Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Tuesday 19 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 6








CINTA ENCIK DUDA BAB 6




Life is too short to wake up in the morning with regrets. So love the people who treat you right, forget about the ones who don't and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said that it'd be easy, they just promised it would be worth it…




AKU dan keluagaku serta keluarga mertuaku berangkat serentak balik ke Bandar. Erk! Keluarga mertua? Sounds weird kan? Hukhuk. Apa-apa jelah. Jadi tinggallah nenek dan atok di kampung. Sebelum balik aku sempat memohonmaaf kepada atok dan nenek di atas kesilapan yang aku lakukan. Begitu juga dengan pak cik. Ops! Suamiku. Pak cik Haykal, Hehe. Alhamdulilah. Atok dan nenek memaafkan kami.


Sepanjang perjalanan, suasana di dalam kereta hanya diceriakan oleh gadis comel Aira. Dia yang banyak celoteh itu ini. Nampak pelik bila gadis berumur 18 tahun berkelakuan seperti gadis berumur 10 tahun. Manja sangat. Mungkin disebabkan dia terlalu dimanjakan oleh pak cik kat sebelah ni. Hurm…


Tadi, tersembul juga biji mata pak cik kat sebelah aku ni bila tengok dressing aku. yang mengalahkan anak dia je. Memakai maxi dress with cardigan? Okay! Tersangatlah biasa sahaja dressing ku ini. Inipun disebabkan aku berada di kampung. Setiap kali pulang ke kampung aku amat menjaga pemakaianku. Atok adalah ketua kampung jadi aku tak nak membawa nama buruk kepada atok.


“Nak singgah mana-mana tak?” Suara garau pak cik menyoal. Aku diam je.


“Err. Mummy. Papa tanya youlah.” Siggung Aira kepadaku yang sedang memandang keluar tingkap. Aku menoleh memandang mereka. Keningku dinaikkan.


“Hurm. You nak singgah mana-mana tak?”Soalnya kembali kepadaku. Aku mengelengkan kepala. Perjalanan kami kembali sunyi sepi. Aira pula dah tertidur kat belakang. Aku hanya memandang kosong pada pemandangan di luar. Sedikit hujan renyai-renyai. Lamunanku terganggu apabila Samsung s2 ku melaungkan lagu Rihanna, you da one. Sempat lagi aku menjeling ke arah pak cik yang tengah memandu. Dia cool je. Tak t ahulah dia pandang aku ke tak. Tengah pakai Ray Ban nok!


“Hurm… Babe.” Sapaku tak acuh. Merajuk masih ada.


Babe…. Janganlah merajuk.. I’m sorry okay.” Pujuk Jenny kepadaku.


“Hurm…” Balasku pendek.


“Alarh babe. Tak mahulah merajuk-merajuk. Kau tahukan aku failed sikit bab-bab pujuk memjuk ni.” Balasnya kepadaku. Aku menjulingkan mata ke atas.


“Bab pujuk memujuk kau failed. Tapi bab match marker dan mengatal engkau expertkan?” Sindirku kepadanya. Dia tegrelak.


“Alarh. Macam kau tak kenal aku siapa.” Balasnya.


“Disebabkan aku kenal kaulah aku kata macam tu.” Balasku pendek.


“Ish. Yelah-yelah. Ni hah. Kau masih merajuk ke dengan aku? Aku ada news ni and one more thing, betul ke kau dah married wei?” Soal Jenny tanpa henti kepadaku.


“Whoa. Chill okay! Nak aku jawab yang mana satu ni?” Soalku kepadanya. Jenny tergelak.


“Ops! Sorry-sorry. Jawab satu-satu dulu okay.” Balasnya.


“Hurm. Aku dah tak merajuk kat kau dah. Tapi marah masih ada. News apa yang kau nak bagitahu aku? And about ‘that’ one… I’ll talk to you later okay.” Jawabku semuanya.


Okay-okay. We’ll talk about it later. Oh yah. You know something? Alex dah break up dengan girlfriend dia. Yay!” Jelas Jenny teruja kepadaku. Aku mengerutkan dahi.


So?” Soalku tanpa riak.


So kau kata? Hei. Ini adalah balasan dia sebab curang pada kau okay. You should be happy.” Balas Jenny.


So what? Kau nak aku buat party ke sempena kekecewaan dia? Babe, please remember that he’s cheated behind me! So maknanya dengan segala hormatnya aku dah buang dia dari hidup aku. Aku tak nak tahu tentang dia lagi. Whether dia still alive or what. Let him be.” Jelasku kepada Jenny.


Yes I know…”


“So?!”Marahku dengannyadengan nada yang sedikit kuat sehinggakan pak cik menoleh memandangku. Sempat aku memandang ke belakang. Takut-takut anak dara baru ku itu terbangun.


“Whoa~ Chill lah babe! Mana Andra yang happy dan hyperactive tu? Kenapa moody je ni?” Soal Jenny hairan. Aku mengeluh.
           

I’m sorry Jen. I’ll call you later okay?” Balasku padanya dengan nada suara yang dilembutkan kembali. Terasa serba salah melayan Jenny dengan dingin hanya kerana terbawa-bawa dengan emosiku yang tidak stabil.


“Nahhh! It’s okay. Jangan lupa call aku. Ily. Bye!” Balas Jenny dan mematikan panggilan. Ily. Its stand for, I love you. Jenny. Best Friend Forever, BFF ku sejak di bangku sekolah rendah lagi. Apa sahaja yang ku lakukan pasti ada dia. Begitu akrabnya hubunganku dengan dirinya. Orangnya baik dan mudah kasihan pada orang. Disebabkan itulah juga Jenny selalu menjadi mangsa para lelaki yang ingin berkenalan denganku. Jenny dijadikan orang tengah. Hal itu yang membuatkan aku dan Jenny sering bertelagah.


