Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Wednesday 27 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 12







CINTA ENCIK DUDA BAB 12




Rasulullah [SallAllahu Alayhi WaSallam] said,
"Do not be people without minds of your own, saying that if others treat you well - you will treat them well, and that if they do wrong - you will do wrong. Instead, accustom yourselves to do good if people do good and not to do wrong if they do evil." [Al-Tirmidhi #1325]





HAYKAL mengerutkan dahi memandang isterinya yang duduk di atas katil bilik arwah isterinya itu. Puas di cari rupanya berada di dalam bilik arwah tersebut. Wajah isterinya yang kelihatan pucat dan takut-takut itu didekati.


            “Andra buat apa kat sini?” Soal Haykal hairan dan memandang ke sekeliling bilik yang pernah didudukinya dahulu. Andra meneguk liurnya. Kecut perut sebenarnya. Takut-takut jika suaminya marah kerana dia memasuki bilik tersebut tanpa izin suaminya. Kedua-dua tangannya yang disimpan di belakang kerana memegang diary tersebut dan di masukkan ke dalam baju tidurnya. Takut jika di nampak oleh Haykal.


            “Errr. Andra… Hurm. Andra…” Jawab Andra gagap dan mengaru lehernya. Haykal menghembuskan nafas beratnya. Isterinya didekati.


            “Penat abang cari awak. Rupanya awak kat sini.” Balas Haykal. Mahu satu rumah dia mencari isterinya itu. Tempat pertama dicarinya pastilah dapur. Kerna isterinya itu gemar memasak dan membuat kek. Sehinggakan ke mini gym nya Andra tetap tiada di situ.


            “Err. Maaf. Andra masuk kat dalam bilik ni tanpa izin pak cik….” Balas Andra serba salah dan menundukkan wajahnya. Haykal tersenyum nipis. Tubuh isterinya didekati. Dagu Andra ditarik lembut dan Haykal merenung mata cantik itu.


            “Tak apa… Abang tak marah. Rumah ni rumah Andra juga.” Balas Haykal lembut dan mengosok lembut rambut isterinya. Andra tersenyum kecil.


            “Jom tidur…” Ajak Haykal dan menarik tangan isterinya agar berdiri. Namun Andra mencebir bibirnya.


            “Nak dukung….” Balas Andra manja dna mendepakan kedua-dua tangannya. Haykal tergelak. Isterinya memang nakal dan manja. Sempat hidung mancung isterinya dicuit sebelum Haykal menundukkan tubuhnya agar selaras dengan Andra yang sedang duduk di atas katil.


            “Naik…” Arah Haykal dan menyuruh isterinya naik ke belakangnya. Andra tersengih. Diary yang berada di belakangnya diperbetulkan dan perlahan-lahan dia menaiki belakang suaminya. Nasiblah memakai baju dan seluar tidur malam ini. Jika memakai gown tidur? Tak ke haru tu. Haha.


            “Ready?” Soal Haykal lembut pada isterinya dan mendekatkan kepalanya pada kepala isterinya yang menyandarkan dagunya pada bahu Haykal. Andra tersenyum dan anggukkan kepalanya. Kedua-dua tangannya dilingkarkan ke leher suaminya.


            “Dah…” Balas Andra ceria. Haykal tersenyum kecil dan berdiri. Tubuh isteirnya di bawa keluar dan pintu bilik arwah isterinya ditutup kembali. Entah kenapa, dia kaku untuk berbual mengenai arwah isterinya itu dengan Andra. Haykal ingin melupakan hal lalu dan meneruskan kehidupan dengan kisah baru bersama Andra dan Aira. Dia mungkin bukanlah suami yang baik sebelum ini. Namun kini, dia tidak ingin mengulangi kesalahan yang sama. Andra adalah amanah dan tanggungjawab yang diberikan olehnya. Harus dijaga dengan baik. Jika ada kekurangan pada Andra. Maka dia akan melengkapi kekurangan itu. Jika ada kekurangan pada dirinya pula maka Andra lah yang akan melengkapi kekurangannya itu.


            Sepanjang berada di dukungan suaminya, Andra lebih suka mendiamkan diri dan merenung wajah kacak lelaki yang bergelar suaminya itu. Teringat kembali curahan hati suaminya di dalam diary hitam itu. Membuatkan Andra jatuh kasihan pada lelaki itu. Lelaki itu kelihatan tenang. Namun, Andra pasti Haykal pernah mengalami kekecewaan. Masih banyak yang belum diketahui oleh Andra mengenai suaminya itu.


            Haykal menjeling isterinya yang ralit merenungnya itu. Naik segan Haykal dibuatnya. Renungan Andra membuatnya malu sendiri. Dia pasti Andra sedang ralit merenungnya. Gadis itu juga hanya diamkan diri. Tidak sebecok selalu. Kenapa? Adakah kerana Andra memasuki bilik arwah Zahlia tadi?


            “Sayang baring ya…” Arah Haykal lembut dan meletakkan isterinya ke atas katil perlahan-lahan. Comforter yang berada di hujung katil king size mereka di tarik lembut dan diselimutkan ke tubuh isterinya. Haykal mendudukkan dirinya di sebelah isterinya. Gadis itu hanya diam memandangnya. Haykal tersenyum kecil. Rambut isterinya dibelai lembut. Perlahan-lahan wajahnya didekatkan pada wajah isterinya. Hidung mancungnya digeselkan pada hidung mancung Andra. Entah kenapa, dia gemar membuat seperti begitu.


            Spontan Andra tersedar dari lamunannya dan terasa wajahnya disimbah dengan minyak! Terasa panas! Malu pabila suaminya dengan selamba mengeselkan hidung mereka. Mungkin bagi sesetengah pasangan suami isteri perkara itu hanya biasa-biasa sahaja. Namun, tidak Andra. Perbuatan suaminya itu dirsakan begitu romantic dan bagaikan ingin mengodanya. Spontan jantungnya mengepam dengan lebih laju dari biasanya. Seperti baru dilambung ke udara dan terasa gayat. Perutnya seperti ada rama-rama berterbangan di situ. Terlalu lama dia berkhayal sampaikan tidak sedar dia sudah berada di atas katil mereka.


            Haykal tersenyum dan ingin berdiri. Sempat rambut isterinya dibelai lembut. Namun, belum sempat dia berlalu tangannya ditarik lembut oleh Andra. Membuatkan Haykal hairan sendiri dan kembali mendudukkan dirinya di sisi isterinya.


            “Nak ke mana?” Soal Andra manja. Hairan melihat suaminya yang berdiri itu. Haykal tersenyum dan membelai pipi mulus isterinya.


            “Abang nak simpankan jam ni dulu sayang… Kenapa?” Jelas Haykal dan menujukkan jam tangan jenama Rolex nya. Dia punya pelbagai koleksi jam berjenama dan jam-jam tersebut adalah nyawanya. Bagaikan wanita yang tidak dapat dipisahkan dengan barang kemas. Begitu jugalah Haykal. Tidak dapat dipisahkan dengan jam tangan mahal dan berjenamanya. Bukan ratusan ringgit. Tetapi beribu malah ada yang berpuluh ribu harganya.


            Andra mengigit bibirnya. Termalu sendiri sebenarnya. Ingatkan suaminya ingin meninggalkan dia di situ. Haha! Adeh! Buat malu sahaja! Ketara sangat nak mengedik dengan suami sendiri.


            “Errr. Okay…” Balas Andra dan menarik comforter lalu ditutupkan sekali dengan kepalanya. Tergelak kecil Haykal dibuatnya. Ditarik lembut comforter tersebut dan diletakkan kemas ke tubuh isterinya.


