Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 14 July 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 18










CINTA ENCIK DUDA BAB 18







Trust is like a mirror..once its BROKEN you can never look at it the same again...






HAYKAL mengeluh dan memandang tubuh isterinya yang lena tidur di atas katil. Dia yang duduk di atas single sofa membongkokkan tubuhnya sedikit dan mengengam kedua-dua tangannya.Wajah cantik Andra dipandang. Kenapa sebegitu sekali Andra menyeksa dirinya?


           Sejurus Haykal membuka pintu bilik air. Pertama yang menyapa matanya adalah susuk tubuh isterinya yang terkulai layu di atas lantai dengan rain shower yang masih dipasang. Hampir tercabut jantung Haykal pabila melihat keadaan isterinya itu.


            “Sayang…” Panggilnya cemas dan mendekati Andra. Rain shower dimatikan dan tubuhnya didudukkan di sisi Andra. Diangkat kepala isterinya dan diletakkan ke ribanya. Rambut Andra yang menutupi wajahnya dielus lembut. Jatuh air mata Haykal pabila melihat bibir cantik dan merah merekah isterinya bertukar pucat.



            “Sayang bangun sayang… Awak jangan buat abang macam ni.” Rayu Haykal dan mengoyang-goyangkan tubuh isterinya. Namun, jasad Andra tetap di dalam keadaan yang sama. Kaku dan pucat. Bibirnya mulai kebiruan dan seluruh tubuhnya kesejukan. Jarinya juga pucat tidak berdarah.


            “Ya Allah Swt…” Keluh Haykal kesal dan memeluk tubuh isterinya.


            “Mrs Lim. Ya. Mrs Lim.” Kata Haykal tiba-tiba pabila teringatkan isteri Mr.Lim jirannya yang juga merupakan seorang doctor. Segera tubuh Andra didukung dan dibawa masuk ke dalam kamar beradu mereka.


            “Kenapa awak sanggup khianti kepercayaan abang?” Soal Haykal lemah dan merenung wajah pucat isterinya. Alhamdulilah. Bersyukur kepada-NYA kerana Andra masih selamat. Mrs.Lim kata Andra hanya demam. In Shaa Allah. Setelah diberikan ubat tadi nanti Andra akan mulai sembuh. Lega hati Haykal dibuatnya. Jika ada apa-apa terjadi pada Andra dia tidak mungkin akan memaafkan dirinya.


            “Abang bukan suami yang baik ke Andra? Abang masih belum dapat jadi suami yang baik buat isteri abang?” Soalnya lagi dan mengusap rambut isterinya lembut. Jujur, dia sayangkan Andra. Perasan kasih dan sayang itu mulai bercambah di dalam hatinya dan tak mustahil jika Haykal mengatakan bahwa dia juga mulai jatuh cinta pada gadis berumur 22 tahun dan beza 18 tahun darinya. Cinta itu universal bukan? Cinta itu buta dan Haykal percaya akan hal itu.


            Kerana kesilapan masa lalu, Haykal cuba menjadi suami yang dan ayah yang terbaik. Ingin menjadi lelaki yang bisa menjadi pembimbing dan penyelamat kepada isteri dan anak-anaknya. Kerna itu dia cuba untuk berubah. Menjadi papa yang baik buat Aira dan suami yang baik buat Andra. Tujuannya membimbing dan selalu menasihati Andra bukanlah kerana mengkongkong ataupun kerana haknya sebagai suami. Bukan. Akan tetapi, kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Seharusnya dia menegur dan membimbing Andra. Pabila dia meminta Andra tidak mengkhianati kepercayaannya. Dia benar-benar maksudkan hal itu.


            Oleh kerana itu, dia cuba mengawal perasaan marahnya tadi agar tidak dilepaskan semuanya kepada Andra. Jika dilepaskan semuanya dia takut tangan kasarnya akan sampai di pipi gadis itu. Seorang isteri tidak seharusnya dikasari. Tetapi disayangi. Begitu juga dia lakukan pada Zahlia. Tetapi silapnya dia tidak mengasari Zahlia akan tetapi dia tidak cuba untuk menyayangi gadis itu. Mungkin saja dia dayus dan pengecut. Tapi dia lebih senang begitu dari mengasari kaum hawa. Dia akan bersabar selagi dia mampu.


            ‘Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan’


            Ya. Itu yang dia rasakan. Pabila marah dia lebih suka menahan selagi boleh dan menenangkan dirinya. Oleh kerana itu dia tinggalkan ANDRA di dalam bilik air. Memasangkan rain shower agar gadis itu sedar akan kesalahan yang dilakukan olehnya.


            Andrew Lee. Itu adalah nama lelaki yang Kurus sampaikan padanya. Andrew Lee adalah anak kepada Datuk Robert Lee. Salah satu teman bisnesnya. Hah! Peduli apa! Anaknya Robert telah membuat onar pada isterinya. Memeluk tubuh isterinya tanpa rasa malu! Pastilah mendapat habuan darinya.


            “Gugu…” Haykal spontan mengangkat wajahnya pabila mendengar suara lembut isterinya memanggil GUGU si teddy bear kesayangan.


            “Gugu…” Panggil Andra lagi dengan suara serak. Kedua-dua tangannya diangkat seperti ingin memeluk seorang. Spontan Haykal berdiri dan duduk di atas katil. Di sisi isterinya. Tubuh isterinya diraih ke dalam pelukan hangatnya dan belakang Andra diusap lembut.


            “Shhhh. Abang kat sini.” Bisik Haykal ke telinga Andra dan mengucup lembut telinga isterinya. Barulah Andra mulai tenang dan kembali tidur. Pelukannya pada tubuh Haykal semakin dieratkan.


            Haykal mengeluh. Walau dia tengah marah sekalipun. Dia tidak dapat menghalang dirinya dari membelai dan menyayangi Andra. Gadis itu begitu bermakna buatnya. Jika saja suatu hari nanti Andra jatuh hati pada lelaki lain… Apakah yang akan dilakukan olehnya????









****CINTA ENCIK DUDA****








AKU membukakan mataku di saat terasa ada elusan lembut di rambutku. Kepalaku dipejamkan kembali pabila terasa susah untuk membukanya. Terasa mataku panas. Sekali lagi aku cuba untuk membuka mataku pabila terasa elusan lembut dikepalaku kembali.


            “Mummy dah bangun?” Soal Aira lembut kepadaku di saat aku berjaya membuka mata. Aira yang duduk di sisiku dan membelai rambutku dipandang. Dia memberikan senyuman manis buatku.


            “Mummy kat mana ni?” Soalku hairan. Bukankah semalam aku berada di dalam bilik air? Bilik air?! Spontan aku duduk tegak pabila teringatkan pak cik!


            “Ouch!” Aduku pabila terasa kepalaku sakit dan kembali aku baringkan tubuhku.


            “Mummy. Rest lah dulu. Mummy masih belum sihat lagi.” Larang Aira dan gelengkan kepalanya. Aku memejamkan mataku pabila teringatkan kembali bagaimana marahnya pak cik semalam kepadaku. Siapa yang membawaku masuk ke dalam kamar kami? Adakah dia?


            “Papa mana?” Soalku pada Aira dan kembali membuka mataku. Aira kelihatan terdiam dan serba salah.


            “Aira…. Papa mana?” Soalku lagi dan mengoncang tangannya. Aira mengeluh.


            “Papa keluar. Katanya ada urusan. Dia minta Aira tolong jagakan mummy…” Jelas Aira satu persatu.


            “Eh! Kenapa mummy menangis? Sakit ya?” Soal Aira cemas pabila melihatku mengalirkan air mata. Air mataku dilap olehnya. Pak cik tak pedulikan aku dah ke? Sanggup pak cik keluar dan tak tunggu aku bangun seperti selalu….


