Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Thursday 14 June 2012

Cinta Encik Duda Bab 1







CINTA ENCIK DUDA BAB 1



I have smiled to many people for more than a billion times but when I first saw you, my heart took over and smiled for the first time. 



HI! Namaku Andra Tihamiey binti Hj Abdul Rahman. Ahli keluargaku memanggilku dengan panggilan kak ngah disebabkan ummi beranakkan adik cik dan acu iaitu adik-adik lelaki kembarku yang paling nakal. Maka, aku dipanggil kak ngah walaupun pada dasarnya aku tak sukakan gelaran tu. Aku tak suka dipanggil kakak kerana aku merasakan panggilan kakak itu hanya untuk yang berusia sahaja. Tetapi disebabkan kedua ibu bapaku diberikan rezeki untuk melahirkan zuriat lagi. Maka, dengan bangganya aku memegang title kak ngah itu.


Bagi teman-temanku pula mereka memanggilku dengan panggilan Andra. Perasan Andra And The Back Bone jap. Hehe.Andra. Andra. Andra. Aku hanya Andra, seorang gadis yang simple dan lincah. Lebih lincah dari adik-adik kembarku si acik dan acu. Lebih lincah juga dari bebudak sekolah rendah yang selalu lalu dihadapan rumah atukku setiap hari. Ummi kata sejak kecil aku disahkan sebagai kanak-kanak yang hyperactive terlebih. Kelincahanku ini membuatkan aku menjadi atlet disekolah dahulu dan juga selalu menjadi tetamu tidak diundang di ward hospital. Sehinggakan doctor dah muak melihat mukaku kerana dah tak sanggup nak tengok muka aku je yang terbaring kat katil hospital tu. Hehe. Katanya aku ni menghabiskan ubat hospital adalah. Hehe. Ada aku kesah? Abi aku bayar apa. Bukan free!


Aku kini berada di kampung halaman abi. Kedatanganku di sini adalah kerana membawa diri yang lara. Cehh. Mengalahkan lagu Adira engkau. Hukhuk. Kelaraanku ini adalah disebabkan jejaka keparat yang bernama Alex! Huh! Acai tu! Padan muke dia. Dah sebiji penumbuk aku ni mendarat kat muka bajet jambu dia tu. Hei! Ini Andralah! Apa! Hengat aku tak berani nak tumbuk dia? Sorry sikit eh. Dah curang dengan aku. Boleh pula buat muke kesian kat depan aku. Adik angkatlah apa. Hengat aku ni bodoh kot!


Ish! Termasuk kali ni dah 5 kali aku putus cinta. Semuanya kerana aku tak jumpa lelaki yang sempurna untuk aku. Aduhai. Tetapi jangan salah faham okay. Setakat ni aku masih memegang talak tau! Talak kat tangan aku. Everytime break up, aku yang akan putuskan ikatan tu. Fuh! Lega engkau! Terasa bangga pun ada. Hehe.


Kenapa eh? Kenapa aku belum jumpa lelaki yang sempurna untuk aku? Ke dah takde lelaki yang sempurna kat dunia ni? Takkanlah. Sebab di mata aku, abi adalah lelaki yang sempurna. Abi adalah heroku. Sehingga kini, sudah 25 tahun abi dan ummi berkahwin dan abi masih romantic seperti muda-muda dulu. Bukan aku kata eh. Ummi sendiri yang kata dan mata kasar aku ni yang nampak. Engkau rajin ke setiap weekend bangun-bangun je hadiahkan bunga rose buat wife engkau? Hah! Abi aku rajin tau! After dia jogging setiap pagi hujung minggu dia akan belikan ummi bunga rose. Ummi pula everytime ok. Everytime dapat bunga tu mesti tangkap leleh. Hehehe.



“Kau begitu sempurna! Dimataku kau begitu indah! Ohhhhhh!”


Aku menyanyi dengan sekuat hatiku sambil berdiri di atas buaian yang dibina oleh atok. Rambut diikat tocang satu. Dengan kain sarung dan baju tee rona putih benar-benar membuatkan aku seperti gadis melayu terakhir engkau! Tapi spoil cek kak! Melalak tak tentu hala!