            “Nanti lemas yang….” Sakat Haykal dan kenyitkan matanya. Andra mencebir bibirnya dan memandang Haykal yang sudah berdiri dan mendekati meja solek. Laci kedua dibuka. Dia tahu di situ tersimpan segala jenis jam mahal suaminya. Bapak banyak! Along dan abinya juga tidak sebegitu. Memang Haykal fanatic dengan jam tangan.


            Andra memandang ke siling bilik. Nafasnya dihelakan. Rasa menyesal membaca diary hitam itu. Namun pada masa yang sama hatinya berkobar-kobar untuk mengetahui apakah isi diary itu. Hatinya begitu meronta-ronta ingin tahu apakah kisah hidup suaminya dan benarkah Aira yang comel itu bukan anak Haykal?


            “Sayang?” Panggil Haykal lembut kepada isterinya yang mengelamun itu. Spontan Andra tersentak dan memandnag suaminya yang sudah baring di sisinya. Tangan kanan suaminya yang dihulurkan di pandang. Itu menandakan yang suaminya ingin tidur. Selalunya sebelum tidur mereka akan saling menyalam dan bermaafan. Kata Haykal, ajal itu datangnya sukar diduga. Silap-silap semasa kita tidur ajal boleh menjemput kita. Oleh kerana itu, Haykal gemar bermaafan sebelum tidur agar hatinya tenang dan Andra pula bagaikan sudah terbiasa. Hanya mengikut.


            “Abang minta maaf di atas apa yang terjadi hari ni. Sama ada abang buat sengaja mahupun tak sengaja. Maafkan abang ya? Kita jadikan hari esok lebih baik dari hari ini. Sama-sama membaiki diri kita sendiri…. Ya sayang?” Bisik Haykal lembut pabla huluran salamnya disambut oleh isterinya. Andra tersenyum nipis dan anggukkan kepalanya.


            “Andra pun minta maaf jika ada yang Andra buat hari ni buat pak cik rasa marahkan Andra dan guriskan hati pak cik. In Shaa Allah. Andra akan perbaiki diri Andra….” Balas Andra lembut dan mengucup tangan suaminya. Haykal tersenyum manis. Kepala isterinya diusap lembut.


            “Abang maafkan…” Balas Haykal lembut dan memandang mata isterinya. Andra membalas renungan suaminya dan perlahan-lahan Andra mendekatkan bibirnya pada pipi Haykal. Dikucup lembut kedua-dua pipi itu. Entah kenapa, dia merasa ingin memanjai suaminya.


            “Thanks…” Balas Andra pendek dan tersenyum sebelum membaringkan tubuhnya kembali. Comforter ditarik dan matanya ditutup dengan selamba tanpa memandang wajah tercengang suaminya. Sedangkan di dalam hati dah dup dap dup dap menahan debar!


            Haykal yang tercengang dengan perbuatan selamba isterinya tadi memegang kedua-dua pipinya dan memandang isterinya yang sudah memejamkan mata itu dengan pandangan tidak percaya. Andra mencium kedua-dua pipinya?! Okay! Taklah sampai cium di bibir. Namun, sekurang-kurangnya isterinya menciumnya tanpa paksaan dan kerelaan isterinya sendiri. Perlahan-lahan bibir Haykal mengukirkan senyuman.Adakah Andra sudah mulai menerimanya? Kepalanya digelengkan dan dia baringkan dirinya di sebelah isterinya. Sempat Andra dipandang seketika sebelum menaburkan pandangannya pada siling bilik. Perlahan-lahan lampu bilik mereka dmatikan dengan remote control. Hanya membiarkan cahaya suram dari lampu tidur menerangi bilik mereka.


            Andra yang perasan akan suaminya sudah membaringkan dirinya di sebelah Andra dan bilik yang kini sudah mulai diterangai dengan lampu tidur sahaja membuka mata kanannya perlahan dan menjeling suaminya yang yang berkahyal itu. Andra tersenyum di dalam hati. Pastilah Haykal hairan akan perubahan dirinya. Buang tebiat ke apa tetiba nak kiss suami engkau? Mahu tak terkejut dia! Hahaha. Adeh! Matanya kembali ditutupkan dan bibirnya mengukirkan senyuman kecil.







***CINTA ENCIK DUDA****





You should listen this =')


HUJUNG minggu yang dimulakan dengan solat subuh berjemaah bersama-sama Pak Tam, Abang Farid, Mak Yam dan Kak Lina di bilik solat. Solat subuh yang diimamkan oleh suamiku sendiri membuatkan aku sebak seketika. Bukan tidak pernah dia mengimami solat berjemaah kami. Malah selalu. Namun, entah kenapa hari ini aku tiba-tiba merasa sebak… Mungkin, kerana diary hitamnya yang sudah ku khatamkan subuh tadi diwaktu dia sedang nyenyak dengan tidurnya.


            Aku membuka mataku dan melihat suamiku di sisi. Tubuhku di angkat sedikit dan didekatkan dengannya. Wajah kacaknya begitu tenang dan lena sekali. Dada sasanya yang hanya memakai singlet itu naik turun kerana nafasnya yang dihelakan. Tanganku dilayangkan ke atas matanya. Ingin melihat sama ada dia sudah tidur ataupun tidak. Aku tersneyum pabila pak cik tidak memberi apa-apa reaksi.


            Perlahan-lahan aku mengambil diary yang kusembunyikan di belakang tubuhku. Mak ngaih! Tak selsesa! Boleh pula ada benda keras di belakang engkau yang sedang tidur. Diary hitam tadi ku letakkan di ribaku. Tubuhku aku dudukkan dan menyandarkan tubuhku di kepala katil. Diary mula dibuka dan menyambung membaca curahan hati suamiku.


            Hari ni genap sebulan zahlia keluar dari rumah,
            Entah kenapa,
            Aku sebagai suami tidak kisah akan dirinya,
            Cuma,
            Satu di mindaku saat ini,      
            Iaitu ‘ANAK’,
            Anak yang berada di kandungannya,
            Sihatkah bayi itu?
            Haruskah aku mengikut kata Zahlia yang meminta aku menceraikan dia?


            Aku mengetap bibir dan memandang suamiku di sisi. Kenapa pak cik bagaikan tidak memperdulikan isterinya? Adakah arwah mama Aira begitu teruk sikapnya sehinggakan pak cik sendiri tidak ingin tahu ke mana perginya mama Aira melainkan bayi yang dikandung oleh arwah isterinya?


            Ya Allah Swt,
            Tunjukkan aku jalan lurusmu,
            Berikanlah aku petunjuk di atas musibah yang ku hadapi,
            Zahlia kembali padaku dengan berita yang benar-benar menguji kesabaranku dan keegoanku sebagai seorang suami dan lelaki.
            Zahlia disahkan menghidap penyakit HIV positive dan dia kembali padaku untuk meminta kemaafan dariku dan memintaku menjaga anak yang akan dilahirkan olehnya nanti…
            Wanita itu mengakui dia meniduri banyak lelaki namun tetap mengambil langkah-langkah keselamatan agar dia tidak termengandungkan anak lelaki lain.
            Walau tiada cintaku buatnya, walau aku tidak memperdulikan dirinya dan walaupun aku bencikan dirinya,
            Aku tetap setia dan tidak mengkhianati ikatan perkahwinan ini…
            Namun dia???
            Adakah aku bisa percaya yang anak didalam kandungnnya adalah anakku?



            Spontan aku menutup mulutku dengan mata yang mulai berair. Wajah pak cik di sisi yang sedang lena tidurnya dipandang. Begitu teruk sekali sikap arwah isterinya dan pak cik? Pak cik yang harus menanggung semua itu…. HIV positive? Adakah kerana itu pak cik tidak gemar menceritakan soal isterinya padaku? Cancer? Adakah itu hanya satu alasan sahaja? Ya Allah Swt… Selama ini, hnaya memperlihatkan seorang isteri yang diuji oleh suaminya. Namun, di hadapan mataku saat ini adalah seorang suami yang diuji oleh isterinya….