            “Datin… Mak Yam bawakan bubur ni. Datuk pesan suruh datin makan bubur dan ubat ni.” Kata Mak Yam kepadaku lembut dan membawa dulang yang berisi semangkuk bubur ayam,air putih, ubat dan juga susu. Kembali aku menitiskan air mata. Datuk! Papa! Datuk! Papa! Kenapa mereka semua mejadi orang tengah pak cik? Adakah benar pak cik yang menyuruh mereka? Adakah pak cik begitu marahkan aku sampaikan tidak ingin berjumpa denganku?


            “Mummy makan ya. Aira suapkan…” Pujuk Aira dan cuba menyuakan sudu ke bibirku. Namun aku memalingkan wajahku dan mengelengkan kepala.


            “Tak nak… Mummy nak papa….” Rengekku dan menangis. Mengeluh Aira dibuatnya. Aira dan Mak Yam saling berpandangan.


            “Tapi datuk dah keluar datin. Mungkin sekejap lagi datuk baliklah. Apa kata datin makan dulu. Jadi nanti datuk taklah marahkan datin sebab belum makan bubur dan ubat ni.” Pujuk Mak Yam kepadaku dan aku? Tetap berkeras dan menutup wajahku dengan bantal.


            “Mummy….” Panggil Aira dan cuba membuka bantal tersebut dari menekup wajahku. Namun, aku tetap berkeras.
           

            “Go… Tinggalkan mummy sendirian. Mummy nak tidur.” Balasku lemah dan menutup mataku. Terasa ada air mataku yang mengalir jatuh, Namun, aku biarkan. Astagfirullah’alazim. Ya Allah Swt. Berdosakah aku membuatkan suamiku berjauh hati denganku?








***CINTA ENCIK DUDA****








HAYKAL memandang Datuk Robert Lee dan Andrew dengan tenang. Tidak goyah mahupun sedikit dengan kedua-duanya. Perjumpaan yang sengaja diadakan di restaurant mewah dan tertutup itu adalah rancangannya sendiri sejurus Datuk Robert Lee menelefonnya meminta penjelasan.


            “Datuk. Apa semua ni? Kenapa you tumbuk my son?” Soal Datuk Robert Lee tak puas hati dan memandang Haykal di hadapannya. Agak terperanjat pabila anaknya memberitahu bahwa Datuk Megat Haykal telah menumbuknya di kelab malam. Haykal tersenyum sinis.


            “You tak soal anak you ni ke kenapa I tumbuk dia?” Soal Haykal sinis. Spontan Datuk Robert Lee memandang anak lelakinya. Datuk Megat Haykal bukan calang-calang orang. Berpengaruh dan dikenali. Bagaimana anaknya boleh bermusuhan dengan lelaki itu?


            “Andrew? Did you’ve any explanation to make?” Soal Datuk Robert Lee kapada anak lelakinya. Andrew yang sedang memegang pipinya memandang daddynya di sisi.


            “What kind of explanation dad? Dia dah tumbuk Andrew. Itulah penjelasannya.” Balas Andrew dingin. Agak tercabar pabila dia ditumbuk oleh Haykal.  Haykal tersenyum sinis. Orang muda. Berdarah panas tapi lemah!


            “Yes. But, why?!” Soal Datuk Robert Lee kepada anaknya. Suaranya mulai ditinggikan.


            “Sebab I mabuk. Peluk Andra. My girlfriend. What is the big deal?” Jawab Andrew dan memandang Haykal.


            “What is the big deal? Did you know who’s that girl dude?” Soal Haykal tegang kepada Andrew. Andrew mengerutkan dahinya.


            “What do you mean? Apa kaitan dia dengan datuk?” Soal Andrew hairan. Haykal tergelak sinis dan berdiri. Kot nya dibetulkan dan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar slack nya. Datuk Robert Lee dan Andrew Lee dipandang sinis.


            “She is my wife! Isteri I yang sah di sisi agama dan undang-undang. You better watch out and behave yourself! Jangan bermain dengan api.” Balas Haykal dan merenung wajah Andrew lee tajam. Terkedu Andrew dibuatnya. Isteri?


            “Are you kidding me?” Soalnya tak percaya. Haykal tergelak sinis.


            “The best man win dude! I tak suka berbohong. Setiap apa yang keluar dari mulut ni semuanya boleh dipakai! So, everything dah jelas sekarang. Selepas ni sila jauhkan diri you dari wife I. Robert. Glad to see you. Thanks for the compliment. I got go.” Balas Haykal dan berlalu pergi.


            “Datuk…” Panggil Datuk Robert Lee dan Haykal spontan terhenti dan berpaling memandangnya.


            “Our project still on?” Soal Datuk Robert Lee gusar. Haykal tersenyum sinis.


            “Business is business datuk. Takde kaitan dengan hal peribadi. It’s still on.” Balas Haykal dan berlalu. Diikuti oleh Boby dan Karim.


            “Selepas ni daddy nak you jauhkan diri dari wife Datuk Megat tu. Remember Andrew! Jangan bermain dengan api! Ni nasib dia tumbuk you je. Kalau dia bunuh you? Jangan salahkan daddy sebab tak ingatkan you!” Marah Datuk Robert Lee kepada anaknya dan berdiri. Setelah kotnya diperbetulkan dia berlalu meninggalkan Andrew yang tercengang.


            “Wife?” Soal Andrew tak percaya.








***CINTA ENCIK DUDA****









SETIBA Haykal dirumah, dia disambut oleh Aira. Nafasnya dihelakan. Tahu bahwa ada sesuatu yang Aira ingin khabarkan padanya. Tengok saja pada eksperasi wajah anaknya itu. Lain sekali. Nampak gusar.


            “Papa! Papa ke mana?” Soal Aira risau dan duduk di sisi papanya di atas sofa berangkai tiga. Haykal menghelakan nafasnya dan menyandarkan kepalanya ke kepala sofa. Siling dipandang dan nafasnya dihelakan kembali.


            “Keluar.” Balas Haykal pendek. Aira mengeluh dan memegang lengan papanya.


            “Pa… Kenapa ni? Papa dengan mummy bergaduh ya?” Soal Aira risau. Haykal spontan membuka matanya dan memandang Aira di sisi.


            “Kenapa Aira kata macam tu?” Soal Haykal. Aira mengeluh.


            “Semalam. Sejak papa bawa mummy naik ke bilik. Mummy dah tak keluar dah lepas tu. Then, pagi-pagi je dapat tahu mummy sakit dan sejak tadi mummy menangis dan merengek nak papa. Makan pun tak…” Balas Aira kesal. Spontan Haykal berdiri tegak dan memandnag anak daranya. Keningnya dikerutkan.


            “Mummy belum makan ke? Kenapa?” Soalnya cemas.


            “Belum. Mummy kata nak papa yang suapkan. Lepas tu mummy nak jumpa papa. Tapi, papa dah keluar. Then, dia pun merajuk dan suruh Aira dan Mak Yam keluar. Aira risau tengok keadaan mummy macam tu. Dahlah pucat je muka.” Balas Aira. Haykal mengeluh.


            Andra. Benar-benar membuatkan dia risau. Entahlah, dia sendiri seperti tidak ingin bertemu empat mata dengan Andra saat ini. Marahnya masih bersisa. Takut dia akan menguriskan perasaan isterinya nanti.








***CINTA ENCIK DUDA****








AKU terbangun kembali pabila terasa tubuhku kepanasan. Mungkin kerna suhu badanku naik. Kerna itu aku mulai merasa kepanasan dan tidak selesa. Mata dibuka perlahan. Terasa sakit kerana selepas sahaja menangis tadi aku tertidur.


            Celik saja, mataku menangkap sekujur tubuhnya yang sedang duduk di single sofa di sisi katil dan merenungku. Tubuhnya dibongkokkan sedikit dan tangannya digenggam. Matanya tidak beralih sedikit pun dari memandangku. Spontan aku kembali menangis. Terasa jauh darinya. Terasa serba salah.


            “Pak cik…” Panggilku dengan suara yang serak. Dia mengeluh.
           

