Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Wednesday 20 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 7












CINTA ENCIK DUDA BAB 7




When men and women are able to respect and accept their differences then love has a chance to blossom.







MAK YAM dan Lina saling berpandangan di antara satu sama lain. Terasa agak terkejut pabila gadis muda seperti Andra pandai memasak. Malahan, gayanya seperti sudah biasa. Andra yang sedang menyimpan ayam panggang madunya di dalam oven berpaling memandang Mak Yam dan Lina yang berdiri di tepi cabinet dan memandangnya hairan.


            “Kenapa Mak Yam dan Kak Lina pandang saya macam tu? Duduklah. Nanti penat pula berdiri.” Tegur Andra dan tersenyum. Mak Yam dan Lina tersenyum kecil. Namun mereka tidak duduk.


            “Datin. Tak apalah. Biar Mak Yam dan Kak Lina yang buatkan tu semua. Datin cuma duduk dan bagi arahan kepada kami saja.” Balas Mak Yam serba salah. Takkanlah Andra puan besar di dalam rumah ini disuruh masak? Mahunya Datuk Megat Haykal memarahi mereka nanti. Andra yang sedang memotong tomato menoleh memandang Mak Yam dan Lina.


            “Tak apa Mak Yam, Kak Lina. Saya boleh buat. Mak Yam dan Kak Lina janganlah risau ya.” Balas Andra dan tersenyum.


            “Err. Macam nilah datin. Apa kata Mak Yam dan Kak Lina tolong sediakan bahan dan datin yang masakkan. Boleh?” Cadang Mak Yam. Serba salah jadinya pabila Andra ingin melakukan semuanya. Mereka tidak ingin nanti Haykal memarahi mereka pula kerana menyusahkan isterinya. Andra tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Yah. Apa salahnya.” Balas Andra. Mak Yam dan Kak Lina tersenyum lega.


            “Apa yang Kak Lina dan Mak Yam nak sediakan?” Soal Lina.


            “Kak Yam dan Kak Lina tolong potongkan sayur dan buah ni ya.” Arah Andra lembut.


            “Datin biasa masak ya?” Soal Mak Yam. Andra tersenyum.


            “Taklah biasa sangat Mak Yam. Tapi tahu sikit-sikit je.” Balas Andra rendah diri. Mak Yam tersenyum. Walaupun Andra berkata seperti itu. Namun, Mak Yam tahu yang Andra pandai memasak dan biasa akannya. Tengok sahaja caranya bekerja. Bagaikan chef sahaja.


            “Pandai sungguh datin ambil hati datuk.” Sampuk kak lina. Andra yang sedang melihat ayam panggangnya di dalam oven mengerutkan dahinya dan menoleh memandang Lina.


            “Maksud Kak Lina?” Soal Andra hairan.


            “Tom yam tulah. Favorite datuk kan.” Jelas Lina. Spontan Andra tercengang.


            “Ye ke?” Soal Andra hairan. Spontan Mak Yam dan Lina saling berpandangan.


            “Errr. Datin tak tahu ke?” Soal Lina hairan.


            “Arh? Err. Tahu. Ya. Tahu. Saya gurau je tadi.” Balas Andra dan tersengih. Mak Yam dan Lina tersenyum lega. Ingatkan isteri boss mereka itu tidak tahu akan makanan kegemaran suami sendiri. Peliklah juga.


            “Andra ni memang macam ni Mak Yam. Suka bergurau. Kan sayang?” Sampuk suara garau Haykal yang menapak masuk ke dalam dapur. Pinggang isterinya dipeluk walaupun saat itu Andra cuba untuk menolak. Wajah cemberut Andra yang berada di sebelahnya hanya dijeling dengan gelak di dalam hati.


            “Itulah datuk. Mak Yam ingatkan tadi datin tak tahu makanan kegemaran datuk.” Balas Mak Yam dan tergelak kecil. Haykal tersenyum. Bibirnya didekatkan pada telinga Andra.


            “Abang nak minum.” Bisiknya lembut. Andra mengerutkan dahinya memandang Haykal.


            “Ada tangankan?” Bisik Andra kembali. Haykal anggukkan kepalanya dan menujukkan kedua-dua tangannya.


            “Tu nampak gelas tu? Hah! Ambil dan pergi ke freezer tu dan ambil air sendiri.” Arah Andra. Haykal  mencebir bibirnya.


            “Andra….” Panggilnya dengan suara yang sengaja ditekankan. Andra mengeluh.


            “Yalah. Yalah.” Balasnya geram dan mengambil gelas dan membuka freezer. Juice orange di ambil dan dituangkan ke gelas. Setelah itu kotak juice diletakkan kembali ke dalam freezer dan Haykal yang duduk di kerusi meja counter didekati.


            “Nah…” Andra menyerahkan segelas juice orange kepada Haykal dan Haykal menyambutnya dengan senyuman manis. Namun, di saat Andra ingin bergerak Haykal menarik tangannya.


            “Jenny call tadi…” Bisik Haykal ke telinga isterinya. Andra menangkat wajahnya dan memandang Haykal. Keningnya dikerutkan.


            “Jenny? Dia nak apa?” Soal Andra hairan dan menyambut huluran gelas dari suaminya. Haykal mengangkat bahunya.


            “Dia ingatkan awak to make sure your assignment dah siap and she want an explanation.” Jelas Haykal. Andra mengigit bibirnya. Satu masalah datang. Jenny. Jenny. Jenny.






****CINTA ENCIK DUDA****






HAYKAL menapak masuk ke dalam bilik di saat Andra baru keluar dari dalam bilik air. Keduanya sama-sama berhenti melangkah dan saling berpandangan. Canggung! Tidak tahu mahu berbuat apa. Haykal memandang tubuh isterinya yang memakai tuala rona pink para peha sahaja! Liurnya diteguk. Terasa panas mukanya memandang tubuh seksi Andra yang putih melepak itu. Dari kaki Andra yang seksi sehinggalah ke pangal peha dan akhirnya jatuh pada bahagiaan dada Andra yang….


            “Pak cik! Gatallah!” Jerita Andra dan spontan menutup dadanya dengan kedua-dua belah tangan dan berpusing memandang ke arah pintu bilik air. Spontan Haykal juga berpaling memandang pintu bilik mereka dan menampar dahinya. Malu jangan cakap. Tapi tak boleh nak salahkan dirinya. Tubuh isterinya itu benar-benar nampak seksi dan err... Mengiurkan. Normallah dia sebagai lelaki tertarik untuk melihat. Errr. Tak salahkan? Ayat sedapkan hati sebenarnya.