            Zahlia sudah melahirkan kandungannya,
            Ianya seorang bayi perempuan yang comel,
            Alhamdulilah,
            Ianya selamat dari penyakit ibunya,
            Pertama kali ku melihat wajahnya aku sudah mulai jatuh sayang pada bayi yang suci itu,
            Azamku ditanam,
            Puteri Hairana binti Megat Haykal,
            Akan menjadi anakku sampai bila-bila walau sekalipun terbukti dirinya bukanlah darah dagingku…
            Yang pasti,
            Aku tidak akan membuat sebarang ujian kerna ku takut mengetahui kenyataan yang benar…


            Aku tersenyum kecil. Baiknya hati lelaki ini… Sanggup menjaga anak yang tidak pasti darah dagingnya ataupun tidak. Wajahny aku dekati. Rambutnya yang menutup dahinya ku elus lembut. Perlahan-lahan tubuhku aku dekatkan padanya. Dahinya ku kucup lembut. Menyalurkan rasa kasih dan semangatku padanya. Adakah lagi lelaki sepertinya?



            Aku sedar aku bukanlah umat yang baik,
            Aku juga bukanlah seorang suami yang baik,
            Namun,
            Aku harap dengan menjaga dan memberi kemaafan buat Zahlia hatiku dan hatinya kan tenang,
            Aku sering kali berulang alik dari hospital dan rumah demi menjaganya dan puteriku Aira,
            Keluargaku mahupun keluarganya juga tidak mengetahui penaykitnya,
            Itu janjiku pada Zahlia,
            Alhamdulilah,
            Zahlia mulai sedar akan kesilapannya selama ini,
            Betapa hanyutnya dia dengan keseronokkan duniawi,
            Namun entah kenapa,
            Perasaan cinta dna sayang buatnya tiada sama sekali walaupun aku sudah mencuba,
            Maafkan aku…
            Hati ini mungkin bukan miliknya,
            Milik siapa?
            Aku sendiri tidak tahu….



            Aku teringat satu kata-kata. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. Itu yang aku dapat katakana mengenai suamiku. Walau isterinya berlaku curang dan sebagainya. Dia tetap memaafkan dan menerima siterinya kembali… Betapa mulianya hati seorang suami…Mungkin itu dikatakan, syurga seorang isteri adalah pada suaminya….



            Zahlia telah pergi meninggalkan aku dan Aira,
            Perginya meninggalkan seorang puteri yang comel kepadaku,
            Pesanan terakhirnya masih ku ingat dan kan ku semat di dadaku,
            Jagakan Aira buatnya dan jangan biarkan Aira menjadi seperti ibunya,
            Kerna Zahlia sedar kini bahwa keseronokan duniawi tidak akan membawa apa-apa kelebihan kepada kita di akhirat nanti,
            Ketika maut memanggil amal dan ibadat kitalah yang menjadi teman,
            Bukan harta benda mahupun keseronokan duniawi,
            Air mataku menitis di saat nafas terakhirnya Zahlia meminta maaf dariku dan memanggilku abang,
            Ya abang,
            Selama perkahwinan kami dia lebih suka mengunakan ganti nama diri ‘I’ dan ‘YOU’,
            Aku pula menggunakan ‘AKU’ dan ‘KAU’,
            Menujukkan lagi betapa jauhnya jurang hubungan kami,
            Mungkin kerna itu hubungan kami tidak semesra dan sebahgia pasnagan lain,
            Pergilah isteriku,
            Aku halalkan semuanya dan aku maafkan segala silapmu,
            Aku doakanmu ditempatkan dengan golongan-golongan yang beriman,
            Amin~
           


            Aku menutup dairy hitam tersebut dan menutup mulutku. Mengelak dari senduku didengar dan memanggu tidur pak cik. Entah kenapa, aku merasa terharu dengan curahan hati suamiku.Tempat seorang isteri itu adalah di sisi suaminya. Setiap apa yang dilakukan haruslah dengan keredhaan suami dan izinnya. Ya. Aku masih ingat nasihat ummi kepadaku. Adakah kerna itu pak cik menyuruhku mengelarnya abang dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami? Menegur silapku? Adakah kerana pak cik tidak mengingini aku menjadi seperti arwah isterinya? Tiada manusia yang sempurna di muka dunia ini. Semuanya dilairkan dengan kekurangan masing-masing. Begitu juga dengan pak cik. Namun, dia sudah berusaha sedaya yang boleh untuk menjaga arwah isterinya. Jika aku sendiri ditempatnya pasti aku tidak sanggup….



Diceritakan dari Nabi SAW bahwa baginda bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang sabar atas budi pekerti isterinya yang buruk, maka Allah memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub a.s karena sabar atas cobaan-Nya."



            “Sayang?” Panggil pak cik padaku dan menyedarkan aku kembali di dunia yang nyata. Spontan aku memandangnya yang tersenyum di hadapanku. Aira,Pak Mat, Abang Farid, Mak Yam dan Kak Lina sudah keluar dari bilik solat. Hanya aku dan dia tinggal di situ. Tangannya mendarat di dahiku.


            “Kenapa ni? Awak sakit ya? Diam je dari tadi…” Soalnya risau dan mengusap pipiku pula. Aku hanya diam dan memandangnya. Mataku mulai kabur pabila teringatkan kembali segala keperitannya selama ini… Adakah kerna itu dia tidak mendirikan rumah tangga lagi?


            “Hei… Kenapa menangis ni? Sakit kat mana?” Soalnya cemas dan memegang kedua-dua pipiku. Dielus lembut air mataku yang jatuh ke pipi. Aku mengelengkan kepalaku dan menerpa ke dalam pelukannya. Melempiaskan tangisanku di dada sasanya dan menginsafi betapa jahatnya aku sebagai isteri melayannya dengan buruk selama ini. Walau berkahwin tanpa cinta. Sebagai sorang isteri aku harus menjalankan tanggungjawabku. Islam tidak meminimakan tanggungjawab seseorang isteri itu dengan hanya alasan tiada perasaan kasih dan sayang. Walau siapapun kita. Walau berbedanya kita. Walau tiada perasaan kasih dan sayang di antara kita. Tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami harus dijalankan…


            Sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


            Bukanlah meminta umatnya bersujud pada kaki suaminya. Namun, itu hanya simboliknya sahaja. Betapa tingginya martabat seorang suami. Harus dihormati dan disanjungi. Suami adalah ketua keluarga. Dia membimbing isteri dan anak-anaknya ke jalan kebaikan. Tugas seorang suami amatlah berat kerana suami mengalas dosa-dosa yang dibuat oleh isteri dan anak perempuannya. Walau sedikt dosa yang isteri lakukan maka sang suamilah yang akan mengalasnya. Betapa beratnya tanggungjawab seorang suami itu.







****CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL memandang isterinya di sebelah dan Aira di belakang. Sejak tadi pagi perlakuan isterinya mulai berubah. Kurang ceria dan sering mengelamun. Perkara yang ditakutinya. Kata Haniff orang yang ceria dan hyperactive seperti isterinya pabila punya masalah, marah mahupun merajuk merupakan orang yang paling susah ditakuti kerana pabila mereka ceria mereka akan seceria yang mereka boleh. Namun, pabila mereka sedih. perwatakan mereka akan bertukar menjadi pendiam. Pendiam yang sediamnya. Sekarang? Haykal akui itu. Sejak subuh tadi. Dia mulai risau dengan perubahan Andra. Mengelamun dan menangis. Kenapa?


