Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Thursday 21 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 8













CINTA ENCIK DUDA BAB 8


Aku ingin menjadi kaktus,
Dia berduri;
Sehingga tak ada yang mendekat,
Ertinya dia sudah tidak available walaupun dia sendirian di tengah gurun.



Aku ingin menjadi kaktus,
Dia hanya mendapat sedikit air;
Namun, dia bisa berdiri dengan gagah dan bertahan dalam situasi apa pun.



Aku ingin menjadi kaktus,
Dia tidak cantik;
Namun, dia punya dalaman yang cantik berbanding bunga-bunga yang lain.


Aku ingin menjadi kaktus….





AKU mendepakan kedua tanganku dan menghirup udara segar sekitar perumahan mewah ni. Huhuhu. Takdelah sesegar udara di kampung dan perumahanku sebelum ini kerana perumahan mewah dan elit ini suasananya di atas bukit dan agak privacy sedikit. Namun, masih lagi dicemari dengan pencemaran udara yang berlaku di bawah sana. Huhuhu. Sedih betul jadi orang kaya ni.


Okay. Ready to go!” Ucapku penuh semangat dan mengezipkan zip sweater rona pinkku sehingga ke leher. Terasa sejuk jogging subuh-subuh seperti ini.


Keluar dari pintu utama kelihatan Abang Aziz iaitu pengawal banglo ni mengangkat tangan dan membukakan pintu buatku. Aku hanya melambai saja. Sejujurnya kawasan perumahan mewah ini agak bosan sebenarnya. Yang ada hanyalah rumah-rumah mewah. Berlainan sekali di kampung dan kawasan perumahan ummi dan abi. Agak kehijauan sedikit berbanding di sini. Walaupun berada di atas bukit namun kehijauannya sudah diragut oleh pembangunan yang berlaku. Ish! Ish! Ish! Kasihan deh lorh encik bukit. Dah botak! Hehe.


Headphone aku pasangkan ke telinga dan memasang Ipod. Sudah kebiasaanku jogging membawa benda alah ini. Taklah bosan sangat. Lagipun, membuatkan aku semakin semangat nak jogging. Siap ada lagu giteww. Weheeuu~ Mengada betul aku ni. Tapi nak buat cam ne? Dah eden macam ni. Hehe.


Oh shit!” Luahku geram pabila melihat seekor anjing jenis bulldog yang sedang berdiri di pagar sebuah banglo mewah. Ummi! Habislah kak ngah! Cikabeng betullah! Awal pagi jumpa encik bulldog ni. Ish! Hampeh betul!


Aku menghentikan langkahan kakiku dan meneguk liur. Zip sweater ku zipkan sehingga tiada lagi zipnya. Ish! Ada pula macam tukan. Whatever lah. Ni aku nak habak sat ni! Huhu. Bulldog tadi dah pandang aku semacam. Euwwwhhh! Air liur dia jatuh-jatuh nok! Geli mak!


“Grrrr!” Bunyi dia garang dan membuatkan bahuku sedikit terangkat.


“Errr. Encik bulldog. Kite lalu sini je. Bukan nak ganggu encik bulldog pun…” Balasku padanya gugup.


“Grrrrr!!” Mak aih! Makin kuat suara encik bulldog. Siap bagi nampak gigi taring dia nuh!


“Encik bulldog… Kite kan…”


“Grrrrrr!!!!!” Encik bulldog tadi semakin garang dan ingin menerkamku.


“Mak!!!!” Spontan aku menjerit dan berlari sedaya yang boleh. Kepalaku menoleh ke belakang sambil berlari dan encik bulldog tadi masih mengejarku. Gila! Anjing siapa entah tak pandai nak ikat ke? Dibiarkan saja macam tu. Kalau digigitnya kakiku yang melepak ni! Mak aih! Mahu menangis aku tak hengat dunia!


“Mak!!!” Jeritku lagi pabila aku ditarik masuk ke tepi sebuah tembok dan mulutku ditutup. Cemas aku dibuatnya dan aku hanya mampu menutup mata. Takut punya pasal.


“Diamlah! Nanti Gan dengar…” Bisik suara garau itu. Erk! Macam kenal. Spontan aku membuka mata perlahan-lahan dan…


“Pak cik!” Jeritku gembira dan memeluknya. Excited gila dapat jumpa pak cik. Superhero betul pak cik ni.


“Shhhhh! Diamlah sayang. Nanti Gan dengar. Nak ke dia kejar? Tu hah dia dah berhenti kejar awak tu…” Bisik pak cik dan menujukkan Encik bulldog yang sedang berhenti di tengah jalan raya dan memandang ke kawasan sekeliling. Phewww! Nasib! Bayangkan kalau aku ni jadi mangsa dia? Air liur dia lagi? Ewwwwh! Spontan aku menutup mulutku dengan tangan kanan dan tangan kiriku masih memeluk pak cik. Dia hanya membiarkan dan turut sama memelukku. Matanya masih menjeling encik bulldog tadi. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar track-suit rona hitam jenama NIKE nya dan mengeluarkan Iphone rona sendondon. Wahh! Dia ni memang fanatic gila dengan colour hitam.


“Erk! Pak cik nak call siapa? Polis ke?” Soalku bodoh. Dia menjelingku dan gelengkan kepalanya. Menyampah kut dengan mulut aku yang tak pandai diam ni.


Hello? Lim? Gan do it again..” Bualnya. Pada siapa aku sendiri tidak tahu.


On the road…” Balasnya dan memandang encik bulldog.


Naaaa. My wife..” Balas pak cik dan menjelingku pula. Erk! Spontan aku memandang ke arah lain. Kenapa dengan aku? Wife? Isteri kan? Akulah tu.


I’ll talk to you later. Okay then. Bye.” Jawab pak cik dan mematikan panggilan. Iphone kembali dimasukkan ke dalam poket seluar.


“Tunggu sekejap.Mr.Lim akan ambil anjing dia tu. Menyusahkan betul…” Jelas pak cik kepadaku dan merungut.


“Selalu ke encik bulldog tu buat macam tu?” Soalku padanya. Dia anggukkan kepalanya.


“Bukan selalu sangatlah. But kadang-kadang. Bila Lim lupa nak masukkan dia dalam kandang. Begitulah jadinya. Dah banyak yang complaint. Tapi Lim tu telinga kuali.” Jelas pak cik. Aku membuat mulutku berbentuk ‘o’. Tanda fahamlah kiranya.


“Gan tu nama dia ke?” Soalku pula dan memandang wajah kacak pak cik. Oh my… Tahukah anda bahawa suami saya sangat-sangat handsome? Ngeee! Handsome gila pak cik ni. Lupa seketika yang kami begitu dekat saat ini dan sedang berpelukan.


