Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday 20 July 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 21










CINTA  ENCIK DUDA BAB 21


Kebahagiaan selalunya tidak akan hadir sebegitu mudah. Seringkali ujian akan tiba untuk menguji kesabaran dan ketabahan di atas usaha yang dilakukan. Kerana kebahagiaan selepas ujian sudah pasti lebih manis daripada kebahagian yang dikecapi tanpa diuji….








HARI ini genap seminggu aku practical di syarikat milik pak cik a.k.a suamiku sendiri. Seminggu jugalah aku terpaksa menahan karenah pak cik yang selalu mencari alasan untuk bertemu denganku. Menghantar file lah. Apalah. Encik Haniff lah yang menjadi mangsanya. Aku? Terpaksa akur kerna dia suamiku. Jika tidak mahu aku terperuk 24jam di dalam pejabatnya. Tidak…. Tolonglah. Aku ingin bekerja di dalam keadaan yang aman dan tenang. Seperti budak-budak practical yang lain. Siapa kata practical di syarikat suami sendiri adalah seronok? Tertekan adalah dengan karenah manjanya.


            Along? Rupanya along berada di Jepun. Menguruskan project mereka di sana. Pabila aku khabarkan padanya yang aku juga practical sebumbung dengannya. Huh! Mahu pecah gegendang telingaku dibuatnya. Nyaring sungguh jeritannya! Excited gila along nak balik dan bertemu denganku. Haha. Siapa sangkakan aku, along dan pak cik bekerja di dalam satu bumbung? Jodoh ke? Erk! Dah sah-sah laki engkau kan? Jodohlah tu. Amin! Hehe.


            Tips memikat lelaki? Haha. Aira kata ianya berkesan dan lelaki itu sudah mulai ingin berbual dengannya dan memandangnya. Wah! Satu khabar yang baik. TETAPI, sehingga kini aku sendiri tidak mengetahui siapakah gerangan lelaki yang diminati dan disukai oleh Aira itu? Aku? Tidak ingin  mengesanya jika dia ingin menyembunyikan hal tersebut dariku. Tak semua rahsia kita patut dikongsi dengan orang lain bukan? Apatah lagi kepadaku ibu tirinya. Aku faham dan akan cuba faham. Biasalah. Orang muda. Aku juga seperti itu. Pandai menyembunyikan sesuatu dari ummi. Lebih-lebih lagi pabila pasu kesayangan ummi pecah olehku. Hah! Wajib sembunyikan tu! Hahaha.


            Hujung  minggu seperti ini membuatkan aku kembali aktif dengan aktiviti memasakku. Setelah menyiapkan cheese cake tadi subuh, maka pagi ini aku menyediakan mee goreng udang dan ayam masak merah buat pak cik dan Aira. Agak berat sarapan hari ini kerana permintaan dari Aira sendiri. Aku? Ikutkan saja. Aku suka pabila melihat pak cik dan Aira sukakan masakanku dan siap makan dengan licinnya. Perasaan itu sukar digambarkan. Rasa happy. Ahaks!


            “Hi…” Sapa suara garau pak cik kepadaku dan mencium selamba pipiku yang sedang memasak ayam masak merah manakala Kak Lina di sebelahku pula memasak mee goreng. Mak Yam menyediakan minuman. Terkedu aku dibuatnya. Laki aku ni main suka hati dia saja nak cium peluk aku depan Mak Yam dan Kak Lina. Segan aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi pabila melihat sengihan nakal Kak Lina kepadaku. Nak je aku cubit-cubit pinggang Kak Lina supaya latahnya keluar. Haha. Kalau nak tahu, Kak Lina memang kuat melatah. Pantang dicucuk pinggangnya. Melatahlah dia.


            “Hi… Kenapa belum mandi?” Balasku lembut dan mengerutkan dahi memandangnya yang masih memakai sut sukannya tadi selepas berjogging. Takkan aku tak nak melayan suamiku sendirikan? Depan Kak Lina dan Mak Yam Aku selalu berkelakuan baik dan menjaga tingkah lakuku. Haha. Entah kenapa, mungkin kerana rasa hormatku pada mereka.
           

            “Check kereta tadi.” Balasnya pendek dan meletakkan secawan gelas di atas cabinet dan menuangkan jus orange yang diambilnya dari dalam freezer ke dalam gelas. Aku mengerutkan dahi dan mendekatinya. Membiarkan Kak Lina menjaga ayam masak merahku. Tak lari punya. Dah mati pun. Haha.Cuma tulah. Hangit nanti. Apa laki dan anak aku nak makan? Huhu.
           

            “Kenapa? Rosak ke?” Soalku hairan dan memandangnya. Dia tersenyum dan gelengkan kepalanya. Peluhnya yang jatuh ke pipi dilapkan dengan towel rona putih yang disangkutkan ke lehernya.


            “Saja nak check. Hari ni dan esok abang nak habiskan masa free abang dengan hobi abang bersama kawan-kawan abang. Awak nak join?” Balasnya kepadaku dan menaikkan keningnya.


            “Nak!” Balasku pantas dan teruja tanpa bertanya dahulu aktiviti apa yang suamiku ingin lakukan. Cuma dimindaku saat ini adalah… GOLF! Hahaha. Kan golongan businessman dan berumur seperti pak cik ni suka bermain golf. Tehee. Nak juga rasa feeling-feeling Tiger Wood sekejap. Haha. Erk! Tiger Wood ke namanya? Hah! Lantaklah!


            “Okay good! Kalau awak tak nak ikut pun memang abang akan paksa awak ikut…” Balasnya dan mengusap kepalaku lembut. Mencebir bibir aku dibuatnya. Dia tergelak dan meletakkan gelas di atas cabinet.
           

            “Abang nak naik mandi dulu. Masak sedap-sedap tau!” Sambungnya dan dengan selamba sekali lagi pak cik mencium dahiku pula.
           

            “Pak cik!” Jeritku geram dan memandangnya yang sudah berlari keluar dari dapur. Aduhduh! Terasa nak smebunyikan diri aku di dalam freezer sebentar. Boleh? Malu gila pabila Mak Yam dan Kak Lina tersengih-sengih nakal memandangku. Aduhai….









***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL yang baru memakai jacket rona hitamnya terjengil mata pabila melihat isterinya yang baru keluar dari wardrobe dengan top rona putih dan jacket rona hitam serta short pants rona sama! Hampir tersembul matanya melihat. Aduhai Andra….
           

            “Sayang…” Panggil Haykal lembut dan mengelengkan kepalanya. Andra yang sedang mengemaskan rambutnya mengerutkan dahi memandang Haykal.
           

            “Ya?” Soal Andra hairan pabila melihat Haykal mengaru dahinya.
           

            “Kenapa pakai macam ni?” Soal Haykal geram. Andra tercengang dan memandnag tubuhnya.
           

            “Kenapa? Okaylah ni.” Balas Andra. Haykal merengus geram.
           

            “No! It’s not okay! Sekarang tukarkan short tu dengan seluar panjang…” Arah Haykal kepada isterinya dan menujukkan short pants isterinya dan menunjukkan ke arah wardrobe tanda suruh tukar. Andra mencebibir bibirnya geram.           


            “Tapi…”


            “Sekarang Andra… Tukar!” Potong Haykal di saat Andra ingin membalas. Andra merengus geram dan menjelirkan lidahnya kepada Haykal. Namun, tetap masuk kembali ke wardrobe dan menukar seluarnya. Satu kebaikan yang dimiliki isterinya. Menurut kata.


