Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Monday 18 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 5






CINTA ENCIK DUDA BAB 5



Sesuatu yang terjadi pasti kan terjadi dan ianya tidak akan dapat diputarkan kembali…




ANDRA menjeling wajah Haykal di ruang tamu dan Haykal turut memandangnya. Matanya dijengilkan dan memberi isyarat pada Haykal agar menolongnya. Namun, Haykal mengelengkan kepalanya. Andra mendengus geram dan membesarkan matanya tanda marah. Spontan Haykal menundukka wajahnya. Kecut juga melihat pandangan mata tajam isterinya.


            “Andra…” Panggil suara lembut itu kembali. Tersentak Andra dibuatnya dan spontan Andra menoleh memandang gerangan si dia di sisinya. Senyuman nipis Andra berikan. Sebenarnya senyuman cuak.


            “Ya Puan Sri…” Balas Andra lembut. Puan Sri Puteri Dahlia tersenyum memandang menantu barunya itu. Memang benar, agak muda orangnya. Namun sejujurnya menantunya itu kelihatan begitu cantik. Patutlah anak lelakinya itu tidak membantah pabila terpaksa kahwin. Rasanya tak rugi. Orangnya cantik, sopan dan baik.


            “Mummy sayang. Mummy. Kan Andra dah jadi menantu mummy.” Balas Puan Sri Puteri Dahlia tersenyum. Andra membalas senyuman ibu mertuanya. Cuak juga tadi. Ingatkan orangnya tegas dan garang. Yalah, dah status Puan Sri. Ingatkan sombong ke apa. rupanya, baik hati dan lembut orangnya.


            “Maaf Pu.. Errr. Mummy…” Balas Andra gagap. Puan Sri Puteri Dahlia tersenyum.


            “Andra dapat terima semua ni?” Soal Puan Sri Puteri Dahlia lembut. Waktu itu, mereka sedang duduk di meja makan di dapur. Andra terdiam dan mengigit bibirnya.


            “Maksud Mm..Mummy?” Soal Andra gagap.


            “Maksud mummy, Andra dapat terima semua ni? Redha dengan semua ni? Yalah, berkahwin di usia yang muda dan bersama seorang lelaki yang berbeza besar umurnya dengan Andra serta seorang duda?” Soal Puan Sri Puteri Dahlia. Dia ingin tahu apa perasaan menantunya itu. Semalam, ketika anaknya mengkhabarkan hal tersebut pastilah dirinya terkejut. Namun, siapalah dirinya yang ingin menghalang. Puan Sri Puteri Dahlia pasti semuanya ada hikmah disebaliknya. Tetapi, tidak menyangka pula yang menantunya itu usianya 22 tahun dan beza 18 tahun dengan anaknya! Lagak seperti cucunya sahaja.


            “Dalam kehidupan ini, ada yang dipanggil hukum alam. Hukum alam menyatakan setiap yang berlaku ada sebab musababnya. Siang tidak berlaku tanpa penyebabnya matahari yang terbit. Malam tidak menjelma tanpa sebab matahari yang menghilang. Oleh itu, Andra tak ada hak nak menolak ketentuan yang Allah swt takdirkan buat Andra. Jika pak cik adalah jodoh Andra. Andra terima dan redha. Walau susah. Tetapi keredhaan itu tidak akan datang dengan sendirinya jika kita tidak mencari akan keredhaan itu…” Jelas Andra lembut namun ada tegasnya. Puan Sri Puteri Dahlia terdiam. Agak terkejut sebenarnya yang gadis semuda Andra mampu menjadi matang sekali.


            “Alhamdulilah. Senang hati mummy mendengarnya. Mummy harap Andra jadilah isteri yang baik buat Haykal nanti. Haykal anak yang baik. Orangnya simple sahaja. Namun, ada kalanya agak cerewet. Andra sebagai isteri belajarlah menangani kecerewetan anak mummy tu ya?” Balas Puan Sri Puteri Dahlia. Andra tergelak kecil.


            “In Shaa Allah. Tapi Andra harap pak cik yang akan sabar melayani kerenah Andra yang hyperactive ni.” Balas Andra dan tersenyum. Puan Sri Puteri Dahlia tergelak kecil. Menantunya itu agak nakal sedikit.


