Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Thursday 14 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 2













CINTA ENCIK DUDA BAB 2






HAYKAL yang sedang menunggu Tn Hj Ismail di depan keretanya tercengang apabila di datangi seorang pemuda. Nampak macam tak puas hati pun ada.


“Hoi pak cik!” Sergah pemuda tersebut kepada Haykal. Haykal mengerutkan dahi dan memandang ke sekitar masjid. Jemaah-jemaah lain yang baru lepas solat Isyak tak pula memandang ke arah mereka. Maknanya dialah kot yang pemuda tersebut panggil.


Are you talking to me?” Soalnya kepada pemuda tersebut sambil jari telunjuknya dihalakan ke mukanya.


“Hei. Kau ni pak cik! Nak loyar buruk pulak dengan aku!” Balas pemuda tadi. Haykal mengerutkan dahi. Entah apa-apa pemuda hingusan dihadapannya ini. Hidup baru setahun jagung namun  lagak bagaikan samseng walaupun tubuhnya ciput saja.


“Ni aku nak bagi warning sikit kat kau eh pak cik! Kau jangan berani-berani nak dekat dengan cucu tok ketua tu! Oh. Mentang-mentang kau tumpang kat rumah tok ketua kau pun nak ambil kesempatanlah nak usha cucu dia tu. Untuk pengetahuan engkau pak cik! Cucu tok ketua tu girlfriend aku! My girlfriend you know! Hah! Ingat kau je pandai speaking?!” Amarah pemuda tersebut kepada Haykal dan siap menunjukkan jari telunjukknya kepada Haykal. Haykal hanya mampu tergelak di dalam hati. Kalau speaking seperti itu sekali budak tadika pun boleh.


“Sejak bila pula cucu tok jadi teman wanita kamu ni Amir? Setahu atok lah, cucu atok tu setahun dua tiga kali saja pulang ke sini.” Tegur satu sura di belakang pemuda bernama Amir tadi. Pucat terus mukanya saat itu.


“Eh. Eh. Tok ketua. Errr..” Balasnya gagap apabila menoleh. Tergagap-gagap dia ingin menjawab. Memang Andra bukanlah teman wanitanya. Namun, dia sudah lama menyimpan perasaan kepada gadis itu. Hanya Andra saja yang tidak melayan kutu kampung sepertinya.


“Kamu ni Mir. Bilalah nak berubah. Sepatutnya kami di rumah Allah  swt ni berbuat ibadat. Bukannya berbuat jahat serang-serang orang seperti ini. Tetamu tok pula tu. Mana adab kamu ni Amir? Sembahyangnya tidak. Apa salahnya kamu singgah ke masjid dari kamu ke warung si Piah tu? Melalak hingga ke subuh. Tak dibuatnya orang.” Tegur Tn Hj Ismail kepada Amir. Amir memang dikenali sebagai kutu kampung. Sudahlah tidak bekerja. Yang dia tahu melepak di gerai Piah janda dan menghabiskan duit mak bapaknya saja. Amatlah tidak berkenan Tn Hj Ismail kepada pemuda tersbeut. Ni nak dijadikn cucu menantunya? Alamatnya hancurlah hidup satu-satunya cucu perempuannya itu.


“Amir.. Hurm. Amirrr…..” Terketar-ketar Amir ingin menjawab, setiap kali berdepan dengan Tn Hj Ismail dia memang tergagap dan takut. Tn Hj Ismail amatlah dihormati oleh semua penduduk kampung. Tiada siapa yang berani membantah cakapnya. Sikapnya yang tegas dan lembut itu membuatkan penduduk kampung suka dengannya.


“Baliklah Mir. Jangan nak cari gaduh di sini. Malu sikit dengan tetamu tok ni.” Balas Tn Hj Ismail lembut namun ada tegasnya. Amir akur dan berlalu pergi.


“Maafkanlah si Amir tu nak Haykal. Memang macam tu budaknya. Selalu beranggapan bahawa dirinya teman lelaki si angah tu. Bercintanya tidak. Tapi budaknya baik. Kalau nak minta tolong. Ringan saja bahunya ingin menolong.” Jelas Tn Hj Ismail kepada Haykal dan menepuk bahu Haykal. Takut Haykal tersalah anggap. Haykal yang sejak tadi mendiamkan drii memberikan senyuman nipis buat Tn Hj Ismail.