            “Bencilah! Buat penat je! Pak cik tua!” Rungut Andra sewaktu berjalan menuju ke wardrobe.
           

            “Abang dengar Andra…” Balas Haykal dan tersenyum kecil pabila isterinya menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.


            Biarkan. Dari dia sakit mata nanti isterinya menjadi tontonan lelaki lain. Lebih baik begitu. Tegas sedikit dengan Andra. Barulah Andra mendengar kata-katanya. Tak boleh dimanjakan sangat.









***CINTA ENCIK DUDA****









AKU mengetap bibir dan mengaru leher. Erk! Memang lasak betul laki aku ni. Nampak je dah berumur. Tapi, tak sangka yang ini adalah hobinya dikala lenggang. Aku yang muda belia ni pun tak pernah terfikir nak buat sukan ekstrim macam ni. Apatah lagi along aku si Anddy Thamzie tu.


“Kenapa? Tadi excited sangat nak ikut.” Soal pak cik kepadaku di sisi dan menaikkan keningnya. Aku mencebirkan bibir dan memeluk tubuh.


“Andra ingatkan pak cik nak main golf ke apa. Rupa-rupanya….” Belum sempat aku menyudahkan kata-kataku. Pak cik sudah menyampuk.

           
“Rupa-rupanya?” Soalnya kepadaku dan menaikkan kening kanannya.
           

“Rupa-rupanya aktiviti lasak ni. Aktiviti kereta pacuan empat roda? Seriously! Andra tak pernah buat.” Balasku jujur. Seumur hidupku. Aku tak pernah mengikuti aktiviti ini. Selasak dan seaktifku di dalam sukan. Benda alah ini jugalah aku tak berani nak cuba. Rasa seperti lasak sangat. Aku kalau setakat skytrex tu okay lagi. Dapat lagi aku nak berlagak sebab expert. Siap bergayut bagaikan encik monyet lagi. Tapi, sukan alah ni? Huh! Jangankan aku. Rasanya along sendiri tak pernah try. Naik jentolak di kampung kami pernahlah. Hahaha.


“Sekarang awak akan dapat rasa dan buat benda ni. Seriously, it’s fun sayang.” Balas pak cik kepadaku dan mengusap pipiku lembut.


I hope so…” Balasku dan memandang ke sekeliling kami. Semuanya kereta 4x4 ataupun 4WD yang terdapat di hadapan Squad 4X4 Adventure Team Club ini melebihi dari 20 buah kereta. Bapak banyak kawan-kawan pak cik ni. Namun, mataku jatuh pada kotak-kotak yang disimpan bertindih di satu sudut. Spontan dahiku  dikerutkan.
           

“Apa yang ada di dalam kotak-kotak tu?” Soalku hairan kepada pak cik. Dia di sisi dipandang. Dia turut memandang ke arah kotak-kotak yang aku katakan.


“Oh… Itu adalah alat-alat tulis dan ubat-ubatan yang akan kita dermakan pada penduduk orang Asli nanti.” Jelas pak cik dan memandangku.


“Arh? Kita ke penempatan orang Asli ke?” Soalku hairan. Pak cik tersenyum dan menarikku ke dalam pelukannya.


“Kita akan singgah ke sana. Tujuan kelab ini ditubuhkan bukan saja untuk mengambil pengalaman dan enjoy semata-mata. Akan tetapi, pada masa yang sama untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang tinggal di pendalaman.” Jelas pak cik kepadaku. Spontan aku terasa teruja pabila mendengar kata-kata pak cik mengenai tujuuan kelab ini ditubuhkan. Sounds interesting right? Berseronok disamping beramal. Okaylah tu. Lagipun tempat pendalam sebegitu bukannya senang nak pergi. Jalannya teruk dan lasak.


Bestnya…” Balasku dan tersenyum. Pak cik tergelak kecil. Namun, seketika dia mendekatkan bibirnya ke telingaku.


“Lebih best bila awak ada…” Bisiknya nakal. Spontan aku tergelak dan mencubit pipinya.


“Awhhh~ Suami saya sweet talker!” Balasku dan tergelak kecil. Dia tersenyum. Boleh tahan juga encik suami aku ni kalau dah bermulut manis. Membuatkan aku tersenyum.


“Amboi mesranya pengantin baru ni…” Tegur satu suara garau kepada kami dan spontan aku dan pak cik yang sedang berpeluk dan bersandar di hadapan kereta 4WD nya memandang ke arah kanan kami. Aku mengerutkan dahi memandang lelaki yang berbadan sasa dan berkepala botak tersenyum-senyum memandang kami.








***CINTA ENCIK DUDA****







“JOE!” Tegur Haykal dan  melepaskan pelukannya pada tubuh Andra. Lelaki bernama Joe itu disalam dan mereka saling berbalas pelukan.


            “Semakin handsome kau semenjak kahwin ni bro.” Balas Joe kepada Haykal di saat mereka melepaskan pelukan. Tubuh Haykal yang semakin sasa dipandang dan wajah kacak lelaki itu juga semakin kacak dirasakan. Desas-desus yang mengatakan Haykal sudah berumah tangga kembali itu pastilah dari Haniff.


            Pada mulanya dia tidak percaya. Disangkanya Haniff hanya bergurau kerana setahunya Haykal seperti trauma mahu berkahwin lagi. Namun, sejurus melihat Haykal memeluk seorang gadis cantik. Spontan dia dapat menangkap bahwa itu adalah isteri barunya Haykal. Bukannya Aira anaknya Haykal. Kerna dia amat mengenali Aira. Pastilah isterinya Haykal kerana dia tahu Haykal takkan memeluk wanita bukan muhrimnya sesuka hati.


            “Banyaklah kau. Asal kepala semakin licin ni?” Soal Haykal kepada Joe dan memuncungkan bibirnya pada kepala Joe yang botak. Dah tu licin pula. Tergelak Joe dibuatnya dan kepalanya yang botak digosok.


            “Aku selesa macam ni bro. Hari tu dah buat umrah dengan wife aku. Tapi rasa selesa pula. Sebab tu aku teruskan saja botak. Handsome apa.” Balas Joe sambil mengosok-gosok kepalanya yang botak dan tergelak. Andra yang mendengar kata-kata Joe itu menyembunyikan tawanya. Boleh pula puji diri handsome. Haha.


            “Eh! Siapa ni bro? Kak long ke?” Soal Joe kepada Haykal pabila tersedar bukan hanya mereka berdua di situ. Spontan Haykal memandang isterinya di sisi dan pinggang ramping isterinya ditarik lembut ke pelukannya.


            “Kak long bro.” Balas Haykal dan tersenyum memandang Andra di sisinya yang menunjukkan wajah blur. Mungkin tidak faham dengan apa yang mereka bicangkan. Joe spontan meneguk liur pabila mengamati dengan sedalam-dalam nya wajah isterinya Haykal. Mak ngaih! Cantik gila! Mengalahkan cantik miss universe saja! Beruntung sekali Haykal.


            “Hi kak long. Saya Joe. Bestfriend Haykal.” Joe memperkenalkan dirinya dan menudukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Andra tersenyum kecil pabila Joe mengelarnya kak long. Kak long? Rasanya kak long si Joe mungkin seumur dengan abinya. Haha.
           

