Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Monday 18 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 4











Cinta Encik Duda Bab 4


Setiap hari pasti ada perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, sama ada yang baik di pandangan mata atau yang jelek untuk dilalui. Biar apa pun situasinya, kita perlu menjalaninya kerana itu yang sudah termaktub oleh-NYA. Kita boleh sahaja memberi komen tentang apa yang berlaku, namun kita tetap juga melaluinya biar seribu kata disusun dan setiap kata itu belum tentu mengubah apa yang berlaku….




AKU yang tadinya memandang jauh kepekatan malam di luar sana melalui tingkap bilikku tersentak pabila pintu bilikku diketuk. Aku mengerutkan dahi dan memandang ke muka pintu yang tertutup. Siapa? Air mata yang mengalir tadi aku seka dan mendekati pintu bilik. Perlahan-lahan tombol pintu dibuka.


            “Asalammualaikum wbt.” Sapa suara garau itu lembut kepadaku. Aku tersentak dan memandangnya yang berdiri di hadapanku. Dahi kembali dikerutkan pabila melihat dia menjijit luggage nya. Dia mengaru kepala dan memandang ke ruang tamu.


            “Walaikumsalam wbt… Err. Nak apa ni?” Soalku hairan. Terasa canggung pabila statusku dan dia kini bukan lagi sebagai orang luar. Namun, sudah berubah kepada ikatan suami isteri yang sah setelah akad nikah tadi. Tiada baju nikah yang cantik, tiada pelamin impianku, dan apatah lagi adik-beradikku yang lain. Hanya bersaksikan tok imam dan orang kampung. Terasa hiba sekali hidupku menjadi sebegini rupa. Salahkan pak cik? Aku bukanlah bodoh dan tidak tahu berfikir. Dia juga adalah mangsa sepertiku. Kami diperalat!


            “Nenek yang suruh Haykal masuk ke bilik angah.” Sampuk nenek tiba-tiba dan mendekati kami. Aku mengerutkan dahi.


            “Tapi kenapa? Kan bilik pak cik ada.” Soalku dingin. Nak sebilik dengan pak cik?


            “Abi dan ummi kamu akan tidur di sana malam ni.” Balas nenek. Aku mengerutkan dahi. Ada je bilik tetamu lain. Kenapa harus gunakan bilik tu juga?


            “Tapi…”


            “Tak ada tapi-tapi. Haykal dah jadi suami kamu jadi seharusnya kamu dan dia tidur sebilik. Berdosa buat suami tertunggu-tunggu di luar angah.” Tegur atok yang menghampiri kami. Aku mengeluh dan membukakan pintu seluas-luasnya buat pak cik dan meninggalkan mereka bertiga di muka pintu. Malas untuk melawan.






****Cinta Encik Duda****







HAYKAL yang duduk di hujung atas katil menjeling Andra yang turut berada di hujung katil  sebelah sana. Masing-masing merasa cangung sekali berdua-duaan di dalam bilik sebegitu. Haykal bermain-main dengan jemarinya. Disimpulkan dan dileraikan berulang kali.


            Andra pula mengigit bibir dan memandang ke siling. Apa yang harus dilakukan? Terasa segan nak berdua-duaan dengan Haykal yang sudah bergelar suaminya itu. Seperti baru semalam dia menyakat lelaki itu. Namun, kini? Terasa canggung ingin berbual dengan Haykal.


            “Err….” Serentak mereka berdua ingin bersuara. Namun, kedua-duanya turut terdiam dan saling berpandangan pabila masing-masing ingin bersuara.


            “Awak cakap dulu…”


            “Pak cik cakap dulu…” Balas mereka serentak sekali.  Kedua-duanya mengaru kepala dan terdiam.


            “Err. Better pak cik lah yang cakap dulu.” Balas Andra. Haykal memandang Andra di sisi.


            “Tak pe. Andra cakap dulu. Ladies first…” Balas Haykal. Andra terdiam dan memandang Haykal. Bibirnya diketap. Nafasnya ditarik dan dihelakan.