Aku memandang Samsung S2 yang berada di tanganku. Kenapa kehidupanku semakin rumit? Terasa semakin hari semakin berat masalahku… Perpisahanku dengan Alex. Perkenalanku dengan pak cik dan pernikahanku dengannya. Benar-benar membuatkan aku bingung memikirkannya.


 “Are you okay?” Soal pak cik kepadaku setelah beberapa jam aku mendiamkan drii.


“Yah....” Jawabku pendek.


Setelah itu sepanjang perjalanan aku dan dia hanya mendiamkan diri. Hanyalah mp3 player keretanya sahaja yang kedengaran. Sehinggalah kami masuk ke kawasan perumahan elit. Teruja gila aku tengok. Semua rumah-rumah di kawasan perumahan elit ni cantik-cantik dan masing-masing dengan designnya tersendiri. Perumahan elit yang dibina di atas bukit. Sejak dulu menjadi impianku. Dan kini? Hurm. Korang jawab sendiri…


Kami tiba di sebuah rumah banglo 3 tingkat. Okay! Aku ulang okay. 3 tingkat babe! Rumah parents aku 2 tingkat je kut. Tu pun dah ckup besar untuk aku dan adik beradik aku yang lain nak lari sana sini. Nikan pula 3 tingkat hanya untuk budak manja kat belakang ni? Okay sounds weird. But, tak kisahlakan. Papa dia kaya. Banyak duit. Binalah rumah sebesar mana asalkan mampu. Ade je cik ponti dan encik-encik poc datang temankan. Huahuahua.


Okay kita dah sampai.” Kata pak cik sejurus dia memberhentikan keretanya di hadapan banglo tersebut. Aku tergamam. Benar-benar cantik! Rumah besar, ada taman, ada kolam. Ouh! Aku rasa macam mimpi!


It’s this your house?” Soalku kepadanya sambil memandang pak cik dan memandang  ke sekitar kawasan rumahnya. Pak cik tersenyum dan membuka site belt nya.


Nope! It’s our house actually.” Balasnya dan mengeyitkan matanya kepadaku. Dia tersenyum dan membuka pintu kereta. Pintu kereta belakang pula dibukanya dan dia membangunkan Aira yang sejak tadi nyenyak tidur.


“Aira baby. Bangun sayang. Kita dah sampai.” Amboi. Lembutnya suara pak cik ni kejutkan anak dara dia. Mana na bangun macam tu. Aku gelengkan kepala bila pak cik mengarukan kepalanya.


“Takpelah. Pak cik uruskan bag-bag tu dulu. Biar Andra bangunkan Aira.” Balasku padanya dan membuka site belt serta membuka pintu kereta. Pak cik tersenyum dan membawa dirinya ke bonet kereta. Ada dua orang lelaki yang membantu pak cik mengangkat bag-bag kami. Aku membuka pintu kereta belakang dan duduk di sisi Aira. Alolorh. Comelnya anak dara ekspress aku ni tidur. Hehe.


“Aira... Bangun. Kita dah sampai ni.” Aku cuba membangunkan Aira dan menepuk lembut pipinya. Nampaknya aku berhasil. Aira membuka matanya dan mengeliat.


Mummy? Kita dah sampai ke? Aira tertido….” Soalnya mamai. Aku tersenyum dan membetulkan rambutnya.


“A’ah. Kita dah sampai dah. Jom turun.” Balasku kepadanya dan menarik Aira keluar. Aira menurut. Sejurus dua langkah aku berhentikan langkahan kakiku. Aira pula memandangku hairan.


“Kenapa my?” Soalnya. Aku tersenyum kecil dan memandang ke arah pak cik yang sedang mengarah dua orang lelaki untuk menangkat luggage-luggage kami.


“Aira tunggu sini sekejap ya. My nak ada nak bincang dengan papa Aira sikit. Kejap ya.” Balasku dan mendekati pak cik. Pak cik membukakan Ray Ban nya di saat aku menghampiri dirinya.


We need to talk.” Kataku kepadanya. Dia menganggukkan kepala dan memandang dua orang lelaki yang mengangkat luggage kami tadi.


“Pak Mat dan Farid tolong simpankan bag-bag ni ke dalam bilik saya kecuali bag Aira.” Arahnya kepada keduanya sebelum keduanya pergi meninggalkan kami di situ.


“Nak bincang apa?” Soal pak cik. Aku mengetap bibir.


“Err. Boleh tak kalau saya tidur rumah parents saya until majlis kita?” Pancingku padanya. Aku masih tak selesa sebenarnya. Aku? Tidur dengan pak cik ni sebilik? Okay! Memang taklah! Cukuplah dua malam sebelum ini. Pak cik ku lihat mengurut tengkuknya. Uish. Nampak handsomelah pula.


“No! The answer is N.O. Abang takkan izinkan awak tidur rumah parents. This is our house. We should live here. Kenapa nak tinggal asing-asing? Kalau nak ikut adat orang dulu-dulu tu dah lapuklah cik adik. Selagi awak bergelar isteri abang. Jangan sesekali terfikir nak jauhkan diri dari abang. Lagipun, awak tahukan apa hukumnya seorang isteri berada di sisi suaminya?” Jelasnya kepadanya dan menaikkan keningnya. Aku mendengus. Ish! Aku pula yang kena. Eh. Chop! Dia gelar diri dia apa tadi? Abang? Erk! Biar betul pak cik ni!


“Hurm.” Jawabku pendek dan berlalu pergi. Tak tahu nak jawab apa. Dah kalah.  Aku memang lemah pabila orang mempersoalkan isu agama denganku. Spontan sahaja aku pasti mengalah. Huhuhu.


Setiba di muka pintu rumah banglo pak cik, berdirinya dua orang wanita dan dua orang lelaki yang mengangkat luggage-luggage kami tadi. Keempat-empatnya tersenyum manis memandang kami. Aku turut membalas. Biadap rasanya jika orang memberikan senyuman kita tak membalas.
           

Asalamualaikum wbt  Datuk, cik Aira dan… Err.. Cik adik manis.” Sapa mereka berempat kepada kami. Aku tergelak kecil. Cik adik manis mereka panggil aku? Lucu nok!