            “Kita nak ke mana ni?” Soal Haykal kepada isterinya dan memegang jemari isterinya yang sedang mengelamun dan memandang keluar itu. Di hujung minggu seperti itu Aira mencadangkan mereka bertiga keluar bersama. Pastinya menemani Aira membeli kelengkapannya untuk ke memulakaan hari pertamanya di collage esok hari. Digenggam lembut jemari kiri isterinya dan dibawa dekat pada bibirnya. Dikucup lembut dan dengan tangan yang masih mengenggam jemari isterinya Haykal meletakkan jemari mereka di atas pehanya.


            “Arh?” Soal Andra bingung. Suaminya seperti berkata sesuatu. Namun, tidak dapat ditangkapnya apa. Tangannya yang berada di gengaman dan atas peha suaminya hanya dpandang. Haykal tersenyum.


            “Abang tanya, kita nak ke mana ni? Any idea?” Soal Haykal kembali. Saja ingin membawa isterinya yang gemar coleteh itu berbual. Dia lebih sanggup menadah telinga dan mendengar suara Andra yang bercerita itu ini dan menyakatnya dari melihat gadis itu kaku dan diamkan diri. Andra mengetap bibir dan menoleh ke belakang.
           

            “I don’t know. Aira? Nak ke mana?” Soal Andra pada Aira di belakang mereka pula. Aira yang sedang melayan Ipadnya menangkat wajahnya dan tersengih.


            “Tengok wayang nak?” Soal Aira ceria dan mendekatkan dirinya ditengah-tengah kerusi kereta diantara papanya dan mummynya. Spontan Andra dan Haykal saling berpandangan.


            “Papa nak ke?” Soal Andra kepada suaminya dan menaikkan keningnya. Haykal spontan tersenyum kecil. Entah kenapa, rasa sedap je dipanggil papa oleh Andra. Tapi bila difikirkan balik tak sedap pula! Bayangkan jika orang lain mendengar? Mahu disangka isterinya muda belia itu anaknya! Tak nak! Hahaha.


            “Yes. Sure. Anything for my princess…” Balas Haykal dan mengenyitkan matanya pada Aira. Aira tergelak dan mencium pipi papanya manja. Andra yang melihat situasi itu tersenyum. Hubungan Haykal dan Aira begitu rapat sekali. Andra tidak kisah. Aira anak Haykal mahupun tidak. Kerna dia sudah jatuh sayang pada gadis itu.


Land Rover LRX 


            Setelah Haykal memarkingkan Land Rover LRX hitamnya  di parking lot yang disediakan di dalam mall tersebut mereka bertiga menapak masuk ke dalam mall. Pada mulanya hanya Aira yang memeluk lengan papanya dan Andra hanya berjalan seperti biasa. Gila apa nak buat gaya manja seperti Aira. Peluk lengan bagai. Pastilah Andra malu! Namun, tanpa Andra duga dengan spontan Haykal menarik jemari tangan kanannya dan digengam. Pabila Andra memandang wajah kacak suaminya. Suaminya tidak membalas namun ada senyuman di bibir itu. Andra tersenyum kecil. Kepalanya digelengkan. Boleh tahan juga nakal orang tua ni. Hehehe.


            Haykal tersenyum kecil. Tahu isterinya sedang merenungnya. Gila ke apa nak lepaskan tangan bini seperti itu sahaja. Masuk saja ke mall tadi, mata-mata lelaki tertumpu kepada isterinya yang cantik memakai lace mini dress rona hitam itu.Suami mana tak panas hati dan cemburu pabila isteri sendiri menjadi tumpuan mata-mata para lelaki mata keranjang. Isterinya memang cantik dan …. Seksi! Seksa Haykal dibuatnya.


            Mereka bertiga masuk ke butik muslimah. Aira yang ingin masuk ke situ kerana ingin menambah koleksi baju kurungnya. Peraturan Ralph collage, enam bulan pertama diwajibkan memakai baju kurung bagi yang perempuannya. Setelah itu barulah diberikan kelonggaran. Haruslah Aira memborong baju kurung yang terdapat di butik tersebut. Berlainan dengan Andra dahulu. Ummi nya mempunyai butik sendiri. Senanglah baginya. Hahaha.


            Ketika Aira sedang ralit ditemani oleh pekerja butik tersebut untuk memilih baju kurung kesukaannya. Andra pula melihat-lihat pashmina yang terdapat di butik tersebut. Haykal menyuruhnya mengambil apa sahaja yang diingininya. Namun, Andra menolak dengan baik. Rasanya di rumah ummi dan abinya tak cukup satu almari segala baju-baju kurungnya. Tak termasuk jubbah,kaftan,kebaya dan sebagainya.


            Tangannya ligat menyentuh satu-satu pashmina yang terdapat pelbagai warna dan corak. Bibirnya mengukirkan senyuman. Dia suka melihat wanita muslimah memakai hijab. Akan tetapi, untuk memakainya dia sendiri belum punya kekuatan. Abi kata tidak perlu menunggu kekuatan dan keikhlasan kerna ianya harus dipaksa. Bermula dengan paksaan dan nantinya berakhir dengan keihkhlasan. Namun dia belum bersedia untuk itu semua.


            Andra mengambil sehelai pashmina yang berona pink dan bercorak hitam. Didekati cermin besar di hadapannya dan perlahan-lahan dipakaikan ke kepalanya. Disangkutkan ke bahu dan memandang ke depan cermin tersebut.


            “Cantik….” Puji Haykal yang berada di belakangnya. Kedua-dua bahunya dipegang oleh Haykal dan HAYKAL memberikan senyuman manis buat isterinya. Sejujurnya Andra cantik jika mengenakan hijab dikepalanya. Namun, Haykal tahu, darah muda seperti isterinya pasti susah untuk berubah. Haykal pasti jika perlahan-lahan diberi nasihat pasti Andra kan mulai sedar. Sedangkan besi yang keras pun jika dipanaskan pastikan cair juga apatah lagi manusia. Sejak tadi dia yang duduk di sofa yang disediakan di butik tersebut memerhati isterinya. Andra yang mendengar pujian suaminya itu tersenyum kecil. Tahu Haykal mengharap dia memakai hijab.


            “…dan lebih cantik jika kecantikan ini hanya untuk abang seorang….” Bisik Haykal lembut. Andra tersenyum kelat dan menundukkan wajahnya.


            “Mummy… Cantik tak?” Panggil Aira pada Andra dan spontan Andra dan Haykal berpaling dan memandang Aira. Andra mengukirkan senyumannya.


            “Cantik sangat anak mummy…” Puji Andra ikhlas. Memang Aira nampak cantik dengan baju kurung moden tersebut. Aira tersenyum lebar. Gembira pabila Andra memujinya.


            “Yay! Sayang mummy!” Balas Aira ceria dan memeluk Andra. Kedua-dua pipi Andra diciumnya. Tergelak bahagia Andra dibuatnya. Haykal yang melihat turut tersenyum. Keakraban Andra dan Aira membuatkan hatinya lega.


            “Mummy je? Papa?” Soal Haykal dan menaikkan keningnya. Aira tergelak dan memeluk papanya pula. Kedua-dua pipi Haykal dicium.


            “Sayang papa juga! You are the most handsome boyfriend I’ve!” Balas Aira dan tergelak. Haykal dan Andra juga sama.







***CINTA ENCIK DUDA****






JENNY yang menapak masuk ke dalam restaurant bersama temannya Micheal mengerutkan dahi memandang wajah cantik yang duduk bersama seorang lelaki dan seorang gadis di satu sudut restaurant tersebut. Jenny mengembungkan kedua-dua pipinya. Dia pasti siapa gadis itu.


