Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday 18 May 2012

MISS CUPID







Miss Cupid


INI?” Soalku kepada Dila.

            “Tak nak!” Balasnya dan gelengkan kepala. Aku mengeluh dan sekali lagi aku tunjukkan sekeping gambar. Sekali lagilah juga minah di hadapanku ini mengelengkan kepalanya.

            “Tak nak!” Balasnya juga. Aku mengeluh dan memberikan file yang berisi gambar calon-calon lelaki buatnya dan butiran mereka.

            “Aku dah fed up kau tau tak! Asyik kata ‘tak nak’! Entah apa yang kau nak! Janganlah kahwin wei! Hidup bujang sudah! Senang!” Rungutku padanya dan menyandarkan diriku pada sofa yang berada di café tersebut. Bapak geram dah aku sekarang ni. Aku dah penat-penat carikan dia calon. Dia boleh kata ‘tak nak’ je? Minah ni. Nasib sepupu. Kalau tak memang aku tinggalkan dekat café ni. Dia nak yang sempurna je.

Aku bukan apa. Aku sendiri tak sempurna. Tetapi masalahnya di sini, dia nak yang tampan seperti Daniel Henny, yang macho seperti Aaron Aziz dan setinggi Hans Isaac. Erk! apa kes? Mana aku nak cari babe! Susah tu. Kalau diri tu secantik Siti Nurhaliza dan sesopan serta seayu Aida gadis Melayu memang aku tak kisah kalau dia nak minta lebih-lebih. Ini tidak!!! Arghhh! Bengang!

“Alarh babe! Kaukan expert dalam bab-bab ni. Kak Yong dan Kak Chik kahwin je gara-gara kau. Siap bahagia aku tengok!” Rengeknya dan memegang tanganku. Aku mencebik dan menarik tanganku. Berpeluk tubuh dan memandang Dila di hadapan.

Memang. Memang Kak Yong dan Kak Chik aku yang matchmarker kan mereka berdua bersama pasangan masing-masing. Tetapi masalahnya mereka tak seteruk si Dila ni. Terima seadanya calon yang aku cadangkan. Secara jujurnya, bukan kerana aku mereka berkahwin dan bahagia. Tetapi kerana JODOH dan CINTA. Jika aku jodohkan mereka pun tetapi jika mereka tiada JODOH dan CINTA. Tak jadi juga.

“Masalahnya di sini Kak Yong dan Kak Chik tu tak sekekwat engkau!” Balasku padanya geram. Dia tersengih.

“Alarh babe. Kau kena faham. Kahwin tu sekali seumur hidup. Kena pilih betul-betul.” Balas Dila. Aku mengelengkan kepala.

“Cik Adila. Kalau dah tahu macam tu. Kenapa engkau tak cari sendiri je jodoh kau tu? Pilihlah betul-betul. Yang kau nak tergesa-gesa ni apa kes?” Soalku hairan. Dila tersengih.

            “Mak aku tulah. Bising je aku takde calon. Umur dah nak meningkat. Tapi kahwinnya tidak. Kau lainlah. Muda lagi.” Balas Dila. Aku mengeluh. Yelah tu kot. Si Dila ni lawyer. Kerja memanjang. Sebab tu mak dia membebel. Umur dah 32. Tapi tak kahwin lagi. Orang kata orang lelaki semakin tua semakin laku. Tetapi orang perempuan pula semakin tua semakin tak laku oh! Lebih-lebih lagi yang berkerjaya seperti Dila ni. Lelaki takut nak dekat.

            “Dah tu. Dekat firm kau tu takde lawyer yang single ke?” Selidikku. Dila mencebik.

            “Mana ada! Yang ada pun muda-muda dah kahwin!” Rungut Dila. Aku anggukkan kepala dan memandang keluar café. Kelihatan orang lalu lalang di situ. Hurm. Nak buat apa dengan budak Dila ni? Siapa lagi yang aku nak kenenkan dengan dia? Dia ni kekwat lebih!

            “Babe! Babe!” Panggil Dila padaku dan memandang ke pintu masuk café. Spontan aku turut memandang ke pintu masuk café.

            “Kenapa?” Soalku hairan.

            “Tu!Tu! Aku nak yang tu! Aduhai babe! Handsome gila! Sekacak Daniel Henny, semacho Aaron Aziz dan setinggi Hans Isaac! Hah! Ngamlah tu babe!” Balas Dila teruja dan matanya asyik memandang ke pintu masuk. Aku kerutkan dahi memandang pada lelaki yang Dila katakan. Seorang lelaki yang tegap dan kacak sedang berjalan masuk ke café. Memang kacak orangnya.

            “Erk!” Spontan aku menepuk dahi. Dia ni ke?

            “Kenapa? Kau kenal ke?” Soal Dila. Aku memalingkan wajah ke arah lain di saat lelaki kacak yang Dila katakan tadi menoleh memandang kami. Dia kini berada di counter dan memilih donut.

            “Kalau kau nak tahu dia adalah Dr.Cool! Salah seorang  doctor di hospital tempat aku kerja tu yang paling dingin sekali. Macam patung! Takde perasaan!” Jelasku pada Dila dan mencuri pandang pada Dr.Cool alias Dr.Qadri Syah.

            Dr.Qadri Syah. Orangnya memang kacak. Bapak kacak. Muka iras-iras Denial Henny tu. Tapi orangnya dikategorikan sebagai sombong dan tak mesra alam. Jarang tersenyum dan serius memanjang. Di hospital, dia hanya rapat dengan sesetengah doctor sahaja. Itupun doctor yang sama  level dengan dia. I mean, yang professional dan berpengalaman sahaja. Doctor setahun jagung macam aku ni memang dia tak pandanglah hendaknya. Huhu. Dr.Cool? Aku je yang gelar dia macam tu. Sebab dia dingin. Kaku. Macam kayu dan robot! Huhu.

            “Tak kisahlah dia Dr.Cool ke apa. Aku nak dia juga!” Balas Dila dan memandang Dr.Qadri dengan penuh khusyuk. Spontan mataku terbeliak.

            “Gila ke apa!” Marahku padanya.

            “Memang aku gila. Gilakan dia….” Balas Dila dan tersenyum. Merengus geram aku dibuatnya. Mampus!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


HI! Namaku Thiara Natasha binti Dato Ahmad Nizam. Aku seorang doctor di sebuah hospital swasta. Umurku pula baru meningkat ke 27 tahun. Errr. Still muda lagi. Kot… Huhuhu. Match maker? Takde kena mengena dengan pekerjaan aku sebenarnya. Aku bukanlah pekerja syarikat cari jodoh. Tetapi entah kenapa sejak dua orang sepupuku yang berjaya menemui cinta mereka keranaku secara tidak sengaja. Maka, sepupu-sepupuku mengecop aku sebagai Miss Cupid
.
            Match maker? No! No! No! Jauh panggang dari api sebenarnya. Maka, teman lelaki pun aku tidak punya. Apatah lagi ingin menjadi match maker orang lain. Dari aku match makerkan orang lain lagi baik aku match makerkan diri akukan. Betul tak? Betul tak? Erk! Macam Eric Leonglah pula.