Walaikumsalam Wbt.” Jawab kami serentak. Aira pula yang tadinya memeluk lenganku berlari anak merapati kedua wanita tadi dan menyalam serta memeluk mereka. Di mataku kelihatannya Aira amat manja sekali dengan mereka berdua.


“Aira rindu dengan Mak Yam dan Kak Lina tau.” Kata Aira manja. Aku yang berdiri disebelah pak cik tersenyum.


“Kami pun rindu dengan Aira. Sehari tak jumpa mencari-cari.” Balas wanita yang bernama Mak Yam. Orangnya sedikit berumur dan bertubuh sedikit berisi. Tapi cantik orangnya walaupun sudah di mamah usia. Begitu juga dengan wanita disebelahnya. Masih di dalam golongan muda. Umur ummi mungkin. Namanya Kak Lina. Orangnya tinggi dan kurus.


“Ini pula siapa Aira? Kawan Aira ya? Cantiknya. Macam Barbie doll je. Iras-iras pelakon Thailand si Aum ke namanya.” Kak Lina pula bersuara. Meletus tawa aku dibuatnya. Tapi ku tahan apabila bahuku di peluk pak cik. Ish. Pak cik ni. Spontan aku merenung tajam matanya. Namun, dia buat selamba je. Tak pandang aku pun.


“Hahaha. Bukanlah Kak Lina. Kalau semua nak tahu, nilah mummy Aira. Isteri baru papa. Cantik tak? Macam Aum Pcharatpa kan?” Jelas Aira kepada mereka. Terlopong keempat-empatnya memandangku dan pak cik. Pak cik pun buat panas je peluk-peluk macam ni.


“Betul ke ni datuk? Takde angin takde rebut tetiba kahwin.” Soal seorang lelaki yang sedikit berusia.


“Betul Pak Mat. Ni isteri saya. Andra Tihamiey. Kami baru nikah beberapa hari lepas di kampungnya Andra. Parents saya pun ada datang sekali. Majlisnya bulan depan. Nikah je dulu sebab wife saya ni sambung study lagi.” Jelas pak cik kepada mereka. Spontan aku memandangnya. Gila! Buat cerita betul pak cik ni. Kenapa tak bagi tahu yang kita kahwin sebab tangkp basah? Ish! Tak pasal-pasal aku sekali dapat dosa menipu.


“Errr. Ye ke datuk? Tahniah. Cantik orangnya. Sepadan dengan datuk. Pandai datuk sembunyi yer. Patutlah beberapa hari ni kata nak balik kampung dan kadang-kadang suka drive sendiri. Tak nak saya hantarkan. Rupanya jumpa buah hati.” Lelaki di dalam pertengahan umur pula bersuara dan tersenyum. Aku mengerutkan dahi. C oi! Aku dan pakcik? Love? Okay. Lawak. Kalau pak cik nak tahu kat kampungkan kite buli dia tahu!


“Berapa umurnya ni?” Soal Mak Yam. Aku tersengih.
           

“Err. 22 tahun.” Jawabku. Again! Mereka terlopong. Okay! Aku terima. Standard lah kut hairan.


“Wow!” Itu yang keluar dari mulut mereka.


“Err. Dah jodoh.” Balas pak cik dan mengaru kepalanya.


“Awak... Ni Pak Mat, Farid,Mak Yam dan Lina.” Jelas pak cik kepadaku. Aku memberikan senyuman buat mereka dan menyalam Mak Yam dan Kak Lina.


“Kalau nak apa-apa kat rumah ni datin panggil je kami okay.” Pesan Kak Lina kepadaku. Aku tersenyum.


“Panggil Andra jelah kak Lina. Peliklah panggil datin. Saya muda lagi.” Balasku dengan gelak kecil. Mereka juga begitu.


“Eh. Tak boleh datin. Muda ke tua ke. Gelaran tu tetap perlu panggil. Bukan senang tau dapat.” Balas kak Lina sungguh. Aku senyum je. Begitu juga dengan Mak Yam. Dia senyum je dan pandang aku. Tapi aku tahu. Dia kini sedang menilai aku agaknya. Dari ke atas sehinggalah ke bawah tubuhku dipandangnya. Aku mengetap bibir. Masih belum biasa dengan semua ini.





****CINTA ENCIK DUDA******






AKU yang baru siap berpakaian selepas mandi tadi mencari-cari kelibat pak cik. Sebelum masuk bilik air tadi dia ada di dalam bilik. Bila aku dah keluar dia dah tak ada. Penat juga bergaduh dengan dia tadi. Gara-gara aku tak nak tidur sebilik dengan dia. Habis dikeluarnya segala tazkirah mengenai tanggujawab isteri. Lemah lotut eden ni.


“Datin. Nak apa-apa ke?” Tegur Mak Yam kepadaku yang sedang berlegar-legar di living room mewah banglo pak cik. Terkejut aku dibuatnya. Sambil mengusap dadaku menghilangkan kejutan yang masih ada aku memberikan senyuman buat Mak Yam yang sedang berdiri di hadapanku.


“Maaf. Mak Yam kejutkan datin pula.” Jelasnya serba salah. Aku tersenyum dan mengelengkan kepala.


“Tak pa Mak Yam. Hurm. Mak Yam ada nampak pak cik tak? Err. No. I mean. Datuk?” Soalku gugup. Ish! Asal boleh tersasul ni!
           

“Ohh. Datuk. Datuk ada kat taman kat luar tu. Tengah baca buku.” Jelas Mak Yam dan menujuk ke luar rumah.


“Terima kasih Mak Yam. Saya cari datuk dulu ya.” Balasku dengan senyuman manis meninggalkan Mak Yam di situ.


Aku mendekati pak cik yang sedang khusyuk membaca bukunya. Hurm. Khusyuk sangat sehinggakan tak sedar aku datang. Pak cik tengah pakai kaca mata putih kot. Mustahil tak sedar ni.