            Andra mengetap bibirnya dan menjeling suaminya dibelakang. Tubuhnya dipandang. Memang gila! Bagaimana dia boleh lupa yang ini bukanlah biliknya seorang? Makkkkk! Nak je Andra jerit sekuat hatinya. Namun, ditahan. Takut nanti satu rumah ribut kerananya. Nanti ditanya ‘kenapa?’. Patut tak dia jawab yang suaminya melihat tubuhnya yang hanya berbalut tuala? Erk! Agak tidak logic di situ. Dah jadi suami engkau. Kalau dia nak pandang pun hak dia apa. Lagi malukan diri bila cakap macam tu. Huh!


            “Errr. Sorry. Tak sengaja…” Balas Haykal serba salah tanpa berpaling melihat Andra. Takut isterinya itu bertambah marahkah dirinya pula. Andra mengetap bibir. Kalau tak fikirkan malu sekarang ni nak saja dia back hand kan Haykal. Tapi dibatalkan niatnya. Mahunya tualanya terlondeh. Huh! Simpang!


            “Sorry naik lorilah! Aduh! Keluarlah pak cik. Saya nak pakai baju ni!” Balas Andra Geram. Haykal Mengeluh.


            “Pakai jelah…” Balasnya selamba. Namun, di dalam hati tuhan saja yang tahu. Dibuatnya Andra betul-betul memakai baju depannya. Makkkkk! Mahu dia tidak dapat menahan diri. Silap-silap terjun dari bangunanlah dia jawabnya.


            Andra mengenggam kedua tangannya dan mengigit bibirnya geram. Loyar buruk sungguh suaminya itu. Tidak lama kemudian bibirnya mengukirkan senyuman. Keningnya dijungkitkan nakal. Tubuhnya dipusing memandang Haykal.


            “Abang…. Abang nak saya pakai baju depan abang ya?” Soal Andra dengan suara lembut dan nakal. Spontan Haykal mengerutkan dahinya dan menoleh. Tercengang Haykal dibuatnya pabila Andra kini memandangnya dan berjalan mendekatinya. Setapak Andra mendekat. Setapak Haykal mengundur.


            “Aaaa…Aapa yang awak katakan ni Andra? Jangan nak buat gilalah.” Balas Haykal gagap. Andra tersenyum.


            “Gila apa ni sayang? Kan abang nak saya pakai baju depan abang….” Sakat Andra lagi dan memegang hujung tualanya. Ingin membuka tuala yang membaluti tubuhnya.


            “Stop!!!!” Jerit Haykal dan menutup kedua-dua matanya dengan tangannya. Andra berhenti melangkah dan menahan tawanya. Gelagat Haykal saat ini benar-benar lucu!


            “Stop! Awak berhenti kat situ.” Arah Haykal dan dengan mata yang masih dipejamkan Haykal mencari tombol pintu yang berada di belakangnya. Dipulas dan sekejap saja Haykal sudah menghilang di sebalik pintu. Spontan Andra meletuskan tawanya.


            “Hahahahaha! Pak cik dah kena!” Jerit Andra dari dalam bilik dan mengunci pintu bilik mereka. Haykal yang sedang berdiri di luar pintu mengetap bibirnya. Lupa. Lupa yang isterinya itu hyperactive orangnya! Sekali lagi dia dikenakan. Aish! Beginilah nasibnya berkahwin dengan isteri yang muda dan hyperactive selalu saja ingin bermain dengan mental dan fizikalnya.






****CINTA ENCIK DUDA****





HAYKAL menapak masuk ke dalam bilik dan memandang sekujur tubuh isterinya yang sedang tidur di atas katil. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Kepalanya digelengkan. Andra benar-benar nakal. Betullah kata atok. Andra hyperactive orangnya namun sikapnya itu ada sisi yang baik di dalam diri Andra. Rajin,baik, pandai membuat kerja rumah dan memasak serta suka membuat orang tergelak dan tertawa dengan sikapnya.


            Jam Rolexnya dipandang. Jam sudah menujukkan ke angka 1230 am. Lama sekali dia meluangkan masa di dalam bilik kerjanya. Membuat kerja-kerjanya yang tertunda selama seminggu. Terlupa seketika yang dirinya sudah berkahwin dan isterinya berada di dalam bilik. tadi, selepas sahaja Andra mengenakan dirinya dia memutuskan untuk masuk ke dalam bilik kerjanya. Untuk meninjau-ninjau sahaja sebenarnya pada mulanya sementara Andra memakai baju. Namun, pabila berjumpa saja dengan segala kerjanya. Spontan Haykal lupa akan keadaan sekeliling.


            Tubuh Andra di dekati. Lena sekali isterinya itu tidur. Perlahan-lahan Haykal duduk berlutut di atas lantai dan menyimpan kedua-dua tangannya di atas katil. Disilangkan dan kepalanya diletakkan di atas tangannya. Wajah comel Andra yang sedang lena tidurnya bagaikan sleeping princess direnung.


            Kening Andra di alis dengan cantik, mata Andra pula agak sepet dan bulu matanya melentik. Satu yang Haykal perasan mata Andra rona hazel. Cantik! Mata Haykal jatuh pula pada hidung mancung Andra. Seterusnya ke bibir nipis Andra. Kelihatan seksi sekali. kemerah-merahan dan mengiurkan pabila dilihat. Spontan Haykal meneguk liurnya. Gilalah kalau mana-mana lelaki tidak tertarik dengan Andra. Wajah isterinya itu cantik sekali apatah lagi bibirnya. Haykal memejamkan matanya dan mengelengkan kepalanya.


            “Please Haykal. Behave yourself…” Bisiknya di dalam hati. Dia tidak ingin nanti Andra menganggapnya mengambil kesempatan walaupun mereka berdua halal untuk berbuat sebegitu. Dia tahu Andra mulai percayakan dirinya. Jika tidak kenapa gadis itu berani untuk tidur sebilik dan sekatil dengannya. Dia tidak ingin mengkhianati kepercayaan Andra padanya. Hubungan intim bukanlah keperluan hidup walaupun pada zahirnya begitu. Namun yang penting adalah kebahagiaan.


            Haykal membukakan matanya dan memandang wajah cantik isterinya kembali. Perlahan-lahan jemarinya didekatkan pada pipi mulus Andra. Disentuh perlahan-lahan dan penuh berhati-hati. Takut-takut jika Andra terbangun nanti. Bibir Haykal mengukirkan senyuman. Pipi Andra seperti pipi seorang bayi. Lembut sekali.
           