“A’ah. Lim yang namakan. Okay there he goes.” Balas pak cik dan memandang ke tengah jalan raya kembali. Kelihatan seorang lelaki cina yang memakai baju tidur sedang mengheret encik bulldog balik. Erk! Itulah Mr.Lim kot.


Come…” Ajak pak cik dan menarik tanganku menghampiri encik bulldog dan tuannya. Kaki aku ni nak tak nak je melangkah. Takut wei! Encik bulldog pula Nampak aku je terus menyalak. Gila!


“Eeee!” Jeritku kecil dan sembunyikan diri belakang pak cik dan memeluknya dari belakang. Tergelak sama dia bersama Mr.Lim tadi.


Is it her?” Soalnya kepada pak cik. Pak cik menoleh memandangku seketika dengan senyuman dan anggukkan kepalanya.


“Wahhh! Damn hot ah. Congrates! Congrates!” Balas Mr.Lim dan tergelak. Naik seram pula aku dek tuan encik bulldog ni. Gatal macam bulldog tu juga.


Thanks Lim.” Balas pak cik dan memegang tanganku yang sedang memeluknya dari belakang.


Most welcome datuk. Okaylah. I’ve to go. Mrs.Haykal. Nice to meet you.” Balasnya dan menyapaku. Kepalanya ditundukkan sedikit tanda hormat dan tersenyum memandangku. Aku yang mengeluarkan kepalaku sedikit dari celah ketiak pak cik menganggukan kepalaku dan tersengih.


“Phewww! Nasib! Kalau tak sia-sia kaki ni jadi mangsa.” Luahku lega dan melepaskan pelukan pada tubuh sasa pak cik di saat Mr.Lim membawa pergi encik bulldog tadi. Phew! Sempat lagi engkau! Hehe.


Serve you right! Pakai lagi short pants macam tu. Next time bukan setakat bulldog tu yang kejar dan gigit awak. Tapi abang!” Balasnya geram dan berlalu pergi meninggalkan aku terlopong sendiri.


“Erk! Salah aku pula?” Bisikku perlahan dan menujukkan jari telunjuk ke mukaku dan memandangnya yang sedang melangkah meniggalkan aku.


“Tak nak balik ke Datin Andra? Nak bulldog tu kejar awak balik?” Sindirnya padaku dengan suara yang sengaja dikuatkan dan tidak menoleh memamandangku. Spontan aku menjerit kecil dan mengejarnya.







***CINTA ENCIK DUDA****








AKU tersengih memandang Madam Heliza yang menapak masuk ke dalam dewan kuliah. Sempat aku yang duduk tidak jauh darinya di jeling. Ceh! Nak main jeling-jeling pula lecturer kesayangan aku ni. Haha. Comel je aku tengok.


            “Pssttt! Apa cerita semalam?” Bisik Jenny ke telingaku. Aku menjelingnya di sisi dan tersengih. Teringat kembali bagaimana paniknya aku pabila berjumpa dengan Madam Heliza.


“ADUHDUH!” Rungutku sakit dan memegang telingaku. Aduhai! Dia ni memang! Suka hati je nak pulas telinga aku bagai. Suka agaknya dengan telinga aku ni.


            “Sakitlah Madam!” Rungutku pada Madam Heliza iaitu lecturer ku di collage. Dia yang berdiri dan berpeluk tubuh di sebelahku di hadapan kolam merengus geram dan menjelingku. Aik! Main jeling-jeling pula lecturer aku ni.


            “Padan muka awak! Tipu saya lagi.” Balasnya geram. Aku mengeluh dan menjulingkan mataku ke atas. Mak ngaih! Nak berapa kali agaknya aku nak terangkan pada dia?


            “Alahai madam. Kan husband madam dah terangkan tadi. Saya ditangkap khalwat dengan suami saya tu. Bukannya saya kahwin suka-suka lepas tu tak nak bagi tahu madam yang comel loteh ni. Kitakan friend madam.” Balasku padanya. Madam Heliza memandang ke dalam pada suami-suami kami yang sedang berdiri di muka sliding door sambil memandang kami. Erk! Suami-suami? Nampak sweet lah pula. Yang ado! Haha.


            “Betul ni?” Soal Madam Heliza kepadaku. Aku tersengih. Madam Heliza ni lecturer aku kat collage. Memang comel orangnya. Rasanya aku lagi tinggi lampai dari dia. Tapi dia ni sweet tau. Sporting gila. Di antara banyak lecturer kat collage tu Madam Heliza lah yang aku kamceng gila. Boleh dibuat kawanlah katakan. Hehe. Aku memeluk bahu Madam Heliza yang setinggi bahuku itu. Suaminya Encik Haniff agak tinggi orangnya walaupun tidaklah setinggi pak cik. but, at least suaminya itu sungguh tinggi darinya. Haha.


            “Alarh madam. Kan kita kawan. Mestilah saya jemput madam ke majlis saya kalau saya kahwin sekalipun. Cuma this time agak serabut sikitlah. Madam fahamkan?” Soalku pada madam dan menundukkan wajah memandangnya. Madam Heliza mengeluh dan mengosok belakangku lembut.


            “Ya. Ya. Saya faham. Alolorh. Kasihan awak. Mari hug..” Balas Madam Heliza dan menarikku ke dalam pelukannya. Aku tergelak dan turut membalas.


            “Eh. Chop! So maknanya awak datin lah? Datin andra?” Soalnya padaku tiba-tiba dan menolak tubuhku sedikit. Aku tergelak dan anggukkan kepalaku.


            “A’ah lah madam. Datin Andra. Hurm. Kalah engkau Heliza!” Balasku padaya sambil tergelak dan melarikan diri ke dalam. Tahu yang dia akan mencubitku seperti selalu.


            “Andra!!!!” Jeritnya geram.




            “Uish! Memang sportinglah madam ni.” Balas Jenny pabila aku usai menceritakan hal semalam padanya. Aku tersengih dan menganggukkan kepalaku. Madam Heliza memang sweet.Cuma anaknya si Mia itu saja yang aku kurang senang. Asal aku dekat je dengan laki aku. Dia juga nak dekat. Entah apa sakit budak tu. Erk! Dah aku ni kenapa? Jealous dengan budak-budak ke? Euwwwhhh! Takdelah! Ayat sedapkan diri sebenarnya. Hehe.


            Aku mengerutkan dahi memandang Samsung S2 yang sengaja ku simpan dipehaku. Ada pesanan ringkas yang masuk. Screen Samsung S2 disentuh dan pesanan ringkas tadi dibuka.


