Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Monday 2 July 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 14








CINTA ENCIK DUDA BAB 14





Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka
(Diriwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri)







AKU balik dari butik ummi dengan azam yang baru. Azam untuk menjadi isteri yang terbaik buat pak cik. Mungkin, aku punya kelemahan dan kekurangan. Tetapi, In Shaa Allah. Aku akan cuba perbaikinya sedikit demi sedikit. Seperti yang ummi katakan, tidak salah berubah kepada kebaikan.


            Pak cik yang dibukakan pintu keretanya oleh abang Farid aku sambut denagn senyuman manis di hadapan pintu. Wajahnya kelihatan lemah. Pasti penat seharian bekerja. Aduhai. Lamanya aku abaikan tanggungjawab yang satu ini. Menunggu suami di hadapan pintu tatkala suami balik dari kerja. Itu yang ummi lakukan selama ini. Walau jam berapa sekalipun abi balik dari kerja. Pasti ummi kan setia menunggu abi di hadapan pintu rumah dan memberikan senyuman manis buat abi. Sehingga saat ini ummi pastikan lakukan tugasnya itu. Betapa baiknya seorang isteri seperti ummi. Nasihat ummi tadi masih segar diingatanku dan kan ku sematkan di dalam hati ini.


            “Assalamualaikum wbt…” Sapaku padanya dengan senyuman manis. Dia yang baru tiba di hadapan pintu kelihatan terkejut. Pastilah terkejut melihat isterinya yang nakal ini tiba-tiba menanti dan menyambutnya di hadapan pintu rumah. Namun, seketika bibirnya mengukirkan senyuman buatku. Aduhai. Walaupun tengah penat dia masih bisa mengukirkan senyuman manisnya. Tangaku aku hulurkan dan dia menyambutnya. Setelah itu kedua-dua pipinya ku kucup dan di balas dengan kucupan hangatnya di dahiku.


            “Walaikumsalam wbt…” Balasnya pada dan memberikan briefcase nya padaku pabila aku meminta. Aku mengikut pak cik yang menapak masuk ke dalam bilik kasut yang menempatkan segala kasut di rumah ini. Dia dudukkan dirinya di kerusi panjang yang disediakan.


            “Eh. Kenapa awak duduk kat lantai? Duduk sebelah abang sayang. Kotor tu…” Soal pak cik hairan dan menepuk tempat duduk di tepinya. Aku hanya tersenyum dan gelengkan kepala. Taklah kotor lantai ni. Aku rasa takkan sempat nak kotor disebabkan kak Lina yang rajin membersihkan rumah ini. Pantang rumah kotor sedikit pasti kak Lina lah yang akan membersihkannya.


            “Tak apa.” Balasku pendek dan cuba membuka kasutnya. Namun, sekali lagi pak cik menegah dan menarik tanganku. Mengerutkan dahi aku dibuatnya.


            “Sayang… Please. Jangan buat abang macam ni. Abang boleh buka sendiri. Please. Berdiri.” Rayunya padaku. Aku tersneyum dan meleraikan tangannya dari tanganku dan kembali menarik kakinya yang tersarung kasut kulit hitam yang mahal itu.


            “Saya isteri. Patut layan suami. Ini tugas saya…” Balasku padanya dan membukakan kasutnya walaupun dia cuba menghalang. Pabila kasut sebelah kananya sudah dibukan. Kakinya aku letakkan di atas peha dan bukakan stoking hitamnya penuh cermat. Geli? Kotor? Bau? Tiada! Untuk pengetahuan, pak cik lelaki metrosesksual. Menjaga kebersihan diri dan penampilannya. Setiap hari dia memakai stoking yang berlainan dan takkan di ulang. Kakinya juga tidak berbau. Jadi? Mana bau, kotor dan gelinya? Sebagai isteri, jika kaki suami kotor dan bau sekalipun, kita tetap harus melayan mereka. Kerna itu tugas kita. Yang bau dan kotor itulah yang menentukan syurga kita.


            “Abang tahu. Tapi awak bukan hamba abang. Abang tak nak awak buat macam ni.” Balasnya dan menarik kaki kirinya pabila aku ingin membukaka kasut di kaki kirinya pula. Aku mengeluh dan memandangnya.


            “Biarlah… Cukuplah kalau pak cik tahu yang saya bukannya hamba pak cik. Saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Nanti tak jalankan tanggungjawab ni baru tahu!” Balasku geram dan menarik kakinya kembali. Membukakan kasut serta stokingnya.


            “Tapi…” Dia ingin membalas namun terhenti pabila aku merenungnya tajam. Hah! tahu takut bini!


            “Diam.. Nanti ada yang makan stoking ni..” Amarahku padanya dan menyambung kerjaku. Dia hanya mendiamkan dirinya dan merenungku. Aku hanya tersenyum di dalam hati.


            Setelah siap membukakan kasut dan stokingnya. Aku berdiri dan menghampiri rak kasut yang dikhaskan buatnya. Rak ditarik dan kasut diletakkan cermat. Setelah itu stoking pula aku simpankan di bakul yang disediakan untuk menyimpan stoking kotornya.


            “Okay done! Jom..”  Aku menarik tangannya agar berdiri dan dia hanya menurut.


            Sambil berpimpin tangan kami menaiki tangga ke tingkat atas. Mak Yam dan kak Lina yang berada di living room hanya tersengih memandang kami pabila aku mengenyitkan mata pada mereka.







***CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL hanya diam memerhati wajah ceria isterinya itu. Kenapa? Itu yang berlegar di mindanya. Kenapa Andra berubah laku sebegini drastic? Selama ini isterinya itu tidak pernah menantinya di muka pintu sekiranya dia balik. Namun, hari ini? Selama ini, isterinya itu tidak pernah membukakan kasut dan stoking buatnya. Namun, hari ini? Pelik! Seribu kali pelik.


            Haykal merenung wajah isterinya yang sedang membukakan kot hitamnya itu. Dia hanya menurut dan membiarkan. Andra membuat seperti biasa sahaja. Sekali pandang isterinya berlagak biasa. Namun, pabila diamati. Entah kenapa HAYKAL merasa isterinya itu seperti ingin mengodanya. Lihat sahaja caranya membukakan neck-tie Haykal. Perlahan,lembut dan mengoda. Lirikan mata isterinya yang manja dan mengoda itu membuatkan Haykal terbuai. Jemari runcing Andra yang senagaja dimainkan di dada serta lehernya membuatkan Haykal meneguk liur dibuatnya.



            “Penat?” Bisik Andra lembut dan merenung mata suaminya sambil membukakan butang baju kemeja Hyakal. Di luar nampak tenang. Namun, di dalam. Huh! Dup dap dup dap hatinya menahan debar pabila jemarinya mendarat di dada sasa suaminya. Siap tolong bukakan kancing butang baju lah pula. Malu gila! Namun ditahan. Dah jadi laki engkau! Wajib engkau layan!


            “Tadi penat. Sekarang dah tak penat bila nampak isteri abang yang cantik ni…” Balas Haykal bermulut manis dan tersenyum. Entah kenapa sikap romeonya tiba-tiba keluar. Yang dia tahu hatinya merasa tenang dan lelahnya hilang pabila dilayan oleh isterinya yang cantik itu. Terasa dimanjai dan disayangi. Andra tersenyum kecil dan menjeling suaminya manja. Sweet talker rupanya di dalam diam Datuk Megat Haykal kita ni. Hehehe.


            Andra meneguk liuarnya pabila jemari runcingnya membuka baju kemeja suaminya dna menapakkan susuk tubuh Haykal yang sasa itu. Matanya jatuh pada six pack suaminya. Astagfirullah’alazim! Mahu saja dia terpengsan di situ. Ini ke yang Haykal ternak selama ini? Jogging dan gym? Mak ngaih! Patutlah….


            “Errr. Jom…” Ajak Andra pabila tersedar yang dirinya sedang mengusha tubuh suami sendiri. Haha. Nampak sangat gatalnya! Hehe. Haykal mengerutkan dahinya.