“Takpe tok. Biasalah anak muda. Darah mudanya masih panas tu.” Balas Haykal dan membukakan pintu kereta buat Tn Hj Ismail. Malam ini mereka bersama-sama berjemaah di masjid. Pn Hjh Mariam dan Andra pula tidak ikut serta.







****Cinta Encik Duda*****







HARI KETIGA Haykal di kampung yang damai tersebut. Dia benar-benar merasa tenang. Berlainan dengan Bandar yang selalu bingit dan sesak. Di sini, hatinya merasa tenang. Merasa sejuk. Kepalanya juga tidak sesak dengan segala pekerjaan.


Perbincangannya dengan tok ketua sudah selesai. Dia akan menyalurkan sumbangan buat membina sebuah masjid baru dan besar di kampung ini. Permintaanya cuma satu. Tidak ingin memaklumkan siapa yang mendermakan sumbangan tersebut. Biarlah hanya dia, tok ketua dan Allah swt yang tahu. Sumbangannya itu tidak sebesar mana. Tidak layak di perbesar-besarkan.


Haykal tersentak apabila Iphone 4s nya berdering. Bibirnya mengukirkan senyuman tatkala melihat nama si pemanggil.


Asalamualaikum Baby.” Sapanya mesra.


Walaikumsalam Papa!!!” Sapa suara gadis dhijung sana dengan ceria. Haykal tersenyum. Teringatkan gelagat puterinya yang sudah besar panjang itu.


“Anak papa mesti rindu dengan papa kan? That’s why call papa ni.” Duga Haykal. Terdengar anak gadisnya tergelak kecil. Comel sungguh walaupun sudah berusia 18 tahun.


Papa ni… Macam tahu je yang Aira rindukan dia. Miss you so much papa… Bila papa nak balik? Aira sunyilah kat rumah ni. This time kalau papa balik boleh bawakan mama buat Aira tak?” Soal Aira riang. Haykal tergelak. Kepalanya digelengkan apabila mendengar idea gila anaknya itu. Tetapi entah kenapa raut wajah cucu tok ketua yang cantik dan lincah itu terbayang dimatanya. Kepalanya kembali di gelengkan. Cuba diusir raut wajah cantik dan lincah itu terbayang dimatanya. Kepalanya kembali di gelengkan. Cuba diusir raut wajah itu. Kerja gila rasanya kalau tok ketua ingin jodohkan cucunya yang muda dan bergetah kepadanya yang tua dan duda anak satu itu.


“Anak papa ni ada-ada jelah. Papa suka macam ni sayang. Life papa hanya untuk anak manja papa ni… Duda anak satu macam papa ni takde yang nak….” Balas Haykal. Dia tahu Aira rindukan belaian seorang ibu. Sejak berumur 2 tahun Aira dan dirinya kehilangan arwah isterinya Natasha kerana kanser hati. Selama 18 tahun jugalah dia yang menjaga Aira. Dialah bapa. Dialah juga ibu.


“Papa… Aira tak naklah papa kata macam tu. You have your own life to okay. Plus, kalau Aira kahwin nanti. Siapa nak jaga papa?” Soal Aira. Haykal tersenyum. Aira. Puterinya itu selalu memikirkan dirinya.


“Anak papa ni dah ada boyfie ya? That’s why you think about married.” Sakat Haykal. Menjerit kecil gadis itu dibuatnya.






****Cinta Encik Duda******






AKU yang sejak tadi duduk di atas pokok rambutan ni hanya mendiamkan diri. Okay….. Dia duda anak satu….


Erk! What?!!! Duda anak satu?!!!!!!!


“Mak!” Jeritku apabila aku tidak dapat mengimbangi tubuhku. Mataku dipejam apabila tubuhku sudah jatuh.


“Huh!” Dengus satu suara garau. Aku yang sedang memejam mata tadi membukakan mataku sedikit demi sedikit. Okay! Pengsankan aku sekejap boleh? Sekrang aku berada di dalam dukungan pak cik! Gulp! Dia pandang aku!