Asalamualaikum..”Sapa satu suara garau kepadaku.


“Oh mak kau sempurna!” Spontan aku terjatuh dari buaian. Isk! Sakit oh! Ummi!!!!!!!






*****Cinta Encik Duda*****






MEGAT HAYKAL yang kaget melihat gadis yang ditegurnya tadi terjatuh segera ingin membantu gadis tersebut berdiri. Namun, ditepis tangannya oleh gadis itu. Serba salah dibuatnya.


Don’t touch me!” Marah Andra kepada Haykal. Dia cuba untuk berdiri dengan sendirinya dan mengusap-usap punggung yang sakit. Terasa gerun pula kalau-kalau punggungnya penyek. Dah tak mantap lagi! Huhuu.


“Maafkan saya cik. Saya tak sengjaa.” Kata Haykal serba salah. Matanya memandang si gadis dari atas ke bawah. Cantik. Desis hatinya. Walaupun hanya memakai baby tee dan kain batik serta rambut yang ditocang satu. Gadis itu benar-benar kelihatan cantik. Natural beauty orang kata. Astagfirullah’alazim. Mengucap Haykal di dalam hati tika menyedari kesilapannya memandang anak dara orang. Orang kata pandang sekali cukup. Kalau pandang dua tiga kali dah dikira maksiat mata.


“Tak sengaja. Tak sengaja. Ish. Pakcik ni. Kalau tulang saya ni patah ke tadi. Pak cik nak jawab apa kat mak bapak saya?” Marah Andra kepada Haykal. Siap bercekak pinggang lagi. Mukanya kelihatan merah menahan marah. Dahlah balik kampung nak melayan persaan. Alih-alih bala pula yang datang.


“Err. Sekali lagi saya nak minta maaf. Saya tak sengaja.” Balas Haykal sambil menudukkan wajahnya. Andra mendengus. Sedikit sebanyak terasa kasihan melihat lelaki tersebut. Mungkin benar lelaki itu tidak salah. Dia saja yang lebih-lebih. Siapa suruh di petang-petang sebegini melalak bagaikan apa saja.


“Hurm. Takpelah. Lupakan..” Balas Andra lemah membersihkan tubuhnya. Setelah tubuhnya dibersihkan. Andra ingin berlalu pergi. Namun ditegah oleh Haykal.


“Nak apa?!” Soal Andra bengang. Andra berpeluk tubuh dan memberikan pandangan tajam buat Haykal. Kecut perut Haykal dibuatnya. Nampak saja kecil. Tapi auranya kuat.


“Err. Boleh tak tunjukkan saya rumah tok ketua?” Soal Haykal kepada gadis di hadapannya. Andra mengerutkan dahi. Tok ketua? Erk. Atok aku tu. Hj.Mail oi. Jari telunjuknya dipukul-pukul ke dagu dan matanya dihala ke jalan raya.


“Hurm. Let me see. Jalan nak ke rumah tok ketua kat sana. Pak cik jalan straight. Don’t belok-belok eh. Lepas tu pak cik belok kiri. Lepas tu belok kanan. Stop! Hah! Bukan kat situ. Tapi jalan straight lagi dan hah! Situlah rumah tok ketua. Good luck yer pak cik!” Jelas Andra sambil mengikut lingkuk-lingkuk jalan raya yang diterangkan olehnya. Haykal pula mengerutkan dahi. Bersungguh-sungguh gadis dihadapannya menerangkan. Tetapi dia sukar untuk menangkap apa yang diterangkan oleh gadis tersebut dengan lebih jelas. Cuma kepalanya saja dianggukkan.


“Eh. Nak ke mana tu?” Soalnya kepada gadis tersebut pabila gadis tersebut ingin melangkah pergi. Mungkin ingin masuk ke rumah Melayu yang mempunyai ukiran yang cantik tersebut.


Haila. Baliklah pakcik. Maghrib kot.” Balas Andra selamba dan berlalu pergi. Haykal mengaru-garukan kepalanya. Budak ni asyik panggil aku pak cik je. Tua sangat ke aku? Desis hatinya.