            “Nak ke mana?” Soalnya hairan namun mengikut jua .


            “Mandi…” Jawab Andra pendek dan membuka pintu bilik air. Berkerut dahi Haykal dibuatnya. Namun, seketika bibirnya mengukirkan senyuman nakal dan memandang susuk tubuh isterinya dari belakang. Takkanlah Andra nak mandi bersama dengannya? Biar betul! Ini bukan setakat durian runtuh lagi. Tapi  kelapa runtuh dah!


            “Ouch!” Rungut Haykal dan mengosok dahinya yang ditepuk Andra. Wajah isterinya yang menjeling geram itu dipandang.


            “Amboi… Jangan nak fikir yang bukan-bukan eh. Maksud saya pak cik yang akan mandi. Bukan saya. Dah cepat masuk. Nanti bila dah buka seluar dan masuk kat dalam tab ni pak cik panggil Andra ya…” Balas Andra geram dan menolak tubuh suaminya masuk ke dalam bilik air sebelum keluar. Gila nak tengok HAYKAL buka seluar! Mahunya dia pengsan di situ!


            Haykal yang melihat puntu bilik air yang sudah ditutup menandakan Andra sudah keluar itu tersenyum kecil. Kepaalanya digelengkan. Tulah. Imagine lagi yang tak tentu. Kan dah kena sound dengan wife sendiri. Haha.


            Haykal mendekati tab mandi. Baru perasan yang keadaan bilik tidur dan bilik mereka berubah suasana. Bilik air mereka kini kelihatan lebih romantic. Bau haruman bunga rose yang mengharumkan bilik air tersebut membuatkan Haykal merasa tenang. Tab mandi yang dipenuhi bunga rose merah dan lilin ditepinya membuatkan Haykal tersenyum.




            “Nak goda aku ke apa?” Bisiknya perlahan. Tengok saja cara Andra melayan dan menghiasi bilik air ini. Kelihatan amat romantic dan mencairkan hati lelakinya. Coba saja mereka berkahwin kerana cinta. Mahu dia dan Andra berada di dalam tab mandi tersebut. Haha. Sekali lagi Haykal mengelengkan kepalanya otaknya mulai memikirkan benda yang tidak baik. Ditepuk dahinya agar kembali ke reality.


            Setelah membuka seluarnya Haykal memasuki tab mandi dan membaringkan dirinya di dalam tab mandi yang dipenuhi sabun aroma haruman rose dan terdapat kelompak bunga rose yang sengaja diletakkan di atasnya. Haykal membaringkan kepalanya di tepi tab mandi. Matanya dipejamkan. Terasa lega. Seharian bekerja dan balik-balik sahaja dilayan seperti ini oleh isterinya. Mahunya dia terasa bahagia. Penat entah hilang ke mana.


            “Pak cik! Dah ke?” Jerit Andra dari luar bilik air. Spontan Haykal kembali membuakkan matanya dan memandang ke pintu bilik air. Bibirnya spontan mengukirkan senyuman.  Terlupa yang isterinya yang cantik jelita itu sedang menunggu diluar. Haha. Aduhai. Macam mana boleh lupa.


            “Dah.. Sayang masuk saja.” Balasnya dengan suara yang sedikit dikuatkan agar Andra dapat mendengar. Pabila kedengaran suara pintu dibuka. Pantas sahaja mata Haykal memandang ke arah pintu. Kelihatan isterinya yang tadi memakai dress pendek rona merah dan bertali nipis itu sudah menyanggul tinggi rambutnya. Meneguk liur Haykal kembali. Teringat kembali adegan mesra mereka semalam. Kelihatan leher jinjang itu ada kesan kemerahan. Pastilah kerjanya. Haha.


            Andra yang menapak mausk ke dalam bilik spontan terasa wajahnya disimbah minyak gas pabila melihat susuk tubuh suaminya yang berada di dalam tab mandi itu. Taklah nampak semuanya. Bahagian dada dan bahunya sjaa. Namun, baginya yang tidak pernah melihat tubuh lelaki secara lansung selama ini. Spontan dia merasa malu. Selama ini abi dan alongnya tidak gemar tidak memakai baju di rumah. Jika terasa panas dan rimas sekalipun mereka memakai singlet sahaja.


            Andra hanya membuat bisa dan mendekati suaminya. Didudukkan tubuhnya di tepi tab mandi. Wajah Haykal yang merenungnya dipandang. Bibirnya mengukrkan senyuman kecil pabila melihat dada suaminya ada kesan merah sepertinya. Aduhai! Boleh tahan nakalnya dia semalam. Hahaha. Haykal yang perasankan renungan mata isterinya ke dadanya spontan turut sama memandang dadanya. Bibirnya mengukirkan seyuman. Mujur saja Andra membuatnya di dada. Cuba jika di leher seperti isterinya itu? Andra senanglah. Boleh mamakai skaf ke apa. Dia? Dahlah bekerja dan berjumpa dengan pelbagai orang. Mahu dia termalu sendiri. Haha.


            “Suka dengan hasil kerja awak?” Soal Haykal nakal dan kenyitkan matanya. Spontan Andra mencebir bibirnya.


            “Tak suka! Tak fair lah. Saya kat leher….” Rungut Andra dan meraba lehernya. Haykal tersenyum dan memegang jemari isterinya. Dikucup lembut jemari itu.


            “Abang on je kalau nak adilkan…” Balas Haykal selamba dan spontan Andra mencubitnya.


            “Eee. Gatal!” Balas Andra geram. Haykal tergelak.


            “Kata tak adil, jadi abang adilkanlah yang…” Sakatnya kembali. Andra menjengilkan matanya. Kalau melayan Haykal sampai ke esok tak habisnya. Andra kembali berdiri dan dudukkan dirinya di belakang Haykal. Perlahan-lahan jemarinya mendarat di bahu suaminya. Okay! Kena mengaku yang dia rasa berdebar. Gila tak berdebar!


            Haykal yang persankan perlakuan isterinya itu tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia baringkan kembali kepalanya di tepi tab mandi dan memandang isterinya. Wajah polos itu kelihatan cantik sekali. Pabila difikirkan kembali. Sepadankah dia dengan Andra?


            “Kenapa?” Soal Andra lembut dan menunduk mamandang suaminya. Hairan pabila melihat wjaha kacak itu seperti mengelamun. Tangannya perlahan-lahan mengurut bahu suaminya. Ingin  menghilangkan rasa penat Haykal. Tak salahkan manjakan suami sendiri? Dari dia manjakan lelaki yang bukan muhrimnya. Lebih baik manjakan suami sendiri. Dapat pahala oh! Spontan Haykal tersedar dari lamunannya dan membalas renungan isterinya. Kepalanya diangkat dan baringkan di peha putih isterinya yang terdedah. Alang-alang Andra ingin memanjakannya. Biar mengambil peluang itu. Haha.


            “Abang ni sepadan ke dengan awak?” Soal Haykal. Pertanyaan Haykal itu membuatkan Andra tercengang. Berhenti urutannya pada bahu si suami. Namun, kembali disambungkan pabila Haykal memegang jemarinya agar terus meneruskan urutannya.


            “Kenapa pak cik soal macam tu?” Soal Andra hairan. Haykal tersenyum kecil.


            “Yalah.. Abang kan tua. Duda pula tu. Tak sepadan dengan awak yang muda dan berstatus bujang. Awak tak rasa rugi ke kahwin dengan abang?” Jelas Haykal dan menyoal Andra kembali. Andra mengeluh. Perlahan-lahan dia menundukkan wajahnya dan mencium lembut dahi suaminya. Haykal memjamkan matanya dan merasai ciuman hangat isterinya.