“Ehem.” Aku berdehem kuat sedikit agar pak cik perasan akan kehadiranku.


Walaikumsalam Wbt.” Balasnya selamba dengan mata yang masih dihalakan di muka buku. Aku tercengang dan akhirnya aku mencebik bibir. Sindir akulah tu. Sebiji je dengan dak Pijot.


“Hurm. Asalamualaikum Wbt.” Balasku dan mengambil tempat di hadapannya. Dia tersenyum kecil. Tetapi matanya masih memandang ke arah buku. Aku tersenyum memandang kak Lina yang membawakan cawan untukku. Setelah kak Lina menuangkan teh untukku dia pun berlalu pergi.


“Terima kasih kak Lina.” Balasku mesra sebelum kak Lina pergi, dia tersenyum manis.


“Hurm… Pak cik…” Panggilku padanya. Memulakan mukadimahku. Dia memandangku sekejap dan kembali memandang bukunya. Entah buku apa yang di baca. Tebal semacam. Tanganku mengangkat cawan rona putih yang dituangkan teh oleh Kak Lina tadi. Ku hirup dan kembali memandang pak cik.


Spill it out.” Balas pak cik.


“Hurm. Boleh tak kalau saya pinjam kereta pak cik sekejap? Sekejap je…” Soalku takut. Yelah. Nak pinjam harta orang kot. Kang dia tak bagi dan terosak oleh aku ke apa. Tak ke naya tu! Kali ni pak cik memandangku dan menutup bukunya. Menelan air liur aku dibuatnya. Takut-takut kalau dia marah aku pula.


“Nak pergi mana? Ada lesen ke?” Soalnya kepadaku. Aku mengaru kepala yang tak gatal.


“Err. Nak balik rumah ummi dan abi jap. Nak ambil barang-barang saya. Boleh? Lesen? Mestilah ada. See the leg lah!” Jelasku bangga. Apa ingat aku tak de lesen ke? Ini Andra lah. Kalau boleh lesen kapal selam pun aku ambil tahu!


“Abang ikut awak?” Soalnya kepadaku. Pantas aku mengelengkan kepala. Aduhai! Takkan nak berkepit 24jam kut! Aku jalan kejap je.


“Tak payahlah. Saya jalan sekejap je kot.” Balasku. Dia mengetuk-getuk meja besi taman yang cantik itu.


Okay! But in one condition.” Balasnya. Spontan bibirku megukirkan senyuman.



“Apa?” Soalku teruja dan memandangnya dengan pandangan penuh bersinar. Bagaikan ada bintang di mataku saat ini. Hahaha.



Call me ‘abang’ first. No ‘abang’. No car. Tak sukalah bila awak panggil abang ‘pak cik’.” Jelasnya kepadaku dan membuat muka.


“Arh?!” Soalku sedikit terkejut. Keningnya dinaikkan.


“Abang….” Balasnya.
           

“Tapi pak cik saya…”


“Abang.” Paksanya lagi. Aku mengaru kepala lagi. Ish! Tabiat aku!


“Kena ke?” Soalku bodoh.


“Bukan KENA. But, WAJIB! Suami isteri mestilah guna panggilan mesra. Barulah suami isteri namanya. Nak guna kereta ke tak ni?” Jelasnya. Aku mengetap bibir. Geram sebenarnya. Dia ni! Sejak balik ke Bandar perangai pun berubah!


“Apa-apa jelah pak cik. Hurm…. ABANG. Saya nak guna kereta ABANG. Boleh?” Balasku beralah dengan sengaja tekankan perkataan ‘ABANG’ itu. Kalau ikutkan sangat ego aku sampai ke esok baju-baju aku tak sampai ke rumah ni. Dia tersenyum puas dan berdiri.


That’s my wife. Jom.” Balasnya dengan senyuman mansi dan menghulurkan tangannya kepadaku.


“Nak pergi mana?” Soalku hairan.


“Pilih keretalah.” Balasnya. Aku tersenyum. Hehe. Pilih kereta. Yeppi! Aku berdiri dan berjalan menonong dihadapannya. Tetapi cepat saja si pak cik ni berjalan di sebelah aku dan memeluk selamba pinggang aku yang ramping ni. Menjerit kecil aku dibuatnya. Bila aku nak lepaskan dia tetap keras. Last-last aku biarkan saja. Pegang lebih-lebih. Tahulah aku nak mengajarnya apa! Huh!


“Wow!” Spontan aku terkesima di saat pak cik membuka pintu automatic garage kereta-keretanya. Banyaknya kereta! Ada Porsche, Lambhorgini,BMW,Mercedes, Land Rover, dan Audi! Juga ada kereta Volkswagen yang cute. Rona pink lagi. Mesti Aira punya. Itu belum termasuk lagi motorsikal berkuasa tingginya. Laki aku ni kerja apa sebenarnya?


“Semua ni kereta pak cik ke?” Soalku padanya ketika kami masuk ke dalam garage.


“Semua kereta abanggggg…” Jawabnya. Perkataan ABANG sengaja dipanjangkan harakatnya. Ceh. Saja sindir aku!


“Yelah! Yalah! Abang.” Balasku beralah. Dia tersenyum.


“Nak guna mana satu? Kecuali that one lah. Itu Aira yang punya. Tanya tuan badan dia dulu.” Jelasnya kepadaku. Aku mengetuk daguku dan berpeluk tubuh. Cuba untuk memilih mana satu aku nk guna. Kalau Porsche dan Lambhorgini. Hurm. Melampau sangat! Aku tak pandai bawa kereta-kereta sport ni. Merc pula besar sangat! Di antara Audi dan BMW saja pilihanku.


“Erk! Kenapa kereta pak cik Semua warna hitam eh?” Soalku hairan sebab semua kereta milik pak cik ni rona hitam. Tak bosan ke semua hitam? Kecuali kereta comel Aira je.


“Warna kegemaran abang.” Balasnya selamba. Erk! Hambarnya laki aku ni. Boleh pula jadikan colour hitam tu warna kegemaran dia? Hitam? Menawan? Menawanlah sangat!