            “Dr.Thia…” Panggil kak Mai seorang nurse yang sudah lama berkhidmat di hospital ini. Aku mengurutkan dadaku kerana terkejut. Mana tak terkejut jikalau aku sedang mengelamun dia pula interframe. Huhu. Pantang nampak aku senang sikit.
                                                     
            “Kenapa Kak Mai?” Soalku pada Kak Mai dan menaikkan keningnku memandangnya.

            “Ni hah… Bunga lagi untuk Dr.Thia. Untunglah doctor. Hari-hari ada secret admire yang hantarkan bunga cantik ni. Bukan setakat sekuntum. Tetapi sejambak!” Jelas Kak Mai. Aku mengeluh. Ni lagi satu! Setakat ni dah berapa banyak entah bunga yang aku dapat. Setiap hari pula tu. Yang peliknya orang tu boleh tahu bunga kegemaran aku. Bunga Lily!

            “As usuallah Kak Mai.” Balasku pada Kak Mai dan mengecek file di tangan. Sempat Dr.Cool yang turut berada di kaunter tersebut aku jeling. Khusyuk je pandang file tu. See! Kan aku dah kata. Dia ni kaku! Kayu!
           
            “Eh! Sayanglah doctor. Cantik ni.” Balas Kak Mai dan memandang bunga lily tadi. Aku tersengih.

            “Kalau sayang. Kak Mai ambillah. Saya dah muaklah Kak Mai dengan bunga tu.” Balasku pada Kak Mai. Kak Mai mengerutkan dahi memandangku.

            “Dah tu nak bunga apa doctor? Bukankah lily favourtie flower doctor?” Soal Kak Mai. Aku tergelak.

            “Saya nak cactus! Tahan apa! Bunga lily ni dapat bertahan sekejap saja.” Balasku nakal dan tersengih.

            “Okaylah Kak Mai. Saya pergi dulu. Kak Mai jangan lupa tau. As usual. Kalau tak Kak Mai ambillah bunga tu. Saya izinkan. Tapi… Kad ni buat saya. Hehe.” Balasku pada Kak Mai dan mengambil sekeping kad rona putih yang berada di bunga tersebut. Kad yang akan sering dikirim oleh pengirimnya. Sambil berjalan menuju ke officeku kad tadi dibuka.

Dear Thia,
There’s a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes and my life that only you can complete. 
Love,
Strangers.

            Bibirku mengukirkan senyuman. Kepala digelengkan. Kata-katanya cukup manis sekali. sering membuatku tersenyum. Aku tidak terpikat. Jauh sekali untuk cair. Tetapi entah kenapa, aku suka mengumpul kad-kad yang diberikannya. Setiba sahaja di office pasti aku akan memasukkan kad tersebut ke dalam sebuah kotak hadiah berwarna putih. Sebuah kotak yang dipenuhi oleh segala kata-kata manisnya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



AKU mengetap bibir dan memandang si dia. Errr. Macam mana ni? Sejak tadi aku berura-ura nak berbual dengannya. Tapi aku malu! Huhuhu. Ni Dila punya pasal! Idea gila betul budak tu. Nak pergi ke tidak? Pergi? Tidak? Huh! Pergi jelah. Bedal sajalah labu!

            “Asalamualaikum. Hi?” Sapaku mesra kepada Dr.Qadri yang sedang minum petang. Secawan coffee dan sebiji cupcakes perisa cheese. Dia hanya memandangku sekejap dan kembali menghirup coffee nya. Buat aku seperti aku tak wujud di situ. See! Aku dah kata! Kaku! Kayu! Aku mengetap bibir. Rasa nak cekik je leher mamat ni. Bapak geram!

            “Err. Boleh I duduk di sini?” Soalku padanya dan menunjukkan kerusi di hadapannya. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak melayanku. Aku menjulingkan mata ke atas. Nasib kaulah Thia. Demi sepupu tercinta  terpaksalah…

            “Okay! I take that as ‘yes’. Thank you!” Balasku selamba dan duduk di hadapannya. Bercakap dengan lelaki ini kena seronok sendiri. Engkau soal. Engkau jawab balik. Nasiblah engkaulah Dila!

            “Err… Dr.Qad… can I ask you something?” Soalku padanya gugup. Kedua tangan digengam. Sejuk terasa. Malu nak cakap pula. Aduhai. Dr.Cool memandangku dan menaikkan keningnya. Aduhai dia ni. Babau ke apa!

            “Err. Did you’ve any… Errr.. Girlfriend?” Soalku padanya gagap. Dia mencerlung tajam memandangku. Tubuhnya disandarkan ke kerusi dna berpeluk tubuh memandangku. Okay serius aku malu tahap gaban sekaran ni! Ewwww! Tak malunya tanya anak teruna orang macam tukan. Tapi nak buat macam mana. Aku terpaksa!

            “What you do you want to do if I say ‘no’?” Soalnya padaku. Awwwhhh! Dila engkau untung! Satu bonus buat engkau. Suara dia macho oh! Aku mengaru leher.

            “Errr. Kalau you takde girlfriend. Errr. I… I nak ajak you keluar boleh?” Soalku padanya dan tersengih. Dapat dirasakan mukaku panas membahang. Dia menaikkan kening. Pandang aku semacam.

            “Err. No! I mean my cousin. Err. Macam mana nak explain eh. Before, she did saw you and dia berminat nak kenal lebih dekat dengan you. If you don’t mind. You sudi tak?” Soalku padanya. Dia merengus dan berdiri.

            “No!” Balasnya pendek dan berlalu pergi. Huh! Spontan aku mengetuk kepala. Bodoh betul! Buat malu aku je! Nanti kau Dila!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


AKU menutup telinga dan menjulingkan mata ke atas. Tolonglah! Telinga aku sakit gila dengar minah di depan aku ni membebel. Macam mak nenek! Mengalahkan ibu aku je! Ni kalau kahwin ni confirm laki dia lari tidur luar. Hahahaha.

            “Aku tak kira! Aku nak kau pujuk juga dia supaya dia nak keluar dan jumpa aku!”  Tekadnya. Terbeliak mataku dibuatnya.

            “Engkau gila ke apa?! Kau ingat muka aku ni takde maruah! Aku malu lah beb! Dia tu kayu! Kaku! Tak dilayannya aku ni. Kau cari yang lain sudahlah!” Balasku padanya. Adila berpeluk tubuh dan mengelengkan kepalanya.

            “Tak nak!” Jawabnya keras. Aku mengaru kepala. Tekad betul budak Dila ni. Gila betul!

            “Wei! Jangan malukan diri boleh tak?” Soalku keras. Adila mencebik.

            “Sekali je babe. Sekali je. Please pujuk dia… Jumpa dia sekali je. Kalau dia tak nak dengan aku lepas tu, aku terima.” Rayu Adila. Aku merengus.