            “I hope Haykal akan banyakkan exercise selepas ni memandangkan isterinya muda dan bergetah macam ni. Semput Haykal dibuatnya.” Sakat Puan Sri Puteri Dahlia dan tergelak. Andra pula yang memerah mukanya. Aduhai. Ibu mertuanya salah faham pula. Malu!!!






****Cinta Encik Duda*****







AKU mencuci bekas-bekas pinggan dan mangkuk yang digunakan untuk makan tengah hari tadi. Sudah kebiasaanku sejak dahulu lagi. Habis sahaja makan pasti aku akan membersihkan dapur. Ummi yang mendidikku sejak kecil. Memandangkan aku satu-satunya anak gadis ummi. Maka, ummi ingin membiasakan aku dengan kerja-kerja rumah. Ummi kata setinggi mana pun pendidikan dan jawatan seseorang wanita itu, pasti tempatnya akan berada di dalam dapur jua. Betullah tu. Kalau punya pendidikan dan kerjaya yang tinggi sekalipun jika tidak tahu menguruskan rumah. Takde gunanya juga. Nak bagi makan laki engkau mee Maggie je ke? Jangan salahkan laki engkau kalau laki engkau cari lain!


            “Mummy… Nak Aira tolong?” Sapa suara lembut aira di belakangku dan memeluk tubuhku dari belakang. Terangkat bahuku kerna terkejut. Nasiblah juga pinggan yang berada di tanganku tidak terjatuh.


            “Oh mak kau!” Latahku spontan.


            “Ops! Sorry! Sorry! Aira tak sengaja…” Balas Aira serba salah dan melepaskan pelukannya. Tubuhnya dibawa berdiri di sebelahku depan singki dan mengusap belakangku agar tenang. Aku menarik nafas dan menghembuskannya kembali. Fuh! Budak ni. Dibuatnya aku ‘pergi’ tadi. Tak ke bapa dia jadi duda balik? Aish… simpang!


            “Sorry ya?” Soal Aira kembali dengan wajah yang serba salah. Aku tersenyum kelat dan mengelengkan kepalaku.


            “It’s okay.” Balasku pendek dan tersenyum. Aira mengosok dadanya tanda lega.


            “Thank god! So sorry ya? Next time Aira tak buat lagi…” BALAS aira lega. Aku tersenyum kecil dan menyambung kerjaku. Apa yang aku dapat gambarkan pabila berjumpa dengan gadis ini. Dia adalah seorang yang manja. Mungkin kerna factor tempat bermanjanyaa hanyalah pak cik seorang. Tiada ibu untuk tempatnya menumpang kasih sayang…


            “Tak apa. Forget it. Hal kecil je.” Balasku. Aira tersenyum.


            “Nak Aira tolong?” Soalnya kepadaku. Aku menoleh memandangnya dengan tangan yang 
masih ligat mencuci pinggan. Aku gelengkan kepala.
           

            “Tak apa. Sikit je ni…” Tolakku lembut. Yalah. Tak manis rasanya membiarkan dia sedangkan dia adalah tetamu rumah ini. Dia tersenyum.


            “Tak apa. Apa salahnya Aira tolong.” Paksa Aira.


            “Tak…” Belum sempat aku menyudahkan  kata-kataku namaku dipanggil oleh pak cik. Aku menoleh dan mengerutkan dahi memandangnya.


            “Ya?” Soalku hairan pabila melihat dia yang sedang berdiri di belakangku dengan handphone Samsung s2 ku.


            “Call.” Jelasnya dan menujukkan Handphoneku kembali. Aku mengerutkan dahi.


            “Siapa?” Soalku hairan. Wajah pak cik pula kelihatan tegang je.


            “Entah. Dia kata namanya Alex…” Jelas pak cik dan spontan aku tercengang. Alex?!


            “Andra?” Panggil pak cik lembut pabila aku masih diam mengelamun.
           

            “Err. Ya?” Soalku kembali. Pak cik mengeluh. 


