Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 30 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 13







CINTA ENCIK DUDA BAB 13



Happiness comes when you give happiness....





AKU menyapukan jem strawberry ke roti dan memberinya kepada Aira. Entah kenapa, mungkin kerna aku sudah terbiasa seperti itu sejak kecil. Melayan ahli keluargaku ketika di meja makan. Selagi mereka tidak makan, selagi itulah aku juga tidak akan makan. Pelik tak aku? Haha.


            “Thanks my…” Balas Aira dengan senyuman manisnya di saat aku meletakkan roti tersebut ke piringnya. Aku membalas dengan senyuman manis dan anggukkan kepalaku. Aira pagi ini kelihatan cantik sekali dengan baju kurung cotton rona pink nya. Manis je aku tengok.


            “Assalamualaikum wbt papa. Morning…” Sapa Aira ceria kepada papanya dan berdiri. Tangan pak cik di salam seperti biasa dan mereka berbalas lagaan pipi. Aira dan pak cik. Kemesraan mereka tidak akan dapat dipisahkan. Mereka kelihatan begitu akrab sekali. Beruntungnya Aira mempunyai ayah seperti pak cik.


            “AssalamualaikumWbt sayang abang. Morning…” Sapanya mesra kepadaku dan mencium pipiku. Aku hanya membiarkan dan membalas ciuman di pipinya. Tersenyum lebar Aira melihat kemesraanku dan papanya.


            “Cantik skaf…” Bisiknya nakal kepadaku dan menjeling skaf rona turquoise yang aku ikatkan di leherku sebelum mengambil tempat di tempat duduknya di kepala meja. Tempat duduknya sebagai ketua keluarga. Spontan aku menjelingnya dengan wajah yang memerah. Teringat kembali kejadian semalam. Malu!






***CINTA ENCIK DUDA*****






DENGAN high heels setinggi tiga inci aku mengejar Madam Heliza yang berada di hadapanku. Sejurus keluar dari bilik gerakan MPPRC tadi aku terus mencarinya. Bibirku diketap. Aduhai. Takde orang lain ke apa! Aku hanya ingin menjadi ahli biasa sahaja. senang aku nak memonteng ke apa. Hehe. Niat tak baik tu. Tak berkat! Hehe.


            “Madam! Tunggulah….” Panggilku padanya dan spontan menghentikan langkah kakinya dan berpaling memandangku. Keningnya dikerutkan hairan.


            “Andra? Dah kenapa jerit-jerit ni?” Soalnya hairan dan menegurku. Aku yang baru sampai di sisinya mencebir bibir dengan nafas yang tercungap-cungap. Penat! Boleh tahan lajunya Madam Heliza ni berjalan. Pula tu telinga bukan kemain tebal engkau! Aku panggil pun tak mendengar.


            “Mana tak jerit kalau saya panggil madam tak dengar…” Rungutku. Madam Heliza tergelak nakal.


            “Dengarlah.” Balasnya dan tertawa.


            “Dah tu? Kenapa tak berhenti?” Soalku geram.
           

            “Saje je nak suruh awak exercise pagi-pagi yang indah ni…” Balasnya dan kembali tergelak. Menjerit kecil aku dibuatnya.


            “Madam!!!” Jeritku geram dan mencubit kedua-dua pipinya. Geram punya pasal! Boleh pula macam tu. Buat penat aku je! Madam Heliza tergelak dan kembali meneruskan perjalanannya.


            “Nak apa panggil saya ni?” Soal Madam Heliza hairan kepadaku. Spontan aku tersengih pabila teringatkan tujuanku berjumpa dengannya tadi. Lengannya ku peluk.


            “Madam… Kenapa pula saya boleh jadi penolong kepada ketua facilitator?.” Soalku padanya tidak puas hati. Madam Heliza memandangku seketika dan mengerutkan dahinya.


            “Kenapa? Okay lah tu. Dapat markah lebih.” Balas Madam Heliza. Aku mencebir bibir.


            “Lecehlah madam! Sibuk kot! Saya nak jadi AJK biasa je. Santai apa… Please…” Rayuku padanya dan mengoyang-goyangkan tangannya. Madam Heliza tergelak.


            “Ini bukan keputusan saya Andra. Dah Faiz Akmal nak macam tu. Saya nak buat bagaimana lagi? Dia ketua. Saya pasti dia tahu apa yang dilakukannya.” Balas Madam Heliza menyakinkan aku. Aku mengeluh. Mohammad Faiz Akmal a.k.a president MPPRC dan juga ketua facilitator bagi orientasi yang kami akan kendalikan hari ini. Aku tak rapat sangat dengan abang Faiz tu. Orangnya cool memanjang. Handsome memang handsome. Kalau tak handsome takdenya dia jadi rebutan para student RC selain Andrew dan Alex.


            “Tapi saya…” Balasku namun terhenti pabila namaku dan nama Madam Heliza dipanggil. Spontan kami menoleh memandang ke depan. Melihat siapakah gerangan yang memanggil kami.


            “Erk!” Spontan aku terkejut dengan apa yang ku lihat saat ini.







***CINTA ENCIK DUDA****







DATUK MEGAT HAYKAL tersenyum memandang isterinya yang cantik memakai blouse rona turquoise dan percil skirt rona hitam itu. Dilehernya pula terletaknya skaf rona senada dengan blouse nya. Haykal tahu kenapa Andra memakai skaf hari itu. Bila diingatkan kembali. Dia sendiri naik segan. Hahaha.


            Sejak tadi matanya tidak lari dari memandang wajah cantik itu bermanja dengan isteri teman baiknya Haniff. Entah apa yang isterinya inginkan dari pensyarahnya itu. Sejujurnya, Andra kelihatan seperti seorang pensyarah dan wanita korporat sebegitu. Bukannya pelajar. Mengalahkan isteri Haniff yang hanya memakai blouse dan seluar slack itu. Erk! Ada nada bangga di situ yer puan-puan. Haha. Siapa tak bangga ada isteri yang cantik. Akan tetapi, Haykal lebih bangga jika sekiranya isterinya itu menutup aurat dan menjaga kecantikannya demi Haykal.


            “Doktor.”


            “Tuan.” Sapa Andra dan Heliza serentak. Mereka berdua menundukkan kepala sedikit tanda hormat. Mata Andra sempat memandang suaminya yang berada di sisi tuan pengarah collage mereka itu. Juga terdapat dua orang lelaki di belakang mereka.


            “Tengah bincangkan apa ni Madam Heliza? Dari ke hujung sana saya mendengar suara kamu berdua. Apa pula yang budak ni lakukan kali ni?” Soal Datuk Dr. Hj Raif Ahmad hairan. Melihat kepada gayanya Andra dia tahu ada yang gadis itu inginkan dengan pensyarahnya. Datuk Dr.Hj Raif gelengkan kepala. Gadis itu memang nakal. Hyperactive terlebih. Namun, budaknya baik. Spontan Andra tersengih dan garukan lehernya. Heliza pula tergelak. Sempat matanya melirik pada teman baik suaminya yang sedang ralit merenung isteri sendiri itu. Haha.


           “Andra nak…” Belum sempat Heliza menerangkan mulutnya ditutup oleh Andra spontan. Andra tersengih memandang Datuk.Dr Hj Raif dan suaminya. Pada Heliza pula matanya dijengilkan agar diam.


            “Hehe. Tak ada apa-apa tuan. Saja nak bermanja dengan madam sekejap. Betul tak madam?” Balas Andra nakal. Heliza mengeluh dan gelengkan kepalanya. Andra memang nakal. Lambat-lambat kepalanya dianggukkan dan tersenyum. Datuk Dr. Hj Raif mengelengkan kepalanya.



            “Kamu ni Andra. Ada-ada saja. Hari ni takde  kes ke? Dah lama tak masuk bilik saya.” Sindir Datuk. Dr. Hj Raif kepada Andra. Spontan Andra gelengkan kepalanya dan tersengih. Haykal pula kerutkan dahinya. Isterinya itu memang tetamu setia bilik tuan pengarah collage ni ke? Err. Rasanya tak hairan kerana Andra memang nakal.


            “Hehehe. Hari ni takde. Esok-esok tak tahu.” Balas Andra dan tergelak. Datuk Dr.Hj Raif tersenyum.


            “Oh ya, Heliza, Andra, perkenalkan ini Datuk Megat Haykal. Merupakan salah satu pemegang saham Ralph Collage. Datuk, kenalkan ni Puan Heliza, lecturer di collage ni dan gadis cantik ni pula Cik Andra. Pelajar collage ni. Bukan lecturer ya. Saya pun pasti akan terfikir dua kali nak hantarkan anak saya ke sini jika dialah yang menjadi lecturer. Nakal ya amat!” Datuk Dr. Hj Raif memperkenalkan mereka dan sempat menyakat Andra. Menjerit kecil Andra dibuatnya dan mencebirkan bibirnya. Tergelak mereka dibuatnya.


            “Saya tak nakallah tuan….” Dalih Andra.


            “Ya saya tahu. Tak nakal tetapi hyperactive kan?” Sakat Datuk Dr.Hj Raif lagi dan tertawa. Andra mendengus dan sempat menjeling geram pada suaminya yang tergelak itu. Keningnya dikerutkan. Sejak bila suaminya adalah salah satu pemegang saham Ralph Collage?  Selama ini tak nampak pun suaminya di collage tersebut. Erk! Mengalah kan engkau ahli lembaga collage ni! Hahaha.


            “Datuk, jangan pandang lama-lama sangat. Anak dara orang tu…” Sakat Datuk Dr. Hj Raif pabila sedar Haykal sejak tadi merenung wjaah cantik itu. Spontan Haykal tersenyum kecil dan tertunduk malu. Malu juga pabila ditegur sebegitu. Tak salah merenung isteri sendiri. Namun, masanya tak sesuai Haykal. Datuk Dr. Hj Raif pula pastinya tidak tahu hubungan sebenarnya dengan Andra. Hari ini  pun di samping menghantar Aira dan bertemu dengan Datuk Dr. Hj Raif tadi tujuannya adalah ingin melihat kehidupan isterinya di collage. Bagaimana sikapnya. Nakal ke. Apa ke.