            “Ini wife aku. Andra.” Haykal pula memperkenalkan isterinya kepada Joe pabila melihat isterinya yang kurang berbual dan aktif itu. Hanya tersenyum. Mungkin segan. Okaylah tu. Dari isteri yang peramah gila! Aduh! Payah nak mengawal isteri sebegitu agar menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada teman suaminya. Ada saja seperti itu bukan?


            “I bet! 25?” Soal Joe kepada Haykal. Haykal tergelak dan gelengkan kepalanya. Isterinya di sisi dipandang. Senyuman terukir di bibirnya di saat melihat wajah cantik itu seperti blur.


            “22.” Balas Haykal dan spontan Joe menjerit terkejut.


            “Are you kidding me? 22? Kau kan 40?” Soal Joe tak percaya pabila mengetahui umur isterinya Haykal. Disangkanya 25 tahun kerana perwatakan dan penampilan Andra sangat matang. Namun, tidak disangka pula umurnya adalah 22 tahun! Huh! Muda belia sungguh. Setahunya Aira berumur 18 tahun. Mak ngaih! Haykal dan Andra. Bezanya? Erk! Lu fikirlah sendiri!


            “Jodoh Joe…” Balas Haykal  dan tersipu malu. Dah jodohnya dengan gadis semuda Andra. Rezeki kot! Hahaha.


            “Wow! Dahlah kak long muda. Cantik pula. Patutlah abang long tak sabar nak kahwin sampaikan tak tunggu aku balik!” Balas Joe dan gelengkan kepalanya. Bahu Haykal ditepuk lembut. Agak terkejut mendengar perkhabaran mengenai perkahwinan Haykal itu.


            “Rasminya next month. Time tu jangan pula kau tak datang. Tempat duduk VIP lagi aku berikan pada kau.” Balas Haykal dan tergelak. Joe tersengih. Tak sangka yang Haykal masih mengingati gurauan mereka dahulu. Bahwa jika Haykal berkahwin nanti dia ingin duduk di tempat VIP. Namun, gurauan itu hanya dibiarkan sepi tika Haykal dan Zahlia berkahwin. Temannya itu benar-benar tidak bahagia dengan perkahwinan paksanya. Berlainan kini. Wajah Haykal kelihatan bahagia dan teruja untuk majlis perkahwinannya nanti.


            “Of course bro. Aku mesti datang punya!” Balas Joe.


            “Uncle handsome! Kakak!” Jerit suara manja kepada mereka. Spontan mereka bertiga memandang datangnya suara manja itu.


            “Mia!”Jerit Andra teruja dan menuddukkan tubuhnya sedikit agar separas dengan ketinggian Mia. Di saat Mia berada di dalam pelukannya. Andra mendukung dan mengangkat Mia ke pelukannya. Pipi Mia dicium melepaskan rindunya pada Mia. Tergelak manja Mia dibuatnya.


            “Andra join juga?” Soal Heliza yang baru sampai dengan Haniff kepada Andra. Spontan Andra memandang pensyarahnya dan tersengih.


            “Dia tak expect yang saya nak masuk hutan. Dia ingatkan tadi saya nak main golf.” Jelas haykal dan tergelak kecil memandang isterinya yang menjelingnya geram itu. Tahu Andra geram dengannya.


            “Bila tengok Andra spontan aku teringatkan Heliza dulu. Macam ni juga. Mahu dia merajuk dengan aku. Tapi bila dah rasa. Hurm. Payah aku nak bawa balik!” Sampuk Haniff dan tergelak pabila Heliza mencubit pinggangnya. Teringat kembali bagaimana rajuknya Heliza padanya di saat tahu yang dia akan membawa isterinya masuk ke dalam hutan menaiki kereta 4x4. Mahu isterinya merajuk tak sudah. Namun, pabila merasa keseronokkan berada di dalam hutan. Payah juga Haniff memujuknya untuk pulang. Haha. Sehingga kini, Heliza dan dirinya berkongsi minat yang sama dan Mia juga tidak terkecuali.


            “Kita sebagai isteri kenalah biasakan diri dengan minat suami Andra. Nanti dikata tak sporting pula. Lepas tu pandailah kita ‘denda’ mereka nak buat apa.” Balas Heliza kepada Andra dan mengenyitkan matanya nakal. Spontan Andra tergelak. Tahu apa maksud pensyarahnya. Perempuan. Pastilah dendanya shopping. Haha.


            “Whoa! Niff you better watch out. Nanti wife aku ikut ajaran si Heliza ni…”Balas Haykal dan menarik isterinya yang sedang mendukung Mia itu ke sisinya. Spontan mereka semua tergelak. Tahu yang Haykal Cuma bergurau sahaja.









***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL menyembunyikan senyumannya di saat isterinya di sisi hanya diam dan menumpukan perhatiannya ke depan. Tidak seperti selalu. Hyperactive dan nakal sangat. mulutnya juga becok bercerita itu ini. Namun, hari ini? Hahaha. Serius, Haykal melihat sisi kelemahan isterinya saat ini. Memang pemanduan kereta pacuan empat roda ini agak lasak. Kalau setakat nak bawa kereta menuju ke pasar tu. Baik tak payah dan buangkan jauh-jauh angan-angan tu nak bawa kereta pacuan empat roda tersebut ke dalam hutan.

           
            “Hei… Relakslah. Sekejap lagi kita dah nak sampai dah…” Pujuk Haykal lembut dan memegang tangan isterinya dengan tangan kirinya. Manakala, tangan kanan pula memegang stering kereta. Sempat jemari runcing isterinya dikucup lembut. Wangi… Hahaha.


            “Pak cik! Hei! Pandang depanlah! Saya belum puas hidup tahu!  Bagi zuriat pada pak cik pun belum lagi. Uhuu.” Balas Andra gelabah dan meletakkan tangan kiri suaminya ke streing kereta. Mahu melayang jantungnya pabila Haykal dengan selamba memegang dan mencium jarinya. Pula tu tengah driving.


            Sejujurnya, Andra mengaku dia lemah dengan aktiviti lasak sebegitu. Mungkin, kerana dia tidak mempunyai pengalaman sebelum ini. Aktivi lasak seperti ini banyak bermain dengan perasaan dan jantungnya. Aduhduh! Nasib saja dia mampu mengawal rasa terkejut dan takutnya. Jika tidak mahu suaminya juga di sisi turut terkejut beruk dengan keadaannya. Haha. Mana taknya, kalau dah kereta yang dipandu Haykal bagaikan monster sahaja berjalan. Menakutkan! Terasa seperti naik roller coster pun ada. Menakutkan wa caya lu! Huhu.


            “Relakslah baby… It’s fun okay.” Balas Haykal dan mengenyitkan matanya nakal. Tergelak kecil Haykal pabila melihat wajah cemberut isterinya. There you go! The loser Andra! Haha.









***CINTA ENCIK DUDA***









KAMI tiba di sebuah tapak perkhemahan yang lapang dan terdapat kemudahan seperti tempat persalinan, tandas, tempat memasak,BBQ, tempat duduk, meja,wakaf ,plantar pemerhati,dan sebagainya. Tapak perkhemahan tersebut berada tepat di tepi sungai yang airnya cetek dan air terjun. Memang indah sekali. Membuatkan aku rasa teruja. Hahaha.