So Andra nak guna kereta mana?” Soalnya kembali.


“Tu…..” Balasku dan menunjukkan kereta BMW hitamnya yang tersergam indah parking di garage. Dia tersenyum memandangku dan menaikkan keningnya.

            
           “Are you sure?” Soalnya padaku. Aku menganggukkan kepala dan mendekati kereta BMW nya. Dia turut sama mengekor di belakangku.


            “Yah I’m sure.” Balasku sungguh.


            “Okay. Like what you want. So, nak gerak jam berapa? Tak apa ke abang tak ikut awak ni?” Soalnya kepadaku. Aku menoleh dan memandangnya.


            “Tak apa, apa?” Soalku hairan.


            “Abi dan ummi tak kisah ke?” Soalnya.


            “Tak adalah. Saya pulang sekejap je kot. Nanti bila ummi dan abi soal tentang pak cik saya cakaplah pak cik penat. Dah tua kan. Mesti rest banyak-banyak.” Balasku selamba dan tergelak sebelum berlari meninggalkan dia di situ. Bersiap untuk menukarkan bajuku.


            “Andra!!!” Jeritnya geram dan aku tergelak. Tergelak. Dan tergelak.






***CINTA ENCIK DUDA****






AKU tiba di rumah abi dan ummi yang jauhnya 30 minit sahaja dari banglo mewah pak cik. Setiba di rumah abi dan ummi kelihatannya abi dan ummi sedang duduk santai di pergola dan minum petang. Aku mendekati mereka dan memberi salam.


            “Sorang je angah?” Soal abi kepadaku ketika aku menyalamnya. Aku memandang abi dan  anggukkan kepala.


            “A’ah abi. Andra belum amalkan benda syirik abi. Jangan risau… Sorang je ni.” Balasku nakal pada abi.


            “Hei budak ni!” Balas abi geram dan mencubit pipiku. Tergelak aku dibuatnya. Ummi pula mengelengkan kepalanya. Sakit kepala dek anak dara macam aku ni. Hahaha.
           

            “Kenapa angah balik ni?” Soal ummi hairan sewaktu aku mengambil tempat di sebelah abi.


            “Erk! Angah dah tak boleh balik ke rumah ni ke?” Soalku hairan. Ummi pantas mencubit lenganku.


            “Sakitlah ummi!” Aduku manja dan mengosok-gosok lenganku. Abi turut mengosok lenganku. Aku memang manja dengan abi walaupun di bawah aku adanya dua ekor lagi toyol kembar. Haha.


            “Cakap lagi macam tu. Ummi tak kata pun macam tu. Cuma, ummi hairan angah tiba-tiba balik ke sini.” Jelas ummi kepadaku. Aku tersenyum dan meneguk coffee punya abi.


            “Angah nak ambil baju-baju dan buku-buku angah lah ummi. Hah! Kereta kesayangan angah sekali!” Balasku dan tersenyum. Sempat memandang ke arah garage yang terparkingnya kereta comelku iaitu miss SS. Suzuki Swift rona putihku.


            “Amboi. Tamak sungguh cik puan Andra kita. Macam mana nak bawa semua tu sekali? Tu kereta BMW tu siapa punya?” Soal abi. Aku tersengih.


            “Alarh. Angah tunggu along baliklah. Then, minta tolong abi dan along hantarkan kereta angah tu. Boleh ya abi???? BMW tu pak cik yang punya.” Balasku dan memegang lengan abi. Abi dan ummi saling berpandangan dan mengerutkan dahi mereka.


            “Pak cik?” Soal mereka hairan. Aku tergelak.
           

            “Aduh! Laki Andra lah.” Jelasku pada mereka. Ummi gelengkan kepalanya.


            “Tak baik panggil suami dengan panggilan seperti itu angah. Bukankah dengan panggilan ‘abang’ lebih mesra.” Tegur ummi. Aku mengeluh.


            “Geli lah sebut ‘abang’… Along pun angah panggil along.” Balasku. Abi tergelak dan mengusap rambutku.


            “Then, panggillah dengan panggilan mesra seperti orang zaman sekarang. Hubby ke. Apa ke. Yang penting panggilan yang mesra dan panggilan yang menandakan kamu hormat suami kamu.” Tegur abi kepadaku. Aku mengembungkan pipiku.


            “Yalah. Yalah. Nantilah angah fikirkan. Angah nak naik atas dulu. Kemaskan barang angah. Izinkan angah ya.” Alahku pada mereka dan berdiri.






****CINTA ENCIK DUDA****






SEJURUS selepas Andra menapak masuk ke dalam ruman, Tn Hj Abdul Rahman dan Pn Hjh Amrah mengelengkan kepala mereka. Tercuit dengan sikap nakal anak dara mereka itu. Boleh pula panggil suami dengan gelaran ‘pak cik’?


            “Harap-harap Haykal mampu membimbing dan mengubah angah…” Luah Pn Hjh Amrah. Tn Hj Abdul Rahman tersenyum.


            “In Shaa Allah. Doalan yang terbaik buat mereka berdua. Abang pasti Haykal mampu menjaga angah seperti mana kita menjaganya.” Balas Tn Hj Abdul Rahman yakin.


            “Saya harap semua ni ada hikmah disebaliknya bang. Kasihan tengok angah yang terpaksa hadapi semua ni.” Balas Pn Hjh Amrah. Terasa kasihan pada Andra kerana anak gadisnya itu terpaksa bernikah di usia yang muda dengan pasangan bukan pilihan hatinya.


            “The best man wins dear. I know Haykal can make angah more mature after this. Trust me.” Balas Tn Hj Abdul Rahman dan memegang jemari tangan isterinya. Pn Hjh Amrah tersenyum dan membalas genggaman suaminya.


            “Like you my dear?” Soal Pn Hjh Amrah Nakal. Tn Hj Abdul Rahman tergelak.