            “Tak adalah datuk. Siapalah saya ni nak pandang anak dara yang cantik di hadapan saya ni… Dah tua. Duda pula tu.” Balas Haykal merendah diri dan menjeling isterinya. Isterinya kelihatan merah wajahnya menahan malu. Spontan Datuk Dr Hj.Raif dan Heliza tergelak.


            “Ingat datuk. Orang lelaki ni semakin berumur semakain naik sahamnya. Datuk duda. Andra pula single. Sesuai lah tu. Nak ke Andra? Kalau nak, saya bagi wakil ayah kamu memberi green light pada Datuk Megat ni. Jangan biarkan dia ternanti-nanti. Tak gitu Madam Heliza?” Sakat Datuk Dr. Hj Raif. Suka menyakat Andra. Walaupun pada dasarnya dia perasan akan renungan Datuk Megat Haykal pada gadis itu. Siapa tidak terpikat pada Andra. Gadis yang cantik. Lebih-lebih lagi Datuk Megat Haykal duda anak satu itu. Walaupun berumur namun wajahnya masih kacak. Jika dipadankan dengan Andra sesuai rasanya.


            “Betul tu doctor…” Sokong Heliza dan tergelak nakal. Heliza memanggil Datuk Dr.Hj Raif sebagai doctor. Manakala, Andra pula Tuan dan Datuk Megat Haykal pula memanggil Datuk. Ketiga-tiganya berbeza namun tetap di layan oleh Datuk Dr.Hj Raif. Namun, jauh sudut di dalam hatinya dia lebih gemar dipanggil dengan gelaran Tuan Haji.


            “Tuan! Madam!” Jerit Andra geram. Sempat suaminya dijeling. Lelaki itu mengenyitkan matanya nakal. Boleh pula kata macam tu. Nak je jerit kata yang Haykal itu suaminya. Tak payah nak jodohkan bagai. Memang dah kahwin dah! Haha.


            “Maaf menganggu. Datuk, Madam Heliza boleh berbual sebentar?” Soal Dr.Krishnan pada mereka berdua. Datuk Dr.Hj Raif anggukkan kepalanya.


            “Sebentar ya datuk. Berikan saya 5 minit. Ada yang saya nak bincangkan dengan Dr.Krishnan.” Jelas Datuk Dr. Hj Raif kepada Haykal serba salah. Haykal tersenyum.


            “It’s okay datuk. Take your time.” Balas Haykal dengan senyuman mnais. Datuk Dr. Hj Raif tersenyum dan memandang Andra.


            “Temankan datuk ni sekejap ya Andra. Kalau nak pikat boleh. Masih single ni. Tapi jangan kenakan dia pula. Ingat!” Pesan Datuk Dr. Hj Raif kepada Andra. Andra. Bukannya boleh dipercaya sangat. Kalau keluar nakalnya mahunya Datuk Megat Haykal itu disakatnya nanti. Andra spontan tergelak dan tersengih.


            “Okay boss!” Balasnya dan menujukkan ibu jari tanda okay. Datuk Dr. Hj Raif tersenyum dan meminta diri. Sebelum itu sempat Heliza berbisik pada telinga Andra.


            “Layan suami baik-baik ya Datin Andra. Lain kali leher tu cover sikit.” Sakat Heliza dan tergelak sebelum melarikan dirinya. Tahu yang Andra akan mencubitnya. Kebiasaannya dan Andra. Suka mencubit tubuh di antara satu sama lain.


            “Madam!” Jerit Andra geram dan memegang lehernya. Bibirnya diketap. Aduhai! Dia pula yang dikenakan oleh Heliza.  Pastilah pensyarahnya iu tahu kenapa dia senagja memakai skaf di leher hari itu. Orang yang dah kahwin. Pasti dah faham. Err. Yalah kot! Haykal tersneyum. Tahu Heliza menyakat isterinya. Dia turut sama memandang ke leher jinjang itu. Tak ternampak sebenarnya kesan yang dia tinggalkan semalam kerana sudah disembunyikan oleh skaf tersebut. Haykal berpaling memandang kedua-dua lelaki yang memakai kot hitam di belakangnya.


            “Kamu rehat dulu. Nanti saya call kalau dah nak balik.” Arah Haykal kepada dua orang bodyguard nya. Pabila bekerja dia memang memerlukan bodyguard. Namun, pabila di rumah dan meluangkan masa harian bersama keluarga dia lebih gemar bergerak tanpa bodyguard. Kerana dahulu pernah sekali dia hampir diculik. Tak ke lucu tu? Dah tua bangka masih diculik. Tapi Haykal tak hairan. Pastilah dia menjadi sasaran kerana asset yang dimilikinya di dalam negara sahaja sudah berbilion ringgit. Belum lagi asset di luar Negara yang dimilikinya. Siapa yang tak nak. Namun, Haykal pasti itu angkara siapa. Cuma dia malas nak ambil tindakan. Orang yang pernah menjadi keluarganya….


            “Hi CIK Andra.” Sapa Haykal kepada isterinya pabila kedua-dua bodyguard nya berlalu pergi,. Sengaja dia menekankan perkataan cik itu. Andra mencebir bibirnya.


            “Ya Datuk Megat Haykal.” Balasnya skema. Haykal tersenyum kecil.


            “Siapa dua orang lelaki tu?” Soal Andra hairan dan memuncungkan bibirnya pada dua orang lelaki yang mengikut suaminya tadi. Haykal turut menoleh memandang dua orang bodyguard nya.


            “Bodyguard abang. Kenapa?” Jelas Haykal dan kerutkan dahinya. Andra tersengih.


            “Handsome… Tough gitu…” Balas Andra nakal dan menunjukkan ibu jarinya. Spontan Haykal menutup kedua-dua mata isterinya dari memandang pada dua orang bodyguard nya tadi. Handsome? Haykal yang berjuta kali handosme tidak pula dipuji. Boleh pula macam tu. Andra tergelak dan menolak lembut tangan suaminya. Mahu tuan pengarah datang kembali. Pastinya hairan melihat mereka saling mesra. Andra sengaja mengenakan Haykal. Tahu Haykal memang bengang bila dia memuji dan memandang lelaki lain.


            “Jangan nak pandang lelaki lain selain…” Belum sempat Haykal menyambung kata-katanya Andra sudah menyampuk.


            “Selain abang… Bla bla bla. Andra tahulah… Gurau je kot.” Balas Andra dan tersengih. Haykal mencubit pipi isterinya geram.


            “Suka mainkan abang. Nanti gigit leher tu lagi baru tahu.” Ugut Haykal dan memandang leher jinjang isterinya.


            “Gigitlah! Lagi suka!” Balas Andra sengaja. Namun, di dalam hati. Errrr. Gigitlah sangat! Mahu dia pengsan seperti semalam! Nasiblah tengah bulan mengambang. Coba jika tidak? Mahu dia sudah…. Errr. Malu nak cakap!


            Haykal yang sedang mencium leher isterinya mulai menjalarkan ciumannya ke bibir isterinya. Pertama kali bibir merah itu diciumnya. Terasa seperti dia berada di awang-awangan. Bibir merah itu sungguh seksi sehinggakan Haykal naik geram. Reaksi positif dari isterinya membuatkan Haykal semakin berani.


            “Errr…. Ab.. Pak cik…” Panggil Andra dengan gagap dan menolak tubuh suaminya menjauh pabila tangan suaminya sudah menjalar ke sekitar dadanya. Tali nipis gown tidurnya juga sudah terlucut. Haykal merenung wajah cantik itu.


            “Ya sayang?” Bisiknya lembut dan kembali mencium leher jinjang isterinya. Andra mengetap bibirnya.


            “And..Andra tak boleh…” Balas Andra gagap. Haykal terdiam dan memandang isterinya.


            “Andra tak sedia?” Soal Haykal ingin tahu. Andra meneguk liurnya. Berdosa menolak keinginan suami. Dia tahu hukum agama. masih belum jahil lagi.


            Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” [Muttafaq ‘alaih]


            “Andra… Andra period…Maaf…” Jelas Andra dan mengetap bibirnya. Haykal tersenyum dan turun dari menindih tubuh isterinya. Termalu sendiri Haykal dibuatnya. Terlupa yang sang isteri sedang bulan mengambang. Terasa bersalah.


            “It’s okay.. Abang faham dan abang maafkan.” Balas Haykal dan menarik isterinya baring ke dadanya.



            “Betul ni?” Duga Haykal dan mendekatkan wajahnya pada Andra. Spontan Andra gelengkan kepalanya dan menolak kepala suaminya lembut.


            “Tak! Tak! Gurau jelah…” Balas Andra cepat dan tersengih. Haykal tersenyum.


            “Tahu takut…” Balas Haykal. Andra mencebir bibirnya.


            “Saya tak…” Belum sempat Andra membalas ada suara garau yang memanggil namanya.


            “Amiey…” Okay! Seriously, tanpa berpaling sekalipun Andra pasti itu siapa. Di collage ini hanya lelaki itu memanggilnya dengan nama AMIEY. Haykal yang mendengar nama isterinya dipanggil itu mengerutkan wajahnya memandang seorang pemuda kacak yang segak memakai baju kemeja long sleeve rona hitam dan seluar slack rona senada. Orangnya kelihatan kemas dan kacak. Namun, bukan itu yang menghairankan sangat sebenarnya. Akan tetapi panggilan nama ‘AMIEY’ kepada isterinya itu. AMIEY? Singkatan untuk Tihamiey ke? Dia sendiri memanggil isterinya dengan panggilan ANDRA. Pemuda itu pula berani-berani memanggil dengan panggilan AMIEY. Naik cemburu Haykal dibuatnya. Yalah, dia dah tua. Walau dia punya wang dan pangkat. Tetapi pemuda itu muda darinya dan nampak sepadan dengan isterinya. Sama-sama muda.