Aku yang berada di dukungan pak cik turut membalas padangannya. Kedua-dua tanganku bergayut dilehernya. Thanks to Allah swt, kerana aku selamat dan nasib aku pakai seluar sekarang ni.


Gulp!


Ummi! Asal muka pak cik ni handsome sangat? Walau dah sedikit berusia tapi dia maintain handsome! Oh my Gucci! Jantung aku berdegup-degup sekarang ni.


“Kurang ajar kau orang tua!” Teriak satu suara dan tahu-tahu saja satu penumbuk singgah di muka kacak pak cik. Aku tergamam. Lebih tergamam apabila tubuhku ditarik dengan kasar.


“Hei!” Jeritku apabila kakiku sudah mendarat di tanah dan tanganku dicengkam dengan kasar. Membuak-buak marahku apabila menyedari orang tersebut adalah si Amir kutu kampung.


“Andra masuk! Biar Amir selesaikan orang tua gatal ni!” Arahnya kepadaku dan sekali lagi dia ingin menuju ke tubuh pak cik yang sedang membongkok itu. Mesti sakit. Bibirnya sudah berdarah. Aku berlari sekuat hati dan berdiri di hadapan pak cik. Menahan Amir dari memukulnya.


“Ke tepi Andara!” Marah Amir kepadaku. Aku mencerlung tajam kepada Amir.


“Wei bodoh! Kau ni takde belajar sivik ke apa?! Tiba-tiba je datang nak tumbuk orang! Dah kuat sangat dah?!” Marahku kepadanya.


“Sebab ada belajar siviklah Amir nak ajar lelaki tua ni. Ada hati nak ambil kesempatan kat girlfriend aku!” Marah Amir dan sekali lagi dia cuba untuk menumbuk pak cik namun ku halang dan menolak tubuhnya


It’s okay Andra. I can handle it.” Balas pak cik kepadaku. Aku mengelengkan kepala. Memang pak cik boleh handle. Tengok body pun aku dah tahu. Tough semacam. Ish! Sempat lagi engkau Andra! Hahahaha. Tapi! Masalahnya budak Amir ni. Memang mati dikerjakan oleh pak cik. Budak ni mana reti ilmu pertahankan diri, tadi tu pun dia main belasah je.


Ya Allah swt! Budak-budak ni.” Jerit atok yang baru keluar ke laman rumah. Tubuh Amir di tarik dan ditahannya. Amir bagaikan orang gila saja ku lihat. Emo lebih!


“Lepaskan saya tok! Saya nak kerjakan jantan tak guna tu!” Amarah Amir sambil cuba untuk melepaskan diri dari atok. Namun, atok menahan.


“Diam aku kata! Diam Amir! Kalau tak atok tak teragak-agak tumbuk mukakamu!” Marah atok. Mukanya juga sudah memerah. Nenek juga sudah kelihatan dengan muka cemas.


“Lepaskan tok! Wei jantan! Kau…”


“Buk!” Belum sempat Amir menyudahkan kata-katanya mukanya sudah ditumbuk atok. Terdiam Amir dibuatnya. Padan muka!


“Dah! Dah! Mari masuk rumah atok. Baik-baik orang tak tahu. Nanti satu kampung heboh!” Arah atok dan mengheret Amir yang sudah terdiam masuk ke rumah. Aku dah nenek turut memegang lengan pak cik dan membawanya masuk ke dalam rumah.


Setiba di dalam rumah. Nenek merawat luka Amir yang ditumbuk atuk. Manakala, aku merawat muka pak cik yang ditumbuk Amir. Ish. Kuat juga tumbukan si Amir ni sehinggakan lebam tepi bibir pak cik ni ah. Yang aku tabik hormat kat pak cik ni dia steady je. Diam je aku tengok. Tak pula mengerang kesakitan macam si Amir tu!


“Hah! Tahu pun sakit! Yang kamu pergi serang orang membabi buta tu kenapa?” Marah atok kepada Amir. Amir menunduk.


