Miss Cupid
“INI?” Soalku kepada Dila.
“Tak nak!” Balasnya dan gelengkan
kepala. Aku mengeluh dan sekali lagi aku tunjukkan sekeping gambar. Sekali
lagilah juga minah di hadapanku ini mengelengkan kepalanya.
“Tak nak!” Balasnya juga. Aku
mengeluh dan memberikan file yang
berisi gambar calon-calon lelaki buatnya dan butiran mereka.
“Aku dah fed up kau tau tak! Asyik kata ‘tak nak’! Entah apa yang kau nak! Janganlah
kahwin wei! Hidup bujang sudah! Senang!” Rungutku padanya dan menyandarkan
diriku pada sofa yang berada di café
tersebut. Bapak geram dah aku sekarang ni. Aku dah penat-penat carikan dia
calon. Dia boleh kata ‘tak nak’ je? Minah ni. Nasib sepupu. Kalau tak memang
aku tinggalkan dekat café ni. Dia nak
yang sempurna je.
Aku bukan apa. Aku sendiri tak sempurna. Tetapi
masalahnya di sini, dia nak yang tampan seperti Daniel Henny, yang macho
seperti Aaron Aziz dan setinggi Hans Isaac. Erk! apa kes? Mana aku nak cari babe! Susah tu. Kalau diri tu secantik Siti
Nurhaliza dan sesopan serta seayu Aida gadis Melayu memang aku tak kisah kalau
dia nak minta lebih-lebih. Ini tidak!!! Arghhh! Bengang!
“Alarh babe!
Kaukan expert dalam bab-bab ni. Kak
Yong dan Kak Chik kahwin je gara-gara kau. Siap bahagia aku tengok!” Rengeknya dan
memegang tanganku. Aku mencebik dan menarik tanganku. Berpeluk tubuh dan
memandang Dila di hadapan.
Memang. Memang Kak Yong dan Kak Chik aku yang matchmarker kan mereka berdua bersama
pasangan masing-masing. Tetapi masalahnya mereka tak seteruk si Dila ni. Terima
seadanya calon yang aku cadangkan. Secara jujurnya, bukan kerana aku mereka
berkahwin dan bahagia. Tetapi kerana JODOH dan CINTA. Jika aku jodohkan mereka
pun tetapi jika mereka tiada JODOH dan CINTA. Tak jadi juga.
“Masalahnya di sini Kak Yong dan Kak Chik tu tak sekekwat
engkau!” Balasku padanya geram. Dia tersengih.
“Alarh babe.
Kau kena faham. Kahwin tu sekali seumur hidup. Kena pilih betul-betul.” Balas Dila.
Aku mengelengkan kepala.
“Cik Adila. Kalau dah tahu macam tu. Kenapa engkau
tak cari sendiri je jodoh kau tu? Pilihlah betul-betul. Yang kau nak
tergesa-gesa ni apa kes?” Soalku hairan. Dila tersengih.
“Mak aku tulah. Bising je aku takde
calon. Umur dah nak meningkat. Tapi kahwinnya tidak. Kau lainlah. Muda lagi.”
Balas Dila. Aku mengeluh. Yelah tu kot. Si Dila ni lawyer. Kerja memanjang. Sebab tu mak dia membebel. Umur dah 32.
Tapi tak kahwin lagi. Orang kata orang lelaki semakin tua semakin laku. Tetapi
orang perempuan pula semakin tua semakin tak laku oh! Lebih-lebih lagi yang
berkerjaya seperti Dila ni. Lelaki takut nak dekat.
“Dah tu. Dekat firm kau tu takde lawyer
yang single ke?” Selidikku. Dila
mencebik.
“Mana ada! Yang ada pun muda-muda
dah kahwin!” Rungut Dila. Aku anggukkan kepala dan memandang keluar café. Kelihatan orang lalu lalang di
situ. Hurm. Nak buat apa dengan budak Dila ni? Siapa lagi yang aku nak kenenkan
dengan dia? Dia ni kekwat lebih!
“Babe!
Babe!” Panggil Dila padaku dan
memandang ke pintu masuk café.
Spontan aku turut memandang ke pintu masuk café.
“Kenapa?” Soalku hairan.
“Tu!Tu! Aku nak yang tu! Aduhai babe! Handsome gila! Sekacak Daniel Henny,
semacho Aaron Aziz dan setinggi Hans Isaac! Hah! Ngamlah tu babe!” Balas Dila teruja dan matanya
asyik memandang ke pintu masuk. Aku kerutkan dahi memandang pada lelaki yang Dila
katakan. Seorang lelaki yang tegap dan kacak sedang berjalan masuk ke café. Memang kacak orangnya.
“Erk!” Spontan aku menepuk dahi. Dia
ni ke?
“Kenapa? Kau kenal ke?” Soal Dila.
Aku memalingkan wajah ke arah lain di saat lelaki kacak yang Dila katakan tadi
menoleh memandang kami. Dia kini berada di counter
dan memilih donut.
“Kalau kau nak tahu dia adalah Dr.Cool! Salah seorang doctor
di hospital tempat aku kerja tu yang paling dingin sekali. Macam patung! Takde
perasaan!” Jelasku pada Dila dan mencuri pandang pada Dr.Cool alias Dr.Qadri Syah.
Dr.Qadri Syah. Orangnya memang
kacak. Bapak kacak. Muka iras-iras Denial Henny tu. Tapi orangnya dikategorikan
sebagai sombong dan tak mesra alam. Jarang tersenyum dan serius memanjang. Di
hospital, dia hanya rapat dengan sesetengah doctor
sahaja. Itupun doctor yang sama level
dengan dia. I mean, yang professional
dan berpengalaman sahaja. Doctor
setahun jagung macam aku ni memang dia tak pandanglah hendaknya. Huhu. Dr.Cool? Aku je yang gelar dia macam tu.
Sebab dia dingin. Kaku. Macam kayu dan robot! Huhu.
“Tak kisahlah dia Dr.Cool ke apa. Aku nak dia juga!” Balas
Dila dan memandang Dr.Qadri dengan penuh khusyuk. Spontan mataku terbeliak.
“Gila ke apa!” Marahku padanya.
“Memang aku gila. Gilakan dia….” Balas
Dila dan tersenyum. Merengus geram aku dibuatnya. Mampus!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
HI!
Namaku Thiara Natasha binti Dato Ahmad Nizam. Aku seorang doctor di sebuah hospital swasta. Umurku pula baru meningkat ke 27
tahun. Errr. Still muda lagi. Kot… Huhuhu.
Match maker? Takde kena mengena
dengan pekerjaan aku sebenarnya. Aku bukanlah pekerja syarikat cari jodoh.
Tetapi entah kenapa sejak dua orang sepupuku yang berjaya menemui cinta mereka
keranaku secara tidak sengaja. Maka, sepupu-sepupuku mengecop aku sebagai Miss Cupid
.
Match
maker? No! No! No! Jauh panggang dari api sebenarnya. Maka, teman lelaki
pun aku tidak punya. Apatah lagi ingin menjadi match maker orang lain. Dari aku match makerkan orang lain lagi baik aku match makerkan diri akukan. Betul tak? Betul tak? Erk! Macam Eric
Leonglah pula.