            “Jodoh itu datang dari Allah swt. Allah swt dah tetapkan jodoh kita dan Dia maha mengetahui apa hikmah disebalik qada' dan qadarnya. Andra tak rasa rugi pun kahwin dengan pak cik. Status hanyalah perkara kecil. Dara ke. Teruna ke. Duda ke dan janda sekalipun. Semuanya manusia biasa dan punya perasaan. Tak semestinya duda itu jahat dan tak baik. Begitu juga sebaliknya. Andra harus terima. Sama ada Andra mahu ataupun tidak. Andra harus terima dan redha. Cuma… Andra minta pak cik didik dan tegur Andra jika ada yang Andra lakukan adalah diluar batasan seorang isteri…” Jelas Andra lembut kepada suaminya. Haykal terkedu mendengar luahan hati isterinya. Andra benar-benar matang.


            “Isteriku Andra… Abang mungkin bukanlah lelaki idaman awak. Abang juga mungkin bukan cinta pertama mahupun lelaki yang awak cintai. Tetapi, percayalah. Walau tiada cinta di antara kita. Hati ni…” Balas Haykal lembut dan menarik jemari isterinya ke dadanya dan meletakkannya di situ. Andra hanya diam dan merenung wajah suaminya. Terasa dengupan lelaki itu. Membuatkan Andra terasa resah. Lebih-lebih lagi renungan suaminya.


            “Hati ini akan selalu berdegup kerana awak. Abang akan cuba untuk cintakan awak dan buat awak cintakan abang. Awak izinkan abang?” Soal Haykal lembut dan  mengusap pipi isterinya lembut. Andra menutup matanya pabila terasa usapan tangan kasar suaminya di pipi mulusnya.


            Andra membukakan matanya perlahan pabila terasa ciuman hangat suaminya singgah di bibirnya. Wajah kacak Haykal direnung dan begitu juga dengan Haykal. Membalas renungan mata isterinya. Perlahan-lahan bibir gadis itu mengukirkan senyuman. Entah kenapa, Haykal merasakan saat ini andra kelihatan begitu cantik dengan senyuman ikhlas sebegitu. Terpempam Haykal dibuatnya.


            “Andra izin….” Balas Andra lembut dan mengusap pipi suaminya. Spontan Haykal tersenyum lebar pabila mendengar kata-kata isterinya.


            “Alhamdulilah.” Balasnya dan tersenyum. Andra meneguk liurnya pabila Haykal mengangkat kepalanya yang dibaringkan di peha Andra dan mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya. Haykal merenung wajah isterinya dan perlahan-lahan bibirnya dicantumkan dengan bibir Andra. Andra yang pada mulanya terkejut mulai memejamkan matanya dan menerima ciuman hangat suaminya. Perlahan-lahan tangannya mula menjalar ke leher suaminya.


            “Datuk! Datin!”


            “Erk!” Spontan Haykal dan Andra pabila dia dan isterinya dipanggil.  Ciuman dileraikan dan mereka saling berpandangan.


            “Datuk! Datin!” Kedengaran suara Lina memanggil mereka kembali. Haykal mendengus. Terasa saat-saat indahnya bersama isteri terganggu. Andra pula mengetap bibirnya dan memandang suaminya yang mendengus geram itu. Mungkin terasa marah mereka diganggu.


            “Eh. Takpe. Biar saya yang tengok. Pak cik mandilah dulu. Saya dah sediakan baju dan seluar pak cik di atas katil ya.” Tegah Andra pada Haykal yang ingin berdiri. Spontan Andra berdiri dan membetulkan dress nya. Haykal kembali baring dan memandang isterinya. Senyuman yang terukir di bibir manis itu membuatkan Haykal spontan tersenyum.


            Andra memberikan senyuman manis buat suaminya dan mengenyitkan matanya nakal kepada Haykal sebelum mendekati cemin besar yang terdapat di dalam bilik air tersebut. Wajahnya di hadapan cermin dipandang dan ikatan rambutnya dibuka. Rambutnya diuraikan dan kesan yang terdapat dilehernya disembunyikan dengan rambut panjangnya. Haykal yang melihat perlakuan isterinya itu spontan tersenyum kecil. Pastilah Andra takut kesan itu dilihat.








***CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL  yang menapak ke living room utama mengerutkan dahi memandang Andra,Haniff,Heliza dan Mia yang sedang duduk di sofa. Namun, sebenarnya bukan itulah yang dihairankan sangat. Akan tetapi mini luggage yang berada di samping Mia.


            “Bro sorry ganggu…” Balas Haniff serba salah dan berdiri menyalam Haykal. Haykal menyambut salam Haniff gelengkan kepalanya.


            “Ganggu apanya. Kau ni.” Balas Haykal dan menepuk bahu Haniff. Haykal hanya menundukkan kepalanya sedikit kepada Heliza tanda hormta. Manakala, Mia pula menerpa ke pelukannya dan disambut oleh Haykal. Diangkat tubuh kecil Mia dan dicium pipi tembam Mia. Comel.


            “Uncle handsome! Mia rindu kat uncle.” Balas Mia dengan petah sekali. haykal tersenyum.


            “Uncle pun rindukan Mia juga.” Balas Haykal dan mendudukkan tubuhnya di sisi isterinya. Mia didudukkan di ribanya. Andra di sisi sempat dipandang dan mereka berbalas senyuman.


            “Aku nak minta tolong dengan kau ni bro.” Haniff memulakan bicara. Haykal menangkat wajahnya dari memandang Mia di ribanya dan memandang Haniff dan Heliza yang kelihatan gelisah. Keningnya dikerutkan.


            “Apa? Just say it.” Balas Haykal. Haniff mengaru leehrnya dan sempat memandang isterinya di sisi.


            “Err. Mak aku sakit kat kampung. So, aku dan Heliza kena balik kampung petang ni juga. Kalau kau dan Andra tak kisah. Aku nak minta korang tolong jagakan Mia dalam masa 2 dan 3 hari ni. Aku tak dapat nak bawa Mia sebab aku dan Heliza pasti sibuk menjaga mak aku. Kau fahamkan? Aku dan Hafiz jelah anak mak aku. Hafiz pula lusa baru dapat balik dari London.” Jelas Haniff sugul. Bapanya sudah meninggal dunia 3 tahun lepas dan dia serta Hafiz sahajalah anak ibunya. Hafiz pula melanjutkan pelajaran di London. Memerlukan masa untuk balik. Nasiblah juga mereka dari golongan keluarga yang berada. Dapatlah Hafiz balik segera. Jika tidak mahu dia susah-susah mencarikan duit untuk penerbangan pergi dan balik Hafiz. Haykal mengeluh dan memandang Haniff. Kepalanya digelengkan.


            “Apa ni bro? Ada pula kata macam tu. Tak susahkan aku dan Andra lah. Tinggalkan je Mia kat sini. Biar kami jagakan. Kau jagalah mak kau baik-baik. Kau cuti jelah. Bila mak kau dah sure baik baru kau turun kerja. Tentang Mia ni biar aku dan Andra yang handle. Pandailah kami nanti.” Balas Haykal. Haniff melepas nafas lega.


            “Alhamdulilah. Kaulah kawan dunia dan akhirat bro. Thanks. Andra. Thanks.” Balas Haniff dan tersenyum. Haykal dan Andra membalas senyuman Haniff.


            “Andra bolehlah berlatih jaga anak. Kalau dah pass jaga Mia maknanya dah boleh dah tu datuk.” Sakat Heliza kepada pelajarnya. Spontan Andra membesarkan matanya kepadapensyarahnya. Haykal dan Haniff pula tergelak.


            “I sokong Heliza.” Balas Haykal dan menjeling isterinya manja. Spontan saja tangan Andra sampai ke pinggang suaminya.


            “E. Nakal!” Marah Andra dan Haykal haya tersenyum. Tapi, jika benar Andra ingin mengandungkan zuriatnya. Satu padang besar dia tadahkan. Haha.







****CINTA ENCIK DUDA****






AKU meletakkan apple juice yang aku buatkan tadi ke atas dining table. Suamiku dan budak kecik yang sudah mengambil tempat mereka ku jeling. Cit! Kembang kempis je aku tengok budak kecik tu. Buat gaya mengalahkan laki aku laki dia pula.