            “Your phone.” Balasnya dna menyerahkan Samsung tersebut kepadaku. Namun akumenujukkan kelima jari dan pusing kembali ke singki. Tangan di basuh dan tuala bersih yang berada di sebelah singki ku capai dan mengelap tangaku sebelum menyambut panggilan tersebut.


            “Thanks…” Balasku dan ingin berlalu keluar namun berhenti seketika dan mencuit dagu Aira lembut.


            “Biarkan pinggan mangkuk ni kat sini ya. Nanti saya basuh.” Balasku padanya dan mengenyitkan mataku sebelum berlalu keluar.







****Cinta Encik Duda****







AKU merenung jauh ke pemandangan sawah padi di hadapanku. Dulu, sawah padi ini aku rasakan menenangkan hatiku. Namun kini bukan. Sejak lafaz ijab Kabul dilafazkan semalam oleh Datuk Megat Haykal bin Tan Sri Megat Halim. Aku kini bergelar isteri kepada lelaki itu. Gila! Hanya itu yang mampu aku katakan.


Sejak semalam aku berlakon seperti tiada apa yang berlaku dan mendiamkan diri. Apa guna aku bersuara kalau setiap butir bicaraku tidak didengari? Kenapa mereka semua mempunyai pemikiran yang singkat? Kenapa menganggap perkahwinan adalah noktahnya dan penyelesaiannya?


Siapa akan bertanggungjawab ke atas kebahagiaanku nanti? Siapa sangka aku akan berkahwin dengan lelaki yang tuanya 18 tahun dariku. 40 tahun! Mak aih! Tua bebenor! Okay! Walaupun muka dia still awet muda lagi. Tapi tua tu! 40 tahun engkau! Layak jadi bapa aku! Okay! Aku tipu lagi! Abi dah berumur 50 lebih. Huh!


Mummy? Fikirkan apa tu?” Tegur satu suara lembut di sisiku. Haila! Ni lagi satu. Sejak dia sampai tadi. Asyik nak panggil aku mummy! Aih! Aku tua 4 tahun je kot dari engkau! Aku memberikan senyuman kelat kepadanya.


“Arh? Errr. Takde pelah.” Soalku lembut kepadanya. Tidak sampai hati ingin berkasar dengannya. Wajahnya yang comel itu membuatkan aku berasa kasihan padanya.


Mummy ni cantiklah…” Balas Aira kepadaku dan melentokkan kepalanya di bahuku. Haila~ Ni yang aku lemah ni. Ish.


“Hurm. Mummy… Thanks tau sebab sudi jadi mummy Aira. Aira tak pernah rasa kasih sayang ibu…. Mama meninggal dunia since Aira in 2 years…” Luahnya kepadaku dengan suara sebak. Aku menutup mata. Bab leleh dah. Aku terusik dengan budak Aira ni. Kasihan. Since 2 tahun? Maksudnya selama 16 thun ni dia hanya menerima belaian kasih sayang seorang bapa? Aku mengusap rambutnya tanpa sedar.


“Aira… Saya kan ada. Saya dah jadi ibu Aira. Walaupun tak sehebat mama Aira. But In Shaa Allah. Saya akan berikan kasih sayang buat Aira.” Balasku kepadanya dan mengusap-usap bahunya. Huh! Aku ke ni? Mengalahkan emak-emak engkau! Hehe. Tersenyum sendiri aku. Aira mengangkat wajahnya dan memandang ku dengan senyuman. Tapi air matanya berlinangan. Sedih aku melihatnya. Tanpa sedar tanganku mengusap pipinya.


           
“Betul ni mummy? Sorry ya kalau perangai Aira macam budak-budak sikit. Tapi Aira betul-betul excited bila papa call and kata nak kahwin. Dah lama Aira nak papa kahwin. Papa je yang banyak alasan. Hurmm. Mummy tak kisah ke Aira panggil mummy ni? Yah. Since kita beza 4 tahun je.” Balas Aira. Aku tersenyum.


“Erk! Kisah juga. Err… Awak panggil my jela k? Since nama saya Andra Tihamiey. So ambil kat belakang tu. Tak biasalah dengan panggilan mummy tu. Boleh?” Soalku kepadanya dan mengusap kepalanya. Comel je budak ni. Kecil-kecil je orangnya. Bapa bukan main tough dan tinggi lagi.