            Aku yang sejak tadi mendiamkan diri mulai keluar dari kereta setelah kami tiba di destinasi utama kami. Jejak sahaja kakiku ke tanah. Aku spontan…


            “Uwek!” Huhuhu. Ya. Aku muntah!


            “Sayang? Awak okay tak ni?” Soal pak cik risau kepadaku dan mengosok belakangku lembut. Mungkin risau melihat aku yang termuntah. Huh! Gila tak loya dan pening kalau dah jalannya seperti menaiki roller coster sahaja. Cubalah try. Aku sure korang pun akan pening punya. Lagilah bagi yang pertama kali sepertiku ini.


            “Tak… Loya…” Aduku pada pak cik denga air mata yang mulai mengalir. Aduhai. Cengeng betul aku kan? Tapi nak buat bagaimana? Memang aku tengah lemah dengan rasa loya dan pening ni. Huhu.


            “Sshhh. Sorry ya sayang.” Balas pak cik dan menarikku ke dalam pelukannya. Dielus lembut rambutku olehnya. Aku hanya membiarkan dan memejamkan mataku. Kepalaku disandarkan ke dada sasanya. Terasa senang diperlakukan sebegitu olehnya.


            “Ewwhhhh~ Muntah! Kakak pregnant ke?” Erk! Spontan aku mengangkat wajahku dan memandang Mia yang baru tiba di sisi kami dengan menutup hidunganya. Ish! Nak je aku cilikan mulut budak ni. Pregnant? Huh! Spontan aku memandang pak cik di sisi pabila dia tergelak kecil mendengar kata-kata Mia itu.


            “Aduh…” Mengadu sakit pak cik olehku pabila dengan geramnya aku mencubit pinggangnya.


            “Padan muka! Ketawa lagi macam tu…” Rungutku padanya. Dia tersengih.


            “Abang rasa lucu dengar Mia kata awak pregnant. Rasa menarik je dengarkan?” Balas pak cik dan menaikkan keningnya nakal kepadaku. Sekali lagi menjerit kecil aku dibuatnya.


            “Pak cik!!!” Jeritku geram. Pak cik tersenyum dan kembali mengosokkan belakangku lembut.

           
            “Andra? Okay tak ni?” Soal Madam Heliza risau kepadaku. Spontan aku mengangkat wajahku dan memandangnya.


            “Madam…” Panggilku manja dengan mata yang berair.


            “Uwek!” Huh! Kembali aku muntah dibuatnya.


            “Mabuklah ni…” Balas Madam Heliza dan tersenyum memandangku. Handbag nya dibuka dan sesuatu dikeluarkan.


            “Nah… Makan pil ni dan simpankan minyak angina ni kat dahi dan leher awak.” Arah Madam Heliza kepadaku dan menyerahkan sebotol minyak angina dan sepapan pil kepadaku. Aku menyambut.


            “Erk! Pil apa ni madam? Perancang ke?” Soalku hairan pabila melihat pil tersebut. Nak kata panadol. Bukan. Jadi apa?


            “Aduhduh!” Mengadu sakit aku dan spontan aku mengosok dahiku yang diketuk oleh Madam Heliza di saat kepalaku diketuk olehnya.


            “Eh! Sayang…” Tegur Encik Haniff kepadanya dan pak cik pula membantuku mengosok dahi yang sakit. Akan tetapi, bibirnya cuba menahan tawanya. Huh! Dak Mia pula kembali pada perangai lamanya. Ketawakan aku!


            “Dah budak ni bang. Boleh pula kata pil perancang. Saya bagi betul-betul kang. Baru tahu!” Balas Madam Heliza kepada suaminya. Aku tersengih.


            “Eh! Tak nak! Mana boleh madam. Saya dah plan nak kalahkan madam ni.” Balasku nakal dan sekali lagi dia cuba untuk mengetuk dahiku namun tidak jadi pabila aku tergelak dan menyembunyikan diriku di belakang pak cik. Kepalaku pula aku keluarkan di celah ketiak pak cik. Mana bau. Wangi apa laki aku! Haha. Motif engkau puji suami sendiri?


            “Hei! Buat geram jelah wife datuk ni. Jomlah bang. Jangan dilayankan sangat budak hyperactive ni…” Balas Madam Heliza geram dan menarik suaminya dan Mia menjauh dari kami. Tergelak aku dibuatnya.


            “Thanks madam. Sayang madam!” Jeritku sedikit kuat dan tersengih.


            “Hurm!” Balasnya tanpa berpaling. Tergelak aku dibuatnya. Madam Heliza. Nampak saja begitu. Tapi sayangkan aku. Ya. Aku tahu! Hahaha.


            “Arghhh!” Spontan aku menjerit kecil pabila tubuhku melayang ke udara oleh pak cik. Aku didukung dan didudukkan di tempat duduk sebelah pemandu.


            “Nakallah isteri abang ni…” Kata pak cik lembut kepadaku dan gelengkan kepalanya. Tersengih aku dibuatnya. Pak cik yang sedang membukakan penutup botol air mineral dipandang. Aduhduh! Dadaku disentuh. Jantungku mengepam laju dari kebiasaannya pabila merenung wajah kacak pak cik. Aduhai…. Bagaikan cik Minnie sedang memandang encik Mickey sahaja lagakku saat ini.

teheee! blushing!


            “Makan ni…” Arah suara garau pak cik kepadaku dan menyerahkan dua biji pil di atas telapak tangannya dan sebotol air mineral yang sudah dibukakan penutupnya kepadaku. Berkerut dahiku dibuatnya.


            “Arh?” Soalku hairan. Tidak dapat mencerna apa yang dikatakan olehnya tadi. Dia yang sedang memegang botol air mineral dan ubat spontan tersenyum dan mencium pipi kananku selamba. Geram mungkin. Terdiam aku dibuatnya.


            “Makan ubat ni sayang. So, nanti awak tak mabuk lagi.” Balas pak cik kembali. Aku spontan tersengih dan menyambut ubat dan air mineral tadi. Tulah. Beranganlah lagi. Dengan lafaz bismillah. Dua biji pil ditelanku dan air mineral diteguk.
           

           Selama aku menelan pil tersebut dan meminum air. Pak cik tanpa diarah membukakan zip jacketku sehingga ke paras dada. Mataku dan matanya saling berbalas renungan. Namun, tiada suara di antara kami. aku hanya membiarkan dan ingin melihat apa yang ingin dilakukan olehnya.


            Tutup minyak angin dibuka dan disimpankan ke tapak tangannya sedikit. Setelah itu, diletakkan ke dahiku sedikit dan di leher serta dadaku pula. Yang aku tak tahan dan terasa nak tergelak pabila wajahnya merona merah dan tangannya bergetar di saat dia meletakkan tangannya ke dadaku. Hoho. Nampaknya ada orang tengah blushing. Haha.


            “Kenapa?” Soalnya kepadaku dan mengangkat wajahnya memandangku hairan. Mungkin dia perasan yang dadaku bergerak-gerak menahan gelak. Aku? Spontan aku menhamburkan gelakku pabila melihat wajah innocent nya.


            “Awak blushing eh?” Soalku nakal kepadaku dan merenung wajahnya. Namun, cepat-cepat pak cik mengalihkan wajahnya ke arah lain.


            “I’m not!” Balasnya cepat. Aku tergelak.