            “Why?” Soal Micheal teman lelaki Jenny hairan pabila melihat Jenny memandang tepat kepada gadis cantik yang memakai dress rona hitam di hujung sana.


            “I think itu my friend lah.” Balas Jenny pasti dan memuncungkan bibirnya ke arah yang di lihatnya tadi. Micheal turut sama memandang ke arah yang Jenny katakan. Memang cantik gadis itu. Malah tidak terlampau jika Micheal mengatakan bahawa gadis itu berganda cantiknya dari Jenny.

           
            “She’s beautiful…” Puji Micheal diluar sedar. Spontan Jenny menjelingnya.


            “Yes and she is married dude!” Balas Jenny geram dan berdiri.


            “I tegur dia sekejap. You tunggu kat sini ya.” Jelas Jenny dan mendekati meja gadis cantik itu.


            “Hi babe!” Sapa Jenny dan menaikkan keningnya nakal. Spontan Andra yang sedang minum terbatuk. Terkejut tahap gaban melihat Jenny di hadapannya kini. Haykal pula spontan mengusap belakang isterinya. Tisu dihulurkan dan Andra menyambut.


            “Hi! Kau buat apa kat sini?” Soal Andra bodoh. Jenny tergelak.


            “Nak main bola. Kau?” Sindir Jenny dan tergelak. Saja mengenakan Andra. Spontan Andra mencebik dan membesarkan matanya. Tubuhnya dibawa berdiri dan membalas lagaan pipi dengan Jenny.


            “Siapa ni? Tak nak kenalkan aku dengan handsome guy and cute girl ni ke?” Soal Jenny gedik. Haykal dan Aira dipandang. Sejujurnya, dia akui lelaki yang duduk di sebelah Andra tadi amat kacak! Kalah kacaknya si Micheal. Walaupun sudah berusia namun wajahnya masih kacak. Pasti itu adalah suami Andra. Terasa tidak percaya melihat lelaki berumur 40 tahun masih kelihatan muda dan kacak.


            “Errr. Kenalkan babe, ni suami aku, Megat Haykal dan ni anak dara aku, Puteri Aira. Hurm. Yang ni Jenny or you can call her Jen. She was my bestfriend.” Andra memperkenalkan Haykal dan Aira kepada Jenny.


            ‘Since high school tau!” Sambung Jenny dan Haykal tersenyum. Jenny temannya Andra memang sebiji dengan Andra. Nakal dan suka menyakat. Tak hairanlah mereka menjadi teman baik.


            “Hi datuk, Aira, saya Jen. Nice to meet you…” Sapa Jenny kepada kedua-duanya dan menundukkan kepalanya tanda hormat. Haykal dan Aira turut menganggukkan kepala mereka.


            “Nice to meet you too miss Jenny.” Balas Haykal sopan. Jenny menaikkan keningnya nakal pada Andra dan menyigung bahu gadis itu.


            “Gentleman siot!” Bisik Jenny nakal dan Andra tergelak. Pinggang Jenny dicubitnya nakal.


            “Kau datang dengan siapa? Mind to join us?” Soal Andra dan mengajak Jenny menyertai mereka. Namun, cepat-cepat Jenny menolak.


            “Nahhh. It’s okay. Aku dengan boyfriend baru. Tu. Micheal. Kawan abang aku. Okay ke?” Balas Jenny dan menunjukkan Michael yang sedang duduk tidak jauh dari mereka. Michael yang perasan mereka memandangnya menganggukkan kepalanya tanda hormat. Mereka juga membalas begitu.


            “Not bad. Chinese juga ke?” Komen Andra. Haykal menjeling isterinya. Terasa ingin dicucuk saja mata isterinya itu. Boleh pula pandang lelaki lain dan siap komen bagai.


            “A’ah. Okaylah dari takde kan. Aku try je dulu. Kalau okay aku go on lah. Penat babe nak tunggu Andrew. Dia pula nak kat kau… Eh!” Balas Jenny dan spontan dia menutup mulutnya pabila kakinya dipijak oleh high heels Andra.Mata Andra dibesarkan. Haykal yang mendengar spontan panas telinganya. Lelaki mana lagi ni?


            “Errr. Takpelah datuk, Aira. Saya pergi dulu ya. Bye babe!” Balas Jenny cepat-cepat dan meminta diri. Jika menunggu lama mahu kakinya bengkak dek Andra.







***CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL duduk di tengah-tengah di antara anaknya dan isterinya. Wayang Khurafat menjadi pilihan dua gadis itu. Haykal? Hanya menurut. Dah dua lawan satu. Diam jelah. Jika diikutkan hati dia memang jarang menonton wayang. Di pawagam mahupun di rumah. Masanya banyak dihabiskan dengan kerja dan Aira.


            “Siapa Andrew?” Bisik Haykal kepada isterinya. Aira leka menonoton wayang dihadapan mereka dengan pop corn nya. Andra menoleh ke sisi dan memandang suaminya. Keningnya dikerutkan.


            “Arh?” Soal Andra hairan. Tidak mendengar sebenarnya. Haykal mendekatkan tubuhnya pada isterinya dan berbisik.


            “Siapa Andrew?” Soalnya ingin tahu. Okay! Seriously, dia lelaki. Perasaan cemburu tu automatic ada okay! Walau dia cuba menyembunyikan perasaan itu. Tetap tak dapat nak menipu. Andra tersenyum kecil.


            “Kenapa? Jealous?” Duga Andra dan menaikkan keningnya nakal. Wajah suaminya direnung. Spontan Haykal memandang ke depan.


            “Errr. Takdelah!” Balasnya cepat. Andra tergelak kecil dan menyentuh jemari suaminya.


            “Andrew bukan siapa-siapa pada saya. Saya sayang abang je…” Balas Andra lembut dan mengenyitkan matanya nakal. Spontan Haykal terdiam. Okay! Dia tak salah dengarkan? Isterinya mengatakan bahawa dia sayangkan Haykal dan… Abang?


            “Pandang depan sayang…” Balas Andra dan menolak wajah suaminya agar memandang ke depan dengan lembut. Tahu yang suaminya terkejut dengan statement nya tadi. Hahaha. Tak salahkan sayangkan suami snediri? Abang? Entah! Tiba-tiba keluar dari bibirnya.


            Haykal memandang isterinya di sisi. Wajah itu kelihatan tenang sahaja. Entahlah, adakah Andra jujur dengan apa yang dikatakan olehya tadi ataupun hanya ingin menyakatnya? Andra. Suka menyakat. Jadi pabila timbul hal-hal seperti ini, dia sendiri tidak pasti adakah gadis itu jujur dan ikhlas.


            “Arhhhhhhh!” Jerit Aira dan Andra serentak dan memeluk lengan Haykal. Jangankan mereka berdua, Haykal sendiri juga terkejut. Bukan terkjeut kerana hantu keluar. Akan tetapi, terkejut kerana kedua-duanya menjerit ketika dia sedang leka mengelamun. Boleh kata satu panggung saat itu menjerit. Itu yang dia tidak sukakan pabila menonton di panggung wayang. Bising!


            “Tadi nak sangat tengok….” Sindir Haykal dan menjeling kedua-duanya yang menyembamkan wajah mereka ke bahu Haykal. Perempuan. Semangat lebih nak tengok pada mulanya. Namun, pabila hantu mulai keluar mulailah menjerit takut. Aira dan Andra. kedua-duanya sama sahaja.


            “Hantu tu dah hilang ke pa?” Soal Aira sambil menutup matanya. Haykal tergelak.


            “Dah…” Balasnya dan spontan Andra dan Aira membuka mata dan…


            “Mak!!!” Jerit kedua-duanya serentak pabila dibuka sahaja mata hantu pun keluar. Spontan Andra memukul lengan suaminya.