            “First of all, saya nak minta maaf sebab kita jadi macam ni. I either didn’t know that you’re in this house too. Kita dah bernikah. Saya dah jadi isteri pak cik yang halal dan sah di sisi agama. Terus terang saya katakan. Saya benar-benar belum sedia lagi. Saya belum sedia dengan semua ni. Berkahwin di dalam usia yang muda? It’s not me… Saya masih ada cita-cita yang belum saya capai. Rasa macam sedang bermimpi yang saya dah berkahwin. Entah apa salah kita berdua sampaikan kita diharuskan bernikah malam ni juga. I know, salah bagi kita duduk berdua-duaan di dalam satu rumah. Tapi, kita bukannya sengaja. Hurm…. Entahlah… tak tahu nak cakap apa lagi…” Luah Andra sebak. Haykal terdiam dan memandang isteri yang baru dinikahinya tadi. Rasa kasihan dengan gadis itu. Masa depannya kini berada di tangan Haykal.


            “Andra…. Saya nak minta maaf sebab buat awak macam ni… Maafkan saya Andra…” Balas Haykal serba salah. Andra mengangkat wajahnya memandang Haykal. Mata berkaca itu mengamit Haykal untuk menyekanya . Namun, entah kenapa dia merasakan yang dirinya tidak berhak walaupun dia halal untuk berbuat seperti itu.


            “Pak cik tak salah… Bukan salah pak cik. Kita dikhianat dan saya tahu siapa yang khianat kita.” Balas Andra. Haykal mengerutkan dahinya.


            “Siapa?” Soalnya hairan. Mereka dikhianat? Dia tidak terfikir pula sampai ke situ.


            “Amir…” Balas Andra sungguh. Memang sejak tadi dia sudah dapat menangkap itu kerjanya Amir. Tengok saja dari kesungguhan Amir mengenakan Haykal. Begitu bersungguh-sungguh sekali. Tidak seperti penduduk kampung yang lain. Haykal pula mengelengkan kepalanya.


            “Tak baik menuduh jika awak tiada bukti Andra. Fitnah namanya. Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh…” Balas Haykal. Andra menjulingkan matanya ke atas. Inilah nasibnya pabila berkahwin dengan orang berumur. Fikirannya sentias positive.


            “Saya tak menuduhlah pak cik. Saya cakap benda yang betul. Tak percaya sudah! Saya tak kira esok saya nak cari dak Amir tu. Tahulah saya nak kerjakan macam mana. Huh!” Balas Andra geram dan membaringkan dirinya di atas katil. Haykal tercengang sendiri dengan perlakuan gadis itu yang berubah hyperactive kembali. Tadi sedih kemain lagi. Tuptup, hyperactive nya kembali. Kepalanya digelengkan dan memandang Andra yang baring membelakangi dirinya.


            “Eh. Saya nak tidur kat mana?” Soalnya hairan. Baru perasan.


            “Tidur jelah kat mana-mana. Saya mengantuk…” Balas Andra malas. Haykal mengeluh.


            “Kalau saya baring sebelah awak boleh tak?” Haykal meminta izin. Namun, tiada reaksi dari Andra.


            “Andra. Saya nak baring kat sebelah awak boleh ke? Awak izinkan saya?” Soal Haykal kembali.


            “Hmmmmm…” Balas Andra pendek. Haykal mengeluh. Baring tak sampai seminit. Anda dah tidur? Boleh tahan isteirnya itu. Erk! Isteri? Haha. Aduhai. Rezeki ke apa? Ke Allah Swt mendengar kata hatinya? Aish!


            Haykal membaringkan dirinya di sebelah Andra. Terasa canggung. Berbelas tahun dia tidak pernah tidur sekatil dengan perempuan lain selain anaknya Aira setelah kematian isterinya. Nafasnya dihelakan dan Andra di sisi di pandang. Adakah Andra benar dapat menerima semua ini? Gadis itu orangnya sukar diduga sekali. Kadang-kadang Andra kelihatan seperti riang dan gila-gila. Namun, ada kalanya gadis itu pandai serius dan dingin. Itu yang membuatkan Haykal tidak memahami Andra.


            “Andra… Tak baik tidur belakangkan suami. Berdosa…” Tegur Haykal lembut. Bukannya dia nak mengada. Tapi memang benar. Kini, Andra adalah di bawah tanggungjawabnya. Semua dosa gadis itu akan ditanggungnya. Jadi, tidak salah rasanya dia menegur isterinya itu.