            “Ya abang Faiz…” Balas Andra dan menoleh memandang Mohammad Faiz Akmal yang mendekati mereka dengan gaya segaknya. Andra melepaskan keluhannya. Tahu bakal menghadapi kerja yang banyak selepas ini. Haykal pula mengetap bibirnya dan memandang ke arah lain. ABANG FAIZ? Aduh! Terasa dadanya seperti ingin meletup menahan cemburu. Relaks Haykal. Relaks. Be cool.


            “Puas abang Faiz cari Amiey. Amiey kat sini rupanya.” Balas Faiz Akmal dan tersenyum lebar. Lega dapat berjumpa akhrinya dengan gadis itu. Puas di cari. Rupanya di situ. Andra hanya tersenyum kelat.


            “Ya ke? Sorry lah. Saya jumpa madam Heliza tadi. Kenapa ya?” Balas Andra.


            “It’s okay. Untuk Amiey apa pun abang Faiz sanggup. Abang Faiz nak bincang dengan Amiey tentang tugas kita selama seminggu ni dan juga aktiviti yang akan kita jalankan.” Jelas Faiz Akmal dan senyum menggoda. Siapa tidak sanggup berkorban demi gadis secantik Andra? Gilalah. Jika terjun ke gaung sekalipun dia sanggup. Haykal pula semakin geram. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar slack nya. Mengenggam tangan yang bergetar kerana menahan cemburu dan marahnya. Jika ikutkan kata hati. Mahu pemuda itu ditumbuknya. Mulut bukan main manis lagi.


           ‘Itu bini aku!’ Mahu saja Haykal menjerit begeitu. Namun, memikirkan kematangannya dan sikap tenangnya selama ini serta kesannya kepada Andra dia cuba untuk bersabar.


            “Erk! Okay…” Balas Andra gugup. Memang Faiz Akmal gila! Mulutnya sungguh manis. Spontan Andra menjeling suaminya. Lelaki itu memandang ke arah lain. Namun, wajahnya kelihatan tegang. Dia tahu Haykal geram dan cemburu. Wajahnya sudah mengambarkan perasaannya. Andra mengeluh.


            “Errr. Ni siapa? Uncle Andra ya?” Pertanyaan selamba Faiz Akmal itu membuatkan Andra terbatuk dan Haykal semakin meluap-luap marahnya kepada pemuda itu. Uncle?! What the….. Nak je jerit yang dia suami Andra. Baru padan muka pemuda yang ingin memikat isterinya itu. Ada hati nak pikat isteri orang. Harta dah banyak? Rumah banglo dah ada? Kereta sport ada? Iman di dada dah cukup? Sembahyang tak tinggal? Puasa penuh? Kalau semuannya ada baru boleh lawan dengannya. Erk! Dah engkau kenapa Haykal? Marah namapk… Chill bro! Dia budak hingusan je! Wife kau confirm nak kat kau je. Ayat sedapkan hati di situ.


            “Errr. Sebenarnya ni…”


            “Datuk… Jomlah kita ke office saya. Lebih selesa di situ.” Suara garau Datuk Dr.Hj Raif  menganggu perbualan mereka. Spontan mereka bertiga mengalihkan tumpuan pada Datuk Dr.Hj Raif.


            “Tuan…” Tegur Faiz Akmal dan menundukkan kepalanya tanda hormat pada Datuk Dr.Hj Raif. Datuk Dr. Hj Raif yang perasan akan kehadiran Faiz Akmal itu spontan memberikan senyuman manis.


            “Faiz Akmal. Semuanya berjalan dengan lancar?” Sapa Datuk Dr.Hj Raif. Faiz Akmal tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Alhamdulillah. Everything is under control tuan.” Balas Faiz Akmal yakin. Datuk Dr. Hj Raif menganggukkna kepalanya dna menepuk bahu Faiz Akmal lembut. Dia tahu dia memang boleh harapkan pemuda itu. Tak salah dia memilih Faiz Akmal sebagai president Mmprc.


            “Bagus. Bagus. Oh ya, perkenalkan ini Datuk Megat Haykal. Salah satu pemegang syer saham RC. Datuk, kenalkan ini president MPP Ralph Collage. Mohammaf Faiz Akmal.” Jelas Datuk Dr. Hj Raif. Spontan Faiz Akmal memandang lelaki kacak dan sasa yang berdiri di samping Andra. Senyuman manis diberikan dan tangannya dihulurkan. Haykal hanya tersenyum kelat dan menyambut huluran tangan Faiz Akmal.


            “Maaf Datuk. Tadi saya ingatkan datuk ni pak cik Amiey…” Jelas Faiz Akmal serba salah. Haykal hanya anggukkan kepala dan tersenyum. Andra di sisi dipandang. Renungan penuh makna diberikan.


            ‘Jangan nak nakal-nakal dengan lelaki ni.’ Itu yang dia ingin sampaikan. Isterinya kelihatan seperti faham. Wajahnya kelihatan serba salah.


            “It’s okay.” Balas Haykal pendek.


            “Err. Amiey. Jomlah kita masuk dewan. Rasanya acara dan dimulakan.” Ajak Faiz Akmal kepada Andra. Andra spontan memandang Faiz Akmal dan anggukkan kepalanya.


            “Datuk, tuan, kami pergi dulu…” Andra meminta diri kepada kedua-duanya dan menundukkan kepalanya tanda hormat. Begitu juga dengan Faiz Akmal. Manakala, Haykal dan Datuk Dr.Hj Raif membalas anggukkan kepala mereka. Sempat Andra menjeling suaminya. Wajah itu kelihatan tegang. Aduhai. Terasa serba salah pula.


            “Nampak sepadan pula mereka berdua tu…” Puji Datuk Dr. Hj Raif sambil memandang Andra dan Faiz Akmal yang berjalan beringgan. Haykal hanya tersenyum kelat. Namun, di dalam hati hanya Allah Swt sahaja yang tahu betapa cemburu dan geramnya dia. Sepadan? Huh!






***CINTA ENCIK DUDA****





PELAJAR-pelajar junior yang berada di dalam dewan masing-masing berada di dalam keadaan yang bingit dengan celoteh mereka. Masing-masing dengan teman dan kumpulannya. Begitu juga dengan Aira. Temannya Atifah dan Melly yang juga merupakan classmate dan teman baiknnya sejak di bangku sekolah turut memilih Ralph Collage sebagai tempat mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


            Ralph Collage ataupun dikenali denagn RC merupakan sebuah collage swasta yang terkenal dan setiap mahasiswa dan mahasiswi yang menamatakan pengajian di RC pastikan di ambil oleh mana-mana syarikat terkenal dan juga di dalam institusi kerajaan. Ianya sebuah collage yang mempunyai barisan pensyarah yang berkelulusan luar Negara dan pakar di dalam bidang masing-masing.


            Puk!
           


            Puk!


            Tepukan tangan dari salah seorang senior yang berada di hadapan sana membuatkan mereka tersentak dan mendiamkan diri. Tumpuan mereka saat kini adalah di hadapan mereka. Pada para senior yang akan menjadi facilitator mereka sepanjang orientasi berlansung.


            “Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera junior. Saya Ahmad Mahdi ataupun kamu boleh panggil saya abang Mahdi iaitu merupakan senior anda dan merangkap AJK tertinggi bagi MPPRC. Sebelah sana adalah Nur Balqis ataupun kak Qis, yang tu pula adalah Mohammad Rafik ataupun abang Fik, yang sebelah abang Fik adalah Jenny Leo ataupun kak Jen dan sebelah kak Jenny adalah Dewi ataupun kak Dewi. Yang terakhir sekali adalah Mohammad Faizal ataupun abang Faizal.” Jelas Mahdi kepada para junior satu persatu. Sepanjang mereka diperkenalkan diri, Jenny dan yang lainnya menundukkan kepala sendiri tanda hormat dna disambut dengan tepukan tangan para junior.


            “Berdirinya kami di sini adalah sebagai facilitator anda semua sepanjang seminggu anda di orientasikan. Seperti yang anda sedia maklum, kami adalah senior anda dan sila hormat kami sebagai senior. Junior tetap junior dan dilarang sama sekali bersikap biadab dengan senior. Di sini, kita punya peraturan. Mungkin sebelum ini kamu boleh melanggar peraturan di luar sana. Namun, tidak di RC. Tak terlanjur saya katakana, memasuki RC adalah bagaikan kamu memasuki sekolah tentera.” Jelas Mahdi iaitu merupakan palapes tentera darat. Pastilah orangnya agak tegas dan serious. Para junior mulai berbisik sesama sendiri dan merungut. Jenny dan yang lainnya hanya memaparkan muka serious. Namun, di dalam hati mahu tertawa sahaja. Gila nak ketawa. Diketahui oleh ketua MPPRC mahu mereka dimarahi. Mereka adalah senior. Patut menujukkan contoh yang baik kepada junior.


            “Menyesal? Dah terlambat nak menyesal. Datang ke collage silalah belajar dengan baik dan berdisiplin. Bukannya datang ke sini untuk mencari jodoh dan menghabsikan duit ibu bapa anda! Faham junior?” Soal Mahdi sinis. Kecut perut para junior dibuatnya.


            “Faham…” Jawab mereka lemah.


            “Saya tanya sekali lagi, faham junior?!” Soal Mahdi sekali lagi dengan suara yang sengaja dikuatkan.


            “Faham!” Balas mereka serentak dengan nada suara yang kuat. Mahd tersenyum kecil dan memandang teman-temannya. Sempat matanya dikenyitkan. Sengaja nak mengenakan junior. Haha. Tersenyum mereka semua di dalam hati.


            “Okay, memperkenalkan president MPPRC dan ketua facilitator dan naib president MPPRC serta penolong ketua facilitator kita pada hari ini. Mohammad Faiz Akmal dan Andra Tihamiey.” Mahdi memperkenalkan Faiz Akmal dan Andra ketika melihat kedua-duanya menapak masuk ke dalam dewan dan naik ke atas pentas. Spontan Aira tersenyum pabila melihat mummynya beringingan dengan lelaki kacak itu. Hatinya meronta-ronta ingin tahu siapa lelaki itu. Andra dipandang. Mummynya kelihatan cantik sekali dengan blouse rona turquoise dan percil skirt rona hitam. Nampak elegant.