“Dr.Thia…” Panggil kak Mai seorang nurse yang sudah lama berkhidmat di
hospital ini. Aku mengurutkan dadaku kerana terkejut. Mana tak terkejut jikalau
aku sedang mengelamun dia pula interframe.
Huhu. Pantang nampak aku senang sikit.
“Kenapa Kak Mai?” Soalku pada Kak
Mai dan menaikkan keningnku memandangnya.
“Ni hah… Bunga lagi untuk Dr.Thia.
Untunglah doctor. Hari-hari ada secret admire yang hantarkan bunga
cantik ni. Bukan setakat sekuntum. Tetapi sejambak!” Jelas Kak Mai. Aku
mengeluh. Ni lagi satu! Setakat ni dah berapa banyak entah bunga yang aku
dapat. Setiap hari pula tu. Yang peliknya orang tu boleh tahu bunga kegemaran
aku. Bunga Lily!
“As
usuallah Kak Mai.” Balasku pada Kak Mai dan mengecek file di tangan. Sempat Dr.Cool
yang turut berada di kaunter tersebut aku jeling. Khusyuk je pandang file tu. See! Kan aku dah kata. Dia ni kaku! Kayu!
“Eh! Sayanglah doctor. Cantik ni.” Balas Kak Mai dan memandang bunga lily tadi. Aku tersengih.
“Kalau sayang. Kak Mai ambillah.
Saya dah muaklah Kak Mai dengan bunga tu.” Balasku pada Kak Mai. Kak Mai mengerutkan
dahi memandangku.
“Dah tu nak bunga apa doctor? Bukankah lily favourtie flower doctor?” Soal Kak Mai. Aku tergelak.
“Saya nak cactus! Tahan apa! Bunga lily
ni dapat bertahan sekejap saja.” Balasku nakal dan tersengih.
“Okaylah Kak Mai. Saya pergi dulu.
Kak Mai jangan lupa tau. As usual.
Kalau tak Kak Mai ambillah bunga tu. Saya izinkan. Tapi… Kad ni buat saya.
Hehe.” Balasku pada Kak Mai dan mengambil sekeping kad rona putih yang berada
di bunga tersebut. Kad yang akan sering dikirim oleh pengirimnya. Sambil
berjalan menuju ke officeku kad tadi
dibuka.
Dear
Thia,
There’s a love that only you can give, a smile that only your
lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes and my life that
only you can complete.
Love,
Strangers.
Bibirku
mengukirkan senyuman. Kepala digelengkan. Kata-katanya cukup manis sekali.
sering membuatku tersenyum. Aku tidak terpikat. Jauh sekali untuk cair. Tetapi
entah kenapa, aku suka mengumpul kad-kad yang diberikannya. Setiba sahaja di office pasti aku akan memasukkan kad
tersebut ke dalam sebuah kotak hadiah berwarna putih. Sebuah kotak yang
dipenuhi oleh segala kata-kata manisnya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AKU mengetap bibir dan memandang si dia.
Errr. Macam mana ni? Sejak tadi aku berura-ura nak berbual dengannya. Tapi aku
malu! Huhuhu. Ni Dila punya pasal! Idea gila betul budak tu. Nak pergi ke
tidak? Pergi? Tidak? Huh! Pergi jelah. Bedal sajalah labu!
“Asalamualaikum.
Hi?” Sapaku mesra kepada Dr.Qadri yang sedang minum petang. Secawan coffee dan sebiji cupcakes perisa cheese.
Dia hanya memandangku sekejap dan kembali menghirup coffee nya. Buat aku seperti aku tak wujud di situ. See! Aku dah kata! Kaku! Kayu! Aku
mengetap bibir. Rasa nak cekik je leher mamat ni. Bapak geram!
“Err. Boleh
I duduk di sini?” Soalku padanya dan
menunjukkan kerusi di hadapannya. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak melayanku.
Aku menjulingkan mata ke atas. Nasib kaulah Thia. Demi sepupu tercinta terpaksalah…
“Okay! I take that as ‘yes’. Thank you!” Balasku
selamba dan duduk di hadapannya. Bercakap dengan lelaki ini kena seronok
sendiri. Engkau soal. Engkau jawab balik. Nasiblah engkaulah Dila!
“Err… Dr.Qad…
can I ask you something?” Soalku padanya
gugup. Kedua tangan digengam. Sejuk terasa. Malu nak cakap pula. Aduhai. Dr.Cool memandangku dan menaikkan
keningnya. Aduhai dia ni. Babau ke apa!
“Err. Did you’ve any… Errr.. Girlfriend?” Soalku
padanya gagap. Dia mencerlung tajam memandangku. Tubuhnya disandarkan ke kerusi
dna berpeluk tubuh memandangku. Okay serius aku malu tahap gaban sekaran ni! Ewwww!
Tak malunya tanya anak teruna orang macam tukan. Tapi nak buat macam mana. Aku
terpaksa!
“What you do you want to do if I say ‘no’?”
Soalnya padaku. Awwwhhh! Dila engkau untung! Satu bonus buat engkau. Suara dia
macho oh! Aku mengaru leher.
“Errr.
Kalau you takde girlfriend. Errr. I… I
nak ajak you keluar boleh?” Soalku padanya
dan tersengih. Dapat dirasakan mukaku panas membahang. Dia menaikkan kening.
Pandang aku semacam.
“Err. No! I mean my cousin. Err. Macam mana
nak explain eh. Before, she did saw you and dia berminat nak kenal lebih dekat
dengan you. If you don’t mind. You
sudi tak?” Soalku padanya. Dia merengus dan berdiri.
“No!” Balasnya pendek dan berlalu pergi.
Huh! Spontan aku mengetuk kepala. Bodoh betul! Buat malu aku je! Nanti kau Dila!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AKU menutup telinga dan menjulingkan
mata ke atas. Tolonglah! Telinga aku sakit gila dengar minah di depan aku ni
membebel. Macam mak nenek! Mengalahkan ibu aku je! Ni kalau kahwin ni confirm laki dia lari tidur luar.
Hahahaha.
“Aku tak
kira! Aku nak kau pujuk juga dia supaya dia nak keluar dan jumpa aku!” Tekadnya. Terbeliak mataku dibuatnya.
“Engkau
gila ke apa?! Kau ingat muka aku ni takde maruah! Aku malu lah beb! Dia tu
kayu! Kaku! Tak dilayannya aku ni. Kau cari yang lain sudahlah!” Balasku padanya.
Adila berpeluk tubuh dan mengelengkan kepalanya.
“Tak nak!” Jawabnya
keras. Aku mengaru kepala. Tekad betul budak Dila ni. Gila betul!
“Wei!
Jangan malukan diri boleh tak?” Soalku keras. Adila mencebik.
“Sekali je babe. Sekali je. Please pujuk dia… Jumpa dia sekali je. Kalau dia tak nak dengan aku
lepas tu, aku terima.” Rayu Adila. Aku merengus.
“Sekali
je!” Balasku dan berfikir. Berfikir macam mana nak buat Dr.Cool tu setuju dengan idea aku.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Doc pleaselah…. Sekali je. Lepas tu saya
takkan paksa doc lagi.” Rayuku pada Dr.Qadri. Aku yang sedang duduk di
kerusi di dalam biliknya memandang ke katil pesakit yang ditutup dengan langsir.