            “Yes you are…” balasku dan menarik kedua-dua pipinya agar memandangku. Mataku merenung wajah kacaknya. Bibirku spontan mengukirkan senyuman. Comel sekali wajahnya saat ini.

    
        “Kenapa blushing? Nakal ya?” Soalku dan menaikkan keningku nakal kepadanya.  Spontan dia tersenyum malu dan melingkarkan tangannya ke pinggangku.
           

            “’’Nakal’ dengan isteri sendiri tak salahkan?” Bisiknya lembut. Aku tersenyum dan memeluk tubuhnya erat. Terasa tubuhku turut dipeluk olehnya.


            “Tak… Dapat pahala lagi…” Bisikku ke telinganya dan mencium telinganya manja. Mengeliat kecil dia olehku. Haha.


            Lama kami berpelukan dan static sebegitu. Bagaikan melepaskan rindu dendam dan bagaikan aku dan setahun tak bertemu. Maka, 24jam mukaku dihadapannya. Tetapi entah kenapa, saat ini rasanya lain. pelukan kami membuatkan aku rasa bahagia. Oh tuhan! Hentikan waktu seketika kerana aku rasa bahagia bersamanya saat ini…..









***CINTA ENCIK DUDA****









SETELAH selesai menyediakan khemah,solat berjemaah dan makan tengah hari bersama  iaitu hasil masakan Chef Rosli, chef terkenal dari salah satu hotel terkenal buat mereka tengah hari itu maka mereka meneruskan aktiviti dengan aktiviti seterusnya. Teman-teman Haykal kebanyakkan datang dari background yang berbeza. Ada businessman, ada engineer, arkitek, doctor, chef, lecturer dan sebagainya. Aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti rock climbing. Hah! Tang tu yang Andra excited semacam! Haha. Sejak kahwin ni dia dah jarang bergayut-gayut macam encik monyet. Rindu sungguh! Haha.


            Di saat aktiviti rock climbing mulai dimulakan di sebuah gua tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka. Haykal mulai tak tentu arah. Bukan kerna dia dipaksa menaiki gua tersebut. Akan tetapi, isteri tersayangnya pula yang berkeras ingin melakukan aktiviti rock climbing tersebut. Naik lemah dia dibuatnya.



           “Please…” Rayu Andra kepada suaminya. Lengan sasa Haykal yang memakai t-shirt berkoler v rona putih itu dipeluk manja. Terasa teruja ingin mencuba memanjat gua tinggi itu. Selalunya climb rock di pusat rekreasi yang selalu dia dan Jenny pergi itu agak rendah berbanding yang ini. Gua yang sebenar-benarnya. Barulah lasak! Haha.


            “Bahayalah yang…” Balas Haykal dan memandang gua yang berada di hadapan mereka. Tinggi yang amat! Bagaimana dia ingin melepaskan isterinya untuk menaiki gua tersebut? Ya. Dia tahu. Dia tahu ada saja teman-temanya yang sudah professional yang akan menjaga keselamatan isterinya. Tapi, orang kata bukankah menegah lebih baik dari berlaku perkara yang tidak baik nanti. Lagi pula, dia tidak pernah tahu bahwa isterinya pernah membuat aktiviti tersebut sebelum ini ataupun tidak. Jika ditanya dia? Hanya sekali dibuatnya. Itupun terpaksa. Kerana haykal tidak sukakan ketinggian.


            “Alarh… Ada je alat keselamatan yang saya gunakan… Bolehlah… Ya?” Pujuk Andra kembali dan mengoyang-goyangkan tangan suaminya. Dia benar-benar ingin menaiki gua tersebut. Bagaikan orang mengidam saja. Erk! Dah engkau kenapa? Laki engkau tak sentuh lagi okay! Jangan nak buat gila! Haha.


            “Tak payahlah… Nanti jatuh macam mana?” Balas Haykal kurang senang. Andra mengeluh dan melepaskan pelukannya pada lengan suaminya.


            “Fine! Tak payah! Nanti balik rumah. Tidur luar! Huh!” Balas Andra geram dan ingin berlalu pergi. Huhu. Sedih sungguh pabila apa yang kita hajati tidak dapat dipenuhi. Haykal pula mengeluh dan memandang isterinya yang sudah mulai ingin berlalu pergi menuju ke tapak perkhemahan mereka kembali.


            “Okay fine! Abang izinkan awak. Bukan sebab abang takut nak tidur luar okay. Kalau abang tidur luar sekalipun abang pasti awak akan cari abang punya. Tapi sebab abang sayangkan awak…” Balas Haykal mengalah dan menarik tangan isterinya lembut agar mendekatinya. Dipeluk tubuh ramping isterinya. Tidur luar? Erk! Mahu dia tak tidur semalaman jika tidak memeluk isterinya dan tidur di sisi isterinya itu. Sejak kahwin dia sudah mulai biasa akan keadaan itu. Andra pula sudah terbiasa memeluknya ketika tidur. Jika dia tiada di sisi Andra di saat gadis itu sedang tidur. Merengeklah Andra dibuatnya. Disebabkan itu Andra selalunya sanggup menantinya yang membuat kerja. Jadi? Bagaimana dia ingin tidur di luar? Haru sungguh! Pandai isterinya bermain dengan kelemahannya. Huhuhu. Bukann Andra yang mencarinya. Akan tetapi, kemungkinan besar untuk dia merangkak naik ke atas katil dan mencari isterinya adalah sebanyak 99.99%! Hahaha.


            “Yay! Thanks sayang!” Balas Andra teruja dan ceria. Spontan kedua-dua pipi suaminya dikucup penuh manja tanpa memperdulikan orang sekeliling mereka yang sedang memandang mereka itu. Haykal pula terpaksa tebalkan muka. Anggap saja teman-temannya halimunan! Hahaha. Dah isteri engkau nak bermanja takkan engkau nak halangkan?









***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL memandang isterinya yang sedang mengikat satu dan tinggi rambutnya yang lembut dan wangi itu. Mungkin kerna inginkan keselesaan. Jacketnya juga sudah dibuka. Hanya memakai top rona putih saja. Mengigit bibir Haykal dibuatnya. Mana tidaknya, hampir semua teman-temannya terpukau dengan kecantikan dan keseksian isterinya itu. Suami mana tak geram? Mahu saja dia masukkan Andra ke dalam poket seluarnya. Biar duduk diam-diam di situ! Haha.


            Andra memulakan pendakiannya dengan beberapa lagi temannya Haykal. Semuanya lelaki. Hanya dia saja yang perempuan. Huhu. Memang lasak isterinya Haykal. Teman-teman haykal juga angkat tangan dan tabik dengan Andra. Berani dan lasak sungguh. Haykal yang berada di bawah hanya mampu berdoa agar isterinya selamat naik ke atas dan turun ke bawah.


            Aktiviti rock climbing ataupun aktiviti mendaki tembok batu memerlukan keseimbangan badan, sambil pendaki sendiri perlu memiliki kekuatan jari tangan untuk memaut kukuh badan daripada tergelincir dan jatuh. Memang mencabar. Namun, itulah yang disukai oleh Andra.