            “Assalamualaikum wbt junior.” Sapa Faiz Akmal kepada para junior dengan sedikit serious dan tegas. Terserlah sikap kepimpinannya. Andra di sisi hanya diam. Suara nakal para junior yang bersorak dan bersiul tidak diendahkan. Sempat matanya menangkap kelibat Aira yang duduk tidak jauh dari pentas dan melambai ke arahnya. Dia tersenyum kecil. nakal sungguh. Seperti dirinya juga.


            “Walaikumsalam wbt abang senior handsome…” Balas para junior serentak. Okay! Seriously, confirm lah yang perempuannya menyambung perkataan ‘handsome’ itu.


            “Selamat datang saya ucapkan kepada semua. Diharap selepas ini anda akan memberikan kerjasama dengan kami. Any question? Ya? You?” Soal Faiz Akmal dan menaikkan keningnya pada seorang junior lelaki yang mengangkat tangannya. Spontan semua mata di dalam dewan tertumpu pada lelaki tadi.


            “Err. Yang kat sebelah abang Faiz siapa?” Soal junior tadi. Spontan Faiz Akmal mememandang wajah cantik disebelahnya. Wajah itu kelihatan tercengang.


            “Kenapa? Kamu berminat ke?” Soal Faiz Akmal dingin. Junior tadi tersengih dan menaru lehernya malu. Kendengaran suara nakal para junior yang lainnya.


            “Yang berada di sebelah saya ni adalah naik president MMPRC dan penolong ketua facilitator pada hari ini. Kak Andra Tihamiey.” Faiz Akmal memperkenalkan jua Andra di sisinya. Gadis itu menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat dan hasilnya dia menerima tepukan gemuruh dan siulan nakal. Baru tundukkan kepala kot. Dah dapat tepukan gemuurh seperti itu. dasyhat! Desis hati Faiz Akmal.


            “Single ke?” Soal satu suara nakal. Spontan Faiz Akmal menaikkan kening kananya.


            “Ada kena mengena ke dengan orientasi kita pada hari ni?” Soalnya serious. Spontan junior-junior menundukkan kepala.

           
            “Tak…” Jawab mereka hambar.


            “Okay good. Now, orientasi akan dimulakan. Have fun junior!” Balas Faiz Akmal dan mengamit Mahdi agar mengambil alih majlis tersebut. Andra diberi isyarat agar mengikutnya turun ke bawah. Ke tempat duduk mereka. Andra hanya mengikut.


            “Cantikkan kak Andra tu?” Puji Melly dan memandang wajah cantik yang sedang menuruni tangga dengan penuh cermat itu. Aira dan Atif spontan anggukkan kepala mereka tanda setuju.


            “Cantik… Abang tu pun handsome..” Sampuk Aira dan tersengih. Rasa seperti jatuh cinta pandang pertama pada Faiz Akmal itu. President MPPRC. Siapa yang tidak mengenali lelaki itu.


            “Mereka berdua tu couple kot. Berkepit je aku tengok.” Balas Atif curiga. Spontan Aira mengelengkan kepalanya.
           

“Eh! Takdelah!” Balas Aira sungguhh. Melly dan Atif saling berpandangan.


            “Yakinnya engkau… Kenal ke dengan mereka berdua tu?” Soal Atif hairan. Aira tersengih. Kalaulah teman-temannya tahu bahawa Andra yang cantik itu adlaha ibu tirinya. Mahu pengsan kedua-duanya. Hehe.

           
            “Aku tahulah. Nantilah aku cerita. Sekarang ni tak sesuai lagi.” Jelas Aira dan kenyitkan matanya. Melly dan Atif hanya gelengkan kepala dan menumpukan tumpuan mereka ke depan pentas.






****CINTA ENCIK DUDA****







ANDRA menyusun file-file yang akan diberikan kepada junior-junior nanti. Sepatutnya dia dan Jenny melakukan kerja tersebut. Namun, Jenny ke washroom sebentar. Jadi dialah yang menyambung semua kerja-kerja tersebut. Hanya menyusun sahaja. Segala flyers dan isi yang lainnya sudah dimasukkan ke dalam file tersebut.


            “Amiey…” Panggil suara garau di sisi Andra. Spontan terlepas file ditangannya ke atas meja dan menoleh memandang ke sisinya. Kelihatan wajah kacak Faiz Akmal sedang tersengih memandangnya.


            “Abang Faiz. Terkejut saya...” Balas Andra dan memegang dadanya. Gila tak terkjeut jika disapa dengan suara garau yang macho itu! Faiz Akmal tersenyum dan mengambil file Andra yang jatuh tadi dan membantu Andra menyusunnya ke dalam kotak.


            “Sorry… Abang  kejutkan Amiey. Tak sengaja.” Balas Faiz Akmal sopan namun tidak memandang mata Andra. Entah kenapa, dia malu untuk menatap mata hazel itu. Cair dia dibuatnya. Sudah lama dia meminati Andra di dalam diam. Cuma gadis itu Sahaja tidak menyedarinya kerana selama ini Faiz Akmal hanya memendamka persaan itu. andra bukanlah gadis yang mesra alam. Hanya orang tertentu sahaja akan ditegurnya. Inipun nasiblah mereka bekerja sama di dalam orientasi tersebut dan di dalam MPPRC. Jika tidak pasti Faiz Akmal tiada peluang itu.


            “Tak apa…” Balas Andra pendek dan menyambung kerjanya. Tak selesa sebenarnya dekat dengan Faiz Akmal. Lelaki itu begitu sopan sekai. Senang cerita orangnya gentleman sekali. Satu yang Andra perasan lelaki itu gemar memanggilnya dengan gelaran Amiey dan bukan Andra.. Sudah ditegah namun Faiz Akmal tetap berkeras memanggilnya Amiey. Semakin lama Andra membiarkan saja.


            “Errr… Malam ni Amiey free ke?” Soal Faiz Akmal malu. Dia bukannya jenis lelaki yang mat romeo. Itu adalah kali pertamanya mengajak gadis keluar. Selama ini hanya pelajar permepuan RC sahaja yang gemar mengajaknya keluar. Namun, dia menolak.


            “Arh? Errr. Tak… Andra busy. Sorry.” Balas Andra gagap dan tersenyum kelat. Malam? Keluar dengan lelaki lain? Mahu suaminya mengamuk! Sudahlah kes tadi masih belum selesai. Lagipun dia sedar statusnya sebagai seorang isteri.  Faiz Akmal memandang ke sebelah kirinya dan mengigit bibir. Gagal pula! Liat sungguh gadis bernama Andra itu. Jika gadis lain pastinya mahu sahaja pabila diajak keluar oleh Faiz Akmal. Namun, Andra? Hah! Berbeda sekali! Itu yang membuatkan Faiz Akmal terpikat dengannya. Perwatakkanya sentiasa ceria dan nakal. Namun, disebaliknya Andra merupakan seornag gadis yang cantik dan baik. Pandai menjaga dirinya. Bagaikan seekor merpati yang jinak. Namun, pabila didekati ia melarkan dirinya. Itulah Andra.


            “Errr… It’s okay… May be next time.” Balas Faiz Akmal dan tersneyum kelat. Andra hanya tersenyum. May be next time? Huh! Tak kot!







***CINTA ENCIK DUDA****






AKU tersenyum memandang ahli kumpulan di bawah analisaku. Aku menjadi kakak angkat kepada junior-junior di dalam kumpulan nombor 3. Aku ulang. KAKAK ANGKAT ya. Bukannya KAKAK KAWASAN! Hahaha. Semuanya berjumlah 20 orang. Terdiri daripada 12 orang perempuan dan 8 orang lelaki. Semua pelajar junior adalah sebanyak 160 orang dan dijaga oleh 8 orang facilitator. Sememangnya pengambil pelajar baru agak sikit kerana pengambilannya agak ketat sedikit. Mahu result yang cemerlang jika ingin memasuki RC.


            “Anda diberi masa selama 60 minute untuk menyiapkan nama dan logo kumpulan. Sebarang pertanyaan jangan segan nak tanya.” Jelaskudan meletakkan warna dan marker pan pelbagai warna di atas meja. Bilik tutorial 3 kami gunakan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Keadaan dewan yang seperti panggung wayang itu membataskan pergerakan dan aktiviti kami. Semuanya menganggukkan kepala tanda faham dan memulakan tugasan mereka.


            Aku mengambil tempat di belakang bilik tersebut dan berdiri menyandar di meja lecturer. Handbag ku diambil dan Samusng S2 ku dikeluarkan. Terdapat dua missed call dari ummi dan satu message. Message dibuka dan dibaca.


            Salam
            Angah, nanti petang singgah butik ummi.
            Ada nak bagi angah..
            Love you,
            Bye.


            Aku mengerutkan dahiku. Apa yang ummi nak bagi pada aku? Erk! Tertanya-tanyalah pula aku dibuatnya. Ummi ni… Buat aku excited nak balik awal! Hahaha. Aduhai. Dah lama tak singgah ke butik ummi dan menganggu kak Laila yang kuat melatah itu. Haha.


            “Pssst. My…” Panggil Aira kepadaku dan berdiri di sebelahku. Spontan aku mengusap dada. Terkejut nyah!


            “Aira… Terkejut my.” Balasku geram. Aira tersengih.


            “Sorry. Sorry. Ni Aira nak korek sesuatu dengan mummy ni…” Balas Aira dan tesenyum. Aku mengerutkan dahi dan meletakkan kembali Samsungku di dalam handbag.


            “Apa sayang?” Soalku hairan. Aira mendekatkan bibirnya ke telingaku.


            “Siapa Abang Faiz tu? Kawan mummy ke?” Soalnya padaku.


            “Abang Faiz? Takdelah. Dia tu president MMPRC. Mummy kenal macam tu je. Kenapa?” Soalku hairan.Aira tersengih.