            “Sekali je!” Balasku dan berfikir. Berfikir macam mana nak buat Dr.Cool tu setuju dengan idea aku.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Doc pleaselah…. Sekali je. Lepas tu saya takkan paksa doc lagi.” Rayuku pada Dr.Qadri. Aku yang sedang duduk di kerusi di dalam biliknya memandang ke katil pesakit yang ditutup dengan langsir. Aku tahu dia berada di situ. Apa lagi kerjanya tidur!

            “Doc!” Panggilku lagi. Terdesak sangat dah ni. Kedengaran suara langsir dibuka dan kelihatan Dr.Qadri yang sedang baring dan menyandar di kepala katil itu memandangku. Spontan aku berpaling memandang ke arah lain pabila butang baju kemejanya dibuka sehingga ke dada. Seksi pula Dr.Cool ni.

            “No!” Balasnya dan kembali menutup langsir tadi. Aku menghentak kaki. Terasa nak menangis saja.

            “Please…. Sekali je… Please…” Rayuku kembali. Namun tiada reaksi darinya. Aku mengeluh. Dia nikan. Menci betul.

            Kring!

            Kring!

            Tersentak aku pabila blackberry torchku berdering menandakan ada panggilan masuk. Blackberry yang berada di dalam kot putihku aku ambil dan menyambut panggilan tersebut. Dari ibu!

            “Asalamualaikum. Hello bu?” Sapaku pada ibu dan menjeling langsir yang tertutup rapat itu.

            “Walaikumsalam anak ibu. Tengah buat apa ni? Ibu menganggu ke?” Soal ibu kepadaku. Aku mengaru kepala.

            “Takde buat apa bu. Tak menggangulah. Kenapa ya bu?” Soalku hairan. Selalunya ibu jarang menelefonku bila di hospital jika tidak penting.

            “Ni ibu nak bagitahu. Ingat lagi tak anak ketua kampung tu? Alarh. Si Mail tu.” Soal ibu. Aku kerutkan dahi. Anak ketua kampung? Mail? Kenal kot. Classmate aku time sekolah menengah dulu.

            “Mail? Kenal kot bu. Classmate Thia time sekolah menengah dulu. Kenapa bu?” Soalku hairan. Ibu tergelak. Erk! Lain macam je gelakkan ibu ni.

            “Tadi dia datang merisik kamu.” Jelas ibu. Spontan aku berdiri.

            “Apa?! Merisik?! Ibu terima ke? Bu jangan bu!” Balasku cepat.

            “Balik dulu. Kita bincang.” Balas ibu dan mematikan panggilan. Tak tentu arah aku dibuatnya. Aku? Dijodohkan? Bukan aku tu! Cepat sahaja tubuhku ku bawa ke pintu office Dr.Cool. Lantak engkaulah nak setuju ke tidak.

            “I setuju jumpa dengan cousin you!” Balasnya tiba-tiba dan menyelak langsir tersebut. Aku berhenti melangkah dan menoleh memandangnya.

            “Apa-apa jelah doc. Ni kad dia. Call dia kalau setuju nak jumpa. I’ve to go. Asamualaikum.” Balasku cepat dan meninggalkan bisnes kad Dila kepadanya sebelum berlalu pergi.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


AKU mengeluh memandang siling bilikku. Nasib! Nasib sahaja ibu menolak peminangan itu. Ibu memang! Sengaja nak kenakan aku. Suruh aku pulang cepat rupanya nak temankan ibu ke salon. Ceh! Hampeh betul! Ingatkan apa. Adeh!

            Dah tiga hari berlalu, aku dah tak pujuk Dr.Cool lagi. Suka hati dialah. Yang penting aku dah sampaikan amanah aku dan bisnes kad Dila pun selamat aku berikan pada dia. Lantaklah!

            “Babe! Sergah Dila kepadaku dan berdiri di muka pintu bilikku. Spontan aku duduk tegak. Terkejut beruk aku dibuatnya.
           
            “Whoa! Nak aku mati cepat ke apa?!” Soalku geram dan mengurut dadaku. Dila terus duduk di sebelahku di atas katil dan menayang wajah muramnya. Aku kerutkan dahi. Dah ni kenapa?

            “Engkau ni kenapa? Asal jumpa aku je mesti ada masalah. Asal ada masalah je mesti jumpa aku! Huh!” Soalku hairan.
           
            “Babe! Huh! Bencinya! Kau tahu tak aku berdandan bukan main lawa dan siap tunggu dia awal dekat restaurant tu. Tuptup dia datang setengah jam kemudian.” Jelas Dila. Aku mengerutkan dahi.

            “So how was the date?” Soalku padanya.

            “Kau tahu tak! Dia sampai je bukan nak kenalkan diri ke. Say ‘sorry’ ke sebab lambat. Tapi siap direct kata ‘I datang sebab Thia. I dah jumpa youkan? So I’ve to go. No more date after this. Thank you. Bye’. Could you imagine that betapa malunya aku?” Jelas Dila. Aku mengeluh dan membaringkan diri ke atas katil.

            “Kan aku dah kata sebelum ni. Kau je yang bebal! Tak nak dengar cakap. Padanlah dengan muka engkau!” Balasku padanya. Dila merengus.

            “But he’s damn handsome babe!” Balas Dila. Aku mengeluh.

            “Nilah perempuan. Asal handsome sikit je. Mulalah cair. Apa ingat dia handsome dapat bahagiakan kaulah? Kebahagiaan tidak melihat rupa paras babe. Tengok hati!” Balasku padanya dna gelengkan kepala. Dila mengigir jari.

            “Dah tu aku nak buat apa?” Soal Dila.

            “Nak buat apa lagi? Lupakan dialah Cik Dila oi! Aku dah janji dengan dia sekali jumpa je. Kalau ada perjumpaan yang lain maknanya itu dari dia sendiri.” Balasku pada Dila dan gelengkan kepala. Betul-betullah Dr.Qadri tu. Kaku! Kayu!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


AKU mengaru kepala yang tak gatal. Enjin kereta Toyota Camryku dipandang. Hahaha! Lawak! Macamlah aku pandai sangat bab-bab enjin segala. Bukan apa. Aku tengok banyak je orang buka bonet enjin bila kereta rosak. Ikut jelah.

            “Kenapa dengan kereta you?” Soal suara garau di belakangku. Spontan kepalaku terhantuk di penutup bonet keretaku kerana terkejut disergah begitu.

            “Ouch!” Menjerit kecil aku dibuatnya. Sakit ya amat.

            “Eh! Sorry! Sorry! Sakit ke?” Soalnya cemas dan mengusap kepalaku. Spontan bagaikan terkena renjatan elektrik aku menepis tangannya. Entah kenapa pabila dia menyentuhku jantungku terasa berdebar kuat. Hish!

            “No. I’m okay.” Balasku cepat dan mengosok kepalaku.

            “Err. I’m sorry. I didn’t mean it. Are you okay?” Soalnya padaku lembut. Nak gugur je bila dengar suara lembut dia. Rasa seperti bukan dia. Aku anggukkan kepala.

            “Okay…” Balasku pendek.

            “Are you sure?” Soalnya dan memandang kepalaku. Aku anggukan kepala lagi. Erk! Terasa seperti aku ni dia. Dia tu aku. Sebelum ni bukan main susah dia nak bercakap.
           