“Saya bukan sengaja tok. Tadi pak cik tua ni! Saya Nampak dia ni dukung si Andra ni hah. Mana saya tak panas tok,. Girlfriend saya di dukung oleh lelaki lain.” Jelas Amir. Mencerlung tajam aku kepadanya.


“Uik! Siapa girlfriend engkau ni? Entah apa-apa entah!” Balasku geram. Dia tersengih.


“Kalau ya pun si Haykal ni dukung si Andra. Kamu tak sepatutnya terus serang macam tu saja. Kena soal dulu. Siasat dulu. Sebab apa mereka berkelakuan seperti itu.” Balas atok dengan penuh tegas dan lembut.


“Haykal? Angah? Jelaskan kepada kami. Hal yang sebenarnya. Agar tidak timbul salah faham di sini.” Soal atok kepada kami pula. Aku dan pak cik saling berpandangan. Pak cik berdehem dan menghelakan nafasnya.


“Pertamanya, saya nak minta maaf pada atok dan nenek sebab dukung angah tadi.” Tutur pak cik lembut. Sempat dijelingnya aku yang duduk bersimpuh di lantai.


“Tengok tok! Betulkan apa yang Amir kata!” Jerit Amir dan ingin berdiri. Namun ditahan oleh atok.


“Dengar dulu Amir. Jangan suka membuat spekulasi sebelum mendengar hal yang sebenarnya.” Amrah atok dan Amir kembali duduk.


“Teruskan nak Haykal.” Balas atok. Pak cik memandang atok.


“Sebenarnya tadi saya duduk di pangkin. Tengah berbual di handphone dengan anak saya. Tiba-tiba pula Andra terjatuh dari atas pokok rambutan di ats pangkin tu. Kagetlah saya. Percayalah tok. Dikepala Haykal saat tu hanya nak selamatkan Andra. Disebabkan itu, Andra jatuh dalam dukungan saya tok. Maafkan saya kalau saya salah.” Jelas pak cik panjang lebar. Aku menganggukkan kepala. Atok dan nenek pula saling berpandangan.


“Betul Andra?” Soal nenek.


“Demi Allah Swt. Betul nek. Andra tak pernah tipu nenek.” Balasku yakin,. Nenek tersenyum.


“Nenek percayakan angah. Sejak kecil angah tak pernah tipu nenek.” balas nenek dan mengusap rambutku. Aku tersenyum.


“Tapi tok?” Pintas Amir.


“Takde tapi-tapi Amir. Kamu sendiri dah dengar kan. Semuanya salah faham. Haykal ni hanya nak selamatkan Andra. Bukannya nak mengambil kesempatan. Kalau dia nak. Dua hari yang lalu dia dah ambil kesempatan Amir. Dahlah... Kamu minta maaf dengan Haykal ni. Dia lebih tua dari kamu.” Arah atok tegas. Amir mendengus dan datang dekat pada pak cik. Pak cik cool je aku tengok. Lepas bersalaman Amir pun meminta diri untuk pulang. Huh! Bagus sangatlah tu. Buat aku bengang je mamat tu.


           



******Cinta Encik Duda*********






HAYKAL yang sukar melelapkan matanya malam itu kerana bibir yang bengkak. Cuba untuk ke dapur. Membasahkan tekaknya. Tiba di dapur, dahinya dikerutkan. Terasa hairan pabila lampur dapur terang dipasang.


“Nak minum ke?” Soal Andra yang sedang membongkok di peti ais. Tengah mencari makanan mungkin.


Astagfirullah’alazim Andra. Buat saya terkejut jelah.” Balas Haykal sambil mengusap dadanya. Terasa terkejut diteur oleh gadis itu secara tiba-tiba. Andra tersengih dan mengaru-garu kepalanya.


Sorry. Pak cik nak minum ke? Andra buatkan.” Balas Andra. Haykal menganggukkan kepalanya.


“Nak minum apa eh?” Soal Andra yang berdiri di hadapan Haykal yang sudah mengambil tempat di meja makan.


“Err. Susu ada?” Soal Haykal gugup. Andra menggembungkan mulutnya dan menahan senyum. Kepalanya digelengkan sambil menuju ke cabinet. Membuat susu untuk Haykal.


“Kenapa mengelengkan kepala tu?” Soal Haykal.


