Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 7 July 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 15







CINTA ENCIK DUDA BAB 15



Cinta, tidak bisa dipaksa…
Pabila dia ingin dia akan datang sendiri tanpa dipaksa.
Namun,
Pabila dia lelah dan menolak…
Pasti dia akan pergi jauh dari hidupmu dengan sendirinya…..






DI AWAL pagi, selepas sahaja solat subuh. Aku yang masih dijajah bendera Jepun dan dengan kaki yang terjongket-jongket kerana ibu jariku membengkak menuju ke dapur. Well done Andra! Kau memang hebat! Itulah. Cari pasal lagi dengan sofa yang tak bersalah. Huhuhu.


            Disebabkan hari ini kakiku sakit, maka pak cik melarangku jogging seperti selalu. Sudah ku bantah namun dia tetap berkeras. Mahu tidak mahu aku terpaksa mengikut. Namun, apa yang aku terharu adalah sebab pak cik turut sama tidak berjogging hari ini kernaku.


            Terharu juga, pabila bangun sahaja, aku sudah berada di dalam bilik kami dan di atas katil kami. Walau kami tidur bertiga. Mia di tengah-tengah antara kami. Namun, pak cik tetap tidak melupakanku. Tanganku digenggamnya selama dia tidur. Okay, seriously, mungkin ianya hanya satu benda kecil bagi sesetengah orang. Tetapi tidak aku. aku terasa terharu dilayan begitu. Melihatkan betapa dia juga menjaga hatiku. Lebih-lebih lagi pabila kakiku siap dirawat olehnya. Baik tak suami aku? Huhuhu. Puji suami sendiri. Booo~ Tak malu! Hahaha.


            “Datin, tak apalah. Hari ni biar Mak Yam yang sediakan sarapan. Datin tak sihat tu.” Tegur Mak Yam kepadaku pabila aku memulakan kerjaku. Aku tersenyum memandang Mak Yam.


            “Tak apa Mak Yam. Nikan tugas Andra. Lagipun, kaki saja yang sakit. Tangan ni masih sihat lagi Mak Yam.” Balasku pada Mak Yam dan tersenyum. Tanganku lincah membuatkan sarapan buat kami. Kali ini aku akan pastikan yang budak kecik tu makan dan sukakan masakan aku! Pasti!







***CINTA ENCIK DUDA***






HAYKAL yang mendekati dining room sambil mendukung Mia tersenyum memandang isterinya yang memakai maxi dress rona peach dan sibuk menyediakan makanan di atas dining table. Kepalanya digelengkan. Andra memang nakal. Sudah ditegah agar tidak melakukan kerja dapur dan pergi ke collage. Namun, sudah namanya Andra. Pastilah tidak didengarinya.


            “Morning sayang…” Sapa Haykal mesra kepada isterinya dan memeluk pinggang ramping Andra. Dicium pipi mulus itu dengan penuh kasih sayang. Andra yang dicium hanya membiarkan dan tersenyum.


            “Morning..” Balas Andra dan tersenyum. Pipi suaminya turut dicium dan sempat dia menjeling Mia yang monyok wajahnya itu. Andra tersengih sinis dan menjelirkan lidahnya pada Mia.


            “Awak nak ke college juga ke?” Soal Haykal sambil meletakkan Mia ke kerusi sebelah kirinya. Andra dipandang. Isterinya yang sedang menuangkan jus oren ke gelas anggukkan kepalanya.


            “A’ah. Abang Faiz kata semalam mereka memang tak menang tangan sebab dia terpaksa handle group Andra.” Jelas Andra dan meletakkan gelas berisi jus tadi di hadapan suaminya dan Mia. Haykal yang mendengar nama Faiz Akmal spontan membuat muka. Entah kenapa, dia kurang senang dengan pemuda itu.


            “Abang Faiz…” Sindir Haykal dan meminum jusnya. Andra yang mendengar suara mendatar suaminya itu spontan memandang Haykal dan kerutkan dahinya. Wajah suaminya kelihatan tegang. Perlahan-lahan Andra mengukirkan senyumannnya.


            “A’ah. ABANG FAIZ. Andra rinduuuuu nak jumpa dengan Abang Faiz…” Sakat Andra dan memegang kedua-dua pipinya tanda teruja. Spontan Haykal merengus geram dan memandang isterinya.


            “Arhh!” Jerit Andra terkejut pabila ditarik oleh Haykal duduk ke ribanya. Spontan kedua-dua tangannya dilingkarkan ke leher suaminya. Wajah tegang suaminya dipandang.


            “Jangan. Nak. Rindu. Dengan. Lelaki. Lain. Selain.Abang. Megat. Haykal. Faham?” Balas Haykal satu persatu dan serious. Spontan Andra tersenyum nakal dan bermain dengan dada suaminya yang dilitupi baju kemeja long sleeve rona hitam. Wajah suaminya yang sudah mulai berubah itu membuatkan Andra tersengih.


            “Then, kalau Andra rindu dengan Megat Haykal. Apa yang Andra patut buat? Hurm?” Soal Andra dengan suara yang sengaja dimanjakan. Keningnya dinaikkan dan tangannya masih bermain di dada sasa Haykal. Sempat Mia yang cemberut wajahnya dijeling. Haykal berdehem seketika. Gila! Andra memang nak mengodanya! Dahlah dia tak senang duduk. Ada juga yang Haykal ‘makan’ buat breakfast pagi-pagi buta ni.


            “Kalau rindu… Err. Kiss and hug me…”  Balas Haykal tiba-tiba. Itu saja yang bermain di fikirannya saat ini. Dah tu kalau bini engkau tengah mengoda dan siap duduk kat riba engkau. Apa yang engkau expect? Hahaha.


           “Lepas tu…” Belum sempat Haykal menyambung Mia sudah menyampuk.


            “Uncle handsome dan kakak tengah buat apa?” Soal Mia hairan dan meletakkan kedua-dua tangannya di pipi dan bersandar di atas meja. Spontan Haykal dan Andra menoleh memandang Mia.


            “Kami tengah bermanja….” Balas Andra selamba dan mengeratkan pautannya pada leher sang suami.


            “Sayang…” Tegur Haykal lembut. Agak tidak senang pabila dia dan Andra memaparkan kemesraan mereka di hadapan budak sekecil Mia. Andra hanya buat bodoh pabila ditegur suaminya.


            “Macam mana tu?” Soal Mia bingung. Spontan Andra tersenyum nakal.


            “Macam ni….” Balas Andra dan dengan selamba mencium bibir suaminya di hadapan Mia.


            “Eeee! Kakak ni!” Jerit Mia spontan dan menutup kedua-dua matanya dengan tangan.


            “Sayang!” Jerit Haykal geram pabila usai bibirnya dicium oleh Andra. Andra. Nakalnya tahap dewa. Andra yang melihat reaksi kedua-dua spontan tergelak besar. Andra. jika sehari tak kenakan orang. Hidupnya rasa tak lengkap. Haha.






****CINTA ENCIK DUDA****






AKU tersenyum memandang Aira yang mendekatiku. Hari ini Aira kelihatan comel dengan t-shirt dan track-suit nya. Memandangkan hari ini mereka ada aktiviti senaman di awal pagi. Haha. Gasaklah.


            “Assalamualaikum wbt mummy. Kenapa kaki ni?” Sapa Aira kepada dan menyalam serta berlaga pipi kepadaku. Ibu jari kakiku dipandang dengan kerutan dahi. Aku hanya membalasnya dengan sengihan. Kepala digaru.


            “Err. Accident! Haha.” Balasku dan tergelak kecil. Aira dudukkan dirinya di sebelahku dan kerutkan dahi.


            “Accident? Teruk ke? Bila?” Soal Aira cemas. Spontan berhenti tawaku dan tersengih. Aduh. Lurus betul anak dara aku ni.


            “My gurau jelah sayang. Ni hah! My tendang sofa. Begitulah jadinya.” Balasku dan tersengih. Semakin berlapis kerutan di dahi Aira olehku.


            “Apa ke jadahnya my tendang sofa yang duduk diam my?” Soalnya hairan. Aku tergelak kecil. Merah mukaku menahan malu. Aduhai! Seganlah nak bagi tahu yang aku geram dengan budak kecik tu dan cemburu pak cik lebihkan dia.


            “Err… Mia. Anak uncle Haniff tu. Dia tidur kat rumah untuk beberapa hari ni. Err. Macam mana eh nak cakap? Mummy memang tak ngam dengan budak kecik tu. Asyik nak cari gaduh dengan my je kerjanya. Pula tu papa Aira tu asyik nak menangkan budak kecik tu. Cemburulah mummy. Erk!” Jelasku dan tercengang pabila melihat Aira tergelak besar sampaikan memegang perut. Erk! Dah budak ni kenapa?


            “hei! Kenapa?” Soalku hairan dan menepuk bahunya lembut. Aira  menunjukkan lima jarinya tanda sekejap. Aku mengetap bibir dan berpeluk tubuh. Tahu sangat yang dia tengah ketawakan aku! Huhuhu.


            “Aira… Dahlah tu. Orang tengoklah. Seganlah my…” Aku menutup mulut Aira dan memandnag ke sekeliling kami. Rata-rata manusia yang berada di dalam dewan semuanya memandang hairan ke arah kami. Aku hanya mampu tersengih.


            “Aduduh! Sekejap my. Tak tahan ni. Hahahahaha….” Balas Aira dan menolak tanganku lembut dari mulutnya dan kembali tergelak. Eeee. Geram betul!


            “Aira…..” Panggilku geram dan menayang muka monyok. Hah! Kali ini barulah Aira menghentikan tawanya dan tersengih.


            “Sorry! Sorry! Lawaklah my. Tu yang Aira tak tahan tu. Mia tu memang macam tu. Even, dengan Aira pun dia buat gaya macam tu. Mia tu suka kat papa. Yalah. Papa kan handsome. Hehe.” Balas Aira dan tergelak. Aku tersenyum kecil dan gelengkan kepala. Memang dari hari pertama aku kenal budak kecik tu dia memang suka dengan laki aku. Betullah tu kata Aira. Laki akukan handsome! Erk! Asal ada nada bangga di situ? Haha.
           

            “Tapi… Yang Aira tak tahan bila mummy kata mummy jealous papa lebihkan Mia. Aduhai… Comellah mummy ni bila jealous!” Balas Aira dan mencubit kedua-dua pipiku geram. Menjerit kecil aku dibuatnya. Aduhai! Dia ni.


            “Ouch! Sakitlah sayang! Nanti pipi ni dan tak tembam macam kuih pau lagi.” Balasku geram dan mengosok-gosok kedua-dua pipiku. Aira tergelak dan turut sama membantu mengosok pipiku. Aku tersenyum. Bahagianya ada anak yang hampir seusia denganku. Satu kepala. Oh ya, teringat pula kejadian tadi pagi bersama Mia.