            “Sweet dream sayang….” Bisik Haykal perlahan. Tubuhnya didekatkan sedikit pada wajah Andra dan dikucup lembut dahi Andra. Rambut Andra yang menutup wajahnya dibelai. Comforter ditarik dan menyelimuti tubuh isterinya yang sedang memakai baju tidur satin rona pink itu.


            Tubuhnya dibawa dekat pada meja solek dan membuka jam Rolex nya. Di buka laci kedua meja solek yang menyimpan segala jenis jamnya. Laci ditutupkan kembali dan Haykal memandang cermin di hadapannya. Wajahnya dipandang. Akankah Andra akan jatuh cinta pada wajah dihadapannya saat ini? Entah kenapa, Haykal mengharapkan ‘YA’…


            Haykal mendekati katilnya yang sudah menjadi miliknya dan Andra kini. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil di sebelah Andra. Comforter ditarik hingga ke pangkal pinggangnya. Matanya sudah mengantuk dan perlu tidur namun jam masih belum menunjukkan ke arah jam 1 pagi. Kerana….


            “Gugu….” Panggil Andra lembut dengan mata yang masih dipejam. Tubuhnya dibawa duduk di atas katil dengan kaki dijuntaikan di atas lantai. Kedua-dua tangannya didepakan tanda seperti ingin memeluk seseorang.


            Haykal tersenyum dan gelengkan kepalanya. Comforter kembali dibuka dan tubuhnya di bawa diri. Mendekati Andra yang berada di sebelahnya. Sejak malam pertama dia tidur bersama Andra. Situasi ini sudah berlaku. Pada mulanya dia agak hairan dan menyangka Andra hanya bermimpi. Tapi rupanya tidak pada malam itu sahaja. Malam keesokkannya begitu juga dan sehinggalah ke malam ini. Setiap jam 1 pagi pasti Andra akan mengigau seperti itu. Pada mulanya Haykal merasa lucu. Sampaikan keluar air matanya ketawa. Lucu kot orangnya bukan main cantik lagi, pula tu nakal bukan kemain dan hyperactivenya jangan cakap! Tapi bila tidur di malam hari. Errr…  Mengigau! Hahaha.


            Haykal membaringkan Andra perlahan di atas katil kembali. Kepala Andra dibaringkan lembut di atas bantal. Comforter kembali ditarik dan menutupi tubuh Andra.


            “Gugu…” Panggil Andra kembali manja dan memegang tangan Haykal. Haykal tersenyum dan hanya membiarkan. Gugu? Setiap kali mengigau pasti itu akan disebutnya. Entah apa ‘gugu’ tu. Jangan lelaki lain sudah. Boleh pula mimpikan lelaki lain sedangkan suami tidur di sebelah yer. Nak sangat Datuk Megat Haykal kita mengamuk. Haha.


            “Shhhh…  Tidurlah sayang…” Bisik Haykal lembut dan mengusap rambut isterinya. Andra kembali tenang dengan tangannya yang memeluk tangan HAYKAL. Haykal menggelengkan kepalanya. Andra. Benar-benar sudah mengubah hidupnya….






***CINTA ENCIK DUDA****






AKU menjeling pak cik yang tegang mukanya sejak tadi. Sesekali aku di sisinya dijeling. Erk! Korek kang mata tu baru tahu! Entah apa yang pak cik ni tak puas hati dengan aku. Aku memandang pak cik yang menumpukan perhatiannya pada omelet di hadapannya. Aku mengetap bibir. Geram.


            “Tahulah abang handsome. Tak payahlah nak pandang lama-lama sangat sampai nak banjir roti awak tu.” Tegur pak cik dengan mata yang masih dihalakan ke omelet nya dan menyuapnya ke dalam mulut. Spontan aku terbatuk dan memandang rotiku yang sudah tidak serupa roti. Roti yang dibanjiri dengan jem coklat itu aku simpan di atas piring. Aira di hadapanku pula tergelak kecil. Aduhai. Malu sungguh!


            “Perasan! Saya memang suka makan roti yang banjir dengan jem ni…” Balasku selamba menutup malu. Pak cik tergelak sinis dan menjelingku dan kemudian jatuh ke rotiku. Keningnya dinaikkan. Aku mejungkitkan keningku tanda melawan.


            “Luculah mummy ni. Macam mana nak makan roti tu?” Sampuk Aira dan spontan aku dan pak cik menghentikan pandangan mata kami dan memandang Aira yang masih tergelak. Aku tersengih. Memang tak dapat den nak makan! Agak-agaklah. Silap-silap gigi pun boleh ikut hitam dek coklat ni. Hahaha. Ini pak cik punya pasal! Erk! Ye ke? Ke aku? Erk! Blur seketika.







****CINTA ENCIK DUDA*****







HAYKAL memeluk tubuh dan menyandarkan dirinya di pintu keretanya sambil memandang tubuh isterinya yang tersarung blouse rona putih dan pencil skirt rona hitam paras peha itu. Bibirnya diketap. Aci tak kalau kurung je budak ni di dalam rumah? Pertama kali nampak Andra memakai pakaian seseksi ini. Selain semalamlah. Hahaha. Dulu di kampung tak pula macam ni. Sopan je. Sedap je mata ni memandang. Pandai berlakon rupanya budak ni.


            “Apa pandang-pandang?” Soal Andra geram dan menutup tubuhnya dengan tangan yang sengaja disilangkan. Haykal tergelak sinis.


            “Kenapa tak boleh pandang? Kan awak yang suruh abang pandang.” Jawab Haykal selamba. Andra mengerutkan dahinya.


            “Bila masa pula saya suruh pak cik pandang saya ni?” Soal Andra geram dan pintu kereta BMW hitam yang disuruh pakai oleh suaminya itu ditutup dan mendekati Haykal. Berdiri dan berpeluk tubuh di hadapan Haykal yang sedang berdiri bersandar di pintu keretanya. Haykal tersenyum sinis.