“Takdelah….” Balas Andra pendek dan tersengih.


“Lucu ke saya minum susu?” Soal Haykal hairan. Memang setiap malam dia akan mnum susu sebelum tidur.


“Tak lah lucu. Lawak je. Dah besar panjang mnum susu lagi.” Balas Andra dengan tergelak kecil dan menyerahkan segelas susu kepada Haykal. Haykal tersenyum kecil dan memandang gelas tersebut.


Why? Awak tak suka susu ke?” Soal Haykal.


“Saya? Susu? No Thanks!” Balas Andra dan menunjukkan jari telunjuknya pada mukanya dan gelengkan kepala.


Okaylah pak cik. Saya nak masuk dulu. Nanti sebelum masuk matikan lampu dulu yer. Asalamualaikummmm…...” Sambung Andra dan berlalu pergi dengan botol yogurt dan rotinya. Haykal hanya mmapu mengelengkan kepalanya. Nakal betul budak ni. Desis hatinya.






****Cinta Encik Duda****







AKU menumpukan perhatianku pada si mangsa. Dengan segala tumpuanku kini yang terarah kepada si mangsa aku cuba untuk mendekatinya. Perlahan. Perlahan dan demi perlahan aku mendekatinya. Terasa peluh yang  mengalir dari dahiku…


            “Yahhhhh!!!!” Jeritku dan menerkam si mangsa.


            “Tangkap kak Andra! Tangkap!” Jerit dak Pejot yang botak kepalanya dan ada jambul satu di tengah kepadaku. Hahaha. Aku yang berjaya menerkam mangsa tersenyum puas.


            “Phewww!” Ucapku lega.


            “Astagfirullah’alazim! Budak ni! Angah!!! Naik! Apa yang dibuatnya kamu kat tengah-tengah sungai tu?! Tak padan dengan perempuan kamu ni!” Jerit atuk yang berada di tebing sungai yang airnya cuma setinggi lututku sahaja.


            “Opsy!” Aku menepuk dahiku dan tersengih memandang atuk dan errrr… dan pak cik yang berada di tepi sungai. Aduhai! Sibuk betul pak cik ni. Mana je atok pergi mesti adanya dia. Scandal ke apa! Hahaha. Astagfirullah’alazim Andra. Sesungguhnya menfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Tergeleng kepalaku dibuatnya.


            “Alarh tok! Angah nak tangkap ikan ni. Besar tok! Betul tak Pijot?” Balasku pada atok dan menunjukkan bubu yang ku bawa tadi. Pijot di sisi menganggukkan kepalanya. Budak ni sebenarnya jiran atok. Anaknya kak Zainab. Berumur 11 tahun dan masih bersekolah. Kah! Kah! Kah! Of course lah masih sekolah. Budak kot! Hehehe. Nipun maknya tak tahu yang si Pijot ni ikut aku ke sungai. Hahahaha. Kalau dia tahu. Mahunya kak Zainab tu tarik telinga Pijot dan aku sekali! Sakit oh! Aku dan Abang Long pernah kena dulu. Gara-gara bawa dak Pijot ni cari meriam buluh! Hehehe.


            “Naik!” Jerit atok dan mencengkak pinggangnya. Aku gelengkan kepala.


            “Tak nak!” Jeritku balik. Atok mendengus. Pak cik di sisinya hanya tersenyum-senyum. Cehhh! Ketawakan akulah tu!


            “Naik atok kata! Naik! Buat malu atok je kamu dok berkubang di dalam sungai tu! Kamu Pijot! Yang kamu pergi ikut perangainya kak Andra kamu ni kenapa? Mahu mak kamu tu kejar kamu satu kampung?!” Balas atok geram dan memandang Pijot pula. Pijot ku lihat menunduk. Takutlah tu atok dah marah dia. Aku pula mengaru kepala. Aduhai atok aku ni. Tak sporting betul! Sesungguhnya bukan selalu aku dapat buat macam ni. Di Bandar tu hah mana ada ni semua. Engkau gila nak berkubang dalam sungai? Sungai pun sekarang ni dah di jaga. Mahunya aku ditangkap sebab sewel! Aish! Simpang!