            “Okay then. So kenapa dengan kereta you?” Soalnya padaku. Aku mengetap bibir.

            “I tak dapat nak hidupkan enjin kereta ni.” Jelasku padanya. Dia kerutkan dahi dan memandang enjin keretaku.

            “You pandai ke baikkan kereta ni?” Soalnya kepadaku dan menaikkan keningnya. Aku tersengih dan garukan kepala. Kepala digelengkan dan spontan dia tergelak. Okay serius! Terdiam aku dibuatnya. Jangankan aku! Nurse dan doctor yang berada di kawasan parking tersebut pun hairan tengok dia. Dr.Qadri ketawa? Are you kidding me?! Dr.Qadri yang kayu! Kaku! Dan dingin tu ketawa?!

            “Luculah you ni… Memandai je buka bonet ni. Macam pandai sangat.” Balasnya dan tergelak kembali. Aku mengaru kepala. Err. Dia ni betul ke Dr.Qadri? Macam tak percaya je.

            “You dah panggil mechanic?” Soalnya padaku. Aku gelengkan kepala.

            “I takde contact number mana-mana mechanic.” Jelasku padanya. Dia anggukkan kepala.

            “Nak I tolong call mechanic?” Soalnya kepadaku. Aku kerutkan dahi.

            “Tak menyusahkan you ke?” Soalku hairan. Dia tersenyum kecil dan gelengkan kepala. Iphone miliknya dikeluarkan dari poket seluar slacknya dan mendail seseorang. Sepanjang dia berbual dengan mechanic tersebut di panggilan. Sesekali dia memandangku dan memberikan senyuman. Aku pula yang tercengang dibuatnya. Tak pernah-pernah mamat ni nak senyum dengan aku. Apa kes dengan dia hari ni?

            “Sekejap lagi my friend datang. Kalau you tak kisah tunggu sekejap.” Jelasnya padaku. Aku anggukkan kepala saja. Getah rambut di ketap di bibir dan rambut yang panjangku kemaskan dan ingin diikat satu. Terasa rimas. Namun getah rambut yang berada di bibirku tadi terjatuh.

            “Let me help you.” Katanya dan mengambil getah rambutku yang terjatuh tadi dan mengikat rambutku. Tergamam aku dibuatnya.

            “Errr. Takpe. I boleh buat.” Halangku dan cuba untuk mengambil getah rambutku balik namun dia menghalang.

            “It’s okay. Biar I tolong you.” Balasnya dan mengikat rambutku. Dia ni. Pelik betul hari ni. Ada makan ubat apa entah. Mata-mata nurse dan doctor yang lalu dia tak kisah pun. Aduhai. Aku pula yang malu bila dengan selamba dia ikatkan rambutku. Kemas pula tu.

            “Okay done! Cantik!” Pujinya dan memandangku dengan senyuman lebar. Aku tersenyum kelat sahaja.

            “Err. I nak minta tolong sesuatu dengan you boleh?” Soalku padanya. Dia kerutkan dahi.

            “Sure. What is it?” Soalnya kepadaku.

            “Hurm. Boleh tak jangan baik sangat dengan I? Rasa lainlah. Rasa bukan you….” Jujurku padanya dan dia tersenyum.

            “I…”

            “Doc.” Belum sempat dia menyudahkan kata-katanya seorang lelaki memakai baju mekanik memanggilnya. Dia menoleh dan berbual dengan lelaki tadi. Keretaku didekati dan entah apa yang mereka bualkan sambil tangan mekanik tadi menari-nari di enjin keretaku.

            Aku mengeluh dan bersandar di pintu keretaku. Bilalah semua ni nak berakhir? Huhuhu.

            “Ambil barang-barang you. I hantar you balik. Mereka terpaksa tarik kereta you ke bengkel.” Jelas Dr. Qadri. Aku kerutkan dahi.

            “Eh. It’s okay. I boleh call teksi.” Jelasku padanya cepat. Tanpa memperdulikan kata-kataku dia membuka pintu Camryku dan mengambil handbagku.

            “Jom!” Katanya dan menarik tanganku agar masuk ke Lambhorgini rona hitamnya tanpa sempat aku membalas.

            “Kunci ada di dalam kereta.” Katanya kepada mekanik tadi sebelum membukakan pintu dan menolakku masuk ke dalam Lambhorghininya. Tubuhnya didekatkan kepadaku dan menarikkan tali pinggang keselamatan buatku. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain ketika Dr.Qadri sedang memakaikan tali pinggang keselamatan tersebut ke tubuhku. Mana tak alihkan beb! Kalau dah dia siap renung aku sambil pasangkan tali pinggang keselamatan tu. Ingat aku ni patung?! Takde rasa malu dan segan agaknya. Kenapa? Kenapa dengan lelaki ini? Sikapnya begitu beza sekali pada hari ini. Pelik ya amat!

            “Kenapa you diam je sejak tadi? Sakit ke?” Soalnya padaku. Aku menoleh memandangnya di sisi yang sedang memandu. Dahiku kerutkan.

            “You ni peliklah…” Balasku padanya. dia menoleh memandangku sekejap dan kembali memandang ke depan.

            “Apa yang peliknya?” Soalnya hairan.

            “First, Dr.Qadri yang I kenal tak pernah senyum but hari ni you senyum. Second, Dr.Qadri yang I kenal tak pernah ketawa but hari ni you ketawa. Third, Dr.Qadri yang I kenal tak pernah nak cuba berbual dengan I but hari ni you berbual dengan I. Forth…” Belumpun aku habis menyudahkan kata-kataku. Dr.Qadri memotong.

            “Okay stops it dear. Let me answer it for you. First, I memang tak pernah nak senyum sebab there’s no reason to me to smile. Second, I tak pernah ketawa kerana I rasa takde yang lucunya nak membuatkan I ketawa. Third, I tak cuba nak berbual dengan you sebab you sendiri tak pernah nak cuba ajak I berbual. So? Why should I?” Jelasnya satu persatu kepadaku. Aku terdiam. Err. Betullah tu kot. Aku juga yang terkena balik. Jawabnya aku diamkan diri sajalah. Nak bercakap pun pasti aku kan kalah juga.

            You kata ‘Dr.Qadri yang you kenal’. Actually, you tak pernah kenal I dan tak pernah nak cuba kenal I. That’s why you kata I macam tu. Kalau you kenal dengan I pasti you takkan kata I macam tu. I’m sure. Bila you dah kenal dengan I pasti you akan tahu siapa diri I sebenarnya. There are many things in life that will catch your eye, but only a few will catch your heart...pursue those…” Katanya perlahan dan memandang ke depan.


           Every closed eye is not sleeping, and every open eye is not seeing.” Balasku padanya. Aku hanya bercakap berdasarkan apa yang aku nampak saja. Mata. Kadang-kadang mata juga pandai menipu.


                “Yes. That’s why sometimes we should see with heart. Not just with our eyes. Because sometimes eyes will lie to us….” Balasnya kepadaku. Aku mengeluh. Huh! Dah melalut dah cerita kami. Diam sajalah Thia….