Aku tahu dia berada di situ. Apa lagi kerjanya tidur!
“Doc!” Panggilku lagi. Terdesak sangat
dah ni. Kedengaran suara langsir dibuka dan kelihatan Dr.Qadri yang sedang
baring dan menyandar di kepala katil itu memandangku. Spontan aku berpaling
memandang ke arah lain pabila butang baju kemejanya dibuka sehingga ke dada.
Seksi pula Dr.Cool ni.
“No!” Balasnya dan kembali menutup
langsir tadi. Aku menghentak kaki. Terasa nak menangis saja.
“Please…. Sekali je… Please…” Rayuku kembali. Namun tiada reaksi darinya. Aku mengeluh.
Dia nikan. Menci betul.
Kring!
Kring!
Tersentak
aku pabila blackberry torchku berdering
menandakan ada panggilan masuk. Blackberry
yang berada di dalam kot putihku aku ambil dan menyambut panggilan tersebut.
Dari ibu!
“Asalamualaikum.
Hello bu?” Sapaku pada ibu dan
menjeling langsir yang tertutup rapat itu.
“Walaikumsalam
anak ibu. Tengah buat apa ni? Ibu menganggu ke?” Soal ibu kepadaku. Aku mengaru
kepala.
“Takde buat
apa bu. Tak menggangulah. Kenapa ya bu?” Soalku hairan. Selalunya ibu jarang
menelefonku bila di hospital jika tidak penting.
“Ni ibu nak
bagitahu. Ingat lagi tak anak ketua kampung tu? Alarh. Si Mail tu.” Soal ibu.
Aku kerutkan dahi. Anak ketua kampung? Mail? Kenal kot. Classmate aku time
sekolah menengah dulu.
“Mail?
Kenal kot bu. Classmate Thia time sekolah menengah dulu. Kenapa bu?” Soalku
hairan. Ibu tergelak. Erk! Lain macam je gelakkan ibu ni.
“Tadi dia
datang merisik kamu.” Jelas ibu. Spontan aku berdiri.
“Apa?!
Merisik?! Ibu terima ke? Bu jangan bu!” Balasku cepat.
“Balik dulu.
Kita bincang.” Balas ibu dan mematikan panggilan. Tak tentu arah aku dibuatnya.
Aku? Dijodohkan? Bukan aku tu! Cepat sahaja tubuhku ku bawa ke pintu office Dr.Cool. Lantak engkaulah nak setuju ke tidak.
“I setuju jumpa dengan cousin you!” Balasnya tiba-tiba dan
menyelak langsir tersebut. Aku berhenti melangkah dan menoleh memandangnya.
“Apa-apa
jelah doc. Ni kad dia. Call dia kalau setuju nak jumpa. I’ve to go. Asamualaikum.” Balasku cepat
dan meninggalkan bisnes kad Dila kepadanya sebelum berlalu pergi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AKU mengeluh memandang siling bilikku.
Nasib! Nasib sahaja ibu menolak peminangan itu. Ibu memang! Sengaja nak kenakan
aku. Suruh aku pulang cepat rupanya nak temankan ibu ke salon. Ceh! Hampeh
betul! Ingatkan apa. Adeh!
Dah tiga
hari berlalu, aku dah tak pujuk Dr.Cool
lagi. Suka hati dialah. Yang penting aku dah sampaikan amanah aku dan bisnes
kad Dila pun selamat aku berikan pada dia. Lantaklah!
“Babe! Sergah Dila kepadaku dan berdiri
di muka pintu bilikku. Spontan aku duduk tegak. Terkejut beruk aku dibuatnya.
“Whoa! Nak aku
mati cepat ke apa?!” Soalku geram dan mengurut dadaku. Dila terus duduk di
sebelahku di atas katil dan menayang wajah muramnya. Aku kerutkan dahi. Dah ni
kenapa?
“Engkau ni
kenapa? Asal jumpa aku je mesti ada masalah. Asal ada masalah je mesti jumpa
aku! Huh!” Soalku hairan.
“Babe! Huh! Bencinya! Kau tahu tak aku
berdandan bukan main lawa dan siap tunggu dia awal dekat restaurant tu. Tuptup dia datang setengah jam kemudian.” Jelas Dila.
Aku mengerutkan dahi.
“So how was the date?” Soalku padanya.
“Kau tahu
tak! Dia sampai je bukan nak kenalkan diri ke. Say ‘sorry’ ke sebab lambat. Tapi siap direct kata ‘I datang
sebab Thia. I dah jumpa youkan? So I’ve to go. No more date after this. Thank you. Bye’. Could you imagine that betapa malunya
aku?” Jelas Dila. Aku mengeluh dan membaringkan diri ke atas katil.
“Kan aku
dah kata sebelum ni. Kau je yang bebal! Tak nak dengar cakap. Padanlah dengan
muka engkau!” Balasku padanya. Dila merengus.
“But he’s damn handsome babe!” Balas Dila.
Aku mengeluh.
“Nilah
perempuan. Asal handsome sikit je. Mulalah
cair. Apa ingat dia handsome dapat
bahagiakan kaulah? Kebahagiaan tidak melihat rupa paras babe. Tengok hati!” Balasku padanya dna gelengkan kepala. Dila
mengigir jari.
“Dah tu aku
nak buat apa?” Soal Dila.
“Nak buat
apa lagi? Lupakan dialah Cik Dila oi! Aku dah janji dengan dia sekali jumpa je.
Kalau ada perjumpaan yang lain maknanya itu dari dia sendiri.” Balasku pada Dila
dan gelengkan kepala. Betul-betullah Dr.Qadri tu. Kaku! Kayu!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AKU mengaru kepala yang tak gatal. Enjin
kereta Toyota Camryku dipandang. Hahaha! Lawak! Macamlah aku pandai sangat
bab-bab enjin segala. Bukan apa. Aku tengok banyak je orang buka bonet enjin
bila kereta rosak. Ikut jelah.
“Kenapa
dengan kereta you?” Soal suara garau
di belakangku. Spontan kepalaku terhantuk di penutup bonet keretaku kerana
terkejut disergah begitu.
“Ouch!” Menjerit
kecil aku dibuatnya. Sakit ya amat.
“Eh! Sorry! Sorry! Sakit ke?” Soalnya cemas
dan mengusap kepalaku. Spontan bagaikan terkena renjatan elektrik aku menepis
tangannya. Entah kenapa pabila dia menyentuhku jantungku terasa berdebar kuat. Hish!
“No. I’m okay.” Balasku cepat dan
mengosok kepalaku.
“Err. I’m sorry. I didn’t mean it. Are you okay?”
Soalnya padaku lembut. Nak gugur je bila dengar suara lembut dia. Rasa seperti
bukan dia. Aku anggukkan kepala.
“Okay…”
Balasku pendek.
“Are you sure?” Soalnya dan memandang
kepalaku. Aku anggukan kepala lagi. Erk! Terasa seperti aku ni dia. Dia tu aku.
Sebelum ni bukan main susah dia nak bercakap.
“Okay then. So kenapa dengan kereta you?” Soalnya padaku. Aku mengetap
bibir.