“Eh cik adik! Terima kasih ya!” Laungnya kuat kepada gadis tersebut apabila tersedar yang dia belum ucapkan terima kasih. Andra pula hanya mengangkat tangannya tanpa berpaling.






*****Cinta Encik Duda*******







MEGAT HAYKAL mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ray Ban hitamnya di buka dan matanya meliar-liar di sekitar tanah perkuburan tersebut. Mengikut arahan gadis tadi inilah tempat yang dikatakan oleh gadis itu. Adakah dia tersilap ataupun sudah dipermainkan oleh seorang gadis kampung?


Tok!



Tok!



Tok!



Astagfirullah’alazim…” Mengucap Haykal apabila cermin kereta BMW 5 SERIES nya di ketuk dari luar. Sudahlah senja-senja macam ni. Tanah perkuburan itupun kelihatan seram. Dibautnya ada yang tidak diundang datang. Masyaha’allah. Dijauhkan.


Nafasnya dihelakan apabila melihat kelibat seorang lelaki berkopiah berdiri di luar keretanya. Lantas, cermin kereta di turunkan.


Asalamualaikum wbt.” Sapa lelaki berkopiah tadi.


Walaikumsalam wbt.” Balas Haykal dan membalas senyuman lelaki separuh abad tersebut.


“Pak cik Mahmud.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.


“Haykal…” Balas Haykal.


“Maaflah menganggu anak. Anak ni ada masalah ka? Kenapa berhenti di tepi kubur senja-senja ni?” Soal Pak Cik Mahmud musykil. Haykal tersengih. Mana-mana orang pun pasti akan hairan melihatnya. Jika dikata ingin melawat kubur saudara maranya juga tidak logic. Senja-senja pula.


“Err. Saya tersesatlah encik.” Balas Haykal. Lelaki tadi menganggukkan kepalanya.


“Oh. Sesat rupanya. Anak nak ke mana ni?” Soal Pak Cik Mahmud kembali.


“Saya nak ke rumah tok ketua pak cik.” Jelas Haykal.


“Ohhh. Rumah tok ketua. Kalau macam tu anak ikutlah belakang motor pak cik ni. Pak cik nak ke masjid. Rumah tok ketua tu lalu masjid.” Jelas Pak Cik Mahmud.


Alhamdulillah. Terima kasih pak cik. Kalau macam tu kita singgah masjidlah dulu. Saya pun tak solat lagi ni.” Jelas Haykal. Pak Cik Mahmud tersenyum. Senang hati apabila melihat anak muda dihadapannya mendahulukan solat.






******Cinta Encik Duda********






AKU tersengih apabila teringatkan pak cik tadi. Pak cik? Yelah kot. Nampak macam dah berusia. Tapi still handsome tau! Hekhekhek. Entah apalah khabar si pak cik tu kat tanah perkuburan tu eh? Entah ada cik ponti ke. Encik poc ke datang jemput dia. Hahahaha.


“Amboi! Tersengih-sengih. Gembira nampak? Selalu bukan main muram lagi muka tu.” Tegur nenek kepadaku yang sedang menjatuhkan pisang ke minyak. Aku tersengih lagi.


“Hehehe. Takdelah nek. Saje je. Barulah muka ni awet muda macam nenek. Betul dok?” Sakatku kepada nenek. Nenek tergelak sama sambil membancuh minuman. Begitulah aktiviti keluarga ni selepas makan malam. Mesti dan pasti akan minum malam. Uish. Lagi lama aku duk kampung ni lagi naiklah badan aku ni. Hukhuk. Nak jogging subuh-subuh macam selalu aku buat. Aku maluuu! Ni kampung di koi!


“Dah-dahlah tu angah. Cepat siapkan kuih tu. Nanti bawa masuk. Atuknya dah menunggu dari tadi tu.” Pesan nenek sebelum masuk ke dalam. Aku tersengih lagi. Entah apa tebiatku hari ini. Tahu tersengih sjaa. Terasa lucu. Tetapi mulutku berat nak ketawa. Hehehe.
           