            “Sayang masak apa malam ni?” Soal pak cik mesra dan memegang jemariku. Aku tersenyum malu. Yalah. Dah laki aku nak bermesra di depan budak-budak. Mana tak malu dan segan dik oi! Tapi! Bila aku jeling je budak kecik tu. Erk! Muka ketat dan mencebik bagai. Dah dia ni kenapa?


            “Sayang masak makanan kegemaran abang. Tom yam. Abang suka?” Balasku manja dan membalas pengangan jemarinya. Pak cik tersenyum lebar. Walaupun pada mulanya tadi dia kelihatan tergamam aku memanggilnya ABANG.


            “Abang…”


            “Uncle handsome… Mia nak minum..” Sampuk budak kecik dan memeluk pak cik tanpa sempat pak cik membalas. Spontan aku mendengus dan melepaskan pengangan jemariku dan pak cik pabila budak kecik yang sudah duduk di riba pak cik menjeling dan menjelirkan lidahnya. Arghh! Apa masalah budak ni?


            “Mia nak minum? Biar auntie yang tuangkan jus buat Mia okay.” Balas pak cik dan memandangku. Aku memandang ke arah lain dan mencebik. Entah kenapa, aku mengaku aku bukannya sukakan budak-budak sangat. Korang pun tahukan? Kan? Kan? Huh!


            “Tak nak! Mia tak nak kakak yang tuangkan. Mia nak uncle handsome yang tuangkan….” Balas Mia manja. Aku membuat gaya ingin muntah. Manja betul! Uncle handsome lah sangat! Erk! Tapi laki aku memang handsome pun! Haha.


            “Err. Auntie sayang. Panggil auntie. Auntie Andra wife uncle.” Jelas pak cik sungguh. Aku ingin tergelak saja mendengar penjelasan pak cik itu. Mia ku jeling. Budak kecik tu aku tengok mengaru kepalanya.


            “Tapi.. Kenapa kakak macam kak Aira? Mia tak faham…” Soal Mia hairan. Aku memandang pak cik dan dia memandangku. Aku mejelirkan lidah padanya dna dia jengilkan matanya kepadaku. Sempat pipiku dicubit olehnya.


            “Mia… Auntie Andra memang muda macam kak Aira. Tapi auntie Andra ni dah jadi isteri uncle. Jadi Mia kenalah panggil auntie. Bukannya kakak lagi. Mia faham?” Jelas pak cik lembut dan Mia yang duduk di ribanya di usap lembut rambutnya.


            “Tapi… Mia nak panggil kakak juga…” Balas Mia membantah. Aku menjulingkan mata ke atas.


            “Kakak pun kakaklah Mia.asal jangan ‘aku’ ‘kau’ sudah.” Balasku selamba dan berdiri.  Mengambilkan nasi buat pak cik.


            “sayang….” Tegur pak cik kepadaku dan gelengkan kepalanya. Aku hanya buat tak endah.


            “Jahatlah kakak ni…” Balas Mia selamba dan menjelingku. Aku menoleh memandangnya dan kembali menjelingkan mataku. Huh! Sah! Aku dan budak kecik ni tak sebulu! Tergeleng kepala pak cik dibuatnya.






***CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL yang menapak masuk ke dalam biliknya tersenyum pabila melihat isterinya sedang duduk di hadapan meja solek dan menyisir rambutnya. Tubuh isterinya yang memakai gown tidur di pandang. Kepalanya digelengkan. Pemakaian Andra selama ini benar-benar menguji kesabaran dan keimanannya.


            “Sayang…” Panggil Haykal lembut dan memegang kedua-dua bahu isterinya. Mata mereka saling membalas renungan di hadapan cermin.


            “Mia dah tidur?” Soal Andra kepada suaminya. Haykal tersenyum dan anggukkan kepalanya. Sikat yang berada di tangan Andra diambil dan dia pula yang menyambung menyisirkan rambut isterinya. Andra hanya membiarkan. Terasa senang dengan sikap suaminya. Memang suami mithali. Hehe.


            “Dah. Manjanya macam Aira juga. Nak bed time story.” Jelas Haykal sambil menyikatkan rambut Andra. Lembut sekali rambut isterinya. Wangi pula tu.


            “Hurm…” Balas Andra malas. Entah kenapa dia merasa cemburu pabila Haykal lebihkan Mia. Haykal spontan menaikkan kening kanannya pabila melihat respond isterinya. Seperti ada bau cemburu di situ. Haha.


            “Sayang cemburu ya abang tidurkan Mia?” Sakat Haykal dan memandang isterinya melalui cermin di hadapan mereka. Spontan Andra menjeling suaminya.


            “Tak! Takde kuasa!” Balas Andra geram. Haykal tergelak.


            “Jom!” Ajak Haykal dan menarik tangan isterinya.  Andra mengerutkan dahinya dan menarik tangan suaminya pula.


            “Nak ke mana?” Soal Andra hairan. Haykal tersenyum nakal.


            “Nak tidrukan sayang abang nilah…” Balas Haykal dan spontan Andra didukung ke pelukannya. Menjerit kecil Andra dibuatnya.


            “Pak cik!” Jerit Andra dan melingkarkan tangannya di leher Haykal. Takut kerana ketidak seimbangan tubuhnya nanti terjatuh pula.


            “Abang…”


            “Uncle handsome….”


            “Erk!” Spontan Andra dan Haykal memandang ke muka pintu bilik mereka yang terbuka luas. Berdiri Mia di situ dengan patung Barbie dan botol susunya.


            “Uncle handsome dan kakak tengah buat apa?” Soal Mia polos. Spontan Andra dan Haykal saling berpandangan dan merah muka mereka menahan malu. Perlahan-lahan Haykal turunkan isterinya kembali dan betulkan baju tidurnya.


            “Err. Uncle.. Err. Mia nak apa?” Soal Haykal gagap dan mengaru lehernya. Sempat isterinya yang sudah duduk kembali di meja solek dipandang. Andra juga kelihatan malu.


            “Mia tak dapat tidur… Mia nak tidur dengan uncle handsome…” Rengek Mia manja dan mendekati Haykal. Kaki Haykal dipeluk. Tercengang Haykal dibuatnya. Isterinya dipandang dan Andra kelihatannya seperti bengang. Andra yang terkejut mendengar kata-kata Mia spontan memusingkan tubuhnya memandang sang suami. Matanya dibesarkan dan kepalanya digelengkan. Aduh. Baru nak bermanja dengan suami dan ada yang kacau daun..


            “Errr. Mia kan dah besar sayang. Jom uncle tidurkan Mia balik ya…” Pujuk Haykal lembut dan mendukung Mia. Dengan pandangan mata penuh makna sahaja pastilah Haykal dapat menangkap maksud pandangan isterinya. Pastilah Andra tidak mahu.


            “Tak nak! Mia takut. Tadi Mia mimpikan hantu…” Tolak Mia cepat dan gelengkan kepalanya. Andra menjulingkan matanya ke atas.


            “Tak apa. Mia bacalah doa dulu sebelum tidur. Uncle sure Mia takkan mimpi hantu lagi.” Pujuk Haykal. Namun, Mia masih tetap berdegil dan gelengkan kepalanya.


            “Tak nak… Takut. Nanti hantu pula yang kacau Mia…” Tolak Mia lagi dan menjeling Andra. Mencebik bibir Andra dibuatnya. Ketara sangat tipu! Nak ambil perhatian Haykal saja.


            “Alarh.. Kat mana-mana pun ada hantu juga. Kat sini pun ada hantu. Lebih besar hantunya. Tak takut ke?” Sampuk Andra sinis.


            “Sayang…” Tegur Haykal pabila melihat wajah Mia mulai berubah. Kelihatan ingin menangis. Andra mendengus geram dan berpeluk tubuh. Haykal mengeluh melihat respond isterinya dan Mia. Kedua-duanya tidak mengalah. Pening Haykal dibuatnya.


            “Jadi Mia nak tidur kat mana?” Soal Haykal lembut. Mia memandangnya kemudian memandang katilnya dan isteri. Terjengil mata Andra dibuatnya. Mereka bertiga? Tidur sekatil?


            “Tak boleh!” Tolak Andra.