            “Alarh tok! Kejaplah… Banyak lagi ni tok! Sedap kot tok masak sweet sour….” Balasku dan terbayang-bayang ikan masak sweet sour yang akan ku masak nanti. Nyummy! Atok merengus.


            “Kamu naik sekarang! Pijot naik! Kalau nak sangat makan ikan suit tawar tu aku belikan untuk kamu di pekan nanti. Tak pun kalau kamu nak sangat memasak, aku belikan kamu ikan di pasar. Dah! Dah! Naik! Malu sikit dengan tetamu ni…” Balas atok dan cuba untuk mencari ranting kayu untuk merotanku. Hahaha. Macam aku tak tahu. Pijot pula pantas saja naik ke tepi dan mengambil seliparnya sebelum salam atok dan pak cik dan berlari pergi. Ish! Takpe kau Pijot! Engkau tinggalkan akak di sini.


            “Oi Pijot! Nanti kau!” Jeritku geram dan Pijot sempat berpaling dan melambai-lambai padaku sebelum pergi.


“Andra Tihamiey!!! Kamu dengar tak ni? Naik!” Marah atok dan menghumban ranting pokok yang kecil padaku. Aku mengelak dan tergelak.


“Hahaha! Tak kena!” Balasku dan tergelak namun sekejap cuma pabila atok mencerlung tajam padaku. Gulp! Aura naga Hj Mail dah mai dah! Aku mengeluh dan mengambil bubu yang berisi dua ekor ikan hasil tangkapanku tadi. Kira bajetlah tu. Dua ekor. Kalau engkau tangkap kat kedai nuh! Mahu sepuluh henget melayang.


“Yalah! Yalah! Orang naiklah ni….” Aku beralah dan naik ke tepi. Pak cik cuba untuk menghulurkan tangannya namun ku tepis kasar. Dan memberinya bubu yang berisi ikan tadi. Dia pula menyambut dan wajah blur. Naik tembus mata pak cik tu pandang bubu aku tadi. Huh. Tak pernah nampak bubu ke apa mamat ni.


“Angah….” Tegur atok dengan suara yang sengaja dileretkan.


“Bukan muhrimlah tok… Apalah atok ni…” Balasku selamba dan spontan atok yang tercengang. Haha. Adeh. Nasiblah ada cucu hyperactive macam aku ni. Menjawab je kerjanya.


“Eh! Budak ni. Menjawab betul!” Balas atok geram dan mencubit pipiku. Menjerit kesakitan aku dibuatnya. Sebenarnya menjerit manja je. Padahal sakit pun tak! Hahaha. Atok ni sayang gila pada cucunya yang bernama Andra Tihamiey. Ehem! Ehem! Akulah tu… Hehe. Nak jentik sikit pun tak berani tau! Cubit manja je. Haha. Aku mengosok-gosok pipiku dan menjeling pak cik yang tergelak kecil.


“Apa gelak-gelak?!” Soalku geram dan berlalu pergi. Namun, sempat telingaku menangkap suara garaunya menjawab perlahan.


“Nak gelak pun salah….” Rungutnya perlahan. Aku mencebik dan ingin berpaling menjawab kata-kata pak cik tu. Namun, belum sempat aku berpaling ada suara nyaring yang memanggil namaku.


“Andra!!!!” Suara nyaring itu kembali memanggil namaku.


“Erk! Alamak! Tok tolong angah tok!!!!”










B.E.R.S.A.M.B.U.N.G






**********************************************************





Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies J








TADA!!!!









TADA!!!!










TADA!!!!!









ERK!








UOLS CARI APA? MEMANG ‘TAK ADA’ LAH! HAHAHAHA. J










YE! YE! YE! SAYA SEWEL! HAHAHAHA.








TAHNIAH!










TAHNIAH KERANA ANDA BARU SAHAJA KATAKAN DIRI ANDA SEWEL. SAMALAH KITA! J HAHAHAHAHA











Gurau jerrr~







Ampun mak inchik! J








Hi ladies!