Setelah menyiapkan kuih pisang tadi, aku membawa kuih-kuih pisang keju yang ku buat khas buat nenek dan atok. Choi! Entah deme suke ke idak ni. Ehe.


Setiba di ruang tamu. Erk! Aku rasa kaki aku tak bergeraklah! Ish!


“Hah! Siap pun. Jemputlah nak Haykal, Mahmud. Ni hah cucu aku si angah ni dah buatkan kuih pisang cos? Cis? Eh. Entah apa-apa budak ni. Jemputlah.” Kata atok kepada pak cik tadi dan pak cik Mahmud. Aku mengigit bibir dan meletakkan pinggan yang berisi kuih pisang cheese ku. Mata aku ni takut nak pandang pak cik tadi. Kang takut disemburnya aku. Aku tahu dia dah kenal aku sebab masa aku masuk ruang tamu tadi dia dah senyum sinis kat aku. Cehhh! Entah marah entah bangga sebab dapat jumpe rumah atok. Ni mesti pak cik Mahmud yang bantu dia. Rumah pak cik Mahmud ni lalu kubur tu hah.


“Angah? Nak ke mana tu? Marilah duduk sekali.” Panggil nenek kepadaku di saat aku ingin melarikan diri ke dapur. Erk! Terhenti langkahanku saat itu. Aku berpaling dan tersengih.


“Err. Angah nak ke dapur dulu nek. Nak kemaskan dapur dulu.” Kataku memberi alasan.


“Nak kemas apanya angah oi? Dah kemas sangat dah tu. Kamu kalau dah mengemas nak berkilat rumah ni dibuatnya. Bawa-bawalah berhenti.” Balas nenek. Aku mengarukan kepala. Kini, empat pasang mata sudah memandangku. Serba salahku dibuatnya.


“Err. Takpe nek. Ada nak kemas sikit lagi. Mood angah tengah rajin ni.” Balasu kepada nenek.


“Takpelah kalau macam tu. Kamu tolong kemaskan bilik tetamu tu.” Arah nenek kepadaku. Aku hanya mengikut sajaa apa disuruh. Cepat aku pergi. Cepatlah aku dapat larikan diri dari pak cik tu. Sebelum aku pergi sempat lagi telingaku dapat menangkap kata-kata pak cik Mahmud.


“Rajin sungguh cucu tok ketua tu. Sopan budaknya.” Puji pak cik Mahmud kepada atok. Tersengih lebar aku dibuatnya. Kembang kempis hidung ni dibuatnya. Bangga siot!






*****Cinta Encik Duda******






USAI mengambil air wudhuk. Aku tercengang apabila sedikit lagi aku dan pak cik terlanggar. Nasib saja pak cik dapat mengelakkan dirinya. Kalau tidak free saja aku mengambil air wudhuk kembali. Hampeh betul.


“Erk! Apa pak cik buat kat sini??” Soalku bodoh.


“Saya tumpang tidur kat rumah atok awaklah. Alias rumah tok ketua.”Sindirnya kepadaku. Aku berdehem menahan malu. Haila.


“Err. A’ahlah! Atok saya tok ketua rupanya. Maaflah yer pak cik. Saya lupa. Sebab bekas tok ketua dulu dah meninggal. Tulah saya bagitahu jalan tu….. Kekekeke. Pergi dulu pak cik,.” Balasku nakal kepadanya dan berlalu pergi ke bilik solat. Solat Jemaah bagi solat subuh. Pak cik tadi mengelengkan kepalanya saja olehku.







*****Cinta Encik Duda*****







DAPAT biasakan diri ke tidur kat rumah usang atok ni nak Haykal?” Soal Tn Hj Ismail kepada Haykal yang duduk disebelahnya di meja makan untuk sarpaan pagi itu. Haykal tersenyum.


Alhamdulilah tok. Seronok dapat tidur kat rumah atok. Tak payah pakai aircond. Sejuk dah. Pemandangan pun cantik.” Balas Haykal mesra. Jujur. Dia benar-benar jatuh cinta dengan rumah serta kampung ini. Bangun-bangun saja dan buka jendela sudah dapat melihat pemandang sawah padi yang menghijau dan pemandangan gunung dari jauh. Angin pagi pula amat menenangkan hatinya.


