Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Tuesday 26 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 11








CINTA ENCIK DUDA BAB 11




Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.

(Hadith Shahih)


HAYKAL yang baru ingin memasuki Lamborghini Gallardo rona hitamnya  mengerutkan dahi memandang pemandangan di hadapannya. Ray Ban hitamnya dibuka dan mengetap bibirnya memandang dua insan yang sedang bertarik tangan itu.


            “Tolong!!!” Jerit Andra dan spontan mulutnya ditutupkan oleh lelaki itu. Spontan Haykal mengempal penumbuknya. Andra dan lelaki tadi didekati.


            “Lepaskan dia!” Jerit Haykal kasar.


            Buk!!!


            Tanpa amaran tubuh Alex rebah ke tanah tanpa sempat Alex memandang gerangan lelaki yang menjerit dan memukulnya. Andra pula terus ditarik ke dalam pelukan Haykal. Andra tergamam pabila berada di dalam pelukan hangat suaminya.


            “Pak cik…” Bisik Andra dan mengangkat wajahnya. Dia tahu itu Haykal kerana bau haruman tubuh Haykal dikenalinya. Jika menutup mata sekalipun dia pastikan dapat meneka siapa yang menyelamat dan memeluknya itu. Haykal yang sedang mencerlung tajam pada Alex yang merungut kesakitan kerana wajahnya ditumbuk oleh Haykal tadi memandang isterinya.


            “Sayang… Awak okay?” Soal Haykal risau. Wajah cantik isterinya dipandang. Begitu juga dengan tubuh isterinya. Takut-takut ada yang cedera kerana lelaki itu. Andra yang tidak dapat menahan terharunya terus memeluk tubuh suaminya.


            “Shhh… Abang ada.” Pujuk Haykal dan mengusap rambut isterinya.


            “Who the hell are you?!” Jerit Alex yang tersedar lelaki yang menumbuknya tadi sudah berpelukan dengan Andra. Malah gadis yang disayanginya itu tidak menolak malahan membalas pelukan tersebut. Haykal dan Andra yang sedang berpelukan mencerlung tajam kepada Alex.


            “I’m the one who should say like that. Who the hell are you?!” Balas Haykal tegang. Andra yang berada di dalam pelukannya hanya mendiamkan diri. Alex merengus dan berdiri walaupun payah. Bibirnya yang berdarah dipegang.



            “Let her go! Awak tak ada hak  nak sentuh dia!” Balas Alex dan cuba menarik tangan Andra namun Andra menolak dan Haykal menarik tangan isterinya. Alex sekali lagi ditumbuk dan Alex kembali jatuh ke tanah. Namun, kali ini tumbukan Haykal lebih kuat sehinggakan Alex menjerit kesakitan. Spontan Andra menutup mulutnya yang terlopong. Wajah suaminya dipandang. Nampak relaks. Tetapi, tumbukannya sungguh kuat sekali. Oh! Andra lupa! Haykal selalu menumbuk patching bag di dalam mini gym nya. Disebabkan itulah mungkin wajah kacak Alex menjadi sebegitu rupa.


           “Aku malas nak gunakan kekerasan. Tapi kau memang dah cabar kesabaran aku. Tangan dan tubuh ni hanya aku yang boleh sentuh…” Balas Haykal dan memeluk tubuh Andra di hadapan Alex. Membuatkan Alex terbuntang mata melihatnya. Lelaki kacak yang memeluk Andra itu kelihatan begitu rapat dengan Andra. Tengok sahaja bagaimana reaksi Andra. Gadis itu hanya membiarkan dirinya dipeluk dan membalas pelukan lelaki yang kemas memakai kot itu. Siapa lelaki itu? Kenapa Andra yang dikenali selama ini yang amat menjaga batas pergaulannya membiarkan lelaki lain memeluknya? Alex pasti lelaki itu bukanlah abi dan along Andra. Alex kenal mereka berdua kerana dia pernah melihat gambar keluarga Andra.


            “…dan kau? Kau tak ada hak nak sentuh dia! Jauhkan diri kau dari Andra kalau tak nak jadi apa-apa pada kau selepas ni! Mark my word dude!” Sambung Haykal dan mencerlung tajam pada Alex. Alex merengus geram. Haykal tergelak sinis dan gelengkan kepalanya. Bibirnya diketap. Hatinya tengah panas. Cuba mengawal perasaan marahnya itu. Jika diikutkan hati memang mati lelaki yang menyentuh isterinya itu. Siapa tak marah dan cemburu kalau isteri sendiri disentuh dan diganggu oleh lelaki lain.


            “Jom sayang…” Haykal menarik tangan Andra meninggalkan Alex di situ. Andra hanya menurut dan menoleh seketika melihat Alex yang merebahkan dirinya di atas jalan.


            “Jangan nak pandang lelaki lain lepas ni!” Balas Haykal geram dan memusingkan kepala Andra agar memandang ke depan. Boleh pula tolehkan kepala lagi melihat lelaki lain. Tak tahu ke yang encik suami tengah bengang. Andra mengetap bibirnya. Tahu Haykal tengah panas hatinya.


            “Masuk!” Arah Haykal dan membukakan pintu kereta Lamborghini Gallardo nya buat Andra. Andra tercengang. Kereta BMW 5 SERIES milik suaminya yang di parking tidak jauh dari kereta sport suaminya dipandang.


            “Ke…Kereta tu?” Soal Andra gagap dan menunjukkan kereta BMW hitam milik Haykal. Haykal turut memandang kereta BMW nya.


            “Biarkan di situ. Farid datang ambilkan nanti. Sekarang… Masuk!” Balas Haykal dan memandang isterinya. Kepalanya memandang ke dalam kereta tanda isyarat menyuruh isterinya masuk. Andra pula meneguk liurnya. Karakter Haykal berubah. Nampak serius. tidak seperti selalu. Andra mengikut kata suaminya. Masuk ke dalam kereta.


Di saat Andra ingin memakai tali pinggang keselamatan Haykal terlebih dahulu membantunya. Haykal membongkokkan tubuhnya dan menarik tali pinggang keselamatan buat isterinya. Andra pula terdiam. Tubuh Haykal saat ini begitu dekat sekali padanya. Jika berlaku sebarang pergerakan darinya pasti mereka akan bersentuhan. Sepanjang Haykal memakaikan tali pinggang keselamatan buat isterinya. Matanya tidak lepas dari memandang wajah cantik di hadapannya. Wajah cantik itu direnung. Haykal tidak tahu apa hubungan isterinya dengan lelaki tadi. Namun, dia pasti. Lelaki itu sukakan Andra. Lihat sahaja wajah cantik itu. Siapa yang tidak ingin memiliki Andra? Sewaktu di kampung dulupun dia sendiri ingin memilik gadis itu walaupun dia tahu itu hanyalah angan-angannya sahaja. Namun, tidak menyangka yang Allah Swt menjodohkan mereka.