            “Tada!” Aku meletakkan pinggan yang berisi waffle untuknya. Pertama kali, Mia yang sedang berpeluk tubuh hanya memandang sekilas menjelingku. Namun, seketika budak kecik itu kembali memandangku dan waffle yang aku buatkan untuknya. Matanya kelihatan bersinar-sinar dan berbintang-bintang. Hahaha.


            “A cute waffle just for Miss Mia.”Balasku dan mengenyitkan mataku padanya walaupun Mia buat tak endah padaku. Waffle yang berada di hadapannya lebih penting. Ceh!


            Aku mengukirkan senyuman lebar di saat Mia menjamah dengan penuh nikmat waffle buatanku. Pak cik yang berada di sisiku pandang. Dia turut memandangku dan bibirnya mengukirkan senyuman lebar di saat aku mengenyitkan mata nakal kepadanya. Yeppi! Budak kecik tu akhirnya sukakan masakan aku. haha.


            “My…” Panggil Aira lembut kepadaku. Aku memandangnya dan menaikkan kening kananku. Rambutnya ku belai penuh kasih.


            “Ya?” Balasku.


            “Mummy sayang papa?” Soal Aira lembut. Aku spontan terdiam dan pergerakan tanganku di rambutnya juga terhenti. Wajah comelnya ku pandang.


            “Kenapa Aira tanya macam tu?” Soalku hairan. Aira tersenyum dan memegang kedua-dua tangaku.


            “Aira tahu. Mummy dan papa tak pernah bercinta sebelum berkahwin kan? Sebab Aira tengok mummy dengan papa nampak canggung bila bersama. Malu-malu. Berbual pun. Hanya papa yang bahaskan diri papa dengan panggilan ‘Abang’. Tapi mummy panggil papa ‘Pak Cik’. Erk! Tak ke pelik tu?” Jelas Aira kepadaku. Kenapa aku lupa? Kenapa aku lupa yang Aira sudah besar belia? Pastilah dia faham akan keadaan hubunganku dan papanya. Kata pak cik, Aira tidak tahu bahwa kami kahwin kerna ditangkap khalwat. Entah apa yang pak cik kelentongkan pada Aira. Aku sendiri tidak tahu. Tetapi, pabila mendengar luahan hati Aira terhadap hubunganku dan papanya. Ianya membuatkan aku sendiri terdiam dan terdetik. Begitu ketarakah layananku pada pak cik?


            “Err. Ya. My mengaku. Memang kami tak pernah bercinta sebelum ni. Sekarang ni pun kami dalam proses mengenali diri masing-masing… Ketara sangat ke?” Balasku pada Aira. Aira tersneyum.


            “Ketara tu taklah. Sebab papa dan mummy semakin hari semakin mesra.” Balas Aira. Aku tersenyum kecil. Entahlah, mungkin kerna aku semakin selesa berada di sisi pak cik dan dapat terima dia sebagai suami aku. Pak Cik. Taklah seteruk mana. Malah, aku rasa dia lebih baik dariku. Kadang-kadang, aku rasakan yang aku tidak sesuai menjadi isteri pak cik. kerna dia suami yang baik. Terlalu baik.


            “Honestly, mummy sayang papa. Diakan suami mummy. Even, kalau mummy tak sayang pun. Mummy akan tetap mencuba untuk sayangkan papa kerana itu adalah tanggungjawab mummy sayang.” Balasku padanya jujur dan tersenyum. Aira? Tersenyum lebar dia dibuatnya. Lebih terharu pabila Aira spontan mencium kedua-dua pipiku dan memeluk tubuhku.


            “Thanks mummy. I love you!” Balasnya. Aku tersenyum.


            “I love you too sayang!”







***CINTA ENCIK DUDA****







SEPANJANG meeting, Haykal hanya mendiamkan diri dan mendengar setiap bait bicara para pekerjanya. Sememangnya moodnya pada pagi itu tidak begitu baik. Kenapa? Pastilah kerana si isteri yang berkeras ingin pergi ke college. Okay! Seriously, bukan sebab Andra nak ke college. Tapi kerana FAIZ AKMAL. Huh! ABANG FAIZ? Nak je Haykal cubit-cubit bibir isterinya itu. Sedap-sedap je panggil pemuda bernama Faiz itu dengan panggilan ABANG. Pabila ditegah. Boleh pula Haykal disakatnya. Mana tak angin.


            Di luar kata ‘It’s okay sayang’. Bibir tersenyum. Namun, di dalam? Huh! Mahu meletup tahu! Cemburu punya pasal! Haykal sebagai suami tak pula dipanggil ABANG. Pemuda bernama Faiz itu pula dipanggil abang. Mana Haykal tak bengang. Namun, kerana hal SEKECIL itu. Haykal diamkan saja. Malas ingin bertegang urat di awal pagi hanya kerana pemuda yang tak jelas itu.


            Okay! Tipu! Pastilah kerana Haykal cair dengan godaan isterinya di awal pagi tadi. Ish! Nakal sungguh! Tahu saja kelemahan encik suaminya. Haykal memang tak tahan jika Andra bermain dengan dadanya. Naik seriau dia dibuatnya! Hahaha. Mulalah dia cair dengan gadis itu. Lengoknya. Senyumannnya. Jelingan matanya. Lebih-lebih lagi dengan ciuman hangat Andra. Aduh! Boleh masuk ICU dibuatnya. Hahaha. Melampau!


            “Datuk?” Panggil Marsha kepada bossnya yang sedang mengelamun itu. Dia dok penat-penat menerangkan project baru mereka. Haykal pula boleh mengelamun.


            “Datuk Megat Haykal?” Panggil Pavi pula yang berada di sisi Haykal dan menepuk kedua-dua tangannya kuat. Spontan Haykal tersedar dan memandang ke sekelilingnya. Kelihatan semua pekerjanya yang berada di dalam bilik meeting tersebut memandangnya hairan. Haykal berdehem dan membetulkan neck-tienya. Malu! Boleh pula mengelamun di hadapan pekerja sendiri. Apa punya boss lah.


            “Ehem! Apa yang you kata tadi?” Soal Haykal serius dan memandang Marsha yang berada di hadapan sana. Marsha meneguk liurnya kelat. Haykal. Nampak saja kacak. Tapi orangnya garang!


            “Err. Tentang project kita dekat……” Sambung Marsha dan kembali menyambung pembentangannya tadi. Haykal mengeluh lega. Kepalanya digelengkan. Andra. Andra. Andra. Kau buat aku gila!







***CINTA ENCIK DUDA***







AIRA yang baru berlari dua pusingan satu stadium college mula semput dan susah untuk bernafas. Andra yang melihat Aira berhenti di tengah-tengah padang dan menunduk memegang dadanya mulai cemas. Spontan Andra yang duduk santai di kerusi tepi stadium dan siap memakai shades nya berdiri dan memandang ke arah Aira.


            “Eh! Nak ke mana ni?” Soal Faiz Akmal di saat Andra yang berjalan berhinjut itu cuba untuk menuju ke tengah padang,. Faiz Akmal yang kebetulan lalu di hadapan Andra berhenti lariannya dan mendapatkan Andra. Tangannya yang mendarat di lengan Andra ditepis Andra lembut dan Faiz Akmal hanya mampu menunduk malu.


            “Aira. Dia nampak semput.” Jelas Andra dan memandang Aira. Bengang juga pabila Faiz Akmal selamba memeang lengannya. Namun, memikirkan mungkin kerna Faiz Akmal membuatnya spontan tanpa berfikir dulu. Maka, Andra lupakan. Berfikiran positif okay rasanya. Huhu. Faiz Akmal yang mendengar penjelasan Andra itu spontan memandang ke tengah padang. Keningnya turut sama berkerut melihat Aira.


            “Tak apa. Biar abang tolong dia. Andra tunggu kat tepi ni.” Balas Faiz Akmal pantas pabila melihat Andra ingin menyambung langkah kakinya. Spontan Andra terhenti melangkah pabila melihat Faiz Akmal berlari anak mendekati Aira. Cemas terasa. Takut-takut jika ada apa-apa yang terjadi pada gadis itu.


            “Aira. Kamu okay?” Soal Faiz Akmal kepada Aira di saat dia sudah berada di sisi gadis itu. Wajah kemerahan Aira dipandang. Comel. Memang comel. Tetapi tidak dapat menandingi Andra. Erk! Kalau dah sayang memang semuanya cantikkan? Huhu. Aira yang mendengar suara garau lelaki itu spontan mengangkat wajahnya. Merah wajahnya menahan malu pabila lelaki yang diminatinya di dalam diam itu berada di hadpaannya. Sungguh kacak dan segak sekali. Aduhai.


            “Aira?” Panggil Faiz Akmal hairan smabil melambai-lambaikan tangannya di hadapan Aira. Hairan melihat gadis itu diam memandangnya. Spontan Aira terkedu dan mengalihkan pandangannya. Dadanya yang mulai sakit dipegang kembali.


            “Aira okay tak ni? Jomlah rehat kat tepi dulu kalau Aira tak dapat nak teruskan.” Balas Faiz Akmal lembut.


            “Tak apa. Aira masih mampu lagi nak berlari.” Tolak Aira lembut. Malulah tunjuk kelemahan depan hero kan? Huhuhu. Hero punya pasal! Faiz Akmal gelengkan kepalanya. Gadis bernama Aira itu degil orangnya.


            “Abang Faiz kata Aira rehat dulu. Aira nak abang Faiz dukung Aira ke tepi padang ke?” Ugut Faiz Akmal dan menaikkan kening kanannya. Spontan Aira memerah muka kerana malu. Malu pabila Faiz Akmal berkata seperti itu. Cepat-cepat kepalanya digelengkan.
           

            “Eh! Takpe! Aira boleh jalan sendiri.” Balas Aira cepat dan berjalan ke tepi padang. Perlahan. Cuba ditahan sakit yang dialami. Faiz Akmal pula berada di belakang Aira dan memastikan gadis itu selamat sampai ke tepi padang dan mendekati Andra. Aira adalah dibawah tanggungjawbanya sebagai president MPPRC. Maka, seharusnya dia memastikan keselamatan Aira.


            “Aira? Aira okay tak ni? Sakit kat mana?” Soal Andra cemas pabila Aira dan Faiz Akmal mendekati mereka. Segera Aira didekati dan dipeluk. Aira tersenyum kelat dan gelengkan kepalanya. Terharu dengan perhatian Andra.


            “Tak apa-apa my. Sikit je. Semput sikit…” Balas Aira lembut. Andra mengeluh dan memegang kedua-dua pipi gadis itu.