            “Kenapa tak makan bubur dan ubat?” Soalnya dingin. Aku terdiam. Bukannya tanya aku sihat ke tak. Tanya tang tu juga. Spontan aku mengeluh dan mengalihkan pandanganku ke arah lain. Terasa jauh hati dengan sikap dinginnya.


            “Saya tengah bercakap dengan awak ni. Dengar tak?” Soalnya lagi dengan nada serius. Aku mengeluh.


            “Hurm…” Balasku malas.


            “Kenapa tak makan?” Soalnya lagi.


            “Tak selera…” Balasku pendek.


            “Ke clubbing berselera pula?” Sindirnya padaku. Spontan aku menjelingnya. Bukan aku teringin sangat nak ke kelab malam tu! Ini Jenny punya pasal!


            “Kenapa pandang saya macam tu? Tak puas hati?” Soalnya sinis. Aku mengeluh.


            “Ya! Saya salah. Tak payahlah nak sindir-sindir macam tu….” Balasku geram. Dia tergelak sinis.


            “Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan Andra!” Balasnya tegang. Spontan aku terdiam pabila mendengar kata-kata sinisnya dan pandangan tajamnya. Kecut perut aku dibuatnya.


            “Maaf…” Balasku perlahan. Terasa butir mataku semakin panas. Dia tersenyum sinis dan gelengkan kepalanya. Tubuhnya didudukkan tegak.


            “Maaf. Kalaulah maaf tu boleh sembuhkan hati saya yang kecewa ni. Kepercayaan itu penting. Pabila ianya dikhianati. Kita sukar nak letakkan kepercayaan itu kembali.” Balas pak cik sinis kepadaku. Aku mengeluh dan memejamkan mata. Kenapa? Kenapa dia begitu marah? Bukan niatku untuk mengkhianati kepercayaannya…


            Aku kembali membuka mata pabila terasa pak cik mendudukkan tubuhnya di sisiku di atas katil. Mangkuk bubur diambil dan dikacau. Bubur ditiup seketika dan memandangku. Sejujurnya, aku rindukan pandangan matanya yang lembut dan tenang. Kali ini? Pandangannya berbeda sekali. Tajam dan tiada perasaan.


            “Makan.” Arahnya kepadaku dan menyuakan sudu berisi bubur kepadaku. Aku gelengkan kepala dan memandangnya dengan pandangan sebak.


            “Makan!” Balasnya kembali dengan suara yang ditegaskan dan kuat. Spontan aku akur dan mendudukkan diriku bersandar di kepala katil atas bantuannya.


            Sepanjang pak cik menyuakan bubur kepadaku. Mataku tidak dialihkan dari memandang wajah kacaknya. Serius dan tidak berperasaan. Dia hanya memandang bubur dan bibirku. Tidak pada mataku. Kenapa?


            “Pak cik…” Panggilku lembut dan memegang lengannya. Namun, ditepisnya lembut dan memandnagku tajam. Terasa ingin menangis saat itu jua dengan penolakannya.


            “Diam Andra. Saya tak nak dengarkan apa-apa lagi dari awak!” Balasnya geram dan berdiri. Mangkuk bubur diletakkan di atas dulang kembali dan ubat serta air kosong pula diambil. Setelah itu, dia kembali duduk di sisiku dan suakan ubat serta air kepadaku.


            “Makan.” Arahnya dan memandang ubat yang berada di atas tangannya. Aku mengeluh. Namun, tetap mengambil ubat yang dia hulurkan dan memakannya. Setelah itu air pula diteguk perlahan. Gelas diserahkan kepadanya dan di saat dia ingin berdiri aku lantas duduk dan memeluknya dari belakang. Kepalaku aku snadarkan ke belakangnya dan tubuhnya aku peluk kemas. Tercengang dia dibuatnya dan kaku.


            “Sayang… Maafkan saya. Saya tahu saya salah… Saya tahu saya dah khianati kepercayaan awak pada saya. But, please jangan buat saya macam ni…” Balasku dengan sendu. Air mataku mulai membasahi baju kemeja long sleeve rona birunya.


            “Jangan buat saya macam ni. Saya rasa bersalah buat awak marah dan kecewa. Ampunkan saya pak cik…” Sambungku lagi. Dia mengeluh.


            “Saya tak nak bincangkan hal ni sekarang Andra. Awak rehatlah. Saya keluar dulu…” Balasnya dingin dan merungkaikan pelukanku pada tubuhnya. Mengalir air mataku dibuatnya. Sampainya hati pak cik membuatku begini. Ketenangan dan diamnya membuatkan aku rasa serba salah. Saya? Tiada lagi abang digelarkan buat dirinya…








***CINTA ENCIK DUDA****








HAYKAL yang duduk di kerusi kerjanya di dalam bilik kerja spontan mengeluh. Teringat kepada raut wajah si isteri yang pucat dan mendung. Tiada cerianya dan senyumannya. Kejam sangatkah dirinya? Sehingga jatuh sakit Andra dibuatnya. Tetapi, dia ingin Andra sedar. Sedar akan kesalahan yang dilakukannya. Sebagai seorang isteri sepatutnya Andra pandai menjaga dan membawa maruahnya sebagai seorang isteri. Bukannya memasuki kelab malam dan dipeluk oleh lelaki.


            “Arghhh!” Jerit Haykal geram dan menumbuk meja kerjanya. Menempiaskan marahnya di situ. Sejak keluar dari kamar beradunya dan isteri, Haykal menghabiskan masanya di situ. Menenangkan jiwanya yang terasa serabut.


            Haykal menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuknya. Siling bilik kerjanya dipandang. Bagaikan ada wajah Andra di situ dan tersenyum memandangnya. Cantik. Memang catik. Namun, kecantikan itulah membuatkan hatinya tidak tenang. Ada saja yang sukakan isterinya. Mula-mula Amir, kemudian Alex, setelah itu Faiz Akmal, seterusnya Luqman Hakim dan semalam adalah Andrew! Sampai bila dia akan menghadapi scenario ini? Merasa takut kehilangan gadis itu. Bodohlah jika dia kata dia tidak punya perasaan apa-apa pada Andra. Gadis secantik Andra. Senyumannya saja sudah bisa membuatkan Haykal cair. Apatah lagi godaannya.


            Namun semalam? Hatinya bagaikan ditikam dengan pisau. Terasa sakit melihat Andra berada di kelab malam dan dipeluk oleh lelaki lain. Dia lelaki. Maish punya perasaan marah dan cemburu. Berusaha untuk berlagak tenang sekalipun dia tetap akan merasa marah. Marah pabila haknya disentuh! Marah pabila dia dikhianati oleh Andra! Kepercayaannya dianggap remeh!


            “Sayang… What upsets me is not that you betray me, but that from now on I can longer believe you….” Bisik Haykal kesal. Hatinya mulai terasa tidak percayakan Andra. Terasa kepercayaan yang dia berikan pada Andra dikhianati begitu sahaja.


            Kepercayaan wujud di antara perkara-perkara yang tidak boleh dibeli. Bertahun-tahun membinanya namun dalam sekelip mata ia boleh musnah. Bukanlah seberapa banyak perkara,benda,harta yang dimiliki anda menjadi kayu ukur tetapi siapa yang anda ada dalam hidup jadi ukuran. Jangan khianati empat perkara dari hidup anda; KEPERCAYAAN, JANJI, HUBUNGAN BAIK dan HATI. Apabila salah satunya diingkari,hilang,patah,dibuang, tiada bunyi yang keluar daripadanya namun lukanya terasa…









***CINTA ENCIK DUDA****








AKU yang duduk dan memeluk kakiku di atas kerusi yang terdapat di luar balcony bilikku dan pak cik merenung pokok kaktus yang terdapat di atas meja. Pokok kaktus yang pak cik hadiahkan buatku. Tersenyum aku pabila teringatkan kembali.


            “Nak ke mana?” Soalku hairan pabila aku yang baru selepas mandi dan masih memakai bathrobe ditarik olehnya yang sudah lengkap memakai baju kerjanya ke balcony bilik kami.