            “Dia handsome kan my?” Soal Aira nakal dan spontan aku tergelak kecil dan mencubit pipinya.


            “Oh… Nakal eh! Bagi tahu papa nanti yang anak dara dia ni dah pandai nak usha lelaki.” Sakatku padanya dan Aira tergelak.


            “Alarh… Bukannya apa. Saja nak buat naikkan semangat...” Balas Aira dan tersengih. Aku tersenyum dan gelengkan kepala. Normallah tu. Abang Faiz memang handsome. Tak hairanlah kalau Aira terpikat. Tapi honestly, laki aku lagi handsome kot. Lagi macho! Hehe.
           

            “Nanti tak nak kirim apa-apa dengan mummy ke? Nak papa hantarkan apa-papa pada Aira malam ni?” Soalku padanya. Yalah. Dah secara rasminya Aira kena tinggal di hostel. Takut juga dia tak biasa. Aira tersenyum dan gelengkan kepalanya.


            “Tak apa. Aira boleh jaga diri. Nanti kalau ada yang kurang Aira call je.” Balas Aira dan mengenyitkan matanya. Aku tergelak. Excited gila budak ni nak tinggal di hostel. Ni mesti kes tak pernah lepas dari papa dia tu. Tulah excited macam ni.







****CINTA ENCIK DUDA***







HAYKAL menyandarkan tubuhnya ke sofa empuk di dalam biliknya. Penat mulai terasa hilang demi sedikit. Selepas saja balik dari Raplh, Haykal kembali ke pejabatnya kembali kerana ada mesyurat bersama BOD.  Matanya dipejam seketika dan nafasnya dihelakan perlahan. Diharap Aira dapat menyesuaikan dirinya di hostel. Selama 18 tahun dia menjaga Aira tidak pernah dia membenarkan Aira tidur luar dari rumah mereka melainkan dia ada bersama. Haykal risaukan satu-satunya anak daranya itu.


            Teringat lagi betapa banyak ujian dan dugaan yang terpaksa dia tempuhi Untuk membesarkan Aira. Penat dan lelahnya hanya dia dan Haniff yang tahu. Membesarkan aira tidaklah sesusah mana kerna anak daranya itu mendengar kata dan senang dididik. Namun, sebagai seorang bapa tunggal. Kepayahan dan keperitannya terasa sekali. Lebih-lebih lagi pabila Aira pernah jatuh sakit dahulu. Cemas sekali dirasakan saat itu.


            Namun, alhamduliilah. Mungkin kerna Aira sakit waktu itu ada hikmahnya. Di saat Aira sakit dan kurang darahnya. Haykal mulai buntu. Takut nanti pabila dia memutuskan untuk mendermakan darahnya. Dia akan mengetahui keberanan yang sebenarnya. Namun, di atas nasihat Haniff dia turutkan jua. Ujian darah dibuat dan ternyata darahnya dan Aira adalah sama. Selepas mendermakan darah buat Aira. dia mengambil keputusan untuk membuat ujian DNA. Pastilah sekali lagi di atas nasihat Haniff. Kata Haniff tak nak Haykal menyesal kemudian hari. Akhirnya dia turutkan jua.


            Alhamdulillah. Mungkin Allah swt mendengar doanya. Aira sememangnya anaknya seperti yang Zaliah katakan. Dia lega. Namun, tidak bermakna dia redha di atas apa yang Zahlia lakukan di belakangnya. Melakukan zina dengan lelaki lain. Astagfirullah’alazim. Pabila diingatkan kembali. Memang perit rasanya. Namun,pabila memikirkan arwah isterinya itu sudah kembali ke rahmahtullah. Apa yang Haykal mampu lakukan adalah berdoa. Berdoa untuk kesejahteraan Zahlia di sana.


            Tit!


            Tit!


            Tit!


            Iphone 4s nya yang berdering menandakan ada message yang masuk mengembalikan Haykal ke alam nyata. Iphone yang berada di kocek kotnya diambil dan message dibuka.


            Salam,
            Andra singgah butik ummi sekejap
            Ada yang ummi nak bagi pada Andra.
            Izinkan Andra ya..


            Pesanan ringkas dari isterinya itu spontan membuatkan Haykal duduk tegak. Keningnya dikerutkan. Apa agaknya ibu mertuanya ingin berikan pada isterinya. Okay! Seriously! Itu bukanlah isunya. Akan tetapi, Haykal takut Andra membohonginya. Bayang-banyang pemuda tadi mulai muncul di kepalanya.


            Betul ke singgah butik ummi?


            Haykal mengigit bibirnya. Rasa-rasanya okay tak soal macam tu? Tak nampak sangat yang dia curiga pada isterinya ke? Errr. Berani ke Andra membohonginya? Rasanya Andra gadis yang suka bersikap jujur…


            Kring!



            Kring!



            Kring!



            Aduh! Spontan Haykal kalut dan menepuk dahinya. Tengok! Pasti Andra bengang dengan dirinya. Boleh pula soal macam tu. Hah! Sekarang angkat panggilan tu dan jawab!


            “Assalamualaikum wbt sayang…” Sapa  Haykal lembut dan duduk tegak.


            “Walaikumsalam wbt… Pak cik! Tak percayakan saya eh?!” Aduh! Spontan Haykal menjauhkan handphone dari telinganya. Handphone nya dipandang. Boleh tahan suara nyaring isterinya itu.


            “Errr. Taklah sayang. Abang tanya je….” Jawab Haykal gagap. Kelihatan Haniff mengetuk pintu biliknya. Haykal memberi isyarat menyuruh Haniff masuk dan Haniff hanya menurut dan duduk di sofa hadapan Haykal.


            “Ye ke? Jadi kenapa soal saya macam tu? Betullah…. Saya nak ke butik ummi ni. Kalau tak percayakan saya dna izinkan saya. Takpleh. Saya balik je lah….” Balas Andra berjauh hati. Spontan Haykal tercengang.


            “Eh! Eh! Janganlah sayang. Abang gurau je kot. Abang percayalah. Tak apa. Abang percayakan awak dan abang izin awak singgah ke butik ummi. Sampaikan salam abang pada ummi ya…” Balas Haykal kalut. Spontan Haniff menutup mulutnya menahan tawa. Amboi. Takut bini nampak!


            “Betul ni?” Duga Andra.


            “Betul sayang. Abang izin awak pergi butik ummi.” Balas Haykal sungguh. Terdengar suara isterinya tergelak kecil. Tersenyum Haykal dibuatnya.


            “Thanks pak cik! Sayang pak cik lebihlah!” Balas Andra ceria.


            “Sayang pak cik? Siapa pak cik tu?” Soal Haykal sengaja. Pemuda bernama Faiz itu boleh pula panggil ABANG. Cemburu sudah datang dahhh… Haniff yang mendengar gurauan Haykal itu tergelak kecil dan habuannya Haykal melontarkan pen yang berada di kotnya pada Haniff agar diam.


            “Eeeee! Pak cik tu awaklah… Suami saya. Pak cik Haykal!” Balas Andra geram Namun seketika dia tergelak nakal. Haykal mendengus geram.


            “Ohhhh… Okay.. Takpelah kalau tak sudi panggil kita abang. Yalah. Siapalah abang nikan. Lelaki nama Faiz tu senang je dia panggil abang.Tapi suami sendiri tak sudi. Yalah. Siapalah abang ni. Dahlah tua. Duda.. lepas tu…” Balas Haykal jauh hati namun belum sempat dia menyudahkan kata-katanya Andra sudah memotong dan menjerit geram.


            “Eeee! Yalah! Yalah! Pak cik janganlah merajuk. Buruklah! Saya tak pandai nak pujuk. Dia tu abang tak special. Awak tu special. Teramat special tahu!” Balas Andra geram. Haykal tersenyum kecil. Keningnya dinaikkan nakal. Termakan jua lakonannya.


            “Abang sayang. A.B.A.N.G!” Tekan Haykal. Haniff kembali tergelak sambil mengolekkan tubuhnya di atas sofa berangkai tiga. Haykal sekali lagi membalingnya dengan bantal kecil yagg berada di atas ofa. Mengena. Namun, Haniff hanya membuat bodoh.
           

            “Yalah,…. Abang. Abang. Abang. Abang… Abang. Abang…” Balas Andra geram dan menyebut perkataan abang berkali-kali supaya suaminya puas. Haykal tergelak.


            “Okay! Okay! Abang faham. Sayang excited nak panggil abang. Tapi sekali panggil pun dah cukup yang… Tak payah berulang kali. Naik  air abang dibuatnya..” Balas Haykal dan tergelak kecil. Kedengaran isterinya mendengus geram. Rasanya kalau boleh pasti Andra mengigit stering keretanya. Macamlah Haykal tidak tahu sikap isterinya itu. Kalau dah geram mahu batu dia gigit! Haha.


            “Abang!” Jerit Andra geram. Haykal tergelak.


            “Okay! Okay… Dahlah. Awak driving tu. Drive safely ya. Careful tau! Ingat wajah abang yang kacak ni...” Balas Haykal mengalah. Memang nak bermanja. Tapi agak-agak kot. Isterinya sedang memandu. Kalau ada apa-apa yang terjadi. Mahu dia menyesal.


            “Euuwwwhhhh! Perasan! Dahlah, Andra nak drive ni. Abang perasan jangan nak perasan sangat eh. Bawa-bawalah mengucap. Okaylah. Andra letak dulu. Nanti jumpa kat rumah ya. Asslamualaikum wbt.” Balas isterinya geram dan meletakkan panggilan tanpa sempat Haykal membalas. Tersenyum sendiri Haykal dibuatnya. Jumpa kat rumah? Macam sweet je kan? Haha. Aduhai. Ini ke perasaannya berkahwin dengan orang muda? Spontan nak jadi muda. Hahaha.


            “Wei! Bawa-bawalah mengucap! Angau bebenor aku tengok!” Tegur Haniff dan membalingkan balik bantal kecil yang dibaling Haykal tadi padanya. Wajah Haykal yang tersenyum sendiri itu membuatkan Haniff tercuit hati. Sah! Angau! Hahaha. Haykal hanya tersengih dan tidak mengelak.