            “Aira buat my risau jelah…” Balas Andra risau. Aira tersenyum kecil.


            “Aira okaylah my. Dah lama tak lari kot.” Balas Aira malu. Malu kerana Faiz Akmal juga turut ada di situ dan mendengar bait bicara mereka.


            “Tulah. Siapa suruh malas nak ikut my dan papa jogging tiap pagi.” Balas Andra geram dna mencubit pinggang Aira. Menjerit kecil Aira dibuatnya.


            “Ouch! Sakitlah my!” Aduh Aira dan mengosok-gosok lembut pinggangnya. Faiz Akmal yang melihat keakraban kedua-duanya tersenyum kecil. Terserlah sikap penyayang Andra pabila melayan Aira.


            “Tulah. Buat my risau lagi…” Balas Andra dan menghulurkan sebotol air mineral kepada Aira.


            “Thanks my…” Balas Aira dan menyambut huluran air mineral yang diberikan oleh Andra tadi.


            “Aira pun  panggil Amiey, My ke?” Sampuk Faiz Akmal tiba-tiba. Spontan Aira dan Andra saling berpandangan dan menghantar bahasa isyarat.


            “Errr. A’ah. Aira lebih suka panggil My. Abang Faiz pun macam tukan? Ada jodohlah korang. Hehe.” Balas Andra cepat dan memeluk bahu Aira. Tersengih memandang Faiz Akmal dan menayang dua jari tanda peace! Haha. Aira yang mendengar kata-kata mummynya spontan menyigung pinggang Andra. Malu pabila disakat begitu. Faiz Akmal pula berdehem. Aduhai Andra. Tak faham ke yang Faiz nak Andra je? Huhuhu.








***CINTA ENCIK DUDA****







AKU yang selesai mandi, keluar dari bilik air dengan hanya memakai bathrobe mendekati meja solek dan duduk di hadapannya. Jam dinding rona putih dan hitam dijeling. Masih awal lagi. Jam baru menujukkan ke arah jam 0445 petang. Pak cik selalunya balik jam 0500 petang. Err. Kerja pak cik apa? Kat mana? Aku sendiri tak tahu. Rasanya tak penting kot. Kan? Kan? Kan? Huhuhu.


            Pengering rambut dipasang dan rambutku dikeringkan. Saja aku mencucinya petang ini. Terasa rimas kerana berada di padang tadi.  Alhamdulilah. Aira baik-baik sahaja. Risau juga jika Aira mengalami masalah penafasan tadi. Mahu teruk aku jawab dengan pak cik tadi. Tak pandai nak jaga anak kami. Huhuhu.


            Kring!



            Kring!



            Kring!
           


            Erk! Spontan aku memandang ke Blackberry ku yang berada di atas meja solek. Tertera nama UMMI di situ. Keningku dikerutkan dan Blackberry di ambil.


            “Assalamualaikum wbt angah…” Sapa ummi lembut kepadaku. Aku tersenyum.


            “Walaikumsalam wbt ummi. Kenapa ni? Rindu dengan angah ke? Kan baru jumpa semalam?” Sakatku pada ummi. Kedengaran suara ummi menjerit kecil. Hahha.


            “Hei! Tak kuasa ummi nak rindu angah. Dari rindu angah lebih baik rindu abi. Dapat pahala.” Balas ummi geram. Spontan aku tergelak.


            “Tak apa ummi. Angah faham. Ummi rindu angah sangat-sangatkan. That’s why ummi call.” Balasku selamba.


            “Budak ni. Menyakat aje kerjanya. Ni ummi nak bagi tahu angah yang malam ni ummi buat makan-makan sikit. Kita satu family. Jangan lupa beritahu Haykal okay.” Jelas ummi. Aku berhenti tawa dan kerutkan dahiku.


            “Birthday siapa malam ni mi?” Soalku hairan. Aku? Erk! Taklah! Ummi? Abi? Along? Achik dan ucu? Erk! bukan juga!


            “Birthday apanya sayang? Ummi saja nak buat makan-makan. Rapatkan hubungan kita dengan Haykal.” Balas Ummi lembut. Spontan aku tersenyum senang.


            “Oh… Majlis makan-makan sambut menantulah ni yer ummi?” Balasku dan tergelak kecil.


            “Kiranya macam tulah sayang. Majlis kamu berdua lama lagi. Nak rapatkan hubungan Haykal dengan along, achik dan ucu. Mereka tu belum berjumpa dengan Haykal lagi.” Balas ummi. Aku anggukkan kepala tanda faham. Betullah tu. along, achik dan ucu belum kenal lagi dengan pak cik.


            “Jam berapa?” Soalku kembali.


            “Lepas isyaklah sayang. Tapi, kalau angah dan Haykal nak datang awal dan solat sekali pun okay juga.” Balas ummi lembut. Aku tersenyum.


            “Boleh. Boleh. Set! Nanti angah bagi tahu kat pak cik. Sekejap lagi dia baliklah.” Balasku pada ummi ceria.


            “Amboi! Puan Andra! Pak Cik! Pak Cik! Panggillah dengan panggilan mesra sikit. Apa pula pak cik…” Tegur ummi lembut. Spontan aku menjerit kecil. Abang?! Aduh! Asal semua orang nak aku panggil pak cik ABANG?






***CINTA ENCIK DUDA****






HAYKAL dan Andra tiba di rumah Tn Hj Abdul Rahman selepas saja solat maghrib. Mia juga turut serta. Takkan nak bagi tinggalkan? Mia… Jika berjumpa dengan Haykal. Mana mahu lepasnya Haykal.


            “Assalamualaikum wbt…” Haykal memberikan salam kepada kedua ibu dan bapa mertuanya.


            “Walaikumsalam wbt. Hah! Dah sampaipun. Masuk Haykal, angah. Eh. Ini siapa? Comelnya…” Balas Tn Hj Abdul Rahman dan menyambut salam Haykal dan Andra. Anak kecil yang memegang tangan Haykal dipandang. Kelihatan comel sekali. Haykal dan Andra saling berpandangan dan berbalas senyuman.
           

            “Anak angah. Comel tak?” Balas Andra nakal dan mencuit pipi Mia. Tetapi ditepis kasar oleh Mia dan menjelingnya. Andra mencebik. Ceh! Tn Hj Abdul Rahman dan Pn Hjh Amrah tersenyum memandang si cilik tersebut.


            “Comel. Alhamdulilah kalau angah dah ada anak. Bertambahlah cucu ummi. Temankan Aira.” Balas Pn Hjh Amrah dan menyakat anaknya. Andra mencebir.


            “Ummi…” Balas Andra panjang. Tn Hj Abdul Rahman tergelak.


            “Dahlah tu sayang. Jangan kenakan budak ni. Awal lagi nak anaknya. Kalau dah rezeki. Adalah tu.” Balas Tn Hj Abdul Rahman dan memberikan senyuman buat Mia. Mia membalas.


            “Mia salam atok abi dan nek ummi sayang.” Haykal mendekatkan Mia pada ibu dan bapa mertuanya. Nasib, nasib saja mia mendengar katanya dan pandai menjaga tingkah laku. Mia menurut. Menyalam penuh sopan dan didukung oleh Tn Hj Abdul Rahman. Tetapi, kenapa dengan Andra, Mia tidak sebulu? Pening Haykal memikirkannya.


            “Nama siapa?” Pn Hjh Amrah menyoal Mia lembut. Mia tersenyum manja.


            “Miasara nek ummi. Panggil Mia je.” Jawab Mia petah. Spontan Andra mencebik.


            “Panggil Mia je….” Sindir Andra dan menjelirkan lidahnya. Tergeleng kepala Tn Hj Abdul Rahman dan isterinya. Memang sejak dulu Andra tidak sukakan budak-budak. Nakal katanya. Ketika si kembar dilahirkan dulu. Jenuh juga dok melayan karenah Andra yang selalu inginkan perhatian. Anak dara mereka itu tidak dapat menerma kenyataan bahwa diirnya punya adik lagi. Si kembar selalu dibawa gaduh. Namun, setelah usia si kembar meningkat dan Andra mulai matang. Ketiga-tiga mereka semakin rapat.


            “Sayang…” Tegur Haykal dan memeluk bahu isterinya lembut. Dielus bahu isterinya. Andra cantik malam ini memakai baju kaftan rona coklat. Sejuk mata Haykal memandangnya.  Andra mencebir bibirnya.


            “Yalah….” Balasnya lemah dan menjeling memandang Mia yang tersengih sinis memandangnya. Tn Hj Abdul Rahman dan Pn Hjh Amrah saling berbalas pandangan dan gelengkan kepala mereka. Senang dengan kemesraan kedua-duanya. Akan tetapi, sikap Andra yang tak sekutu dengan Mia itu membuatkan mereka tergeleng kepala. Entah bagaimana jika Andra punya anak nanti.








****CINTA ENCIK DUDA*******







TN HJ ABDUL RAHMAN tersenyum lebar melihat menantu lelakinya itu. senang dan sejuk hatinya pabila melihat menantunya menjadi imam bagi solat berjemaah mereka tadi. Haykal. Memang tak salah Tn Hj Abdul Rahman merestui perkahwinan kedua-duanya.


            “Dengar cerita masjid di kampung abi dah mulakan pembaikannya. Murah sungguh hati penderma yang sudi mendermakan dana bagi pembaikan dan pembesaran masjid tu.” Tn Hj Abdul Rahman memulakan cerita. Dia tahu Haykal telah sedekahkan sejumlah wang yang besar buat masjid di kampungnya. Dia tahu pun dari bapanya, Tn Hj Ismail. Haykal yang duduk di sebelah bapa mertunya tercengang.


            “Ye ke? Alhamdulilah. Baguslah tu abi.” Balas Haykal sopan. Diharap Tn Hj Ismail tidak membesarkan isu wang yang dia sedekahkan. Tn Hj Abdul Rahman tersenyum mmandang menantunya. Memang orangnya suka merendah diri. Bagus.


            “Assalamualaikum wbt. Wahh. Wanginya bau.” Sapa Anddy Thamzie yang baru menapak masuk ke dapur. Faktor kerja yang banyak menyebabkan dia balik lambat tadi. Usai mandi dan solat dia terus turun ke dapur. Lapar punya pasal. Haha. Tn Hj Abdul Rahman yang memandang anak terunanya itu menggelengkan kepala.


            “Along. Salam tetamu ni dulu. Ada pula buat gaya macam tu.” Tegur Tn Hj Abdul Rahman dan memandang anak terunanya yang khusyuk memandang lauk pauk di atas dining table. Haykal yang melihat perlakuan pemuda yang dipanggil along itu tersenyum. Pastinya abang kepada isterinya. Wajahnya hampir sama. Kacak. Anddy Thamzie yang ditegur oleh abinya spontan mengangkat wajahnya dan terkedu memandang lelaki di hadapannya itu. Erk! Ini ke adik iparnya? Biar betul?!