+ Next time, kalau nak jogging. Jogging dengan abang. So after this Gan takkan mengatal dengan awak lagi. Okaylah. Take care isteriku.


            Spontan bibirku mengukirkan senyuman. Hehe. Ceh! Cakap jelah nak jogging sama-sama dengan aku. Tak payah guna alasan Gan bagai. Ketara sangat menipu… Hahaha.







***CINTA ENCIK DUDA*****







AKU mendengus geram dan berpaling ke belakang kembali. Aku memandang tajam pada wajah kacak di hadapanku dan berpeluk tubuh. Kening kananku dinaikkan tanda ‘kenapa’. Sudah banyak kali ku kata. Jangan diganggu aku. Namun, dia tetap berdegil. Entah apa yang dia inginkan dariku lagi. Selepas sahaja dari class tadi pantas saja dia mengejarku. Jenny pula sibuk nak dating segala.


            “Babe. Please… Jangan buat I macam ni..” Rayunya padaku dan cuba memegang tanganku. Namun, aku menepis kasar.


            “Don’t you ever and ever to touch me!” Jeritku padanya kasar. Dia mengangkat kedua-dua tangannya tanda beralah.


            “Okay! Okay! I’m sorry sayang. But please… Give me a chance. We need to talk and clear this all things babe.” Balas Alex kepadaku. Aku tergelak sinis dan memandangnya.


            “Did I know you?” Soalku selamba. Alex tercengang dan memandangku dengan pandangan tidak percaya.


            “What? Oh please sayang… I’m Alexander Syah Datuk Akhram. Satu collage kenal I.” Balasnya bangga. Aku tergelak sinis. Bangga sangat dengan titleanak datuk’ dia tu! Apa ingat aku kisah ke? Laki aku datuk tahu! Wahhhh~ Engkau! Sejak bila aku tetiba bangga ni? Erk! Astagfirullah’alazim Andra! Mengucap!


            “Sorry Mr Alexander Syah DATUK AKHRAM. I didn’t know you. So can you please don’t disturb me?!” Balasku padanya selamba dan ingin berpaling. Namun sekali lagi langkah kakiku terhenti pabila jalanku di halang olehnya. Alex mendepakan kedua-dua tangannya di hadapanku agar aku tidak melepasinya.


            “Get out on my way Alex!” Amarahku padanya. Alex mengelengkan kepalanya.

           

            “I will not let you go until we discuss about US!” Tekannya padaku. Aku mendengus dan berpeluk tubuh memandang ke arah lain. Namun seketika, TING! Aku mendapat idea baik punya. Haha.


            “Arghhh!” Jeritnya pabila aku dengan selamba menarik kedua-dua bahunya dan menendang anunya dengan kakiku sebelum pergi meninggakan Alex terbaring di lantai.


            “Serve you right Alexander Syah DATUK IKHARAM! W.H.A.T.E.V.E.R!” Balasku gedik dan menunjukkan tiga jari di dahi tanda ‘WHATEVER’ dan memandangnya sinis.


            “Andra! Arghhhhh…” Panggilnya padaku yang sudah melangkah jauh dan mengadu kesakitan pabila anunya mungkin terasa skait. Haha. Aku harap dia mandul. Aci tak? Erk! Jahat sungguh aku. Haha.







***CINTA ENCIK DUDA****






AKU mendekati Pak Mat yang sedang menanam pokok bunga rose di dalam pasu. Satu yang aku perasan mengenai taman banglo mewah pak cik ini adalah bunga rose yang banyak di tanam untuk menghiasi taman banglonya dengan pelbagai jenis warna. Bukan sahaja di taman, malahan di dalam rumah juga dihiasi dengan bunga-bunga rose. Erk! Pak cik ni addicted dengan rose ke?


            “Datin…” Sapa Pak Mat kepadaku dan tersenyum. Aku membalas senyumannya dan duduk di kerusi taman. Berdekatan dengan Pak Mat yang sedang menanam pokok bunga rose di dalam pasu dan duduk di kerusi rendah.


            “Pak Mat tanam pokok bunga rose ya? Colour apa bunganya nanti Pak Mat?” Soalku ramah kepadanya. Pak Mat memandangku seketika sebelum memandang pokok bunga rose yang ditanamnya. Dia tersenyum.


            “Ya datin. Entahlah. Datuk kata bunga mawar ni dari jenis Modern Garden Rose iaitu Hibrid Tea. Selalunya Datuk Megat kata bunga mawar jenis Modern Garden Rose ni banyak kelompaknya dan sering berbunga. Berbanding dengan Old roses classic. Yang hanya berbunga satu kali semusim.” Jelas Pak mat kepadaku. Terlopong aku dibuatnya. Boleh tahan Pak Mat ni. serba tahu mengenai bunga rose. Sedangkan aku yang muda belia ni pun tak tahu jenis-jenis bunga rose ni.


            “Waahhhh! Pakarnya Pak Mat di dalam bab-bab bunga mawar ni.” Soalku teruja padanya. Pak Mat tergelak kecil.


            “Tak adalah datin. Pak Mat pun tahu serba sedikit sahaja. Itupun berkat ilmu yang Datuk Megat bagi. Dia banyak bercerita mengenai bunga-bunga mawar ni.” Jelas Pak Mat. Aku mengerutkan dahi. Pak cik?


            “Err. Datuk? Datuk berminat dengan bunga mawar ya?” Soalku ingin tahu. Pak Mat menoleh memandangku dan mengerutkan dahinya.


           
            “Eh! Datin tak tahu ke? Datuk kan memang berminat dengan bunga mawar ni. Kalau dia ke luar Negara ke mana-mana ke pasti dia akan bawa balik bunga mawar. Kiranya hobby dialah tu.” Soalnya hairan. Erk! Spontan aku tersengih. Sekali lagi…


            “Tahu Pak Mat. Saya tersasul je tadi. Hehe…” Balasku menutup malu dan gugupku. Pak Mat tergelak kecil.


            “Ada-ada sajalah datin ni.” Balasnya dan gelengkan kepala sebelum menyambung kembali kerjanya. Aku mengigit bibir dan mengetuk dahiku lembut. Gila! Asal boleh tersasul ni? kalau tak tahu tu cover-cover lah wei! Huhuhu.


            Aku menabur pandang pada sekitar taman. Amat tenang sekali. Patutlah pak cik gemar minum petang di sini dan membaca buku di sini. Bau haruman bunga-bunga mawar membuatkan siapa sahaja pasti kan terbuai.