“I tak dapat nak hidupkan enjin kereta
ni.” Jelasku padanya. Dia kerutkan dahi dan memandang enjin keretaku.
“You pandai ke baikkan kereta ni?” Soalnya
kepadaku dan menaikkan keningnya. Aku tersengih dan garukan kepala. Kepala
digelengkan dan spontan dia tergelak. Okay serius! Terdiam aku dibuatnya.
Jangankan aku! Nurse dan doctor yang berada di kawasan parking tersebut pun hairan tengok dia. Dr.Qadri
ketawa? Are you kidding me?! Dr.Qadri
yang kayu! Kaku! Dan dingin tu ketawa?!
“Luculah you ni… Memandai je buka bonet ni. Macam
pandai sangat.” Balasnya dan tergelak kembali. Aku mengaru kepala. Err. Dia ni
betul ke Dr.Qadri? Macam tak percaya je.
“You dah panggil mechanic?” Soalnya padaku. Aku gelengkan kepala.
“I takde contact number mana-mana mechanic.”
Jelasku padanya. Dia anggukkan kepala.
“Nak I tolong call mechanic?” Soalnya kepadaku. Aku kerutkan dahi.
“Tak
menyusahkan you ke?” Soalku hairan.
Dia tersenyum kecil dan gelengkan kepala. Iphone miliknya dikeluarkan dari
poket seluar slacknya dan mendail
seseorang. Sepanjang dia berbual dengan mechanic
tersebut di panggilan. Sesekali dia memandangku dan memberikan senyuman. Aku
pula yang tercengang dibuatnya. Tak pernah-pernah mamat ni nak senyum dengan
aku. Apa kes dengan dia hari ni?
“Sekejap
lagi my friend datang. Kalau you tak kisah tunggu sekejap.” Jelasnya
padaku. Aku anggukkan kepala saja. Getah rambut di ketap di bibir dan rambut
yang panjangku kemaskan dan ingin diikat satu. Terasa rimas. Namun getah rambut
yang berada di bibirku tadi terjatuh.
“Let me help you.” Katanya dan mengambil
getah rambutku yang terjatuh tadi dan mengikat rambutku. Tergamam aku
dibuatnya.
“Errr.
Takpe. I boleh buat.” Halangku dan
cuba untuk mengambil getah rambutku balik namun dia menghalang.
“It’s okay. Biar I tolong you.” Balasnya
dan mengikat rambutku. Dia ni. Pelik betul hari ni. Ada makan ubat apa entah.
Mata-mata nurse dan doctor yang lalu dia tak kisah pun.
Aduhai. Aku pula yang malu bila dengan selamba dia ikatkan rambutku. Kemas pula
tu.
“Okay done! Cantik!” Pujinya dan memandangku
dengan senyuman lebar. Aku tersenyum kelat sahaja.
“Err. I nak minta tolong sesuatu dengan you boleh?” Soalku padanya. Dia kerutkan
dahi.
“Sure. What is it?” Soalnya kepadaku.
“Hurm.
Boleh tak jangan baik sangat dengan I?
Rasa lainlah. Rasa bukan you….” Jujurku padanya dan dia tersenyum.
“I…”
“Doc.” Belum sempat dia menyudahkan
kata-katanya seorang lelaki memakai baju mekanik memanggilnya. Dia menoleh dan
berbual dengan lelaki tadi. Keretaku didekati dan entah apa yang mereka bualkan
sambil tangan mekanik tadi menari-nari di enjin keretaku.
Aku
mengeluh dan bersandar di pintu keretaku. Bilalah semua ni nak berakhir?
Huhuhu.
“Ambil
barang-barang you. I hantar you balik. Mereka terpaksa tarik kereta you ke bengkel.” Jelas Dr. Qadri. Aku
kerutkan dahi.
“Eh. It’s okay. I boleh call teksi.” Jelasku
padanya cepat. Tanpa memperdulikan kata-kataku dia membuka pintu Camryku dan
mengambil handbagku.
“Jom!”
Katanya dan menarik tanganku agar masuk ke Lambhorgini rona hitamnya tanpa
sempat aku membalas.
“Kunci ada
di dalam kereta.” Katanya kepada mekanik tadi sebelum membukakan pintu dan
menolakku masuk ke dalam Lambhorghininya. Tubuhnya didekatkan kepadaku dan
menarikkan tali pinggang keselamatan buatku. Aku mengalihkan pandanganku ke arah
lain ketika Dr.Qadri sedang memakaikan tali pinggang keselamatan tersebut ke
tubuhku. Mana tak alihkan beb! Kalau dah dia siap renung aku sambil pasangkan
tali pinggang keselamatan tu. Ingat aku ni patung?! Takde rasa malu dan segan
agaknya. Kenapa? Kenapa dengan lelaki ini? Sikapnya begitu beza sekali pada
hari ini. Pelik ya amat!
“Kenapa you diam je sejak tadi? Sakit ke?” Soalnya
padaku. Aku menoleh memandangnya di sisi yang sedang memandu. Dahiku kerutkan.
“You ni peliklah…” Balasku padanya. dia
menoleh memandangku sekejap dan kembali memandang ke depan.
“Apa yang
peliknya?” Soalnya hairan.
“First, Dr.Qadri yang I kenal tak pernah senyum but hari ni you senyum. Second, Dr.Qadri
yang I kenal tak pernah ketawa but hari ni you ketawa. Third,
Dr.Qadri yang I kenal tak pernah nak
cuba berbual dengan I but hari ni you berbual dengan I. Forth…” Belumpun aku habis menyudahkan kata-kataku. Dr.Qadri memotong.
“Okay stops it dear. Let me answer it for
you. First, I memang tak pernah nak senyum sebab there’s no reason to me to smile. Second, I tak pernah ketawa kerana I
rasa takde yang lucunya nak membuatkan I
ketawa. Third, I tak cuba nak berbual
dengan you sebab you sendiri tak pernah nak cuba ajak I berbual. So? Why should I?”
Jelasnya satu persatu kepadaku. Aku terdiam. Err. Betullah tu kot. Aku juga
yang terkena balik. Jawabnya aku diamkan diri sajalah. Nak bercakap pun pasti
aku kan kalah juga.
“You kata ‘Dr.Qadri yang you kenal’. Actually, you tak pernah
kenal I dan tak pernah nak cuba kenal
I. That’s why you kata I macam tu. Kalau you kenal dengan I pasti you takkan kata I macam tu. I’m sure.
Bila you dah kenal dengan I pasti you akan tahu siapa diri I
sebenarnya. There are many things in life that will catch your eye, but only a few
will catch your heart...pursue those…” Katanya perlahan dan memandang ke depan.
“Every closed eye is not
sleeping, and every open eye is not seeing.” Balasku padanya. Aku hanya bercakap berdasarkan apa
yang aku nampak saja. Mata. Kadang-kadang mata juga pandai menipu.
“Yes. That’s why
sometimes we should see with heart. Not just with our eyes. Because sometimes
eyes will lie to us….” Balasnya kepadaku. Aku mengeluh. Huh! Dah melalut
dah cerita kami. Diam sajalah Thia….
“Fine… you win.”