            “Fine… you win.” Balasku malas. Dia tergelak kecil.

            “It’s not about win or loses dear. Tetapi sebab cara you describe diri I. I know, banyak doctor and nurse at hospital feel me weirdo. But I’m not. I’m normal. Is it weird if I didn’t smile and laugh? I don’t think so Dr.Thia.” Balasnya kepadaku. Aku mengetap bibir diam. Hei! Spontan aku memusingkan tubuh memandangnya.

            “You ni kalau diam.  Bapak diam. Tapi kalau dah bercakap. Huh ! Nak je I tutup mulut you tu dengan gam!” Marahku padanya. Dia tergelak.

           “Okay! That’s my Thia.” Balasnya padaku dengan tawa yang masih bersisa. That’s my Thia? Apa maksudnya?.......


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



AKU mengambil macaroni yang sedang disejukkan di atas meja oleh Ibu. Macaroni. Aduh. Favorite aku tu babe! Macaroni dimasukkan ke dalam mulut dan bibirku mengukirkan senyuman sejurus macaroni tersebut berada di dalam mulutku.

           “Sampai bila anak ibu nak membujang ni? Along dengan Ucu pun dah kahwin. Angah jelah yang tinggal ngah. Umur dah semakin meningkat. Nanti bila dah berusia dah tak laku ngah. Sementara masih muda dan cantik ni. Cepat-cepatlah cari calon suami buat angah.” Soal ibu kepadaku dan meletakkan macaroni yang sudah sejuk ke atas pinggan kaca. Aku mengetap bibir. Dengan ibu memang selalu aku akan menjadi mangsa pertanyaan soalan-soalan seperti itu. Bila nak kahwin? Huh. Mentang-mentanglah abang long dan ucu iaitu adik perempuanku sudah mendirikan rumah tangga. Aku pula yang kini menjadi mangsa. Apa salah ke tak kahwin?

           “Ibu ni… Asyik soal angah soalan macam tu je. Ibu nak halau angah ke? Dah bosan tengok muka angah?” Soalku berjauh hati pada ibu. Ibu menghentikan kerjanya dan memandangku. Kepalanya digelengkan.

           “Budak ni. Bukan itulah maksud ibu sayang. Ada pula fikir macam tu. Ibu ni dah tua. Bila-bila masa saja akan pergi. Ibu tak nak nanti pabila ibu dipanggil oleh-NYA. Angah pula tinggal bersendirian. Along dan ucu masing-masing punya keluarga baru yang boleh menjaga mereka. Angah?” Balas Ibu kepadaku. Aku terdiam.

           “Dahlah. Tak nak discuss tentang tu. Tak nak dengar lagi ibu cakap tentang pergi-pergi segala. Angah tak nak dengar. Ibu sabarlah. Kalau dah jodoh angah. Angah akan kahwin juga.” Balasku pada ibu dan menyedapkan hatinya. Huhu. Now, aku faham apa perasaan Dila. Kenapa dia desperate sangat nak berkahwin. Hahaha.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


HARI ini sekali lagi aku mendapat jambangan bunga lily dari orang yang masih aku tidak ketahui.  Nafas dihelakan. Bunga dan kad yang berada di atas meja kerjaku aku renung. Siapa agaknya pengirim rahsia itu? Kenapa dia begitu rajin menghabiskan duitnya demiku?

           Aku berdiri dan membawa jambangan bunga tersebut keluar. Menuju ke counter dan mencari Kak Mai. Setiba di counter kelihatan Kak Mai di situ. Aku meletakkan jambangan bunga di atas meja counter dan memandang Kak Mai yang tersenyum-senyum memandangku. Keningnya dinaikkan.

           “Dapat bunga lagi?” Soal Kak Mai dan tersenyum.

           “A’ah. Hurm. Kak Mai rasa siapa eh yang bagi bunga ni pada syaa?” Soalku pada Kak Mai. Kak Mai tersenyum.

           “Secret admire doc kot.” Balas Kak Mai.

           “Tahulah kak. Tapi siapa?” Soalku balik.

           “Entahlah. Kak Mai pun tak tahu. But why don’t doc tanya je dengan budak yang hantar bunga tu selalu. Kalau tak pun doc try pergi ke kedai florist tempat secret admire doc tu beli bunga ni. Mana tahu mereka kenal siapa yang berikan bunga ni.” Jelas Kak Mai. Spontan aku tersenyum.

           “A’ahlah Kak Mai. Bijaklah akak ni. Tapi kedai florist yang mana satu eh?” Soalku balik. Kak Mai tersenyum.

           “Dekat luar hospital ni aje doc. Garden Florist kan? Dekat luar nilah.” Jelas Kak Mai. Aku anggukkan kepala dan sesuatu sudah terancang di mindaku.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


SEAWAL jam 8 pagi aku sudah berada di dalam Garden Florist yang berada ngam-ngam di luar hospital tempatku bekerja. Kononnya aku sengaja nak membeli bunga dan meninjau-ninjau bunga di situ. Jam dikerling. Lambat lagi ke? Mata aku pun dah bengkak dok tengok pelbagai jenis bunga di dalam kedai ni.

           Ting tong!

           Kedengaran suara lonceng berbunyi menandakan ada costumer yang masuk ke dalam kedai. Spontan aku sembunyikan diriku di sebalik pelbagai bunga di situ. Aku mengerutkan dahi apabila melihat Dr.Qadri sedang berbual dengan pemilik kedai florist ni. Setelah Dr.Qadri menyerahkan duit dan sekeping kad kepada pemilik kedai florist tersebut. Dia berlalu pergi.

           Dr.Qadri? Takkanlah… Mamat kayu dan kaku tu? Ish! Takkan. Takkan. Tubuh aku bawa dekat ke counter dan meletakkan tiga batang bunga rose merah di atas meja. Pemilik kedai florist yang sedang menjaga meja counter kelihatan terkejut melihatku.

           “Eh.. Hi Doctor Thia. Nak gubah?” Sapanya kepadaku dan tersenyum kelat. Aku tersenyum. Memang pemilik kedai florist ni kenal dengan aku sebab kadang-kadang aku akan membelikan bunga buat ibu di sini.

           “Hi. tak payahlah.” Balasku dan memandangnya yang sedang membalut bunga kertas. Not duit RM50 aku berikan kepadanya. Kad berona pink di atas meja aku kerling dan pemilik kedai florist itu juga aku jeling. Dengan perlahan aku ambil kad tersebut dan membukanya.

Dear Thia,
Would you believe me if I tell you that I love you so much?
Actually, I’d prefer it if you won’t.
Why?
So that I can spend the rest of my life proving to you how much I do.

Love,
Strangers.

           Spontan. Spontan kad yang berada di tanganku terjatuh dan aku menutup mulutku yang terlopong. Dr.Qadri? Tapi kenapa?

           “Eh!” Pemilik kedai florist tadi terkejut pabila aku membaca kad tersebut dan cepat-cepat dia menyembunyikannya. Dengan mata yang berair aku pandang pemilik kedai tersebut yang kini sudah takut-takut melihatku.