            “Well…” Balas Tn Hj Abdul Rahman dan mengeyitkan matanya. Pn Hjh Amrah tergelak. Walau usia perkahwinan mereka sudah menjangkau ke angka 26 tahun. Namun hubungan mereka suami isteri tetap kekal bahagia. Alhamdulilah. Diharap anak gadisnya juga begitu. Amin~






****CINTA ENCIK DUDA****






AKU menyusun segala jenis buku rujukanku ke dalam sebuah kotak besar. Cukuplah untuk rujukanku ketika di rumah pak cik nanti. Jika ada yang tercicir boleh saja aku balik ke sini dan mengambilnya.


            Tuk!



            Tuk!



            Tuk!


            Aku menghentikan kerjaku dan memandang ke muka pintu bilikku. Kelihatannya adik-adik kembarku berdiri di situ dan tersenyum memandangku. Pastinya baru balik dari kelas tuition. Jadula mereka berdua padat sekali. Pagi ke sekolah, petang ke kelas tuition dan malamnya pula kelas agama. Aku meletakkan buku di dalam kotak dan berdiri. Senyuman manis aku berikan pada mereka.


            “Hi boyfie! Come!” Sapaku pada mereka berdua dan mendepakan tanganku. Mereka berdua datang dan menerpa ke dalam pelukanku.


            “We miss you sis…” Balas mereka serentak. Rasanya sudah 2 minggu aku duduk di kampung. Aku tergelak dan mencuit dagu keduanya. Nampak sama je rupa. Tinggi pun dah kira sama aku tengok. Handsome je. Cehh! Terpuji adik sendiri! Hahaha.


            “I miss you to boyfie. So how was the school?” Soalku pada mereka. Keduanya menjulingkan mata ke atas.


            “Boring…” Balas achik kepadaku. Achik ataupun namanya Addy Thalif. Manakala acu pula Eddie Thaqif.


            “Boring? Apa je yang korang tak rasa boring? Semuanya boring…” Balasku dan gelengkan kepala. Aku kembali duduk di atas lantai dan mengemas buku-bukuku. Achik duduk di sisiku manakala ucu baring di atas katil.


            “I don’t know… Sometimes rasa cuak buat benda yang sama berulang kali ngah. Being a clever student in school also make we feel tired and boring.” Luah ucu. Aku kerutkan dahi. Budak berdua ni memang bijak orangnya. IQ mereka dua kali ganda berfungsinya dari budak-budak sama umur seperti mereka. Tapi itulah, achik dan ucu ni mudah rasa bosan. Entah apa penyakit budak berdua ni.


            “Okay what? So banyaklah girlfriend yang nak usha korang. Top student in school.” Balasku dan tersenyum memandang achik dan membantuku dan memberikan buku rujukan padaku. Senang untuk aku membereskan kerjaku. Achik dan ucu? Achik rasanya yang lebih memahami dan suka mengalah berbanding ucu si anak bongsu.


            “No! Women! No! Cry!” Nyanyi ucu tiba-tiba. Nyaring sungguh!



            “Wei cu! Suara engkau sumbang dik. Terimalah hakikat tu..” Balasku dan mengosok-gosok telingaku. Achik tergelak dan ucu mencebik.



            “Cehhh! Mengaku jelah ngah yang suara ucu  ni merdu. Kalau tak jadi engineer macam along dan tak pun jadi architect macam angah, pasti ucu akan jadi penyanyi. Kan? Eddie Thaqif. Fuh!” Balas ucu megah. Aku dan achik saling berpandangan dan menahan gelak. Achik menjulingkan matanya ke atas. Aduhai. Perasan sungguh adik aku ni. Buat malu aku je!


You the one that I dream about all day
You the one that I think about always
You Are The One So I Make Sure I Behave!
My love is your love, your love is my love


            Rihanna yang sedang melalak membuatkan aku dan adik-adikku tersentak. Handphoneku berdering dan spontan aku berdiri dan memegang kepalaku. Ingat Andra! Ingat! Di mana engkau simpan handphone kesayangan engkau tu?


            Erk! Sekeliling bilik ku pandang namun tiada tanda-tanda yang handphoneku ingin memunculkan dirinya. Sudahlah bilikku saat ini seperti tongkang pecah!
           

            “Asal ngah?” Soal achik lembut. Tangan kananku di pinggang dan tangan kiriku mengaru dahi.


            “Handphone angah. Angah lupa dah letak kat mana.” Jelasku pada mereka. Spontan  achik dan ucu berdiri dan membantuku mencari handphoneku.
           

            “I’m got it!” Jerit ucu riang dan mengangkat handphone Samsung S2 ku yang tersembunyi di sebalik comforter ku. Aku menarik nafas lega.


            “Thanks boyfie.” Balasku dan mengambil handphone yang masih berdering. Kening dikerutkan pabila nombor yang tidak dikenali menelefonku.


            “Hello?” Sapaku dan mendudukkan diri di atas katil manakala achik dan ucu menutup kotak yang sudah dipenui buku-bukuku tadi.


            “Asalamualaikum wbt Andra?” Sapa suara garau kepadaku. Aku mengerutkan dahi. Siapa?


            “Walaikumsalam wbt. Siapa ya?” Soalku kembali.


            “Abang.” Balasnya pendek. Aku mengerutkan dahi. Abang? Abang aku along je. Tapi tupun along bahaskan dirinya along.


            “Abang mana eh?” Soalku hairan.


            “Awak ada banyak abang ke Andra sampaikan suara suami sendiri tak kenal?” Soalnya padaku. Erk! Lahhhh. Laki aku ke ni? Hahaha.


            “Errr. Pak cik ni. Manalah saya tahu.” Balasku dan mengaru kepala.


            “Pak cik?! You did it again!” Balasnya geram dan sedikit kuat. Spontan aku menjarakkan handpone dari telingaku dan memandang ke screen Samsung s2 tersebut. Mak ngaih! Nak aku pekak ke apa!


            “Yalah! Yalah! ABANG! Puas?” Balasku geram.