Alhamdulilah. Sejuk hati atok mendengarnya. Takut kalau-kalau nak Haykal tak biasa pula tinggal kat sini.” Balas Tn Hj Ismail. Terasa bangga apabila orang Bandar sukakan pemandangan kampungnya.


“Eh. Takdelah tok. Selesa sangat. Terima kasih sangat sebab atok sudi tumpangkan saya kat sini. Oh ya. Siapa ya yang buatkan nasi lemak ni tok? Nenek ya? Sedap.” Balas Haykal dan memuji nasi lemak yang di buat oleh Pn Hjh Mariam. Tn Hj Ismail tersenyum.


“Bukan. Tu si angah yang buatkan. Budak tu kalau bab-bab memasak ni memanng expertlah orang putih katakan. Hobi dialah tu.” Jelas Tn Hj Ismail. Cukup bangga dengan didikan yang menantunya berikan buat Andra. Pandai memasak, mengemas,menjahit dan malah cantik cucunya satu ini. Cuma itulah. Hyperactive sungguh budaknya. Ada kalanya sikapnya itu seperti lelaki.


“Erk! Angah tu yang budak perempuan tadi tu ke tok? Mana nenek dan angah tu tok?” Soal Haykal apabila nasi lemak yang dpujinya tadi dibuat oleh gadis lincah semalam. Sedikit hairan apabila kedua-duanya tiada menemani mereka sarapan pagi ini.


“Ohhh. Ke pasarlah tu nak Haykal. Selalunya pagi-pagi buta macam ni si angah selalu temankan neneknya pergi ke pasar.” Terang Hj Ismail. Haykal menganggukkan kepalanya.


“Jauh ke pasar tu tok? Mesti segar-segarkan bahan mentahnya?” Soal Haykal penuh minat.


“Takdelah jauhnya. Jalan kaki sajelah kalau nak. Dekat kampung ni macam-macam keperluan ada nak Haykal. Tok sahlah ke pekan ke. Ke Bandar ke. Kat kampung ni dah ada. Cuma kalau anak-anak muda tu nak bershopping. Hah! Ke bandarlah jawabnya. Dekat kampung ni biasa-biasa saja.” Terang Tn Hj Ismail. Haykal menganggukkan kepalanya. Terasa berminat dengan kampung ini. Tidak sia-sia dia memilih kampung ini untuk bersedekah.





*****Cinta Encik Duda******





DI SAAT aku dan nenek tiba di laman rumah. Kami di sapa oleh pak cik dan atok yang sedang membersihkan laman rumah. Erk! Nakal juga atok aku ni. Siap buli orang luar. Haha. Tapi yang lucunya si pak cik ni siap bersihkan laman dengan baju kemeja Polo rona kuning dan seluar jeans rona hitam. Ish. Ish. Orang bandarlah katakan. Kaya pula tu. Pakai BM engkau!


“Amboi cik Mariam. Pergi ke pasar ke? Ke Bandar? Lama sangat….” Tegur atok kepada kami. Aku yang sedang membawa bakul yang dipenuhi dengan bahan mentah tergelak besar. Atok saje je nak kenakan nenek aku yang comel loteh ni haha. Tersengih-sengih atok aku tengok.


“Amboi Encik Mail. Rindu ke dekat kite ke? Baru tinggal berapa jam dah mencari ke?” Balas nenek pula. Ish. Nenek pun bukan main engkau. Haha.


“Ahaha. Pandailah cik Mariam ni. Hah! Kenapa lambat sangat baliknya? Kami ni dah nak siap bersihkan lama ni hah.” Balas atok sambil menunjukkan sapu lidi di tangannya. Aku tersengih.


“Ni hah. Cucu awak ni. Satu pasar dia nak pusing. Kalau diikutkan pehel dia ni. Sampai ke esok saya ni tak balik cik Mail oi.” Balas nenek. Atok mengelengkan kepalanya dan si pak cik pula tersenyum saja.
           