            Aktiviti ini memerlukan agar kita focus terhadap pendakian kita. Diminda hanya satu iaitu puncak sana dan naik dengan selamat. Buat rock climbing ini kena fokus betul-betul. Sukan ini akan membawa kita berada di dunia lain. Mana tidaknya, waktu memanjat itu mana boleh fikir benda lain. Dah tak sempat nak fikir ayam masak lemak ke, handbag Louis Vuitton keluaran terbaru ke dan apatah lagi suami nak makan apa malam ini. Huh! Takde semuanya itu. Di minda saat itu hanyalah ‘aku nak sampai ke atas!’


            Haykal yang berada di bawah menanti dengan penuh debar isterinya yang sudah hampir sampai ke puncak. Gila lasak isterinya itu! Tengoklah saja teman-temannya yang lain. Semuanya rata-rata masih belum ada yang mampu menandingi Andra. Pula tu lelaki. Buat malu kaum Haykal saja. Kepalanya digelengkan pabila melihat Mia dan Heliza yang bersorak nama Andra. Aduhai. Excited gila. Dia pula yang merasa jantungnya hampir terkeluar saat itu.


            Andra yang sedang bertahan dengan tangan kirinya dan tangan kanannya dimasukkan ke dalam  beg kapur magnesium ataupun chalk bag yang diikat di pinggang bahagian belakang. Kapur ini untuk meneutral peluh yang keluar pada tangan dan kelembaban pada batu atau permukaan tebing. Jadi ketika mendaki nanti tidaklah tangan akan licin dan peluang besar untuk tergelincir tidak terjadi.


            Haykal tersenyum kecil pabila melihat wajah isterinya saat ini. Terlihat sisi Andra yang serius dan yakin dengan dirinya. Tengoklah saja wajah isterinya yang sedang focus terhadap pendakiannya itu. Andra benar-benar NAMPAK seperti sudah professional. Boleh tak kata isterinya itu bagaikan spiderwoman? Haha. Yang melekat-lekat kat dinding tu. Hah! Itulah Andra. Tapi spiderwoman yang ini cantik dan comel. Seksi pula tu. Buat dia tak senang duduk sejak tadi. Hahaha.


            “Yay!” Spontan Haykal mengangkat wajahnya dan memandang keatas. Memandang isterinya yang sudah berjaya berada di atas puncak dan menjerit kesukaan. Tersenyum lebar Haykal dibuatnya.

           
            Andra. memang istimewa. Berlainan dengan gadis lain. Semakin dia mengenali Andra. Semakin dia jatuh sayang pada gadis itu. Satu yang pelik, semua yang dilakukan oleh Andra dan mengenai Andra disukainya. Andra yang sedang melambai-lambaikan tangannya kepada Haykal dibalas. Tergelak kecil Haykal di saat isterinya yang nakal itu memberinya flying kiss kepadanya. Nakal!


            “Congrates bro! Kak long memang superb!” Puji Joe dan menepuk bahu Haykal. Memang tabik dengan isterinya Haykal. Bayangkan, teman-teman mereka yang lain masih tengah memanjat. Isterinya Haykal pula sudah berjaya naik di puncak. Haha! Memang superb lah!


            “Thanks bro.” Balas Haykal dan tersengih. Jangankan Joe. Dia sendiri rasa isterinya itu superb! Haha.








***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL memandang isterinya yang duduk di atas batu besar yang terdapat di tepi sungai di sisinya. Bibirnya mengukirkan senyuman pabila melihat Andra kelihatan gembira meletakkan kakinya di dalam air. Pastilah isterinya suka kerana airnya memang sejuk. Air terjun yang terdapat di dalam hutan tersebut adalah dari atas bukit sana.


            “Kenapa pilih sukan pacuan empat roda? Kenapa tak golf?” Soal Andra kepada Haykal dan memandang Haykal di sisi. Haykal tersenyum.


            “Kenapa? Sebab abang dah tua? Sukan yang sesuai hanyalah golf?” Duga Haykal kepada isterinya. Tahu bahwa sejak tadi Andra seperti hairan pabila  mengetahui hobinya adalah memandu pacuan empat roda dan meredah hutan. Memang lasak. Akan tetapi itulah yang diminatinya. Sejak muda belia lagi.


            “Eh! Takdelah. Bukan macam tu. Cuma saya tengok datuk-datuk yang seumur dengan pak cik ni lebih suka meluangkan masa dengan bermain golf.” Balas Andra cepat dan gelengkan kepalanya. Haykal tersenyum.


            “Tak semestinya abang bergelar datuk dan abang berumur abang kena bermain golf. Abang mengaku abang juga sukakan golf. Cuma, abang bermain golf dengan client saja. Sukan ni abang suka. Sejak muda lagi abang dan mereka ni semua dah active. Masuk keluar hutan. Cuma sebab factor umur dan kesibukan masing-masing membuatkan kami jarang buat hobi ni.” Jelas Haykal jujur. Andra anggukkan kepalanya tanda faham. Kiranya suaminya itu tidaklah old-school sangat. Kira masih dijajah arus kemodenan.


            “Awak pula. Tak bagitahu pun yang awak pandai rock climbing. Awak ni memang hyperactive seperti yang atok katakan?” Soal Haykal kepada isterinya dan memandang wajah cantik itu yang sedang bermain dengan daun kering yang berada di tangannya.


            “Pak cik tak tanya saya pun. Takkanlah saya nak bagitahu. Kita harus merendahkan diri. Tak boleh yakin sangat... Riak namanya tu.” Balas Andra dan tersengih. Suka mengenakan Haykal. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya.


            “Seriuslah…” Balas Haykal. Andra tersengih,

           
            “Rock climbing tu memang selalu dah buat. Every weekend dulu saya dan Jenny selalu naik batu tu. Dah biasa dah. Cuma kali ni agak susah sebab tinggi sangat.” Balas Andra jujur. Nasib sahaja tadi dia mampu mengawal dirinya. Jika tidak mahu dia terjatuh. Haykal mengerutkan dahinya.


            “Awak dan Jenny memang rapatkan?” Soal Haykal. Andra terdiam dan seketika dia menganggukkan kepalanya dan tersenyum kelat. Terasa rindu tiba-tiba pada Jenny. Namun, egonya menghalang dia dari mencari gadis itu.


            “Since sekolah rendah lagi kita dah rapat.” Jelas Andra.
           

            “Abang tak marah  dan halang awak berkawan dengan dia. Abang Cuma tak suka bila dia bawa awak ke tempat yang tak baik.” Balas Haykal jujur. Andra memandang suamianya dan tersenyum kelat.


            “Jenny memang macam tu. Tapi dia baik…. Tapi, jangan risau. Selepas ni Andra janji takkan buat lagi. Andra akan kata ’TIDAK’ kalau Jenny bawa Andra ke tempat yang tak baik.” Balas Andra dan tersenyum mengingatkan Jenny. Haykal turut tersenyum dan mengenggam tangan isterinya. Dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut sebelum meletakkan jemari runcing itu ke ribanya.


            “Isteriku Andra…” Panggil Haykal lembut.


            “Ya?” Balas Andra dan memandang suaminya di sisi.


            “Awak sayang abang?” Soal Haykal lembut. Andra terdiam. Terkejut pabila suaminya bertanyakan soalan itu tiba-tiba.


            “Errr. Sayang…”  Balas Andra dan mengaru lehernya. Agak kekok pabila Haykal tiba-tiba bertanyakan hal tersebut kepadanya. Haykal tersenyum dan memandang ke air terjun di hadapan mereka.