Andra terdiam di saat Haykal mengeselkan hidung mancungnya dengan hidung Andra. Perbuatan selamba Haykal itu membuatkan Andra terpaku. Merah wajahnya kerana segan dengan suami sendiri. Entah kenapa, Andra merasa yang perbuatan suaminya itu agak romantic. Haykal. Penuh dengan spontannya. Haykal tersenyum di dalam hati. Tahu yang isterinya terkejut. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bisa membuat seperti itu. rambut Andra diusap lembut dan Haykal menutupkan pintu buat isterinya.


Haykal membetulkan kot kelabunya dan Ray Ban hitamnya kembali dipakai. Ketika berjalan masuk ke pintu pemandu Haykal sempat memandang sinis kepada Alex yang masih terbaring sakit itu. Haykal. Jika dibuka kembali kisahnya dahulu pasti Andra takkan percaya suaminya yang sopan dan beradab itu sebenarnya dulu adalah seorang ahli petinju. Tetapi itu dahulu. Sejarah silamnya. Yang lebih sukakan keseronokkan dan kebebasan. Sejak adanya Aira, Haykal mula berubah laku dan menjadi matang.







***CINTA ENCIK DUDA***






MAKKKKKKKK!!!!” Jerit Andra kuat.


            “Sabar sayang. Sikit je tu. Nanti okaylah…” Balas Haykal dan tersengih. Kepalanya digelengkan.


            “Sakitlah!” Jerit Andra kembali.



            KREAK!



            “ADUHHHHH!!!! Kak! Perlahanlah sikit kak! Sakitlah!” Jerit Andra kembali dan menjeling wanita yang sedang mengurutnya itu.


            “Tahan datin. Mula-mula memang sakit. Ianya memperbaik peredaran darah dan pengempaman oksigen dan nutrisi ke rangkaian otot datin.” Jelas wanita tadi. Andra mengeluh.


            “Itu bukannya nak mengepam oksigen ke apa kak. Tapi nak patahkan badan saya. Makkkkk!” Balas Andra dan kembali menjerit pabila sekali lagi badannya terasa sakit. Haykal yang sejak tadi tenang diurut oleh seorang lelaki tersenyum melihat isterinya. Memang pada mulanya berurut memang begitu. Jika lama-lama pasti sepertinya. Terasa tenang sahaja. Apatah lagi orang muda dan pelajar seperti Andra. Badannya banyak bergerak dan berkerja untuknya.


            “Siapa lelaki tadi tu?” Soal Haykal kepada isterinya di sisi. Andra yang sedang ditarik kedua-dua tangannya ke belakang itu menjerit sakit.


            “Alex!” Jerit Andra. Haykal tersenyum. Memang tujuannya membawa Andra di situ ada dua tujuan sebenarnya. Sambil merehatkan tubuh isterinya. Dia ingin bertanyakan soal lelaki tadi. Andra seperti tidak ingin bincangkan siapa gerangannya lelaki tadi.


            “Alex tu siapa?’ Korek Haykal kembali. Sekali lagi kedua-dua tangan Andra ditarik ke belakang sehinggakan Andra menjerit dibuatnya.
           

            “My ex!!!” Jerit Andra di luar sedar. Sakit ya amat! Rasa tulangnya ingin patah sahaja. Haykal mengetap bibirnya dan menyuruh pekerja lelaki spa yang mengurutnya tadi berhenti. Andra dipandang.


            “Kenapa break up?” Soal Haykal ingin tahu. Wajah isterinya yang kemerahan dipandang. Terasa kasihan. Niat nak suruh berhenti. Tapi telinganya panas pula mendengar lelaki tadi adalah bekas teman lelaki isterinya!


            “Arghhhhhh! He was cheated with the other girl behind me!” Balas andra Kuat dan mengalir air matanya kerana tubuhnya terasa sakit. Spontan Haykal mengangkat tangannya pada pekerja wanita tadi dan menyuruhnya berhenti. Haykal mengisyaratkan agar wanita tadi keluar dan wanita tadi akur. Haykal bangun dan memakai bathrobenya. Tubuh isterinya di katil sebelah di dekati. Tubuhnya didudukkan di tepi katil. Andra yang terbaring meniarap kelihatan lemah. Haykal mengeluh.


            “Andra masih ada perasaan apa-apa pada dia? Honestly to me…” Soal Haykal. Andra mengeluh. Dan menyandarkan kepalanya dilengannya. Terasa usapan tangan suaminya di belakangnya yang terdedah.


            “Tak adalah. Sumpah demi Allah Swt.” Sangkal Andra.


            “Then… Andra ada perasaan kat siapa?” Duga Haykal. Andra mengigit bibirnya. Tahu yang Haykal sedang menduganya.


            “Dengan Datuk Megat Haykal. Tapi sikit jelah. Perasan sayang sebab dia bagi saya kredit kad tanpa had! Hahahaha. Aduduh… Sakit….” Balas Andra dan tergelak namun mengadu sakit pabila tergelak tubuhnya turut sama terasa sakit. Spontan Haykal membesarkan matanya. Isterinya itu memang nakal. Bukan nakal biasa-biasa. Tahap gaban pula tu! Bunga yang mekar tadi dah mulai layu kembali!


            “Tulah… Jahat lagi dengan suami…” Balas Haykal geram dan mencubit pipi isterinya geram. Mengadu kesakitan Andra dibuatnya.


            “Sakitlah!” Marah Andra geram dan mendudukkan dirinya. Haykal yang melihat tubuh isterinya itu terdiam. Terpaku dan pelbagai ‘ter’ lagi. Andra yang hairan melihat suaminay yang terpaku memandang ke dadanya yang hanya ditutupi tuala itu menjerit kecil.


            “Hei! Gatallah!” Jerit Andra geram.





***CINTA ENCIK DUDA****






HAYKAL menghentikan keretanya di parking yang disediakan di taman permainan tersebut. Sekitar taman permainan dipandang. Keningnya dikerutkan dan Andra di sisinya dipandang. Isterinya itu kelihatan teruja sekali.


            “Kita nak buat apa di sini sayang?” Soal Haykal hairan. Tadi Andra yang beria-ria menyuruh Haykal berhenti di taman permainan tersebut. Andra di sisinya tersengih dan membukakan tali pinggang keselamatannya.


            “Adalah… Jom turun!” Balas Andra ceria dan membukakan pintu kereta. Haykal mengaru-garu kepalanya. Terakhir kali dia pergi ke taman permainan adalah ketika Aira berumur 10 tahun! Ulang balik. 10 tahun! Haykal membukakan tali pinggang keselamatannya dan keluar dari kereta.


            “Eh! Stop! Ada yang tak kena dengan view ni.” Balas Andra dan menyuruh Haykal berdiri di tempatnya dan memandang ke tubuh suaminya. Haykal mengerutkan dahi dan memandang tubuhnya yang tersarung kot dan seluar slack rona kelabu dan kemeja long sleeve rona putih itu. Ada yang pelik ke?