            “Errr. Pak Mat?” Panggilku pada Pak Mat dan memandangnya. Pak Mat mengangkat wajahnya dan memandangku.


           
            “Ya datin?” Soalnya hairan.


            “Errrr. Boleh tak saya tanamkan bunga lain selain bunga rose di taman ni?” Soalku padanya. Seriously, yang ada hanyalah bunga rose dan beberapa sahaja bunga lain. Tupun sekerat je. Takde pun bunga kegemaran aku L


            “Eh. Apa pula soal macam tu datin? Mestilahh boleh.” Balas Pak Mat. Aku spontan tersenyum dan memandang ke sekitar taman. Terbayang-bayang bunga kegemaranku yang akan ku tanam di sini. Hehe.







***CINTA ENCIK DUDA*****







HAYKAL mengerutkan dahinya memandang Aira yang sedang duduk membaca majalah di living room utama. Namun, bukan itu yang menghairankannya. Akan tetapi, anaknya yang memakai baby-tee rona putih dan skinny jeans. Gayanya seperti ingin keluar sahaja. Sekitar living room dipandang namun tiada isterinya di situ. Kereta dah ada di dalam garage. Tetapi, orangnya tiada. Briefcase dan kot yang sudah dibuka diletakkan di atas sofa sebelum mendudukan dirinya di sebelah Aira.


            “Asalamualaikum wbt papa. Awalnya balik?” Sapa Aira dan menyalam tangan papanya. Sempat jam besar yang tersergam indah di dalam living room di pandang. Baru jam 0300 suku. Belum masanya untuk papanya pulang. Selalunya jika tidak jam 0600 petang jangan harap wajah papanya ada di rumah. Haykal tersenyum kecil dan memandang jam Tag Heurnya. Memang awal dia balik hari ini. Selepas sahaja meeting dengan client dari luar Negara dia mengambil keputusan untuk balik saja. Errr. Okay tipu! Sebenarnya hatinya yang meronta-ronta ingin balik. Rindu kat Aira kot. Ke Andra? Errrr. Entahlah! Hehe.


            “Papa ada meeting tadi dengan client. Then, papa terus baliklah. Penat. Ni  Aira nak ke mana ni? Mummy mana?”  Jelas Haykal dan menyoal anaknya. Keningnya dikerutkan. Aira tersengih.


            “Mummy kat atas tengah bersiap. Err. Entahlah. Mummy kata tadi nak bawa Aira keluar. Tapi tak tahu nak ke mana.” Jelas Aira. Tadi Andra membawanya keluar. Dan dia? Excited punya pasal sebab dapat keluar dan ibu barunya itu Aira terlupa untuk bertanya keluar ke mana. Haykal mengerutkan dahinya. Keluar? Dia baru balik, isteri dan anaknya pula nak keluar? Boleh pula macam tu?


            “Hah! Tu pun mummy…” Aira memuncungkan bibirnya pada Andra yang baru turun dari tangga. Haykal menoleh dan memandang isterinya. Okay! Agak tergamam di situ apabila melihat Andra memakai red silk sleeveless blouse dan skinny jeans rona hitam. Rambutnya pula diikat satu dan tinggi. Haykal meneguk liurnya. Terbayang kembali tubuh Andra ketika gadis itu hanya memakai tuala pabila melihat leher jinjang isterinya.


            “Asalamualaikum wbt. Awal balik?” Sapa Andra ceria dan menyalam Haykal. Terasa ciuman hangat Haykal singgah di dahinya.


            “Walaikumsalam wbt. Ada meeting tadi dengan client. Nak ke mana ni?” Soal Haykal hairan. Andra tersengih dan memandang Aira.


            “Errr. Nak keluar sekejap.” Balas Andra dan mengaru lehernya.


            “Ke mana?” Soal Haykal dan menjungkitkan keningnya.


            “Nursery… Nak beli bunga.” Jawab Andra. Spontan Haykal mengerutkan dahinya dan berdiri mendekati Andra. Dipandang tubuh isterinya dari atas ke bawah.

           

            “Apa?! Ingat Andra tak suka bunga ke?” Soal Andra bengang. Haykal  tergelak kecil dan gelengkan kepalanya. Bahunya diangkat.


            “Jahatlah!” Balas Andra geram dan mencubit pinggang suaminya. Merungut kesakitan Haykal dibuatnya.


            “Sakitlah wak…” Rungut Haykal dan memegang pinggangnya. Aira tergelak kerana papanya dicubit isteri sendiri manakala Andra mencebik. Haykal suka membuatnya Geram.


            “Padan muka!” Balas Andra geram.


            “Heypp! Tak baik tahu cakap kat suami macam tu.” Tegur Haykal dan mencubit pipi Andra geram. Andra pula semakin cemberut mukanya dan mengosk pipinya.


            “Sakitlah!” Rungutnya.


            “Tunggu abang. I want to take my shower first. Tunggu! Jangan jalan selagi abang tak izin. Abang nak ikut.” Balas Haykal dan mencium pipinya pantas sebelum berlari naik ke atas.


            “Pak cik!!!” Jerit Andra geram dan Aira di sisinya tergelak besar.








****CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL berjalan menuju ke nursery di hadpaan mereka selepas memarkingkan kereta Mercedes S-Class nya tadi di parking lot tidak jauh dari nursery tersebut. Haykal mengerutkan dahi memandang ke sekeliling area nursery yang bernama Lily Nursery itu. Sebenarnya tempatnya tersembunyi sedikit namun pelanggangnya. Boleh tahan ramainya dan Haykal akui Lily Nursery tersebut tempatnya cantik. Pandai pemiliknya menghias nursery tersebut.


            “Andra…” Sapa seorang wanita cina kepada Andra. Spontan Andra memandang ke counter dan memberikan senyuman manisnya.


            “Hi auntie Lily.” Sapa Andra mesra dan melaga-lagakan pipinya pada Lily iaitu pemilik nursery tersebut.


            “Haiyarhhh. Lu ah manyak cantik oh sikalang. Tadi wa takut mau tegur oh. Lu mana menghilang hah?” Balas Pn.Lily kepada Andra. Andra tergelak.


            “Alarh auntie. Wa busy lah auntie. Wa balik kampung ma.” Balas Andra dengan loghat yang sama. Sebenarnya dulu dia sekadar suka-suka saja mengikut loghat Pn.Lily. Sengaja nak menyakat. Tapi tak tahu pula boleh terbiasa.


            “Oh. Itu pasai ka? Patutlah wa nampak lu punya amma saja yang datang ke sini. Eh. Ini siapa?” Balas Pn.Lily dan memandang Haykal dan Aira hairan. Haykal dan Aira yang sedang memandang bunga orkid yang berada di sebelah counter spontan memandang Andra dan Pn.Lily.