“Yay! Okay! Okay! Aira panggil my okay. Thanks my sebab sudi jadi mummy Aira.” Balas Aira kepadaku. Aku tersengih. Best juga dapat anak segera ni. Tak yah bangun subuh susukan dia. Tak yah mengandung 9 bulan. Hehe.


Not big deallah. Mummy muda okay lah tu.” Balasku. Aira tergelak.


“Hurm. Hot mummy. Right papa?” Soalnya sambil memandang kebelakangku. Spontan aku terdiam dan kaku. Papa? Erk! Pak cik tu ada kat belakang ke? Bila aku berpaling, kelihatan pak cik berdiri cool je menyandar kat pokok rambutan tu. Siap masukkan kedua-dua tangannya ke kocek seluar.


Yes sayang.” Balasnya dengan senyuman manis. Sempat di pandangnya aku. Aku mencebik dan kembali memandang ke depan. Yes sayang! Huh!


Kring!



Kring!




Kring!



Aku tersentak pabila handphone ku kembali berdering dan tertera nama Jen alias Jenny di situ. Aku mengetap bibir. Berfikir sama ada ingin sambut ataupun tidak. Namun, aku gagahkan juga tanganku untuk menyambut panggilan Jen. Best friend forever ku yang sentiasa ada di sisi ketika aku susah dan senang. Walau kami berlainan agama dan bangsa namun itu tidak menjadi penghalang bagi kami untuk berkahwan baik.


 “Hello Babe!” Kedengaran suara Jen alias Jenny menampar telingaku. Erk!


Hi Jen. Whassup!” Sapaku kepadanya. Aira hanya mendengar dan memandang ke sawah padi dihadapan kami. Pak cik begitu juga.


Babe! I got good news for you!” Balas Jenny teruja. Aku mengerutkan dahi.


What the good news actually?” Soalku kepadanya. Jenny tergelak.


Babe! You know what? Andrew? Aiyorh. The handsome guy! Ask you out this weekend. And I say yes!” Balas Jenny teruja.


What?!!!” Jeritku kuat tanpa sedar sehinggakan Aira dan papanya memandangku. Aku menjauhkan diriku sedikit dari merkea.


Babe! Kau giler ke apa? Why you didn’t ask me first?” Soalku geram kepadanya. Ish. Andrew? Si Andrew ni memang handsome guy kat collage. Actually, si Jenny yang berminat kat dia. Bukan aku. Plus, aku tidak pernah berfikir ingin couple dengan pasangan yang bukan segama denganku. It’s possible, seseorang tu nak keluar agamanya demi cinta.


“Hei! Kenapa pula? I thougt kau interest dengan dia?” Soal Jenny hairan. Aku mendengus dan memicit kepala.


I’m not interest with him! It’s you! You are the one that admire him Jen! Wake up! Please Jen! Aku dah cukup banyak masalah ni. Could you help me? Tolong jangan tambah masalah aku! Cancel the date or I suggest you go out with him. Who knows he attract with you. Okay Jen?” Balasku kepadanya. Alex ke. Andrew ke. Dah takde maknanya Jen. Aku dah kahwin! Nak je aku jerit macam tu pada Jen!


But why, babe? That’s Andrew okay! The hot guy in college! Dan kau boleh kata nak cancel date tu? Hei! This is your chance untuk lupakan Alex!” Soal Jenny. Aku mendengus. Alex? Teringat kembali perbualanku dan dia tadi.


“Hello…” Sapaku padanya dan duduk dipangkin.
           

“Hello babe… Hi..” Sapanya kembai dengan suara yang lembut seperti selalu. Aku mengeluh dan memejamkan mataku.


“Yah. Hi.” Balasku hambar. Namun, dapat ditangkap oleh telingaku suara Alex alias Alexandar Syah bekas teman lelakiku sejak setahun yang lalu.Namun, putus ditengah jalan dek kerana kecurangannya dengan budak freshie. Aku bukanlah jenis wanita yang akan memberikan peluang kedua kepada lelaki yang telah khianati cintaku. Jika dia sudah memilih untuk bersama perempuan lain. Maka, dia juga telah memilih untuk aku membuangnya 100% dari dalam hidupku.