            “Ikut je…” Balasnya dan menarik tanganku lembut. Aku gelengkan kepala dan tersenyum. Wajahnya kelihatan gembira sekali. Entah apa yang dia cuba tunjukkan padaku.





            “Surprise!” Katanya teruja dan menujukkan sepuluh jenis pokok kaktus yang berada di dalam satu pasu di atas meja. Tersenyum manis aku dibuatnya. Kaktus didekati dan tubuhku ditundukkan sedikit melihat kaktus-kaktus tersebut. Comel sekali kerana mempunyai pelbagai jenis dan digabungkan sekali. Semuanya sudah aku miliki. Namun, terasa bermakna pabila dia yang memberikannya padaku.


            “Awak suka?” Bisiknya ke telingaku dan memelukku dari belakang. Aku tergelak manja dan anggukkan kepalaku.


            “Suka. Suka sangat! Bila pak cik beli pokok kaktus ni? Comel!” Balasku ceria. Dia tersenyum.


            “Sebelum balik kerja  semalam abang singgah nursery Lily.” Balasnya. Aku mengerutkan dahi dan menoleh memandangnya. Tanganku dilingkarkan ke lehernya dan dia memeluk pinggangku.


            “Tak nampak pun?” Soalku hairan. Kerana semalam dia hanya berlenggang sahaja. Hanya briefcase dipegang. Dia tergelak.


            “Abang suruh Farid yang simpankan dulu. Tak surprise lah nanti.” Balasnya dan mengenyitkan matanya nakal. Spontan aku tergelak dan mencuit hidung mancungnya.


            “Nakalnya suami saya ni…” Balasku dan tersenyum. Dia turut tersenyum dan dekatkan hidungnya dengan hidungnku. Digeselkan manja speerti selalu dan matanya tidak lari dari merenung mataku.


            “Abang hanya nakal pada isteri abang ni je…” Bisiknya dan tersenyum nakal. Spontan aku tergelak dan memeluknya.


            “Thanks pak cik… Andra happy.” Bisikku lembut. Dia mengeratkan pelukan kami dan mencium ubun-ubunku.


            “Most welcome sayang. Semua untuk awak. Awak seorang…” Balasnya lembut. Aku memejamkan mataku dan tersenyum senang. Terasa indah….


            Aku membukakan mataku kembali dan memandang pokok kaktus yang berada di atas meja. Terasa kosong hidupku secara tiba-tiba pabila dia menjauh dariku. Kenapa? Adakah kerana aku mulai menerimannya di dalam hidupku? Ataupun kerna….. aku mulai jatuh hati padanya?


            Apa yang patut aku lakukan agar dia tidak merajuk dan memarahiku lagi? Fikir Andra. Fikir! Cuba cari jalan untuk menambat hati pak cik kembali. In Shaa Allah. Mungkin dengan itu hatinya mulai cair dan tidak marah lagi pada kau. Selepas ini, jangan khianati lagi kepercayaannya.


            “Ya!” Jeritku tiba-tiba dan berdiri. Senyuman terukir di bibirku. Okay tak idea ni? Errr. Rasanya okay kot. Belum cuba belum tahukan?








****CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL yang sedang membaca buku di single sofa yang berada di dalam bilik kerjanya mengerutkan dahinya pabila Iphone miliknya berdering menandakan ada panggilan masuk. Terganggu pembacaannya sebentar. Buku ditanda dan ditutup. Iphone yang berada di atas meja coffee di ambil. Bibirnya diketap pabila si pemanggil adalah isteri kesayangan. Spontan dia memandang pintu masuk bilik kerjanya. Bagaikan ada Andra di situ.
           

            Haykal mengetuk Iphone ke dagu. Berfikir. Sama ada ingin mengangkat panggilan tersebut ataupun tidak. Haykal kembali memandang ke Iphone nya di saat panggilan terputus. Namun, seketika ada pesanan ringkas yang masuk. Dengan penuh gentar tangannya membuka message tersebut. Minta dijauhkan Andra ingin meminta cerai dengannya. Siapa tahu bukan? Mana tahu Andra mulai bosan dengannya.


            +Pak cik! Angkat call Andra sekarang kalau tak nak Andra balik ke rumah abi dan ummi malam ni juga!!!!


            Erk! Spontan Haykal terkedu. Uish! Siap ugut-ugut pula. Ni yang lemah ni. Balik rumah ibu dan bapa mertuanya? Mahu kedua-duanya melabel dia tidak pandai menjaga isteri? Lagi pula, sanggupkah dia berjauhan dari Andra? Saat ini pun rasa hidupnya tak lengkap. Terasa rindu. Tetapi ego untuk memujuk isterinya. Disebabkan itu dia cuba menenangkan hati dengan membaca buku.


            Kring!



            Kring!



            Kring!


            Sekali lagi Iphone nya berdering dan ya itu adalah panggilan dari Andra, isterinya. Haykal mengeluh. Nafasnya ditarik dan dihembuskan perlahan-lahan. Dengan lafaz bismillah dia mengangkat panggilan tersebut. Gila tak angkat! Mahu Andra tinggalkan dia!


            “Assalamualaikum Wbt pak cik…” Sapa suara lembut Andra pada Haykal. Haykal memejamkan matanya. Rindu dengan suara manja itu.


            “Dosa tak sambut…” Sambung Andra lagi. Haykal gelengkan kepalanya. Andra tahu memerangkap dirinya.


            “Walaikumsalam Wbt…” Balasnya hambar.


            “Pak cik Andra nak minta maaf…” Luah Andra lembut. Namun, belum sempat dia menyudahkan kata-katanya Haykal mula menyampuk.


            “Saya tak nak dengar apa-apa lagi Andra…” Balasnya dingin. Rasa marah kembali terasa.


            “Eh! Eh! Janganlan letak dulu! Dengarlah dulu apa yang Andra nak katakan ni. Please…. Andra rayu ni…” Potong Andra dan merayu. Haykal mengeluh.


            “5 minutes!” Balas Haykal dan diam. Andra yang berada di hujung panggilan spontan tersenyum.


            “Sekejap ya…” Balas Andra. Haykal mengerutkan dahinya. Entah apa yang isterinya ingin lakukan. Kedengaran bunyi gitar dipetik. Andra pandai bermain gitar?



“Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku akan slalu memujamu…”

Kedengaran suara merdu isterinya menyanyi. Spontan Haykal tersenyum kecil. merdu. Memang merdu suara isterinya itu dan lagu yang Andra nyanyikan adalah lagu yang dinyanyikan Andra di saat pertama kali mereka berjumpa. Kepalanya digelengkan. Tak sangka yang dia akan alami situasi seperti ini. Rasanya sungguh bahagia.



“Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu




Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa




Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku




Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..”
            


             “Pak cik merdu tak suara Andra?” Soal Andra manja di saat selesai menyanyikan lagu tadi.




            “Tak! Sumbang! Dahlah. Assalamualaikum wbt!” Balas Haykal dingin dan mematikan panggilan. Namun, sejurus saja panggilan dimatikan spontan meletus tawanya dan kepalanya digelengkan. Terasa bahagia pabila si isteri memujuk dengan sebegitu rupa. Comel dan indah sekali. Hampir saja dia cair. Erk! Ke engkau dah memang cair Haykal? Cuma tak nak mengaku? Hehe.



            “Kita tengok apa yang sayang buat lepas ni…” Bisik Haykal perlahan dan tersenyum. Terasa seronok pula dikejar-kejar dan dipujuk oleh isterinya. Rasa seperti orang bercinta pun ada. Begini ke orang muda bercinta? Dia dulu taklah macam ni. Haha.