            “Huh!” Dengus Andra dan baringkan tubuhnya menlentang menghadap siling. Matanya masih ditutup. Dia benar-benar mengantuk. Haykal gelengkan kepalanya dan betulkan selimut Andra.


            Mahu ataupun tidak. Dia harus menerima takdir yang DIA takdirkan buat dirinya. Andra adalah tanggungjawabnya kini. Walau apa pun terjadi. Mereka berkahwin kerna ditangkap khalwat ke. Mereka dikhianat ke. Tiada cinta di antara mereka ke. Haykal harus menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Andra. Tua ataupun tidak bukan isunya lagi…..






****Cinta Encik Duda****





SEAWAL jam 0900 pagi aku sudah menuju ke warung Piah janda. Iaitu tempat lepak Amir dan kawan-kawannya. Aku nak buat perhintungan pada dak Amir tu. Tadi, selepas saja sediakan sarapan buat kaum keluargaku. Aku dengan perlahan-lahannya menyusup keluar dari pintu dapur. Huh! Menyusahkan orang betul!



            “Mir, kau tak menyesal ke buat macam tu kat Andra dengan pak cik tu? Last-last kau juga yang berputih mata. Habuk pun takde Mir.” Soal kawannya si Amir. Namanya aku sendiri tidak tahu siapa kerana aku tak rapat dengan budak-budak ni. Aku yang baru sampai dan sembunyikan diri di sebalik freezer besar Piah janda mengetap bibir.


            “Gila tak menyesal! Sial betullah! Aku plan nak malukan pak cik tu aje! Tak tahu pula jadi macam ni!” Balas Amir geram dan menumbuk meja. Terkejut teman-temannya dibuatnya. Aku mendengus.


            “Eh. Mak kau!” Latahku dengan suara yang kecil pabila bahuku ditepuk dari belakang. Aku menoleh dan Piah janda berdiri di belakangku.
           

            “Dah engkau ni kenapa dik? Yang kau terhendap-hendap di sini kenapa?” Soalnya hairan. Aku mendengus dan menyimpan jari telunjukku di bibir tanda diam.


            “Shhh. Diamlah kak Piah. Andra nak dengar apa yang dak Amir tu dok mengumpat tentang Andra.” Jelasku padanya. Piah janda menganggukkan kepalanya tanda faham dan turut sama mendengar.


            “Habislah engkau Mir. Malam pertama dah semalam. Punahlah harapan engkau!” Temannya lagi satu mengapi-apikan Amir. Amir mendengus geram.


            “Kau jangan nak celupar mulut tu Lif. Ada juga yang sampai tangan  aku ni ke muka kau! Aku tak kira. Lepas ni aku akan pastikan mereka berdua bercerai! Bagaimana aku kahwinkan mereka berdua. Begitulah jua aku ceraikan mereka berdua dan Andra akan jatuh ke dalam pelukan aku tak kiralah dengan cara kasar ataupun baik!” Balas Amir geram. Dadaku kini sudah berombak-ombak menahan marah. Piah janda mengosok lembut belakangku agar sabar. Aku mendegus dan mendekati Amir. Tangan Piah janda yang menarikku aku tepis.


            “Hoih bangang!” Jeritku dan menolak kepalanya yang membelakangiku. Spontan kepala Amir terhantuk di meja dan teman-temannya yang lain berdiri kerana terkejut. Amir mengangkat wajahnya dan wajahnya kelihatan pucat pabila melihatku.


            “Eh! Andra! Bila sampai sayang?” Soalnya gagap. Aku mencerlung tajam pada Amir.


            “Otak kau sayang! Oh! Ini rupanya kerja kau ya! Sanggup kau khianat aku, Mir! Ini Andra lah Amir! Jangan berani nak cari pasal dengan aku!” Amarahku kepadanya. Amir mengecut. Hah! Tahu takut! Aku ayu-ayu gini tapi taekwondo black belt tahu!


            “Errr. Andra janganlah marah Mir. Mir geram dengan pak cik tu. Sebab tu Mir buat macam tu. Tapi tak terfikir pun sampai macam ni sekali. Andra minta cerai ya dengan pak cik tua tu… Amir temankan Andra. Amir sanggup terima Andra walaupun Andra dah jadi janda.” Balasnya padaku dan cuba untuk memegang tanganku. Namun, aku menepis dan memulas tangannya ke belakang.