            “Jahatlah!”Marahnya geram. Haykal tergelak kecil.


            “Nak juga tengok. Tapi tutup mata. Nanti malam mimpi buruk baru tahu!” Sindir Haykal. Andra mencebik dan memandang suaminya.


            “Alarh… Apa susah… Suami saya nikan ada. Peluklah kuat-kuat….” Balas Andra nakal dan tergelak. Haykal tersenyum.


            “Kalau abang tak nak peluk?” Sakatnya. Andra tersenyum.


            “Andra peluk juga! Macam ni!” Balas Andra dan mengeratkan pelukannya.Haykal tersenyum dan mencium dahi isterinya. Nakal sekali.







***CINTA ENCIK DUDA****






AKU mengigit bibirku sambil keluar dari bilik air. Perutku terasa sakit sekali. Terasa nak terpecah pun ada! Pabila di cheack rupanya hurm…. Bendera Jepun! Asal bendera Jepun je mesti aku sengugut punya. Rasanya seperti nak gigit kayu je bagi hilang sakit tu.


            Handbag Prada rona hitamku yang berada di meja solek di ambil dan aku duduk di atas katil. Tangan kanan memegang perut dan tangan kiri membuka zip handbag. Setelah itu handbag diangkat dan digoyang-goyangkana agar semua hartaku jatuh. Dah tak larat nak selak satu-satu. Bibirku kembali digigit. Pil ubat sengugutku sudah habis. Selalunya pil itu ku ambil untuk meredahkan kesakitan perutku. Terasa seperti ingin menangis pun ada.


            Saat ini ummi amatlah diperlukan. Selalunya ummi yang akan menjagaku tika aku mengalami kesakitan seperti ini setiap bulan. Oh! Betapa rindu dan sayangnya aku pada ummi. Selalu menjaga akan kesihatan anak daranya ini. Aduhai….


            Nasib sahaja aku punya stock pad. Jika tidak mahu aku menebalkan muka meminta pada Aira. Jika tidak pun meminta pak cik membelikan pad! Waghhh! Malu!
           

            “Aduh….” Aduku sakit dan memegang perutku kembali. Sakit sekali sehinggakan aku mendudukan diriku di atas lantai. Kepalaku pula aku sandarkan di atas katil. Berharap kesakitan yang ku alami mulai redah.






****CINTA ENCIK DUDA***






HAYKAL yang menapak masuk ke dalam bilik mengerutkan dahinya. Gelap sahaja tanpa sebarang cahaya lampu. Setahunya Andra berada di dalam bilik selepas makan malam tadi. Haykal mulai rasa cemas pabila teringatkan wajah pucat isterinya tadi. Terasa lemah dan tidak selesa. Pabila Andra meminta diri untuk naik dia benarkan sahaja. Tak sanggup nak memaksa isterinya itu untuk makan. Andra memahami. Isterinya itu siap meminta maaf kerana tidak menemani dan melayannya makan seperti selalu. Namun, Haykal faham. Andra juga perlu rehat. Mungkin kerana penat seharian menghabiskan masa di mall dan shopping.


            Suis lampu dinyalakan dan matanya menangkap susuk tubuh isterinya yang duduk di atas lantai dan membaringkan kepalanya di atas katil. Kenapa dengan Andra? Haykal mulai rasa cemas. Tubuh isterinya didekati.


            “Andra? Kenapa ni?” Soal Haykal cemas dan duduk di sisi Andra. Sempat matanya menjeling segala barang-barang Andra yang berada di dalam handbag di taburkan di atas tilam.Tangan kirinya yang memegang sebotol ubat juga membuatkannya semakin risau. Rambut isterinya dibelai.


            “Sayang… Kenapa ni? Bangun sayang…” Panggil Haykal dan mengoyangkan lembut tubuh Andra. Takut-takut jika ada apa-apa terjadi pada isterinya. Andra memberikan respond dan bangun dari tidurnya dengan mata yang sepet kerana menangis.


            “Hei… Kenapa ni?” Soal Haykal lembut dan memegang kedua-dua pipi isterinya lembut. Bibir itu kelihatan pucat. Matanya pula sembab. Andra spontan memeluk suaminya.


            “Sakit…” Adu Andra dan mengeratkan pelukannya. Haykal membalas dan mengusap belakang isterinya. Bahu isterinya yang terdedah kerana mamkai gown tidur itu diusap.


            “Sakit kat mana? Bagi tahu abang…” Soal Haykal lembut. Kedengaran suara isterinya serak.


            “Sakit kat….” Kata-kata Andra terhenti. Malu ingin menyebutnya. Malu ingin berkongsi mengenai hal dalamannnya bersama sang suaminya. Haykal mengerutkan dahinya dan menolak tubuhh istrinya lembut darinya. Dagu itu dipaut lembut.


            “Sakit kat mana?” Soal Haykal kembali. Andra menunduk.


            “Andra… Bagi tahu abang sayang. Sakit kat mana?” Soal Haykal lembut dan mengusap kedua-dua pipi isterinya yang lembab. Andra mengetap bibirnya. Tahu yang dia tiada pilihan lain selain memberitahu suaminya. Tubuhnya didekatkan pada Haykal dan bibirnya didekatkan pada telinga suaminya.


            “Andra sengugut.. Period…” Jelas Andra manja dan menyandarkan kepalanya di bahu Haykal.  Matanya ditutupkan. Haykal yang mendengar penjelasan istrinya tersenyum kecil. Patutlah malu nak bagitahu. Dijajah rupanya oleh Jepun. Hahaha.


            “Andra ada ubat?” Soal Haykal prihatin. Isterinya gelengkan kepala.


            “Andra baring dulu okay. Abang carikan Andra ubat…” Balas Haykal dan tangan kanannya mengemaskan katil mereka yang dipenuhi dengan barang-barang milik isterinya. Perfumed, make up, tisu,Ipad,Samsung s2,sunglasses dan purse. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Banyak gila barang yang dibawa oleh isterinya. Tapi rasanya Haykal tidak hairan. Wanita memang begitu.   


            Setelah barang-barang isterinya dikemaskan dan dimasukkan ke dalam handbag. Handbag diletakkan di atas lantai. Kemudian, tubuh isterinya dicempung dan diletakkan di atas katil. Gadis itu hanya memejamkan matanya dan memegang perut. Pasti sakit.


            “Sayang tunggu sekejap ya…” Bisik Haykal pada isterinya dan mencium dahi Andra lembut.


            Tubuhnya dibawa turun ke tingkat bawah. Dapur menjadi destinasi utamanya. Haykal mengambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Halia kemudiannya dimasukkan ke dalam segelas air suam agar halianya menghendap. Setelah itu cabinet dapur dibuka dan tungku elektrik diambil sebelum naik kembali ke dalam biliknya.


            Setelah masuk ke dalam bilik, Haykal meletakkan tungku tadi di atas meja bersama air halianya. Isterinya yang memejamkan matanya namun masih bangun itu disentuh Haykal.


            “Sayang… Bangun sayang.” Panggil Haykal lembut dan mengusap lembut rambut Andra. Andra membukakan matanya perlahan di saat namanya dipanggil. Wajah suaminya dipandang dengan lemah.


            “Duduk ya. Minum air halia ni dulu.” Pujuk Haykal. Andra hanya mengikut pabila Haykal membantunya untuk duduk dengan stabil. Haykal mengambil gelas yang berisis air halia tadi. Disuakan pada Andra namun isterinya menolak dan gelengkan kepalanya.


            “Tak nak… Pahit.” Adu Andra manja.