***CINTA ENCIK DUDA****
















ERK! Spontan aku memandang ke Samsung s2 ku. He did what?! Dia matikan panggilan? Grrrrr! Ni yang buat aku geram ni. Spontan gitar yang berada di hadapanku digigit. Aku penat-penat nyanyikan lagu buat dia walaupun suara tengah serak. Tapi dia boleh kata suara aku tak merdu dan matikan panggilan?! Aduhduh! Rasa sakit jantung ni terus. Rasa nak back hand kan aje laki aku tu. Erk! Jangan Andra. Dosa. Hewhewhew.






            Aku meletakkan gitar di sisi dan baringkan kepalaku di meja coffee. Terasa lemah badan ni terus. Rasa tak semangat. Macam mana lagi aku nak buat supaya pak cik maafkan aku? Nilah orang kata JANGAN BANGUNKAN SINGA YANG DAH TIDUR dan JANGAN MENYANGKA ORANG YANG DIAM ITU TIDAK PANDAI MELATAH. Huh! Kan aku dah kena!




            “Mummy?” Panggil Aira lembut kepadaku. Aku spontan menangkat wajahku memandangnya yang menapak masuk ke dalam bilik dengan membawa ubat dan segelas air. Lemah badanku dibuatnya. Ubat lagi…




            “Mummy okay tak ni? Sakit kat mana?” Soal Aira cemas dan memegang bahuku. Spontan aku menepis lembut dan gelengkan kepalaku.




            “Mummy… Kenapa ni? Nak share dengan Aira tak?” Soal Aira lembut dan memegang jemariku. Aku mengangkat wajah dan memandangnya yang duduk di sisiku. Aku mengeluh. Patut tak aku luahkan pada Aira?




            “Hurm.. Aira… Boleh tak tolong mummy?” Soalku pada Aira dengan muka yang tebal. Aira mengerutkan dahinya.




            “Tolong apa my? Boleh. Apa salahnya.” Balasnya dan spontan aku tersenyum.




            “Tolong mummy fikirkan jalan nak pujuk papa boleh? Papa merajuk dengan mummy….” Jelasku jujur padanya. Spontan Aira tergelak. Aku pula yang kerutkan dahi.




            “Erk! Kenapa gelak? Suka ke mummy dan papa bergaduh?” Soalku hairan. Aira spontan menghentikan tawanya dan mengelengkan kepala.




            “Taklah. Ish. Mummy ni. Ke situ pula. Aira gelak sebab dengar mummy kata papa merajuk dengan mummy. Comellah papa merajuk.” Balas Aira gembira. Spontan aku menepuk dahi. Aduhai. Apalah nasib! Anak dara aku sorang ni pun kureng!




            “Tak apalah kalau Aira tak nak tolong…” Balasku lemah dan berjauh hati.




            “Eh! Eh! Bukanlah my! Mummy ni. Mestilah Aira nak tolong. Okay, let see apa yang kita boleh buat. Hurm… Menyanyikan lagu buat papa? Kan romantic tu? Sure Papa cair!” Cadang Aira teruja. Aku mengeluh dan kembali snadarkan kepalaku ke meja coffee.




            “Dah…” Balasku lemah.




            “Erk! Dah ke my? So apa respond papa?” Soal Aira hairan.




            “Papa kata suara mummy tak merdu dan trus matikan panggilan. Huhuhu. Sedih mummy….” Balasku dan membenamkan wajahku meja coffee. Frust gila!




            “Eeee. Ye ke my? Jahatlah papa ni… Hurm. Apa eh? Hurm… Hah!” Balas Aira tiba-tiba kuat dan spontan aku terjatuh dari atas meja ke bawah pabila terkejut mendengar suara kuatnya itu. Ingat ni kem askar ke apa!




            “Hehe. Sorry my. Terlebih semangat!” Balas Aira dan menolongku duduk kembali. Aku merengus dan menjelingnya.




            “Apa lagi idea Aira ni?” Soalku malas. Aira tersengih dan dekatkan bibirnya ke telingaku.




            “What?!” Jeritku kuat dan tak percaya. Wajah Aira yang sedang tersenyum nakal sambil menaikkan keningnya itu dipandang. Biar betul!
















***CINTA ENCIK DUDA****
















HAYKAL yang baru turun dari tangga mengerutkan dahi pabila kedengaran suara kereta di luar. Spontan dia mendekati pintu utama dan membukanya. Kelihatan kereta isterinya memandu keluar dari kawasan rumah mereka. Bibirnya diketap. Bukan tak sihat ke? Nak ke mana lagi?! Minta izin pun tak! Ke Andra benar-benar balik ke rumah abi dan umminya?




            “Mak Yam! Lina!” Panggil Haykal dengan suara yang senagja dikuatkan. Spontan Lina berlari mendapatkan haykal.




            “Ke mana datin pergi?” Soal Haykal serius. Lina meneguk liurnya yang terasa kelat. Wajah Haykal kelihatan tegang sekali.




            “Errr. Kelaur datuk. Dengan cik Aira sekali. Cik Aira yang pandu kereta tadi. Datin ikut je.” Jelas Lina. Haykal mengerutkan dahinya. Aira juga turut serta? Ke mana Aira ingin membawa isterinya yang masih sakit itu?




            “Datin kan tak sihat. Kenapa biarkan dia keluar?” Soal Haykal dingin. Lina menundukkan wajahnya.




            “Maaf datuk. Saya pembantu rumah saja. Tak de hak nak halang datin keluar. Maaf datuk.” Balas Lina serba salah. Haykal mendengus geram.




            “Tak apalah. Kak Lina sambunglah buat kerja.” Balas Haykal dengan suara yang mulai dikendurkan. Tak pasal-pasal Lina menjadi mangsanya. Iphone yang berada di dalam kocek seluar slack nya diambil.




            “Hello. Boby? Pastikan kau ikut ke mana saja yang datin dan Aira pergi. Laporkan pada aku kalau ada apa-apa. Ingat boby! Jangan sampai apa-apa berlaku pada mereka berdua. Engkau aku cari!” Arah Haykal kepada Boby.


                       
            “Errr. Ya. Ya datuk. Baiklah.” Jawab Boby cemas. Haykal mendengus dan mematikan panggilan. Andra. Andra. Andra. Baru saja cairkan hatinya tadi. Kini, mulai hangatkan hatinya kembali.
















***CINTA ENCIK DUDA***












AKU yang memakai baby-tee dan dipadankan dengan cardigan serta skinny jeans memandang Aira yang sibuk memilihkan ‘benda itu’ buatku. Gila! Memang gila! Budak ni okay ke tak? Ideanya sungguh kebabom! Membuatkan aku kembali demam!






            “Mummy, masuk dalam bilik tu then try okay? Aira nak tengok mana satu yang dapat menarik minat papa.” Arah Aira kepadaku dan menarik tanganku agar berdiri dari sofa yang disediakan di dalam butik ini. Aku dengan tubuh yang malas akur dan berdiri jua.


           
            “Kalau mummy tak nak boleh ke?” Soalku padanya. Dia gelengkan kepalanya dan menolakku masuk ke dalam bilik kecil yang ditempatkan dan memberikan ‘benda itu’ kepadaku.




            Aku mengeluh dan memandang tubuhku yang tersarung lingeri warna hitam. Makkkk! Nak je aku lari. Kenapa seksi sangat?! Aira!




            “Mummy.. Dah ke?” Soal Aira kepadaku diluar bilik. Aku spontan berpaling memandang pintu.




            “Dah. Eh! Belum!” Balasku gagap.




            “Dah ke belum ni mummy?” Soal Aira kembali. Aku mengigit bibir.




            “Sekejap!” Jawabku dan memakai kembali bajuku tadi. Setelah itu, barulah pintu dibuka olehku. Aira yang berada dimuka pintu memandangku dari atas ke bawah dengan pandangan hairan.




            “Kenapa mummy tak pakai?” Soal Aira hairan. Aku tersengih.




            “Mummy pilih yang ni jelah. Tak yahlah test bagai.” Jawabku dan menunjukkan lingeri ditangan. Aira tersenyum.




            “Mummy malu eh dengan Aira?” Sakat Aira kepadaku. Spontan aku tersengih.