           “Dia? Dr.Qadri right?” Soalku padanya. Dia terdiam dan akhirnya dia anggukkan kepala. Aku memandang ke atas siling dan menarik nafas. Bakit duit dan tiga kuntum bunga rose tadi aku ambil.

           “Don’t tell him that I know about this.” Kataku kepada pemilik kedai tersbeut sebelum berlalu pergi.

           Dr.Qadri? Dr.Qadri A.K.A Dr.Cool yang selama ini kaku dan kayu memberiku bunga selama tiga bulan berturut-turut? Tetapi kenapa? Selama ini aku bagaikan halimunan saja di hadapannya. Bagaikan susah untukku percaya yang dirinya memberikan aku bunga dan kad yang berisi ayat-ayat manis dan romantic. Tetapi kenapa?

           “Morning doc!” Sapa Kak Mai kepadaku di saat ku lalu di hadapan counter. Ada Dr.Qadri di situ dan sedang memandang filenya. Seperti biasa dia kaku dan kayu memandnag filenya. Tanpa senyuman aku meletakkan bunga rose yang kubeli tadi kepada kak rose.
          
           “Morning. This is for you.” Balasku padanya dan meletakkan bunga tadi di atas meja counter. Berkerut dahi Kak Mai melihatku. Dr.Qadri pula spontan memandangku. Hairan mungkin aku memberikan bunga buat Kak Mai.
          
           “Secret admire doc bagi ke?” Soal Kak Mai hairan namun tangannya mengangkat bunga tadi dan menghidu bau haruman bunga rose tersbeut. Aku gelengkan kepala dan mengambil file yang Kak Mai serahkan.

           “No.” Balasku pendek dan ingin berlalu pergi. Namun langkah kakiku terhenti dan aku menoleh memandang Kak Mai.

           “Kak Mai. Jika ada sebarang bunga dan kad yang dihantar untuk saya lagi sila buang ya. Thanks.” Pesanku pada Kak Mai sebelum berlalu pergi dan menjeling Dr.Qadri yang memandangku. Keningnya dikerutkan.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


LANGKAH kakiku terhenti di saat melihat Dr.Qadri yang sedang duduk santai di atas bonet Toyota Camryku dan memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Matanya merenungku tajam dan tiada senyuman di bibirnya. Aku mengetap bibir dan menghelakan nafas berat. Apa lagi yang dia inginkan dariku?

           Tanpa memperduli dan menyapanya aku melimpasi dirinya dan membuka pintu keretaku. Namun, terasa tanganku ditarik olehnya dan kini saling berhadapan dan berpandangan. Aku mengangkat wajah memandangnya yang tinggi itu.

           “Why you trying to avoid me Thia?” Soalnya padaku keras. Aku mengerutkan dahi.

           “Siapa kata I cuba nak elakkan diri dari you?” Soalku balik. Dia mendengus dan merenggangkan necktienya. Rimas mungkin.

           “I yang kata! Everytime when you see me in a few days you’re trying to avoid me! Bila I di counter you sanggup pusing balik. Bila I di café pula you sanggup menahan lapar dari terserempak dengan I. Bila kita terserempak di jalan you sanggup mengambil other ways just sebab nak elakkan diri dari I. Why Thia? Why?!” Soalnya kepadaku dan memegang kedua bahuku. Aku menepis kasar tangannya dan berpeluk tubuh.

           “I’m not! Maybe perasaan you je. Selama ni I memang macam tu apa. Yang you nak kisahkan sangat kenapa? Ada I susahkan you?” Soalku kepadanya. Dia merengus.

           “Dahlah Dr.Qadri. I’m tired. I nak balik and having my rest. I minta maaf jika sikap I menganggu you. Asalamualaikum!” Sambungku dan ingin masuk ke dalam kereta. Namun perbuatanku terbantut pabila dia memelukku dari belakang. Dilingkarkan tangannya ke pinggangku. Dipeluk dengan erat sekali dan dagunya disandarkan di bahuku. Apabila aku menolak dia mengeraskan dirinya. Terasa berdegup kencang jantungku pabila dia memelukku seperti itu.

           “I know. I know yang you dah tahu siapa yang selama ni bagi bunga pada youkan? Yes. I mengaku I memang pengecut. I mengaku I cintakan you dalam diam. I mengaku yang I bagi bunga buat you. I mengaku yang selama ni I’m stalking you. It is because I love you Thia… I don’t know when the feeling became love. But what I know deep inside my heart, have you in there.  To love is something I was afraid to do but there is something different about you. You made me do something I swore not to do. You made me fall in love with you.” Bisiknya lembut ke telingaku. Ingin sahaja aku pengsan di situ. He did what? Love me? Are you kidding me?!

           “I’ve to go… But always remember that I’ll always love you and always do. You think I’m strong? Well, though I seem to be tough, I’m afraid of one thing. It’s realizing that I’ve lost the person whom I gather strength from. So don’t ever go. I’m not that strong. Take care babe. Bye!” Sambungnya dan mencium pipiku sebelum pergi. Aku? Aku kaku di situ sehinggalah Blackberryku berdering menandakan ada messaga masuk. Muka diraup dan pintu kereta dibuka. Blackberry di dalam handbag ku capai dan membuka dari message dari number yang tidak dikenali.

+ Sometimes, it’s hard to find words to tell you how much you mean to me. A lot of times, I don’t say anything at all. But I hope someday, you’ll understand, having you is what I live for
-Qad.

           Aku mengeluh dan membenamkan wajahku ke stering kereta. What the day? Apa semua ni? Aku memang tak faham. Rasa macam semua ni mimpi je….


++++++++++++++++++++++++++++++++++


AKU hanya diam sepanjang mendengar celoteh Dila mengenai hubungan baru yang dibinanya dengan Raziq iaitu salah satu doctor yang aku kenalkan kepadanya. Menjadi juga mereka berdua. Memang cupid betullah aku ni. Aku? huh! Macam ni juga. Sedih betul.

           Teringat kembali luahan perasaan Dr.Qadri kepadaku. Betul ke? Dah seminggu aku ambil emergency leave. Seminggu jugalah Blackberry aku tak pernah sunyi dengan panggilan dan message dari dia. Sehingga kini aku masih tak faham, adakah dia serius dengan aku ataupun sengaja nak mainkan aku? Tetapi kenapa setiap hari aku pasti menunggu message dan panggilan darinya? Huh! Bingung!
          
           “Hei babe! Kau dengar tak apa yang aku cerita ni? Mengelamun je sejak tadi! Penat tau mulut aku ni bercakap itu ini sejak tadi.” Sergah Dila kepadaku. Aku tersentak dan memandangnya. Bibir diketap.

           “Apa?” Soalku padanya blur. Dila mengeluh dan gelengkan kepalanya.

           “Kau ni kenapa?” Soalnya padaku.

           “Kenapa apa? Aku okay je kot!” Balasku padanya. Dia mencebik.

           “Kau ni mengadalah babe! Pening kepala aku fikirkan.” Balas Dila. Aku mengeluh dan benamkan mukaku ke meja.

