Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 2 June 2012

AKU CINTA KAMU BAB 36






























AKU CINTA KAMU BAB 36







AKU mengeluh dan mengembungkan pipiku. Tubuhku dibaringkan di sofa moden rona kelabu  yang berada di living room tingkat dua banglo papa. Kakiku dijeling. Daguku diketuk. Agak tidak selesa dengan kaki berbalut seperti itu. Memaksa diriku memakai short pants dan skirt. Lagi sebulan lebih barulah simen ini akan dibukakan. Itu kata Dr.Ronald. Setahu aku kes patah kaki kebanyakannya mengambil masa yang lama untuk sembuh. Tapi itu kes patah beratlah. Aku ni ringan saja. Patah sedikit di bahagian betis. Kalau nak kata ianya retak pun kira macam tulah juga. Tapi sakit oh! Huhuhu.


            “Huh!!!” Aku mengeluh lagi.


            “Bosannnnn!!!!” Rungutku dan memejamkan mata. Hari ini, hanya di awal pagi tadi aku berpeluang berjumpa dengan Tengku Ezkandar Heidi. Itupun Cuma sekejap. Tengku Ezkandar Heidi datang dan memastikan aku bangun, makan ubat dan minum susu. Katanya bagus untuk kesihatan tulang kakku. Kalsium kononnya. Setelah itu, dia terpaksa bergegas ke office. Ada meeting katanya. Aku tak larang. Lagipun aku faham keadaan dia. Tapi tulah…. Aku pula yang mati kutu sekarang ni. Erk! Mati kutu? Macam mana mati kutu? Adakah seperti kutu yang mati terkapar-kapar? Hahaha. Doi! Lawak sungguh! Otak pun dah ikut toing-toing.


            Hurm… Terasa kosong bila si dia tak ada di sisi. Beberapa hari ni dia selalu berada di sisiku. Pabila di dalam situasi seperti ini. Hurm…… Aku rindu. Aku bosan. Aku nak menangis!!! Huwarhhh~ Huhuhu.


            “Haiyarkkk!!! Bosan!!!!” Rungutku lagi dan menutup wajahku dengan bantal kecil sofa.



            Kring!



            Kring!



            Kring!


            “Huh?” Gumamku dan spontan aku menarik bantal dari menutup wajahku. Iphone yang berada di atas meja dijeling. Haila. Asal kau jauh sangat hah? Cikabeng betul!.


            “Hah!” Keluhku lagi. Astagfirullah’alazim. Entah berapa kali aku mengeluh. Hampeh betul. Tubuhku didudukkan dan Iphone di capai.


            “Hubby!” Jeritku gembira setelah melihat nama si pemanggil. Tersenyum riang aku dibuatnya.


            “Asalamu…”


            “Hubby! Baby rindu!!!!” Sapaku teruja padanya. Kedengaran suaranya tergelak kecil.


            “Hei… Sayangggg hubby. Tak baik tau potong salam hubby…” Tegur Tengku Ezkandar Heidi lembut kepadaku. Haiyark! Kena sebiji dekat hidung aku yang mancung ni. Kepala digaru.


            “Err. Sorry….” Balasku perlahan. Malu sebenarnya ditegur begitu. Huhu.


            “It’s okay sayang. Hubby faham. Hubby pun rindukan baby…. Oh ya, before that. Asalamualaikum wbt sayang…” Balas Tengku Ezkandar Heidi lembut. Aku tersenyum kecil. Lelaki ini tidak pernah memarahiku. Selalu berlembut.


            “Walaikumsalam wbt awak…” Balasku padanya. Dia tergelak.


            “What do you doing right now?” Soalnya kepadaku. Aku mengeluh.


            “Tak ada buat apa. Bosan…. Tahap gaban pula tu… Bila awak nak balik?” Balasku.


            “Two an half hour like that. Ada kerja sikit sayang.” Jelasnya. Aku mengetap bibir. Setengah jam lagi? Huh. Lama tu!


            “Errr. Okay then.” Balasku .


            “Kenapa ni? Tak suka ya?” Soalnya lembut. Aku mengeluh. Haih! Mengeluh lagi gamaknya.


            “Takdelah. Cuma saya bosanlah… Awak takde.” Balasku jujur. Dia tergelak kecil.


            “Rindu?” Soalnya.


            “Rindu…” Balasku dengan senyuman kecil.


            “Okay good. Kalau rindu I ada sesuatu sediakan untuk you. My surprise tu mungkin sedang di dalam perjalanan nak ke rumah you. Get ready sayang…” Balas tengku Ezkandar Heidi kepadaku. Aku terdiam. Erk! Surpise apa pula ni? Mengada. Pizza hut delivery ke? Hahahhaha.


            “Erk! Apa?” Soalku. Dia tergelak kecil.


            “Don’t worry. Kejutan yang I buat takkan makan you. I’m sure you lovin’t it. Okaylah sayang. I’ve to continue my work. Jumpa malam ni…Love you sayang. Bye.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mematikan panggilan. Aku tercengang sendiri dan memandang Iphone di tangan. Erk! Asal mamat ni?


            “Trish?” Panggil mummy kepadaku. Wahh. Mummy? Hehe. Ya mummy. Dah takde auntie Merissa lagi J Hehe.


            “Ya My?” Soalku padanya dan memandang mummy yang duduk di sisiku.


            “Kenapa ni? Muka cemberut je.” Soal Mummy dan mengusap rambutku. Aku tersengih. Ketara sangat ke?


            “Takdelah mummy. Ni hah Que Ez ni. Katanya nak buat surprise. Entah surprise apa entah.” Jelasku padanya. Mummy tersenyum.


            “Adalah tu. Que Ez tu sejak kecil memang suka buat surprise. Suka buat orang tergamam dengan surprise dia.” Jelas mummy dan tersenyum. Aku tersenyum kecil memandang mummy.


            “Ye ke my?” Soalku tak percaya. Patutlah suka buat surprise. Hehe.