            “Tak pahit sayang. Sekejap je. Lepas tu dah okay dah. Minum ya. Baru baik sakit perut tu.” Pujuk Haykal dan suakan gelas pada Andra namun Andra tetap jua menolak. Haykal mengeluh. Pipi isterinya diusap.


            “Abang minum sekali dengan sayang ya. Mahu?” Pujuk Haykal. Spontan Andra mengangkat wajahnya memandang Haykal.
           

            “Betul?” Soal Andra perlahan. Haykal tersenyum dan anggukkan kepalanya. Termakan jua Andra dengan pujukannya. Haykal menarik nafasnya dan dihelakan. Dengan lafaz bismillah Haykal meneguk air halia tersebut. Perghhh! Pahit gila! Memang patut Andra tak nak minum. Tapi nak buat bagamana lagi? Dia lebih sanggup menanggung kesakitan tersebut dari isterinya. Andra yang melihat Haykal yang snaggup meminum air halia hanya untuk memujukkanya itu mengalirkan air mata. Terharu dengan pengorbanan suaminya. Haykal memang suami yang baik.


            “Shhh... Sakit ya? Minum air ni dulu okay? Nanti baiklah tu.” Pujuk Haykal lembut dan sempat mengusap pipi isterinya. Terkejut melihat isterinya menangis. Fikirnya pasti sakit. Selalunya Aira juga begitu. Haykal menyuakan gelas tersebut pada Andra dan Andra menyambut. Tidak ingin menyusahkan suaminya lagi. Matanya dipejam dan meneguk air halia tersebut. Memang pahit namun ditahan.


Setelah air halia tersebut habis dimiunum, Haykal kembali membaringkan Andra. Tungku elektrik pula diambil dan dipasang. Setelah panas diletakkan ke perut isterinya. Andra hanya memejamkan matanya. Terasa selesa sedikit pabila selesai memnium air halia dan tungku elektrik yang panas diletakkan di perutnya.


“Nak ke mana?” Soal Andra manja dan menarik tanagn suaminya pabila terasa tubuh Haykal berdiri. Matanya dibuka perlahan. Haykal yang sedang memegang gelas dan tersenyum dipandang.


“Abang simpan gelas ni dulu ya…” Jelas Haykal. Andra gelengkan kepalanya. Berkerut dahi Haykal dibuatnya.


“Temankan Andra….” Bisik Andra dengan wajah sayu dan memandang Haykal penuh makna. Entah kenapa dia ingin bermanja dengan suaminya. Lebih-lebih lagi terharu dengan layanan suaminya. Haykal tersenyum dan kembali letakkan gelas di atas meja lampu tidur mereka. Tubuhnya dibawa ke sebelah Andra. Didudukkan tubuhnya di sebelah Andra dan memandang isterinya.


“Errr…” Haykal tercengang pabila Andra meletakkan kepalanya di riba Haykal dengan mata yang masih dipejamkan.


“Macam mana tahu cara hilangkan sakit ni?” Soal Andra dengan mata yang masih terpejam. Haykal tersenyum kecil dan membelai rambut isterinya.
           

            “Since Aira mula period. Abang search cara nak hilangkan sakit bila sengugut tu datang menyerang. Rasa kasihan dengan Aira bila tengok dia tanggung kesakitan tu sendiri.” Jelas Haykal jujur. Sememangnya sejak Aira mulai datang bulan Haykallah yang berperanan sebagai ibu. Membuat research bagaimana cara-caranya nak hilangkan rasa sakit anaknya itu.


            Andra spontan membuka matanya dan memandang wajah suaminya.Patutlah Haykal tahu cara-cara nak hilangkan sakit sengugutnya. Rupa-rupanya Haykal selalu menjaga Aira. Sememangnya suaminya itu papa yang baik. Kerana tidak ingin melihat Aira sakit haykal sanggup membuat research demi anaknya. Sesetengah lelaki pasti segan. Tetapi Haykal? Tidak…

Datuk Megat Haykal (Wink! Angkat tangan siapa cair? Hehe)


            Mata Andra dan Haykal saling berbalas renungan. Hanya renungan mata penuh makna tanpa suara yang terzahir. Haykal memandang wajah cantik itu. Walaupun kelihatan pucat namun tetap nampak cantik sekali. Lebih-lebih lagi pabila mata Haykal mencuri pandang sejak tadi pada dada isterinya yang terdedah. Dah bini engkau pakai gown tidur yang bertali nipis. Mahu tak nampak benda tak sepatutnya.


            Entah kuasa apa yang merasuk Haykal, perlahan-lahan wajahnya didekatkan pada wajah isterinya. Andra yang melihat suaminya semakin mendekat menutup matanya dan….







B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





********************************************************




ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA J






HOLLA!










HOLLI!









HILLI!










HAHAHAHA J








Okay! Okay! Serious please! JA








Hi ladies!









Ya! Ya! Sayer tahu sayer lambat lagi L








Huhuhu….







MAAFKAN SAYA L






How was the story? Best? Interesting? Boring? Dang? Hahahaha. J Okay! Firstly, aku nak say S O R R Y sebab aku lambat update CED 12. Again huh? Huhuhuhu…. Okay! Sedikit kisah lucu di sini pabila ketika sedang mengupdate aku tertidur! Hahaha. Aduhai. Nasib terbangun. Kalau tak? Mahu sampai ke esok aku tidur duduk di meja study. S E N G A L lah engkau. Cartoon sangat! Hahaha. Aku harap uols faham J M A A F ya? Aku hanyalah manusia biasa yang punya kekurangan diri…. Tapi I alls tahu. Kawan-kawan I alls semua sporting dan faham I alls kan? Kan? Kan? Hehehe. Ketara sangat nak bodek! Hakhakhkak J






L  A D I E S ,
CED 12? Okay, bab yang aku rasa sedikit sebanyak mula memperlihatkan kisah Megat Haykal dan arwah isterinya Zahlia. L Seriously, uols dapat bayangkan tak kalau ada lelaki yang macam ni? Sedih giler! Aku sendiri rasa sedih bila tengah mengedit tuh! Huhuhu. L Haykal sanggup berkorban dan menjaga Aira kan? Tapi timbul TANDA TANYA di situ. Adakah Aira benar-benar bukan anaknya Haykal? Hurm… Curios! Hehe. J Hahaha. Wahhhh~ Andra sudah mula nak cair dengan Haykal kan J May be dia rasa terharu dan kasihan nasib yang menimpa suaminya. Siapa tak terharu dan kasihan? Even, aku sendiri rasa kasihan dan terharu pada Haykal. Kasihan kerana isterinya dia sanggup buat macam tu. Terharu sebab dia sanggup memaafkan dan menjaga isterinya yang terkena HIV! Perghhh! Gile citer ni! Hahaha. Aku sendiri bingung! J Psssttt! Apa yang Haykal lakukan pada Andra tuh? Aish! Blushing! Hahaha J Aku suka ketika Haykal menjaga Andra yang sakit dan sanggup meminum air halia tersebut. Engkau ada?! Hahahah. J A




Oh ya, thanks pada yang sudi menunggu CED ni. Dari ke pagi hingga ke malam dan balik-balik membuka bloh nih…. L
 S O R R Y…  Juga kerana sanggup tunggu walaupun aku late update. Thanks uols for your support J Much appreciated it! Tak tahu nak balas macam mana J T H A N K S sayang… Sorry juga sebab aku late update. L Uols memang rock! J You are not my readers but my kesayangan ! Aku Uols!