            “Katakan… Katakan suatu hari nanti abang terpaksa pergi meninggalkan awak. Apa yang akan awak lakukan?” Soal Haykal tiba-tiba kepada isternya. Andra pula yang mendengar kata-kata suaminya itu spontan terkedu.


            Haykal meninggalkan dirinya? Tidak! Dia belum sedia dan takkan sedia. Haykal adalah suaminya dan kini dia mulai senang dengan kehadiran lelaki itu di sisinya. Kehilangan Haykal? Mungkin perkara terakhir akan difikirkan olehnya. Kehadiran Haykal ke dalam hidupnya sedikit sebanyak telah mengubah kehidupannya. Haykal yang memahaminya. Haykal yang menyayanginya. Haykal yang gemar memanjakannya. Bagaimana mungkin dia hidup tanpa Haykal?


            “Boleh tak bual tentang perkara lain?” Soal Andra dingin dan memalingkan wajahnya ke arah air terjun. Ada Mia, Heliza dan Haniff di situ bersama teman-teman Haykal yang lain. Hanya mereka berdua dating tidak jauh dari situ. Haykal yang melihat respond isterinya spontan mengeluh.


            “Hei… Tengok sini…” Panggil Haykal lembut dan menarik tubuh isterinya agar mereka saling berpandangan. Andra akur namun, tetap tidak memandang Haykal. Dipalingkan wajahnya ke arah lain.

           
            “Isteriku Andra…” Panggil Haykal lembut dan mencuit dagu isterinya agar mata hazel itu memandangnya. Nafasnya dihelakan di saat melihat mata isterinya mulai memerah dan kabur dengan air mata. Perlahan-lahan Haykal dekatkan bibirnya ke mata Andra dan dikucup penuh kasih kelompak mata isterinya. Andra pula hanya memejamkan matanya. Terasa air matanya jatuh ke pipi. Entah kenapa dia merasa sedih. Mungkinkah kerna dia mulai rasa sayang dan cinta pada suaminya?


            “Hei… Jangan menangis please… Abang tak berniat nak baut awak menangis. Abang cuma nak tahu apa perasaan awak kalau abang pergi dari hidup awak. Since, kita berkahwin sebab… Hurm… Awak tahukan? Perkahwinan kita tak sama dengan orang lain. Tiada cinta di antara kita. Bagaimana suatu hari nanti jika awak jatuh cinta dengan lelaki lain dan bertemu dengan lelaki idaman awak?” Soal Haykal lembut. Sejenak tadi dia berfikir. Melihat Andra yang begitu sempurna dimatanya dan dimata orang lain  membuatkan dia takut. Takut akan kehilanagan gadis itu. Andra cantik. Pasti banyak lelaki yang akan terpikat dengan Andra. Dan Andra? Gadis itu mungkin sahaja suatu hari nanti bertemu dengan cinta hatinya. sedangkan dia? Huh! Sukar digambarkan perasaannya.


            “Tak! Saya tetap takkan tinggalkan pak cik! Pak cik suami saya. Jika saya benar-benar berjumpa dengan cinta sejati saya. Orang itu adalah pak cik! Please… Jangan tinggalkan saya. Sorry kalau saya nakal. Tapi saya akn cuba jadi yang terbaik buat pak cik.” Balas Andra dan memeluk tubuh sasa suaminya. Haykal pula perlahan-lahan  mengukirkan senyumannya. Andra kata apa? Andra ingin bercinta dengannya dan Andra sayangkan dirinya? Ya Allah Swt! Haykal merasa ingin sujud syukur saat itu juga. Alhamdulilah.


            Ya Allah Swt. Jika ini dikatakan kebahagiaan. Berhentikan masa itu seketika kerna haykal benar-benar merasa bahagia saat ini walaupun dia tahu bahwa kebahagiaan selalunya tidak akan hadir sebegitu mudah. Seringkali ujian akan tiba untuk menguji kesabaran dan ketabahan di atas usaha yang dilakukan. Kerana kebahagiaan selepas ujian sudah pasti lebih manis daripada kebahagian yang dikecapi tanpa diuji.


            Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)







***CINTA ENCIK DUDA****








AKU mengerutkan dahi pabila pundi kencingku terasa sakit. Perlahan-lahan mataku dibuka dan memandang khemah kami yang gelap. Hanya diterangi dengan cahaya unggun api diluar sana. Pak cik di sisi dipandang. Nyenyak sekali dia tidur walaupun aku tidur beralaskan lengannya. Tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan malam ini kerana rata-ratanya aktiviti yang dilakukan tadi siang benar-benar membuatkan semuanya penat dan perlukan rehat. Esok pula, kami akan singga ke penempatan orang Asli. Aku mengetap bibir. Terasa serba salah untuk membangunkan dia dan menemaniku ke tandas.


            Aku kembali cuba menutupkan mataku. Cuba menahan. Kerna ku pasti hari sudah subuh. Kot-kot nanti jika aku tidurkan diri taklah aku nak buang air kecil. Erk! Aduhai… baru tutup mata sekejap. Pundi kecing aku kembali sakit. Terasa tak tahan. Aku kembali membuka mata dan memandang pak cik di sisi. Huhu. Maaf pak cik. Andra terpaksa.
           

            “Pak cik…” panggilku padanya dan mengoyangkan tubuhnya agar bangun. Namun, pak cik tetap aku. bibirku diketap. Terasa nak menangis.


            “Pak cik bangunlah. Temankan Andra ke tandas.” Panggilku kembali dan goyangkan tubuhnya. Kali ini barulah pak cik tersedar dan membukakan matanya sedikit memandangku.


            “Sayang?” Soalnya dengan suara serak pabila melihat aku sudah duduk di sisinya dan memandangnya.


            “Temankan Andra ke tandas. Tak tahan. Nak buang air kecil…” Jelasku jujur tanpa segan. Dah tak segan dah. Pundi kencing aku dah sakit sangat. Spontan pak cik terduduk mendengar kata-kataku dan melihat wajahku yang ingin mennagis itu. Pipiku diusap lembut.


            “Okay-okay. Jom abang temankan. Jangan menangis ya…” Pujuknya dan mengambil sweaternya di sisi. Dipakai dan torch light juga diambil. Satu diberikan kepadaku dan satu lagi padanya. Aku turut memakai kembali sweaterku dan mengikutnya keluar.


            “Kal…” Sapa temannya pak cik yang masih duduk berjaga di hadapan unggun api kepada pak cik. Dalam tiga orang semuanya. Tugas mereka untuk berjaga malam ini. Pak cik ku lihat mengangkat tangannya kepada mereka dan sebelah tangan lagi mengenggam tanganku.


            “Nak ke mana Kal?” Soal salah seorang dari mereka.
           

            “Tandas sekejap..” Balas pak cik dan tersenyum.


            “Jangan nakal Kal.” Sakat salah seorang daripada mereka pula dan tergelak. Pak cik juga begitu dan menjelingku. Kepalanya digelengkan dan penumbuknya dihalakan kepada mereka bertiga. Gelak mereka bergabung dengan gelak pak cik. Cuma aku yang tak turut serta. Tolonglah…. Aku dah terkucil ni.


            “Cepatlah…” Rungutku padanya dan menarik tangannya. Dia tersedar dan mengikut saja tarikan tanganku padanya.
           

            Setiba di hadapan pintu tandas aku meminta pak cik menungguku disitu. Takkan nak masuk kedua-duanya sekali kot. Melampau tu! Haha.
           