            “Angau dengan bini sendiri tak pe bro. Dapat pahala. Jangan angaukan perempuan lain sudah. Dahlah dapat dosa. Bini aku pula mengamuk! Tak ke haru tu?” Balas Haykal dan geelngkan kepalanya. Haniff tersengih.


            “A’ah kan. Sebab tulah aku pencinta setia. Setia dengan bini aku je. Bini pun sayang…” Balas Haniff bangga.
           

            “Cit! Nak termuntah aku dengar…” Balas Haykal dan berdencit. Haniff tergelak.


            “Aku pun nak termuntah dengar suara manja dan macho kau dengan wife kau tadi. Seriously, meremang bulu roma aku bro!” Balas Haniff dan tergelak. Haykal mengaru lehernya malu. Memang dia tidak pernah membuat gaya seperti itu di hadapan Haniff. Jika ada pun pasti dengan Airalah.


            “Bukan ke kau suruh aku jadi romeo? Hah! Aku tengah cuba kembali ke bentuk asal lah ni…” Balas Haykal selamba dan tersenyum kecil. Haniff tergelak. Tahu sangat perangai Haykal di kala mereka muda belia dan meyambung pelajaran di Oxford. Pantang nampak dahi licin sikit. Mulalah Haykal menjual minyak dan yang menariknya. Pasti minyaknya berjaya dijual! Haha. Fahamkan? Tergodalah kiranya.






***CINTA ENCIK DUDA****






AKU menapak masuk ke dalam butik ummi yang dinamakan D’Cantik Boutique. Wahhh~ Ummi. Nama butik bukan main gempak lagi! Haha. Tapi sejujurnya, nama butik ummi itu sinonim dengan hiasan dalaman butiknya. Semuanya rona putih dan kelihatan cantik dengan hiasan-hiasan chandelier dan sofa yang pelbagai bentuk. Apaatah lagi bermain dengan lampu. Hiduplah dia D’Cantik Boutique ini.


            Aku tersengih memandang kak Lia yang sibuk menyusun baju-baju pengantin ke tempat yang disediakan. Aku gelengkan kepala. Khsuyuk gila kak lia ni bekerja. Memang pekerja terbaik ummilah. Aku berjalan perlahan-lahan menghampirinya dan…


            “Oh mak kau meletup!” Latah kak Lia dan terjatuh baju pengantin yang berada di tangannya. Tergelak besar aku dibuatnya.


            “Eh kau letup! Eh… Kau ni..Ni. Ni.Ni. Eh! Kenapa aku ni!” Latah kak Lia tanpa henti dan semakin membuatkan aku tergelak sehinggakan terduduk di atas lantai.


            “Angah!” Tegur ummi dengan nada yang serius.


            “Opsy!” Spontan aku menutup mulutku dan menoleh ke belakang. Erk! Ummi! Hehe. Ummi dengan wajah marahnya dan mencengkak pinggang memandang aku.


            “Eh! Eh! Ummi…” Aku tersengih memandang ummi. Ummi gelengkan kepalanya dna mendektai kak Lia. Bahu Kak Lia ditepuk dan spontan kak Lia terhenti melatah. Wah. Ummi. Terror engkau!


            “Angah… Kan dah banyak kali ummi pesan. Jangan buat kak Lia macam tu. Penatlah dia. Kamu ni kan…” Tegur ummi padaku dan menarik telinga kananku agar berdiri.


            “Aduduh! Ummi. Sakit!” Aduku padanya sambil memegang telinga kananku yang masih ditarik oleh ummi. Aku berdiri. Gila tak berdiri. Putus telinga ni nanti.


            “Tahu sakit… Cepat! Minta maaf dengan kak Lia…” Arah ummi kepadaku. Aku tersengih pabila telingaku bebas dari tangan ummi. Kak Lia aku dekati dan tersenyum kambing memandangnya.


            “Kak Lia… Sorry… Andra gurau je…” Aku memeluk lengan kak Lia dan mencium pipinya. Kak Lia gelengkan kepala namun bibirnya mengukirkan sneyuman. Hehe. Kak Lia ni baik tau! Setiap kali aku mainkan dia ke. Sakat dia ke. Dia senyum je. Baik tak dia? Hehe.


            “Tak apa. Kak Lia faham. Rindu juga bila dah lama Andra tak sakat kak Lia.” Balas kak LIA dan tersenyum. Aku tersengih.


            “Tak apa. Next time Andra singgah dan sakat kak Lia lagi…” Balasku nakal dan mengenyitkan mataku.


            “Angah….” Tegur ummi dan spontan aku tergelak.


            “Gurau jelah ummi. Ummi ni…” Balasku cepat pabila ummi mulai menjengilkan matanya. Kak Lia tergelak dan mencubit pipiku. Aku hanya tersenyum.


            “Jom. Ikut ummi masuk ke pejabat. Jangan ganggu kak Lia.” Ummi menarik tanganku lembut menuju ke dalam pejabatnya. Aku melambaikan tangan pada kak Lia yang tersenyum memandangku. Kepalanya digelengkan. Peninglah tu melayan aku. Haha.


            “Duduk.”Arah ummi setelah kami menapak masuk ke dalam pejabatnya. Namun, aku menarik tangan ummi sehinggakan ummi mengerutkan dahinya memandangku.


            “Kenapa?” Soal ummi hairan. Aku tersengih dan menyalam tangan ummi penuh sopan.


            “Lupa nak salam dan sayang ummi.” Balasku padanya dan mencium kedua-dua pipi ummi pula. Ummi tersenyum lebar dan mengucup dahiku lembut.


            “Sayang anak ummi ni…” Bisik ummi lembut dan mencuit pipi mulusku. Aku hanya tersengih. Suka bila ummi manjakan  aku. Walaupun pada dasarnya aku bukanlah anak bongsu. Huhu.


            “Ummi nak bagi angah apa?” Soalku pada ummi dan mengambil tempat di sofa berangkai tiga rona putih yang terdapat di dalam pejabat ummi. Selalunya, jika disebelah petang ummi tak busy di sekolah ummi akan datang ke butiknya. Tetapi, tepat jam 4 petang ummi kan pulang dan bersedia untuk menanti abi yang kerjanya sebagai pengetua sekolah itu dirumah. Pengetua? A’ah. Aku anak pengetua sekolah menengah. Akan tetapi, along, aku dan si kembar tidak disekolahkan di sekolah abi. Kerana abi tak nak kami jadi lemak. Yalah, selalunyakan anak pengetua ni layanan guru pada mereka berlainan sedikit. Ummi sendiri mengajar di sekolah lain. Pelikkan? Tapi itulah abiku. Humble dan tegas. Hehe.


            “Hah! Baru ummi ingat…” Balas ummi dan membuka almari putih yang terdapat di dalam pejabat ummi.


            “Wow!” Luahku tanpa sedar pabila ummi menarik sepasang baju pengantin rona putih. Cantik sekali.


            “Cantik tak?” Soal ummi kepadaku. Aku spontan berdiri dan mendekati ummi. Kepalaku dianggukkan sungguh.


            “Cantik sangat ummi. Siapa punya ni?” Balasku pada ummi dan menyentuh baju yang tersarung plastic jernih itu. Ummi tersenyum dan mencuit daguku.


            “Baju pengantin ni ummi reka dan buatkan untuk anak dara ummi satu-satunya. Sebenarnya baju ni dah lama ummi simpan. Tunggu angah kahwin dan hadiahkan buat angah. Tapi… Yalah. Angah kahwin mendadak dna ummi tak sempat nak hadiahkan baju ni buat angah….” Jelas ummi sebak. Spontan aku memeluk ummi.


            “Sorry ummi…” Balasku kesal dan mengosok belakang ummi lembut.


            “Tak apa sayang. Ummi faham dan ummi redha ini ketentuan-NYA buat anak dara ummi satu-satunya ni…” Balas ummi dan menolak tubuhku sedikit jauh darinya dan mencuit daguku. Bibirnya mengukrkan senyuman namun ada air mata yang mengalir di pipinya. Hati anak mana tidak sedih melihat ibunya sedih?


            “Angah minta maaf kerana angah dah kecewakan ummi. Angah salah…” Balasku pada ummi dengan mata yang kabur. Ummi tersenyum dan gelengkan kepalnya. Air mataku diseka.


            “Jodoh dan pertemuan itu ditangan-NYA sayang. Kita sebagai umat tidak seharusnya menyalahkan diri dan takdir. Kita harus redha dengan ketentuan-NYA. Ummi pasti ada hikmah disebaiknya. Percayalah, Kadang-kadang Allah swt hilangkan cahaya matahari. Lalu DIA turunkan hujan dan guruh. Kita menangis dan mencari ke mana hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah swt turunkan pelangi yang indah buat kita. Sayang… Begitu juga dengan kehidupan kita. Bagaikan bola, kadang di atas, kadang di bawah. Biar pun banyak dugaan yang datang dalam hidup, jangan sesekali kita lupa pada Allah swt.... DIA tahu apa yang terbaik buat kita sayang….” Jelas ummi dan mencium dahiku lembut.


            Aku terdiam dan mengingatkan kembali semua yang terjadi. Putusnya hubunganku dengan Alex, kepulanganku ke kampung abi, pertemuanku dengan pak cik sehinggakan kepada penangkapan khalwat kami dan terjadinya pernikahan kami. Sehingga kini, hatiku terdetik, adakah aku menderita? Tidak! Kerana suamiku melayanku dengan baik. Anak tiriku jua menerimaku dengan hati yang ikhlas dan begitu jua dengan keluarga mertuaku. Jadi apa masalahnya?


            Aku hanya menurut pabila ummi menarik tanganku agar duduk di sofa berangkai tiga. Aku hanya menurut dan duduk di sisinya. Baju tadi diletakkan di atas meja coffee di hadapan kami. Jemariku dipegang oleh ummi.