Saya Ratu Adriana Nadineingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 12  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Oh ya! Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J




Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J








Till then,












Sincerely,



41 comments:

  1. Salam.heheh good morning =) heheheh yeaaaaa first comment.wahhh den baru tau kalau sengugut minum halia heheh eden kalau kena period makan ubat mensus jer.heheh i guess ne kali ke berapa puluh reload blog nak liat sambungan ke 12 ne hehe alhamdulilah akhirnya ada tq for posting inilah terjdi bila dah addicted kwang2 ehehe.megat haykal ne hot daddy hot papa handsome u..hehe.suka sangat2 cerita ne.tq wak

    p/s=wak actually yang jadi character pic megat haykal tu siapa yer?hehe curious dia tu model or pelakon?tq wak ur the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      yay! 1st comment! hehe
      ye ke?
      kite dah lama tahu. but kdg2 xsgp eden nak mnum =) hahaha
      aigoo~
      sorry dear =(
      my bad =)

      hahaha
      wweheeuuu~
      sumewnya hot hihihi =)

      T H A N K S oso dear =)

      P/S : ouh. hehe dia tu actor wak. =)

      Delete
  2. org first komen~hihi..spt bse,best..
    sweet ar haikal tu...minta2 dpt husbn cm 2 gak...
    ~ze~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ZE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hehehe 2nd la wak =)
      xpe cuba lagi okay =)

      hehe amin
      sy doakan hehe

      Delete
  3. adessss... apasal haykal sweet n baek sesangat!!!!...
    hahaha!!... cair abez... ^_^_^
    ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LYLEA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      hehehe
      jangan cair dear
      bekukan balik!
      hehehe :)

      Delete
  4. Kesian haikal kene duga sebelum kahwin dengan Andra. DX. I like love your stories tapi just nak tegur when you write in English ada salah grammar like ' she was married' when actually it is ' she is married'. Harap cik Ratu x marah sebab saya tegur. You are a very talented writer. stiap hari mesti tunggu cik ratu update. Continue writing XD - Adlin -

    ReplyDelete
    Replies
    1. *** it's I like and love not I like love. Sorry tersalah type .

      Delete
    2. HI ADLIN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      A'ah mmg kasihankan
      thanks dear

      T H A N K S
      much appreciated it

      Delete
  5. Says stuju dengan Adlin . Cik Ratu ada beberapa grammar mistakes. Kadang - kadang boleh rosakkan mood pembaca sebab salah grammar. Anyways, saya tetap suka cerita-cerita yang cik Ratu tulis and akan selalu support Cik Ratu. -yana-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI YANA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Oh ye ke?
      sorrylah
      sy ni newbie sja
      mc bnyk yg sy xkurang dan perlu pelajari
      maaf kalau karya sy tak dpt puaskan hati anda

      Delete
  6. hoho..terbaek lh cik ratu..!
    andra bertuah sgt2 coz dpt hubby like heykal,very caring+loving+ semua y baek2 lah..sape x sayang bini oiii,bak kata P.Ramle...kiki
    alhamdulillah,andra da slowly bukak ati dia buat heykal...
    nk tunngu next n3 palk..!hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      T H A N K S syg =)
      haha btl tu dear
      spa tak syg binikan hehe

      hwaiting =)

      Delete
  7. Besttt...Nak Haykal juga....heheh..Ratu jgn lupa ceta pasal GuGu tau.... TQ.

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI COL
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hahaha nak juga ke dear?
      nah!
      ambillah
      tapi bagi balik eh! hehe =)

      okay dear =)
      hwaiting for the next n3 hehe

      Delete
  8. Hi... Best entry terbaru ni... Sedikit demi sedikit, Andra mula mengenali en dudanya dan mula menyayangi nya....

    Tak sabr nak membaca perkembangan seterusnya.... Wink.. Wink...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      T H A N K S syg =)
      hehe yapz andra mula mengenali haykal hehe

      thanks syg. hwaiting ya =)
      wink wink wink

      Delete
  9. akak suka cerita awak. akak rasa haykal perlu buat DNA untuk pastikan aira anak dia ke tidak. ini sgt penting utk tentukan sama ada dia sah jadi wali aira ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI KAK
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      T H A N K S =)
      hehe akan dapat tahu pada entry seterusnya =)

      Delete
  10. tq ratu..
    wah dah terbongkar rahsia yg di simpan pakcik...
    andra kamu mmg best la....
    smga andra n haikal berbahagia la hendaknya...
    gaduh2 manja ok la....
    aira anak sape....
    cian aira kalu dia dapat tau isi kandungan dairy pakcik
    nampaknya andra dah bolh trima haikal...
    pas ni andra berhijab ke...
    dapat gak c jen ni kenal ngan aira n haikal....
    pandai haikal ambil tau hal perempuan...
    sengugut mmg menyakitkan...
    sib baik haikal tau mcmn nak rawat andra...ni yg buat andra sayng haikal lebih ni...
    pakcik buat yg ringan2 je eh...
    lambat lagi la nak dapat haikal junior...
    apa jdi pas ni...
    ratu cpt2 skit update

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      hehe ya dah terbongkar rahsia pak cik
      a'ah gdh2 manja tu normallah hehe

      kasihankan aira =(
      huhuhu

      yes dear
      amat menyakitkan
      sy sndri pernah mengalaminya =(
      sakittt~

      haha ringan je!
      sabar dulu haha

      Delete
  11. tq ratu...
    mmg tertunggu2 n3 baru
    best sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      T H A N K S syg =)

      Delete
  12. Beruntung betul Andra mendpt suami spt Haykal, jadi
    jgnlah sia-siakan suami yg begitu baik sekali... nak lagi Ratu best betullah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANOR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      betul tu dear
      nnti andra jga yg menysl hehe

      T H A N K S anor =)

      Delete
  13. Hai Ratu,

    Best sangat citer nie. selalu baca je x tinggal comment tapi kali nak comment kata CED mmg best sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI FUZZ
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear


      Alhamdulilah~

      T H A N K S syg awak sudi comment =)
      teruskan drop ur comment ya
      sy amat menghargainya =)

      Delete
  14. hehehe... apa pak cik buat kat Andra itu ratu? Queen,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI QUEEN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hahaha amboi Queen
      suka nampak hehe

      Delete
  15. hahahaha....Andra dijajah..'Pakcik' menjelajah....kui..kui..kui...terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI CHE LAILA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hahahaha
      amboi!
      suke nyer!
      hehe =)
      N A K A L tahu hehe

      Delete
  16. wahhhhh.. mmg sweet la diaorg nie... dah tangkap cintan dah andra dgn husband dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NZLYNA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hahaha
      memang sweet dear
      a'ah dah tangkap cintan sikit hehe

      Delete
  17. Hoho...sweet la dorg..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      hehhe
      sweet ke dear?
      awak pun sweet juga =)

      Delete
  18. x boleh nak bayang kalau mrk dpt bb..haykal dah 40 thn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear


      hehhe
      umur bukan penghalang dear
      hihihi =)

      Delete
  19. Nak lagiiii! hihihi.. such a nice story writer.. totally diff dgn e-novel yg sy pnh bce sebelum ini.. dengan pengembangan plot penceritaan yg penuh kemas dan teliti, ditambah lg dgn garapan idea yg fresh n penuh kelainan.. sy doakan moga e-novel ini dapat dibukukn. keep it up writer! ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYEEN RENEE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hehehe okay dear =)

      T H A N K S syg =)
      amat terharu~
      sungguh... =)

      ALhamdulilah~
      awak suka karya sy

      haha amin~
      but i think xkan dbukukan hehe =)

      THANKS syg =)

      Delete
  20. anak betul rupanya... x dpt expect pun story ni punya plot. eheehehe... oh dorang berdua dh start lovey dovey couple...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RINSYARYC
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ahaks
      a'ah memang anak betul =)
      hehe
      mmg ada plot =)
      ahaks ya dah start dah tu

      Delete