            “Ye sayang. Hubby Trish tu pernah buat surprise birthday buat mummy time kat oversee dulu. Satu hari tu dia buat-buat lupa birthday mummy. Wish pun tak. Rupanya dia dah rancangkan satu birthday party buat mummy di sebelah malam. Siap call parents dia dan Que Sha datang dari jauh. Terkejut dan terharu sangat mummy masa tu.” Jelas mummy. Aku tersenyum. Comelnya dia.


            “Sweetnya dia. Selalu macam tu suka buat orang happy..” Balasku. Memang dia begitu. Selama ini setiap kejutan yang buatkan untukku selalu membuatkan aku gembira. Terbayang kembali setiap kejutan yang Tengku Ezkandar Heidi buatkan untukku dan kejutan yang aku paling suka adalah ketika dia membawaku bercuti di resort milik keluarganya.


            “Que Ez memang macam tu sayang. Bila dia dah sayangkan orang tu dia sanggup buat apa sahaja demi orang tu asalkan orang kesayangan dia happy. Que Ez susah nak sayangkan orang. Tapi, bila dia dah sayang. Dia akan sayang berhabis boleh dan akan menghargai orang tu. Triesya bertuah sangat sayang… Mummy suka sangat kalau Que Ez dan trish berkahwin…” Ucap mummy kepadaku. Aku tersenyum dan baringkan kepalaku di bahu mummy.


            “Mummy dan papa tak kisah ke Que Ez jadi menantu mummy dan papa?” Soalku lembut. Mummy menjeling memandangku penuh makna.


            “Apa pula kata macam tu? Mestilah tak kisah. Mummy dan papa suka sangat.” Balas mummy. Aku tersenyum.


            “Eeee. Sayang mummy!” Balasku teruja dan memeluk mummy. Mummy tergelak.


            “Amboi! Orang tu dah angau sangat dah dengan Que Ez dia.” Sakat mummy. Aku tergelak. Angau sangat dah ni my…


            “Oh ya. Sayang. Malam ni mummy dan papa ada dinner dengan client.” Jelas mummy. Aku mengangkat wajahku memandang mummy.


            “Habis Trish?” Soalku hampa.


            “Trish…”


            “Hello!” Sapa Tengku Erissa Hani dan Ben kepada kami berdua. Spontan aku duduk tegak. Erk! Asal dua ekor ni? Siap bawa set alat make up dan dress bagai.


            “Hello. Erk. apa tu?” soalku hairan. Kedua saling berpandangan dan tersenyum.


            “Dress lah nok! Takkan dah lupa juga kot?” Soal Ben hairan. Aku mencebik. Dia ni! Aku tahulah! Aku Cuma hairan je.


            “Tahulah! Tapi nak buat apa?” Soalku hairan. Ben dan Tengku Erissa Hani tersenyum kecil.


            “Nah! Abang bagi…” Sampuk Tengku Erissa Hani dan menyerahakn sebuah kad kepadaku. Aku menyambutnya dan membaca kad tersebut. Tergamam aku dibuatnya.



            “Apa tu sayang?” Soal mummy. Aku menyerahkan kad tersebut pada mummy.


            “My dear, Triesya. You’re invited to having a romantic candle light dinner with me by 0800 pm. See you later sayang. Love you. Sincerely, TEH.” Baca mummy.


            “Okay now! Get ready girl!” Sampuk Ben dan menarikku agar berdiri dan aku mengikut saja.






****AKU CINTA KAMU******






TENGKU EZKANDAR HEIDI menanti penuh sabar di living room. Sejak tadi matanya asyik mengerling jam tangannya. Terasa begitu berdebar sekali menanti si dia yang tengah bersiap. Baju kot serba hitamnya dan dipadankan dengan kemeaja long sleeve rona merahnya dibetulkan. Entah kenapa dia begitu berdebar-debar sekali mala mini.


            “Ehem!” Dehemnya dan membetulkan rambutnya. Aduhai. Seram sejuk tubuhnya saat itu. Begitu berdebar sekali.


            “Abang…” Panggil Tengku Erissa Hani dan Tengku Ezkandar Heidi berpaling.


            “Tada!” Jerit Tengku Erissa Hani dan Ben teruja menujukkan Triesya di belakang mereka.




            “Wow!” Ucap Tengku Ezkandar Heidi tanpa sedar. Tergamam apabila memandang si dia yang cantik dan seksi memakai evening gown rona merah. Terdapat belahan jadi dari paras peha hinggalah ke buku lali. Nampak cantik sekali. Rona meraah amat sepadan sekali dengan warna kulit Triesya. Memang salutelah dengan Ben.


            “Baby?” Soal Tengku Ezkandar Heidi tidak percaya. Triesya yang sedang berpaut pada Ben tersenyum kecil. Tidak menyangka sebegitu sekali penerimaan Tengku Ezkandar Heidi. Nampak terkejut habis! Haha.      


            “Yes sayang…” Balas Triesya dan memberikan senyuman manis pada Tengku Ezkandar Heidi.


            “Ehem! Tengku. Kalau ya pun coverlah terpukau tu.” Sindir Ben dan tergelak. Spontan Tengku Ezkandar Heidi kembali berdehem dan membetulkan kot ditubuhnya. Terasa malu pabila disindir sebegitu sekali. Lebih-lebih lagi pabila melihat adiknya dan Ben tergelak sakan. Si dia pula tersenyum manis.
           


            ‘Aduhai. Kalau macam ni malam ni juga aku nak kahwin…’ Desis hati Tengku Ezkandar Heidi Nakal.


            “Errr. Oh ya. This is for my beautiful lady…” Balas Tengku Ezkandar Heidi tersedar. Dia membongkokkan tubuhnya sedikit dan menyerahkan bounquet bunga lily rona putih kepada Triesya. Kegemarannya sejak dulu. Takut jika gadis itu tidak suka. Triesya menyambutnya dengan senyuman manis. Bunga lily. Kegemrana Tengku Ezkandar Heidi dan kini menjadi kegemarannya juga.