            “This? No! No! No!” Andra membuka kot Haykal dan haykal Hanya menurut. Andra memegang kot suaminya dan jari telunjuknya kembali diketuk ke dagunya.


            “Hurm. Yang ni buka.” Andra membukakan dua butang di atas kemeja long sleeve rona putih suaminya. Begitu juga dengan butang tangan baju kemejanya. Setelah itu dilipat sehingga ke lengan. Haykal hanya menurut sahaja.


            “Okay! Yang ni dah okayHandsome!” Balas Andra dan mengeyitkan matanya. Haykal hanya mengelengkan kepalanya. Nasiblah ada isteri yang hyperactive ni… Andra meletakkan kot Haykal ke dalam kereta.


            “Okay! Jom.” Ajak Andra dan menarik tangan Haykal ke taman permainan. Haykal hanya menurut walaupun berat hati. Mana tak berat. Hanya mereka sahaja yang tua di situ okay! Dan yang lebih detailnya hanya Haykal yang tua di situ. Yang lainnya budak-budak sahaja! Mahu tak lemah badan. Entah apa isterinya mahu lakukan. Dia hanya mampu turutkan. Selagi apa yang dilakukan oleh Andra tidak melanggar batas agama.


            “What the hell she wants to do?” Bisik Haykal perlahan dan mencengkak pingang memandang isterinya yang mengikat tinggi rambutnya dan membukakan high heels nya. Andra naik ke atas gelongsor dan masuk ke dalam gelongsor.

Playground =)



            “Yay!” Dengan wajah riangnya andra menjerit ceria dan tergelak sendiri. Haykal yang melihat spontan tersenyum kecil dan gelengkan kepalanya. Dia baru berkahwin dengan budak-budak ke? Sekali lagi Andra menaiki gelongsor dan Haykal memungut high heels isterinya. Kepalanya digelengkan. Tak padan dengan tua dan memakai skirt nya. Andra sungguh aktif!


            Haykal berdiri dan menyandarkan dirinya pada permainan yang terdapat di taman permainan tersebut dengan tangan sbeelah kanan dimasukkan ke dalam poket seluar slack nya dan tangan kirinya pula memegang high heels isterinya. Ray Ban hitamnya dikemaskan. Melihat Andra yang tertawa riang itu membuatkan Haykal jatuh sayang pada gadis itu. ENTAH kenapa. Melihat wajah ceria Andra samalah juga seperti melihat wajah bidadari. Cantik dan manis.


            “Mengelamun!” Sergah Andra yang berdiri di belakang Haykal di atas taman permainan tersebut. Terkjeut Haykal dibuatnya. Andra yang berada di atasnya dipandang dan gelongsor yang berada di depannya pula dipandang. Bukankah Andra di situ tadi? Aish! Asal boleh mengelamun ni. Dibuatnya isterinya hilang ke apa. Erk! Lagak isteri engkau budak kecil tak pandai nak jerit Haykal,. Hehe.


            “Bukan awak kat situ ke tadi?” Soal Haykal hairan dan mengaru kepalanya. Andra yang sedang menyandarkan kepalanya di pagar-pagar kecil yang terdapat di atas permaianan tersebut tergelak dan mendudukkan dirinya dengan kakinya terjuntai ke bawah. Dagu suaminya ditarik lembut ke sebelah kanan mereka. Menujukkan jambatan kecil yang manyambungkan permainan tersebut. Spontan Haykal tersenyum malu. Aduhai. Asal tak nampak tadi?


            “Fikirkan apa?” Soal Andra hairan dan membetulkan koler baju kemeja suaminya. Haykal tersenyum dan meletakkan high heels isterinya di sebelah Andra. Kedua-dua tangannya memeluk pinggang Andra. Takut isterinya terjatuh. Walaupun rendah. Tapi boleh tahan sakitnya. Sempat lagi skirt Andra yang ternaik sedikit dibetulkan. Andra hanya tersengih malu. Tahu yang Haykal memang geram jika dia memakai skirt.


            “Fikirkan isteri abang ni. Abang berkahwin dengan gadis berumur 22 tahun ke 2 tahun?” Balas Haykal dan mencuit hidung Andra. Andra tergelak malu. Tahu yang Haykal hairan melihat gelagat tak malunya itu. Bagaikan monyet mendapat pisang! Tapi nak buat bagaimana? Dah dia nak dekat setengah tahun tak menjejakkan kaki ke taman permainan! Terkahir kali adalah ketika dia menemankan achik dan acu jogging di taman permainan sekitar rumah mereka.


            “Pak cik rasa?” Soal Andra dan menaikkan keningnya. Haykal tersenyum.


            “Abang rasa abang berkahwin dengan gadis berumur 22 tahun dan budak berumur 2 tahun.” Balas Haykal dan tergelak pabila dengan spontan Andra memukul bahunya geram.


            “Jom!” Ajak Andra dan memegang high heels nya. Haykal mengerutkan dahi.


            “Ke mana?” Soal Haykal hairan. Andra tersengih.


            “Nak ke sana….” Balas Andra dan memuncungkan bibirnya ke buaian yang terletak elok. Haykal mengelengkan kepalanya. Otak tengah berfikir. Budak ni tak pandai penat ke apa? Bukan ke tadi mereka baru sahaja mengurut badan? Tadi bukan main mengadu sakit. Alih-alih boleh jadi hyperactive sebegitu balik.


            “Jom…” Balas Haykal dan menyuruh Andra naik ke belakangnya.


            “Errr. Tak pe ke? Saya berat….” Soal Andra malu. Haykal menoleh memandang isterinya dan mengangkat kening kanannya. Tubuh isterinya dipandang. Berat? Tang mana? Kecil molek je.


            “Taklah. Naiklah. Abang kuat tau…” Balas Haykal dan mengenyitkan matanya. Andra mencebir bibir. Tahulah suaminya kuat. Tengok sahaja tubuhnya. Tegap semamcam! Haha. Andra naik ke belakang suaminya dan mukanya di tutup dengan tangan kanan dan tangan kiri memeluk leher Haykal. Malu kerana Haykal memegang pahanya.


            “Malu?” Soal Haykal kepada isterinya sewaktu berjalan mendekati buaian. Sempat wajah isterinya dipandang. Jangankan Andra. Dia sendiri segan sbenarnya. First time dok kendong anak dara orang seperti itu. Terpegang pula paha isterinya yang melepak. Aduhai. Sabar sajalah Haykal. Dugaan….


            “Chill okay…” Bisik Haykal dan tersenyum kecil. Andra hanya diam. Gila tak diam. Dah laki engkau dok kendong bagai. Siap loving lah pula.