           
            “Tahu tak apa! Hehe.” Balasku dan tergelak kecil. Gila nak pakai depan Aira?! Malu!














***CINTA ENCIK DUDA****














AKU membuka pintu bilik kerja pak cik. Sejak tadi siang dia asyik berkurung di dalam bilik kerja ni. Marah dan merajuk sangat dengan aku sampaikan habiskan masa dia di dalam blik kerja yang dipenuhi buku dan segala kerjanya. Sejujurnya bilik kerja pak cik agak besar dan selesa. Hiasannya tidak sarat dan tenang je macam orangnya.




            Masuk sahaja ke dalam bilik pak cik. Spontan aku terpandang dirinya yang sedang baring di atas sofa kulit rona hitam dan berpeluk tubuh serta menutupkan wajahnya dengan buku. Kasihannya dia. Selesa ke tidur di sofa? Terasa bersalah semakin menjalar dihatiku.




            Aku dudukkan tubuhku di sisi pak cik dan merenungnya yang sedang menutup wajahnya dengan buku itu. Perlahan-lahan aku menarik lembut buku tersebut dan berhati-hati agar tidak menganggunya. Wajah kacaknya yang sedang tidur dipandang. Comel dan kacak sekali. Spontan bibirku mengukirkan senyuman. Tanganku ingin membelai wajahnya, namun seketika tanganku terhenti. Takut nanti aku menganggunya. Perlahan-lahan aku jatuhkan kembali tanganku. Kedua-dua tanganku aku sandarkan di atas sofa dan daguku disandarkan ke lenganku.




            “Pak cik… Andra minta maaf…” Bisikku lembut dan merenung wajah kacaknya.




            “Andra janji. Andra tak buat lagi… Maafkan Andra sebab dah khianati kepercayaan pak cik. Andra tak bermaksud pun nak khianati kepercayaan pak cik… Andra masuk ke kelab tu pun sebab Jenny. Maafkan Andra sebab Andra masuk juga…” Jelasku dengan suara yang mulai serak dan tubir mataku mulai bergenang kembali. Sejak semalam air mataku tidak segan-segan untuk jatuh….




            “Pak cik janganlan buat Andra macam ni…. Andra rindu dengan pak cik….” Sambungku dengan sendu dan membenamkan wajahku di sofa. Mulutku ditutup agar dia tidak mendengarnya dan tangisanku dilepaskan saat itu juga.














***CINTA ENCIK DUDA*****














HAYKAL yang sejak tadi sedar akan kehadiran isterinya tersentuh mendengar kata-kata Andra. Nafasnya dihelakan. Suara tangisan Andra membuatkan hatinya sakit. Jika boleh, dia tidka ingin gadis itu mengalirkan air mata. Lebih-lebih kernanya. Kini dia? Dialah yang membuatkan Andra mengalirkan air mata. Terasa serba salah pada Andra.




            Perlahan-lahan matanya dibuka dan memandang Andra yang sedang membenamkan wajahnya di atas sofa dan menangis. Haykal mengeluh dan duduk serta mengusap rambut isterinya lembut. Dia tidaklah sekejam mana. Hatinya tak sanggup melihat isterinya menangis sebegitu rupa dan mereka saling tak bertegur. Bukankah itu tidak baik? Lagi pula, seharian tidak bermesra dengan isterinya membuatkan dia bingung sendiri. Hahaha.




            Andra yang terasa rambutnya dibelai spontan mengangkat wajahnya dan memandang suaminya yang sudah duduk di atas sofa dan memandangnya.




            “Pak cik….” Panggil Andra dengan nada suara yang serak.




            “Shhhh. Ya sayang…” Balas Haykal dan mengusap kedua-dua pipi isterinya yang basah dek aira mata. Spontan bibirnya mengukirkan senyuman di saat wajah Andra kelihatan begitu comel dengan mata, hidung dan pipi yang memerah. Seperti memakai blusher saja. Comel sekali.




            Andra tercengang dengan respond suaminya. Haykal tidak marahkan dirinya lagi? Terasa bagai di dalam mimpi pabila Haykal memberikan senyuman manis seperti selalu padanya. Tiada lagi wajah tegang suaminya. Yang ada hanyalah senyuman manis Haykal. Entah kenapa, hatinya merasa lega dan tenang melihat senyuman lelaki itu.




            “Andra minta maaf…. Andra janji tak buat lagi. Andra janji tak nakal lagi…” Balas Andra dan memegang kedua-dua tangan suaminya. Dikucup lembut dan digenggam erat. Haykal tersenyum kecil dan menundukkan wajahnya sedikit. Dahi isterinya dikucup lembut. Menyalurkan kasih dan sayangnya di situ.




            Wajah cantik isterinya dipandang. Kedua-dua pipi Andra dibelai penuh kasih. Matanya jatuh pada mata cantik milik isterinya, kemudian jatuh pada hidung mancung Andra, jatuh lagi pada bibir merah merekah isterinya dan sehinggalah jatuh pada tubuh isterinya. Spontan terasa darah menyerbu ke otaknya. Andra. Amat. Seksi! Astagfirullah’alazim. Mahu dia terpengsan di situ.




            Andra yang sedar akan pandangan mata suaminya spontan menudnukkan wajahnya malu. Idea Aira yang membuatkan dia termalu sendiri pabila dipandang oleh Haykal. Pandangan Haykal bagaikan ingin tembus sahaja ke tubuhnya. Andra tersentak pabila terasa dagunya ditarik lembut oleh Haykal dan spontan dia mengangkat wajahnya. Matanya dan mata suaminya saling berbalas renungan yang penuh makna. Andra memejamkan matanya pabila wajah suaminya makin mendekat dan….. bibir mereka saling menyatu dan melepaskan rasa rindu serta kasih dan sayang mereka yang mulai mekar…..




            “Pak cik….”Panggil Andra yang masih memejamkan matanya. Dia dan suaminya yang sudah mulai baring di atas sofa dan Haykal yang sedang mengucup lehernya membuatkan dia cair.
           
            “Hurm…” Balas Haykal pendek dan mengucup leher jinjang milik isterinya.




            “Pak cik dah maafkan Andra?” Soal Andra dan membukakan matanya. Wajah kacak Haykal yang dekat sekali dengannya direnung. Haykal memandangnya dan mengucup bibirnya pula.




            “Pak cik… Maafkan Andra ke tak?” Soal Andra lagi dan menolak tubuh suaminya menjauh sedikit. Haykal mengeluh dan memandang isterinya. Rambut isterinya diusap lembut.






            “Abang maafkan.” Balasnya.






            “Ampunkan Andra tak?” Soal Andra lagi.




            “Abang ampunkan Andra.” Balas Haykal sabar.






            “Dah tak merajuk dengan Andra tak?” Soal Andra lagi. Haykal mengeluh.




            “Kita bincang esok boleh? I need you now…” Soal Haykal dan kembali membenamkan wajahnya ke leher sang isteri. Andra yang mendengar kata-akta suaminya tersenyum kecil. Tahu yang Haykal geram  dengannya. Namun, sekurang-kurangnya Haykal sudah memaafkan dirinya dan hubungan mereka pulih kembali. Memang tabik dengan Aira yang muda belia itu! Haha.



            “Ouch!” Adu Andra dan cuba menarik tangan kirinya dari dipegang oleh Haykal. Terasa sakit. Spontan Haykal terhenti dan memandang isterinya.




            “Sayang?” Soal Haykal cemas pabila isterinya mengadu sakit dan memegang pergelangan tangan kirinya. Spontan tangannya menarik tangan kiri Andra lembut.




            “Kenapa bengkak?” Soal Haykal hairan dan memandang isterinya. Tubuhnya didudukkan dan Andra juga begitu. Andra yang berada di sis suaminya mengetap bibir. Boleh pula soal macam tukan? Kenapa bengkak? Bukan ke Haykal lebih tahu kenapa tangan isterinya bengkak?