           “Eh! Tu bukan Dr.Qad ke?” Soal Dila dan memandang ke pintu café. Spontan aku mengangkat wajahku dan memandnag ke pintu masuk café. Kelihatan Dr.Qadri dan seorang perempuan sedang berpimpin tangan masuk ke dalam café. Terbeliak mataku dibuatnya.

           “Dia dengan siapa tu babe?” Soal Dila hairan. Spontan kembali benamkan wajaku ke meja. Aduh duh! Kenapa hati aku ni sakit semacam?

           “Babe? Kau okay ke ni?” Soal Dila kepadaku cemas. Aku gelengkan kepala.
          
           “Dada aku sakitlah babe.” Balasku padanya.

           “Eh. Ye ke? Jom. Jom. Kita balik! Kang melarat pula sakit kau tu.” Balas Dila cemas dan berdiri. Handbagku di pegang dan dia membantuku berdiri. Huh! Rasa blur. Rasa kosong. Rasa macam-macam. Rasa sakit. Rasa kecewa. KENAPA????


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


AKU menapak mendekati counter, namun berpaling cepat pabila ada Dr.Qadri di situ. Aduh. Entah kenapa sejak melihat dia dengan perempuan tempoh hari aku rasa sakit hati dan marah dengan dirinya. Terasa diri dipermainkan.
          
           “Dr.Thia?” Panggil suara garau di belakangku. Aku cepat-cepat melangkah kerana aku tahu dia sudah perasankan diriku.

           “Thia please!” Jeritnya dan menarik tanganku agar berhenti melangkah. Tubuhku di pusingkan agar menghadapnya. Aku menepis tangannya yang berada di lenganku.

           “Lepaslah!” Balasku geram dan menepis tangannya.

           “I tak akan lepaskan you selagi you tak bagi tahu pada I kenapa you cuba nak elakkan diri dari I? Apa lagi yang tak kena ni? I thought we’re okay.” Balasnya padaku.

           “Sejak bila kita okay? Yang you nak jerit-jerit dan pegang-pegang I ni kenapa? Nak satu hospital ni tahu tenatang kita?” Soalku geram.

           “Biar! Biar satu hospital tahu tentang kita. Kenapa? You ada masalah dengan tu?” Soalnya padaku. Aku merengus dan kembali cuba menarik tanganku namun tidak dapat.

           “Apa masalah you ni?!” Soalku geram. Dia tergelak sinis.

           “Masalah I? Masalah I adalah you! Why are you trying to avoid me?” Balasnya. Aku mengeluh.

           “Apa lagi you nak dari I?! Dah ada teman wanita masih nak mengatal dengan perempuan lain!” Sindirku sinis padanya. Berubah wajahnya saat itu. Keningnya dikerutkan.

           “What you say just now? I? Ada teman wanita. Betullah tu..” Balasnya dan tersengih. Kini, aku pula kerutkan dahi. Erk! Happy semacam.

           “Dah tu pegang tangan I ni kenapa? Nak ganggu I ni kenapa? Tak sedar lagi yang diri tu dah ada girlfriend?” Sindirku lagi dan cuba merungkaikan pergelengan tanganku darinya. Namun dia tetap memegang erat tanganku. Mata-mata nurse dan doctor yang lalu pun tidak dihiraukan.

           “Because you’re my girlfriend.” Balasnya dan kenyitkan matanya. Aku terlopong.

           “Gila!” Balasku. Dia tersenyum dan anggukkan kepalanya.
          
           “I gilakan you…” Balasnya kepadaku.

           “Boleh tak jangan mainkan perasaan I? You ingat I ni apa?! You ingat I tak nampak you dating dengan girlfriend you beberapa hari yang lalu?!” Marahku. Dia kerutkan dahi.

           “Hei! Hei! Bila masa pula ni? Dating?” Soalnya hairan. Aku mencebik. Lelaki. Kalau dah red caught tu. Hurm.

           “Hahahaha. Did you mean Qarisya?” Soalnya padaku dan tergelak. Aku mengetap bibir. Wah. Happy betul sebut nama girlfriend dia tu.

           “Entah! Manalah  I tahu!” Jelasku padanya. Dia tergelak dan mengambil Iphone di dalam kocek seluarnya. Iphone dikeluarkan dan mendail seseorang. Sambil berbual dia tersenyum-senyum memandangku.

           “Nah! GIRLFRIEND I nak bercakap dengan you.” Jelasnya padaku dan menyerahkan Iphone kepadaku.
          
           “Tak nak!” Balasku geram. Ada ke patut bagi aku dan girlfriend dia berbual.
          
           “Cepat! Kalau tak I jerit satu hospital ni yang I sukakan you.” Ugutnya padaku. Aku mencerlung tajam padanya dan mengambil Iphone tadi. Tersenyum lebar dia dibuatnya. Dia ni gila!

           “Hello?” Sapa suara lembut kepadaku.

           “Err. Hello?” Balasku balik dan memandnagnya di sisi.

           “Dr.Thia ya? I’m Qariesya.” Balasnya. Aku mengigit bibir.

           “A’ah. I’m Dr.Thia.” Balasku padanya.

           “I’m Qadri sister. He told me you want to speak with me.” Balasnya padaku dan spontan tanganku mencubit perut Dr.Qadri. Gila! Bila masa!

           “Err? A’ah. I just want to say hi.” Balasku padanya.

           “Hi dear. I’m glad that I can speak with Qadri love one. He’s always told me about you.” Jelasnya padaku. Aku terdiam dan memandang Dr.Qadri di hadapanku. Dia tersenyum dan menaikkan keningnya.

           “Ye ke?” Soalku tak percaya.

           “Trust me. Telinga I dah bernanah dengar nama you.” Balas Qariesya dan aku tergelak. Sebegitu sekali?


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


8 TAHUN KEMUDIAN….

AKU tersenyum memandang dua orang kanak-kanak kembar yang sedang berlari mendapatkan aku yang sedang duduk di tepi kolam. Perut yang memboyotku usap. Di dalam beberapa bulan lagi anak ketiga dan keempatku akan lahir. Dua kali beranak aku dapat dua kali kembar sekaligus. Tersenyum aku dibuatnya. Tak sangka yang keluarga suamiku mempunyai genetic kembar.

           “Mummy! Mummy!” Jerit anak daraku yang bernama Thalia Qadriesya dan memelukku. Thalia Qadriesya yang sudah berumur tujuh tahun itu benar-benar comel. Aku tergelak dan mengucup ubun-ubunnya.

           “Anak mummy dari mana ni?” Soalku kepadanya. Dia tergelak.

           “Kakak ikut daddy and abang long too playground. You want know something? Kakak bantu Darry pikat kucing betina tadi. Hehehe.” Balas bibir comel Thalia Qadriesya kepadaku. Tergelak aku dibuatnya.

           “Hei! It’s me okay! Abang long yang kenenkan Darry with that cat! Kan daddy?” Sampuk si anak terunaku pula yang bernama Thedri Qadrish. Ya. Aku mendapat anak kembar lelaki dan perempuan. Alhamdulilah. Keduanya benar-benar sempurnakan hidupku dan suami.