            “Err. Datuk Megat? Datuk Megat Haykal? MH holding?” Soal Anddy Thamzie. Haykal yang mengerutkan dahi kerana terkejut abang iparnya tahu akan dirinya anggukkan kepala.


            “Ya saya. Macam mana err… Aw…Err. Along tahu?” Soal Haykal gagap. Tak tahu nak bahaskan Anddy Thamzie apa. Anddy Thamzie tersenyum dna spontan mendekati Haykal. Haykal yang perasan akan abang iparnya yang mendekatinya itu turut spontan berdiri dan tercengang pabila Anddy Thamzie memeluknya.


            “Wow! Welcome to the family datuk. Saya Anddy Thamzie. Abang long Andra Tihamiey dan juga engineer terbaik datuk. Okay. Taklah terbaik sangat. hehe.” Balas Anddy Thamzie dan tersengih. Tak sangka bossnya adalah adik iparnya. Hahah. Okay! Serious tak boleh blah! Lawak okay!


            “Really? Sorry. Saya tak tahu.” Balas Haykal serba salah. Abang iparnya adalah pekerjanya balik? Macam mana tak sedar selama ni? Erk! Sejak bila engkau rapat dengan pekerja engkau ni Haykal? Melainkan Haniff dan Pavi. Siapa lagi yang engkau tahu namanya?


            “Nahhhh. It’s okay. Saya pekerja bawahan je. Nama panggilan saya di office adalah AT. Anddy Thamzie.” Balas Anddy Thamzie dan tersengih. Tak boleh nak salahkan Haykal jika Haykal tidak mengenalinya. Dia hanyalah engineer biasa sahaja. Sedangkan Haykal? Pemilik kepada syarikat tempatnya bekerja. Betapa besarnya jurang mereka. Haykal tersenyum kelat. Terasa serba salah. Harap-harap abangnya Andra tidak berkecil hati dengannya.


            “Oh I see. I’m sorry. Saya tak kenal sangat. But now, saya dah kenal dan In Shaa Allah. Lepas ni, kalau berjumpa dan janganlah segan nak tegur.” Balas Haykal dan tersenyum. Anddy Thamzie turut sama tersenyum. Lega. Tapi bangga juga. Adik iparnya bukan calang-calang orang. Okay, Haykal tua darinya. Tapi umur hanyalah angkakan? Yang penting adik kesayangannya bahagia di sisi Haykal. Selama dia menjadi pekerja Haykal. Hanya cerita yang baik sahaja mengenai lelaki itu sampai ke telinganya. Mengenai kehidupan peribadi lelaki itu bersama wanita lain. Tidak pernah didengari.


            “Dahlah tu along, Haykal. Nanti-nantilah berbual. Kita makan dulu.” Sampuk Tn Hj Abdul Rahman dan gelengkan kepalanya. Kedua-duanya jika sudah berjumpa tak berhenti berbualnya. Andra yang baru menapak masuk ke dining room bersama umminya dan membawakan dulang berisi gelas mengerutkan dahi memandang suami dan alongnya.


            “Along buli laki angah ke?” Soal Andra tiba-tiba dan meletakkan dulang berisi gelas ke atas meja. Spontan Anddy Thamzie dan Haykal saling berpandangan dan tergelak.


            “Tak de kerja along nak buli laki angah. Memandai je.” Balas Anddy Thamzie dan mencubit pipi adiknya. Andra mencebir bibir dan duduk di sisi Mia yang berada di tengah-tengah antara Haykal dan dirinya.


            “Hei. Siapa budak comel ni?” Soal Anddy Thamzie hairan pabila perasankan Mia yang terkebil-kebil memandangnya. Mia diangkat ke pelukannya. Dicium pipi Mia geram. Mia pula tersipu malu. Pantang ada lelaki kacak yang memeluknya. Mula nak liat. Andra spontan menjulingkan matanya ke atas. Comel. Tapi Jahat!


            “Alien…” Balas Andra selamba dan spontan Haykal mencubit pipinya.


            “Sayang….” Tegurnya dan memandang mata isterinya. Kepalanya digelengkan. Andra pula mengeluh. Mia dijeling dan anak kecil itu tergelak senang mentertawakannnya. Geram!







*****CINTA ENCIK DUDA****






AKU yang sedang mengemas meja makan tersenyum melihat si kembar yang turut sama menolongku. Kedua-duanya adik yang baik. bukan kerna nak puji adik sendiri ya. Ish! Bukan! Tapi, sememangnya adik-adik kembar aku ni baik dan rajin. Selalu ringan tulang nak bantu aku dan ummi di dapur. Kami bukanlah orang kaya seperti pak cik yang nak pakai maid sampai dua, ada tukang kebun, driver dan pengawal keselamatan. Kami biasa-biasa saja. Yang penting keluargaku bahagia. Ceh! Tag line tak boleh blah! Hehehe.



            “Angah…” Panggil Achik kepadaku dan mengikutku meletakkan gelas-gelas kotor di atas singki. Hanya tinggal gelas-gelas tersebut belum ku cuci. Aku menoleh memandangnya dan menaikkan keningku. Achik dan ucu berdiri bersandar di tepi cabinet dapur.



            “Hurm…” Balasku dan kembali mencuci gelas-gelas tadi.


            “Abang ngah tu nampak berumurkan? Nampak lagi tua dari angah…” Balas achik kepadaku. Spontan aku menoleh memandangnya. Achik terkedu memandangku. Mungkin menyangka yang aku marah dengan kata-katanya. Namun, seketika wajah achik dan ucu kelihatan bingung pabila aku tergelak besar.


            “Hahaha. Tahu tak ape!” Balasku dan kembali menyambung kerjaku. Kedua-dua terdiam. Terkejut mungkin. Hahaha.


            “Tapi… Abang ngah handsome! Lebih handsome dari along. Kan achik?” Sampuk ucu pula. Aku tersenyum kecil.


            “Hah! Yang tu pun angah sokong!” Balasku dan tersengih.


            “Abang ngah tu baikkan?” Balas achik pula. Aku mengerutkan dahi dan memandangnya. Gelas yang siap dibasuh di lap dengan tuala bersih.


            “Kenapa achik kata abang ngah baik?” Soalku hairan. Achik tersenyum dan mendekatiku. Tuala diambil dan membantuku mengelap gelas-gelas tadi.
           

            “Sebab abang ngah tu pandai tentang agama. Tadi dia jadi imam time kita solat Isyak. Ustaz kat sekolah ada kata. Kalau nak cari suami. Mestilah cari suami yang boleh menjadi imam kita di dalam solat dan  kuat pegangan agamanya. Perkara utama yang dilihat bukanlah kekayaan mahupun paras rupa. Akan tetapi, agamanya.” Balas achik penuh perasaan. Spontan aku terdiam. Wahhh~ Adik aku ke ni? Bijak sungguh bila berkata-kata. Erk! Okay! Aku lupa. Achik dan ucu kan budak pandai.


            “Hurm… Korang rasa angah pula macam mana?” Soalku pada mereka dan mengigit bibir. Kedua-duanya saling berbalas pandangan dan mengerutkan dahi.


            “Rasa angah macam mana? Rasa strawberry lah sebab angah pakai perfumed bau strawberry.” Balas ucu blurr. Spontan aku menepuk dahi. Aduhai! Adik aku seorang ni.


            “Bukanlah ucu. Maksud angah. Korang rasa angah ni sepadan tak dengan abang ngah? Yalah, angah ni tak pakai tudung. Tak menutup aurat dan masih banyak lagi kelemahan angah.” Balasku jujur. Dengan budak berdua ni aku tak payah nak selindung-selindung. Mereka berdua ni boleh dianggap sebagai pakar kaunseling aku. Haha.


            “Tak ada siapa yang sempurna di dunia ni angah. Pasti ada kelemahannya. Kalau ada yang kurang. Angah perbaikilah…” Balas ucu selamba. Aku terdiam dan kembungkan kedua-dua pipiku. Betul juga tu. Nobody is perfect! Pasti ada kekurangannya.


            “Angah….” Erk! Spontan kami bertiga saling berpandangan pabila mendengar namaku dipanggil oleh along.


            “Along panggil angah tu. Baik angah pergi tengok. Biar kita orang yang buatkan minuman.” Balas achik. Aku tersenyum dan anggukkan kepalaku.


Aku yang baru menapak ke living room terpempam melihat sekujur tubuh yang sedang berdiri di muka pintu saat ini. Wajah itu tersenyum manis memandangku. Aku? Terdiam dan terkaku melihatnya.


“Honey suka abang…” Balasku padanya dan menyerahkan coklat berbentuk love buatanku sendiri kepadanya. Namun, dia tidak menyambut. Malah mengerutkan dahinya memandangku.


“Abang pun suka honey. Kan honey adik sepupu kesayangan abang….” Balasnya hairan dan ingin menyambut huluran kotak coklatku. Namun, ku tepis tangannya dan gelengkan kepalaku.


“Tapi honey suka abang seperti suka nak kahwin dengan abang…” Balasku yakin. Dia spontan terkedu memandangku. Dahiku diraba dan aku menepis.


            “Honey sakit ke?” Soalnya hairan. Aku mendengus geram.
           

            “Honey tak sakit. Masih sihat lagi ni.” Balasku geram. Dia mengeluh.


            “Honey… Kita sepupu. Mana boleh bercinta. Lagi pula abangkan dah ada tunang…” Balasnya dan cuba membelai pipiku namun aku menepis.


            “Siapa kata sepupu tak boleh bercinta? Banyak je yang bercinta. Alarh… Baru tunang kot. Boleh putus!” Balasku selamba. Kelihatannya wajahnya merah. Mungkin menahan marah pabila aku bercakap seperti itu.


            “Honey.. Listen!” Dia memegang kedua-dua bahuku dan memandangku tajam.


            “Abang. Tak. Cintakan. Honey. Abang. Minta. Maaf. Kalau. Selama. Ni. Honey. Salah. Faham. Dengan. Layanan. Abang. Abang…” Tekannya satu persatu dan belum sempat dia menyudahkan kata-katanya aku menolak tubuhnya kasar dan melemparkan kotak coklat ke mukanya.


            “Honey tak kira! Honey akan tetap cinta dan tunggu abang!” Jeritku marah dan berlalu pergi.


            “Honey!”


            “Honey…” Panggilnya kembali dan menerpa ke pelukanku. Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya dan dipeluk erat. Terdiam aku dibuatnya.