           
            “Boleh!” Balas Mia kepada Andra.


            “Tak boleh!” Balas Andra pula dan berdiri. Suaminya dan Mia didekati. Mencengkak pinggang di hadapan Mia dan jengilkan matanya. Namun, percuma saja. Mia tidak takut dan jauh sekali mengecut. Malah, dia juga sama-sama mencengkakkan pinggangnya dan membalas renungan Andra.


            “Boleh!” Balas Mia geram.


            “Sudah!!!” Hah! Haykal pula masuk ke gelanggang bertegang urat di antara Andra dan Mia. Terdiam kedua-duanya dek Haykal.


            “Sekarang kita tiga-tiga akan tidur sekali di atas katil tu. Jom!” Balas Haykal dan menarik isterinya namun Andra menolak dan keluar dari bilik. Matanya sempat menjeling Mia yang tersengih lebar dan menjelirkan lidah padanya.


            “Sayang…” Panggil Haykal lembut dan memandang isterinya yang menuju ke pintu bilik itu. Namun, Andra tidak berpaling dan mengendahkan panggilanya. Haykal mengeluh. Mia dipandang. Kelihatannya anak itu tersenyum lebar.







***CINTA ENCIK DUDA***






AKU mendengus geram dan menendang sofa yang berada di hadapanku. Aduduh! Sakit gila! Spontan aku terduduk di atas permaidani dan melihat jari kakiku. Huhuhu. Tulah. Melawan lagi kata suami. Kan dah kena bala. Erk! Aku bukannya lawan kata pak cik pun. Tapi budak kecik tulah! Geram gila! Lagak dia tu bini pak cik je. Nasib budak. Kalau besar belia? Mahu aku sekeh kepala budak kecik tu. Geram sungguh! Teringat kembali bagaimana sikapnya ketika makan malam tadi.


            “Mia tak nak!” Bentaknya dan menolak pinggannya yang berisi nasi dan ayam goreng mayonnaise. Terdiam aku dibuatnya. Dah dia ni kenapa? Penat tahu aku masak! Kalau anak dara aku tu okay je dengan setiap masakan aku. Budak kecik ni pula yang melebih!


            “Mia… Tak baik macam tu. Kan tu rezeki sayang.” Tegur pak cik kepada Mia dan mengusap rambut Mia lembut. Mia mendengus dan menyandarkan tubuhnya ke kerusi makan. Berpeluk tubuh dan memandangku tajam. Aku menaikkan keningku padanya tanda ‘kenapa’?


            “Tak sedap! Kakak masak tak sedap pun!” Balasnya pada pak cik. Erk! Terbatuk aku dibuatnya dan spontan pak cik menhulurkan air kepadaku dan mengosok belakangku lembut. Aku meminum air tersebut dan mengosok dadaku. Cikabeng punya budak!  Buat aku bengang je! Ayam masak mayonnaise tahu! Sedap tu! Dia ni memang nak cari gaduh dengan aku.


            “Apa Mia kata?! Tak sedap? Hei! Masakan kakak selalu sedap tahu!” Balasku padanya geram. Mia mencebik dan menjelingku.


            “Tak sedap! Tak sedap! Tak sedap!” Bentak Mia dan menghampaskan kedua-dua tangannya di penghadang kerusi makan berulang kali. Mengetap bibir aku dibuatnya.


            “Mia… Tak baik kata macam tu pada auntie. Auntie dah penat-penat masak buat Mia.” Tegur pak cik kepada Mia selepas mengelap bibirku. Aku mendengus. Mia juga.


            “Tak nak! Mia tetap kata tak sedap!” Balas Mia. Pak cik mengeluh.


            “Okay.Okay. So Mia nak makan apa?” Soal pak cik mengalah. Spontan aku memandang pak cik. Eee! Dia ni! Nampak sangat sebelahkan budak kecik tu!


            “Mia nak makan apa yang uncle handsome makan. Suapkan Mia boleh?” Soal Mia manja dan dengan suara yang mulai mengendur kembali. Huh! Sekali lagi aku mendengus dan menjelingnya. Pak cik pula turutkan saja kata budak kecik tu!


            “Ouch!” Aduku perlahan.


            Bibirku diketap pabila melihat darah dicelah kukuku. Mak ngaih! Boleh tahan engkau encik sofa. Sampaikan berdarah kaki aku dibuatnya. Akan tetapi, salah aku juga kot. Yang aku pergi tendang kerusi tak bersalah tu apa kes? Huh! Ini bukan setakat kes! Tapi dah jadi hukuman dah. Erk! Apa aku melalut ni? Aish!


            Aku dudukkan diriku di atas sofa dan biarkan kaki yang berdarah  di atas permaidani. Kepalaku aku sandarkan di sofa. Kenapa dengan aku? Takkan dengan budak kecik aku nak merajuk bagai dengan pak cik? Ke aku tak dapat nak terima orang lain bermanja dengan pak cik selain aku?


            Aku mengeluh. Entah kenapa, aku sudah mulai rasa sayang pada pak cik walaupun usia perkahwinan kami masih baru. Dia lelaki yang baik dan gentlemen. Sememangnya pak cik seorang suami mithali. Setiap apa yang pak cik lakukan memberi makna kepadaku. Tergurannya. Nasihatnya. Sikapnya. Perlakuannya. Senyumannya. Layanannya. Pembawaan dirinya dan segalanya. Even, pak cik tengah baca surat khabar pun aku rasa  kacak. Erk! Dah aku ni kenapa? Angau dengan laki sendiri?






***CINTA ENCIK DUDA****






HAYKAL yang usai menidurkan Mia mengerutkan dahi pabila melihat ke sekeliling bilik. Kelibat isterinya tiada di situ. Andra masih merajuk ke? Satu keluhan dilepaskan. Kepalanya dipicit. Rupanya Andra nampak sahaja hyperactive sebegitu. Akan tetapi, orangnya jenis yang sensitive juga.


            Haykal menyelimutkan Mia dan mencium dahi Mia. Setelah itu, tubuhnya di bawa keluar dari bilik. Menuju ke tingkat bawah. Siapa tahu Andra berada di dapur dan membuat kek.  Namun, Haykal merasa hampa. Kelibat isterinya tiada di situ. Tubuhnya di bawa pula ke living room dan senyuman terukir pabila melihat susuk tubuhnya yang sedang terbaring dan tertidur di atas sofa. Kepalanya digelengkan. Terasa serba salah dengan isterinya.


            Haykal membongkokkan dirinya dan mendekatkan wajahnya ke wajah cantik isterinya. Senyuman kecil terukir di bibir pabila melihat betapa comelnya wajah cantik itu tidur. Perlahan-lahan bibirnya mendarat ke dahi isterinya. Lama. Menyampaikan rasa kasih dan sayangnya di situ.


            Haykal mengangkat wajahnya dan merenung tubuh isterinya. Dari ke atas sehinggalah ke pangkal peha isterinya. Gulp! Cair Haykal dibuatnya. Kenapalah Andra gemar berpakaian seski? Dia yang melihatnya yang merasa terseksa. Dia lelaki. Masih tahu apa itu nafsu. Lebih pula isterinya yang halal. Takkan nak renung dan pandang je? Tipulah jika dia tak pernah terdetik nak membelai gadsi itu. Namun, Haykal sedar. Mereka berkahwin bukanlah di atas dasar cinta. Pastilah Andra sukar untuk menerimanya. Lagi pula, di dalam perkahwinan. Hubungan intim bukanlah segalanya. Yang penting kebahgiaan dan hati. Walaupun pada dasarnya hubungan intim itu dapat mengeratkan hubungan mereka sebagai suami isteri.


            “Erk!” Haykal merenung ibu jari kaki isterinya yang terluka. Terdapat darah kering di situ. Wajah isterinya yang sedang lena tidurnya dipandang. Merajuk sangat ke sampaikan kaki beradarah sebegitu sekali? Aduh! Terasa serba salah Haykal dibuatnya.