            “Thank you…” Ucap Triesya lembut.


Anything for my lady…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengeyitkan matanya. Ben dan Tengku Erissa Hani saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.


Okay then. Better you make a move now. Enjoy your candle light dinner dear.” Sampuk Ben dan menyerahkan jemari Triesya pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi sambut dan kini Triesya berdiri di sisinya. Keadaan Triesya yang masih memerlukan tongkat untuk berjalan membuatkan dia terpaksa memeluk lengan Tengku Ezkandar Heidi dan meminta sokongan dari lelaki itu untuk berdiri.


            “Shall we?” Bisik Tengku Ezkndar Heidi lembut di telinga Triesya dan merenung jauh ke dalam anak mata gadis itu. Triesya tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Hah!” Terjerit kecil Triesya pabila Tengku Ezkandar Heidi dengan selambanya lelaki itu mencempungnya. Dengan spontan kedua-dua tangan Triesya melingkar di leher Tengku Ezkandar Heidi.


            “Awak!” Jerit Triesya geram dan memukul bahu Tengku Ezkandar Heidi. Hampir melayang jantungnya pabila dengan selamba lelaki itu membuat seperti itu. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum manis.


            “I kasihankan you. Penat nak berjalan. So I’ll make it easy dear…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan mengeyitkan matanya. Triesya tersenyum dan mengeratkan lingkaran tangannya pada leher Tengku Ezkandar Heidi.






***AKU CINTA KAMU*****






TRIESYA mengerutkan dahinya memandang sekeliling kawasan tersebut. Tengku Ezkandar Heidi dipandang. Keningnya dikerutkan. Pening dia dibuatnya. Entah apa si dia tengah rancangkan saat ini.


            “Hubby?” Panggil Triesya lembut. Tengku Ezkandar Heidi memandnag Triesya yang masih di dalam cempungannya dan menaikkan keningnya.


            “Yes sayang?” Jawabnya.


            “Apa kita buat kat sini” Soal Triesya hairan. Kata tadi nak candle light dinner segala. Ingatkan kat hotel 5 star milik keluarga lelaki itu. Rupanya di sini?


            “Tepi tasik belakang rumah papa ni? Apa kes?” Soal Triesya lagi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Pipi putih dan mulus Triesya dicium kejap. Rasa geram.


            “Why? Tak suka ke?” Duga Tengku Ezknadar Heidi nakal. Triesya mengembungkan pipinya.


            “Penat je dressing cantik-cantik macam ni. Nak tengok tasik yang gelap ni je ke?” Rungut Triesya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.


            “Siapa kata gelap?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lagi. Triesya mengerutkan keningnya. Agak-agaklah keadaan tasik buatan di belakang rumah papanya itu benar-benar gelap saat ini. Selalunya terang berderang je. Tak tahu pula hari ni gelap semacam.


            “Tak Nampak ke?” Soal Triesya balik. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Triesya. Pabila mula bercakap berhentinya tidak. Comel.



            “Are you ready?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pula dan menaikkkan keningnya. Triesya membuat muka.


            “Ready for what?” Soalnya geram.


            “Ready for our special nights…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi. Triesya terdiam dan terkebil-kebil memandang wajah kacak lelaki itu.


            “Maksud?” Balasnya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan memandang ke depan.


            “Surprise!” Balas Tengku Ezkandar Heidi teruja dan memandang Triesya di sisi. Triesya pula spontan tergamam. Tergamam memandang keadaan sekeliling tasik tersebut. Pokok-pokok yang terdapat di sekeliling tasik itu di hiasi dengan colour light yang berona roni. Sekali pandang seperti kelip-kelip yang berada di pokok. Dan…


            “Wah.. Cantiknya..” Puji Triesya pabila memandang ke hujung jeti. Terdapat dua buah kerusi dan meja yang dihiasi dengan lampu di sekelilingnya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan berjalan mendekati meja dan kerusi tersebut. Triesya didudukkan di atas kerusi dan Tengku Ezkandar Heidi membuka ikatan tali pada tiang yang terdapat di tepi jeti. Maka tempat mereka berdiri kini sedang terapung-apung di atas tasik.



            Triesya tergamam. Tak sangka tempatnya duduk saat ini adalah terapung. Tidak menyangka sebegitu sekali Tengku Ezkandar Heidi mengejutkannya.


            “You like it sayang?” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dan mengambil tempat di hadapan Triesya. Butang kotnya di buka. Triesya tersenyum kecil. Bagaikan tidak percaya yang dia sedang terapung di atas tasik tersebut.


            “Suka sangat… Macam mana you terfikir nak buat dinner dekat sini? It’s unique but beautiful.” Balas Triesya jujur. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan meggengam jemari Triesya.


            “Unique right? Selama ni orang buat candle light dinner dekat hotel, garden and beach. But we’re different..” Balas Tengku Ezkandar Heidi.


            “Actually plan yang sebenarnya bukanlah di sini. I’ve planned this before. But, yarh. Something came up….  So this time it’s a spontaneous. Ianya spontan terkeluar dari minda I. Memandangkan you tengah sakit kaki sekarang ni dan susah nak berjalan. So I was planned all this. Of course dengan bantuan Que Sha, Ben and Burn. Oh ya juga Que Liff and Ragell.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan kenyitkan matanya. Di dalam masa dua hari dia telah merancang ini semua. Nasiblah juga menjadi. Hehe.


            Triesya menahan sebaknya. Tidak tahu harus memaparkan reaksi bagaimana. Jujur. Dia terasa terharu dengan kejutan yang Tengku Ezkandar Heidi buatkan untuk dirinya. Jika difikirkan. Most of time, lelaki itu tidak pernah lelah untuk mengambil hatinya. Sedangkan dia? Hanya tahu menyakiti hati lelaki itu….


            “Hei… Kenapa ni?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lembut dan mengusap pipi Triesya. Air mata gadis itu dilap lembut. Tidak menyangka yang gadis itu akan menangis. Terasa serba salah.