            “Sekali aku kata TAK SUKA. Maknanya aku tetap TAK AKAN SUKA SAMPAI BILA-BILA! Lepas ni aku tak nak engkau kacau hidup aku lagi dengan laki aku. Ingat tu!!!” Balasku geram padanya dan menolak Amir jatuh ke meja sebelum berlalu pergi. Namun, belum sempat aku berlalu tanganku ditarik oleh Amir.


            “Andra. Andra. Tolonglah jangan macam ni. Mir sukakan Andra. Kenapa Andra tak pernah nak faham?! Mir tak kira! Sama ada Andra suka ataupun tidak Mir akan pastikan Andra akan jadi milik Mir hari ni juga!!!” Balas Amir dan menarik tanganku kasar. Namun, aku cuba untuk merungkaikan pegangan tangannya pada tanganku. Terasa sakit pabila digenggam dengan kasar dan erat oleh Amir.


            “Kau jangan nak…” Belum sempat aku nak membalas Amir dah…


            Buk!


            Errr. Jatuh di atas lantai dan memegang pipi kanannya. Terasa tubuhku ditarik dekat pada tubuh sasa seseorang. Pabila aku mengangkat wajah ternyata ianya adalah pak cik! Wajahnya kelihatan merah dan tegang.


            “Don’t you dare to touch my wife!”  Katanya kasar dan memandang tajam pada Amir.  Amir yang sedang berdiri di atas bantuan teman-temannya memandang tajam pada pak cik.


            “Jangan nak berlagak sangatlah pak cik! Nak speaking dengan aku konon!  Jangan sebab kau dan Andra dah nikah kau nak berlagak sebagai suami mithali pula!” Bentak Amir dan ingin menerkam pak cik namun ditahan oleh teman-temannya. Pak cik yang sedang memegang tanganku tergelak sinis dan menarikku rapat ke dadanya. Terasa tangannya memeluk pinggangku.


            “At least, aku dah jadi suami dia. Kau? Aku rasa tak salah rasanya nak berlagak sebagai suami mithali pada isteri aku. Aku dapat pahala lagi ada. Kan sayang?” Balas pak cik dan memandang kepadaku. Aku yang tercengang hanya menganggukkan kepala dan tersenyum nipis.


            “Kau…” Balas Amir dan menujukkan jari telunjukknya pada wajah pak cik namun ditepis kasar oleh pak cik.


            “Ingat sikit! Aku ni tua dari kau. Jangan kurang ajar sangat dengan aku!” Tegur pak cik. Amir mendengus.


            “Pastikan selepas ni kau tak dekat dengan isteri aku. Jika kau ada cara nak mendekati isteri aku. Aku juga ada cara nak buat apa dengan kau… Ingat tu! Jom sayang…” Balas pak cik tenang dan memandang tajam pada Amir sebelum menarik tanganku lembut keluar dari warung Piah janda.


            Aku hanya mengikut langkah kaki pak cik yang memimpin tanganku menuju balik ke rumah atok yang terletaknya tidak jauh dari warung Piah janda. Sepanjang perjalanan aku hanya memandang belakang pak cik yang kemas memakai baju t-shirt berkoler rona putih jenama POLO dan seluar jeans hitam. Tanganku dan tangannya yang kemas berpaut di antara satu sama lain dipandang. Entah kenapa, saat ini aku merasa bagaikan aku sedang berjalan di dalam taman bunga dan bukannya jalan raya!


            “Oh mak kau!” Latahku pabila sedang elok aku mengkhayal pak cik pula emergency break. Free-free wajah comel aku ni tersembam di belakang pak cik. Dahiku yang sakit kerana terlanggar belakang pak cik digosokku lembut. Saat itu kami sudah berada di laman rumah atok.


            “Apa ni pak cik! Emergency break pula. Saya saman baru tahu!” Balasku geram dan mengosok-gosok dahiku. Pak cik menundukkan kepalanya sedikit dan memandangku.


            “Sorry. Sorry. Saya tak sengaja…” Balasnya serba salah. Aku mengangkat wajahku dan memandangnya.