How was the story? Funny? Interesting? Boring? Or blurrr? Hahahahaha. Sorry lerrr uols kalau cerita I alls ni tak menarik tertarik dan debom! Hahaha. Erk! Aku banyak gelak ini hari. Haha. J Okay! Okay! Serious! Hari ni aku post dua entry. But untuk tomorrow never dies aku akan post seperti biasa. Satu hari untuk satu entry J Itupun kalau ratu tak busy yer puan-puan J



            Saya Ratu Adriana Nadineingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 2 ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYA… My bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Phewww~ Boring kan baca benda ni je setiap entry? But honestly, aku benar-benar ikhlas dengan apa yang aku coretkan ni. Aku nak MEMINTA MAAF dengan hati yang serendah-rendahnya. MAAF tau uols! J


            Actually, Andra memang seorang gadis yang hyperactive dan sukakan keseronokkan. Bagi dia, kalau boleh dia nak cuba semua benda. Tapi benda yang positive lah J Hehehe. Sebab kita hidup di dunia ni hanya sekali. So why not kita mencubakan J Kalau gagal sekali takpe. Ianya akan mendewasakan kita J Oh yach! Character Datuk Megat Haykal belum terserlah lagi di sini. Tunggu kahwin yerrr  uols! J Hehehe. Eh! Chop! Siapa yang jerit nama Andra tu? Jengjengjengjeng~ Kita tunggu di entry yang seterusnya J Peace no war! Hehehe.


            Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni dan e-novel baru ni. J Much appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J Love u! ♥♥♥







SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J






Till then,








Sincerely,

20 comments:

  1. Yang jerit tu mak pijot kot? kekeke Btw curios lah nak tau berapa ek umor Haykal dan Andra? Apa2pun nak tunggue next entry lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hahaha jauh sungguh imaginasi anda. bijakbijak. hehe.
      Haykal = 40
      Andra = 22
      ^__^
      Nextnext n3 brulah kuar sal umur tu ngeee~
      hwaiting for the next n3 dear =)

      Delete
  2. hehehe.. Bestnya.... bila la depa ni nak kahwin? harap2x lepas kahwin pun both of them akan still maintain cam ni.... umur both of them berapa tahun beza, Ratu? Queen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Queen
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear . hehe. in shaa allah xlma lagi hendaknya =)
      18! hehe. jauh kan? takpe. kita slu dgr org muda je brcinta. this time kita tgk pula cerita cinta org berumur sikit ni. ngeh!ngeh!ngeh! =)

      Delete
  3. Yalah saya pon nak tau sngt brapa umur haykal dan andra??????
    hopely,ank haykal dpt accept andra lah ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe
      Haykal - 40
      Andra - 22
      jauh beza! haha
      hopefully =)

      Delete
  4. best...nk lagi..klu blh n3 2 pnjg2 la...x puas bace klu pendek..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear . hehe =)
      in shaa allah~ akan dipanjangkan

      Delete
  5. the best,kelakar betul,nak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI baby mio
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear =) hehe hwaiting yer next n3

      Delete
  6. best je citer ni. happening ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI tini
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe best ke. thanks dear. hehe.

      Delete
  7. hehe..best..x sabar nak baca next n3...
    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear hehe
      singgah ya nanti =)

      Delete
  8. Eeee...bestnya dpt baca cite baru pula. tk ye Ratu ni yg
    sayang sgt kat Ratu ni mcm tau-tau je kami sgt teruja
    menanti cite yg baru.. kenapa tak panjang lagi Ratu tak
    puaslah baca... lain kali bolehlh bagi panjang lagikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI anor
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear =) hehe.
      most wc dear. hehe. sygggg awk juga! hehe.
      in shaa allah~ akan dipanjangkan yach =)

      Delete
  9. Tak sabar nak baca the continuation of this novel.... Nak baca bagaimana Pakcik and Andra fall in luv with each other.... Best.....

    ReplyDelete
  10. Hi babes
    thanks for dropping by and leave ur comment dear
    hehe thanks syg =)
    hwaiting 4 the next n3

    ReplyDelete
  11. dekat bab ni, isteri dia nama natasha.... bab lain zahlia.....

    anyway, i suker citer nih.... best giler u.... update la cepat bab 29

    dah 3x khatam citer nih...huhu

    ReplyDelete