Balasku malas. Dia tergelak kecil.
“It’s not about win
or loses dear. Tetapi sebab cara you
describe diri I. I know, banyak doctor and nurse at hospital feel me weirdo. But I’m not. I’m normal. Is it weird if I didn’t smile and laugh? I don’t
think so Dr.Thia.” Balasnya kepadaku. Aku mengetap bibir diam. Hei! Spontan
aku memusingkan tubuh memandangnya.
“You ni kalau
diam. Bapak diam. Tapi kalau dah
bercakap. Huh ! Nak je I tutup mulut you tu dengan gam!” Marahku padanya. Dia
tergelak.
“Okay! That’s my Thia.” Balasnya padaku dengan tawa yang
masih bersisa. That’s my Thia? Apa
maksudnya?.......
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AKU mengambil
macaroni yang sedang disejukkan di
atas meja oleh Ibu. Macaroni. Aduh. Favorite aku tu babe! Macaroni dimasukkan
ke dalam mulut dan bibirku mengukirkan senyuman sejurus macaroni tersebut berada di dalam mulutku.
“Sampai
bila anak ibu nak membujang ni? Along dengan Ucu pun dah kahwin. Angah jelah
yang tinggal ngah. Umur dah semakin meningkat. Nanti bila dah berusia dah tak
laku ngah. Sementara masih muda dan cantik ni. Cepat-cepatlah cari calon suami
buat angah.” Soal ibu kepadaku dan meletakkan macaroni yang sudah sejuk ke atas pinggan kaca. Aku mengetap bibir.
Dengan ibu memang selalu aku akan menjadi mangsa pertanyaan soalan-soalan
seperti itu. Bila nak kahwin? Huh. Mentang-mentanglah abang long dan ucu iaitu
adik perempuanku sudah mendirikan rumah tangga. Aku pula yang kini menjadi
mangsa. Apa salah ke tak kahwin?
“Ibu
ni… Asyik soal angah soalan macam tu je. Ibu nak halau angah ke? Dah bosan
tengok muka angah?” Soalku berjauh hati pada ibu. Ibu menghentikan kerjanya dan
memandangku. Kepalanya digelengkan.
“Budak
ni. Bukan itulah maksud ibu sayang. Ada pula fikir macam tu. Ibu ni dah tua.
Bila-bila masa saja akan pergi. Ibu tak nak nanti pabila ibu dipanggil
oleh-NYA. Angah pula tinggal bersendirian. Along dan ucu masing-masing punya
keluarga baru yang boleh menjaga mereka. Angah?” Balas Ibu kepadaku. Aku
terdiam.
“Dahlah.
Tak nak discuss tentang tu. Tak nak
dengar lagi ibu cakap tentang pergi-pergi segala. Angah tak nak dengar. Ibu
sabarlah. Kalau dah jodoh angah. Angah akan kahwin juga.” Balasku pada ibu dan
menyedapkan hatinya. Huhu. Now, aku
faham apa perasaan Dila. Kenapa dia desperate
sangat nak berkahwin. Hahaha.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
HARI ini
sekali lagi aku mendapat jambangan bunga lily dari orang yang masih aku tidak
ketahui. Nafas dihelakan. Bunga dan kad
yang berada di atas meja kerjaku aku renung. Siapa agaknya pengirim rahsia itu?
Kenapa dia begitu rajin menghabiskan duitnya demiku?
Aku
berdiri dan membawa jambangan bunga tersebut keluar. Menuju ke counter dan mencari Kak Mai. Setiba di counter kelihatan Kak Mai di situ. Aku
meletakkan jambangan bunga di atas meja counter
dan memandang Kak Mai yang tersenyum-senyum memandangku. Keningnya dinaikkan.
“Dapat
bunga lagi?” Soal Kak Mai dan tersenyum.
“A’ah.
Hurm. Kak Mai rasa siapa eh yang bagi bunga ni pada syaa?” Soalku pada Kak Mai.
Kak Mai tersenyum.
“Secret admire doc kot.” Balas Kak Mai.
“Tahulah
kak. Tapi siapa?” Soalku balik.
“Entahlah.
Kak Mai pun tak tahu. But why don’t doc tanya
je dengan budak yang hantar bunga tu selalu. Kalau tak pun doc try pergi ke kedai florist
tempat secret admire doc tu beli
bunga ni. Mana tahu mereka kenal siapa yang berikan bunga ni.” Jelas Kak Mai.
Spontan aku tersenyum.
“A’ahlah
Kak Mai. Bijaklah akak ni. Tapi kedai florist
yang mana satu eh?” Soalku balik. Kak Mai tersenyum.
“Dekat
luar hospital ni aje doc. Garden Florist
kan? Dekat luar nilah.” Jelas Kak Mai. Aku anggukkan kepala dan sesuatu sudah
terancang di mindaku.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SEAWAL jam
8 pagi aku sudah berada di dalam Garden
Florist yang berada ngam-ngam di luar hospital tempatku bekerja. Kononnya
aku sengaja nak membeli bunga dan meninjau-ninjau bunga di situ. Jam dikerling.
Lambat lagi ke? Mata aku pun dah bengkak dok tengok pelbagai jenis bunga di
dalam kedai ni.
Ting
tong!
Kedengaran
suara lonceng berbunyi menandakan ada costumer
yang masuk ke dalam kedai. Spontan aku sembunyikan diriku di sebalik pelbagai bunga
di situ. Aku mengerutkan dahi apabila melihat Dr.Qadri sedang berbual dengan
pemilik kedai florist ni. Setelah
Dr.Qadri menyerahkan duit dan sekeping kad kepada pemilik kedai florist tersebut. Dia berlalu pergi.
Dr.Qadri?
Takkanlah… Mamat kayu dan kaku tu? Ish! Takkan. Takkan. Tubuh aku bawa dekat ke
counter dan meletakkan tiga batang
bunga rose merah di atas meja.
Pemilik kedai florist yang sedang
menjaga meja counter kelihatan
terkejut melihatku.
“Eh..
Hi Doctor Thia. Nak gubah?” Sapanya
kepadaku dan tersenyum kelat. Aku tersenyum. Memang pemilik kedai florist ni kenal dengan aku sebab
kadang-kadang aku akan membelikan bunga buat ibu di sini.
“Hi. tak payahlah.” Balasku dan
memandangnya yang sedang membalut bunga kertas. Not duit RM50 aku berikan
kepadanya. Kad berona pink di atas
meja aku kerling dan pemilik kedai florist
itu juga aku jeling. Dengan perlahan aku ambil kad tersebut dan membukanya.
Dear Thia,
Would you believe me if I tell you
that I love you so much?
Actually, I’d prefer it if you
won’t.
Why?
So that I can spend the rest of my
life proving to you how much I do.
Love,
Strangers.
Spontan. Spontan kad yang berada di tanganku terjatuh dan
aku menutup mulutku yang terlopong. Dr.Qadri? Tapi kenapa?
“Eh!”
Pemilik kedai florist tadi terkejut
pabila aku membaca kad tersebut dan cepat-cepat dia menyembunyikannya. Dengan
mata yang berair aku pandang pemilik kedai tersebut yang kini sudah takut-takut
melihatku.
“Dia?