            “Pak ciklah….” Rungut Andra. Haykal mengerutkan dahinya.




            “Abang? Kenapa dengan abang?” Soal Haykal hairan dan mengelus pipi isterinya lembut. Cantik.




            “Pak cik yang buat Andra macam ni….” Balas Andra dan mencebir bibirnya.




            “Abang? Are you kidding me? Abang takkan sakiti awak okay? Walau sedikit.” Balas Haykal yakin. Dia menyakiti isterinya? Biar betul. Wajah Andra yang menaikkan kening kanan dan memandangnya sinis itu dipandang.




            “Oh no! Jangan kata abang yang….? Ya Allah Swt. Maafkan abang sayang…. Abang tak sengaja….” Balas Haykal terkejut dan memegang lembut tangan isterinya. Pergelangan tangan isterinya yang membengkak dan kebiruan dipandang. Terasa kesal. Kesal kerana terlalu mengikutkan kemarahannya isterinya pula cedera.




            “Sayang sorry….” Haykal merenung wajah isterinya yang sedang tersenyum. Andra gelengkan kepalanya.




            “It’s okay. Memang patut pun saya kena macam ni. Saya dah buat pak cik marah. Khianati kepercayaan pak cik.” Balas Andra dan mengusap pipi suaminya. Haykal mengeluh.




            “Maaf kalau abang marah dan merajuk dengan awak. Abang rasa kecewa. Kecewa sebab awak khianti kepercayaan abang pada awak…” Luah Haykal kesal.




            “Maafkan Andra…. Maafkan Andra sebab khianati kepercayaan pak cik. Andra janji. Andra takkan buat lagi. Boleh maafkan Andra? Andra tahu susah untuk pak cik nak percayakan Andra kembali. Tapi, Andra janji yang Andra takkan khianati kepercayaan pak cik selepas ni….Andra akan jaga maruah Andra sebagai seorang isteri. Isteri kepada pak cik dan ibu kepada Aira…” Balas Andra lembut. Haykal terdiam. Air mata isterinya dilap lembut dan perlahan-lahan bibirnya didekatkan pada mata isterinya. Dikucup penuh kasih kedua-dua mata Andra.




            “Abang maafkan sayang. Jujur, abang marah dan kecewa dengan apa yang awak buat semalam. Tolong jangan ulangi kembali. Kerana peluang hanya sekali abang bagi pada awak. Tolong hargainya dan jaganya baik-baik. Abang sayang awak… Abang tak nak isteri abang bersosial dan buat tak tentu hala. Maruah awak. Maruah abang…” Luah Haykal kepada isterinya. Andra terdiam.




            “Boleh awak lakukan?” Soal Haykal lembut dan membelai pipi isterinya. Andra tersenyum kecil dan anggukkan kepalanya. Tangan suaminya yang sedang mengusap pipinya dipegang.




            “Boleh dan Andra janji.” Balas Andra lembut dan tersenyum. Haykal tersenyum senang.




            “Tapi selepas ni, abang akan upah bodyguard buat awak dan Aira. Memastikan awak dan Aira selamat dan memastikan yang awak tak ikut kawan awak tu ke tempat yang tak tentu lagi.” Balas Haykal kepada isterinya dan spontan Andra membesarkan matanya tidak percaya. Bodyguard?!




            “Tak nak!” Balas Andra dan memuncungkan bibirnya. Haykal gelengkan kepalanya.




            “Heyp! Tak boleh bantah. Keputusan abang muktamad! Sama ada awak suka ataupun tidak. Abang tetap akan upah bodyguard buat awak.” Balas Haykal tegas. Andra mengeluh.




            “Tapikan orang dah nak practical esok. Tak logic kot budak practical ada bodyguardPlease….” Balas Andra dan memeluk tubuh suaminya. Disandarkan kepalanya di bahu Haykal dan merenung wajah kacak lelaki itu. Haykal tersenyum kecil. Practical? Dia lupa. Lupa yang isterinya akan memulakan practical di syarikatnya esok. Haha. Agak-agak apa reaksi Andra?




            “I don’t care sayang. Keputusan abang muktamad! Dah. Dah. Jom tidur. Abang dah mengantuk ni… Semalaman tak tidur jaga awak. Lebih-lebih Nampak isteri saya yang seksi ni. tiba-tiba rasa mengantuk!” Balas Haykal dan tergelak nakal. Tubuhnya dibawa diri dan keluar dari bilik kerja.




            “Pak cik!” Panggil Andra geram.




            “No sayang!” Balas Haykal dan tersenyum. Andra mencebir bibir dan berdiri. Membuntuti suaminya masuk ke dalam bilik. Apa nak buat. Dah dia isteri. Terpaksa akur…




            “Pak cik jaga Andra ya semalam?” Soal Andra manja pada Haykal dan memeluk lengan Haykal. Haykal tersenyum dan memeluk tubuh isterinya.




            “Taklah. Abang jaga perempuan lain.” Balas Haykal selamba dan melarikan diri masuk ke dalam bilik.




            “Pak cik!” Jerit Andra geram. Tergelak besar Haykal dibuatnya. Tulah. Dah gaharu cendana pula. Sudah tahu bertanya pula. Ceh! Hehe.




            Aira yang sembunyi di balik pintu biliknya tersenyum lebar. Alhamdulilah. Papa dan mummynya sudah berbaik. Terasa sunyi rumah pabila kedua-duanya bergaduh. Tetapi Aira tahu. Walaupun papanya marahkan Andra. Akan tetapi, Haykal tetap tidak melupakan Andra. Mengambil berat akan Andra. Siap pesan suruh Andra makan ubat sebelum Haykal pergi tadi.




            Indahnya ikatan perkahwinan kedua-duanya. Bercinta selepas kahwin. Membuatkan Aira sendiri terasa bahang bahagianya dan teringin mengecapi kebahagian seperti yang dikecapi oleh kedua-duanya. Yang penting, calon suaminya haruslah seperti papanya. Hehe. Faiz Akmal? Erk! Tiba-tiba teringatkan lelaki itu membuatkan Aira tersenyum sendiri.
















B E R S A M B U N G










*****************************************












ASSALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES
A J
















HI LADIES!


















Watchia duin?






















Ahaks! OH MY ENGLISH!
















No! No! No!






























Lebih baik kalau OH MY ISLAM.




















Hah! Baru betul!
















Erk!


























Melalut jer kerja engkau! Haha






















How was the story ladies? Best? Romantic? Interesting? Boring? Damn? J Hahahaha. Wahhhh~ Aku free hari ini. Hahaha. Gelak jahat! Hehe. Disebabkan itu aku rajin je update status FB Haha. Yerlah sangat! Hahaha. Erk! Ketawa lagi! Hahahaha J Ladies!!!! Big  T H A N K S ! Sebab uols support and always follow CED J Terharu! Tak sangka ada yang minat dengan CED. Nakal uols eh! Suke dengan dude kitew lettew! Wahh! Gediknya bahasa engkau! Hahaha. Kerek sih! M A A F ya jika ada yang aku tak reply comment uols. Aku akan usahakan untuk reply J T H A N K S a lot sayang! Sangat! sangat! J uols! Wahhh~ kerlas gitewwww! Ngehngehngeh!








Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN








B I G T H A N K  S !
To those, yang sudi jenguk CED dan BLOG DF ni berulang kali. Siap ada yang berpuluh kali. Erk! Betul ke? Ke uols tipu aku? Hahaha. Nakal tahu! Tapi kalau betul. Aduhai! Allah swt je tahu betapa rasa bersalahnya aku dengan uols. Aku pun readers macam uols juga. Faham apa perasaan menunggu entry yang tak berkunjung tiba. Bengang siot! Tapi aku respect ah dengan uols. Memang uols kesayangan aku! tak pernah lelah menunggu CED. Oh myyyy~ Terharu uols! Sangatsangatsangat! =’) Kalaulah aku ada doreamoon kata cik bonjour, hehe, pasti aku kan minta encik doreamoon tu hantarkan doriyaki pada uols satu-satu. Whahahaha~ Propa lebeyyy~ ada ke doriyaki je engkau bagi kat dorang RATU? Hampeh doh! Cer lah Iphone sebiji ke. Ipad ke. Erk! engkau hengat bapa aku buka kilang APPLE? DURIAN ada! Nak? hahahaha. A J








CED 18 ??
Awwhhhh~ Kasihan Andra kan? L Tulah buat lagi pak cik marah. Tengok apa dah jadi L Huhuhu. Tapi pak cik sweet! Tengah marah pun masih peduli dan ambil berat akan isterinya. Comel! Hehehe. J HAHAHAHA. Boleh aku gelak tak? Andra! Awak sangatlah comel ketika memujuk encik suami. J Siap nyanyikan lagu bagai. Pakai baju tidur seksilah apa. Hahaha. Sangatlah lawak dan comel! But sweet! Hehe J Aira pun baik sebab tolong papa dan mummynya berbaik semula J Datuk Megat Haykal dan Andra? Oh my! Sweet! Boleh pula goda suami macam tu! Haha. Alhamdulilah. Haykal dan maafkan Andra dan mereka dah berbaik. So, CED 18 sudah tutup kes! Kita tunggu CED 19 okay J Andra dah start practical. Weeeee~ J








Saya Ratu Adriana Nadineingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 18  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Penggunaan gaya bahasa dan penulisan memang santai dan tidak memgikut format BM yang sebetulnya. Begitu juga dengan BI. Chill sudehhh~ Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J










Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.
It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!








We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.










SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J


















Till then,


















Sincerely,

30 comments:

  1. yabediyabeduuuu~~ sgt suka kak ratu! hihihi.. dr petang td dok refresh mgharapkn entri baru. hik2~ tengs ek krn menghiasi mimpi sy mlm ni ngn n3 ni. oh MH~~ :D

    love u kak ratu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RINSYARYC
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ahaks!
      yabediyabeduuuu~
      happy gila! hehe

      thanks sayang
      suka sebab awak suka =)

      alolorh cian dia. sorry ya. hehe

      amboih!
      nakal! hahaha

      Delete
  2. Bonjour!!! =) darling very very the love u lah yeaaa!!!!!!! merci buccoup darling this was the best chapter ever.lucky i think im in love with andra and datuk megat~~~ lucky to have been where i have been( this blog)~~ lucky to be coming home again~~ ehehe.i've heard that your not feeling well dear.get well soon.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      BONJOUR~

      oh my~~~
      veryveryvery love u too darling! :)

      hehehe yay! awak happy! saya suka!! :) hehehe

      ahaks!
      amboih LUCKY yer ahaks

      thanks dear =)
      tc too

      Delete
  3. Kehkehkkeh.... Sweet ajer!
    Cair datuk ;p
    Ok xsabo nkk tgu apa nk jd kt company tu..
    Erm.. Andra kna hukum sket jenny tu.. Wlpnn datukk da tutup case ;)
    Thanks yaa ratu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZZ ACU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      Ahaks!
      cari datuk dibuatnya kan hehe

      saborrrr ahaks

      betul! betul! betul!
      bagi pengajaran sikit =)

      most welcome dear
      thanks juge

      Delete
  4. Yeah...yeah... Yeah..... Making up is sooo much fun after a fight..... Harap2 andra learnt her lesson....

    Jenny tu pun sorang BFF yg tak boleh diharap... Semoga andra lebih bijak memilih kwn selepas ni...

    Thks Ratu for the speedy entry... I like 1000x.... Hihihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ahaks!
      sokong dear =)
      pengajaran dsebalik kesilapan yg dia lakukan :)

      andra harus tahu dan bijak mmlh kawan

      ahaks!
      most wc sayang =)

      THANKS :)

      Delete
  5. luv u ratu!!!!touching sgt3x..hukhuk
    heykal dh tunjuk taring dia as a husband...b careful andra..
    nk n3 ag, pnjg2 tau....:)

    ReplyDelete
  6. Nak lagi. Nak lagi! Hehe

    ReplyDelete
  7. heee..bes2...

    cepat je pakcik cair erk...hahaha...

    ReplyDelete
  8. salam dik..satu lakaran yg amat menarik..akak suka sikap positif yg ada pada diri Andra utk memujuk suaminya dan sifat keterbukaan anak tirinya menolongnya memujuk papanya yg merajuk..akak rasa sungguh comel..
    Tak sangka Datuk hykal dapat menjinakkan isterinya yg muda itu kan..

    ReplyDelete
  9. yeay,,ari nie last paper final,,pas 2 ad new entry ced,,sronoknye,,tq ratu ^_^

    ReplyDelete
  10. so sweet la andra pujuk pakcik
    tapi cian jgk andra sampai deman2 kan
    heheheheh... malam romantik pakcik n andra...woowwww...

    ReplyDelete
  11. giler x menahan..hahahaha thanks ratu
    best gile..

    ReplyDelete
  12. sebab tu dlm islam , perkahwinan tu patut diwar2 kan kpd semua org, supaya tidak timbul salah faham dan supaya orang lain tahu siapa suami/isteri kita.

    apa2 pun cerita ni menarik.

    ReplyDelete
  13. CED 18 Datin Andra (Best+Interesting+Romantic) = Datuk Megat Haykal...Cik Ratu,Bila diorang nak umumkan pernikahan mereka ni...Sian Haykal,makan hati ulam jantung.Dekat MH holding nanti,mesti ada staff Haykal ngorat Andra lagi.Pastuh mesti gaduh2 manja lagi....huhuhuhuhu....10s ratu 4 CED18...

    ReplyDelete
  14. Walaupun ramai yg kata org tua merajuk nampak buruk, tp saya rs pakcik nmpk comel bila merajuk. Hahaha. Ops! Pandai gak andra pujuk.

    Lepas ni mcm mana pulak reaksi Andra bila tau siapa bos dia.

    ReplyDelete
  15. He he he...bestnya bila pagi buka blog Ratu je dh ada
    n3 ke 18... seronok je baca tgk mcm mana Andra nk pujuk
    Haykal.. Itulah Andra lain kali jagalah maruah isteri
    jgn ikut tak tentu hala walaupun kawan baik sendiri. sekiranya itu akan menjatuhkan maruah seorg suami dn juga
    seorg muslimah. Syoknya Ratu sweet sgt n3 kali ni dn
    tak sabar pula nk tunggu n3 baru lagi...

    ReplyDelete
  16. ramai la pekerja laki mengorat Andra lepas ni..pasti haykal merajuk..hahah

    ReplyDelete
  17. nk lg..
    bila nk update?
    arini ada x?

    ReplyDelete
  18. hai dear...best nyer.............romantik siot.............:)

    ReplyDelete
  19. Thanks Ratu coz update love u :D

    ReplyDelete
  20. HAHAH! Boleh pulak bincang besok eh? Gatal :p kekekek

    ReplyDelete
  21. tq cik ratu..
    andra rasa bersalah buat pakcik bersedih...
    pakcik marah skalipun ngan andra tetap jaga kebajikan andra...
    andra pujuk pakcik ngan lagu n baju tido...mmg la pakcik x tahan ngan godaan...
    aira pun pandai gak nak bg idea kat andra...
    betul la kan kalu kepercayaan sudah tiada apa yg tinggal..
    pas ni andra perlu berhati-ati...
    cik ratu..
    bila andra nak ubah penampilan ni...
    pas ni praktikal andra apa yg jadi...

    ReplyDelete
  22. tak sabae nak tunggu Andra pi kerja kat tempat Haykal... Queen..

    ReplyDelete
  23. 1st time bca karya u..mmg bst..lain dr yg lain...cpt2 smbg.k...

    ReplyDelete
  24. pakcik kalau marah boleh tahan dahsyat jugak kan? hehehe.. nasib baik dpt pujuk~

    ReplyDelete