            Tubuhnya dibawa diri dan berjalan ke dapur. Cabinet dapur di dekati dan first aid diambil. Luka isterinya perlu diubati. Takut-takut nanti membengkak dan ada jangkitan kuman pula. Setelah itu, Haykal kembali ke living room dan mendekati isterinya.


            Haykal mendudukkan dirinya di atas permaidani dan membuka first aid. Perlahan-lahan kaki isterinya di sentuh. Boleh tahan teruknya luka di ibu jari Andra. Banyak darahnya. Pasti sakit. Kepalanya digelengkan. Kapas dan ubat diambil dan kaki isterinya dirawat.


            “Sayang… Lain kali jangan nakal macam ni ya. Jangan cederakan diri lagi. Abang risau. Abang tak nak sayang abang cedera.” Bisik Haykal lembut sambil merawat kaki isterinya penuh cermat. Setelah kaki isterinya dirawat dan dibalutkan ibu jarinya. Haykal mengangkat tubuh isterinya perlahan-lahan. Takut permasuri hatinya itu terbangun.


            Haykal lantas meletakkan isterinya di atas katil sebelah kanan dan juga disebelah Mia. Setelah menyelimutkan tubuh isterinya. Haykal duduk di sisi Andra. Membelai dan merenung wajah cantik itu. Mia di sisi Andra pula dijeling. Kepalanya digelengkan dan bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Andra dan Mia. Kedua-duanya hampir sama sikap mereka. Cuma bezanya satu dah besar belia dan cantik. Satu lagi kecil belia dan comel. Erk! Ada ke ayat macam tu? Arghhh~ Adakan saja. Peduli apa. Ahaks!


            “Terima kasih sayang sebab terima abang dalam hidup awak. Abang amat menghargainya… Abang janji. Abang janji akan jaga dan cuba tuk cintakan awak hingga ke nafas terakhir abang. In Shaa Allah…” Bisik Haykal lembut dan mengucup bibir isterinya. Dia amat bertuah kerana dianugerahkan isteri sebaik Andra. Mudah mendengar kata dan redha atas ketentuan-NYA. Andra juga tidak melatah di dalam menjaga Aira dan dirinya. diharap Andra sudi menerima hati kecilnya selepas ini… Erk!








***CINTA ENCIK DUDA****







AKU merengus sambil berpeluk tubuh dan memandang budak kecik yang duduk di tepi aku sambil memakan Tutti Fruiti nya. Buat geram jelah dia ni. Nak itu aku turutkan. Nak yang ini aku turutkan juga. Tapi bila dah nak masuk kereta dan nak balik. Dia pula buat perangaiiiii…. Nak makan Tutti Fruiti lah bagai. Nasib budak. Aku turutkan jua.


            “Lepas makan kita balik Okay. No objection!” Jelasku padanya. Dia memandangku seketika dan menjelingku sebelum menyambung makan Tutti Fruiti nya. Aku mencebik. Budak kecik ni.


            “Mia nak cuci tangan…” Katanya padaku dan berdiri. Aku mengerutkan dahi.


            “Pula?” Soalku malas.


            “Mestilah. Mama Mia kata lepas makan apa sahaja mesti basuh tangan. Mama kakak tak ajar macam tu eh?” Balasnya selamba. Terjengil mataku dibuatnya. Ada juga yang aku tinggalkan dekat sini nanti.


            “Jomlah!” Balasku geram dan mengambil bag-bag kertas kami tadi. Tangannya ku pegang dan bawa ke tandas. Di Tuiti Fruiti ni takde tempat nak cuci tangan. Hampeh betul.






****CINTA ENCIK DUDA****






SAMPAI sahaja di rumah, Mia dengan selamba meninggalkan Andra sendiri mengangkat semua beg-beg kertas hasil shopping mereka tadi. Dengan geram Andra menyepak tayar keretanya. Mia memanglah budak kecik. Tapi masalahnya budak tu terlebih pintar! Terlebih matang! Huh! Entah kenapa dia dan Mia tak sebulu. Budak kecil tu selalu mencari gaduh dengan dirinya.


            Buat penat dia je cuti hari ini dan tidak pergi ke collage. Sanggup kata sakitlah bagai hanya kerana ingin menjaga Mia. Suaminya jua begitu. Tapi, tengoklah saja layanan budak kecik itu padanya. Buat Andra bengang sahaja. Mia seperti sengaja menguji kesabarannya.



            “Asslamualaikum Wbt uncle handsome!” Jerit Mia gembira dan menerpa ke pelukan Haykal yang sememangnya menanti mereka di muka pintu banglo. Mia di peluk dan di angkat. Andra hanya mampu mencebik dan mendekati mereka berdua.


            “Walaikumsalam Wbt Mia comel. Hi sayang. Assamualaikum wbt.” Balas dan sapa Haykal kepada keduanya. Satu dengan wajah ceria dan satu lagi dengan wajah cemberut 14 depa. Naik pening megat Haykal dibuatnya.


            “Walaikumsalam wbt…” Balas Andra dingin dan tidak menyambut huluran salam Haykal. Berkerut dahinya dengan gelagat isterinya itu. Namun, merah wajahnya di saat dengan selamba Andra mencium pipinya. Kali ini Mia pula yang cemberut 14 depa.


            “Banyak barang. Tak dapat nak sambut salam. Sorry. Saya masuk dulu. Penat.” Jelas Andra selamba sebelum berlalu masuk ke dalam. Sempat lagi dia menjelirkan lidahnya pada Mia. Mia pula membalas. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya.


            Andra menapak masuk ke living room utama dan menghempaskan tubuhnya di situ. Beg-beg kertas tadi diletakkan di atas meja. Terasa penat melayan karenah anak pensyarahnya yang terlebih active itu. Ingatkan dia sahaja yang hyperactive. Rupanya budak kecik tu pun sama.


            “Kenapa ni sayang? Penat ya?” Soal Haykal lembut dan mengambil tempat di sisi Andra. Jemari isterinya dipegang dan dielus lembut. Wajah cantik isterinya yang sedang menutup mata itu dipandang. Mia pula yang berdiri dan sedang berpeluk tubuh di pandang. Dua-duanya buat muka cemberut. PMS ke apa. Kalau isterinya memang logic. Tapi Mia tu?


            “Penat layan budak tu…” Jelas Andra dan membuka matanya. Mulutnya dimuncungkan pada Mia yang sedang monyok memandangnya. Haykal tersenyum kecil dan mencium jemari Andra.


            “Takpelah. Latihan sebelum kita pula dapat anak…” Sakat Haykal dan mengenyitkan matanya nakal. Andra mencebik dan menjeling Haykal. Anak? Dengan Haykal? Weheeuuu!


            “Saya..”


            “Uncle handsome… Mia nak minum…” Rengek Mia dan dengan selamba dia mendudukkan dirinya di tengah-tengah antara Andra dan Haykal. Memakasa Andra untuk memberi ruang di antara dirinya dan Haykal untuk Mia. Merengus geram Andra dibuatnya dan berdiri. Haykal pula yang tercengang dengan perilaku isterinya.


            “Nak naik dululah! Layanlah budak tu!” Rajuk  Andra dan berlalu naik ke tingkat atas. Spontan Haykal dan Mia saling berpandangan.


            “Mia ada buat auntie marah eh?” Tembak Haykal. Jika tidak kenapa isterinya balik-balik sahaja tayang muka seperti itu. Memang Andra dan Mia tidak sebulu. Tetapi tidaklah seteruk ini rajuk isterinya. Selalunya masih mampu bertahan lagi.


            “Err. Mana ada! Mia kan good girl. Kakak tu period kot!” Balas Mia selamba dan tersengih. Tercengang Haykal dibuatnya. Mia. Mia. Memang budak pintar betul. Kecil-kecil dah tahu period tu apa. Terdiam Haykal dibuatnya.







***CINTA ENCIK DUDA****






HAYKAL yang menapak masuk ke dalam bilik mereka tersenyum pabila melihat isterinya yang sedang berdiri berpeluk tubuh di luar balcony bilik mereka. Haykal membukakan cermin mata putihnya dan meletakkannya di atas meja solek. Kemudian, tubuh isterinya didekati.