            “Ini wa punya husband lorh auntie. Megat Haykal. And this beautiful girl is Aira. My daughter. Ini auntie Lily. Owner this nursery. Dia baik tau.” Perkenal Andra kepada mereka. Sengaja tidak ingin menyebut gelaran ‘datuk’ di pangkal nama Haykal. Apalah sangat gelaran tukan? Kalau TN HJ seperti abi dan atoknya logilah juga. Malah bangga lagi nak sebut. Datuk hanya dunia saja. Haykal memberikan senyuman dan menundukkan wajahnya tanda hormat. Begitu juga Aira. Pn.Lily turut tersneyum namun mengerutkan dahinya.


            “Lu jangan tipu sama wa Andra. Bila masa lu pregnant?” Soal Pn.Lily hairan. Dilihatnya anak yang Andra katakan tadi sudah besar panjang. Baru sebulan Andra tidak ke nursery nya sudah ada anak? Lagi pula gadis itu setiap bulan pasti ada datang ke nursery nya. Tak pula besar perutnya. Lalu, Haykal di sisi Andra pula dipandang. Orangnya sedikit berumur. Namun, wajahnya kelihatan kacak sekali. Pandai Andra memilih suami. Tentang umur tak kisahlah. Bagi sesetengah orang, yang berusia itulah yang banyak duitnya. Hahaha.


            “Alarh. Anak ekspress lorh auntie.” Balas Andra dan tergelak. Tahu yang Pn.Lily pening memikirkan hal tersebut. Spontan Pn.Lily turut tergelak. Mulai faham maksud Andra. Tak sangka pilihan gadis yang pernah diminati oleh anaknya itu adalah seorng duda yang punya anak satu. Tapi, di zaman kini, usia bukanlah penghalang bagi cinta.


            “Okay! Okay! Wa faham. Wa faham. Congrates hah. Lu jaga ini Andra baik-baik. Manyak yang minat sama ini amoi. Wa punya anak juga suka sama dia hah.” Balas Pn.Lily dan menepuk-nepuk bahu Haykal. Haykal hanya tersenyum nipis sahaja. Nak juga ke bagitahu yang anak dia sukakan isteri Haykal? Huh.


            “Thanks Pn.Lily. I will.” Balas Haykal dan tersenyum. Isterinya di sisi dipandang. Andra yang sedang tergelak bersama Aira itu benar-benar kelihatan comel. Tak hairanlah jika ada yang berminat dengannya.


            “Mari. Mari. Wa kasih tunjuk sama lu itu wa punya kaktus baru. Lu pasti suka.” Balas Pn.Lily dan membawa Andra ke bahagian yang menempatkan pokok kaktus. Andra tersenyum dan anggukkan kepalanya. Haykal dan Aira di pandnag.


            “Sekejap ya, saya nak ke sana dulu dengan Andra. Ah Chong! Sini!” Jelas Andra kepada Haykal dan memanggil Ah Chong anak kedua Pn.Lily yang berada tidak jauh dari mereka.


            “Apa Andra? Lu mahu bagi wa phone number ka?” Sakat Ah Chong.


            “Choi! Banyaklah lu punya phone number.” Balas Andra tergelak dan menampar tangan Ah Chong. Ah Chong yang memakai kaca mata putih yang besar dan sedikit jonggang itu tergelak. Amboih! Buruk bebenor ghuponya si Ah Chong ni. Hahaha.


            “Hahaha. Wa main-main sahajalah Andra. Tapi kalau lu mahu bagi wa terima saja.” Balas Ah Chong. Andra mengelengkan kepalanya. Ah Chong. Jika berjumpa dengannya pasti akan menyakatnya. Berbeza dengan Ah Lim. Anak pertama Pn.Lily. Seorang peguam dan wajahnya lebih kacak berbanding Ah Chong.


            “Banyaklah lu. Ni temankan husband wa tengok bunga rose ah.” Arah Andra. Spontan Ah Chong mengerutkan dahinya dan memandang lelaki di sisi Andra. Tak meyangka yang Andra dah berkahwin.


            “Lu sudah married?” Soalnya hairan. Andra tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Sudah.” Balas Andra.


            “Oh. Okay! Okay. Congrates ah.” Balasnya dan bersalaman Dengan Haykal.


            “Mari. Mari. Saya tunjukkan koleksi bunga rose kami.” Ajak Ah Chong dan berjalan menuju ke sebelah kanan mereka.


            “Jangan nakal tau!” Sakat Andra nakal dan mengeyitkan matanya kepada Haykal. Haykal hanya gelengkan kepalanya dan mengikut jejak Ah Chong. Namun, di dalam hati tengah panas sebenarnya. Boleh pula Andra bertampar dengan lelaki bukan muhrimnya di hdapan suami sendiri. Huh!


            “Jom sayang.” Ajak Andra kepada Aira dan menarik tangan aira menuju ke kawasan yang menempatkan pokok kaktus.








***CINTA ENCIK DUDA****




 Gymnocalycium Minahovichii




AKU tersenyum memandang kaktus jenis Gymnocalycium Minahovichii yang berada di tanganku. Cantik sekali. Entah kenapa, sejak kecil aku gemar akan kaktus berbanding bunga-bungaan. Pelik. Tapi inilah aku. Kaktus aku ibaratkan diriku.


            “Kenapa kaktus?” Soal suara garau pak cik dari belakangku. Spontan aku berpaling dan mengangkat wajahku memandangnya yang santai memasukkan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans nya. Erk! Satu yang aku perasan. Colour baju kami sama engkau! Merah mengalahkan gincu merah Mak Temah kat kampung atok! Hahaha.


            “Kenapa bunga rose?” Soalku kepadanya kembali dan kembali memandang kaktus di tanganku.


            “Kena bagitahu sebab ke?” Soalnya padaku. Aku tersenyum sinis.


            “Setiap benda di dunia ni ada sebabnya dicipta Datuk Megat Haykal. Seperti kita diciptakan oleh Allah Swt. Seperti hawa yang diciptakan demi melengkapi adamnya. Seperti mata dicipta untuk melihat dan seperti internet dicipta untuk mudah mencari maklumat. Semuanya ada sebab pabila dicipta. Bukan hanya suka-suka sahaja. Kenapa kita dicipta dan mengapa. Pasti ada sebabnya. Begitu juga dengan bunga rose. Kenapa awak minat dengan bunga rose tu? Sebab apa?” Jelasku sinis.