            “Cakap lagi pak cik memang siap awak!” Balasnya. Aku mencebik.


            “Memang dah siap pun….”


            “Andra….” Tekannya. Aku tersengih. Entah kenapa aku suka menyakat pak cik. Dia pula cepat melatah orangnya.


            “Boyfie. Yang tu tinggalkan. Yang dalam kotak tu je bawa.” Tegur aku pada adik-adik kembarku pabila mereka ingin membawa sama buku-buku yang berada di meja turut ingin dibawa mereka.


            “Yang ni tak ke?” Soal ucu. Aku gelengkan kepala dan mereka menganggukkan kepala tanda faham.


            “Boyfie?”Soal pak cik hairan.


            “My twin brother. I was call them boyfie. Nak apa call ni?” Soalku hairan.


            “Bila nak balik? Tak nak abang tolong ke?” Soalnya padaku.


            “Sekejap lagi kot. Nak tunggu along balik kerja then hantarkan kereta saya ke rumah pak… Abang…” Jelasku padanya gagap pabila menyebut ‘abang’.


            “Nevermind. Nanti-nanti jelah ambil kereta awak tu. Menyusahkan along awak pula.” Balas pak cik. Aku mengerutkan dahi.


            “Dah tu saya nak ke class macam mana?” Soalku hairan.


            “Guna kereta saya lah sayang… Nak buat apa kereta banyak-banyak kat dalam garage tu?” Balasnya padaku dan membuatkan aku terdiam. Bukan kerna kereta. Akan tetapi kerna ‘sayang’. Entah kenapa, aku merasa semacam pabila pak cik memanggilku sayang.


            “Tapi…” Belum sempat aku menyudahkan kata-kataku pak cik sudah memotong.


            “Dah! Dah! Tak payah nak bantah cakap abang. Jangan balik lewat sangat. Drive safely and carefull. Asalamualaikum wbt.” Sampuknya dan mematikan panggilan. Aku memandang handphone di tangan. Kenapa dengan pak cik ni? Ish! Nasib suami dan tua dari aku. Kalau tak ada juga yang aku back hand ni!


            “Abang ngah call ke ngah?” Soal achik kepadaku. Aku memandangnya hairan.


            “Achik dan ucu tahu ke angah dah kahwin?” Soalku hairan. Along dan mereka tidak dapat balik ke kampung kerna Along punya kerja yang diuruskan. Engineer. Sibuk memanjang. Achik dan ucu pula ada exam di sekolah. Keduanya menganggukkan kepala mereka.


            “Ummi dah bagitahu pada kami berdua.” Jujur ucu. Aku mengetap bibir.


            “Along marah tak?” Dugaku.


            “Mula-mula tu along marah juga. Tak dapat terima. Tapi, bila abi dah pujuk tu along dah okay dah.” Jelas achik. Aku mengeluh. Aku dan along memang rapat. Pastilah dia kecewa kerna tidak berpeluang melihat pernikahan adik perempuannya. Huhuhu.


            “Tapi ummi kata husband angah handsome. Betul ke? Nanti anak buah achik dan ucu mesti comelkan? Angah dah cantik dan abang ngah pula handsome. Hah! Ngam sangatlah tu..” Balas ucu tiba-tiba dan memandang ke atas siling sambil mengetuk-getuk dagunya dengan jari telunjuk. Spontan aku melontarkan bantal ke mukanya.


            “Anak buahlah sangat! Choi! Dah! Dah! Angkat barang kak ngah turun ke bawah.” Balasku geram dan mengambil kotak bersaiz kertas A4 yang berisi alat kelengkapan diriku terutamanya perfumed. Hahaha.


            Hurm. Teringat kembali kata-kata ucu tadi. Anak?Erk! Aku tak dapat bayangkan diriku dan pak cik errr. Err.. Korang fahamkan? Hukhuk. Lebih-lebih lagi pregnant? Huhuhu.






****CINTA ENCIK DUDA****






HAYKAL yang menapak keluar dari dalam bilik dan menuju ke bawah terhenti pabila handphone Samsung s2 isterinya berdering kuat. Dahinya dikerutkan dan kembali mendekati meja solek. Terdapat handphone isterinya di situ.


            “Jen?” Soal Haykal hairan pabila tertera nama JEN di screen. Panggilan tersebut terhenti dan Haykal mengambil handphone Andra. Bibirnya diketap.


            “13 missed calls and 5 message?” Soalnya pada diri sendiri. Siapa agaknya?


You the one that I dream about all day
You the one that I think about always
You Are The One So I Make Sure I Behave!
My love is your love, your love is my love


            Handphone Andra kembali berdering dan Haykal memandang ke screen Samsung tersebut. Masih tertera nama JEN dan akhirnya Haykal menyambut panggilan tersebut.


            “Hello babe!” Haykal menarik nafas lega pabila kedengaran suara perempuan. Entah kenapa, dia tidak ingin ada mana-mana lelaki yang menelefon isterinya. Sama ada Andra punya teman lelaki ataupun tidak. Dia sendiri tidak tahu. Namun, dari curi-curi dengarnya tadi siang ketika di dalam kereta. Gadis itu sudah putus dengan teman lelakinya.


            “Hello…” Sapa Haykal kembali. Namun, Jenny dihujung sana terdiam.


            “Errr. Ini phone number Andra kan?” Soal suara gadis di hujung sana.


            “Yah. Ini phone number Andra.” Jelas Haykal.


            “Errr. Ini siapa ya? Abi ke? Along?” Soal gadis itu kembali. Haykal mengerutkan dahi. Nampaknya gadis bernama JEN itu agak rapat dengan keluarga Andra.


            “Nahhh. I’m not.” Balas Haykal.


            “So who are you? Bagaimana phone Andra boleh ada dengan you?” Soal Jenny hairan.

            “I’m her husband. Haykal. Andra were busy right now. Ada apa-apa pesanan buat dia?” Balas Haykal tenang.



            “What???!!!!”