            “Bila awak memakai seseksi ini bermakna awak membenarkan mata-mata lelaki lain memandang tubuh awak Datin Andra.” Sindir Haykal dan memandang tubuh isterinya. Sejujurnya, Andra kelihatan matang dan seksi begitu. Seperti bukan gadis yang berumur 22 tahun! Tapi pemakaiannya yang agak seksi tidak berkenan di hati Haykal. Terbayang-bayang mata-mata lelaki lain yang akan memandang tubuh isterinya. Kepalanya digelengkan. Nanti pabila lelaki pandang orang perempuan ni pula pandai marah. Tapi tapi tak sedar mereka yang memakai pakaian yang menjolok mata dan seksi. Betullah tu. Kalau tak nak dipandang janganlah pakai pakaian yag menjolok mata. Nanti pabila lelaki pandang mahupun mengambil kesempatan. Disalahkan pula orang lelaki. Padahal si gadis yang tidak memakai pakaian yang sopan. Andra mendengus dan berpaling kembali ke kereta BMW milik suaminya. Jika bergaduh mulut dengan Haykal dia pasti kalah kerana Haykal selalu mengeluarkan benda fakta dan sampai terus ke otaknya.


            “Nak ke mana tu Datin Andra? Tak nak salam suami tercinta ke?” Sindir Haykal kembali dan tersenyum kecil. Tahu yang Andra sudah bengang dengannya. Andra berhenti melangkah dan mendengus. Tubuhnya dipusingkan kembali dan dibawa dekat pada Haykal dan menyalam tangan suaminya. Terasa kucupan hangat Haykal singgah di dahinya. Terasa sayu ketika. Selalunya hanya abinya yang membuat seperti itu.


            “Apa lagi?” Soal Andra geram pabila dia ingin melangkah tangannya pula ditarik kembali oleh Haykal.


            “Sini dan sini dan sini. Sini? May be next time.” Arah Haykal nakal. Entah kenapa dia ingin bermanja sebegitu rupa. Memang bukan dirinya. Tapi entahlah. Kurang kasih sayang kot. Hehe. Selama 16 tahun hidup tanpa isteri di sisi. Mana tak dia mulai buat gaya. Hehe. Andra menjengilkan matnya. Geram pabila Haykal menunjukkan dahinya, kedua-dua pipinya dan bibir pula Haykal boleh kata ‘next time’. Geram betul ada suami duda macam ni. Kurang kasih sayang ke apa! Desis hati Andra geram.


            “Kalau saya tak nak?” Soal Andra berani. Haykal tersenyum. Tahu yang Andra menjawab seperti itu.


            “Boleh. Tapi abang tak izinkan awak ke collage. How is it? Cool huh? Andra. Seorang isteri yang baik akan menyalam dan peluk cium suaminya sebelum dan selepas suaminya balik dari kerja. Itu secara langsung memberi semangat pada suami untuk mencari nafkah dan pada masa yang sama awak dapat pahala.” Haykal mula bermain dengan perasaan Andra. Kerna dia tahu Andra mudah mengalah jika dia bangkitkan isu-isu agama. Haha. Bukan nak ugut ke apa. Tapi cuma nak jelaskan pada Andra hak dan tanggungjawab Andra sebagai isterinya. Dia bukannya muda lagi. Dah begitu matang nak urus isterinya bagaimana. Takkan nak biarkan isteri tak hormatkan dirinya dan tak jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Andra mendengus geram. Mulai cair dengan nasihat suaminya. Haykal memang pandai membuatnya mengalah.


            Kakinya yang sudah tersarung high heels 3 inci itu dijongkitkan sedikit agar dapat mencium dahi Haykal yang setinggi bangunan pencakar langit itu. Ya ampun! Haykal ni dari baka mana. Tinggi yang amat. Haha. Andra menjeling geram Haykal yang sengaja tidak merendahkan kepalanya sehinggakan Andra terpaksa meletakkan kedua-dua tangannya di dada Haykal tanda sokongannya untuk menjungkitkan kaki. Dahi Haykal dicium lembut. Setelah itu, pipi kanan haykal pula sebelum beralih pada pipi kiri Haykal. Sepanjang dia mencium dahi dan pipi Haykal matanya dan mata Haykal saling berpandangan sehinggalah Andra sudah mencium pipi Haykal kedua-duanya. Kedua-duanya bagaikan terbuai dan perlahan-lahan kedua-duanya mendekatkan wajah mereka sehinggalah….


            “Rasa nak makan je pak cik ni. Kecik besar kecik besar je saya tengok!” Balas Andra geram dan besarkan matanya. Haykal tergelak. Kalau diikutkan hati memang ingin diciumnya bibir seksi isterinya itu. Namun, dia tidak ingin kelam kabut. Biarlah dengan perasaan kasih sayang dan bukannya terpaksa.


            “Nanti malam ya sayang. Tak baik ‘makan’ siang-siang ni. Siang-siang macam ni afdhal kiranya kita mencari rezeki yang.” Balas Haykal nakal dan mengenyitkan matanya. Andra merengus geram dan menjerit kecil.


            “Eeeee! Gila lama-lama macam ni!” Balasnya geram dan berlalu pergi. Haykal tergelak dan mengelengkan kepalanya. Andra yang sudah berada di dalam kereta di pandang. Sempat isterinya menjelingnya dan menjelirkna lidah. Haykal hanya mampu tergelak. Seumur hidupnya tak pernah nak bermimpi ada isteri hyperactive sebegini. Boleh pula layan suami macam tu.







****CINTA ENCIK DUDA****







AKU tersengih memandang Jenny yang sedang terlopong melihatku yang baru keluar dari kereta BMW 5 series pak cik. Sengaja aku duduk berlama di dalam kereta dan menanti Jenny di parking lot. Kerna ku tahu Jenny akan parking kan keretanya di tempat biasa dan jam berapa Jenny biasanya tiba ke Collage.


            “What the h***?! Kereta siapa kau pakai ni babe?” Soal Jenny tidak percaya sejurus dia menutup kereta Honda Jazz nya. Aku tersenyum dan menaikkan keningku.


            “Kau rasa?” Soalku nakal. Jenny yang sedang memandang kereta BMW milik pak cik mengerutkan dahinya dan memandangku.


            “Sugar daddy kau ke?” Soalnya selamba dan spontan aku mengetuk dahinya.


            “Choi!” Jeritku geram.


            “Ouch! Sakitlah!” Rungutnya dan mengosok dahi yang sakit. Aku mencebik. Boleh pula kata sugar daddy aku? Apa terdesak sangat ke aku ni sampaikan nak bersugar daddy segala? Hei! Kalau tak kahwin dengan pak cik sekalipun abi aku masih mampu nak tanggung aku.


            “Padan muka engkau! Boleh pula kata sugar daddy aku! Apa ingat aku sugar babe ke apa?” Soalku geram. Jenny tersengih.


            “Alarh! Sorry lah babe. Gurau je kot! Apa dah!” Balas Jenny dan tersengih.