“Angah-angah. Dibuatnya nenek pengsan kat pasar tu. Atok ni juga yang susah. Isteri tok ketua yang comel loteh tu pengsan.” Sakat atok. Tergelak besar kami dibuatnya. Atok ni memang . Suka sangat mainkan nenek.


“Ish! Cik Mail ni kalau nak mainkan saya nombor 1. Dah! Dah! Angah jom. Temankan nenek masak ‘lunch’. Hah. Nak haykal. Jangan ikutkan sangat atuknya tu. Saje je nak dera budak ni tolong awak cik Mail oi.” Baals nenek sebelum berlalu pergi. Aku tergelak dan menjelirkan lidah pada atok sebelum berlalu pergi mengikut nenek.






******Cinta Encik Duda*******






 AKU yang sedang melepak di pangkin laman rumah atok memandang ke arah jalan raya. Nilah kerja tak rasmi aku sejak tinggal kat rumah atok ni. Tengok kereta yang keluar dan masuk. Mengalahkan traffic engkau! Siap ada yang angkat tangan pada aku. Aku tersengih je dan balas balik. Semua dah tahu yang aku ni cucu si Hj.Mail. Hehe.


“Nah!” Aku tercengang apabila satu mug milo dihulurkan kepadaku. Siap depan muka aku kot. Aku menjauhkan sedikit mug tersebut.


“Whoa~ Apa ni pak cik! Nak bagi siram muka saya yang cantik ni ke apa?” Soalku geram kepada si pak cik. Dia yang duduk bersila kat sebelah aku tersengih je. Menampakkan gigi dia yang tersusun cantik tu. Cis! Bedebah sungguh!


“Pulak? Saya dah buatkan awak minuman pun awak marah ke?” Soalnya kepadaku dengan mug yang masih dihulurkan kepadaku. Aku mendengus dan mengambil mug tersebut.


“Ketara sangat menipu. Nenek yang buat kata dia.” Sindirku kepadanya setelah menghirup milo tersebut. Tahu sangat rasanya minuman yang nenek buat. Dia tersengih dan mengaru kepalanya.


“Err. Sama je kot. Saya tolong bawakan.” Balasnya membela diri. Aku menjulingkan mata ke atas.


“Apa-apa jelah pak cik. Apa-apa pun terima kasih ye.” Balasku kepadanya.


“Sama-sama kasih” Balasnya dengan senyuman manis.


Asalamualaikum wbt kak Andra. Tumpang lalu yer…” Sapa budak-budak kafa kepadaku. Ada 6 orang semuanya. Aku kenal bebudak ni. Nama dia. Err. Nama dia. Hurm. Entahlah siapa…. Tapi aku kenal sebab setiap petang mesti sapa aku punya. Macam jalan tu aku yang punya. Hahaha. Aku mengerutkan dahiku memandang mereka. Lepas tu aku pandang jam tangan pula. Baru jam 0300 pm kot. Bebudak ni balik kafa jm 0430 pm.


“Whoa~ Sekejap!” Tahanku kepada mereka dan berdiri di tepi pagar. Mereka berhenti dan semuanya memadangku.


“Korang escape eh? Aku bagitahu kat Ustazah Laila. Haila korang ni. Bebudak kecil kot. Dah pandai escape! Ni baru jam 0300 pm tahu! Korang balik jam0430 pm!” Marahku pada mereka sambil mencengkak pinggang. Semuanya muka pucat. Takutlah tu dah kedapatan oleh aku.


“Ish! Takdelah kak. Kita orang balik awallah kak. Ustazah Laila tak sedap badan hari ni. Kalau akak tak percaya kejap lagi dia lalulah tu.” Balas sorang budak lelaki yang botak kepalanya. Budak ni memang. Memang terlebih peramah! Dialah yang sapa aku tadi.


“Pandailah engkau! Betul ni? Aku call kang Ustzah Laila.” Ugutku kepada mereka. Semua serentak menganggukkan kepala mereka. Macam burung belatuk aku tengok.


“Betul kakkkkkk.” Balas mereka dengan harakat yang panjang. Eleyh! Aku tahulah baru balik mengaji. Toksah kot buat harakat panjang macam tu.