            “Tak ada apalah. Hah! Nak cakap apa?” Balasku dan menyoalnya hairan. Pak cik kembali menegakkan tubuhnya dan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam seluar jeans hitamnya.


            “Hurm… Andra memang jujur ke dengan apa yang Andra kata tadi?” Soalnya padaku. Aku mengerutkan dahi. Apa yang aku kata tadi?


            “Apa yang saya kata tadi? Emergency break ke? Betullah tu.” Balasku selamba dan pak cik spontan menepuk dahinya.


            “Bukanlah….” Balasnya dan gelengkan kepala.


            “Dah tu?” Soalku kembali. Pak cik menghelakan nafas beratnya dan memandang terus ke dalam mataku.


            “Andra betul tak nak minta cerai dengan saya? Andra redha dengan semua ni?” Soalnya serius kepadaku. Aku terdiam.


            “Pak cik nak ceraikan saya ke?” Soalku padanya.


            “Astagfirullah’alazim Andra. Saya tak pernah nak terfikir sampai ke situ sekali. Di dalam hidup saya tak akan ada namanya cerai berai.” Balasnya kesal dan menggelengkan kepala.


            “Dah tu kenapa pak cik soal saya macam tu? Pak cik soal macam tu samalah seperti pak cik nak ceraikan saya…” Balasku selamba. Pak cik terdiam dan memandangku.


            “Andra. Andra. Andra.. Saya tak de niat pun nak ceraikan awak… Saya just nak tanya. Adakah awak jujur dengan kata-kata awak tadi? Kata-kata awak yang mengatakan yang awak tak akan minta cerai dengan saya… Betul ke?” Jelas Pak cik kepadaku dan memegang kedua-dua bahuku. Mataku dipandangnya dalam. Aku mengetap bibir dan perlahan-lahan aku anggukkan kepala.


            “Kalau boleh saya nak bernikah sekali je. Tak nak cerai berai…. Bagi soalan pak cik tadi. Betul. Betul saya tak minta cerai dengan pak cik dan saya redha dengan semua ni. Sekuat mana saya menolak sekalipun. Semua ni dah ditakdirkan buat saya dan saya harus terima…” Balasku padanya jujur. Ya. Aku harus redha… Walaupun payah untuk menerima segalanya namun aku harus terima dan redha akan ketentuan-NYA…


            “Thanks Andra… Saya…” Belum sempat pak cik menyudahkan kata-katanya ada suara halus yang memanggil.


            “Papa!” Suara itu datangnya dari rumah atok dan spontan aku dan pak cik memandang ke arah rumah atok.


            “Aira?” Panggil pak cik perlahan dan memandang seorang gadis yang comel di rumah atok. Keningku dikerutkan. Aira? Siapa tu?


            “Papa!” Panggil gadis bernama aira itu kembali dan berlari ke arah kami dan menerpa ke dalam pelukan pak cik. Erk! Tercengang aku dibuatnya. Eh! Eh! Laki aku tu! siapa ni?



            “Aira…” Panggil pak cik lembut dan mengusap-usap rambut gadis tadi.


            “Papa… Aira rindukan papa…” Balas gadis bernama Aira itu dan memeluk pak cik dengan manja. Okay! Sekarang aku faham… Anak tiri aku ke ni? Awat besar sungguh???? Walaupun tak setinggi aku tapi rasanya umur kami tak jauh beza je.


            “Papa pun rindukan princess papa ni…” Balas pak cik lembut. Naik seriau aku dengar. Mak ngaih! Lembutnya suara! Seriously, cara pak cik berbual dengan anak dara dia ni lagak seperti pasangan kekasih. Jadi? Layakkkah aku menyepit di tengah-tengah di antara mereka berdua?


            “Ini mummy Aira ya?” Soal gadis tadi sejurus mereka berdua melepaskan pelukan. Aku yang tadinya menjadi penonton setia mereka tercengang pabila Aira memberikan senyuman manis padaku dan mendekatiku. Lenganku dipeluknya manja. Erk! Dia ni tak marah ke bapa dia kahwin lagi? Bukan ke selalunya anak-anak tak terima kalau bapa mereka berkahwin lagi? Budak ni aku tengok happy semacam!