            “It’s simple Datin Andra Tihamiey. It’s because rose is beautiful and smells good. I like it.” Balasya padaku. Aku tergelak dan berdiri mendekatinya. Gymnocalycium Minahovichii yang berada di tanganku aku tunjukkan padanya.


            “So, apa pendapat pak cik bagi kaktus ni?” Soalku padanya dan menjungkitkan keningku. Dia memandangku hairan dan memandang tajam pada kaktus ditanganku.


            “It’s boring. There’s nothing special actually. Tak ada apa yang nak dikatakan mengenai kaktus ni. Banyak duri adalah.” Balasnya padaku. Aku tergelak sinis.


            “Kenapa ketawa? Apa yang lucu?” Soalnya hairan.


            “Yah. Cactus tak secantik rose. Rose cantik. Bunganya mempunyai pelbagai warna dan ianya harum. Tapi, itu dipandangan mata pak cik dan orang lain. As for me, bunga rose ni melambangkan kesombongan,hati yang busuk dan gemar berprasangka buruk.” Balasku padanya.


            “Arh?” Soal pak cik hairan. Wajahnya agak tercengang dengan jawapanku. Aku tersenyum.


            “Kehidupan bunga mawar, tidak pernah mampu memandang siapa sebenarnya diri. Akibat terlalu buta dan gelapnya daerah hati, maka terpandanglah diri lebih baik dan lebih sempurna dari diri orang lain. Tidak disadari diri ternyata lebih tidak berarti bahkan lebih buruk atau kotor daripada yang diprasangkai. Begitulah cara si bunga mawar menutupi keburukan dirinya. Begitulah juga manusia…. Tanpa kita tahu, setiap bunga yang kita gemarkan kadang-kadang juga melambangkan sikap keperibadian kita.” Balasku padanya sinis dan memandangnya dari atas ke bawah. Dia mengetap bibir.
           

            “Okay. I get it know. So, what about cactus? What’s so special about this cactus sehinggakan awak begitu berminat dengannya dan tidak memandang bunga lain?” Soalnya sinis kepadaku kembali. Aku tersenyum dan memandang kaktus yang berada di tanganku….







***CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL mengambil angin malam di taman miliknya. Tubuhnya yang didudukkan di atas kerusi taman dikemaskan agar selesa. Kaca mata putihnya dibuka dan diletakkan di atas meja taman dan begitu juga dengan buku agama yang dibacanya. Buku agama yang berjudul " JALAN MUDAH MENGGAPAI HIDAYAH - 40 Prinsip Agama karya Imam Al-Ghazali itu dibacanya kerana buku tersebut mengisahkan megenai 40 Prinsip Agama itu meliputi ILMU dan AMAL. Amal pula terdiri daripada Amal Lahiriah dan Amal Batiniah. Manakala, Amal Batiniah pula terdiri daripada Penyucian dan Penghiasan. Amat berguna sekali untuk penambahan ilmu agama yang ada di dada.


            “Rose…” Sebutnya perlahan dan memandang bunga rose rona putih yang diletakkan di atas meja taman. Kelompak bunga rose disentuh. Hidung mancungnya perlahan-lahan didekatkan pada bunga rose tersebut dan dihidu bau harumannya. Entah kenapa dia gemarkan bau haruman rose. Namun, sebentar Cuma dia teringat kembali perbualannya dengan Andra mengenai kisah bunga mawar dan kaktus tadi siang di Nursery Lily.




SEMUA tumbuh-tumbuhan dan pokok tumbuh berkembang ketika musim bunga. Ada sebatang pokok bunga mawar sedang mengeluarkan sekuntum bunga yang cantik berwarna merah.


"Wah, cantiknya bunga mawar itu. Aku teringin sekali untuk jadi seperti dia" kata pokok pine.


"Alahai pokok pine, janganlah kamu bersedih. Kita tidak selalunya dapat apa yang kita inginkan" kata pokok merbau.


"Nampaknya akulah yang paling cantik sekali di dalam hutan ini" kata bunga mawar merah dengan megahnya.


"Kenapa kamu berkata begitu? Di dalam hutan ini masih banyak pokok lain yang cantik dan kamu cuma salah satu daripadanya" kata bunga matahari yang berwarna kuning.


"Aku nampak semua pokok melihat dan mengkagumi aku. Cuba lihat pokok kaktus itu, sungguh hodoh sekali dipenuhi dengan duri" kata bunga mawar.


"Hai bunga mawar merah, jangan cakap begitu. Kamu pun berduri juga. Kecantikan itu bergantung kepada mata yang memandang" kata pokok pine.


"Aku fikir kamu mempunyai citarasa yang bagus. Aku fikir kamu menyukai dan mengkagumi aku. Tapi rupanya kamu tidak tahu makna kecantikan. Kamu tidak boleh bandingkan duri aku dengan duri pokok kaktus itu" kata bunga mawar dengan nada yang marah kepada pokok pine.


"Wah, sombong dan megahnya dia" kata pokok-pokok lain sesama sendiri.



Bunga mawar merah cuba menjauhkan dirinya dari pokok kaktus tersebut tetapi tidak berjaya. Akarnya kuat mencengkam tanah. Hari demi hari berlalu, bunga mawar merah asyik terpandang pokok kaktus itu dan setiap kali terpandang, dia menghinanya.




"Pokok yang tidak membawa kebaikan langsung, hodoh. Nasib aku tidak baik kerana terpaksa berjiran dengan kamu" kata bunga mawar merah.


"Tuhan tidak menciptakan sesuatu tanpa ada kebaikan dan kegunaannya. Aku percaya, Tuhan jadikan aku begini tentu ada sebab dan manfaatnya" kata pokok kaktus kepada bunga mawar merah. Dia sedikit pun tidak berkecil hati dengan penghinaan bunga mawar merah seriap hari.


Musim bunga berlalu dan tiba musim panas. Kehidupan di hutan itu menjadi sukar. Semua pokok dan tumbuh-tumbuhan serta binatang memerlukan air tetapi hujan telah lama tidak turun. Bunga mawar merah menjadi layu.


Pada suatu hari, bunga mawar ternampak seekor burung pipit membenamkan paruhnya ke dalam pokok kaktus dan kemudian terbang dengan segar sekali. Kejadian itu menghairankan bunga mawar merah. Dia bertanya kepada pokok pine tentang kejadian itu. Pokok pine menerangkan bahawa burung pipit tersebut mendapatkan air dari pokok kaktus tersebut;


"Tidakkah itu akan menyakitkan bila burung pipit membuat lubang pada pokok kaktus itu" tanya bunga mawar merah.