Dr.Qadri right?” Soalku padanya. Dia
terdiam dan akhirnya dia anggukkan kepala. Aku memandang ke atas siling dan
menarik nafas. Bakit duit dan tiga kuntum bunga rose tadi aku ambil.
“Don’t tell him that I know about this.”
Kataku kepada pemilik kedai tersbeut sebelum berlalu pergi.
Dr.Qadri?
Dr.Qadri A.K.A Dr.Cool yang selama ini kaku dan kayu memberiku bunga selama
tiga bulan berturut-turut? Tetapi kenapa? Selama ini aku bagaikan halimunan
saja di hadapannya. Bagaikan susah untukku percaya yang dirinya memberikan aku
bunga dan kad yang berisi ayat-ayat manis dan romantic. Tetapi kenapa?
“Morning doc!” Sapa Kak Mai kepadaku di saat ku lalu di hadapan counter. Ada Dr.Qadri di situ dan sedang
memandang filenya. Seperti biasa dia
kaku dan kayu memandnag filenya.
Tanpa senyuman aku meletakkan bunga rose
yang kubeli tadi kepada kak rose.
“Morning. This is for you.” Balasku
padanya dan meletakkan bunga tadi di atas meja counter. Berkerut dahi Kak Mai melihatku. Dr.Qadri pula spontan
memandangku. Hairan mungkin aku memberikan bunga buat Kak Mai.
“Secret admire doc bagi ke?” Soal Kak Mai hairan namun tangannya mengangkat bunga
tadi dan menghidu bau haruman bunga rose
tersbeut. Aku gelengkan kepala dan mengambil file yang Kak Mai serahkan.
“No.” Balasku pendek dan ingin berlalu
pergi. Namun langkah kakiku terhenti dan aku menoleh memandang Kak Mai.
“Kak
Mai. Jika ada sebarang bunga dan kad yang dihantar untuk saya lagi sila buang
ya. Thanks.” Pesanku pada Kak Mai sebelum
berlalu pergi dan menjeling Dr.Qadri yang memandangku. Keningnya dikerutkan.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
LANGKAH kakiku
terhenti di saat melihat Dr.Qadri yang sedang duduk santai di atas bonet Toyota
Camryku dan memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Matanya
merenungku tajam dan tiada senyuman di bibirnya. Aku mengetap bibir dan
menghelakan nafas berat. Apa lagi yang dia inginkan dariku?
Tanpa
memperduli dan menyapanya aku melimpasi dirinya dan membuka pintu keretaku.
Namun, terasa tanganku ditarik olehnya dan kini saling berhadapan dan
berpandangan. Aku mengangkat wajah memandangnya yang tinggi itu.
“Why you trying to avoid me Thia?”
Soalnya padaku keras. Aku mengerutkan dahi.
“Siapa
kata I cuba nak elakkan diri dari you?” Soalku balik. Dia mendengus dan
merenggangkan necktienya. Rimas
mungkin.
“I yang kata! Everytime when you see me in a few days you’re trying to avoid me!
Bila I di counter you sanggup pusing balik. Bila I di café pula you sanggup menahan lapar dari
terserempak dengan I. Bila kita
terserempak di jalan you sanggup
mengambil other ways just sebab nak elakkan
diri dari I. Why Thia? Why?!” Soalnya kepadaku dan memegang
kedua bahuku. Aku menepis kasar tangannya dan berpeluk tubuh.
“I’m not! Maybe perasaan you je. Selama ni I memang macam tu apa. Yang you
nak kisahkan sangat kenapa? Ada I
susahkan you?” Soalku kepadanya. Dia
merengus.
“Dahlah
Dr.Qadri. I’m tired. I nak balik and having my rest. I minta maaf jika
sikap I menganggu you. Asalamualaikum!” Sambungku dan
ingin masuk ke dalam kereta. Namun perbuatanku terbantut pabila dia memelukku
dari belakang. Dilingkarkan tangannya ke pinggangku. Dipeluk dengan erat sekali
dan dagunya disandarkan di bahuku. Apabila aku menolak dia mengeraskan dirinya.
Terasa berdegup kencang jantungku pabila dia memelukku seperti itu.
“I know. I know yang you dah tahu siapa yang selama ni bagi bunga pada youkan? Yes. I mengaku I memang
pengecut. I mengaku I cintakan you dalam diam. I mengaku
yang I bagi bunga buat you. I mengaku yang selama ni I’m stalking you. It is because I love you Thia… I don’t know when the feeling became
love. But what I know deep inside my heart, have you in there. To love is something I was afraid to do but
there is something different about you. You made me do something I swore not to
do. You made me fall in love with you.” Bisiknya lembut ke telingaku. Ingin
sahaja aku pengsan di situ. He did what?
Love me? Are you kidding me?!
“I’ve to go… But always remember that I’ll
always love you and always do. You think I’m strong? Well, though I seem to be
tough, I’m afraid of one thing. It’s realizing that I’ve lost the person whom I
gather strength from. So don’t ever go. I’m not that strong. Take care babe.
Bye!” Sambungnya dan mencium pipiku sebelum pergi. Aku? Aku kaku di situ
sehinggalah Blackberryku berdering menandakan ada messaga masuk. Muka diraup dan pintu kereta dibuka. Blackberry di
dalam handbag ku capai dan membuka
dari message dari number yang tidak dikenali.
+ Sometimes, it’s hard to find
words to tell you how much you mean to me. A lot of times, I don’t say anything
at all. But I hope someday, you’ll understand, having you is what I live for
-Qad.
-Qad.
Aku
mengeluh dan membenamkan wajahku ke stering kereta. What the day? Apa semua ni? Aku memang tak faham. Rasa macam semua
ni mimpi je….
++++++++++++++++++++++++++++++++++
AKU hanya
diam sepanjang mendengar celoteh Dila mengenai hubungan baru yang dibinanya
dengan Raziq iaitu salah satu doctor
yang aku kenalkan kepadanya. Menjadi juga mereka berdua. Memang cupid betullah
aku ni. Aku? huh! Macam ni juga. Sedih betul.
Teringat
kembali luahan perasaan Dr.Qadri kepadaku. Betul ke? Dah seminggu aku ambil emergency leave. Seminggu jugalah Blackberry
aku tak pernah sunyi dengan panggilan dan message
dari dia. Sehingga kini aku masih tak faham, adakah dia serius dengan aku
ataupun sengaja nak mainkan aku? Tetapi kenapa setiap hari aku pasti menunggu message dan panggilan darinya? Huh!
Bingung!
“Hei babe! Kau dengar tak apa yang aku
cerita ni? Mengelamun je sejak tadi! Penat tau mulut aku ni bercakap itu ini
sejak tadi.” Sergah Dila kepadaku. Aku tersentak dan memandangnya. Bibir
diketap.
“Apa?”
Soalku padanya blur. Dila mengeluh dan gelengkan kepalanya.
“Kau
ni kenapa?” Soalnya padaku.
“Kenapa
apa? Aku okay je kot!” Balasku padanya.
Dia mencebik.
“Kau
ni mengadalah babe! Pening kepala aku
fikirkan.” Balas Dila. Aku mengeluh dan benamkan mukaku ke meja.
“Eh!