            “Take a sit my Queen..” Haykal mendudukkan isterinya di atas buaian. Ringan sungguh tubuh isterinya. Andra membetulkan skirt nya dan meleatkkan high heels nya di tepi. Haykal dipandang. Muka comel diberikan.


            “Nak buai….” Rengeknya manja. Haykal tersenyum kecil dan gelengkan kepalanya. Rasa seperti keluar dengan anak okay! Namun, diikutkan juga. Berdiri di belakang Andra dna menolak buaian isterinya.


            “Pak cik…” Panggil Andra lembut.


            “Ya…” Balas Haykal dan tetap membuai isterinya.


            “Kalau Amir tak perangkap kita. Pak cik rasa apa akan terjadi pada kita berdua? Kitakan kahwin juga ke?” Soal Andra tiba-tiba. Haykal terdiam. Sebenarnya dia sendiri pernah terfikirkan perosalan itu. Jikalau Amir tidak memerangkap mereka berdua. Adakah mereka berdua akan berkahwin? Mahukah Andra dengannya?


            “Kenapa Andra soal macam tu? Menyesal ke kahwin dengan abang?” Soal Haykal ingin tahu. Spontan Andra layangkan kedua-dua tangannya ke udara dan gelengkan kepalanya.


            “Takdelah! Saya saje je nak tanya…” Dalih Andra. Sejujurnya rasa menyesal itu tiada. Cuma belum dapat terima dengan seluruhnya. Haykal tersenyum kelat.


            “Sejujurnya abang sendiri tiada jawapan bagi soalan Andra. Jodoh dan petermuan itu di tangan Allah Swt. Jika sudah ditakdirkan kita tiada jodoh. Apa sahaja yang harus kita lakukan selain redha? Sebelum kita mengeluh bahawa kita punya masalah yang sulit. Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang lebih sulit di dalam hidupnya. Setiap apa yang berlaku di dalam dunia ini ada sebabnya Andra. Seperti yang Andra kata. Dan abang percaya. Perkahwinan kita juga ada hikmahnya…” Balas Haykal. Andra terdiam.Ada benarnya kata-kata Haykal itu. Pernah ke selama mereka berkahwin Haykal menyakitinya? Pernah ke selama mereka berkahwin Haykal tidak menjaga makan dan minumnya? Nafkah zahirnya? Errr… Batin may be next time… Semua itu sudah jelas yang dirinya bukanlah orang yang paling sulit di dunia ini. Masih banyak yang mengalami kesulitan di dunia ini. Seperti seorang gadis yang terpaksa dijual oleh bapanya sendiri bagi melangsaikan hutang. Dan dia? Fikir Andra!


            “Hurm… Jenny ada bagi idea pada Andra untuk kebahagiaan rumah tangga kita…” Luah Andra tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri. Haykal yang masih membuaikan isterinya mengerutkan dahi.


            “Apa?” Soalnya ingin tahu.  Andra mengigit bibirnya…


            “Make love with you…” Jelas Andra dan….


            “Pak cik!!!!!!!!!” Jerit Andra geram apabila dengan spontan Haykal tertolak tubuhnya jatuh tersembam ke atas tanah. Terbeliak mata Haykal dibuatnya. Terkejut punya pasal! Boleh pula isterinya jujur sebegitu sekali. Tengok apa dah jadi! Haha.


            “So….Sorry syaang… Sorry… Sakit?” Haykal cuba untuk menarik tangan Andra agar berdiri namun di tolak Andra. Gadis itu mencerlung tajam padanya.


            “Pak cik ni memang nak kena!” Jerit Andra dan spontan haykal melarikan diri pabila Andra ingin menerkamnya. Sehingga keliling taman mereka berkejaran. Pada mulanya diisi dengan kemarahan berubah dengan gelak tawa kegembiraan akibat fikiran yang mulai tenang dan ringan…..


            Hidup. Perlukan gelak dan tawa agar kehidupan merasa tenang dan bahagia….
            Jika hidup tanpa gelak dan tawa...
            Bukanlah hidup namanya......





***CINTA ENCIK DUDA****





AKU mengerutkan dahi memandang Aira yang sedang membaca majalah di atas meja dan terdapat segala jenis tepung dan ramuan sebagainya di atas meja. Apa budak ni nak buat? Aira yang tidak menyedari kehadiranku didekati.


           “Aira?” Panggilku lembut dan spontan Aira terkejut dan majalah tersebut jatuh. Tergelak aku dibuatnya.


            “Astagfirullah’alazim mummy! Terkejut tau Aira….” Balasnya geram. Aku mendekatinya dan mengutip majalah yang berada di atas lantai.



            “Alolorh… Kasihan anak mummy. Tengah buat apa ni?” Aku memberikan majalah tersebut kepadanya kembali dan mengusap belakangnya. Aira tersengih dan tunjukkan majalah kepadaku.

Macaroon


            “Macaroon?” Soalku hairan. Aira anggukkan kepalanya yakin. Aku mengaru leher.


            “Nak buat apa?” Soalku.


            “Makanlah mummy. Aira sukakan macaroon ni…” Balas Aira yakin. Aku tersenyum dan menaikkan keningku.


            “Anak mummy tahu ke bagaimana caranya nak buat macaroon?” Dugaku padanya. muka bukan kemain yakin lagi. Entah pandai ke tidak ni. Macaroon bukannya senang nak buat dik oi. That’s why harganya RM2.00 sebiji. Ya! RM2.00 sebiji yer puan-puan. Bukannya RM0.20 satu!


            “Eh. See the leg lah my. Ni ada buku resepi ni. Senang je!” Balas Aira bangga. Spontan aku menepuk dahiku. Aduhai! Tak pandai rupanya.


            “Pernah buat ke sebelum ni?” Soalku. Aira tersengih dan gelengkan kepalanya. Aku gelengkan kepala.


            “Nak mummy tolong tak?” Soalku padanya. Macaroon bukanlah kesukaanku. Akan tetapi, membuatnya aku tahu kerna ummi selalu buatkan si kembar kat rumah tu. Budak berdua tu cita rasa mereka berdua high class sikit. Bukan macam aku ni. Apa je sedap aku bedal. Okay lah kan? Kiranya aku ni tak memilih makanan. Erk! Ke engkau tak mengaku yang engkau kuat makan? Hahahaha. Yang ado der!



            “Eh! Tak payah! Tak payah! Mummy duduk kat situ ya. Biar Aira yang buatkan. I’m sure mummy pasti bangga dengan Aira.” Balas Aira cepat dan gelengkan kepalanya serta kedua-dua tangannya. Tubuhku ditolak lembut ke kerusi counter dan aku disuruh duduk di situ. Aku hanya menurut dan menyambut sebiji apple merah ke mulutku. Ish. Suruhlah aku diamlah tu. Budak ni.