***CINTA ENCIK DUDA****






HAYKAL yang melihat isterinyayang dipeluk oleh lelaki yang menapak masuk dengan Anddy Thamzie itu membuatkan Haykal terpempam. What the heck? Siapa lelaki yang berani-berani memeluk isterinya itu?


            “Honey… I miss you so much…” Balas lelaki tadi dan memegang kedua-dua pipi andra yang terkulat-kulat itu. Haykal hanya mampu menahan perasaannya. Takut-takut kemarahan dan cemburu membuatkan hubungannya dan isteri menjadi teruk.


            “You look so beautiful sayang. Dah besar panjang honey saya ni.” Sambungnya dan tersenyum memandang Andra. Namun, Andra hanya diam.


            “Angah masih ingat tak siapa ni sayang?” Soal Anddy Thamzie kepada adiknya dan memgang bahu lelaki tadi. Spontan Andra gelengkan kepalanya dan Anddy Thamzie dan lelaki tadi saling berpandangan dan berbalasa senyuman.


            “Ingat lagi tak yang selalu back up angah kalau angah buat salah time kecil dulu?” Soal Anddy Thamzie kepada adiknya. Andra menundukkan wajahnya. Mana pernah dia lupa. Dia memang tahu dan kenal siapa lelaki di hadapannya. Namun, buat-buat tidak tahu dan kenal lebih baik dari sebaliknya. Kerna hatinya masih belum pulih sepenuhnya kerana lelaki itu. Nafasnya dihelakan dan wajahnya diangkat kembali. Raut wajah lelaki di hadapannya dipandang.


            “Ingat.” Balas Andra pendek. Lelaki tadi spontan tersenyum lebar.


            “Ini abanglah honey. Abang Luq. Luqman Hakim. Your first crush. Remember?” Soal Luqman Hakim ceria dan memegang kedua-dua bahu Andra. Spontan Andra menunduk malu. Malu kerana lelaki itu mengingatkannya kembali betapa tidak matangnya dia dahulu. Suaminya dipandang dan lelaki itu kelihatan serius wajahnya. Tiada senyuman. Andra tahu. Haykal sedang menahan marah. Pantang Haykal isterinya disentuh oleh lelaki lain bukan muhrim Andra. Andra mengeluh.


            “Oh…” Balas Andra pendek dan menolak lembut tangan luqman Hakim. Luqman Hakim terkedu. Namun, seketika dai tersenyum kecil. Mungkin, Andra masih segan dengannya.


            “Rindu dengan abang Luq tak?” Soal Luqman Hakim ceria. 5 tahun melanjutkan pelajaran di Ireland di dalam bidang perubatan. 5 tahun jugalah gadis itu tidak lagi ditemuinya. Tak sangka. Andra semakin cantik. Mengalahkan miss universe saja wajahnya.


            “Tak kot.” Balas Andra pendek. Luqman Hakim tersenyum kelat. Anddy Thamzie menepuk bahu sepupunya lembut.


            “Angah memang macam ni. Orang dah kahwin bro.” Balas Anddy Thamzie dan tersenyum manis memandang Haykal. Spontan Luqman Hakim tercengang.


            “Kkkk…Kahwin?’ Soalnya gagap. Tidak percaya yang Andra sudah berkahwin.


            “A’ah. Dah kahwin pun angah, Luq. Ini suaminya. Kenalkan, Megat Haykal. Haykal. Ini anak saudara ummi. Luqman Hakim.” Sampuk Pn Hjh Amrah dan tersenyum. Spontan Luqman Hakim memandang lelaki yang duduk di hadapan ibu dan bapa suadaranya. Lelaki itu kelihatan berumur dan lebih tua dari Andra. Tapi, Luqman Hakim akui. Suami Andra kacak orangnya. Dari pemakaiannya saja Luqman Hakim tahu yang Megat Haykal suaminya andra bukan calang-calang orang. Tengok saja jam Rolex nya.


            “Bro.. Salamlah. Adik ipar kita tu.” Sakat Anddy Thamzie dan menepuk bahu Luqman Hakim. Spontan Luqman Hakim tersedar dan tersenyum kelat. Sempat wajah cantik Andra dipandang. Gadis itu sudah mendekati suaminya dan duduk di penghadang single sofa yang diduduki Haykal. Andra kelihatan manja dengan suaminya. Siap memeluk bahu lelaki bernama Megat Haykal itu.


            Haykal tersenyum kelat memandang isterinya. Jemari isterinya yang berada di bahunya dibelai lembut. Entah kenapa dia merasa tidak senang dengan lelaki bernama Luqman Hakim itu. Seperti ada sesuatu di antara Andra dengannya. Tapi apa?
                       

            “Luqman Hakim.” Luqman Hakim memperkenalkan dirinya dan meyalam Haykal. Haykal berdiri dan turut sama menyambut salam Luqman Hakim.


            “Megat Haykal.” Balas Haykal dan tersenyum.


            “Datuk Megat Haykal.” Sampuk Anddy Thamzie dan mengelak pabila bantal kecil dilemparkan ke mukanya oleh Andra. Spontan Luqman Hakim terkedu. Betul jangkaannya. Megat Haykal bukanlah calang-calang orang. Datuk? Nak dibandingkan dengannya yang hanya seorang doctor. Aduhai. Jauh ketinggalan.


            “Ini suami saya. Haykal. Abang.. Ini sepupu yang sayang rapat dulu.” Sampuk Andra manja dan memeluk pinggang suaminya. Luqman Hakim hanya tersenyum kelat memandang Haykal dan sempat matanya memandang Andra yang melentok manja pada bahu Haykal. Aduhai. Bernanah matanya melihat.






****CINTA ENCIK DUDA****






HAYKAL meletakkan pinggan yang berisi buah orange dan apple di atas meja coffee. Senyuman manis diberikan kepada ibu dan bapa mertuanya serta Mia, abang ipar dan sepupunya Andra. Kedua-dua kembar berada di dapur bersama kakak mereka.


            “Jemputlah makan…” Haykal menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Tn Hj Abdul Rahman, Pn Hjh Amrah, Anddy Thamzie dan Luqman Hakim membalas senyuman Haykal dan turut anggukkan kepala mereka.


            “Buat susahkan Haykal saja. Sepatutnya ummi yang hidangkan ini semua. Haykal kan tetamu.” Balas Pn Hjh Amrah serba salah di saat Haykal sudah duduk di hadapannya. Mia yang baring di riba suaminya di pandang. Comel sekali. Kalaulah Andra dan Haykal punya anak secomel itu. Bertuah sekali Pn Hjh Amrah rasakan. Namun, dia tahu. Pastilah Andra belum bersedia untuk menimang cahaya mata sekarang ini. Haykal dan Andra berkahwin pun kerna terpaksa. Akan tetapi, dilihat dari cara keakraban anak dan menantunya. Kedua-duanya kelihatan mesra sekali. Manja sekali Andra pada Haykal dan hal itu amat menyenangkan hati Pn Hjh Amrah sendiri.


            “Tak apa ummi. Hal kecil saja.” Balas Haykal dan tersenyum.


            “Datuk… Err. Angah. Okay tak hidup dengan Andra?” Soal Anddy Thamzie gagap. Kelu lidahnya ingin memanggil angah disebabkan umur mereka jauh berbeza dan pangkat Haykal sebagai ‘Datuk’. Haykal tersenyum pabila abang iparnya itu terkelu ingin memanggilnya angah. Dia sendiri kelu nak panggil along. Tapi kira okaylah kot. Along je. Dibuatnya panggil abang? Erk!


            “Alhamdulilah. Okay. Andra tak banyak ragam. Sejak kahwin ni berat badan saya pun dah naik.” Balas Haykal dan tersenyum kecil. Mana tak naik kalau setiap hari ada saja resepi baru kek dan biskut yang dibuat oleh Andra. Itu belum lagi termasuk masakannya setiap hari. Menyebabkan Haykal terpaksa gandakan masa exercise nya. Serentak mereka semua tertawa. Cuma Luqman saja yang hanya tersneyum kelat. Agak cemburu pabila melihat lelaki bernama Datuk Megat Haykal itu bisa memiliki Andra dan mereka berdua kelihatannya sungguh bahagia.


            “Kan along dah kata kat ummi dan abi. Angah tu nampak je hyperactive. Tapi kalau dah jadi isteri. Hurm. Mahu suami dia bertambah beratnya disebabkan hobinya yang suka memasak tu.” Balas Anddy Thamzie dan tergelak. Tn Hj Abdul Rahman dan Pn Hjh Amrah tersenyum lebar.


            “Alhamdulilah. Lega abi mendengarnya. Risau juga kalau-kalau angah tak dapat jadi isteri yang baik buat Haykal. Yalah. Anak abi tu masih mentah lagi. Harap Haykal dapat bimbing dia.” Balas Tn Hj Abdul Rahman dan tersenyum memandang menantunya. Dia yakin yang Haykal mampu membimbing Andra. Lihat sahajalah tadi ketika Haykal menegur Andra. Cepat sahaja Andra mengalah pabila ditegur oleh suaminya.


            “In Shaa Allah abi. Doakan kami.” Balas Haykal dan membalas senyuman bapa mertuanya.
           

            “Abang ngah, ada tak kak ngah bangkitkan hal Gugu?” Soal Addy Thalif yang menapak ke living room dan duduk di tepi abang iparnya. Spontan Haykal mengerutkan dahinya. Bagaimana adik iparnya tahu mengenai Gugu?


            “A’ah. Setiap malam kak ngah akan mengigaukan nama Gugu tu. Siapa Gugu?” Balas Haykal dengan kening yang berkerut. Spontan semuanya tersenyum penuh makna.


            “Sini. Ummi tunjukkan siapa Gugu tu.” Ajak Pn Hjh Amrah dan mengamit Haykal agar mengikutnya. Haykal hanya mengikut jejak ibu mertuanya yang menghala ke sebuah bilik kecil yang berada di bawah tangga. Sebelum masuk ke dlaam bilik tersebut. Sempat Pn Hjh Amrah memandnag ke dapur sebelum membuka pintu bilik kecil itu.


            Lampu bilik dipasang dan barulah Haykal tahu bahawa bilik kecil tersebut adalah bilik stor. Ibu mertuanya mendekati satu almari besar rona putih dan membukanya. Senyuman lebar dipamerkan oleh Pn Hjh Amrah dan memandang Haykal.


            “Inilah Gugu.” Jelas Pn Hjh Amrah dan menarik keluar sebuah patung teddy bear rona coklat yang sebesar budak darjah satu. Terlopong Haykal dibuatnya melihat Gugu yang ibu mertuanya maksudkan. Gugu yang berada di dalam pelukan ibu mertuanya dipandang.


            “Ini Gugu?” Soal Haykal hairan. Pn Hjh Amrah anggukkan kepalanya dan tergelak kecil.