            ‘Aku ada salah cakap ke?’ Desis hatinya.


            “Kenapa awak buat semua ni?” Soal Triesya sebak. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan mengusap pipi Triesya lembut. Mata gadis itu dipandang.


            “Sebab I cintakan you…” Balas Tengku Ezkandar Heidi jujur. Dia ingin meluahkan segalanya malam ini. Dia ingin malam ini menjadi malam kenangan terindah mereka berdua. Kedua ibu bapa mereka jugamengetahui hal tersebut dan alasan Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tegku Merissa dinner bersama client hanyalah alasan. Walhal saat ini kedua ibu bapa mereka tengah lepak di rumah nenda. Hehe.


            “Did you really mean it? I’m sorry. Saya bukan nak pertikaikan perasaan awak… but… I just don’t know… Layakkah saya menerima cinta lelaki seperti awak… You’re kind towards me. I don’t think ada lelaki kat luar sana yang sudi jagakan kekasih dia yang tengah sakit. But you did that… you’re always be my side when I need you…” Balas Triesya jujur. Lelaki itu dipandang dan seperti biasa. Tengku Ezkandar Heidi memberikan senyuman mnais padanya. Jemari Triesya ditarik lembut dan dicium.


            “I’m the one that should ask you that question sayang…. Layakkah I mendapat cinta gadis hebat seperti you? For the first time, when was I meeting you. I don’t know. Jantung I secara automaticnya berdebar kuat apabila terpandang you and I kata di dalam hati I yang I akan jadikan you bakal isteri I. I was fallen in love with you in the first sight… It’s so beautiful… and menjadi kekasih you dan berada di sisi you membuatkan hidup I sentiasa gembira. When I wake up everyday. Hanya you yang berada di fikiran I . even when I was in meeting. I was thinking about you…day by day, I semakin yakin denagn perasaan ni. Yes. Maybe before I was a playboy. But after I knew you. Hanya you yang ada didalam hati dan mata I Syarifah Bikash Batriesya….” Luah Tengku Ezkandar Heidi dan mengucup lembut jemari gadis itu. Air mata Triesya yang jatuh dilap lembut.


            “Sayang…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi lembut dan berdiri. Kerusi ditolak sedikit ke belakang dan tubuhnya di bawa mendekati Triesya. Triesya tergamam pabila Tengku Ezkandar Heidi berlutut di hadapannya. Sesuatu dikeluarkan dari dalam kocek kotnya dan Triesya pasti ‘benda’ itu akan mengubah hidup dan statusnya selepas ini…


      “Syarifah Bikash Batriesya…. I came here tonight because when you realize you want to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to start as soon as possible. So do I … Storm clouds may gather and stars may collide, but I love you, until the end of time Triesya… Only you, you’re the only thing I’ll see forever. In my eyes, in my words and in everything I do….”Luah Tengku Ezkandar Heidi dan memandang tepat ke dalam mata Triesya. Nafasnya ditarik seketika. Mengambil kekuatan untuk menyambung luahan perasaannya. Berdepan dengan Triesya kini bagaikan berdepan dengan seorang hakim. Memerlukan bukti yang  kukuh. Kerana Tengku Ezkandar Heidi pasti. Jika dia tidak menegak dan memperjuangkan cintanya. Silap-silap gadis itu akan menolak lamarannya. Triesya. Sukar diduga orangnya. Lebih-lebih lagi di saat dia hilang ingatan kini.


      “Syarifah Bikash Batriesya…. Saya Tengku Ezkandar Heidi. Ingin melamar awak menjadi yang halal buat saya. Melengkapi tulang rusuk saya dan selalu berada di sisi saya tidak kira d masa susah,senang, sedih dan gembira… will you marry me sayang? I may not perfect and romantic like the others. I juga tak sehebat Nabi Muhammad dan Nabi Yussuf yang mampu menjadi suami yang sempruna dan romantic pada isteri mereka. But I’m trying to be the best and perfect for you sayang… In Shaa Allah… Jika diizinkan-NYA. I berusaha untuk membuatkan you bahagia. Berada di sisi you bila you perlukan I dan menjadi pelengkap hidup you di kala kekurangan. I tak mampu nak berjanji apa-apa. Kerana I takut I akan memakan janji I sendiri. Tapi I hanya mampu berusah untuk mmebuatkan Syarifah Bikash Batriesya menjadi seorang gadis yang bahagia bergelar isteri kepada Tengku Ekznadar Heidi….” Luah Tengku Ezkandar Heidi dan menujukkan cincin bertatahkan berlian hasil rekaan Tengku Ezkandar Heidi sendiri.




      Triesya terdiam dan menutup mulutnya. Terasa sebak dan terharu pabila Tengku Ekznadar Heidi melamarnya seperti itu. Jujur. Ianya amat romantic sekali.Wajah kacak Tengku Ezkandar Heidi dipandang. Wajah kacak itu memandangnya penuh mengharap…. Namun dia sendiri bingung. Takut akan dengan keputusannya sendiri. Dia sayang. Dia cinta. Namun terasa takut untuk menempuhi alam perkahwinan bersama lelaki itu. Takut tidak dapat menjadi seorang isteri yang solehah. Menjadi seorang isteri bukan senang. Semuanya harus memerlukan persediaan yang mendalam dan terperinci… Wajahnya dialihkan ke arah lain.


      “Sayang?” Panggil Tengku Ezkandar Heidi lembut dan memegang jemari gadis  itu. Terasa kebas berlutut begitu lama. Namun demi Triesya dia sanggup.


      “I’m sorry.. Give me time. I perlukan masa untuk fikirkan ini semua….” Ucap Triesya lembut dan mata merahnya memandang ke arah lain. Tidak sanggup untuk memandang wajah kecewa lelaki itu… Tengku Ezkandar Heidi mengeluh…


      ‘Gagal lagi…’ Desis hatinya hampa. Tubuhnya di bawa diri dan ingin kembali ke tempat duduknya. Namun tidak menjadi pabila Triesya menarik tangannya lembut sehingga memaksanya untuk menoleh memandang gadisitu. Jemarinya di bawa dekat pada bibir Triesya. Dikucup lembut penuh kasih. Kembang hati Tengku Ekzandar Heidi dibuatnya.