"Ya, tapi pokok kaktus tidak sanggup melihat burung pipit itu kehausan" jawab pokok pine.


"Pokok kaktus mengandungi air?" tanya bunga mawar merah lagi. Kali ini dia betul-betul terkejut.


"Ya, kamu pun boleh mendapatkan air daripadanya. Burung pipit boleh membantu kamu mendapatkan air jika kamu minta tolong dari pokok kaktus itu" kata pokok pine.


Bunga mawar merah berasa sangat malu dengan penghinaannya terhadap pokok kaktus selama ini tapi dia sangat memerlukan air. Akhirnya dengan perasaan kesal dia meminta pertolongan dari pokok kaktus. Pokok kaktus dengan senang hati menolong bunga mawar merah. Dia meminta burung pipit membawakan air dan menyiram pokok mawar merah tersebut. Bunga mawar merah mendapat pengajaran dari kejadian itu. Dia tidak lagi menghina mana-mana pokok yang ada di hutan itu.



            Haykal tersenyum dan gelengkan kepalanya. Sejujurnya, dia tidak meyangka yang Andra mampu berfikiran matang seperti itu. Mampu melihat sisi lain kaktus tersebut. Sedangkan dia? Benar kata Andra.


            “Tak semestinya yang cantik itu akan cantik di dalamnya. Biar hodoh di luar asalkan cantik di dalam…”


            Amat mendalam sekali maksudnya. Haykal tersenyum. Kaktus. Ianya diibaratkan Andra. Kaktus dapat tumbuh pada waktu yang lama tanpa air. Begitu juga Andra. Baginya air itu terbahagi kepada dua. Iaitu Andra bisa hidup tanpa lelaki disisinya dan tanpa bantuan orang lain untuk meneruskan hidup. Dia bisa berdikari untuk mendapatkan apa yang diinginiya dan berdikari untuk hidup.


            Bagi sebahagian orang mungkin kaktus tidak indah, namun sebenarnya kaktus sangat indah dan unik. Sebagian besar bunga orang mungkin belum mengetahui keindahan dan keunikan dari bunga kaktus. Begitu juga dengan Andra. Sebahagian orang boleh mengadilinya luarannya. Namun, mereka tidak tahu akan kelebihan di dalamnya. Seperti Haykal sendiri. Melalui luaran sikap Andra. Orangnya cantik dan hyperactive. Namun, di dalamnya. Andra adalah gadis yang baik, telus, pandai memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Jika pada pandangan pertama pasti orang akan menganggap gadis itu orangnya hanya tahu berdandan cantik sahja. Namun, mereka tidak tahu bahawa Andra juga suka memasak. Itulah Andra si kaktus comel.


            Sebahagian orang juga, mungkin jarang melihat kaktus berbunga kerana kaktus memang jarang sekali berbunga, bahkan kaktus memerlukan waktu hingga puluhan bahkan ratusan tahun untuk sekali berbunga. Bunga kaktus itu disebut "SABRA". Kaktus hanya akan berbunga apabila ia merasa telah waktunya berbunga. Kaktus berbunga untuk menunjukkan eksistensinya sebagai tanaman yang juga dapat berbunga seperti tanaman bunga lainnya. Meski perjuangannya untuk berbunga sangatlah sulit karena habitatnya, namun hal itu sepadan dengan keindahan bunganya yang sangat memukau. Bunganya yang beraneka warna menambah keindahan bunga yang memiliki batang berduri ini. Di balik morfologinya yang kurang menarik kaktus memiliki bunga yang sangat indah.


            Begitulah juga dengan Andra, Andra mungkin saja susah untuk jatuh cinta. Andra amat susah untuk jatuh cinta dan memerlukan waktu untuk jatuh cinta. Namun, pabila dia sudah jatuh cinta Andra akan mencinta dengan telus dan sejujrunya seperti mekarnya bunga kaktus. Mungkin juga kelebihan Andra sukar dilihat oleh sesetengah orang. Namun, pabila dilihat. Orang bisa jatuh cinta padanya.


            Sebahagiaan orang mungkin tidak tahu bahwa kaktus mempunyai duri kerana ianya bisa melindunginya dari musuh. Begitu juga dengan Andra. Walau dia lincah dan nakal. Akan tetapi, dia sukar didekati dan disentuh. Maruahnya sebagai seorang wanita dijaga dengan baik sekali. duri-durinya menjadi benteng kepadanya.


            Haykal tersenyum,bagaimana dia boleh memberi tanggapan yang salah kepada kaktus? Sedangkan kaktus mempunyai banyak kelebihannya? Andra. Benar-benar membuatkan dia tersedar. Jangan sesekali membuat anggapan salah kepada orang kerana kadang-kadang mata boleh menipu…







B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





************************************************






ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES J






Toink!








Toink!








Toink!









Hahaahhaha J







Hi ladies!





How was the story? Best? Interesting? Romantic? Boring? Hahahaha. J Once again, aku nak meminta maaf kerana lambat update. Seperti yang aku khabarkan semalam. Aku agak busy beberapa hari ini. Namun, aku akan tetap update CED. Tetapi! Masanya tak tentu okay. That’s why aku bagitahu aku busy. Aku harap uols faham. L Aku belum sempat rehat dah edit CED. See! Betapa baiknya aku. Hahaha. Okay! Okay! Abaikan kesengalan aku di situ. Ngehngehngeh! Tapi betullah. Kesian tau aku L Hukhukhuk.




CED BAB 8? Hahaha. Aduhai. Aku rasa aku suka bab ni. Aku suka time Andra dikejar oleh anjing jenis bulldog. Aku suka time Andra dipulas telinga dan aku suka dengan cerita bunga mawar dan kaktus J Uols??? Hehehe. Sudah terjawab yang Heliza itu adalah lecterur Andra. Hehe. Siapa betul? Hahaha. J Macam-macam uols teka eh. But I love it. Kreatif uols ni. Hehe. Oh yarh. Malam ini aku tidak akan tinggalkan uols dengan tanda Tanya. Lama-lama boleh sakit gak jantungkan. Hehe. Takpe. Malam ni kita rehatkan jantung awak eh J Peace yaw!