            “Gugu ni hadiah abi buat angah ketika angah dapat straight A’s dalam UPSR dulu. Gugu ni dah jadi bantal busuk dia dah. Kalau nak tidur mesti ada Gugu. Wajib! Nak tidur mana-mana sekalipun. Gugu mesti ada kat sisi angah. Ketika umur angah dan mencecah 14 tahun,  Ummi mulai tak senang pabila angah selalu berkepit dengan patung ni. Sebab tu ummi buat keputusan sembunyikan Gugu. Takut juga jika angah dah masuk collage dia masih nak heret Gugu ni sekali. Alhamdulilah. Angah dapat tidur tanpa Gugu walaupun pada mulanya seminggu dia demam  gara-gara Gugu hilang. Tapi tulah. Setiap malam pasti angah akan mengigaukan Gugu.” Jelas Pn Hjh Amrah panjang lebar dan tersenyum. Jenuh juga mulutnya menjawab pabila ditanya ke mana hilangnya Gugu. Ketika seminggu Andra sakit dia sudah mulai ingin mengeluarkan Gugu dari persembunyiannya. Namun, Tn Hj Abdul Rahman menolak. Katanya mungkin itu adalah proses perpisahan di antara Gugu dan Andra. Alhamdulilah. Selepas itu semuanya okay.


            “Astagfirullah’alazim. Haykal ingatkan Gugu tu bekas teman lelaki Andra mahupun sebagainya. Rupa-rupanya patung teddy bear ni.” Balas Haykal lega dan tersenyum kecil. Kepalanya digelengkan dan Gugu yang berada di pelukan ibu mertuanya diambil. Memang selesa pabila memeluknya. Bulunya begitu lembut dan patunya begitu empuk sekali.


            “Itulah angah yang sebenarnya Haykal. Ummi harap Haykal mampu bertahan dengan sikap angah. Angah masih muda. Jika ada yang angah tak tahu dan melampaui batas, Haykal tegurlah dan bimbinglah dia. Kerna dia adalah tanggungjawab Haykal sekarang ini. Masih banyak yang kurang di dalam didikkan ummi dan abi padanya. Hanya pada Haykal kami berharap.” Balas Pn Hjh Amrah dan menepuk lembut bahu menantunya. Haykal tersenyum.


            “In Shaa Allah ummi. Haykal juga masih banyak kurangnya. Tapi In Shaa Allah. Haykal akan cuba bimbing Andra selagi yang Haykal mampu.” Balas Haykal dan membalas senyuman ibu mertuanya. Gugu? Aduhai~ Encik Teddy Bear rupanya.






***CINTA ENCIK DUDA****







AKU mendekati pak cik yang berdiri di hadapan jendela bilikku. Perlahan-lahan aku dekati dirinya. mengelamun nampak. Aku yang berjalan di belakangnya juga tidak diendah. Mustahil pak cik ni tak perasan. Sebab lonceng gelang kaki ku ini rasanya bunyinya pasti orang yang berada di bawah boleh dengar. Erk! Ketara sangat menipunya! Hengat lonceng gelang kaki engkau sebesar gajah?  Haha.


            “Pak cik…” Panggilku lembut dan memeluk pak cik dari belakang. Kepalaku aku sandarkan di belakngnya. Okay! Kena mengaku! Memandangkan aku ni pendek. Erk! tinggilah juga. Kalau tak memakai high heels tinggi aku takat bawah paras bahu pak cik je. Tapi, bila dah pakai high heels. Hah! Err. Tupun baru lepas bahu dia sikit. Haha. So, can you imagine that? Betapa tingginya dia?


            “Hurm…” Balasnya lembut tanpa berpaling. Namun, dapat kurasakan tangan kasarnya mengelus lembut tanganku yang memeluk tubuhnya.


            “Kenapa ni?” Soalku hairan. Perlakuannya sejak tadi kelihatan lain. Sekejap okay. Sekejap tak. Berubah-ubah.


            “Tak ada apa-apalah sayang…” Balasnya lemah. Aku mengeluh.


            “Hurm… Pak cik tak suka ya kita tidur di rumah abi dan ummi?” Soalku padanya serba salah. Yalah. Mana tahu pak cik tak suka tidur di sini. Kerna aku dia terpaksa turutkan jua. Spontan pak cik berpaling padaku. Tubuhku ditarik rapat pada tubuh sasanya dan daguku ditarik lembut agar memandangnya. Oh tuhan! Kenapa lelaki ini sungguh kacak? Cair aku dibuatnya. Renungannya. Haruman tubuhnya. Belaiannya. Aduhai….


            “Isteriku Andra… Jangan pernah berfikir seperti itu. Abang suka tidur di sini. Inikan rumah kedua ibu dan bapa mertua abang.” Balasnya lembut dan mengusap kedua-dua pipiku. Aku mencebirkan bibir.


            “Dah tu? Kenapa pak cik diam je?” Soalku balik. Pak cik mengeluh dan memandang ke luar jendela. Kali ini aku pula yang mengeluh. Siap mendengus geram engkau!


            “Tak apalah…” Balasku merajuk dan ingin berlalu. Namun,belum sempat aku pergi pak cik sudah menarikku dan memeluk tubuhku dari belakang. Terdiam aku dibuatnya.


            “Sorry…. Abang tak maksud nak buat awak merajuk…” Bisiknya lembut ke telingaku dan mencium pipiku. Aku memandangnya yang menyandarkan dagunya ke bahuku. Dia turut membalas pandangan mataku. Kenapa dengan dia?


            “Kenapa ni? Hurm?” Soalku lembut dan merenungnya. Dia menundukkan wajahnya seketika dan mengeluh. Tubuhnya mendekati katil dan dudukkan tubuhnya di hujung katil. Manakala, tubuhku pula ditarik lembut olehnya dan mendudukkan aku di ribanya. Erk! Malu…. Serious aku malu! Tapi… Suami engkaukan? Nak malu apa? Ayat sedapkan diri je tu. Hehe.


            “Isteriku Andra….” Panggilnya lembut dan memandangku yang melingkarkan tanganku ke lehernya.


            “Ya…” Balasku dengan nada yang sama.


            “Siapa Luqman Hakim?” Soalnya tiba-tiba dan merenungku yang tercengang. Luqman Hakim?


            “Maksud? Kan Abang Luq sepupu saya.” Balasku padanya dengan kerutan di dahi. Dia mengeluh.


            “I know. Dia sepupu awak. But, ada tak sepupu yang menyatakan perasaan cintanya pada sepupunya sendiri? Okay, I admit that. Memang ada. But, dengan wife orang? Dengan awak? Dengan isteri abang? Abang rasa ianya benar-benar melampaui batasan sayang.” Balas pak cik dengan wajah yang tegang. Terkedu aku dibuatnya. Dia dengar? Dia dengar semuanya?


            Aku menyanyi kecil sambil membasuh cawan-cawan yang kami gunakan tadi ketika minum malam. Ni kalau ummi dengar, memang kena ceramah free lah gamaknya. Ummi memang tak suka aku menyanyi sambil membuat kerja dapur. Katanya tak manis. Erk! Aku sendiri tak tahu kenapa. Aku ikutkan saja. Akukan anak mithali! Hehe.


            “Honey, happy?” Soal suara garau dari belakangku tiba-tiba. Spontan aku terkejut dan cawan yang berada di pegangan tanganku terjatuh ke singki. Astagfirullah’alazim! Dia ni manusia ke apa? Main terjah je kerjanya. Ada apply kerja dengan Nas Ahmad ke apa!


            “Sorry. Abang Luq kejutkan honey.” Balasnya serba salah. Aku menjelingnya yang sudah berdiri di sisiku dan menyambung kerjaku kembali.


            “Andra. Nama saya Andra. Bukan honey.” Balasku dingin. Honey? Huh! Ianya hanya menoreh luka yang lebih dalam di dalam hatiku ini.


            “Mentang-mentang dah kahwin. So tak nak abang Luq panggil honey lagi?” Balasnya sinis. Spontan aku terhenti membilas cawan dan memandangnya tajam. Dia ni kenapa?


            “Ada kena mengena ke saya dah kahwin atau tidak? Ada saya susahkan awak?” Balasku dingin. Dia tergelak sinis.


            “Awak? Saya? Okay, I get it. Depan family, panggil abang Luq dan angah. Belakang family dan berdua dengan abang Luq panggil ‘saya’ ‘awak’. Okay…” Balasnya dan anggukkan kepala. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans nya. Aku mendengus geram dan memandangnya.


            “What is your problem? Saya ada buat salah pada awak ke?” Soalku geram. Dia tersenyum sinis dan merenungku.


            “Yes you are. Kesalahan yang honey buat amat besar sekali dan abang Luq takkan maafkan hal tu. Sampai hati honey kahwin dengan lelaki lain kan? Mana janji honey dulu nak tunggu abang Luq? Cintakan abang Luq?” Soalnya padaku dan mendekati aku. Spontan aku mengundur dan memandangnya. Gelak sinis aku pamerkan padanya. Membalas tawanya sinisnya tadi.


            “Janji apa? Janji pada lelaki yang mainkan perasaan aku? Macam tu maksud kau Luq? Menunggu dan cintakan kau? Apa kau ingat aku begitu bodoh sekali? Menanti dan mencintai lelaki yang sudah bergelar tunangan orang?” Balasku padanya dan merenungnya tajam. Dia merengus geram.


            “Masa tu abang Luq tak pasti dengan perasaan abang Luq sayang… But now abang Luq dah pasti dengan perasaan abang Luq. Abang Luq cintakan Andra. Abang Luq dah sedar yang perasaan ini hanya buat Andra. Selama ni abang Luq buta. Buta menilai cinta Andra.” Balasnya padaku dan cuba meraih tanganku. Namun, aku menolak dan tergelak sinis. Kedu-dua tanganku ditepuk.


            “Bravo Luq! Kau begitu pandai sekali berlakon. Tahniah! Tapi aku bukannya Andra yang dulu. Yang menjadi bodoh kerana engkau! Sedar diri kau sikit! Aku dah kahwin dan punya suami. Tolong hormatkan aku dan suami aku!” Balasku kasar dan ingin berlalu. Namun, dihalang olehnya.
           

            “Like what you’ve said before. Hanya bertunang. Boleh putus. Begitu juga dengan kahwin. Boleh 
bercerai!” Balasnya dan tersenyum sinis. Aku mendengus geram dan berlalu pergi meninggalkan dia di situ. Gila!


            “Pak cik… Dia tak bermakna apa-apa pada saya. Tapi pak cik. Pak cik bermakna pada saya. Awak suami saya. Dia? Tiada makna apa-apa pada saya. Hanya awak.” Balasku padanya lembut dan mengusap kedua-dua pipinya. Pak cik memejamkan kedua-dua matanya dan merasai belaianku pada wajahnya.