      “I’m sorry.  Saya tak tolak tau by… Saya minta masa je. Promise. Saya akan bagitahu jawapannya pada hubby esok. Boleh ya?” Jelas Triesya lembut. Tidak sampai hati melihat wajah kecewa kekasih hatinya itu. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil. Terpujuk dengan kata-kata Triesya. Kepalanya dianggukkan dan tubuhnya dibongkonkkan sedikit. Dikucup penuh kasih dahi Triesya. Lama.


      “Take your time sayang… I’ll always waiting for you..” Bisiknya dan memeluk tubuh Triesya erat. Terbuai Tengku Ezknadar Heidi seketika dengan bau haruman tubuh gadis itu. Gucci guilty by Gucci. Perfumed kegemaran gadis itu.


      “Aku cinta kamu…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut.






*****AKU CINTA KAMU****






BEN dan Tengku Erissa Hani sedang duduk di mini cinema banglo Dato Syed Al-Azhar sementara menanti Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi menikmati malam terindah mereka. Tengku Erissa Hani menjeling Ben yang duduk di hujung sana. Di hujung seater home cinema yang terdapat di dalm bilik tersebut. Sementara Tengku Erissa Hani berada di hujung seater home cinema sebelah sini. Filem Iron Man yang ditayangkan di screen besar sudah tidak diendahkan. Walaupun berada di dalam keadaan yang gelap sedikit. Namun, Tengku Erissa Hani masih dapat melihat dengan jelas wajah kacak Ben.


      ‘Kenapalah Ben ni kacak sangat?’ Desis hatinya.


            Ben yang masih khusyuk menonton wayang itu direnung. Wajah Ben yang kacak diamatinya. Ben orangnya berkulit cerah kerana berdarah cina-belanda. Biji matanya berona hijau tua, keningnya agak lebat sedikit dan bulu mata Ben agak melentik. Triesya kata bulu mata Ben itu meletik semula jadi. Bukannya di buat. Kerana Ben mengikut gen ibunya. Manakala hidung Ben pula agak mancung dan bibirnya nipis tetapi tampak segar. Err. Macam mana eh nak describe. Bibir Ben ni Nampak merah sebab tak merokok. Mungkin juga kerana Ben memakai lipstick. Lipstick? Hahahha. Lucu!


            “Kenapa?” Soal suara garau Ben tanpa menoleh memandang Tengku Erissa Hani di sisi. Sejak tadi dia perasankan sikap gadis itu. Naik seram dia dibuatnya. Spontan Tengku Erissa Hani kembali menoleh ke depan. Malu! Dah red caught!.


      “Err. Kenapa apa?” Soalnya bodoh kepada Ben kembali tanpa menoleh memandang Ben di sisi. Ben mengerutkan keningnya dan memandang Tengku Erissa Hani. Pelik sekali perlakuan gadis itu kini. Selalu mencuri pandang Ben.


      “Nothing… Forget it…” Balas Ben dan kembali menonton Iron Man yang ditayangkan di screen. Tengku Erissa Hani mencuri pandang Ben di sisi dan tersengih.


      “Phewww! Nasiblah dia tak soal banyak!” Bisik Tengku Erissa Hani perlahan dan tersengih.


      “Err. Ben?” Panggil Tengku Erissa kembali. Ben menoleh memandang Tengku Erissa Hani seketika dan kembali memandang ke hadapan.

     
      “Hurm?” Soalnya pendek. Tengku Erissa Hani berdiri dan dudukkan dirinya di seater sebelah Ben. Terkerut dahi Ben dibuatnya.


      “Err. If you don’t mind. Boleh tak temankan I ke weeding my friend nanti? Please Ben. I dah takde kawan nak bawa…” Soal Tengku Erissa Hani mengharap. Ben terbatuk.


      ‘Biar betul dia ni? Tak perasan ke aku selalu nak avoid kau in a few days ni? Aku sendiri pening dengan perasaan aku!’ Bentak hatinya. Wajah cantik Tengku Erissa Hani dipandang. Comel betul. Mana tak cantik kalau dah namanya adik kepada Tengku Ezkandar Heidi yang kacak tu. Nafasnya dihelakan.


      “I malulah babe…” Tolaknya segan. Tengku Erissa Hani mengeluh.


      “Nak malu apanya?” Soal Tengku Erissa Hani kembali.


      “Malulah dengan keadaan I. You tak malu ke bawa lelaki setengah macam I ni?” Duga Ben. Keningnya dinaikkan. Tengku Erissa Hani melepaskan nafas beratnya. Kepalanya digelengkan.


      ‘Nak malu apa? Bangga adalah! Handsome siot!’ Desis hatinya nakal.


      “Taklah Ben. Lelaki setengah apa? You normallah…” Balas Tengku Erissa Hani sungguh. Ben mengeluh. Wajah cantik Tengku Erissa Hani yang  mengharap dipandang. Cair dia dibuatnya.

     
      “Okay fine!” Jawab Ben dan beralah. Spontan Tengku Erissa Hani bersorak riang dan memeluk tangan Ben.


      “Err. Janganlah babe. I nak tengok movie ni..” Tolak Ben dan melepaskan pautan tanagn Tengku Erissa Hani padanya. Terasa sesuatu pabila gadis itu mendekatinya. Yang pasti dia sendiri tidak tahu apa ‘sesuatu’ itu. Tengku Erissa Hani mengetap bibirnya. Dia tahu. Ben sengaja menolak dirinya sejak kes hari tu. Dia pula entah kenapa gatal-gatal nak mendekati Ben. Yang pasti dia punya perasaan pada Ben yang lembut itu. Superhero pinknya.
     