Tu bukan Dr.Qad ke?” Soal Dila dan memandang ke pintu café. Spontan aku mengangkat wajahku dan memandnag ke pintu masuk café. Kelihatan Dr.Qadri dan seorang
perempuan sedang berpimpin tangan masuk ke dalam café. Terbeliak mataku dibuatnya.
“Dia
dengan siapa tu babe?” Soal Dila hairan.
Spontan kembali benamkan wajaku ke meja. Aduh duh! Kenapa hati aku ni sakit
semacam?
“Babe? Kau okay ke ni?” Soal Dila kepadaku
cemas. Aku gelengkan kepala.
“Dada
aku sakitlah babe.” Balasku padanya.
“Eh.
Ye ke? Jom. Jom. Kita balik! Kang melarat pula sakit kau tu.” Balas Dila cemas
dan berdiri. Handbagku di pegang dan
dia membantuku berdiri. Huh! Rasa blur. Rasa kosong. Rasa macam-macam. Rasa sakit.
Rasa kecewa. KENAPA????
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
AKU menapak
mendekati counter, namun berpaling
cepat pabila ada Dr.Qadri di situ. Aduh. Entah kenapa sejak melihat dia dengan
perempuan tempoh hari aku rasa sakit hati dan marah dengan dirinya. Terasa diri
dipermainkan.
“Dr.Thia?”
Panggil suara garau di belakangku. Aku cepat-cepat melangkah kerana aku tahu
dia sudah perasankan diriku.
“Thia
please!” Jeritnya dan menarik
tanganku agar berhenti melangkah. Tubuhku di pusingkan agar menghadapnya. Aku
menepis tangannya yang berada di lenganku.
“Lepaslah!”
Balasku geram dan menepis tangannya.
“I tak akan lepaskan you selagi you tak bagi
tahu pada I kenapa you cuba nak elakkan diri dari I? Apa lagi yang tak kena ni? I thought we’re okay.” Balasnya padaku.
“Sejak
bila kita okay? Yang you nak
jerit-jerit dan pegang-pegang I ni
kenapa? Nak satu hospital ni tahu tenatang kita?” Soalku geram.
“Biar!
Biar satu hospital tahu tentang kita. Kenapa? You ada masalah dengan tu?” Soalnya padaku. Aku merengus dan
kembali cuba menarik tanganku namun tidak dapat.
“Apa
masalah you ni?!” Soalku geram. Dia
tergelak sinis.
“Masalah
I? Masalah I adalah you! Why are you
trying to avoid me?” Balasnya. Aku mengeluh.
“Apa
lagi you nak dari I?! Dah ada teman wanita masih nak
mengatal dengan perempuan lain!” Sindirku sinis padanya. Berubah wajahnya saat
itu. Keningnya dikerutkan.
“What
you say just now? I? Ada teman wanita. Betullah tu..” Balasnya dan tersengih.
Kini, aku pula kerutkan dahi. Erk! Happy
semacam.
“Dah
tu pegang tangan I ni kenapa? Nak
ganggu I ni kenapa? Tak sedar lagi
yang diri tu dah ada girlfriend?” Sindirku
lagi dan cuba merungkaikan pergelengan tanganku darinya. Namun dia tetap memegang
erat tanganku. Mata-mata nurse dan doctor yang lalu pun tidak dihiraukan.
“Because you’re my girlfriend.” Balasnya
dan kenyitkan matanya. Aku terlopong.
“Gila!”
Balasku. Dia tersenyum dan anggukkan kepalanya.
“I gilakan you…” Balasnya kepadaku.
“Boleh
tak jangan mainkan perasaan I? You ingat
I ni apa?! You ingat I tak nampak you dating
dengan girlfriend you beberapa hari
yang lalu?!” Marahku. Dia kerutkan dahi.
“Hei!
Hei! Bila masa pula ni? Dating?” Soalnya
hairan. Aku mencebik. Lelaki. Kalau dah red
caught tu. Hurm.
“Hahahaha.
Did you mean Qarisya?” Soalnya padaku
dan tergelak. Aku mengetap bibir. Wah. Happy
betul sebut nama girlfriend dia tu.
“Entah!
Manalah I tahu!” Jelasku padanya. Dia tergelak dan mengambil Iphone di
dalam kocek seluarnya. Iphone dikeluarkan dan mendail seseorang. Sambil berbual
dia tersenyum-senyum memandangku.
“Nah!
GIRLFRIEND I nak bercakap dengan you.” Jelasnya padaku dan menyerahkan Iphone
kepadaku.
“Tak
nak!” Balasku geram. Ada ke patut bagi aku dan girlfriend dia berbual.
“Cepat!
Kalau tak I jerit satu hospital ni
yang I sukakan you.” Ugutnya padaku. Aku mencerlung tajam padanya dan mengambil Iphone
tadi. Tersenyum lebar dia dibuatnya. Dia ni gila!
“Hello?” Sapa suara lembut kepadaku.
“Err.
Hello?” Balasku balik dan
memandnagnya di sisi.
“Dr.Thia
ya? I’m Qariesya.” Balasnya. Aku
mengigit bibir.
“A’ah.
I’m Dr.Thia.” Balasku padanya.
“I’m Qadri sister. He told me you want to speak with me.” Balasnya padaku dan
spontan tanganku mencubit perut Dr.Qadri. Gila! Bila masa!
“Err?
A’ah. I just want to say hi.” Balasku
padanya.
“Hi dear. I’m glad that I can speak with Qadri
love one. He’s always told me about you.” Jelasnya padaku. Aku terdiam dan
memandang Dr.Qadri di hadapanku. Dia tersenyum dan menaikkan keningnya.
“Ye
ke?” Soalku tak percaya.
“Trust me. Telinga I dah bernanah dengar nama you.”
Balas Qariesya dan aku tergelak. Sebegitu sekali?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
8 TAHUN KEMUDIAN….
AKU tersenyum
memandang dua orang kanak-kanak kembar yang sedang berlari mendapatkan aku yang
sedang duduk di tepi kolam. Perut yang memboyotku usap. Di dalam beberapa bulan
lagi anak ketiga dan keempatku akan lahir. Dua kali beranak aku dapat dua kali
kembar sekaligus. Tersenyum aku dibuatnya. Tak sangka yang keluarga suamiku
mempunyai genetic kembar.
“Mummy! Mummy!” Jerit anak daraku yang
bernama Thalia Qadriesya dan memelukku. Thalia Qadriesya yang sudah berumur
tujuh tahun itu benar-benar comel. Aku tergelak dan mengucup ubun-ubunnya.
“Anak
mummy dari mana ni?” Soalku
kepadanya. Dia tergelak.
“Kakak
ikut daddy and abang long too
playground. You want know something? Kakak bantu Darry pikat kucing betina
tadi. Hehehe.” Balas bibir comel Thalia Qadriesya kepadaku. Tergelak aku
dibuatnya.
“Hei! It’s me okay! Abang long yang kenenkan
Darry with that cat! Kan daddy?” Sampuk si anak terunaku pula
yang bernama Thedri Qadrish. Ya. Aku mendapat anak kembar lelaki dan perempuan.
Alhamdulilah. Keduanya benar-benar
sempurnakan hidupku dan suami.