            “Abang takut sayang. Abang takut sayang akan kecewakan abang… Abang takut sebab abang tak layak buat awak. Dia jauh lebih muda dari abang. Sepadan dengan awak.” Balasnya perlahan dan memandang mataku. Matanya….. Membuatkan aku terdiam. Ada air mata yang mengalir…. Kenapa? Adakah kerana dia takut aku akan mejadi seperti arwah mamanya Aira?


            “Tak… Saya takkan kecewakan pak cik. Saya janji. Walau tiada cinta buat pak cik. Tapi saya akan jagakan hati ni buat pak cik. Tanamkan benih cinta pak cik di sini. Di hati saya…” Balasku dan gelengkan kepalaku. Tangan kanannya dipegang dan diletakkan di dadaku. Merasai dengupan jantungku yang berdegup kernanya. Suamiku yang sah dan halal.
           

            “Saya janji… Saya akan cuba menjadi isteri yang baik buat pak cik…” Sambungku dan mencium pipinya.


            “Maaf… Abang berkelakuan seperti budak-budak. Tak matang. Tetapi, abang tak dapat nak tahan diri abang dari cemburu dan rasa tercabar pabila lelaki lain menyatakan cinta pada isteri abang. Dia pernah menduduki hati sayang. Sedangkan abang? Hanya datang dan muncul di dalam hidup sayang secara tiba-tiba… Abang rasa tergugat… Maaf…” Balasnya dan memandang ke atas siling. Aku tahu dia cuba menahan air matanya dari jatuh. Namun, dia suamiku. Air matanya tidak akan silu mengalir di hadapan seorang isteri. Aku mengelap air matanya lembut.


Aku mungkin bukanlah umat yang baik. Aku mungkin bukanlah isteri yang baik. Aku juga mungkin bukanlah insan yang terbaik. Namun… Aku tak pernah lelah untuk menjadi yang terbaik….


Aku mengusap kedua-dua pipinya lembut dan dia kembali memandang wajahku dengan mata yang memerah. Spontan bibirku mengukirkan senyuman manis buatnya. Perlahan-lahan… Wajahku aku dekatkan pada wajahanya. Bibir kami saling menyatu dan menyalurkan rasa kasih dan sayang kami di situ….


Did you feel that? Rasa kasih dan sayang saya buat awak?” Soalku padanya lembut setelah bibir ni mengucup bibirnya. Dia anggukkan kepalanya dan tersenyum kecil.


“Saya tahu saya masih muda. Tak matang. Terlalu mengikut perasaan. Tetapi, ketahuilah bahwa saya tak akan pernah lupa status diri saya dan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri kepada suami saya ni. Saya akan setia dan menjalankan tanggungjawab saya pada pak cik. In Shaa Allah.” Balasku padanya dan tersenyum.


“Saya mungkin pernah mencintai lelaki itu. Dia juga mungkin pernah bertakhta di hati ini dan dia mungkin muda. Tapi… Percayalah. Dia kini hanyalah kisah silam yang ingin saya lupakan. Anggaplah ianya satu kesilapan masa lalu saya. Saya ingin memulakan hidup baru. Hidup baru bersama awak. Hidup baru bersama Aira. Hidup baru bersama suami dan anak saya. Boleh awak penuhi permintaan kecil saya ni?” Soalku padanya dan membelai rambutnya. Dia tersenyum dan anggukkan kepalanya senang.


“Dengan hati yang terbuka sayang. Abang sanggup penuhi permintaan awak tu. Thanks. Thanks for being a good wife to me. Awak amat memahami abang. Abang bertuah memiliki isteri sebaik awak.” Balasnya dan dekatkan hidung kami. Digeselkan lembut dan manja. Membuatkan aku tertawa bahagia. Aku suka pabila diperlakukan sebegitu. Terasa di manja olehnya.


“Tapi malam ni tak nak tidur dengan Mia… Nak tidur dengan pak cik je… Boleh? Please….” Rayuku manja padanya dan melentokkan kepalaku di bahunya. Dia tergelak senang.


As you wish sayang. Ummi dan abi memang nak tidur dengan Mia malam ni. So, malam ni. Abang awak punya. SEORANG.” Balasnya dan kenyitkan matanya nakal. Spontan aku menjerit riang. Yeppi! Dapat tidur dengan bantal peluk yang tegap dan sasa. Hahahahaa. Gatal!







****CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL yang tidur lena bersama isterinya yang berada di pelukannay terbangun dek  kerana Iphone nya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Berulang kali berdering membuatkan Haykal terpaksa gagahkan dirinya untuk bangun. Andra? Jangan harap! Isterinya itu tidur mati pabila tidur. Letaklah bom ke apa. Pasti Andra akan maintain tidur. Hahaha.
           


            Haykal memasang lampu tidur yang berada meja kecil di sisi katil milik isterinya itu. Matanya dikecilkan dek kerana cahaya lampu yang terang. Andra yang berada di pelukannya dipandang. Lena sekali tidurnya. Pastilah lena kerana tidur beralaskan tubuh sasa Haykal. Haha. Manja. Dengan kanak-kanak sekecil mia pun nak bergaduh. Haykal gelengkan kepalanya dan mengambil Iphone miliknya. Screen Iphone dipandang dan keningnya dikerutkan.



            “Hello. Assalamualaikum wbt?” Sapa Haykal setelah nombor yang tidak dikenali itu disambut panggilannya.


            “Hello. Walaikumsalam wbt. Datuk Megat Haykal?” Balas suara garau dihujung sana. Spontan Haykal kerutkan dahi.


            “Ya saya…” Balasnya pendek.


            “Saya Faiz Akmal. President bagi Majlis Perwakilan Pelajar Ralph Collage dan juga ketua bagi orientasi yang disertai oleh anak datuk iaitu Aira.” Jelas suara garau dihujung sana. Spontan Haykal memandang isterinya yang masih lena itu. Faiz Akmal? Adakah Faiz Akmal yang coba memikat hati isterinya? Tapi apa mahunya pemuda itu?


            “okay. Kenapa ya?” Soal Haykal kembali.


            “Maaf jika saya menganggu tidur datuk. Saya ingin maklumkan bahwa anak datuk iaitu Puteri Hairana dimasukkan ke ward kerana mengalami alahan iaitu asthma. Dia kini berada di hospital dan menjalani rawatan yang selanjutnya. Namun, datuk diharap bertenang kerana  Aira di dalam kondisi yang baik sekrang.” Jelas Faiz Akmal. Spontan Haykal duduk tegak. Andra pula yang berada di pelukannya terjatuh di bantal sebelah. Terkejut punya pasal!


            “Sorry sayang.. Abang tak sengaja.” Balasnya serba salah dan kembali memeluk isterinya. Andra yang mamai itu seperti ingin menangis saja. Tidurnya yang lena diganggu.


            “Sakit…” Adu Andra manja dan memegang belakang kepalanya. Akibat bangun yang mengejut membuatkan kepalanya berasa sakit. Haykal mengetap bibirnya dan mengosok belakang kepala isterinya lembut. Iphone kembali ditekapkan ke telinga.


            “Sorry... Thanks sebab maklumkan pada saya. Saya akan datang sekejap lagi.” Balas Haykal.


            “Err. Ya. Ya. Most welcome datuk. So, I’ve to go. Once again, I’m sorry for disturbing. Assalamualaikum wbt..” Balas Faiz Akmal dan mematikan panggilan. Rasa muskyil mendengar suara lembut yang berada di hujung talian tadi. Kedengaran seperti suara Andra. Taklahkan? Err…


            “Kenapa?” Soal Andra hairan pabila tersedar yang suaminya berbual di telefon tadi. Haykal mengeluh dan mengusap pipi isterinya.


            “Aira. Asthma dia menyerang. Dia dimasukkan ke ward sekarang ni.” Jelas Haykal risau. Spontan Andra duduk tegak dan memandang suaminya.


            “Aira? Oh my… Patutlah tadi siang Aira semput semasa berlari. Rupanya dia ada asthma?” Soal Andra tidak percaya. Haykal anggukkan kepalanya.


            “Aduh. Jom. Jom! Kita tengok Aira.” Ajak Andra dan berdiri. Menarik tangan Haykal untuk menuju ke pintu bilik. Spontan dahi Haykal berkerut memandang isterinya.


            “Sayang…” Panggil Haykal dan menarik tangan isterinya lembut. Terhenti langkah kaki Andra dibuatnya dan dia berpaling memandang suaminya.


            “Kenapa? Jomlah. Kasihan Aira.” Balas Andra risau. Haykal tersenyum kecil dan gelengkan kepalanya. Tubuh isterinya dipandang.
           

            “ Nak pergi ke hospital dengan pakaian macam ni ke? Naik luruh jantung abang tengok yang…” Balas Haykal dan menggelengkan kepalanya. Spontan Andra memandang tubuhnya dan mejerit kecil. Tubuhnya dipusing membelakangi suaminya. Malu!


            “Hei! Jangan tengoklah! Nakal!” Jerit Andra geram. Tubuhnya yang hanya tersarung singlet nipis rona putih dan short pants yang pendeknya ngam-ngam dihujung baju singletnya dipandang. Menampakkan lagi putih melepak pehanya. Pendek gila! Seksi! Mengucap Haykal dibuatnya. Haha.









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





*******************************************






Asslamualaikum wbt and Salam Sjehatera Ladies!
A J






Hi ladies!







Ya! Ya! Ya!








Sayer tahu sayer lambat! L







M sorry ladies!







Nah gula-gula. õ








Kite share eh! J








Hehehehehe~






How was the story ladies? Best? Interesting? Romantic? Blur? Dang? Maafkan aku jika CED 15 ni tak dapat memuaskan hati anda semua. Huhuhu. J
M A A F
MAAF aku dah beberapa hari tak update CED kan. L Maafkan aku eh? Disebabkan kondisi kesihatan yang kurang baik dan disebabkan factor ulang alik dari hospital membuatkan aku semakin weak! Huhuhu. Tenaga nak edit CED tu dah 0.00% dude! Huhuhu. Sungguh lemah sekali! L Kepala pun  fening-fening! Hukhukhuk. Aku harap uols faham aku. Aku manusia babe. Kalaulah aku robot maybe aku dapat nak edit CED everyday dan duduk 24jam depan lappy. But! M not L Sedihhh~  Huhhuhu.