      “Ops sorry..” Balas Tengku Erissa Hani dan tersengih. Mereka kembali mnonton filem Iron Man yang ditayangkan. Ben mengeluh. Entah kenapa tiba-tiba dirasakan hidupnya kosong di saat mengetahui Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi akan berkahwin tidak lama lagi. Dia pula? Huh.

     
      “Kenapa Ben?” Soal Tengku Erissa Hani hairan. Ben menjeling Tengku Erissa Hani di sisi dan mengelengkan kepalanya.


      “Entahlah babe… I rasa kosong pula bila dengar Trish nak berkahwin dah. I juga yang tinggal keseorangan…” Luah Ben. Tengku Erissa Hani terdiam dan memandang Ben. Perlahan-lahan tangan Ben dipegang.


      “Errr. I kan ada Ben?” Jawabnya lembut. Ben tergamam dengan jawapan Tengku Erissa Hani dan dengan selambanya memegang jemari Ben. Ben menarik tangannya lembut tetapi di halang oleh Tengku Erissa Hani.


      “Apa yang you katakan ni Que Sha?” Soal Ben dingin.


      “I know it was crazy… But I think I’m in love with you,….” Luah Tengku Erissa Hani dan memandang bebola mata hijau Ben. Ben mendengus dan berdiri. Pautan tangan Tengku Erissa Hani pada jemarinya di tolak kasar. Tersentak Tengku Erissa Hani dibuatnya.


      “Ben…” Panggil Tengku Erissa Hani kaget.


      “I know I’m perfect Que Sha. I sedar dengan diri I. You tak payah nak mainkan perasaan I pula!” Balas Ben. Tengku Erissa Hani merengus geram. Tubuh Ben ditarik agar berdepan dengannya.


      “I’m serious idiot! You tak perasan ke kenapa I cuba nak mendekati you in a few days ni? Sejak you selamatkan I hari tu I dah mula jatuh cinta pada you! I tak minta. Tapi perasaan ni datang sendiri!” Luah Tengku Erissa Hani. Ben terdiam dan kaku memandang wajah cantik di hadapannya. Bagaikan tidak percaya gadis cantik itu jatuh cinta padanya yang… Er… Lembut!


      “I lembut…” Luah Ben tiba-tiba. Entah kenapa itu yang terkeluar dari bibirnya.


      “Did I care? Lelaki lembut pun ada perasaan juga….  I don’t care Ben. What I know I’ll make you fall in love with me! Full stop!” Balas Tengku Erissa Hani geram dan berlalu pergi meninggalkan Ben yang tercengang di situ.


      “Aku tengah bermimpi ke?” Bisik Ben dan menampar pipinya.


      “Ouch!” Rungutnya pabila pipinya terasa kebas.


      “She’s crazy! Sebiji je dengan abang dia!” Rungut Ben. Tengku Erissa Hani sama saja seperti Tengku Ezkandar Heidi. Gemar memaksa orang lain mencintai mereka.






****AKU CINTA KAMU****






TENGKU ALIFF dan Ragel Errick saling berpandangan dan memandang Tengku Ezkandar Heidi yang sedang baring di atas kereta Ferrarinya. Pula tu, kot entah ke mana. Necktienya ke mana. Nampak kusut saja. Tengku Aliff menaikkan keningnya pada Ragel Errcik.


            “Kenapa tu?” Soalnya pada Ragel Errick. Terasa hairan melihat Tengku Ezkandar Heidi terbaring di situ setelah mereka siap berlumba tadi. Sudah lama lelaki itu tidak menjejakkan kakinya di situ.


            “Entah!” Balas Ragel Errick.


            “Jom usha orang tengah angau tu…” Ajak Tengku Aliff dan mereka mendekati Tengku Ezkandar Heidi.


      “Whoa~ Bro! Asal ni? Bingung semacam… Kata candle light dinner.” Sapa Tengku Aliff pada Tengku Ezkandar Hedii. Tersentak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya dan tubuhnya didudukkan.


      “Kenapa ni bro?” Soal Ragel Errick pula. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh.


      “Kena reject lagi ke?” Duga Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi gelengkan kepalanya.


      “Dah tu?” Soal Ragel Errick dan kerutkan dahinya.


      “Dia tak reject… Tapi dia minta masa sampai esok untuk berfikir…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Aliff mengeluh.


      “Eleyh kau ni Que Ez. Ingatkan apalah sangat. Minta masa je kot bro. Bukan dia tolak. Chill sudahlah!” Balas Tengku Aliff dan menepuk bahu Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh.


      “Aku takut dia berubah fikiran dan tolak aku…” Luah Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Aliff dan Ragel Errick serentak ketawa.


      “Chill ah bro! Aku guarantee dia takkan tolak kau..” Balas Ragel Errick dan menepuk-nepuk bahu Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi kembali mengeluh dan menyandarkan dirinya kembali ke atas bonet depan keretanya. Langit hitam dipandang.


      ‘I hope everything will be okay….’ Bisiknya perlahan.







****AKU CINTA KAMU****







HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA” Tawaku panjang sehinggakan merah mukaku dibuatnya. Ben di sisi dipandang dan sekali lagi aku melepaskan tawa besarku. Cemberut muka Ben dibuatnya.


      “Whoa! Sudahlah tu! Balas dendam Nampak!” Bentak Ben dan menutup mulutku dengan jemarinya. Aku tergelak dan menepis tangannya. Memang nak balas dendam pun. Dulu engkau bukan sedap lagi ketawakan aku di saat Tengku Ezkandar Heidi usha aku dahulu. Sekarang ni kau pula rasa apa yang aku rasa! Hahahaha.


      “Hahaha. Rasa luculah Ben…” Luahku padanya dan mengelap air mataku gara-gara mentertawakan Ben tadi. Ben mengeluh dan sandarkan tubuhnya di sofa.


      “Entahlah babe. Sedangkan kau sendiri rasa lucu aku lagilah… Tapi wajah dia time tu serious gila!” Balas Ben. Aku menghentikan tawa dan tersenyum memandang Ben.