“I miss you babe… I’m sorry…” Balasnya lembut. Aku mengeluh.


“That’s it? You call just sebab tu je ke?” Soalku dingin.


“Babe… I know I salah. I minta maaf….” Luahnya padaku. Aku menjulingkan mataku ke atas. Typical lelaki buaya memang macam tu.  Kata maaf dibibir mereka bagaikan gula-gula yang pandai hilang pabila sudah lama dihisap…


“Kalau you call just nak bercakap tentang hal ni. I don’t have time for it. I’ve to go.. I…” Belum sempat aku menyudahkan kata-kataku Alex sudah meyampuk.


“Babe please…. I’m so sorry. I need you sayang… I know I salah sebab I duakan you. But you’ve too understand me. I lelaki yang satu nafsu. That girl yang goda I dan I…”
       

“Dan you pun tergoda? Huh. Betapa lemahnya iman you Alex. Tak sangka lelaki yang berlagak penyayang dan romantic pada I selama ni rupanya buaya yang bertopengkan manusia! I peduli apa nafsu you satu ke, dua ke, even sepuluh sekalipun! Having a relationship with me it’s mean you are ready to give a commitment and be loyal to me! I bukan perempuan yang senang diperbodohkan Lex. You know me well. Kita bukannya seminggu kenal. Tapi dah 3 tahun!” Balasku padanya. Aku dan Alex sudah kenal selama 3 tahun sejak aku menjejakkan kaki ke collage. Alex merupakan seniorku. 2 tahun dia cuba untuk memikat hatiku namun gadis yang bernama Andra Tihamiey Abdul Rahman ini agak kebal orangnya. Aku susah untuk jatuh cinta dan jatuh sayang pada orang. Namun, pabila aku mulai jatuh cinta dan sayang. Aku akan cinta dan sayang seikhlas, jujur dan setianya….


“I know babe! And I’m sorry… I tak pandai nak bezakan di antara intan dan permata…” Jelasnya padaku. Aku tersenyum sinis.
           

“And thanks to you sebab sekarang I dah tahu sama ada you ni intan mahupun pertama. I’ve to go. Bye!”


Babe? Are you listening to me? Hei! This is your chance babe. Alex is not for you because he not worth for a girl likes you. But Andrew does!” Suara Jen kembali menyedarkan aku dan kembalikan aku ke dunia reality kembali. Aku mengeluh. Jen. Jen. Jen. Sampai bila Jen akan berhenti membantu lelaki-lelaki mendekatiku?  Aku memejamkan mata dan menghelakan nafasku.


Cause I’m married Jen! Married!” Jeritku juga pada Jen dan mematikan telefonku. Aku membuka battery handphoneku dan ku campak ke tanah. Terasa marahku sedikit lega pabila membuat sepert itu.
           

My? Are you okay?” Soal Aira kepadaku. Bahuku dipegang. Aku terkejut. Tidak menyedari yang mereka masih di situ. Aku meraup kedua mukaku dan menarik nafasku. Aku menoleh dan memberikan senyuman buat AIRA dan papanya yang berdiri di belakang Aira.


“I’m okay sayang. Saya nak main lontar-lontar battery sekejap. Dulu pernah main. Best pula” Bohongku padanya dengan senyuman yang dibuat-buat. Aira tersenyum kelat. Mungkin tahu aku menipu. Papanya pula merenungku dengan pandangan tajam. Ada aku kisah pak cik?


“Kak Ngah! Masuk! Bawa Aira dan Haykal tu masuk.” Jerit Abi di dalam rumah. Aku membongkok mengambil battery Samsung Galaxy S2 ku dah menarik Aira masuk ke rumah. sebelum pergi aku berhenti.


“Pak cik jom masuk. Abi panggil.” Jemputku padanya sekadar berbasah basi konon. Laki aku kot.






***Cinta Encik Duda****





AKU yang sedang melipat baju di atas katil memberikan senyuman kepada ummi yang menapak mask ke dalam bilikku.


Assalamualaikum wbt kak ngah.” Sapa ummi kepadaku dan mencium dahiku. Aku tersenyum.