“Okay. I know why our children behave like
this. It is because; their mummy was miss cupid before.” Sakat suamiku pula
dan memelukku dari belakang. Tergelak aku dibuatnya.
“Hei!
Jahatlah daddy ni.” Marahku padanya. Dia
tergelak dan mencium pipiku. Pelukan di tubuhku dieratkan. Thalia Qadriesya dan
Thedriey Qadrish yang sedang bekerjaran di taman dipandang.
“I love you sayang… I love you so much Thia. Thanks
for give me this lovely family.” Bisik suamiku ke cuping telingaku. Perutku
yang membonyot diusap. Aku tergelak.
“I love you too sayang. I love you so much Qadri. And thanks for loves me till today…”
Balasku padanya dan menoleh memandangnya. Kedua tanganku melingkar di lehernya.
Dr.Qadri Syah. Ya, lelaki yang kayu dan kaku dulu adalah suamiku kini.
There
are many things in life that will catch your eye, but only a few will catch
your heart...pursue those…
Sehingga kini aku masih ingat kata-kata itu. Lelaki yang kaku dan kayu itu kini
sudah menjadi suamiku yang sah. Sudah lapan tahu kami mendirikan rumah tangga.
Selama lapan tahun jugalah aku semakin cinta. Cinta dan cinta padanya. Di sebalik kekakuan dan kekayuannya
tersembunyi sikap romantis dan penyayangnya. Sebagai seorang wanita yang bergelar
isteri pada Dr.Qadri Syah, jujur aku katakan aku benar-benar bahagia berada di
sisinya.
‘Would you believe me if I tell you
that I love you so much?Actually, I’d prefer it if you won’t.Why?So that I can
spend the rest of my life proving to you how much I do.’
Kata-kata itu sehingga kini masih suamiku pegang. Sehari
demi sehari dia selalu mencuba untuk mengambil hatiku dan cuba untuk membuatku
jatuh hati padanya. Keputusanku untuk menerima lamarannya dan bercinta
dengannya selepas berkahwin benar-benar membahagiakan aku. Pergaduhan kecil di
antara kami memang pernah terjadi. Namun, selalunya dia yang akan beralah dan
setiap kali marah dia lebih suka mendiamkan dirinya. Setelah hatinya tenang
barulah aku didekati dan memelukku. Sikapnya itu yang membuatkan aku semakin
sayangkan dirinya. Bagiku, itulah asam garam perkahwinan.
“Sayang…
If people would ask me if you’re good, I’d
say you’re not. If they would ask me if you’re better, I’d say you’re not. The
reason? Cause why would I say you’re good or better when you’re the best I’ve
ever had?I love you so much dear.” Bisiknya lembut dan mencium bibirku. Aku
menutup mata perlahan demi perlahan dan membalas ciumannya.
Ya
Allah swt. Aku mohon padamu. Berikanlah rumah tangga dan keluargaku kebahagiaan
dan kuatkanlah cinta kami Ya Allah Swt… Kuatkan iman kami dalam mendidik cahaya
mata kami agar dapat menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin ya rabil alamin~
Aku?
Miss Cupid? Ianya hanya gelaran
padaku sahaja. Di dalam soal Jodoh dan Cinta tiada istilah cupid ataupun match marker.
Ianya datang dari diri kita sendiri. Setiap jodoh dan pertemuan sudah
ditakdirkan oleh-NYA. Kita sebagai umat-NYA berdoalah agar dapat ditemukan
dengan pasangan hidup yang soleh dan solehah. Mencintai kita seadanya. In Shaa Allah. Di mana ada jodoh di situ
ada cinta J
“I
choose to love you in silence for in silence I find no rejection. I choose to
love you in loneliness for in loneliness no one owns you but me. I choose to
adore you from a distance for distance will shield me from pain. I choose to
kiss you in the wind for the wind is gentler than my lips. I choose to hold you
in my dreams for in my dreams, you have no end.”
Qadri Syah….
Qadri Syah….
THE END
**********************************
Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Lades J
How
was the story?
Hahahaha. I was writing this story about
two and half hours ago J
Keboringan melanda diriku dan membuatkan aku mencoretkan sesuatu di blog ini.
Hahaha. Layan Terusssss~
Saya
Ratu Adriana Nadine, ingin meminta maaf sekiranya ada kesalahan bagi ejaan,
ayat dan perkataan. Juga selain itu saya ingin meminta maaf sekiranya ada yang
terover,terlebih dan terkeluar dari piawaian pemikiran dan ideology orang kita.
Maafkan saya J Aku membuat cerpen ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. So,
kita baca and chill sudeehhhh~ J ignore
the negative and take the positive ladies! Peace yawww!
About this cerpen, I don’t know actually nak describekan
macam mana. I was thinking about cupid
actually. Dengar ceritanya dia menjodoh dan mematch makerkan pasangan yang
bercinta hendaknya. Sweet right? Then, tetiba pula idea tu datang dan aku mulalah
mencarut dan melalut! Hahahha! Makanya! Maafkan saya si non di atas kebosanan
yang melanda di situ. Peace! J
Thanks for those yang dropping by and leave ur comment J
Saya amat menghargainya. Tolong. Tolong dan Tolong memberikan comment bagi
cerpen ini. J Boleh ya J Love
u!
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ!
Till
then,
Sincerely,

bonne nuit!!!! =) Bravo bravo son merveilleux!!! .dear just wondering what time wak akan post chapter 25?eheh eden tak sabo nak baco!!!anyway your work is fantastique.Saya nak hubby serupa daniel henny siapa boleh carik kan??eheheh.merci.
ReplyDeleteHola dear =)
Deletehehe i'll post ACK 25 lil bit late dear. =)
blm edit lae hehe =P hwaiting ya sayang
eden pun xsabo nak update! hehe
hahahaha waghhh! xnk tlg crikan sbb sy pn nak! hahaha =P
Thanks for dropping by and leave ur comment =)
WOW!!!! LIKE3!!!!
ReplyDeleteBEST...BEST..BEST!!!!
suma cerpen kak ratu..sumanyer best2!!!
nak cerpen lagi!!! muahahaha!!!
hwaiting ur next cerpen!!!!!
^__^___^___^___^
HI lylea =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehehe thanks sygs~
hehe in shaa allah
doakan sys ukeh =)
hwaiting~
=) ... ^___< ...
Deleteu r wc.... (。◕‿◕❤)... *buatmukecomey* muahaha!!!
insyallah!!!
kak ratu wat banyak2 cerpen ya
ReplyDeletei like that
waahh... sweet cite ni!! nina suka! ^^, berangan2 kejap nina bace cerpen ni. buat lagi yeee. buat bnyk2.. ;)
ReplyDeletea good one..keep it up girl
ReplyDeletebest..best..ni baru la matured sket, nak lg cite cm ni bole? pleaseeeee...(tahap gaban ni merayu..hahaha) xle da nk minta mr hubby cm2..huhu hubby yg ada ni pun ok...waaaa (walaupun xde mantik2)
ReplyDeleteNIce story..keep going girl...
ReplyDeletenice story ......I love doc qadri"s character actually ...how romantic he is.i love him so much too..hehehe ..sooo sweet.gud job lady
ReplyDelete