            “Selamat datang saya ucapkan kepada Datin Andra ke rancangan memasak bersama saya Chef Aira. Hari ni saya akan membuat macaroon. My… Tepuklah tangan…” Aira memulakan rancangannya. Aku yang menjadi penontonnya tergelak besar namun aku ikutkan juga gila-gila anak tiriku itu. Aku tepukkan juga tanganku dan gelengkan kepalaku.


            “Okay-okay, bahan-bahannya adalah dua biji telur,gula kastor,almond powder dan gula aising.” Sambung Andra dan menujukkan bahan-bahannya. Aku yang sedang memakan apple mengerutkan dahiku.


            “Eh! Esen vanilla nya mana? Filling nya apa?” Soalku hairan. Spontan Aira menepuk dahinya dan tersengih.


            “Hehehe. Ada-ada. Aira lupa… Hehehe.” Balas Aira malu dna mengambil esen vanilla dan mengunakan chocolate sebagai filling. Aku hanya gelengkan kepalaku.


            “Mula-mula kita pecahkan dua biji telur ni dan lepas tu…” Belum sempat Aira menyambung kata-katanya aku pula kembali menyampuk.


            “Aira… Telur tu nak yang putih telur je sayang….” Tegurku padanya dan gelengkan kepala. Sekali lagi Aira menepuk dahinya.


            “Tak apa. Yang tu ketepikan dulu. Aira pecahkan telur balik.” Pujukku. Aira tersenyum memandangku.


            “Thanks my.” Balasnya dengan senyuman manis. Aku membalas dan turut tersenyum.


            “Betul ni tak nak mummy tolong?” Soalku kembali. Kasihan juga melihat Aira terkial-kial membuat macaroon tersebut. Aira pantas gelengkan kepalanya.


            “Tak nak. It’s okay. Aira nak cuba buat. Boleh ya my?” Balas Aira. Aku tersenyum dan anggukkan kepalaku. Bersemangat betul budak ni. Sepanjang Aira membuat macaroon nya. Aku teringatkan kembali kejadian tadi siang.


            “Hurm. Aira… Papa kata Aira akan sambung study kat RC. Betul ke?” Soalku padanya. Aira mengangkat wajahnya dan tersenyum. Kepalanya dianggukkan. Pabila ku Tanya mengapa pak cik boleh ada di collage tadi. Katanya dia temankan Aira. Namun, setelah itu Aira keluar bersama teman-temannya dan pak cik pun balik sendirian. Tapi tak tahu pula boleh jumpa aku. Kata pak cik mungkin gerak hati seorang suami. Ceh! Hahaha.



            “A’ah. Tadi Aira dan papa ke sanalah. Tuan pengarah collage tu kawan papa. Aira mendaftar dan papa jumpa dengan kawan dia. Nanti kita satu collage. Happy nya Aira.” Balas Aira teruja. Aku tersenyum manis. Betullah tu kata pak cik. Hairan juga bila pak cik tiba-tiba ada di collage. Rupanya temankan Aira mendaftar. Tak bagitahu aku pun. Kalau tak aku je temankan dia. Perghh! Ada macam mak mithali tak aku? Hahaha.


            “Me too. It’s going to be fun dear.” Balasku dan tersenyum,. Aira anggukakn kepalanya dan kembali menyambung kerjanya. Aku tersenyum. Nampak tak logic je mak tiri satu collage dengan anak tirikan? Tapi nak buat macam mana. Dah kenyataannya seperti itu.


            “Oh mak kau!” Latahku pabila pak cik dengan selamba mencium pipiku. Terkejut aku dibuatnya.


            “Pak cik! Terkejut tahu!” Balasku geram dan menapar lembut bahunya. Gila nak tampar kasar-kasar. Laki engkau kot! Tak dapat lempang. Dosa engkau dapat!


            “Pak cik! Pak cik!” Ejeknya dan mencuit daguku. Aku mencebir bibir. Pak cik mendudukan dirinya di sebelahku. Aira yang sedang membuat kerjanya dipandang. Keningnya dikerutkan. Tubuhnya didekatkan padaku.


            “Aira tengah buat apa tu?” Bisiknya ingin tahu. Aku tersengih.


            “Macaroon..” Jelasku dan kembali mengigit apple di tangan. Pak cik gelengkan kepala.


            “Trust me… Mesti tak jadi punya…” Balas pak cik yakin. Spontan aku mencubit pehanya.
                       

           
            “Jahat tahu! Tak yakin ke dengan Aira?” Balasku geram. Pak cik tergelak kecil.


            “Bukan setakat tak yakin. Tetapi pasti lagi Puan Andra. Aira manalah pandai sentuh-sentuh ni semua yang…” Balasnya dan spontan aku mengaru kepala. Wajah Aira tadi bukan main yakin lagi. Aduhai. Memah tak jadilah macaroon tu gamaknya. Macaroon tu boleh tahan susahnya.


            “Tak apa. Bagi dia peluang dulu. Mana tahu dapat.” Balasku yakin. Pak cik hanya mengangkat bahunya dan menarik tangan kananku yang memegang apple tadi. Digigit apple yang masih berada di tangaku. Terlopong aku dibuatnya.
                

“hei! Bekas sayalah…” Balasku geram. Tak ke geli ke apa dia ni? Pak cik hanya membuat bodoh.


            “Makan share kan sunnah nabi…” Balasnya selamba. Aku mendengus.


            “Tulah lelaki.Asal benda macam tu mesti kata ikut sunnah nabilah. Apalah. Sampaikan berkahwin empat pun nak ikut sunnah nabi. Sunnah nabilah sangat! Kalau dah gatal tu gatal juga. Kalau laki saya. Mahu terlantar dia di ward!” Balasku dan mengigit apple ku geram. Pak cik tergelak.


            “Isteriku Andra. Adakah sayang baru bagi amaran pada abang?” Soalnya dan menjungkitakn keningnya nakal. Aku merengus geram.


            “Tahu tak apa!” Balasku selamba dan pak cik kembali tergelak dan gelengkan kepalanya.


            “Sayang juga awak kat abang eh?” Soalnya nakal dan mengeyitkan matanya. Aku mencebik.


            “Choi! Tak de hal! Mengada!” Balasku geram. Pak cik tersenyum dan dekatkan bibirnya ditelingaku.


            “Tak nak ikut idea Jenny ke? Aira pun dah lama request nak adik….” Bisiknya nakal dan spontan mukaku berubah merah. Malu! Asal aku boleh kata macam tu pada dia tadi?! Sengal!


            “Takde maknya nak adik segala. Pak cik dah monopos! Hahahaha.” Balasku menutup malu dan tergelak. Terbeliak mata pak cik dibuatnya. Hahaha.


            “Awak cabar abang ya? Belum cuba belum tahu tau! Entah-entah berderet anak abang boleh bagi awak!” Balasnya bangga. Spontan aku menutup kedua-dua telingaku. Choi! Otak kuning betul! Rosakkan minda kanak-kanak ribena seperti aku je!