            “Isteriku Andra….” Bisik Haykal lembut dan memeluk tubuh isterinya dari belakang. Andra yang sedang mengelamun spontan tersentak dan menolehkan sedikit kepalanya dan memandnag wajah kacak suaminya yang menyandarkan dagunya pada bahunya yang terdedah.


            “Pak cik…” Balas Andra perlahan dan kembali memandang ke depan. Tubuhnya dibiarkan di dalam pelukan suaminya. Haykal tersenyum dan mengeratkan lagi pelukannya.


            “Kenapa ni? Sayang abang merajuk ya?” Bisik Haykal. Andra mengeluh dan hanya diamkan diri. Takkan nak mengaku yang dia merajuk kerana suaminya lebihkan budak kecil tu? Malu! Geram!


            “Isteriku Andra… Jangan macam ni sayang.” Pujuk Haykal kembali dan memusingkan tubuh isterinya agar mereka berdepan. Isterinya yang sedang menundukkan waahnya direnung. Dagu isterinya diangkat lembut agar memandangnya dan bibir Haykal mengukirkan senyuman kecil pabila wajah cantik isterinya kelihatan monyok. Aduhai. Terasa comellah pula. Rasa tercuit pun ada pabila melihat wajah merajuk isterinya.


            “Alolorh… Kenapa isteri saya ni? Merajuk ya?” Soal Haykal lembut dan geselkan hidung mancungnya pada hidung isterinya. Semakin mencebir bibir Andra dibuatnya. Aduh… Rasa nak bermanja saja pabila suami mula memanjakan dirinya. Haha.


            “I’m not!” Dalihnya dan menjeling suaminya. Haykal tergelak.


            “Yes you are baby…” Balas Haykal dan kenyitkan matanya. Andra ditarik ke dalam pelukan suaminya. Andra hanya membiarkan dan membalas.


            “Kenapa ni? Takkan dengan Mia nak merajuk dengan abang?” Soal Haykal lembut.


            “Eeee… Budak tu! Buat saya geram je. Setiap kali nak bermanja dengan suami sendiri. Dia menyibuk sekali…” Luah Andra geram. Spontan Haykal tergelak. Kali ini Andra pula yang mengerutkan dahinya memandang sang suami.


            “Kenapa gelak? Apa yang lucunya?” Soal Andra hairan. Haykal menghentikan tawanya dan mencium pipi isterinya geram.


            “Isteri saya cemburu. Cemburu dengan Mia kerana dia nak bermanja dengan saya…” Balas Haykal nakal dan kenyitkan matanya. Spontan Andra menjerit kecil.


            “Eeee. Takde masa saya…”


Kring!



Kring!



Kring!



Kata-kata Andra terhenti pabila handphone nya yang berada di atas meja solek berdering menandakan ada panggilan buatnya. Spontan Andra dan Haykal saling berpandangan dan Haykal melepaskan pelukannya pada isteri.


Andra mendekati meja solek dan mengambil Samsung S2 nya. Keningnya dikerutkan paBila melihat nombor pemanggil. Tidak dikenalinya. Namun, kerana tidak ingin membuatkan si pemanggil tertunggu-tunggu. Dengan lafaz bismillah Andra menyambut juga panggilan tersebut. Suaminya yang mengambil tempat di sofa dipandang.


Hello…” Sapa Andra berdebar.


Assamualaikum honey…”


“Erk!” Spontan Andra terdiam dan tercengang.






B.E.R.S.A.M.B.U.N.G






**************************************************





Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
AJ








HI ladies!






How was the story? Best? Interesting? Boring? Dang? Huhuhu. M sorry cuz m late n didn’t update CED last night. LTeramat rasa bersalah sekali L M A A F ya sayang semua Alhamdulillah~ Hari ni dah mula sihat sikit. Harap-harap lepas ni aku takkan sakit lagi. Terukkkk rasanya L Huhuhu. Honestly, aku rasa terharu bila ada kesayangan yang tertunggu-tunggu akan CED dan selalu follow CED. Siap ada yang buka blog ni berulang kali. Betul ke? J H A P P Y. terharu! Hehe J Rasa terharu juga bila ada yang doakan aku supaya cepat sembuh. Sejujurnya, aku tersenyum membaca comment anda J Amat menghargainya.



Oh ya, aku nak menyelit sekejap. Sejak semalam rasanya isu ciplak menciplak hangat diperkatakan. Aku sendiri tak belahkan mana-mana pihak. Sebab aku sendiri tak faham cerita. Hihihi J Okay serious, bukan itu yang aku nak bangkitkan. Hal tu biarlah mereka yang sattle kan okay J Kita doakan yang terbaik buat mereka. Amin~ Sebenarnya, yang aku nak HIGHLIGHT kan adalah :
            Betul ke yang right and left hand click pun boleh di disable kan?
Weheeuu~ Canggih sungguh orang sekarang nikan? Serius menakutkan okay! Karya aku taklah seberapa. Tapi, bila fikirkan balik. Aku buat cerita ni hanya untuk suka-suka sahaja dan menghabiskannya di blog. So, takutlah juga bila nanti ada yang mencuri dan menciplak karya akukan. Walaupun karya aku yang adoh! Hahaha. Tapi aku buat sendiri apa. Dari keringat aku selama ini. Menaip dan mengerah idea bukanlah senang. Susah tu. memerlukan hati yang tenang, kesabaran dan yang penting MASA. J So, kalau ada sesiapa tahu software ke apa yang TAK BOLEH COPY kat blog ni bagi tahu aku okay J




Okay, back to the story J



CED 14???
Awwwhhh~ Blushing bila baca apa yang aku taip. Hahaha. Serius sweet dan romantic J Uols rasa? Hehe. Aku suka ketika Andra melayan Haykal dan membukakan kasut dan stokingnya. Aku suka bila Andra membukakan baju dan sediakan mandian dan urutkan tubuh suaminya J Aduhai~ Romantic nya… Hehehe J
Mia dan Andra?
Okay, serious kelakar! Hahaha. Kedua-duanya sama sahaja. Haykallah yang menjadi mangsa kedua-duanya. Menjadi orang tengah kepada mereka berdua. Tapi aku puji cara Haykal melayan Andra dan Mia J Hehehe. Andra pula sanggup bergaduh dengan budak kecik! Ish! Ish! Ish! Hahaha. Buruk bebenor sikapnya. Hehehe.
Eh! Chop!
Siapa yang call Andra eh? Jengjengjeng~ Hehe. Curios… Sila teka! Hehehe. J



Saya Ratu Adriana Nadineingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 14  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J




Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.
It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!







We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.







SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J








Till then,











Sincerely,




34 comments:

  1. tq ratu 4 this entry
    nak jawab soalan....
    dpt gula2 x....
    sape yg tel andra...
    ....faiz
    ....heliza
    ....aira

    bgs andra dah ada kemajuan
    x sia2 ummi bg nasihat
    baru nak mesra dah ada pengacau..
    cian andra ngan budak kecik pun nak gaduh..
    wah mia gatal ye kamu...x padan yg kecik
    mia ni demand yer nak uncle handsome yg teman tido...suapkan nasi..nak bermanja x agak2...kan andra dah jelez...
    pakcik baik kamu layan andra baik2...nanti andra merajuk kamu yg susah...
    cian kat pakcik kan....
    umpama jaga anak kecik je...sorg isteri n sorg lgi budak kecik...tp perangai sama je ...
    pakcik andra cemburu 2....pandai2 la pujuk

    ratu..
    dah sihat ke....
    jgn lupa makn ubat n rehat yg cukup..
    kalu boleh nak entry lagi....
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      most welcome dear n big thanks too =)

      Teheee~
      mana aci!
      saya minta satu je tpi awak bagi 3! hihi


      hehehe
      alhamdulilah~
      andra mendengar kata ummi hihi

      haha andra dan mia mmg tak sebulu
      kedua-duanya nakal hihi

      hahaha gatal sungguh!
      kecik2 lagi dah suka lelaki kacak si mia ni hehe

      haha betul tu dear
      nanti andra yg mrajuk hurm makan hatilah pak cik hehe

      hahaha bagaikan pak cik jaga dua orang budak kecikkan ? hehe


      alhamduliah~
      THANKS sayang saya! :)
      terharu......