Okay! Siap korang kalau menipu akak. Akak bagi tok mudim. Biar disunatkan korang satu-satu! Lebih-lebih engkau botak! Dah pergi!” Balasku kepadanya mereka. Siap ugut lagi. Botak dah kecut perut dek aku. Dialah yang lari dulu. Tergelak besar aku dibuatnya.


Pon!



Pon!



Pon!



Erk! Itu Ustazah Laila. Ustazah Laila mengangkatkan tangannya padaku. Aku membalas dan tersenyum. Betullah kata budak-budak tu. Bagus-bagus. Tak menipu! Hehe. Aku hanya memandang kereta viva Ustzah Laila menghilang dari pandanganku.


“Tulah. Tak baik berparasangka buruk pada budak-budak tu. Baru balik mengaji tu cik adik oi.” Sindir satu suara garau kepadaku. Aku mendengus dan menoleh.


“Ish. Sibuk jelah pak cik ni. Saya bukan berprasangka buruk. Tetapi cuma berjaga-jaga sahaja. Mana tahu budak-budak tu ponteng ke apa. Mak bapak dia orang juga yang susah. Mula-mula ponteng sekolah Kafa. Lepas tu pula sekolah rendah. Pergi ke sekolah menengah. Lepas tu pula ke…”


“Okay! Okay! Dah…. Saya faham cik adik. Tak payah nak explain banyak-banyak sangat ok. Otak orang tua macam saya ni susah nak terima sikit.” Balasnya cepat-cepat kepadaku siap dengan kelima-lima tangannya ditunjukkan ke arahku tanda stop! Hahaha. Tahu mengaku kalah. Ni Andara lah anaknya Hj Rahman! Memang silap oranglah nak dibawa berdebat! Hehehe.






*******Cinta Encik Duda*******






HAYKAL yang sedang menunggu Tn Hj Ismail di depan keretanya tercengang apabila di datangi seorang pemuda. Nampak macam tak puas hati pun ada.



“Hoi……..”









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





********************************************




Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~





TOINK!








TOINK!








TOINK!








Hahahahaha~








Dah engkau kenapa?









Terencat????????









Hahahhahaha~







Hi ladies!







Kita jumpa lagi! Yay! Hehehehe. Sesungguhnya saya amat liat untuk mengupdate semalam.  J Sorry yerrrr mak inchik! Hehehehe. J So….. How was the story? Full entry untuk bab 1 J Lepas ni jap je lagi aku update bab 2 yach J Sorry kalau uols tak suke cerita baru I alls ni J Hikhikhik. Saborrr jer lah!

Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 1 ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYA… L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya……

Thanks for dropping by and please leave ur comment dear J Jangan serik nak baca CED yach J Ini baru the beginner. J Hehehe.





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ. J





Till then,










Sincerely,
            

13 comments:

  1. OK KELAKAR NAK LAGI CEPAT UPDET TAU TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi baby mio
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks dear

      Delete
  2. At last kluar juga cerita ne...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      akhirnyaaaa =)

      Delete
  3. Haykal ne pangkat pak cik ke? hahaha Tapi comel tau Andra ne kekeke nakal sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe a'ah kiranya mcm tu but xlah tua sgt hehe
      hyperactive hehe

      Delete
  4. best cerita di.. vil be waiting for next entry.. Kahwinkan mereka cepat2x tau... tak nak lama2x...Queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear =)
      hwaiting yach!
      hahaha akan dikahwinkan dgn secepatnya haha

      Delete
  5. Tq ratu..nak lagi best ah ;)

    ReplyDelete
  6. best...t smbg cpt2 tau..x sbr nk tahu seterusnya...hehehe...

    ReplyDelete
  7. best..dah baca skit pun dah rasa best sgt..tak sbr nak baca lagi...

    ReplyDelete
  8. akakkkk..!!! best la cita nie. sya bru baca bab 1. tapi syok gila. haha.. kreatif la akak.. ><

    ReplyDelete
  9. Boleh saya tahu macam mana Nak beli novel ini Ye??

    ReplyDelete