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G




***********************************************************






Assalamualaikum Wbt and Salam Sejahtera J






HI LADIES!







WHAT’S UP!








S M I L E   P L E A S E ! ! ! J J J







HAHAHAHAHA








C O M E L AAJ






How was the story ladies? Blur? Boring? Interesting? Best? Huhuhu. J I was late… Again huh? Hahaha. That’s why I’m said I’ll updated but! I’m not sure when. Sorry ya J My bad… Okay back to the topic. Erk! Jap! Asal aku speaking lundun ni? Geli nok! Hahaha. Okay uols! I alls wanna say a big THANKS to those that dropping by here and always leave ur comment J I’m so appreciated it babe! J T H A N K S again J


            Andra. Andra. Andra. Kehidupan mereka sebagai suami dan isteri baru bermula dan terdapat banyak yang akan mereka tempuhi selepas ini. Life is life; you’ve facing it and go on with it J Belajar. Belajar untuk menerima di antara satu sama lain. In Shaa Allah. Kedua nya akan bahagia suatu saat nanti J Itu yang aku tekankan di dalam e-novel ini J Jenny? Bagaimana agaknya Andra ingin mengabarkan hal tersebut kepada Jenny? Adakah Jenny akan terima? Ataupun sebaliknya? Hwaiting for the next entry ladies! J


            Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 6 ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYA… My bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Oh ya, Please! Please! Please! Silalah ambil yang positive sahaja dan ignore kan negative nya. Think smart okay! J


            Thanks for those yang sudi comment and dropping by J Juga yang tak putus-putus menanti CED J  Much appreciated it babe! Anda buat saya terharu J Please! Please! And please leave ur comment ya J Love u! ♥♥♥





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J





Till then,









Sincerely,



30 comments:

  1. Awat saya rasa geli & malu andra panggil haykal abang. kekekekek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hahaha jgnlah geliiii~ hahaha

      Delete
  2. ratu tak nak Andra panggil haykal abang.. cari nama manja yg lain k.. heheheh.. Queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Queen
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe sorry syg. xdptlah. okay apa ABANG. hehe.
      thanks 4 d idea yarh :)

      Delete
  3. bet0l2 tu ..rase geli la pulak dgr Andra panggil haykal abang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      alahai~ uols janganlah geli. biasalah t. hehehe

      Delete
  4. hehe..ala Andra janganla geli2..hehehe..x sabar nk tau Megat nie se sweet Que Ez ke x (huhu..masih menunggu special e3 ACK)...next e3 pls...TQ ratu..

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi col
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe betul2 tu dear =) hehehe
      megat kita dan que ez berlainan character but in shaa allah. sweet nya sama. hehe =)

      Opsy! hehe sorry dear. now m so bz. will trying to do sp n3 4 ACK ya =) in shaa allah. TQ dear =)

      Delete
  5. hahaha..klakar juga andra n pak cik 2...ratu cepat2 post n3 baru ea..tq 4 the nice story..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      haha mmg klakar dear =)
      i will dear. TQ ya =)

      Delete
  6. hehehe...nice ;D nxt entry pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear =)

      Delete
  7. best...x sabar nak tau apa jd pas ni...
    jen mesti x caya yg andra dah kawin..
    pakcik cepat2 ar ambik ati andra...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ryn
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks ryn
      hehe a'ah. cpt2lah pak cik hehe

      Delete
  8. best...kelakar betullah andra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi baby mio
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks syg =)

      Delete
  9. Suka sgt dgn ketegasan dlm kelembutan pokcik Haykal di dlm mengajar Andra ttg tanggungjawab isteri di dlm Islam. Lagipun tak nak novel CED ni sama dgn novel2 terdahulu yg kawin paksa, duduk asing2, tidur asing2 dan asyik cakap marah2 jer...

    Syabas kpd novel CED kerana memaparkan storyline yg berlainan....

    Nak entry lagi.... Best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks syg =)
      hehe mmg itu yg saya nak tekankan di dlm e-novel ni =)
      berkahwin bukan bermakna kita berkahwin saja. tapi ada yg lbh pntg. hehe =)

      T H A N K S a lot sygs =)

      Delete
  10. Arrgggg rsa cm xsbr nk tgu n3 br..jln cite yg sweet... Sbg cpt ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI EIJA
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe sabarrrr dear hehe
      T H A N K S syg =)

      Delete
  11. hahaha.. tukar pgglan abang tu jd hubby ke babe ker.. bru nmpak muda kit.! btw ratu.. cta ne sweet sngat smpai boleh buat eden sengih2 dpn laptop. ratu CED ne ada brpa part??sma mcm ACK ke smpai 41?
    p/s ratu .. ACK ada special n3 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lala
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      amboih ehkau! Hahaha. xbest lah dear. if ABANG barulah menampakkan yg Haykal tua. hehe
      T H A N K S dear hehe. eden pun sengih2 dpn laptop bc comment ehkau! hehehe

      P/S :: In shaa allah akan ada =)

      Delete
  12. suke3....best la jln cite ni...happy sgt...everyday dok jengok ur blog....b4 ni jadik silent reader jek..ni br ade chance nk coment2..good job!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI nija_jaja
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe Yayyyy!!!
      T H A N K S dear =) Akhirnya awak comment juga =)
      hehe thanks juga sudi jenguk blog kite =)
      truskn follow blog kita n comment ya syg =)

      Delete
  13. kekadang tergelak baca n3 kali ni dgn keletah si Andra
    dgn hubby mcm je akal dia... nk lagi Ratu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Anor
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe ye ke dear? =)
      hehe okay dear

      Delete
  14. erkkk...abang??? terserlah keTUAan....hahahaha...
    andra pun geli nak panggil..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss l
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hahahahah keTUAan ek. hehe

      Delete
  15. kalau akak, gerenti panggil pakcik je... hahahaha! tpi pakcik sweet.. jgn marah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RINSYARYC
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      Hahaha nakal tau akak ni =) hehe

      Delete