            “Sayang… Tell me, bagaimana kehidupan Andra selama hidup bersama suami? Semuanya okay?” Soal ummi kepadaku. Aku memandnag ummi dan mengeluh. Patutkah aku ceritakan hal yang sebenarnya pada ummi? Mengenai kisah silam pak cik yang menghantuiku?


            “Ummi….” Panggilku manja pada ummi dan memandangnya.


            “Ya sayang…” Balas ummi lembut dan mengusap pipiku. Aku menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. Dengan lafaz bismillah aku memulakan caritaku…






***CINTA ENCIK DUDA****







AIRA, Atif dan Melly yang sedang duduk santai di café spontan memandang ke arah lelaki kacak yang menapak masuk ke dalam café dengan auranya yang tersendiri bersama temannya. Aira yang melihat lelaki itu spontan bersinar-sinar matanya. Sejak tadi lelaki itu yang dicarinya.


            “Eh! Abang Faiz lah…” Luah Melly teruja dan memandang ke arah Faiz Akmal yang berjalan beringan bersama Mahdi itu. Aira tersenyum dan memandang wajah kacak Faiz Akmal yang sedang tersenyum dan berbual dengan Mahdi. Seperti dunia mereka yang punya. Tidak memperdulikan mata-mata pelajar lain yang memandang mereka.


            Faiz Akmal dan Mahdi duduk di meja dua selang dari Aira dan teman-temannya. Hal itu, membuatkan Aira semakin gembira dan teruja. Dapat melihat lelaki itu dengan lebih dekat.
           

            Melalui, cerita yang didengarinya mengenai Faiz Akmal. Lelaki itu berasal dari golongan berada. Namun, orangnya suka bersikap rendah diri. Kurang bergaul dengan orang lain. Akan tetapi, dari mata kasar Aira. Kelihatannya Faiz Akmal dan mummynya kelihatan mesra.


            “Aira… Apa kata kita say HI dengan abang Faiz. Kau nak tak?” Cadang Atif. Cadangan Atif itu membuatkan Aira mengerutkan dahinya.


            “Eee. Tak naklah! Malulah! Nanti dia tak layan macam mana?” Soal Aira takut. Melly dan Atif mengeluh.


            “Relakslah. Kalau dia tak layan. Kita buat bodoh.” Balas Atif selamba dan berdiri. Begitu juga dengan Melly. Tercengang Aira dibuatnya.


            “Hei! Korang jangan buat gila boleh tak? Aku seganlah…” Balas Aira geram namun tangannya ditarik oleh Melly dan Atif agar mengikut mereka. Dengan keadaan dua lawan satu Aira terpaksa mengalah.


            “Hi abang Faiz. Abang Madhi.” Sapa Melly mesra dengan senyuman manis pabila mereka bertiga berada di hadapan Faiz Akmal dan Mahdi. Aira pula spontan menyembunyikan drinya di belakang Atif. Segan ya amat! Faiz Akmal dan Mahdi yang sedang berbual tadi terhenti dan memandang ketiga-tiga  gadis yang menegur mereka. Faiz Akmal memandang dengan kerutan di dahi. Manakala, Mahdi memandang dengan senyuman.
           

            “Hi junor…” Sapa Mahdi kembali. Faiz Akmal hanya diam dan berkerut dahi memandang Aira yang menyembunyikan dirinya dari pandangan Faiz Akmal itu.


            “Abang-abang baru lunch ke?” Soal Atif ramah.
           

            “Ya.” Balas Faiz Akamal pendek.
           

            “Oh. Samalah kita. Kita orang pun baru lunch. Tak sempat tadi.” Balas Melly ramah. Faiz Akmal hanya anggukkan kepalanya.


            “Jangan makan lewat sangat dik. Kitaorang ni lelaki. Tak pe.” Balas Mahdi dengan sikap ambil berat kononnya.


            “Eh! Awak ni sepupu Amiey ke? Andra Tihamiey?” Soal Faiz Akmal kepada Aira pabila teringat wajah Aira tadi. Kelihatannya gadis itu agak rapat dengan Andra dan mesra. Spontan Aira terdiam dan tersenyum kelat memandang Faiz Akmal. Faiz Akmal membawanya berbual? Okay! Rasa nak pengsan!


            “Err. Ya.. Eh. Tak! Eh! Ya…” Balas Aira gagap. Teringat kembali pesan Andra tadi. Katanya satu collage belum mengetahui status sebenarnya. Andra ingin statusnya dinyatakan di majlis perkahwinan papa dan mummynya hujung bulan depan. Faiz Akmal mengerutkan dahinya. Mana satu betul ni?


            “Maksud? Amiey tu cousin awak ke tak?” Soal Faiz Akmal hairan.


            “Err. Ya. We’re cousin. Saya dengan My memang cousin.” Bohong Aira. Namun, dapat dirasa lidahnya berbelit. Tak biasa menipu. Papanya tidak pernah mendidiknya agar menjadi munafik. Aira meneguk liurnya. Habislah kalau papanya tahu. Faiz Akmal anggukkan kepalanya dan tersenyum. Cousin? Bolehlah dia korek rahsia mengenai Andra. Hehe.


            “Oh I see. Nice to meet you… err. Nama awak siapa eh?” Soal Faiz Akmal. Aira tersenyum.


            “Aira. Putera Hairanah.” Balas Aira dengan senyuman manis. Tidak disangka lelaki bernama Faiz Akmal itu membawanya berbual. Hanya dia. Tidak Melly mahupun Atif. Hehe.







***CINTA ENCIK DUDA***







UMMI menyapu lembut air mataku yang mengalir. Ummi juga ku lihat mengalirkan air matanya sepertiku. Ummi menarikku ke dalam pelukannya dna menghelakan nafasnya. Terasa usapannya di rambutku yang menghurai cantik.


            “Kasihan Haykal…” Balas ummi sebak. Aku anggukkan kepalaku. Mengiayakan kata-kata ummi. Aku jua kasihankan suamiku itu.


            “Jika ummi entahlah. Apa yang yang ummi kan lakukan. Tetapi ummi tabik dengan sikap tenang dan sabar Haykal menghadapi kehidupannya.” Balas ummi. Aku terdiam. Ya. Pak cik memang selalu tenang dan sabar. Sabar jua melayani karenahku.


            “Angah rasa kasihankan dia ummi. Kehidupan lalunya membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi. Tapi mungkin Allah Swt turunkan pelangi buat dia seperti yang ummi katakan. Kami dinikahkah dengan cara yang mengaibkan. Namun, apa yang Aira kataka pada angah. Papanya lebih suka tersenyum dan gembira sekarang ni…” Jelasku pada ummi. Ummi tersenyum.


            “Alhamdulillah. Angahlah pelangi buat Haykal. Ummi pasti. Pernikahan angah dan Haykal ada hikmahnya. Angah didatangakan kepada Haykal bagi menyerikan kehidupan Haykal selama ini. Seperti yang abi katakan. Di kala semua orang tidak menyayangimu. Percayalah, Allah Swt ada dan sentiasa menyanyangimu. DIA kan turunkan rezeki dan kelebihan buatmu. Maka, Allah Swt telah datangkan angah buat Haykal. Memberi Haykal peluang untuk merasai kemanisan rumah tangga dan melengkapi kehidupannya yang selama ini hambar..” Balas ummi. Aku tersneyum nipis dan baringkan kepalaku di riba ummi. Kakiku aku lunjurkan di atas sofa. Terasa usapan ummi di rambutku.


            “Apa yang angah patut lakukan ummi untuk gembirakan hatinya ummi? Angah merasa serba salah di saat membaca diary itu. Angah terasa sedih pabila melihatnya. Bagaikan angah turut sama merasai keperitan yang dialaminya. Aira… Angah sendiri tidak tahu status Aira. Tapi apa yang angah tahu. Angah tidak ingin tahu status Aira. Angah ingin sematkan di dalam hati ini bahwa Aira adalah anak Haykal.” Jelasku pada ummi perlahan.


            “Angah… Masih belum terlambat untuk angah berubah menjadi isteri yang baik dan solehah buat Haykal. Percayalah nak… Isteri yang baik dan solehah mampu membahgiakan suami. Kita sebagai isteri harus tahu dan pandai mengambil hati suami… Mengenai Aira. Ummi sokong dengan apa yang angah katakana itu. Siapa pun dia. Dia tetap anak Haykal dan angah. Jaga dan didiklah dia dengan baik. Aira adalah amanah dan tanggungjawab angah dan Haykal.” Balas ummi. Aku mengangkat wajahku memandang ummi.


            “Bagaimana untuk angah mengambil hati suami angah? Berubah menjadi isteri yang baik dan solehah? Bagaimana itu ummi?” Soalku kepada ummi dan ummi. Tersenyum penuh makna…







B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





****************************************************



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
AJ







HI ladies!








            Watchia duin? M really miss you L Huhuhuhu…..








Did you miss me oso?








Oh my English!









Konon….








How was the story? Best? Interesting? Boring? Dang? Huhuhu. M sorry cuz m late n didn’t update CED for this a few days. L Seperti yang uols tahu. Aku sakit…. Uols pernah rasa di saat uols bangun kepala uols rasa sakit ya amat dan terasa seperti gempa bumi? Itulah yang aku rasakan. Sakit sekali! Sehinggakan aku menangis… Tak tahulah nak kata apa. Tapi cukuplah aku katakan yang itu kesannya pabila aku gemar tidur lewat dan mengalami Insomnia. Teruk sekali rasanya. Aku dinasihatkan agar banyakkan berehat dan kurangkan tidur lewat. L Alhamdulilah. Hari ini tepat jam 1 pagi aku bangun dan aku mulai sihat walaupun pada dasarnya masih belum sihat sepenuhnya. Tapi demi uols aku gagahkan diri dan mengedit CED. It’s the truth. Aku tak tipu dan sengaja nak minta kasihan ke apa. Aku buat demi uols. Uols yang selalu follow dan sokong CED. T H A N K  S J T H A N K S juga pada yang doakan aku agar sembuh cepat J Tapi ada juga yang suruh aku sembuh cepat sebab nak suruh aku update new entry cepat-cepat. Amboi.. Jahat eh! Hehe. J




            Aku MINTA MAAF sekiranya aku tidak dapat mengupdate CED setiap hari. Kerana kondisi kesihatan yang kurang baik dan memuaskan membuatkan aku sering kali lewat dan tidak mengupdate CED. Maafkan aku. aku hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan dan punya kekurangan. Aku harap uols faham akan diriku.