            “Yes Dear…  Andra, kenalkan. Ini anak saya. Err. No. I mean anak kita. Puteri Hairana Binti Megat Haykal. And Aira, this is your new mother. Andra Tihamiey..” Pak cik memperkenalkan kami berdua. Aku tercengang pabila tubuhku ditarik ke dalam pelukan anak gadis suamiku. Erk!


            “Oh my! Finally! Finally paps, papa kahwin juga. Last night, bila papa call Aira excited sangat. No wonder papa cepat-cepat nak kahwin. She’s so beautiful!” Jelas Aira teruja setelah melepaskan pelukannya padaku. Naik tersemput aku dibuatnya! Mum? Erk! Tua sangat ke aku?


            “Like what I’m said…” Balas pak cik dan tersenyum. Aku hanya tersenyum kelat memandang gadis bernama Aira itu. Rasanya aku yang hyperactive begini pun tak seramah budak ni.


            “Aira…”


            “Nak Haykal, angah, Aira. Jom masuk!” Panggil atok yang berada di muka pintu rumah. Spontan Aira terdiam dan tidak jadi untuk menyudahkan kata-katanya. Serentak kami bertiga memandang atok.


            “Jomlah masuk. Atok dah panggil tu.”  Balas pak cik dan memandang kami.


            “Err. Takpe lah. Masuklah dulu.” Balasku dan mengaru leher. Aira dan pak cik memandangku hairan.


            “Jomlah mummy…” Balas Aira dan memegang lenganku. Aku tersenyum kelat.


            “Kenapa? Jomlah masuk sekali…” Balas pak cik pula.


            “Errr. Sekejap lagi saya masuk. Nak jumpa Pijot sekejap. A’ah. Nak jumpa Pijot.” Balasku spontan. Pak cik mengerutkan dahinya. Hairan mungkin.


            “Siapa Pijot?”Soal Aira hairan. Aku mengaru dahiku pula. Banyak tanyalah pula budak ni.


            “Jiran sebelah ni je.” Balasku padanya.


            “Oh. I see. Okay kalau macam tu Aira dan papa masuk dulu ya. Lets go pa.” Balas Aira dan tersenyum. Lengan papanya pula dipeluk dan menarik pak cik masuk ke dalam rumah. aku hanya memandang mereka dan memandang pak cik yang menoleh memandangku.


            Setelah mereka berdua menapak masuk ke dalam rumah, aku membawa diri ke belakang rumah Pijot. Sebenarnya di situ ada sebuah pondok yang dibina oleh Pijot sebagai bengkel rahsianya. Kelihatan Pijot yang sedang duduk dan menukang basikalnya di pondok tersebut.


            “Pijot…” Panggilku padanya dan duduk di atas kerusi kayu yang dibuat oleh Pijot. Pijot berpaling dan memandangku hairan.


            “Aik? Sejak bila akak sampai? Tak dengar pula password.” Balas Pijot hairan. Aku mencebik. Tahu sangat yang dia tengah sindir aku.


            “Yalah! Yalah! Asalamualaikum wbt Pijot…” Balasku padanya dan memberi salam. Pijot yang sedang memegang playar tersenyum.


            “Hah gitulah. Walaikumsalam wbt kak Andra. Kenapa monyok je muka?” Soal Pijot hairan. Spontan aku mengeluh.


            “Pijot… Akak dah kahwin…” Luahku pada Pijot. Pijot yang sedang menukang basikalnya spontan terhenti dan menoleh memandangku. Tubuhnya di bawa diri dan duduk di kerusi kayu sebelahku.


            “Asal ni kak? Pijot tahulah akak dah kahwin semalam. Mak dah cerita semuanya. Satu kampung kot tahu kak. Takpelah kak. Pak cik Haykal tu baik. Mana tahu dia jodoh akak.” Balas Pijot kepadaku. Terasa terharu pula bila Pijot bercakap seperti itu. Seperti orang dewasa. Padahal tidak.


            “Entahlah Pijot. Akak rasa nak menangis. Tapi entah kenapa air mata ni tak keluar… Akak takut akak tak dapat jadi isteri dan ibu yang baik. Kau tahu tak? Aku ada anak tiri tahu! Dah besar panjang dah! Kau boleh bayangkan tak?” Jelasku pada Pijot. Pijot tersengih.