            “Choi! Tak nak dengar!” Balasku geram dan pak cik tergelak.






***CINTA ENCIK DUDA****






AKU berjalan keluar ke tepi kolam dan menyambut panggilan Jenny. Terdapat banyak panggilan darinya namun tidak ku sedari kerana hand phone ku berada di living room. Ketika masuk ke living room barulah aku perasankan panggilan dari Jenny itu.
           

            “Hello Jen. What’s up?” Sapaku padanya dan berdiri di tepi kolam. Tubuhku dipeluk dan sempat mataku memandang ke dalam rumah. Aira dan papanya sednag sibuk merasa macaroon yang aku buatkan. See! At the end, aku juga yang tolong buatkan. Betullah kata pak cik tu.


            “Wei! Buang hand phone mahal engkau tu ke tong sampah sekarang! Apa kes lambat sambut? Awal kot nak buat project!” Balas Jenny geram dan spontan aku tergelak. Tahu yang dia bengang denganku.


            “Alarh Jen. Kau harus faham orang yang dah kahwin ni Jen. Awal ke lambat. Tak kira babe.” Sakatku padanya dan kedengaran suara Jenny menjerit di hujung talian. Tergelak besar aku dibutanya.
           

            “Choi! Hal atas katil pun nak cerita kat aku ke?” Balas Jenny geram. Aku tergelak.


            “Gurau jelah sengal!” Balasku dan tersenyum.


            “Tahu…. Kau tu pengecut! Goda suami sendiri pun nak takut!” Sindir Jenny sinis. Spontan aku terbatuk.


            “Wei! Kau boleh tak bicang tentang hal lain dan jangan ‘hal’ tu? Ingat aku desperate sangat ke nak goda laki aku bagai!” Balasku geram. Kedengaran suara Jenny tergelak.


            “Tak takut suami kau kena rampas dek perempuan-perempuan kat luar tu? Datuk babe! Bukan datuk ada cucu. Tapi datuk ada duit! Mana perempuan tak suka!” Aku mengetap bibir. Batu api betul budak ni.


            “Jen…..” Balasku geram. Sekali lagi Jenny tergelak.


            “Okay! Okay! Aku gurau jelah. Tapi betullah apa yang aku katakan tu. Aku bagi nasihat je sebelum kau terlambat.. Oh ya. Apa cer tadi kat collage? Laki kau jadi hero eh?” Soal Jenny kepadaku. Spontan aku kerutkan dahi.


            “Macam mana kau tahu?” Soalku hairan. Setahuku aku tiada memberitahu apa-apa pun pada Jenny mengenai hal tadi.


            “Alex. Dia datang jumpa aku. Dia tanyakan soal lelaki yang selamatkan kau dan peluk kau. Kau nak tahu tak apa yang kata?” Balas Jenny.


            “Apa?” Soalku ingin tahu.


            “Dia ingatkan laki kau tu sugar daddy kau. Yalah. Kereta sport bagai. Kau pun dah guna BMW. Laki kau berumur pula. Mana Alex tak curious.” Jelas Jenny.


            “Choi! Ingat aku ni teruk sangat ke apa!” Balasku geram.


            “Tulah pasal!” Sokong Jenny.


            “So kau kata apa pada Alex?” Soalku padanya.


            “Aku katalah tak tahu apa-apa. Yalah. Kalau aku jawab tak tentu kang aku takut kau pula marah. Cakap jelah tak tahu. Boleh tahan eh tumbukan laki engkau. Lebam babe muka kacak dia tu!” Balas Jenny dan tergelak. Aku tersengih.


            “Baru padan dengan muka dia. Suka hati bagai nak sentuh aku. Kan dah kena sebiji dengan laki aku!” Balasku dan tergelak.


            “So sampai bila kau nak rahsiakan perkahwiann kau ni? Sekarang Alex dah mulai curiga dan anggap laki kau tu sugar daddy kau. Kau tak takut ke nanti satu collage dok buat fitnah tentang kau?” Soal Jenny risau. Aku mengeluh dan memainkan kakiku dengan air kolam.


            “Entahlah Jen. Aku belum ready lagi. Apa yang ada di dalam fikiran aku saat ini adalah. Kalau mereka dapat tahu aku dah kahwin ke apa. Terpulanglah. Aku tak kisah babe. Nak rahsia apa je? Kahwin kot. Bila perut aku dah memboyot nanti tak ke haru! Ingat aku buat maksiat pula!” Balasku malas.


            “Amboi! Jauh sungguh imaginasi datin kita yer! Nak perut bonyot bagai. Goda lakinya tak! Dahlah engkau! Tidur sana! Pakai seksi-seksi. Biar suami engkau meleleh tengok!” Balas jenny dan tergelak. Spontan aku menjerit kecil. Gila ke apa!







***CINTA ENCIK DUDA****






AKU yang ingin masuk ke dalam bilik tidur terhenti pabila melihat bilik yang menjadi tanda tanyaku sejak datang ke rumah ini. Bilik tersebut tidak pernah ku jejaki dan ku ketahui apa ada di dalamnya. Perasaan ingin tahuku berkobar-kobar.


            Aku mengetap bibir dan memandang pintu bilikku bersama pak cik. Patut tak aku masuk ke bilik tu tanpa meminta kebenaran suamiku? Tak salahkan? Kan? Kan? Dia kata rumah ni pun rumah aku juga. So, automatically aku bebaslah nak buat apa kat rumah ni kan? Err. Rasanya kot….


            Arghhh! Fikir kemudianlah. Sekarang ni hati aku meronta-ronta nak tahu apa yang ada di dalam bilik tu. TERAMAT nak tahu! Tanpa berlengah aku mendekati pintu bilik tersebut. Sempat aku menoleh dan memandang ke kiri dan ke kanan. Takut-takut jika ada sesiapa yang melihatku masuk ke bilik tersebut.


            Dengan lafaz bismillah. Aku membuka tombol pintu yang tidak berkunci dan membukanya. Keadaan bilik yang gelap memaksa aku terkial-kial mencari suis lampu. Pastinya di sebelah pintukan. Selalunya macam tu. Jadi dengan bijaknya aku meraba-raba dan ting! Aku tersenyum kecil pabila menjumpai suis lampu tersebut. Aku tekan dan…


            Ting!


            Spontan aku terdiam. Terdiam kerana rupanya aku berada di dalam bilik arwah isteri pak cik dan mama Aira. Kerana bilik yang ku masuk saat ini dipenuhi dengan gambarnya. Bilik tidur yang berona ungu itu kelihatan lembut sekali warnanya. Mungkin juga orangnya sebegitu. Aku mengerutkan dahi pabila tiada gambar kahwin pak cik dan mama Aira di situ.