            “Guraulah sangat!” Balasku geram. Jenny tergelak kecil namun seketika dia mengerutkan dahinya kembali.


            “Wait! Hold on! Semalamkan, aku call kau tau. Then, ada suara lelaki yang jawab. Dia kata dia husband kau. Kau biar betik babe? Serious ke kau dah kahwin ni?” Soal Jenny kepadaku. Aku mengeluh dan menarik tangannya.


            “Eh! Nak ke mana ni?” Soal Jenny hairan pabilaku menarik tangannya menuju ke café.


            “Café. We need to talk!” Balasku. Aku ingin khabarkan semuanya pada jenny. Agar hatiku tenang. Tidak akan ada rahsia di antara kami.








***CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL kemas memakai baju kemeja long sleeve rona putih dan kot, seluar slack dan neck-tie rona hitam berjalan penuh bergaya masuk ke pejabatnya dengan tangan kanan membibit briefcase serta tangan kiri pula dimasukkan ke dalam poket seluar. Setiap sapaan dan tunduk hormat dari pekerja-pekerjanya hanya di balas dengan anggukkan kepala tanpa senyuman di bibir seperti selalu.


            “Morning datuk.” Sapa Pavi setiausha Haykal kepadanya. Pavi menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat kepada boss nya. Haykal berhenti dan menganggukkan kepalanya.


            “Morning pav.” Balasnya kembali.


            “Datuk nampak handsome hari ni. Berseri je muka. Ada apa-apa ke datuk?” Soal Pavi dan tersenyum. Walaupun tiada senyuman di bibir boss nya itu namun wajah Haykal kelihatan berseri-seri pagi itu. Haykal tersenyum nipis dan gelengkan kepalanya. Pavi yang sudah ada anak dua dan sedang mengandung anak ketiga itu selalu menyakatnya dan hanya Pavi berani menyakatnya. Berbanding pekerja lain yang takut akan dirinya. Mungkin kerana Pavi sudah lama bekerja dengannya dan tahu akan sikapnya.


            “Sorry Pav, no bonus for this month.” Balas Haykal selamba dan menapak masuk ke dalam biliknya. Namun sempat dia mendengar Pavi tergelak kecil. Pavi, walaupun Haykal membuat lawak tanpa senyuman. Dia tetap kan tertawa beria-ria. Pelik sungguh setiausahanya itu.


            Tuk!



            Tuk!



            Tuk!


            “Masuk!” Arah Haykal di saat dia baru mengambil tempat di kerusi empuknya pintu bilik pejabatnya sudah diketuk. Tersembul wajah Haniff iaitu teman baik merangkap pekerjanya di situ.


            “What’s up bro! Morning!” Sapa Haniff menapak masuk ke dalam bilik pejabat Haykal. Tangan Haykal di salam dan dia mengambil tempat di hadapan Haykal. Haykal mengelengkan kepalanya dan membuka butang kot nya.
           

            “Asalamualaikum wbt Niff.” Sindir Haykal dan membuka laptopnya. Haniff tersengih.


            “Sorry boss. Walaikumsalma warahmatullah wabarakatuh datuk Megat Haykal.” Balas Haniff dan tersengih.


            “So how was the holiday?” Soal Haniff dan memandang Haykal yang sedang menaip sesuatu di laptopnya. Haykal. Siapa tak kenal. Workaholic sangat. Haykal mengangkat wajahnya dan memandang Haniff.


            “Holiday lah sangat! Sindir aku ke?” Soal Haykal geram. Haniff tergelak.


            “Okay! Okay! Seriously, where is your wife?” Soal Haniff ingin tahu. Di antara dirinya dan Haykal tiada rahsia. Sejak zaman university lagi mereka berdua bagaikan isi dan kuku. Sehinggalah ke zaman kerja. Haykal menawarkan pekerjaan padanya dan dia dengan senang hati menerima tawaran Haykal memandangkan tawaran yang Haykal tawarkan lumayan dan bekerja dengan teman baik adalah baik. Kerna kita sudah tahu akan sikap mereka. Malahan, pernikahan Haykal bersama seorang gadis yang muda juga diketahuinya.


            “Collage lah. Apa hal aku angkut ke office kut?” Balas Haykal selamba. Haniff menanggukkan kepalanya.


            “A’ah kan. Errr. Apa-apa lah . So, Aira dapat terima tak?” Soal Haniff. Haykal berhenti menaip dan menyandarkan tubuhnya di kerusi.


            “Alhamdulilah Aira dapat terima. Malah lebih happy aku tengok. Tapi tulah… Aku tak sure yang wife aku tu terima aku ke tidak. Nampak gaya macam terima. Tapi entahlah…” Jelas Haykal. Haniff mengetuk-getuk jarinya ke meja kaca Haykal.


            “Cantik ke?” Soal Haniff ingin tahu. Haykal tersenyum kecil. Terbayang-bayang wajah cantik isterinya. Aduhai. Takkan hati yang sudah dibekukan sejak 16 tahun lalu kembali mekar?


            “Malam ni dinner kat rumah aku. By 0800 pm. Bawa Heliza sekali dan Mia. Then, kau decided sendiri whether wife aku cantik ataupun tidak.” Balas Haykal. Heliza adalah isteri kepada Haniff dan Mia adalah anak mereka.


            “Okay set! By 0800 pm kan? Of course aku datang. Makan free tu.” Balas Haniff. Haykal hanya mengelengkan kepalanya. Haykal. Gila-gila orangnya. Entah bagaimana mereka berdua boleh berkawan.







****CINTA ENCIK DUDA****







WHAT?!” Jerit Jenny kuat sehingga membuatkan satu café memandang kami. Spontan aku menutup mulutnya dan tersengih memandang student lain yang turut berada di dalam café RC iaitu Ralph Collage. Ralph adalah sempena nama orang yang membuka collage ini.


            “Kecilkan sikitlah volume suara kau tu! Nak satu collage tahu aku kahwin sebab tangkap khalwat ke?!” Marahku padanya. Jenny mengangkat kedua-dua tangannya tanda beralah. Aku melepaskan tangaku pada mulut Jenny.


            “Kau tak gurau dengan aku kan?” Soal Jenny kepadaku. Aku mengeluh. Semuanya dari A sampailah ke Z aku ceritakan pada Jenny. Satu pun tak tinggal.


            “Muka aku ada nampak macam sedang bergurau ke?” Soalku padanya geram. Jenny tersengih dan mengaru kepalanya.