Oh ya, thanks pada yang sudi menunggu CED ni. Dari ke pagi hingga ke malam. Juga kerana sanggup tunggu walaupun aku late update. Thanks uols for your support J Much appreciated it! Tak tahu nak balas macam mana J T H A N K S sayang… Sorry juga sebab aku late update. L



Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 8  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J




Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Much appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J






Till then,







Sincerely,


33 comments:

  1. OMG dear..
    seriously sya sgt suka kaktus & tq sbb andra jga suka kaktus dear..:-).anggapan sya terhadap kaktus lbh kurang cam andra tu..dan org jga slalu tanya sya:WHY MUST KAKTUS??...jwpnya TANYA SAMA HATI & MINDA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI mbai
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe wow! you're so interesting dear =)
      betul tu dear =)
      hanya org yg minat kaktus akan faham apakah keistimewaan kaktus =)

      Delete
  2. Betul la tekaan saya...Ratu, harap2x next entry akan ada lbh banyak scene between Datuk Haykal and Datin Andra.... hehehehe... Queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Queen
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      Betul ke dear?
      Nah! gulagula!
      hekhekhek =)
      i will dear =)
      thanks ya

      Delete
  3. Oit... Mmg dr pgi smp mlm asyk jeguk cni... Xsbr pye psl..n3 awsk smua nya best xmgecewakan kalo tpksa tgu lama..terbaik... Gud luck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI EIJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      Ye ke dear?
      sorry m late. hehe. kesian awak
      Alolorh. kite terharu =)
      Hehehehe
      T H A N K S syg =)

      Delete
  4. teruja ngn citer cactus..superb!!!
    datin andra y sexy n cantik...datuk heykal dok telan air liur je..ble nk jadik real istri ni..x sabo dk tunggu...n ble datin kite nk change skit personalty as datin ni..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NIJA_JAJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      Hehe ye ke dear?
      me too. bestkan? hehe =)
      haha datuk haykal telan air liur jelah dulu. sbrrrrr. hehe. kena perlahan2 dulu. hehe.
      personality tu kenalah tgu. datin andra kita sungguh liat orangnya hahaha

      Delete
    2. nnt da settle sume...may b tyme 2 datin kite sampai seru kot....
      nk sexy mexy dpn datuk je tyme 2...baru lah x kuar p opis datuk....nak2 plak aira akan dpt adik....lagi super duper cyg kt mommy dia 2...kikiki

      Delete
    3. Hahahaha
      mahunya datuk x kuar kerja!
      dok berkepit ngan wife je hehehe =P

      Delete
  5. Ratu, so sweet Datuk dengan Andra. Cerita ni sungguh sweet lain dari yang selalu. Itu yang membuatkan saya tak sabar nak baca the next entry hehe. Saya dah bosan membaca cerita yang dipenuhi air mata dimana heroin adalah wanita yang teraniaya dan lemah.... I like watak Andra yang lebih melambangkan wanita sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      hehe sweet kan dear =)
      T H A N K S dear
      aouch! rasa terharu bc comment awak =')
      Hehehe Andra mmg spt cactus hehe

      Delete
  6. best2!! terbaik r..!!!
    suwit jer andra n mgt!!
    hwaiting !!!!!!! ^_^_^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LYLEA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      hihihi T H A N K S cyg =)
      awak pun sweet juge =)
      hehe hwaiting dear

      Delete
  7. Best......bnyk yg minat datin andra????..hykal do something hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HANI
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      Hahahaha banyakkkkk~
      hahaha =)
      yap! go haykal! hehe

      Delete
  8. Best......bnyk yg minat datin andra????..hykal do something hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HANI
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      Hahahaha banyakkkk~
      hahaha =)
      yap! go haykal! hehe

      Delete
  9. Aaaw.... Sweetnya bila pokcik melindungi Andra drp digigit oleh "Gan"....

    Bilalah agaknya pokcik superhero akan terserempak dgn Alex yg mengganggu wifey nya itu?

    Oooo.... Heliza tu lecturer Andra rupanya...

    Harap2 Andra still maintain personaliti happy go lucky and fun walaupun dah bergelar datin. Datin funky gitu tetapi yg penuh berhemah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABES
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hehehe sweet kan dear. Gan? Huh. geli air liur dia hehe

      Hahaha agak2 next n3 eh. hehehehe =P

      a'ah dear. lecturer andra =)

      betul tu dear. jarang tgk datin muda. hahaha =)

      Delete
  10. aduh..x puas..nak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABES
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      Hahahahah hwaiting ya dear =)

      Delete
  11. kelakar pula bila Andra dikejar bulldog, nasib baik hero
    ada menyelamatkan dari digigit. Bila agakanya Andra akan
    jatuh cinta pd Abang Haykal ye... Ratu nak lagi jgn lupa
    sambung ye... tak kiralh lambat ke cepat ke janji ada n3
    baru ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANOR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      hahahah mmg kelakar dear. padan muke nakal sgt hehe
      haha tang tu kena tgu next n3 bru dpt tahu bila andra akan jatuh cinta pd abang haykal =) hehe

      OH my anor!

      u r d best!!!

      hehe

      T H A N K S syg

      awak faham saya sgt hehe =)

      Delete
  12. andra blh pulak g joging sorg2 tanpa teman 2 yg terjumpa en gan ....
    x pasal2 jd maraton...
    nasib baik pakcik smp on time
    selamt andra dr en gan...
    wah best la pakcik dapat pelukan dri andra...
    andra mesti x perasan kan yg dia peluk pakcik
    blh pulak andra cemburu ngan mia
    pakcik suka ros.........andra suka kaktus
    betul la kadang2 bunga juga melambangkan perihal dri....
    nak entry yg best2 lgi.....
    alex 2 campak kat laut je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hahaha tulah pasal.
      nakal sgt!
      hehehe

      andra dah takut sgt thats y xsdr tga peluk pak cik. hehe =)


      hahhaa mia tu kannnnnnnn.... tgu next n3 ya. =) hehehehe

      hehe betul dear.
      tpikan if ada yg minat dgn bunga tahi ayam tu mcm mna eh? tertanya ni. hehehe =)


      hahaha sayeerrr sokong!


      haha hwaiting 4 d next n3 dear

      Delete
  13. Alaaa~ Tak betul lah tekaan saya. Tetttt! :p How sweet Andra kena kejar bulldog kahkahkah. Bila lah andra nak pregnant ne ratu? :p hahaha amboii ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABES
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear
      Hahahaha tetttt!!!!
      awak gagal! hehehe =)

      xpe next n3 teka lagi yer hehe =)

      hahah sweet? nakal tau! haha

      amboih engkau! awal sungguh syg =) hehe

      Delete
  14. haykal cemburu sbb ramai yg minat kt Andra..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      hahahaha
      mahunya xcmburu
      wife dah cntik sgt dah hehe

      Delete
  15. Hi...Nadine best rrr... x sabau nk tgu nt n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Hehehe
      T H A N K S dear =)

      Hwaiting 4 d next n3 n jgn lupa follow CED ya =)

      Delete