      “Ben… Honestly. Awak sukakan dia juga?” Soalku pada Ben lembut. Ben tersentak dan menoleh memandangku. Terasa seperti tak senang duduk Ben dibuatnya.


      “Err…”


      “Jujur jelah Ben kalau awak benar-benar kawan saya…” Balasku padanya. Ben mengeluh dan mencubit pipiku. Hehe. Ben dah mengalah tu.

     
      “Okay fine. Honestly yes.” Balas Ben dan menekup wajahnya dengan bantal kecil. Aku tergelak kecil. Bantal yang menutupi wajah Ben kembali dibuka.


      “Yes because you like or love her?” Dugaku dan menaikkan keningku.


      “Yes I’m in love with her too…. Entah sejak bila. Kau jangan soal aku sebab aku sendiri takde jawapannya.” Balas Ben. Aku tersenyum dan memeluk Ben.


      “Congrates Ben! Finally. Tak lama lagi awak dapat jadi adik ipar kitalah kan?” Soalku nakal. Ben mendecit.


      “Choi! Kena ke?” Soal Ben bodoh. Aku tergelak.


      “Haih! Kenalah! Couple dengan anak dara orang tak terfikir nak kahwin ke?” Soalku pada Ben kembali. Ben mengaru kepalanya.


      “Memanglah. Tapi aku tak pernah terfikir pun… Plus… Kami berdua banyak perbezaan…” Luah Ben lemah. Aku mengeluh.


      “Ben… Listen here. Kalau perbezaan tentang agama tu saya nak nasihatkan sedikit. Kalau betul awak nak masuk Islam. Masuklah sebab DIA dan bukan sebab cinta. Sebab kalau sebab cinta maknanya awak tak ikhlas dan tak mustahil suatu hari nanti awak kan keluar balik dari agama Islam. Tapi di mata saya awak dah macam orang Islam dah. Sebab gaya hidup awak lebih kepada orang Islam…” Jelasku pada Ben. Memang selama ni gaya hidupnya seperti orang Islam. Kadang-kadang tu time puasa pun dia ikut puasa sekali dengan aku.


      “Err. Aku belum bagitahu kau lagi ke?” Soal Ben dan mengaru kepalanya. Aku kerutkan dahi.


            “Bagitahu apa?” Soalku hiaran.


            “Aku dah daftar nama aku last week. Aku nak masuk Islam. Papa yang tolong aku. Tapi yang pasti bukan sebab cinta. Sebab DIA.” Balas Ben jujur. Spontan aku memeluknya dan bersorak riang. Ben terjerit sama.


            “Whoa! Babe kau ni. Selepas ni biasakanlah diri kau tu tak sentuh aku. Mana boleh sentuh-sentuh lagi babe. Aku nak berubah. Huhu. Lagipun nanti si tengku tu jealous pula wife dia sentuh-sentuh lelaki lain…” Balas Ben. Terdiam aku dibuatnya. Mak aih! Dia ni. Boleh tahan. Haha. Spontan aku tercengang pabila Ben bercakap soal ‘wife’.


      “Alamak!” Luahku tanpa sedar dan menepuk dahiku.


      “Kenapa?” Soal Ben hairan.


      “Saya ada date dengan tengku hari ni. Haila. Awaklah ni!” Rungutku dan berdiri namun seketika aku memandang Ben.


      “Ben? Hehe. Tolong angkatkan kita boleh? Nak tukar bajulah…. Boleh eh kali ni?” Soalku pada Ben dan tersengih. Ben membuat muka namun tetap berdiri.


      “Yalah tuan puteri. Patik menurut perintah!” Balas Ben dan mengangkatku. Haha.





****AKU CINTA KAMU*****






TENGKU EZKANDAR HEIDI menjeling Triesya di sisi. Gadis itu hanya membuat biasa. Seperti tiada apa yang berlaku sedangkan dirinya tak tentaram sejak semalam. Semalaman tak tidur kerana memikirkan gadis itu. Tubuh gadis itu dipandang. Tersarung jacket rona coklat ditubuh gadis itu dan waist short jeans. Satu keluhan terbit dibibirnya. Teringat kembali peristiwa semalam.


      “Apa ni?” Soal Triesya hairan dan menyambut huluran sebuah kotak besar berona merah oleh Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil.


      “Nanti you buka okay… I nak you pakai esok kalau you terima I…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan membelai lembut rambut gadis itu. Triesya terdiam dan memandang Tengku Ezkandar Heidi.


      “Kena ke?” Soal Triesya.


      “Bukan kena. Tetapi harus!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum lebar.


      Tengku Ezkandar Heidi kembali menghembuskan nafasnya berat. Gadis itu tidak memakai baju yang Tengku Ezkandar Heidi berikan. Jadi maknanya? Huhuhu. Sedih….


      “Kita dah sampai…” Kata Tengku Ezkandar Heidi lembut dan memandang keluar kereta. Keadaan kawasan pantai yang redup itu menenangkan jiwanya sedikit sebanyak. Memanng dia senagaja membawa Triesya ke situ. Kerana gadis itu sukakan laut dan sudah lama tidak melihat laut. Nafasnya dihelakan. Jika ini ketentuan hidupnya. Dia redha.


      “Hubby…” Panggil Triesya lembut dan memegang lengan Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi menoleh memandang Triesya di sisi.


      “Ya sayang?” Balas Tengku Ezkandar Heidi lembut. Rambut gadis itu dibelainya. Cintanya amat mendalam terhadap gadis itu.


      “Tolong bukakn jacket ni… Panas….” Rengek Triesya dan menujukkan jacket coklat yang dipakainya. Tubuh Tengku Ezkandar Heidi yang tersarung baju rona putih dan jacket hitam diluarnya dijeling. Lelaki itu benar-benar maksudkannya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahinya.

     
      ‘Biar betul dia ni… Kang tersentuh bukan-bukan. Baru tahu!’ Desis hati Tengku Ezknadar Heidi.