            M A A F




CED 13? Ianya mengenai kisah kehidupan Andra di collage dan Aira sedikit sebanyak. Timbulnya watak Faiz Akmal di sini. Siapa Faiz Akmal? Apa kaitannya dengan Andra dan Aira selepas ini?  Aku rasa aku sukakan sifat cemburu Haykal di dalam bab ini. Terserlah sikap cemburunya pada si isteri. J Namapk comel sekali pabila orang berumur cemburu. Yer tak? Hehe. Bagaimana pula dengan cadangan ummi kepada Andra? Apakah itu? Hurm… Curios! Hehe. Banyak yang persoalkan mengenai umur Haykal. Aduhai. Uols. Kenal tak siapa itu HANS ISAAC? Untuk pengetahuan uols HI berumur 37 tahun. Aku ulang ya uols. 37 TAHUN! Handsome tak? Handsome tak? Handsome kan? Nampak muda lagikan? So uols tak usah risau okay. Haykal taklah tua sangat. J chill okay! Hehe. Oh ya, BAB NI PANJANGGGGGKAN? Aku cepuk kalau ada yang kata pendek! Hehehe.



            Oh ya, CED 14 akan menyusul. Namun, mungkin petang nanti. Mungkin juga malam. Melihat kepada kondisi kesihatan aku okay. Jika kondisi kesihatanku mengizinkan. Maka, aku akan cuba gagahkan diri untuk mengupdate CED 14. S O R R Y. Aku tak dapat nak gagahkan diri edit CED sampai 3 bab sekaligus. Kepala ni jadi pening. Uols fahamkan? M A A F ya sayang L



Oh ya, thanks pada yang sudi menunggu CED ni. Dari ke pagi hingga ke malam. Dua hari berturut –turt aku tak update kernnnn L S O R R Y…  Juga kerana sanggup tunggu walaupun aku late update. Thanks uols for your support J Much appreciated it! Tak tahu nak balas macam mana J T H A N K S sayang… Sorry juga sebab aku late update. L Uols memang rock! J Aku Uols!




Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 13  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Okay, tentang penggunaan BAHASA dan PENULISAN aku di dalam karya aku adalah penggunaan bahasa dan penulisan yang SANTAI. Aku ulang. SANTAI. Blog ni adalah blog yang takkan peningkan kepala uols dengan tidak keskemaan aku. Aku tahu pasti ada yang kata nanti bahasa BM dan BI rosak disebabkan aku. Eh! Ada aku kisah?! Ini blog aku dan karya aku. Suka hati aku. Aku tahu penggunaan bahasa dan penulisan BM dan BI yang betul perlu kerna jika tidak timbullah bahasa rojak. Tapi aku tahu uols bijak. Pastila tidak terikut-ikut dengan bahasa yang aku gunakan bukan? Juga kepada penggunana bahasa dan grammar English aku. Seperti yang aku kata. Aku ni newbie saja. Masih banyak yang perlu dipelajari dan BI aku taklah okay sangat. Banyak yang kurang. Kadang-kadang aku silap dan kadang-kadang ada yang aku tersalah taip. But atleast aku mencuba apa. Tapi tulah. Pelik juga aku kenapa BI aku dalam SPM dapat A? Curios…. Oh ya! Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J




Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan. It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!




We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J






Till then,









Sincerely,

30 comments:

  1. Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      T H A N K S syg sy =)

      Delete
  2. Alhamdulillah dah sihat.....memang apabila sakit kpala myerang sakitnya rasa tak tertanggung...pernah mgalaminya.....thanks n3 baru..suka bab ni...best juga test emosi hykal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HANI
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      alhamdulilah~ =)
      skt kan dear
      rasa spt gempa bumi pun ada hehe

      most wc dear

      Delete
  3. Walaupun kali ni n3 nya panjang juga tapi maseh tak puas
    lagi. Syukur Ratu dh post n3 baru... seharian tunggu n3 ke
    13. Hai nampaknya pakcik dh mula tunjukkan jelesnya. semuga Andra pandai menjaga maruahnya sebagai isteri
    pakcik dn biarlah beratus jejaka hensem yg mendekati tapi
    suami tetap yg utama dihatikan Ratu? nak lagi...nak lagi..
    lega dpt baca n3 ke 13 ni...setia menanti yg baru pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANOR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      sorry dear if xpuas n sorry m late ya

      haha a'ah pak cik dah mulai jeles tu
      ya btl tu. sbgi seorg isteri andra harus pandai menjga maruahnya dan suami

      yay! betul tu dear
      biar beribu yg dtg
      tapi SUAMI ttp 6be 1 tau hehe =)

      okay dear
      T H A N K S support n follow CED =)

      Delete
  4. Yeay.... best..... ada entry terbaru....

    Ratu, take care of your health.... Bila dah sihat, baru ler boleh post entry consistently.... Hihihi.... gurau jer... Anyway, semoga cepat sembuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hahahaha
      yay! yay! yay!
      hehe =)

      T H A N K S syg sy =)
      hehehe
      N A K A L tahu =)

      Delete
  5. take good care of ur health ratu & thanks for the entry even though u r sick, love u ratu.....^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI TIARA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hehehe
      T H A N K S sygggg
      much appreciated it! =)

      LOVE YOU TOO~ =)

      Delete
  6. TQ Ratu....take care,jangan skip makan ubat ye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI CHE LAILA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      most wc dear
      T H A N K S juga =)

      terharu~

      Delete
  7. ratu, jaga diri awak baik2x.. jangan lupa makan ubat.. pasal entry kali ni pulak saya rasa cam sweet sangat but part andra and haykal sikit sangat,,. ratu nak demand sikit dgn awak boleh tak? Queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI QUEEN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      T H A N K S syg sy =)

      in shaa allah akan dgr ckp awak hehe =)

      Hehehe takpe kite tgu next n3 ya =)

      Delete
  8. Thanks ratu for the N3......pasal 3 bab sekaligus t gurau je......:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI TRIANA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Nma awk cantik! =)
      hehe

      Most wc dear n T H A N K S too =)

      hehe xpe dear
      kite faham
      kite pun gurau je hehe =)

      Delete
  9. aira dgn faiz akmal kut...pakcik cemburu gilerr tngk faiz dok manja2 ngn Andra..pakcik cepat lerr ngorat Andra tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear


      hehe
      amboi~
      tembak bebenor dia hehe

      hehe mana xcmburu dear
      siapa xsyg bini hehe

      Delete
  10. akhirnya ....ced muncul

    pakcik dah mula langkah...tp syg x kesampaian hajatnya..
    xpe ada masa lgi...
    andra pun dah blh trima pakcik ok la 2....
    datng pulak faiz ni kacau je andra nak dating ngan pakcik...
    pakcik jgn kuat sgt jelez nanti andra lari...jelez manja2 ok la....
    aira 1 team ngan mummy andra ye....mesti aira dah tersangkut ngan faiz ni...
    faiz nak masuk jarum nampak....
    tapi syg andra dah ada org punya...
    balik nanti mesti andra test baju pengantin...mesti tergamam n terpesona pakcik melihatnya....
    dah tggl ber2 blh la proses haikal junior
    pas ni nak la andra berhijab...spy pakcik x rasa tergugat...
    bila lgi majlis andra n pakcik ni....

    ratu nak lgi entry yg panjang2...
    semoga anda di beri kesihatan yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      sorry wak sy lambat =(

      Hehe a'ah pak cik dah memulakan langkanya
      hehe

      suami mana yg xcmburu wak tgk isterinya dipikat oleh llk lain
      lbh2 lagi pak cik rc dia xspdan dgn andra hehe

      haha proses yer?
      mcm mknan pula sy rc
      hehehe =P

      mjlsnya akan diadakan hujung bln hdapan.

      wahhhh~ aku pula yg melebih! ahhahaha
      =)

      T H A N K S dear

      Delete
  11. alolo faiz kamu jgn dok kacau Andra, bleh x?
    Andra tu Haykal yg punya..
    lepas ni menangis x blagu la Faiz ooo sbb dpt tau Andra dh kahwin.wakakaka
    lambat ag ke Andra nk pi wat practical kt MH holding?
    Adakah hubungan Andra dan Aira akan tergugat lepas tau Faiz suke dekat mummy dia?
    romantik la haykal ni..pahni dpt baby la nmpaknya
    hahaaa
    panjang sihh komen.kihkih. <3
    ~kaila

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI KAILA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hehehe
      sabar dear
      sabarrr~
      hehe =)

      haha padan dgn muke dia pas ni hehe

      hehe after abiz orientasi maka hidup andra sbgi bdk prctcl akan bmla =)

      hehe tang tu kite kena tgu next n3 ya

      haha nampaknya mcm tulah hehe

      yay! owesome!
      panjang komen kamu!
      saya suka!

      hehe =) <3

      Delete
  12. mmg suke dgn haykal yang jeles dgn andra..
    heheheh sweet la dia diaorg nie..hehhehe..
    kepada cik penulis.. semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NZLYNA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      hehehe
      btlbtlbtl
      cmbru kan tanda syg hehe =)

      kepada NZLYNA:
      T H A N K S syg =)
      syg awak!

      Delete
  13. Ratu,thanks for the new n3. Semoga cepat sihat. Thanks banyak2 sbb sakit2 pun still buat n3. Really appreciate it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI FUZZ
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      T H A N K S dear =)

      terharu saya~ =')

      Delete
  14. ai like it! next please.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZZ ACU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      ai like u too~ hehe =)

      hwaiting dear

      Delete
  15. Replies
    1. HI IEYRA IRAS
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      T H A N K S syg =)

      Delete