hal-hal agama.

          “Al-baqi…” Ucap isteriku lembut dan menyandarkan kepalanya di dada sasaku. Aku mengerutkan dahi. Dia dah datang dah. Encik kamus Arab dia tu.

          “Al-baqi?” Soalku padanya hairan. Dah tak malu nak mengaku yang aku sendiri tak faham apa yang dia katakan. Katanya jika malu bertanya pasti sesat berjalan. Itulah sebabnya kot pabila dia memperkenalkan abang ngahnya padaku aku tersalah faham. Ibnul akhi li ab. Rupanya lelaki bagi saudara seayah. Kiranya abang kandunglah.

          “Yang kekal buat selamanya….” Balasnya padaku dan kami saling berbalas senyuman. Ya. Kekal buat selamanya. Aku berharap perkahwinan ini kekal buat selamanya.

          Siapa sangka aku jatuh cinta padanya. Budak practical yang practical di tempat kerjaku. Juga seorang gadis yang memakai purdah dan anak kepada tok imam. Lelaki sepertiku mencintainya selama ini secara diam ternyata berbalas. Cintailah dengan hati yang ikhlas dan redha dengan ketentuan-NYA. Kerana nescaya, DIA sudah menetapkan jodoh yang terbaik untukmu….

          #######################################


          Cintailah dengan hati yang ikhlas dan berdoalah untuk yang terbaik kerana Ustaz Zaharuddin pernah berkata :
Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam. Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.

Sesungguhnya, lelaki secara fitrahnya ingin menikmati keindahan seseorang wanita. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan dari tersungkur.

          Percayalah, jika memang Allah swt takdirkannya untuk anda, cepat atau lambat dia tetap akan menjadi milik anda. Allah swt tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita. 



RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL (^_^)


KEYWORDS::
'AFIAH = SEJAHTERA ATAU SIHAT SEKALI
BARBARIYYUN =  BIADAP
GHAIRU MUHSHAN = BELUM BERSUAMI ATAU BERISTERI
IBNUL AKI LI AB = SAUDARA LELAKI SEAYAH
AL-BAQI = YANG KEKAL BUAT SELAMANYA


#####################################################################




ASALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.





Hari ini saya sungguh skema kerana bersesuaian dengan cerpen kita ya...






P/S :: First time, saya buat cerpen berunsurkan Islamic seperti ini. Maafkan saya jika ada maklumat dan ayat-ayat yang tidak sesuai serta salah. Betulkan saya jika saya salah.... Ini adalah percubaan pertama saya.


P/S :: CERPEN kali ini, lebih bersifat Islamic dan pada masa yang sama saya mengunkan 'AKU' kepada ganti nama seorang lelaki bergelar Mukhlis Al-Fattah, yang bermaksud ikhlas,jujur, tulus hati dan pemberi keputusan yang adil.Pendekatan cerpen pada kali ini lebih kepada ciri-ciri Islamic dan cara-cara berhubungan ataupun bercinta dari segi Islam.

               Penggunaan purdah oleh heroin tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.Saya cuma ingin berkongsi rasa wanita-wanita yang memakai purdah dan bagaimana si lelaki jatuh cinta pada sang juwita tanpa memandang wajahnya. Hanya melalui mata dan turun ke hati. Diharap isu ini tidak disalah anggap oleh mana-mana pihak. Saya cuma ingin berkongsi ilmu saja.

             Mengenai penggunaan anak Tok Imam pula. Juga sekali lagi saya tidak ingin menjadikannya satu isu. Seperti yang saya katakan tadi. Saya cuma ingin berkongsi perkongsian Ilmu sahaja. Oh ya, Atuk aku pun Imam engkau! So, aku tak rasa di situ ada isu sensitive ke apa. Think Positive ukeh.. Err. Ok-ok. Serius balik....


P/S :: Diharap, saya menerima comment yang membina dan bukan menjatuhkan saya. Jika anda ada niat sebegitu. Please, I don't need ur comment. TQ.


P/S :: RESPOND dari anda amatlah digalakkan....



THINK POSITIVE AND CHILL...




Till Then,




Sincerely,

Ratu Adriana Nadine.

15 comments:

  1. suke baca cerpen ni banyak memberi pengajaran.
    semuga dapat menghasilkan karya-karya yg lebih
    mantop lagi. Semua cerpen Ratu yg tlh dibaca
    best... nak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anor,
      thanks dear =)
      alhamdulilah~
      kite terharu baca comment awak =')
      amin~ in shaa allah.
      akan perbanyakkan lagi karya kite. doakan kite eh.
      maaf jika ada yang terkurang. yg baik datang dari-NYA. yg buruknya dari kite =)

      Delete
  2. hai2.. nad.. hehehe best2.
    1st blur bab ada bhasa arab...O_0

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HI awak :)
      Heee. thanks awak. hee. sorry kalau terblur. heee

      Delete
  3. ejaan mungkin boleh cek dulu...bhs arab tak susah manalah..hihi. cth: syukran kathiraa (terima kasih byk2). letak nota kaki pun ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anony
      thanks for dropping by and leave ur comment
      thanks untuk teguran
      ada yg sy trlimpas pndang

      Delete
  4. sebuah karya islamik yg sgt best

    ReplyDelete
  5. Ai rasa syukran jazilan better.... ;)
    Btw, enjoy ur story ;)

    ReplyDelete
  6. okey best..tetap cntik wlau berpurdah pn..cantik utk suami yg sah

    ReplyDelete
  7. boley diterima cite ni..bole diterima akal..hahaha sori,
    cite ni best gile..mula2 rasa cam nak google bahasa arab tu....hehe nice

    ReplyDelete
  8. Hmm is anyone else having problems with the pictures on this blog
    loading? I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.

    Any suggestions would be greatly appreciated.

    Here is my blog post :: 212.78.2.149

    ReplyDelete
  9. Assalam,beautiful story. Best sngt,tp knpa blog lama tk update,truskan bkarya.

    ReplyDelete
  10. Assalam,beautiful story. Best sngt,tp knpa blog lama tk update,truskan bkarya.

    ReplyDelete
  11. lpas bace cerite nie...tibe2 rase nk pakai purdah jugak...macm cantikkk jer..mcm comelllll jer....hehehe

    ReplyDelete