      “Err. Bukakan jacket you?” Soal Tengku Ezkandar Heidi gugup. Triesya tersenyum dan anggukkan kepalanya.


      “Kenapa?” Soal Triesya hairan. Tengku Ezkandar Heidi gelengkan kepalanya dan mengarukan kepalanya. Perlahan-lahan jemarinya membuka zip jacket Triesya. Rasa malu gila. Triesya nak goda dia ke apa. Huhuhu.


weheuuu~ cute :)


      “Erk!” Luah Tengku Ezkandar Heidi di luar sedar pabila melihat baju yang dipakai Triesya. Spontan jemari kanan Triesya ditarik lembut dan dilihat. Bagaikan berada di dalam mimpi pabila  Triesya memakai baju pemberiannya semalam dan memakai cincin lamarannya. Wajah cantik Triesya dipandang.


      “Sayang? Are you sure? Did you really mean it? You do sayang? You…” Soal Tengku Ezkandar Heidi bertubi-tubi namun terhenti pabila Triesya meletakkan jari telunjukknya pada bibir Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum senang dan anggukkan kepalanya. Semalaman dia berfikir dan melakukan solat istikharah. Dia tidaklah sealim mana. Namun, dia percaya dengan melakukan solat istikharah hatinya akan lebih pasti dengan jawabannya.


      “Yes I do sayang…” Balas Triesya lembut dengan senyuman manisnya. Sepadan dengan tulisan yang terdapat di bajunya. Yes I Do… Spontan Tengku Ezkandar Heidi menarik tubuh gadis itu dan memeluknya. Tidak tergambar betapa rasa gembirnya dia.


      “Alhamdulilah…. Thanks to Allah Swt sayang. Thanks to you…” Balas Tengku Ezkandar Heidi gembira dan mencium dahi Triesya… Perasaannya saat ini begitu gembira sekali. Syukur kepadaNYA kerana memberikan peluang kepada mereka berdua untuk menempuhi alam kebahagiaan sebagai suami isteri. In Shaa Allah.


      “Aku cinta kamu sayang…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dan mengusap kedua pipi Triesya. Triesya tersenyum.


      “Aku cinta kamu juga sayang….” Balasnya lembut dan memeluk erat tubuh Tengku Ezkandar Heidi.


      ‘Ma… Doakan kebahagiaan Trish….’ Bisiknya di dalam hati…









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





************************************************





Asalamualaikum Wbt and Salam Sejahtera!







Hi Ladies!







S.O.R.R.Y








My Bad L







How was the story babe? I’m so sorry because late updating the ACK BAB 36. Weheuuu! Last night, lepas je minum ubat aku terus ting tong! Menyesal betul tak update semalam terus je. Pula tu, today aku teramatlah busy L Tak sempat nak update ACK BAB 36 ni. Thank god! Aku dapat cari masa lapang nak update benda ni. Baik tak aku? Huhuhu. Ye. Ye. Aku tahu mesti korang kata weheeuuu~ baik sungguh dak Ratu ni. Hahahaha. Phewww~ Mengadalah engkau! J Propa lebeyy! Eheheh





      Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya ACK BAB 36 ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYA… My bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Before that, silalah ambil yang positive sahaja dan ignore kan negative nya. Think smart ukeh


        Oh ya! Panjangkannnnnnnnn bab kali ni??? Hehehe. Cepat comment :) Kalau tak aku tak nak kawan! Hahaha. mengada!


      Ladies, apakah yang akan terjadi pada hubungan cinta Ben dan Tengku Erissa Hani???? Adakah mereka akan bercinta ataupun tidak? Tettttt! Kita kembali setelah iklan racun nyamuk berlangsung~ Hahahahaha. Ngok ngek! Hehe. So! Apakah yang akan berlaku pula pada Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya? Bagaimana agaknya perkahwinan mereka? Hwating ladies for the next entry J



            Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Much appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J Love u!




SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J






Till then,










Sincerely,

12 comments:

  1. akhirnya triesya terima gak lamaran que ez.
    bagus la ben nak masuk islam pasni, harap ben bahagia dgn que sha.
    ratu, cerita iris tu novel ke cerpen?
    bila nak continue cerita tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI siti
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe akhirnya kan :) hehe
      yapz harap ben dan que sha bahagia
      ouh iris tu enovel awak
      kite dah siap dah cite tu baru-baru ni :)
      tgl nak edit dan post je
      tpi tgu turn dulu hehe

      Delete
  2. sweeet giles r que ez..
    que ez : wii u marry me
    me : yes i do
    hahhaa.best la kalau ada lelaki macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe sweet gilerrrr kan
      haha if ada llk mcm ni mmg kite pinangkan untuk awak
      boleh gitewww? ehehe :)

      Delete
  3. yuhuuuuu!!!!! akhirnya!!! ... da nk kawen da!!!
    sweetnyer...sweetnyer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe akhirnya~
      hehehe :)

      Delete
  4. ellow dear,
    lma x tinggalkn jejak..bz ngan presentation+last asgmnt+final exam..
    so cute...TEH ngan trish,...
    luv it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehee a'ah. in a few days ni takde nmpak awak drop by hehe
      i love it too hehe

      Delete
  5. nak abis dh ACK..tggu CED pul0k terrr..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear
      Thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe a'ah silalah singgah CED =)

      Delete
  6. Correction.....
    -What ARE you doing right now?
    - TWO AND HALF AN HOUR
    - BOUQUET not bounquet
    - NIGHT tak de 'S'
    - I had planned all this before.....
    -So, i have planned all this
    -Most of the time
    -when i met you
    -i have fallen for you at first sight
    -i may not BE prfect.....
    - I'll always be waiting for you...
    -DO I care?
    - Ypu're invited to a romantic candlelight dinner at 8pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI TWB
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks sudi tegur kesilapan di atas.
      like m said. m not gud in english@grammar.
      maybe ada juga yg terlepas pndang
      apa2 pn thanks dear sudi tegur.
      anda sungguh rajin.
      akan diperbaiki

      Delete