            “Okaylah tu kak. Tak yah nak susah-susah mengandung. Kahwin je terus ada anak.” Sakat Pijot dan spontan tangaku menepuk dahinya.


            “Omak engkau!” Balasku geram dan Pijot pula tergelak besar. Dah tu akak nak buat apa lepas ni?” Soal Pijot kepadaku. Aku diam.


            “Entahlah Pijot. Akak sendiri tak tahu. Esok sepatutnya akak dah balik ke Bandar balik. Lusa class akak dah nak start. Tapi, dengan keadaan aku macam ni? Haih! Entahlah!” Balasku  lemah.


            “Sabarlah kak. Mungkin ini adalah takdir yang Allah Swt takdirkan buat akak.  Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni…” Balas Pijot dan menepuk bahuku. Aku terdiam memandang Pijot. Bagaimana seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun boleh bercakap seperti itu? Ya. Aku lupa! Aku lupa yang Pijot adalah anak murid atok….

                  





****Cinta Encik Duda****






ANDRA menapak masuk ke dalam dapur dan menhendap manusia yang berada di ruang tamu Tn Hj Ismail. Kelihatan meriah sekali dengan gelak tawa dan suara mereka berbual. Tadi ketika di luar rumah baru Andra perasan akan kereta Mercedes S-Class rona silver yang terparking kemas di sebelah kereta Toyota Camry abinya.


            Andra menarik nafas lega pabila tiada siapa yang berada di dalam dapur. Hanyalah dia dan meja, kerusi, cawan, mangkuk, piring dan seangkatan dengannya sahaja. Andra mendekati freezer dan membukanya. Sebotol yougart bliss perisa strawberry dikeluarkan dan pintu freezer ditutup kembali. Yougurt tadi dibawa ke cabinet dan gelas kaca di ambil. Yougurt dituangkan ke dalam gelas dan diteguk perlahan setelah lafaz bismillah Andra meneguk yougurt yang dituangnya tadi.


            “Asalamualaikum wbt… Andra ya?” Sapa suara lembut di belakang Andra. Spontan Andra tersedak  dan menoleh.


            “Erk!” Luahnya diluar sedar dan….







B.E.R.S.A.M.B.U.N.G.







************************************************************




Assalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera~





Hi ladies! How was the story? Best? Interesting? Boring? Blur? Huhuhuhu. L First of all, I’m sorry cuz im late. Ada banyak perkara yang berlaku kelmarin yang dan menyebabkan aku tak dapat  nak update CED BAB 4 ni. Huhuhu. I’ve a small eccident yesterday L Thanks to Allah swt , I’m still alive, hanya keretaku yang tercalar. Huwarghhhh~ L But, Sejujurnya rasa trauma itu masih ada lagi…

        
    Okay-okay, semua tu tak penting. Sekarang aku nak cerita tentang CED.  Andra dan Haykal. Both of them, terpaksa redha dengan ketentuan takdir hidup mereka. Ada sesetengah orang akan membenci sang suami mahupun sang isteri. Aduhai, watpe babe? Engkau buang masa dan menambah dosa engkau saja pada suami mahupun isteri engkau! Ini betullah.. Tak kisahlah engkau tu kahwin disebabkan cinta mahupun terpaksa. Sebaik sahaja akad nikah dilafazka dan engkau sebagai seorang isteri haruslah bersedia untuk menjadi isteri yang solehah dan diredhai-NYA dan suami sama ada engkau suka ataupun tidak. Manakala, sebagai seorang suami pula haruslah mengalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Faham murid-murid? Hehehe J


            Aira, anak Haykal dapat menerima Andra. Namun, adakah Andra mampu menerima anaknya Haykal? Hurm. Wonder…. Hurm. Bagaimana pula dengan gerangan yang memanggil nama Andra tadi sehingga membuat Andra terdiam? Tetttt! Hwaiting ladies! Aku akan update dua entry hari ni. Satu entry lagi pada sebelah petang yach. Sebagai tanda minta maaf cuz lambat J


Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 4 ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. MAAFKAN SAYA J Peace no war~  Oh yach, please take the positive side and ignore the negative side yach J Thinks smart!