            “Rasa macam tak percaya je kau dah kahwin babe. Tangkap khalwat pula tu.” Balas Jenny. Aku merengus memandangnya.


            “Kahwin sudahlah. Tak yahlah ikutkan juga ‘tangkap khalwat’ tu. Sedih aku ni dengar.” Balasku padanya. Jenny tergelak.


            “So how was your husband? 40? Tua tu!” Soal Jenny. Aku tersengih. Kalaulah Jenny Nampak pak cik tu. Mahunya dia jatuh berguling-guling! Hahahaha.


            “Errr. Macam mana nak eh nak cakap. Aku…” Belum sempat aku menyudahkan kata-kataku ada abang café yang datang melatakkan minuman kami.


            “Cuppucino dan hot chocolate. Semuanya rm 8.00” Jelasnya dan tersenyum. Aku menangkat kelima jariku pada Jenny agar aku saja yang membayarnya. Handbag Prada rona hitamku di buka dan purse ku diambil.


            “Eh…” Keningku dikerutkan pabila jumlah duitku bertambah dan ada kad bank rona gold diselitkan. Erk! Aku mimpi ke? Ke ada pari-pari yang baik hati sangat bagi aku duit dan kad bank ni?


            “Kenapa babe?” Soal Jenny hairan. Aku mengangkat wajah memandang Jenny. Duit RM10.00 dan berikan kepada abang café tadi.


            “Duit aku bertambahlah babe dan ada kad bank warna gold kat dalam purse aku. Ini bukan aku punya.” Jelasku pada Jenny setelah abang café tadi pergi. Jenny mengerutkan dahinya dan mengambil kad bank yang aku tunjukkan.


            “Wow! Kau tahu tak gold kad ni kau boleh guna tanpa limit tau!” Jelas Jenny. Aku menngerutkan dahi.


            “Ye ke? Tapi siapa yang punya?” Soalku padanya. Jenny mengetukkan jarinya ke dagu. Sedang berfikir agaknya.

           
            “Laki kau kot?” Soal Jenny dan spontan aku terdiam. Pak cik?







****CERITA ENCIK DUDA****






HAYKAL menapak masuk ke ruang dapur dan memandang isterinya yang dibantu oleh Mak Yam, Lina dan Aira. Aira? Okay.. Serious agak terkejut sebenarnya melihat anak daranya yang manja itu turun ke dapur dan memasak. Tengok saja cara aira memotong kek. Nampak canggung. Takut juga jika tangan anaknya luka. Okay, Haykal mengaku. Semuanya adalah salahnya juga. Sejak kecil dia yang manjakan Aira. Tidak membenarkan Aira membuat semua itu.


            “Datuk..” Sapa Mak Yam kepada Haykal. Haykal hanya menganggukkan kepalanya dna tersenyum. Isterinya yang khusyuk memasak itu sempat dijeling. Tak nak ganggu. Nanti tak pasal-pasal sudip sampai ke kepalanya. Haha. Maka dia mengambil keputusan untuk mendekati Aira yang sedang memotong kek brownies.


            “Carefull…” Tegur Haykal dan duduk di hadapan Aira di meja counter. Aira mengangkat wajahnya dan tersenyum memandang Haykal, tahu yang papanya itu begitu mengambil berat akan dirinya. Tetapi, dia lebih berminat dengan cara Andra. Kata Andra sebagai seorang perempuan kita kena rajin ke dapur dan pandai memasak. Agak cemburu sebenarnya pabila melihat Andra yang cantik itu pandai memasak.


            “Don’t worry pa. Aira pandai.” Balas Aira lembut. Haykal tersenyum dan mencuit dagu anaknya.


            “Papa nak rasa?” Soal Aira. Haykal menganggukkan kepalanya dan membuka mulutnya. Aira menyuapkan brownies ke mulut papanya. Haykal yang sedang mengunyah brownies tersebut terdiam dan berubah mukanya.


            “Kenapa pa?” Soal Aira hairan.


            “Siapa yang buat ni?” Soal Haykal serius. Aira memuncungkan mulutnya ke arah Andra yang sedang sibuk memasak. Haykal memandag wajah isterinya yang sedang sibuk itu dan lama kelamaan bibirnya mengukirkan senyuman. Aira dipandang dan digamit dekat padanya. Aira hanya menurut.
           

            “Sedap. Macam orang yang membuatnya juga….” Bisik Haykal nakal dan tidak ingin isterinya mendengar. Serentak itu Aira tergelak besar sehinggakan Andra, Mak Yam dan Lina hairan memandang mereka. Namun, Haykal hanya membuat bodoh dan meneruskan suapan brownies ke mulutnya. Memang sedap! Pandai Andra buat. Haykal tersenyum di dalam hati. Nampaknya lepas ni indahlah hidupnya dengan pelbagai masakan isterinya. Orang kata masakan isterilah masakan yang paling sedap di dunia. Betullah tu. Tetapi masakan mummynya tetap nombor satu! Haha.


            “Kenapa ni?” Soal Andra hairan. Aira tersengih.


            “Papa ni… Dia kata…” Belum sempat Aira mengabiskan kata-kataya Haykal menyampuk.


            “Aira.. Papa dengar phone Aira berdering tu. Ada call kot.” Potong Haykal cepat. Takut pula jika Aira mengabarkan gurauannya tadi pada Andra. Mahu Andra kenakan dia balik. Aira kerutkan dahinya.


            “Takde pun….” Balas Aira.
           

            “Adaaaaa…” Balas Haykal dengan mata yang sedang dijengilkan. Bahasa isyarat sebenarnya. Seperti faham Aira spontan tersengih dan anggukkan kepalanya sebelum masuk. Haykal pula yang meneruskan kerja anaknya. Memotong kek brownies dengan potongan yang sama.


            “Pandai ke?” Tegur Andra yang berdiri di hadapan Haykal. Haykal mengangkat wajahnya dan mengjungkitkan keningnya.


            “Kacang je…” Balasnya berlagak. Andra spontan mencebik.


            “Hurm… Pak…” Belum sempat Andra ingin menyebut ‘pak cik’ Haykal pantas membersarkan matanya dan memandang pada Mak Yam dan Lina sebagai isyarat. Mak Yam, Lina, Pak Mat dan Farid tidak tahu akan sebab mereka berkahwin. Begitu juga dengan Aira. Andra spontan menutup mulutnya dan memandang pada Mak Yam dan Lina yang khusyuk memasak. Nafas lega dihembus. Nasib!