Walaikumsalam wbt ummi.” Balasku ummi membantuku melipat baju-baju dan seluarku. Esok aku dan yang lainnya akan berangkat balik ke Bandar. Tinggallah nenek dan atok di sini.


“Hurm. Ummi ada nak cakap sesuatu ke?” Soalku kepada ummi. Firasatku sebagai anak selalu mengenali setiap tingkah laku ummi. Pabila ummi ingin berbual sesuatu denganku pasti aku akan secara automatic tahu yang ummi ada ngin menyampaikan sesuatu kepadaku.


“Sayang… Anak ummi ni dah besar. Satu-satunya anak dara ummi. Anak yang ummi kandung selama 9 bulan. Dah bergelar seorang isteri sekarang…” Luah ummi kepadaku dan mengusap rambutku. Entah kenapa. Aku sedih dengan kata-kata ummi itu. Diluar kesedaranku air mataku mengalir.


“Ummi. I’m sorry. I’m sorry sebab tak dapat jadi anak yang baik buat ummi dan abi. Sorry cause I’m married like this way. Kak ngah dah malukan ummi dan abi. I’m sorry towards you two….” Balasku dengan sendu. Ummi mengelap air mataku. Dia juga menangis.


“Kak ngah… Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain. Siapa kata ummi tak sedih anak dara umi satu-satunya kahwin dengan cara macam ni. I do. But, ummi dan abi tak boleh nak menolak takdir. Takdir Allah Swt creates for you.” Balas ummi. Ummi. Guru Bahasa Inggeris sekolah menengah dan selalu menjadi penceramah jemputan. Kalau bercakap. Aku pasti kalah.


“Ummi… I know. But I’m not ready yet. Ummi sendiri tahuikan. Kak ngah banyak kelemahan dan kekurangan. Kak ngah become a wife and mother at the same time? It’s possible ummi… It’s too different. My real life is not like this. You know me well ummi. I’m not Andra Tihamiey the village girl yang sopan and tutup sana sini. I’m a city girl that have my own social life. How can I change it ummi? Tell me? Macam mana kak ngah nak jadi seorang isteri dan ibu pada masa yg sama?” Soalku pada ummi. Ummi menghelakn nafas beratnya dan memegang kedua tanganku.


“Kak ngah,listen here. Untung untuk isteri sentiasa memikirkan dan mencari jalan supaya menjadi isteri solehah kepada suami dan diredhai Allah swt. Untuk wanita, bagi memasuki syurga Allah swt begitu mudah untuk mendapatkan iaitu dengan menjadi isteri solehah, taat seluruh perintah suami dan mendapat redha Allah swt. In Shaa Allah, apabila menjadi isteri solehah, patuh dan taat pada suami, pastinya kita akan mendapat keredhaan Allah swt.” Nasihat ummi kepadaku. Aku terdiam.


“Macam mana nak jadi isteri solehah ummi?” Soalku kepada ummi. Ummi tersenyum.


“Ummi pernah terbaca sebuah artikel. Yang mengatakan bahwa di antara ciri-ciri isteri yang solehah adalah  Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri. Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri.” Jelas Ummi dan menujuk rambutku. Aku faham. Ummi memberikan nasihat namun pada masa yang sama ummi menyindirku.


“Selain itu, tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.” Sambung ummi dan tersenyum. Tanganku digenggamnya erat.


“Lagi?” Soalku penuh minat.


“Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja. Yang ini amatlah digalakkan. Lebih-lebih lagi buat suam Andra tu. pastinya Haykal penat seharian meguruskan syarikatnya sendiri. Jadi, Andra sebagai seorang isteri hendaklah menyambut dan melayan Haykal dengan baik dan penuh kasih sayang. Pernah dengar mengenai kejayaan seorang lelaki adalah kerana adanya seorang isteri dibelakangnya?” Soal ummi. Aku anggukkan kepala.


“Lelaki yang garang sekalipun akan tetap luntur garangnya pabila berdepan dengan isterinya. Kerana isteri mempunyai satu kuasa istimewa yang mampu mencarikan hati lelaki.” Jelas ummi. Aku mengerutkan dahi. Erk! Kuasa apa? Ultraman ke? Sailormoon? Hakhakhak.