           

            Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Much appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J Love u! ♥♥♥







SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J








Till then,










Sincerely,


34 comments:

  1. cte ni menarik..laen dr yg laen... keep it up.. ske sgt dgn karya ratu... slalu update k... waiting for next n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dieya
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks dear =)
      sy pun suke awak =) hehe
      in shaa allah akan di update stp hari jika xbz ya .
      hwaiting dear =)

      Delete
  2. Wow.....suka ada n3 baru...baguslah dua2 dpt mnerima apa yg berlaku sbgai takdir yg tlh dtentukn Allah....mcmana ye andra gan aira...moga jdi kwan kmceng...dah andra dpt myesuaikn diri gan mjdi ibu tiri ...lah hykal...hang tackel andra tu.
    Makin best....mnanti bab 5 ptg nie....tak sabar tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hani
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe sukesuke =)
      alhamdulilah~ hehe.
      hehe harap2 mcm tulah.
      thanks dear =)

      Delete
  3. habeskan terus la..xblh ker? cpt ckit tau..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babes
      thanks for dropping by and leave ur comment
      erk! xdptlah dear
      cukuplah 1 ary 1 enrty ya =)

      Delete
    2. hi..

      just kidding!!!!! one per day more than enough..2 per day bonusssssssssssssss!!!! :)

      Delete
  4. Hehehe...terbaiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks dear

      Delete
  5. wah teruja la nk tau kehidupan mrk..tggu bab 5 pulak ptg nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe hwaiting ya =)

      Delete
  6. sy rasa pasti ibu pakcik yg panggil .hehehe
    love u CED..muahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe pasti sungguh hehe
      LOve u too haha

      Delete
  7. eeei... syoknya bila buka blog Ratu dh ada n3 ke4, suka
    sgt... bestlh Ratu dan kalau ptg pula nk post n3 baru
    lagi memanglah best sgt.... nasib baik Aira dpt terima
    Andra ye dan siapakah gerangan yg menegur Andra semasa
    di dapur tu ye? suspen.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anor
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks dear =)
      hehe nasblah hehe
      suspend sungguh =)

      Delete
  8. Nak lagi.... tak puas rasanya.... Siapa pulak yg bersuara lembut pulak ni? Suspense...suspense....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe sorry if xpuas hehe
      suspenddddd hehe

      Delete
  9. Yang panggil andra tu mak haykal kot? Ataupun mak arwah bini haykal? hehehe. Comel tau andra ne kekeke. bagaimana lah rupanya durg berumahtangga ne dengan anak yang tak jauh beza umornya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      haha bijak sungguh anda
      hehe mmg comel n nakal hehe
      itulah pasal haha

      Delete
  10. best...hehe..tiba2 org terfikir..entah2 andra & aira nie satu kolej..wah..senior merangkap mummy gitue..hehe

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI col
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe bijakkkkkk~ =)
      hahaha =P

      Delete
  11. yes...memang best,spt bsa...hehe
    ~ze~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ze
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      yes! thanks dear =)

      Delete
  12. best..ratu nt update tiap2 ari ya..kalau x leh update ari , maka update 2 x dlm satu msa ari lain ..mcm ari ni..ganti n3 untuk ari yg x update tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe in shaa allah dear =)
      thanks bagi idea tu hehe

      Delete
  13. Ratu, bestle entry ni walaupun agak pendek. Siapalah yang menegur andra. Pandai ratu buat kami tertanya-tanya.. Ini buat kami tak sabar nak baca entry seterusnya...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks dear
      hehe pandai ke? hehe
      itu yg sy nak tu ngehngehngeh =)

      Delete
  14. bestlah cerita ni..keep it up cik writer =)
    tak sabar tunggu next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear tharu =)
      hwaiting ya dear <3

      Delete
  15. hehehe.. mother in law dia... Queen...

    ReplyDelete
  16. Hi Queen
    thanks for dropping by and leave ur comment dear
    haha x aci! dah baca bab 5 hehe

    ReplyDelete
  17. Hai Penulis Yg Hebat !!!!

    CED mmg best sgt, buat diri nak tahu kisah selanjutnya...good job utk penulis. Teruskan berkarya ya! I support U !!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  18. fatty liver medicine in ayurveda fatty liver medicine in ayurveda fatty liver medicine
    in ayurveda

    Also visit my website: ways to treat a fatty liver

    ReplyDelete