            “Hurm.. Abang ke yang masukkan gold card dan duit tu dalam purse Andra?” Soal Andra ingin tahu. Haykal tersenyum dan meneruskan kerja memotongnya. Lambat-lambat kepalanya dianggukkan. Memang dia yang memasukkan kad bank dan duit ke dalam dompet isterinya tadi pagi. Jika diberi depan-depan dia pasti Andra takkan terima. Jadi itulah saja jalannya.


            “Tapi kenapa? Saya ada duitlah. Abi dah bagi.” Soal Andra hairan. Rasanya duit yang Tn Hj Abdul Rahman berikan padanya sudah cukup. Haykal mengeluh dan meletakkan pisau. Tangan Andra ditarik walaupun Andra cuba menolak ke dekat padanya.


            “Andra. Abang nak Tanya. Awak ni siapa di dalam hidup abang?” Soal Haykal lembut dan jungkitkan keningnya. Andra yang sedang berdiri dipandang.


            “Isteri.” Balas Andra pendek. Haykal anggukkan kepalanya.


            “Good. So, abang sebagai seorang suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada awak. Okay, batin mungkin bukan masanya dan tak penting buat kita sekarang ni. But, zahir. Abang harus beri pada Andra. Itu adalah tanggungjawab abang. Andra bukan tanggungjawab abi lagi. Tak boleh terima duit elaun dari abi lagi sebab Andra sekarang ni di bawah tanggungjawab abang. Abang yang akan menyara Andra. Faham?” Jelas Haykal lembut. Memberi nafkah kepada Andra adalah tanggungjawabnya dan kalau boleh dia tidak ingin andra meminta duit dari bapa mertuanya lagi. Dia masih mampu untuk menyara Andra. Andra terdiam dan lama-lama dia anggukkan kepalanya. Haykal tersenyum. Andra. Sekali lagi cair dengan tazkirahnya. Hehe.


            “Papa, uncle Haniff dah datang.” Kata Aira yang sedang berdiri di muka dapur. Spontan Haykal memandang anak daranya. Jam tangan Tag Heur nya dipandang. Dahinya ditepuk lembut. Dah 0810pm.


            “Jom. Abang kenalkan Andra pada bestfriend abang.” Balas Haykal dan menarik tangan Andra masuk ke living room.


            “Tapi lauk ni semua?” Soal Andra.


            “Tak apa datin. Kami ada biar kami yang masakkan ya. Datin masuklah.” Balas Mak Yam dan tersenyum. Andra membalas senyuman MAK YAm.


            “Terima kasih Mak Yam.” Balasnya.


            Haykal dan Andra menapak masuk ke living room yang menempatkan Haniff dan isterinya serta anaknya juga Aira. Senyuman manis diberikan Haykal kepada Haniff dan isterinya. Haniff pula tercengang pabila melihat gadis yang berada di sisi Haykal dan berpegangan tangan dengan Haykal itu. Kelihatan begitu cantik sekali! Isteri Haykal yang memakai maxi dress warna kuning itu kelihatan amat manis sekali. Cantik orangnya. Kalau beginilah dia sendiri juga turut mahu jika disuruh kahwin kerana ditangkap khalwat. Haha.


            “Niff, Perkenalkan. Andra Tihamiey. Isteri aku. Andra, ini bestfriend abang, Haniff dan isterinya Heliza. And this cute girl is Mia. Their daughter.” Haykal memperkenalkan mereka.


            “Uncle handsome!” Jerit Mia riang dan menerpa ke pelukan Haykal. Haykal tergelak dan mencium pipi Mia. Memang anak Haniff itu agak manja dengannya.


            “Andra?” Soal Heliza isterinya Haniff. Spontan Andra yang sedang tersenyum memandang Mia yang berada di dalam pelukan Haykal itu menoleh memandang isteri Haniff.


            “Erk!” Terjengil mata Andra dibuatnya dan….






B.E.R.S.A.M.B.U.N.G




********************************************************






Asalamualaikum Wbt and Salam Sejahtera J




LADIES,









M A A F









MAAF kerana aku lambat update L









S E N Y U M sikit J J J J J









Hi ladies! How was the story? Interesting? Best? Boring? Blur? Huh? Huhuhuhu. Aku nak minta maaf sebab aku lambat update CED BAB 7. Honestly, aku agak busy beberapa hari ini. Sehinggakan tiada masa untuk update CED. Tapi, jangan risau. Aku akan tetap update CED . Tetapi masanya tak tentu tau. So harap-harap uols dapat bersabar dan rajin-rajinkanlah diri uols jenguk blog ni ya J Once again, I’m sorry babes….



CED BAB 7, Hahahahahahahaha. Aku nak gelak dulu boleyyyy? Ngehngehngeh! CED BAB 7 memang agak nakal dan lawak sikit. Terserlah kenakalan Andra dan character Haykal kan? Hehehe. Banyak yang tak dapat nak terima Haykal gelarkan dirinya ‘ABANG’. Tapi, tahukah anda Haykal itu  bukan seperti Andra yang muda belia. ABANG dah cukup okay. Aku sengaja nak gelar Haykal tu ABANG sebab bagi Andra kesedaran sikit yang Haykal itu tua darinya dan dia harus hormatkan suaminya. Jika digelar hubby or else. Nampak seumurlah pulewww~ Tak best ah! Hehe. Accept eh ABANG.D E A L ? J Hehe. Oh yah! Siapakah Heliza isterinya Haniff itu????????? Jengjengjeng! Hwaiting for the next entry babes~ J




Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 7  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J



Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Much appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!






SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J







Till then,








Sincerely,



37 comments:

  1. sapa heliza?.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe jengjengjeng =)

      Delete
  2. hahaha.. sweet lorh!! thanks ratu.. :)
    nak next n3 boleh.. o.O

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lala
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe T H A N K S dear
      boleh2 hehe =)

      Delete
  3. heliza tu lecturer Andra ye Ratu? Queen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi queen
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe kalau nak tahu kenalah bc CED 8 =)
      hehe hwaiting syg

      Delete
  4. ala spe heliza??x sabar nk tau..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe sabarsabar =)

      Delete
  5. romantik lerr haykal..suke bangat..
    ratu tolong cari suami mcm haykal bleh x ? tp x mau la duda..kaila nk yang bujang ag hot..baru mengancam sih..hahahah
    ~kaila

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI kaila
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe romantik kan? hehe kite pun suke =)
      hahaha boleh2
      nnti kita cari eh. mana tahu dua rm1 hahaha =) JK
      hahaha nakal tau! nak yg bujang dan hot juga hehe. bagi awak DANIEL HENNY nak? ngehngeh =)