“Kuasa apa ummi?” Soalku hairan. Ummi tersenyum dan membelai rambutku.


“Kuasa cinta dan kasih sayang…” Jelas ummi. Aku terdiam. Cinta dan kasih sayang? Bagaimana aku harus mendapatkan perasaan cinta dan kasih sayang itu jika aku tidak punya perasaan apa-apa pada suamiku? Namun, pertanyaan itu hanya mampu aku simpankan di dalam benakku sahaja.


“Isteri yang solehah ni adalah isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.” Sambung ummi kembali.


“Erk! Kena minta izin ke?” Soalku hairan. Ummi anggukkan kepala.


“Bukan kena. But wajib sayang.” Balas ummi. Aku anggukkan kepala sahaja.


“Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar. Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan. Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri. Wallahua’lam.” Terang ummi panjang lebar. Aku terdiam. Begitu banyak sekali ciri-ciri isteri solehah yang ummi katakan. Mampukah aku menjadi isteri solehah?


“Banyaknya ummi… Macam mana kak ngah nak laksanakan semuanya? Kak ngah masih muda. Mentah lagi nak jalani tu semua.” Balsku kepada ummi. Ummi tersenyum dan kembali mengucup dahiku.


“Soal usia bukanlah ukuran untuk menjadi isteri solehah kepada suami kita. Even ummi dulu kahwin dengan abi when I was nine teen. Still muda lagi. Malah masih belajar time tu. But ummi boleh bahagikan masa untuk keluarga and my study. Kalau ummi boleh kenapa kak ngah tak boleh.” Jelas ummi. Aku mengeluh dan membawa diriku ke tepi tingkap. Kelihatan atok, pak cik dan Aira sedang menjolok durian di laman.


I’m trying. But please….  Tegur kak ngah kalau kak ngah ada buat silap. Didik kak ngah. It still new for me ummi… Kak ngah balik ke sini untuk mengubat hati yang lara. It’s funny bila balik ke sini dapat kahwin free pula.” Kataku kepada ummi dengan ketawa yang dibuat-buat. Mataku dihalalkan kepada pak cik yang sudah sah bergelar suamiku itu. Dia juga memandangku . Aira juga. Anak tiriku itu melambai-lambai ke arahku dan aku hanya tersenyum kepadanya.


“Tak sangkakn? Inilah hidup sayang. semuanya diluar dugaan kita. Tapi seronok juga bila difikirkan balik. Dapat menantu datuk you! Then dapat cucu express pula.” Balas ummi nakal sambil memelukku dari belakang. Aku tergelak. Ummi ni ada-ada sja.


“Eh. Kalau macam tu I’m datin?” Soalku kepada ummi tanpa sedar. Ummi tergelak.


And I’m mak datin.” Balas ummi. Aku tergelak. Gila! Aku datin? Datin Andra Tihamiey? Wahhh! Kalah engkau Jenny! Ambiklah Andrew tu! hahaha.







B.E.R.S.A.M.B.U.N.G




****************************************************************************




Asalamualaikum Wbt and Salam Sejahtera Ladies J




DING DONG!







DONG DING!








DING DING!







DONG DONG!






DAH ENGKAU KENAPA?






T E R E N C A T ? ? ? ?





Hahahaahaha J






Stresssssss~





Hi ladies! How was the day and how was the story? J Best? Interesting? Funny? Boring? Blur? Huh? Hahahahaa. J Aku rasa bagi mukadimah e-novel taklah menarik mana. Akan, tetapi aku suka pabila mereka berdua menjalani kehidupan sebagai suami isteri nanti J Have a lots of interesting, romantic, funny things and saddest part J Uols happy letewww I alls update 2 entry for one day… Hakhakhak J Sorry yach aku takde update untuk hari sabtu  J Hehehe.