           “Okay. I know why our children behave like this. It is because; their mummy was miss cupid before.” Sakat suamiku pula dan memelukku dari belakang. Tergelak aku dibuatnya.

           “Hei! Jahatlah daddy ni.” Marahku padanya. Dia tergelak dan mencium pipiku. Pelukan di tubuhku dieratkan. Thalia Qadriesya dan Thedriey Qadrish yang sedang bekerjaran di taman dipandang.

           “I love you sayang… I love you so much Thia. Thanks for give me this lovely family.” Bisik suamiku ke cuping telingaku. Perutku yang membonyot diusap. Aku tergelak.

           “I love you too sayang. I love you so much Qadri. And thanks for loves me till today…” Balasku padanya dan menoleh memandangnya. Kedua tanganku melingkar di lehernya. Dr.Qadri Syah. Ya, lelaki yang kayu dan kaku dulu adalah suamiku kini.

           There are many things in life that will catch your eye, but only a few will catch your heart...pursue those… Sehingga kini aku masih ingat kata-kata itu. Lelaki yang kaku dan kayu itu kini sudah menjadi suamiku yang sah. Sudah lapan tahu kami mendirikan rumah tangga. Selama lapan tahun jugalah aku semakin cinta. Cinta dan cinta padanya.  Di sebalik kekakuan dan kekayuannya tersembunyi sikap romantis dan penyayangnya. Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri pada Dr.Qadri Syah, jujur aku katakan aku benar-benar bahagia berada di sisinya.

           ‘Would you believe me if I tell you that I love you so much?Actually, I’d prefer it if you won’t.Why?So that I can spend the rest of my life proving to you how much I do.’

           Kata-kata itu sehingga kini masih suamiku pegang. Sehari demi sehari dia selalu mencuba untuk mengambil hatiku dan cuba untuk membuatku jatuh hati padanya. Keputusanku untuk menerima lamarannya dan bercinta dengannya selepas berkahwin benar-benar membahagiakan aku. Pergaduhan kecil di antara kami memang pernah terjadi. Namun, selalunya dia yang akan beralah dan setiap kali marah dia lebih suka mendiamkan dirinya. Setelah hatinya tenang barulah aku didekati dan memelukku. Sikapnya itu yang membuatkan aku semakin sayangkan dirinya. Bagiku, itulah asam garam perkahwinan.

           “Sayang… If people would ask me if you’re good, I’d say you’re not. If they would ask me if you’re better, I’d say you’re not. The reason? Cause why would I say you’re good or better when you’re the best I’ve ever had?I love you so much dear.” Bisiknya lembut dan mencium bibirku. Aku menutup mata perlahan demi perlahan dan membalas ciumannya.

           Ya Allah swt. Aku mohon padamu. Berikanlah rumah tangga dan keluargaku kebahagiaan dan kuatkanlah cinta kami Ya Allah Swt… Kuatkan iman kami dalam mendidik cahaya mata kami agar dapat menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin ya rabil alamin~

           Aku? Miss Cupid? Ianya hanya gelaran padaku sahaja. Di dalam soal Jodoh dan Cinta tiada istilah cupid ataupun match marker. Ianya datang dari diri kita sendiri. Setiap jodoh dan pertemuan sudah ditakdirkan oleh-NYA. Kita sebagai umat-NYA berdoalah agar dapat ditemukan dengan pasangan hidup yang soleh dan solehah. Mencintai kita seadanya. In Shaa Allah. Di mana ada jodoh di situ ada cinta J

           “I choose to love you in silence for in silence I find no rejection. I choose to love you in loneliness for in loneliness no one owns you but me. I choose to adore you from a distance for distance will shield me from pain. I choose to kiss you in the wind for the wind is gentler than my lips. I choose to hold you in my dreams for in my dreams, you have no end.”
                                                                                                                        Qadri Syah….


THE END




**********************************


Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Lades J





How was the story? Hahahaha. I was writing this story about two and half hours ago J Keboringan melanda diriku dan membuatkan aku mencoretkan sesuatu di blog ini. Hahaha. Layan Terusssss~


           Saya Ratu Adriana Nadine, ingin meminta maaf sekiranya ada kesalahan bagi ejaan, ayat dan perkataan. Juga selain itu saya ingin meminta maaf sekiranya ada yang terover,terlebih dan terkeluar dari piawaian pemikiran dan ideology orang kita. Maafkan saya J Aku membuat cerpen ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. So, kita baca and chill sudeehhhh~ J ignore the negative and take the positive ladies! Peace yawww!

           About this cerpen, I don’t know actually nak describekan macam mana. I was thinking about cupid actually. Dengar ceritanya dia menjodoh dan mematch makerkan pasangan yang bercinta hendaknya.  Sweet right? Then, tetiba pula idea tu datang dan aku mulalah mencarut dan melalut! Hahahha! Makanya! Maafkan saya si non di atas kebosanan yang melanda di situ. Peace! J

           Thanks for those yang dropping by and leave ur comment J Saya amat menghargainya. Tolong. Tolong dan Tolong memberikan comment bagi cerpen ini. J Boleh ya J Love u!


SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ!



Till then,









Sincerely,


11 comments:

  1. bonne nuit!!!! =) Bravo bravo son merveilleux!!! .dear just wondering what time wak akan post chapter 25?eheh eden tak sabo nak baco!!!anyway your work is fantastique.Saya nak hubby serupa daniel henny siapa boleh carik kan??eheheh.merci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hola dear =)
      hehe i'll post ACK 25 lil bit late dear. =)
      blm edit lae hehe =P hwaiting ya sayang
      eden pun xsabo nak update! hehe
      hahahaha waghhh! xnk tlg crikan sbb sy pn nak! hahaha =P
      Thanks for dropping by and leave ur comment =)

      Delete
  2. WOW!!!! LIKE3!!!!
    BEST...BEST..BEST!!!!
    suma cerpen kak ratu..sumanyer best2!!!
    nak cerpen lagi!!! muahahaha!!!
    hwaiting ur next cerpen!!!!!
    ^__^___^___^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehehe thanks sygs~
      hehe in shaa allah
      doakan sys ukeh =)
      hwaiting~

      Delete
    2. =) ... ^___< ...
      u r wc.... (。◕‿◕❤)... *buatmukecomey* muahaha!!!
      insyallah!!!

      Delete
  3. kak ratu wat banyak2 cerpen ya
    i like that

    ReplyDelete
  4. waahh... sweet cite ni!! nina suka! ^^, berangan2 kejap nina bace cerpen ni. buat lagi yeee. buat bnyk2.. ;)

    ReplyDelete
  5. best..best..ni baru la matured sket, nak lg cite cm ni bole? pleaseeeee...(tahap gaban ni merayu..hahaha) xle da nk minta mr hubby cm2..huhu hubby yg ada ni pun ok...waaaa (walaupun xde mantik2)

    ReplyDelete
  6. NIce story..keep going girl...

    ReplyDelete
  7. nice story ......I love doc qadri"s character actually ...how romantic he is.i love him so much too..hehehe ..sooo sweet.gud job lady

    ReplyDelete