      Delete
  6. hish..hish...pandai betul Ratu ye berhenti part yg tgh
    suspen sgt... ni yg tak sabar sgt nak tunggu n3 8 pula..
    siapa Heliza sebenarnya ye.... setia menanti n3 baru dn
    memang kelakar betullah perangai mereka berdua ni ada
    ada saja tazkirah dari Haykal utk Andra... sokong kalau
    Andra panggil abang buat suami yg dihormati...nanti lama
    lama mesti Andra akan jatuh kasih dn cinta pada suami
    sendiri kalau Haykal pandai melayan Andra. nak lagi dn
    lagi ye Ratu... lambat pun tak pe janji kalau boleh
    setiap hari ada n3 baru. kalau cite best ni memang ternanti saja nk baca n3 baru.








    memang kela

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI anor
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      T H A N K S syg. kite suke comment awak =)
      hehe mmg kita saje nak buat uols semua tertanya2 hehe =) jahat tak i? ngehngeh
      Heliza? tgu CED 8 ya
      hehe betul2. Andra dgn hyperactive nya n haykal pula dgn tazkirahnya hehe
      betul tu syg. tnda hormatkan =)
      Anor T H A N K S sbb faham kite. sygggg awak =)

      Delete
  7. ala..x puas bace...n sape heliza? pndai ratu buat pembaca tertanya2...please ratu bg next n3 cpt2, dah x sbr nk tau sape heliza 2 n klu blh bg n3 yg lg pnjg... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe xpuas ke dear? pnjg tuuuu . hehe
      pandaikan? smbil naikkan kening. hehe =)
      hahaha nakal tau! nk n3 cpt ngn n3 pnjg2 yer. hahaha

      Delete
  8. Ok deal! hahahahah! Tapi lawak ah Andra panggil Haykal pak cik! Asal panggil pak cik je, saya ter-imagine pak cik betul2. Hahahaha lawak2! Heliza tu sapa eh? Kakak kepada ex bf andra ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      D E A L? Yes! hehehe =)
      hahaha amboi. buang2 jauh2 imagine tu.xbek utk kesihata.. hahaha =)
      Heliza tu kan..... tuttttt!
      hahahahaha

      Delete
  9. tq 4 entry yg menarik...
    andra sungguh la kamu ni hyperactive bolh pulak kamu buli pakcik...kalu pakcik x kuat iman selamat la kamu andra.
    suka andra n pakcik happy je...tp masih lgi x lgkap kehidupan mereka...
    sape gugu dalam mimpi andra...
    bila andra nak suka kat pakcik ni...
    pakcik ni xkan la x tau nak ambik ati andra kot...
    andra x terasa ke bila pakcik tegur pakaian dia...
    knp pakcik x suh andra tukar baju sblm g kolej...
    x cemburu ke biar org lain tgk hak pakcik...
    lgpun andra kan dengar ckp sng la nak trima nasihat...
    bgs la andra dah bgtau jen ttg perkahwinan andra..
    pakcik bila lgi nak buat kenduri perkenalkan andra...
    tiba2 je ada heliza....
    sape 2.....pensyarah andra...sepupu...kawan atau musuh....
    nak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYN
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      T H A N K S awak sudi comment bnyk2 hehehe =)
      Most wc syg =)
      haha tulah psl. cube lau pak cik xdpt tahan iman tu. pasti dah d 'makan' haha
      btl syg. xlengkap lgi =)
      hehehe jengjeng2 siapa gugu? haha
      hehe sabar ryn. pak cik pasti kan tegur andra. hehe
      kenduri mjlis mereka akan diadakan. ceh! aku pula yg tahu hahaha =)
      heliza tu kan hurm.......hhahahahaah

      Delete
  10. nak lagi!!!!
    comel la character andra ni..
    excited waiting 4 next n3...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NIJA_JAJA
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      OKAY!!!!
      hahahha =)
      cerianya awak. hehe
      comelkan =)
      hehe hwaiting ya

      Delete
  11. memang best..tersenyum jer bce~
    cant wait for d nex n3... :))
    ~ze~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI G
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe alhamdulilah
      awak senyum =)
      hehe T H A N K S syg

      Delete
  12. Yeay..... ada entry terbaru.... Wa caya lu lah ratu.....

    saya setuju jer jika andra nak panggil pokcik tu dgn panggilan abang
    atau honey
    atau mucuk2
    atau babe
    atau darling
    atau intan payung
    atau belacanku
    atau sweetie bun
    atau my love....
    atau my handsome lover
    atau karl (short for haykal)

    tapi tak boleh panggil hei (shortform for haykal)...

    HAHAHAHA.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      yayyyyy!!!!
      hahahahaha
      amboi engkau! banyak sungguh! hahaha
      T H A N K S ya =)
      hehehe

      Delete
  13. awak, boleh x sambung lg cepat sikit...x sabar
    suka sbb awak update hari2....tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      awak S O R R Y
      beberapa hari ni kite agak busy =(
      sorry ya ...

      Delete
  14. Pokcik haykal kena siasat siapa gugu.... Adakah teddy bear, binatang peliharaan, bantal bucuk atau panggilan manja ex bf...

    Heliza pulak mesti lebih kurang baya hanif dan pokcik jer... Paling2 pun 4-5 thn lebih muda... So mungkin kakak kpd ex bf andra..... Ratu, cepat update... Jgn biarkan pembaca diselubungi awan misteri..... Hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe betulbetul =)
      entah2 exbf. jengjengjeng! hahahah =)

      wahhh, detective conan engkau! haha =)
      hahahaha kite saje je dear nak buat readers tertunggu2 ngehngehnegh =)

      Delete
  15. saspen2 dear...hehehhe..bdw best..kita suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MBAI
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      Hehehe saje je dear
      hahah =)
      T H A N K S syg =)

      Delete
  16. x apa lambat yg penting ada tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI baby mio
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      Awwwwwhhhh~
      T H A N K S sygggg
      terharu =) hehehe

      Delete
  17. best, tersenyum sorang sorang bila baca story

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      T H A N K S syg hehe
      alhamdulilah~
      kite suke awak senyum =)

      Delete
  18. andra nakal betol...pls next n3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI babes
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hahahaha andra mmg nakal
      hehe okay dear =)

      Delete
  19. keh3... lawak sakan je si andra... ygpakcik tu dah lama menduda, sah2 la telan air liur tengok makcik guna tuala seksi.. esk!

    ReplyDelete