            Andra dan Haykal, apa yang aku boleh katakan, keredhaan itu haruslah dicari dan bukannya ditunggu J Setiap benda yang terjadi pasti aka nada hikmahnya J Percayalah… Oh ya, Alex? Adakah Alex akan menganggu rumah tangga Andra dan Haykal? Adakah Andra pula mampu mengalas tanggungjawabnya sebagai seorang isteri selepas ini? Bagaimana pula dengan reaksi bff Andra si Jenny apabila mengetahui akan pernikahan bff nya? Hihihi. Begitu banyak kesimpulan yang harus dileraikan. In Shaa Allah sedikit kesimpulana akan dileraikan di dalam bab 6 nanti J Hwaiting ya J

            Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 5 ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYA… My bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Peace yawwww! J Thinks smart!

            Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Much appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J Love u!




Sila Tinggalkan Jejak Anda. Tq! J





Till then,






Sincerely,



32 comments:

  1. ratu...nak lg...hihi
    gud luck yg...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI annys
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe okay dear =)
      thanks sygs =)

      Delete
  2. Gembira dalam hati ada n3 baru lagi... tk Ratu dn nak lagi
    dan lagi ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anor
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe happy kite awak happy =) hehe
      most wc dear
      hwaiting ya =)

      Delete
  3. TQ ratu.tak sabar nak tahu perkembangan life andra and haykal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe most wc dear =)
      hwaiting ya <3

      Delete
  4. hahaha.. tua bebenor..! kelakar larh..! thanks ratu.. :)
    nak lgi boleh?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI anas
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe itulah pasai! tua sgt! hehe tapi maintain handsome apa!
      hehe most wc dear.
      bolehhhh =)
      keep follow CED ya

      Delete
  5. Suka gan ummi andra....bnyk nasihat yg brmanfaat tuk andra....DATIN Andra.....best..memang lain dr yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI hani
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe alhamdulilah. kita ambl yg +ve nya ya =) hehe
      DATIN engkau! haha. thanks dear =)

      Delete
  6. ratu, rasa cam tak puas baca.. nak lagi panjang.. hehehe.. QUeen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI queen
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      haha nakal tahu! takpe. nnti next n3 in shaa allah panjang =)

      Delete
  7. tetiba je nak komen....
    selama ni tau baca je...
    ratu bgla pakcik n andra 2 mencari kesesuaian dalam perhubungan....
    buat la yg mereka ni mcm suami isteri yg real....
    pasni andra g blajar mcmn ngan pakcik n aira...
    aira bru nak bermesra ngan mummy baru....
    alex 2 g campak kat laut je...
    rasanya elok la andra berterus terang ngan kawn2 dia spy adil ngan pakcik....
    xnak la andra rahsia kan perkahwinan mereka....
    bg la pakcik pikat andra....mesti best....cinta lps kawin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ryn
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear sudi comment =)
      in shaa allah dear
      thanks for d idea =)
      haha nah! kite bgi awak. awak cmpakkan ble? ngehngeh~ =)
      hehe itu kita tggu pda next n3 ya dear =)
      hehe
      best kan =)

      Delete
  8. best2..x sbr nk tahu seterusnya..t post n3 yg lagi pnjg ye ratu, baru puas bace..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear =)
      hehe in shaa allah dear

      Delete
  9. bestla...... rse cm pndek la plak.. hahhhahaa!!!
    cpt2 smbung aww... ^_^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks sygs hehe
      hwaiting =)

      Delete
  10. Datinnn you~ hahahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      Datin youuuuuuu hahahah

      Delete
  11. Tak puas.... Nak lagi entry.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hwaiting dear

      Delete
  12. haykal cemburu dh dgr nama alex..
    Andra kan ramai peminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe tulah psl =)

      Delete
  13. aira is such a sweet girl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe yah =)

      Delete
  14. comel je panggil husband dia pakcik..hehehe..
    alex jgan kaco andra ok!!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss L
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe comelkan =)
      hehe jangan kacau! haha

      Delete
  15. agak2, umur andra n pakcik megat berapa tahun jarak beza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RINSYARYC
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hehehe 18 tahun dear

      Delete
  16. I ni pun bakal duda...anak 1... girl 2 tahun... Bila baca ni rasa ringan sikit beban fikiran. Bukan mudah tggu proses mahkamah... Hanya Tuhan yg tahu hati ni... Boleh ke lalui hidup sbg duda anak 1..??

    ReplyDelete
  17. Bab 3 tak blh buka cik writer....

    ReplyDelete