            Sebuah bingkai besar aku dekati. Terdapat sebuah  gambar yang memaparkan figura seorang wanita. Orangnya cantik dan aku pasti itu adalah arwah isteri pak cik dan mama kepada Aira. Bibirku diketap dan dadaku disentuh. Entah kenapa, aku merasa semacam di dadaku. Adakah aku cemburu kerana arwah isteri pak cik cantik orangnya dan dia terlebih dahulu mendapat kasih sayang pak cik dariku?


            Hah! Kusut sekali ku rasa…. Aku memejamkan mataku agar dapat menenangkan hatiku. Relaks Andra. Kau tak berhak nak cemburu kerana engkau hanyalah isteri keduanya. Isteri yang dinikahi kerana terpaksa. Sedar diri Andra. Engkau tiada apa-apa jika nak dibandingkan dengan wanita di dalam gambar itu. Pastilah dia dan pak cik berkahwin kerna cinta bukan? Dah aku? Hurm….


            Aku mendudukan tubuhku di katil yang lembut tilamnya itu. Terasa selesa sekali. adakah ini bilik pak cik dan arwah isterinya dahulu? Kerna bilik ini juga agak besar walaupun tidak sebesar bilikku dan pak cik…


            Aku menjuntaikan kakiku ke bawah katil dan memandang ke sekelilingku. Adakah arwah mama Aira memarahiku mengambil tempatnya seperti yang nenek Aira katakan? Aku tidak layak mengantikan tempat isterinya. Betulkah?


            “Erk?” Aku mengerutkan dahi pabila tertendangkan sesuatu di bawah katil. Bendanya agak kesar. Aku mengetap bibir,. Erk! Hantu ke? Ish! Simpang! Dengan buat-buat beraninya aku duduk melutut di bawah katil dan menundukkan tubuhku sedikit. Lapis tilam yang berjuntai ditarik dan keningku dikerutkan pabila melihat benda kasar tadi adalah…


            “Diary?” Soalku hairan dan mengambil diary hitam tersebut. Kelihatan agak berhabuk sedikit. Mungkin kerna lama berada di situ. Tetapi kenapa diletakka di bawah katil? Adakah sengaja ataupun terjatuh?


            Aku kembali mendudukkan diriku di atas katil dan memandang ke diary hitam di tanganku. Diary tersebut disentuh dan dengan lafaz bismillah aku membukanya. Terukir nama seseorang di situ dengan tulisan rona emas.


            “Megat Haykal” Bisikku perlahan. Ini adalah diary pak cik? Aku meneguk liurku. Apakaha kebenaran yang akan aku ketahui jika membaca diary ini? Layakkah aku membacanya dan tidakkah aku bersalah jika membacanya nanti?


            Perlahan-lahan aku membuka diary tersebut dan menyelaknya hingga ke tengah. Aku mengetap bibir dengan apa yang ku baca. Keningku dikerutkan tidak percaya…


            Perkahwinanku hanyalah di atas kertas.
            Pada dasarnya, aku dan Zahlia hanyalah orang asing.
            Ke mana perginya dia?           
            Dengan siapa?
            Aku tidak ingin tahu itu semua…


            Aku mengetap bibir. Apa maksud curahan hati pak cik itu? Zahlia itu isterinya pak cik? Kenapa hubungan mereka seperti dingin? Curahan hati pak cik tadi membuatkan aku semakin bekobar-kobar ingin meneruskan bacaanku.


            Hari ini…
            Zahlia pengsan dan dia didapati mengandung.
            Zahlia ingin mengugurkan kandungan itu kerna katanya itu bukanlah anakku.
            Aku tahu bagaimana liarnya Zahlia diluar.
            Bersosial dan berpeleseran dengan pelbagai lelaki hingga ke ranjang.
            Namun, ku halang…
            Anak itu tidak bersalah!
            Dayuskah aku?
            Adakah semua ini salahku?
            Adakah anak yang berada di kandungan Zahlia adalah anakku sedangkan aku hanya menyentuhnya sekali di dalam malam pertamaku dan dia…..


            “Astagfirullah’alazim….” Spontan itu yang terluah dari bibirku. Apa maksudnya? Adakah Aira bukan anak kandung pak cik? Astagfirullah’alazim… Sesungguhnya aku menyesal membaca diary ini Ya Allah Swt….


            “Andra?”






B.E.R.S.A.M.B.U.N.G




********************************************************



ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA J





TOINK!








TOINK!









TOINK!








Hi ladies!








Ye! Ye! Sayer tahu sayer salah L








Sekali lagi saya lambat! Huhuhu….








MAAFKAN SAYA L








How was the story? Best? Interesting? Boring? Dang? Hahahaha. J Okay! Firstly, aku nak say S O R R Y sebab aku lambat update CED 11. Again huh? Huhuhuhu…. Aku harap uols faham J M A A F ya? Aku hanyalah manusia biasa yang punya kekurangan diri…. Tapi I alls tahu. Kawan-kawan I alls semua sporting dan faham I alls kan? Kan? Kan? Hehehe. Ketara snagat nak bodek! Hakhakhkak J




L  A D I E S ,
CED 11? Okay, bab yang happening dan sweet je. Padan dengan muka Alex! Whahaha. Nampaknya Haykal Nampak saja tenang orangnya. Rupanya panas baran juga pabila ‘hak miliknya’ diganggu. Normallah kan? Suami mana yang tak marah… Peace! Hehe. J CED 11? Taklah seberat CED 10 kan? Tapi….. Yang mejadi TANDA TANYA di sini adalah DIARY KERAMAT itu!!! Wuharghhhh~ Nampak sulit je kan hubungan mereka? Hahaha. Don’t worry. Seperti yang aku kata. Karya aku adalah sebuah karya yang tak banyak konflik. Kalau ada pun ciput je! Saje je nak bermanja dengan uols! J Hahaha. Aku sendiri tak sukakan KONFLIK. Bosan der! Hahaha. T A H N I A H kepada yang dapat meneka dengan betul! J Yay! Nah gulagula! Hehehe. Yang tidak… Please try again. Hihihi. J Engkau ingat ni kuiz ke apa! Haha.




Oh ya, thanks pada yang sudi menunggu CED ni. Dari ke pagi hingga ke malam. L
 S O R R Y…  Juga kerana sanggup tunggu walaupun aku late update. Thanks uols for your support J Much appreciated it! Tak tahu nak balas macam mana J T H A N K S sayang… Sorry juga sebab aku late update. L Uols memang rock! J Aku ♥ Uols!




Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 11  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Oh ya! Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J



Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J







Till then,












Sincerely,



34 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaa.. suka3.. nk lg.. heh3.. btw. thnx ratu..

    fiqa

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI FIQA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hehehe T H A N K S dear =)

      most wc too

      Delete
  2. Bonjour!! =) i really love this chapter santai dan bersahaja.suka sangat2 dengan karya awak ehehhehe.apakah yang terjadi selepas andra mmbca diary megat haykal dup dup dup...ehehe berdegup jantungku menunggu chapter 12 eheh.alex ne kan memang nak makan pelempang lah geramnya..hehe suka2 jer dia pegang andra.the best line for today bila andra kata "Make Love"haha tut..haha blushing bila bca tdai kekeke.sambung2 tak sabo den nak baco kekek.=) tq wakkkk ur the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Bonjour~

      hehe T H A N K S dear =)

      dupdudpdup jantung den! hehe

      haha adakah pelempang boleh dimkan dan ianya sejenis makanan?
      haha just jokes! =)

      Hahahahaaha
      wahhhhh~
      kite pula blushing dek awak hhihi =)

      T H A N K S wak =)

      Delete
  3. nak lagi cik ratu..tp2 ari tunggu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear


      T H A N K S syg!
      terharu awak tgu tiap hari =)

      hehe hwaiting ya

      Delete
  4. Tq cik writer 4 the n3 sweet sgt...akhirnya kebenaran terbongkar, mintak2 andra lps ni lebih menghargai haykal Dan menerima sepenuh hati....nak lagi ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI EEYTA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      most wc dear n T H A N K S juga =)

      hihi btl2 =)
      okay dear

      Delete
  5. heheheh..lawak betul. cepat2 la sambung...tak sabar nak tau ape jd ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear


      hehhe lawak ke dear?
      hihihi =)

      okay dear
      T H A N K S ya =)

      Delete
  6. Aduhhhhhhhhhhhhhh seksanya bila stop part klimakssss...

    BTW..sukaAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA SangATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
    MERCIIIIIIIIIIIIIII RATUUUUUUUUUUUUUUU
    CEPAT SAMBUNG YER>>>>>>>>>>>>>>>>>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      THANKSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

      SYGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

      OKAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY

      =)


      HAHAHAHA PANJANGKAN =)

      Delete
  7. OMG...OMG...cerita nie betul2 buat i teruja....hehe...just like ACK...and i want more. Next e3 pls...TQ Ratu...well x merasa sangat la Aira & Andra g RC sama2 kan coz Andra dah nk practical kat HM Holding (HM to stand for Megat Haykal kan..:)ngee...)

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI COL
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      OEMJIEEEE~

      hahahaha =)

      T H A N K S syg =)
      happy kite dgr
      hehe

      Okay dear
      akan di update! hehe =)

      most wc dear

      hahaha a'ah kan.
      pandai col!
      Hehehe =)

      bijak sungguh dia. eheh =)

      Delete
  8. Best....best sungguh.... Tak sabar nak tunggu bila andra mula jatuh cinta dgn pokcik. Dan bila pokcik nak " ikat" andra... Hihihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear


      T H A N K S sungguh dear =)

      hahahaha N A K A L tahu!

      Delete
  9. membace sambil tersenyumm
    akhirnya apakah andra sayang akan encik duda yang hot 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NZLYNA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear


      Hahahaha
      yay!
      awak senyum!
      kite suke!=)

      HEHEHEHE

      Delete
  10. alah, suspennya, nak lagi hehe........

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI TIARA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      hehe suspend ke dear?
      okay dear
      hwaiting ya =)

      Delete
  11. tq ratu
    entry yg best
    padan muka alex sape suh pegang tangan andra kan dah kena ngan pakcik haikal...
    andra pun dah sayang kat pakcik kan bila lgi diorg nak brsatu ni...
    bolh pulak andra cakap pakcik dah monopos...x cuba mane tau
    wah pakcik gatal eh nak buat anak ramai2....
    pas ni andra n aira slalu bersama la....

    tersingkap sudah rahsia pakcik...
    knp xnk berterus terang je ngan andra kan dah kantoi....
    aira bukan anak pakcik ke....
    cian aira...
    apa jdi pas ni...
    xkan andra kene marah ngan pakcik kot...
    mcmn pakcik blh kawin ngan x wife dia...

    next plz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      most wc dear =)

      hehehe tulah pasal! siapa suruh! ehhe

      haha tang tu yg xtahan nk gelak!
      adakah monpos!
      haha pak cik gian sbb ada aira sorang je nk juga rc anak bnyk hehe


      hehe ya tsgkap sudah
      hehehe akan dileraikan d n3 seterusnya =)

      Delete
  12. kesian dgn pakcik, rupanya perkahwinan pertamanya penuh
    dgn kepura-puraan. Andra tak kesian ke dgn pakcik bila
    dh baca diary pakcik... tak sedihke perjalanan hidup
    pakcik yg sebenarnya? semuga Andra pandai mengambil hati
    pakcik dn dapat membina sebuah keluarga yg bahagia kan Ratu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANOR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      a'ah dear kasihan je =(
      xsgka yg pak cik ble ada kisah sdh mcm tu huhu
      wahh~
      aku pula emo! hehe

      betulbetulbetul!
      andra spttnya memainkan peranannya sbgi isteri hehe

      Delete
  13. Replies
    1. HI BABY MIO
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear


      Okay dear =)

      Delete
  14. best lar..jangan bagi Haykal & Andra gaduh.....Nervous lah...nak tunggu episode seterusnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI CHE LAILA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      T H A N K S syg =)
      hehe tenangkan diri okay =)
      hihihi

      Delete
  15. cian pakcik... harap2x lepas ni hidup pakcik akan sentiasa happy.. Queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI QUEEN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      kasihankan dear
      amin~ hehe =)

      Delete
  16. tq ratu!!
    serius tip top writing cik ratu kite ni...
    x sngka kan mama aira liar cm zahida..nasb baek heykal x kwen ngn ipar dia 2..klo x, jadi pak anggup ag la gamak nye..
    kn btol telahan heykal y datin andra x berape nk pecaya y mama aira mati coz cancer..hebt datin kite ni..finally dpt tau gk kbnrannye..solute u datin!!!
    datuk heykal,jgn mrh kt andra ye...msti dtg idea giler datin kite ni pujuk+goda heykal coz dh ceroboh blik mama aira....
    super duper xbr nk tunggu next n3...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NIJA_JAJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Heee T H A N K S syg! =)
      terharu~
      hehe

      itulah pasal. kasihan haykal dan aira kan huhuhu
      tulah. dua2 sama je! eh! aku pula emo! hihi =)

      hehe hebat datin kite kan. hyperactive! hehe

      hehe bc n3 CED 12 ya. lucu bila datin tkt dmarahi datuk hehehe

      T H A N K S syg

      Delete
  17. la pulak dah... rupanya bukan anak betul megat lah ni? eh andra punya mulut memang sedia ada x berinsuran ke? selamba katak dia kata pakcik menopos. hiss2~ nasib baik pakcik x marah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RINSYARYC
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ahaks
      sebenarnyakan.....
      tet!!!
      hihi =P

      ahaks!
      andra mmg mulut xde insurans hehe
      monoposlah sgt nnti pak cik 'try' baru tahu haha

      Delete