      Delete
  2. Yeay.... Best... Sungguh lomantik....

    Hahaha.... Kesian andra, baru nak berkasih sayang, dah terbantut sbb Mia ada kat rumah diaorg... Potong stim betul....

    Sambung ler lagi.... Syiok sungguh....

    Pasal ciplak menciplak tu, auntie rasa ini adalah "isolated" case.... Harap2 jgn ler menjadi satu habit pulak sbb kami pembaca novel suka enovel sebegini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      hehehehe
      yay!
      THANKS auntie! hihi :)

      hahaha
      tulah pasal!
      mia menganggu je hihihi

      okay auntie :)

      in shaa allah tak :)
      harap2 tak terkena pada saya pula :)
      saya berkarya dgn hati yg ikhlas :)

      Delete
  3. tq ratu...beat sngt, t terusknlah mskn n3 bru cpt2 ye...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      hihihi
      BIG THANKS sayang saya :)

      i will hihi :)

      Delete
  4. sape pulak y ber honey2 ngn andra ni..wt suspen je..huhu
    x padan ngn bdk kecik lah mia ni,pndai je nk potong datin kite nk bermesra ngn heykal..ank lecture katakn..
    anyway, andra dh tunjukkn perubhn to b isteri solehah..amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NIJA_JAJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Hihihi tulah dear
      wat suspend je hahaha :)

      hahaha bijak sungguhkan
      kecik je hihi

      amin!
      haha

      Delete
  5. Lu v la ratu...so sweet..love it so much...nk lg ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      LOVE YOU TOO sayang saya :)

      hihihi

      okay dear :)

      Delete
  6. x nak gula2..tapi nak CED 15 y sweet n berjela..hehe..Abang Andra kut..Tq Ratu for this lovydovy e3 (hmmm.. x de la sangat sb ada Mia gedik..nak Aira jugakk...hehehe). Tq Ratu & get well soon ya...

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI COL
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)


      Ahaks!
      amboih!
      demand yer! hihi :)

      most welcome and big THANKS too dear

      ahaks!
      tak suke mia eh? hihi

      THANKS dear :)
      terharu! hehe

      Delete
  7. huhuhuhuuuhuuuu... ratu so sweet n romantik la
    hahahaha andra nie dgn mia pun nak jeles
    sapa yang col andra 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NZLYNA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      hehehe
      thanks sayang saya :)

      suka awak happy! hehe :)

      haha mestilah dear
      mia tu nampak je kecik! tapi matang! haha

      Delete
  8. sgt sweet!!! hehehe..thankz coz u make my day..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI GARFIELD
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Hehehe ye ke dear?
      THANKS sayang saya :)

      Delete
  9. OMG! OMG! i'm falling in love with Datuk Megat Haykal... so sweet... baca dalam lrt.. senyum sorang2, but i'm
    not crazy...hehe...keep up the good work..2 thumbs up ms writer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HK
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      OMG! OMG! OMG!

      Hehehe
      wahhh~ saya suka! hihi

      hahahaha seriously dear saya tergelak baca comment awak ni
      mesti org yang duk kat sebelah awak feel weirdkan? hihi

      THANKS laling! :)

      Delete
  10. Waaa....Suka lar ngan Si Jelita Dantin Andra, Si Kacak Datuk Megat Haykal dan Si Comel yang Licik Ms Mia.....Wife dah Jealous...hubby makin sayang...Muncul pula Si Pemanggil 'honey'...sape tu....terujanya nak tahu...Tq Cik Ratu...u make me smile and nervous....hahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI CHE LAILA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Hihihi
      mana tak jealous dear
      mia nakal sangat! hehe :)

      a'ah dear. siapa eh? heheh

      most welcome dear :)
      yeppi!
      hahaha

      Delete
  11. hai syoknya bila buka blog Ratu pagi ni dh ada n3 ke 14,
    n3 kali ni sweet dn romantik sgt. Eloklah tu bila lagi
    Andra nk jadi isteri mithali pada pakcik ye. Pakcik pun
    perlukan belaian dari isterinya yg cantik jelita ni. lucu
    juga si Andra dn Mia ni berebut nk bermanja pd Haykal.
    nasib baik Haykal pandai memujuk. Itulah Andra cpt-cptlh
    bagi anak lelaki pd pakcik, mesti pakcik suka punya dpt
    zuriat yg lain boleh meramaikan lagi umat Muhammad kan?
    Ratu masih tak sehat lagike... kesian dgn Ratu ye... tapi
    tk bebanyak walaupun tak sehat maseh sempat post n3 baru utk pembaca yg setia menunggu ye... kalau Ratu nk private
    blog jgn lupa invite saya ye...mana taukan bila buka blog
    Ratu je dh tak boleh. Dhlah blog ratu salah satu yg sgt diminati. tolong ye Ratu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANOR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Yeppi!

      hihihi :)

      THANKS sayang :)
      hehe betul tu dear hehe

      hahaha tulah pasal. rasa lucu pula. haykal yang terpaksa melayan karenah kedua-duanya :)

      yes i agree!
      hihi
      lagipun pak cik belum ada anak lelaki. wink! :)

      alhamdulilah~
      dah sihat sayang :)
      most welcome sayang. big thanks too sebab sudi tunggu and support ced :) in shaa allah jika tiada gangguan saya takkan privatekan blog ni. tapi jika privatekan juga. harus saya invite awak :) my lovely sayang :) hehehe

      Delete
  12. Hahahhahahha..klakar la! Rasa cm nakk sekeh2 jugak mia tuu. Haishh tergendala projeek auntie :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZZ ACU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Ahaks!
      kelakarkan dear?
      nakal sangat si mia tu hihihi

      Delete
  13. so sweeettt....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      hihi thanks sayang :)

      Delete
  14. hahaha!! mia nih......
    adesss andra xmo jeles2... muahahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LYLEA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Hahahaha
      mahu juga jealous! boleh?
      hihihi

      Delete
  15. ratu, suka sangat buat kita org tertanya2x.... anyhow, best sangat entry ni.. nak lagi.. Queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI QUEEN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Ahaks!
      saje nak buat uols suspend dear :)
      hihihi thanks sayang :)

      Delete
  16. must b ok if you want to write the full manuscript... i tell you, rin punya mss pun ada campur POV 1 dan POV 3. rin perasan Ratu buat cerita kadang-2 guna POV 3, kdg2 guna pov1 ( aku sbgai watak utama). cuba ye dear. this story full with pngajaran dan keunikan tersendiri.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RINSYARYC
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      hahaha
      ye ker dear? =)
      m not sure :( xsure kena suka karya saya ni hehe

      ahaks
      ya saya mmg suka macam tu. dah terbiasa sebenarnya. dulu pernah jem otak ni gara2 POV ni lah. hehe =)

      in shaa allah dear
      saya try ya :)

      THANKS sayang saya :)

      alhamdulilah. mmg sy nak bagi pengajaran disebalik karya saya yang gila2 ni. hehe :)

      Delete
  17. Kenapa novel melayu semua sama.balik2 watak utama kalau tak tengku anak dato datin anak org kaya..perempuan cantik over kemai.tidak realistik la..tak larat nak melayan angan2 penulis yg terlalu berimaginasi.cuba buat buku yg memberi 'faedah' sikit walaupun novel tp mgkin boleh nampak bijak sikit..cuba baca novel cinta org putih..mereka berimaginasi pun tp masih realistik dan bijak dan ada benda yg disampaikan tahu.cuba ubah sikit supaya berkualiti . Kalau novel cinta begini semua orang boleh jadi penulis.tak banyak penulis berkualiti zaman sekarang.harap maaf.

    ReplyDelete
  18. bestnya novel ni nnty boleh lh ajar ..sis bila nk sambung tengok cm tergantung jer

    ReplyDelete