B I G T H A N K  S !
To those, yang sudi jenguk CED dan BLOG DF ni berulang kali. Siap ada yang berpuluh kali. Erk! Betul ke? Ke uols tipu aku? Hahaha. Nakal tahu! Tapi kalau betul. Aduhai! Allah swt je tahu betapa rasa bersalahnya aku dengan uols. Aku pun readers macam uols juga. Faham apa perasaan menunggu entry yang tak berkunjung tiba. Bengang siot! Tapi aku respect ah dengan uols. Memang uols kesayangan aku! Siap doakan aku cepat sembuh dan tak pernah lelah menunggu CED. Oh myyyy~ Terharu uols! Sangatsangatsangat! =’) Kalaulah aku ada doreamoon kata cik bonjour, hehe, pasti aku kan minta encik doreamoon tu hantarkan doriyaki pada uols satu-satu. Whahahaha~ Propa lebeyyy~ ada ke doriyaki je engkau bagi kat dorang RATU? Hampeh doh! Cer lah Iphone sebiji ke. Ipad ke. Erk! engkau hengat bapa aku buka kilang APPLE? DURIAN ada! Nak? hahahaha. A J




C E D 1 5 ? ?
Okay! Seriously, bab ni ada watak baru munculkan? Tehee~ siapa namnya tu? Luqman hakim? Hah! LH. Tapi jahat kot engkau! Siap nak kata macam tu kat wife orang. Mana tak laki dia bengang! Hahaha. Nampaknya datuk megat haykal kita dah mulai cemburu tahap gaban sampai nak merajuk! Hahaha. Tak boleh tahan! Tehee~ J Aduduh~ Apa yang akan terjadi pada Aira? Aduhai~ Suspend! Hwaiting ladies for CED 16! A J




Saya Ratu Adriana Nadineingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 15  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J




Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.
It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!




We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.




SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J






Till then,









Sincerely,



42 comments:

  1. suke sgt cite nie msk...(nk lompat bintang... huhu)


    ~ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ADA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Hihihi
      ikuttttt!
      nak lompat bintang juga! hihi :)

      Delete
  2. best2...hihi..makin sweet ar andra-haykal~
    ~ze~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ZE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Hihihi
      THANKS sayang :)

      Delete
  3. finally...hehehe...nice...
    pakcik da jeles tu..hehehe...jahat LH tu ye...

    sian Aira, asthma pulak...harap2, lpas ni Aira ngn Faiz menjadi...kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap LH tu x kaco n cuba nk rosakkn hubugn yg baru bermula haykal n andra......n walau apa pun yg mendtg..mrk saling mempercayai .....setuju ..hrp aira ngan faiz...bila ye andra nk ubah panggilan kt haykal......hope bermula ngan panggilan then sikit2 andra berubah......
      sian haykal..takut abdra mcm ibu aira agaknya.....

      Delete
    2. HI MISS L
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Hehehe
      finally kan dear :)
      heh

      haha tulah pasal. geram pak cik dibuatnya :)

      ahaks! a'ah kan. macam kena je. hihi

      Delete
    3. HI ANA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Hehehe
      betul tu dear
      tak baik luqman hakim tu rosakkan hubungan orang lainkan hehe

      huhuhu kasihankan haykal ? :(
      dia trauma dengan kisah silam

      Delete
  4. wahh.. thanks for the n3..

    eh.. LH ni xreti bahasa agaknya eh.. kata xcinta..cett!!
    sweet la hubby n wifey ni..hrp tabah dgn pengacau2 sume tu
    eh, kang kalo g spital kantoi la ngan faiz kan? jeng jeng jeng!! ai like..

    tuu andra tu bila nak panggil laki dia abg nih.. xpon hubby ke.. sian jer datuk..pak cik xhbs2.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZZ ACU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Most welcome and big thanks sayang :)

      cettt!
      betul tu!
      geram ni! erk! aku pula yang emo! hihi :)

      hehe betul3!
      harap bersabar hehe

      hahaha
      pak cik pun tak makan saman gak
      cool je duk gelarkan diri dia ABANG hahahaha

      Delete
  5. uih, acu dh siap komen. hihi.

    Alahai, kesian aira. asthma pulak.

    ha, kena wish good luck kat Datuk MH ni sesiap. Saingan dia byk sgt ni. haha.

    btw Ratu, ada typo. collage should be college. crash should be crush. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh kali ni ai terrrrcepat sket pd u hajar..kih3

      Delete
    2. HI HAJAR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Ahaks!
      acu laju dear
      hihi :)

      kasihankan aira :(

      ahaks!
      amboi dear
      macam tahu jer! hihi

      Oh i see, thanks dear :)
      will fix it

      Delete
  6. Replies
    1. HI EYZAN SUEZYAN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      THANKS SAYANG :)

      Delete
  7. Tq utk n3 nie... Mmg lama gila tgu... Stiap msa asyk jguk cni... Smp nk tdo pn ssh hehe...

    Sweet jer dorg nie kn... Luq biar pdan muka dia..msa org nk dia xnk skrg adra dh kwen br thgeh2...

    Suka watak andra sbb dia pdai buat kek.....sy pn mnat buat tp asyk xjd jer...huarggg sdih... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI EIJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Most welcome and big THANKS too dear :)

      Tehee~ sorry ya sayang :) terharu baca comment awak ni hehe :')

      sweet! hehe
      tulahkan? biar padan dengan muka engkau luq! haha

      yer ker dear? ahaks!
      takpe2
      usaha tangga kejayaan tau! ahaks!
      fighting dear :)

      Delete
  8. smoga cpt sihat cik ratu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      AWwwwwhhhh~

      dearrrrrrrrrrrrr
      saya terharuuuuuuuuuuuuuu!
      haha :)

      THANKS sayang saya :)
      sayang awak!

      Delete
  9. tq cik ratu..
    trubat rindu kt CEDni..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NIJA_JAJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Most welcome and big THANKS too sayang :)
      ahaks!

      Delete
  10. tq ratu..best sngt

    tp ratu...,t jgn la buat luqman 2 kacau andra n hykal...x sanggup tngk hykal n andra sedih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju2.....sian haykal..krg ilang pula kepercyaan kt andra....
      terhibur ngan mia...bila ye mia n berbaik ngn andra....

      Delete
    2. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      most welcome sayang and big THANKS too :)

      hehe in shaa allah dear
      mereka berdua akan bahagia hihi

      Delete
    3. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      heheh setuju juga dengan awak :)
      tehee
      betul!
      kepercayaan di antara mereka amatlah penting
      hehe mia nakalkan but comel! ehe

      Delete
  11. Tq Cik Ratu Adriana,Best sangat bermain dengan emosi 'cemburu' Datuk Megat Haykal dan SiManja Datin Andra serta Watak sampingan yang mewarnai jalan cerita.Kesian Datuk Megat Haykal,persaingan dari si muda belia...Apa2 pun...saya suka.....sangat!.TQ so much..Take care...jangan skip makan ubat...heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Most welcome CHE LAILA :)

      Hihihi
      betul tu dear :)
      masing-masing berkaitan hehe

      THANKS sayang saya :)

      ahaks!
      in shaa allah tak =P
      ahaks!

      Delete
  12. Cik Ratu kita maseh tak sehat lagi ke? kesian ye.. jgn lupa makan ubat sewaktu dgnnya semuga cepatlh sembuh. Memang betul pun berkali2 pergi blog Ratu kerana dh berapa hari x dpt baca CED.. rindu sgt dkt mereka berdua, tapi hari ni lega rasa dh terubat rindu... kalau cite best ni Ratu walaupun dh panjang tapi maseh lagi rasa tak puas... Elok juga kalau Faiz dh tau yg Andra adalah isteri kepada Haykal supaya tidak lagi menaruh perasaan pd isteri org, tapi kalau Faiz beralih kaseh pd Aira pun tak best juga nanti mesti ada perasaan cemburu pula diantara mereka berempat kan? nak lagi ye Ratu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANOR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Alhamdulilah~
      dah sihat sayang :)
      THANKS bagi nasihat ya dear :)

      ahaks!
      SORRY N THANKS sayang :)
      sorry menyusahkan awak semua

      hahaha ye ke dear?
      tulah kan. kan best kalau cerita ni versi buku. tak payah ternanti2 haha tapi apakan daya :) wink!

      yapz! betul tu dear
      complicated! hehe

      okay sayang :)

      Delete
  13. tq cik ratu...
    penat menunggu akhirnya berbaloi juga....
    bunga2 cinta dah ada cuma andra n pakcik pandai2 la nak memekarkan nya.....
    andra sakit2 pun nak jumpa abg faiz ye.....jgn x cya pakcik ni cemburu tau....
    terjawab gak sape gugu...bear rupanya...
    mane datang luqman hakim ni....menyemak je...
    andra baru blajar bercinta ngan hubby dia datng pulak pengacau...
    pakcik n andra g hospital tentu faiz nampak....so peluang faiz nak ngurat andra pun tertutup....faiz ambil je la aira...aira pun ok ...
    nak lgi cik ratu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Most welcome and big THANKS too dear :)

      hehe
      betul tu dear. haykal kena mainkan peranan :)

      haha andra suka sangat sakat haykal dan sebut nama faiz hehe

      haha yapz! bear hihi

      menyemakkan? saje nak semakkan cerita sebenarnya. ahaks! =P

      tulah pasal. baru nak membungakan hati tu sikit. tapi dah ada yang kacau huhu

      okay dear :)

      Delete
  14. best!!!!!!!!!!!!suka sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI AQILAH
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      THANKS SAYANG SAYA :)

      Delete
  15. suka giler giler giler!!! 2 thumbs up!!!! ahhhh.... Datuk. Megat.Haykal....cairrrrrrr!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HK
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      Hehehe
      THANKS sayang :)

      cairrrrr meleburrr ihihi :)

      Delete
  16. mmg lama menanti bab 15 nie...banyak jugak halangan mereka nie... dgn andra yang ramai peminat dan DMH ramai musuhla nanti....huuuu.. but.. sweettttt jugak mereka nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NZLYNA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      SORRY dear kite lambat :(

      ahaks!
      tu datuk kena handle sendirilah jawabnya hehe

      Delete
  17. nak more scene antara pak cik and andra in next entry... Queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI QUEEN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment =)

      I WILL

      Delete
  18. pnjang entri kali ni.. hehehehe... oh sikit lgi nak terkantoi kat abam faiz. nasib baik andra cepat cover. kekeke... mia x habis2 dngn uncle hensem dia.

    si andra pakai baju tu lain kali kita cuba pakai bikini pulak, tengok samaada pakcik boleh bersuara tegur baju dia ke tak lepas tu. keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RINSYARYC
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      haha ya dear
      suke bebenor nulisnya sampaika terpanjang tehee :)

      hahaha tulah pasal
      kalau tak mahu abang faiz patah hati haha

      hahaha mia. mia. asyik dgn uncle handsome dia saje. hehe

      ahaks!
      rasanya pak cik 'makan' terus! ahaks! =P

      Delete