            “Tak nak abang temankan ke dalam?” Sakat pak cik kepadaku. Aku pula menujukkan penumbukku padanya geram. Spontan dia tergelak.


            “Tunggu je situ. Jangan nak gatal!” Balasku geram dan menutup pintu tandas. Nasiblah tandas tersebut diterangi dengan cahaya pelita. Jikalau tidak? Huh! Haru!









***CINTA ENCIK DUDA***











15 MINIT menanti diluar pintu tandas dan berdiri bersandar di tepi tandas membuatkan Haykal mulai mengerutakn dahinya. Lamanya Andra berada di dalam bilik air. Tadi kata nak buang air kecil saja. Spontan Haykal merasa risau. Takut-takut ada apa-apa terjadi pada isterinya pula. Di dalam hutan seperti ini apa-apa pun boleh terjadi. Allahuhalam~
           

            “Andra? Dah ke belum?” Soal Haykal kepada isterinya dan mengetuk pintu tandas. Namun tetap tiada reaksi dari isterinya. Bertambah berkerut dahi Haykal dibuatnya.
           

            “Andra… Are you okay sayang?” Soal Haykal mulai risau dan mengetuk kembali pintu tandas tersebut.


            “Andra…” Panggil Haykal kembali dan sengaja kuatkan suaranya.


            Kreak!


            Spontan Haykal memandang ke depannya pabila pintu tandas dibuka. Berderau darah Haykal pabila melihat isterinya yang sedang menguraikan rambut dan menyalakan torch light ke mukanya. Andra memandangnya dengan pandangan tajam.
           

            “Aaaa…. Andra? Are you okay?” Soal Haykal gugup. Mulai rasa tidak sedap hati dengan perubahan si isteri.


            “Sayang?” Panggil Haykal dan mengundurkan dirinya setapak ke belakang pabila Andra mulai mendekatinya.


            “Awak… Ini tak lucu okay!” Balas Haykal dan meneguk liurnya. Fikirannya mulai menjalar ke arah lain. Takut-takut benda halus menganggu isterinya.


            “Haykal…” Panggil Andra dengan suara garau kepada Haykal. Haykal mengerutkan dahinya.


            “Haykal…” Panggil Andra lagi dan mulai mendekati Haykal semula. Haykal pula kembali mengundurkan dirinya. Terasa berpeluh tiba-tiba.


            “Haykal….” Panggil Andra lagi.


            “What?!” Jerit Haykal geram.


            “Surprise! Hahahahaha” Erk! Spontan Haykal terkedu pabila Andra tergelak dan memegang perutnya. Andra permainkan dirinya? Mengigit bibir Haykal dibuatnya.


            “It’s. Not. Funny. Andra!” Marah Haykal dengan wajah serius. Isterinya yang sedang tergelak besar itu dipandang. Sampai merah wajah Andra kerana ketawakan dirinya. Terasa geram pabila isterinya bergurau berlebihan seperti itu di tengah malam dan ditengah hutan seperti ini. Spontan Andra terdiam dan memandang sumianya yang sudah berubah wajahnya ke tegang itu.
           

            “Alarh. Andra gurau jelah sayang…” Pujuk Andra kepada Haykal dan menarik tangannya lembut.
           

            “Erk!” Terkedu Andra pabila Haykal  menepis tangannya geram dan meninggalkan dia di situ sendiri.


            “Pak cik!!!” Jeritnya dan berlari mengejar Haykal di saat….


            “Wowwwwww! Woooowwwww!” Kedengaran suara anjing menyalak! Erk!






B E R  S A M B U N G





*****************************************




ASSALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES A J







Firstly, saya nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN kesayangan-kesayangan saya J Semoga ramadhan kali ini memberikan banyak limpah dan kurnianya kepada kita J Puasa full tahu! Jangan nakal-nakal! Tehee~






SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA DAN TERAWIH ya J








How was the story ladies? Best? Interesting? Romantic? Blur? Boring? Huhuhu.  M A A F di atas kebosanan melanda dan sekiranya ianya tidak memuaskan hati anda. Seperti yang anda sedia maklum, FILE DOCUMENT CED 21 TIDAK DAPAT DIBUKA L Huhuhu. Uols faham tak apa perasan aku di saat buka sahaja file tersebut? Rasa geram, bengang dan sewaktu dengannya. Itulah aku kata, apple tak semestinya baik, durian rasanya lebih baik. Faham tak maksud tersurat dan tersirat di sini? Hahaha. J But, Alhamdulilah~ Aku dapat menaip semula CED 21 walaupun tidak sehebat entry yang sebelum ini. At least, tak terasa yang aku tengah berpuasa. Huahuahua. Sedar-sedar je, ‘Eh! Dah nak berbuka ke? Whaha’. Best siot! J





 Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
 Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN




B I G T H A N K  S !

To those, yang sudi jenguk CED dan BLOG DF ni berulang kali. Siap ada yang berpuluh kali. M A A F kan saya L My bad~ Tak sangka jadi macam ni. Uols jangan marah ya J Uols kan cantik and owesome! Hahaha. Ayat bodek der! Tehee! J Thanks for always support CED and follow CED. Aku ci ta kamu! J






CED 21 ??

Weee~ J Best nya Andra! Sesungguhnya sukan lasak seperti pacuan empat roda itu benar-benar best tahu! Ahaks! Rasa macam jalan tu kita yang punya. Tehee~ J Weheeuuu~ Tak sangka pak cik lasak juga orangnyakan? Namun, tetap tak dapat nak lawan kelasakkan Andra. Hahaha. Yay! Andra dan Haykal mulai semakin rapat. Andra dan mulai bermanja dengan Haykal J Suka! Hehehe. Climbing rock! Siapa pernah cuba? Bapak best uols! You should try it! J Hehehe. Nakal sungguh kamu Andra. Sampai merajuk encik suami dibuatnya pabila Andra menyakat Haykal. Haykal pula boleh datang gugupnya melihat si isteri seperti dirasuk! Hahaha. Apakah yang akan terjadi selepas ini? Nantikan CED 22. J Aktiviti mereka akan diteruskan di CED 22 . J Hwaiting ladies! Love you!





Saya Ratu Adriana Nadine ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 21  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYA My bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Penggunaan gaya bahasa dan penulisan memang santai dan tidak memgikut format BM yang sebetulnya. Begitu juga dengan BI. Chill sudehhh~ Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J





Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. Much appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.
It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!






We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.







SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J












Till then,













Sincerely,


27 comments:

  1. terima kasih ratu..ced best xsbar 2gu next n3..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      most wc sayang =)
      THANKS juga sudi drop comment
      hehe thanks

      Delete
  2. tq ratu...best sngt...cpt2 update n3 baru..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      most wc dear =)
      thanks juga
      hehe in shaa allah

      Delete
  3. SALAM.BONJOUR!! =) THANKS DEAR =) PEACE!! selamat menunaikan ibadah puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      most welcome dear :)
      hihi peace!

      you too sayang :)

      Delete
  4. Tq...nak lagi, best sgt...selamat menjalani Ibadah puasa cik writer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI EEYTA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      Most wc dear =)

      hehe thanks sayang saya

      awak juga dear :)
      puasa full tau! haha

      Delete
  5. bestnye bace CED,lain dari novel yg pnah sy bace.. suka baca nvel kat blog ratu..stiap bab mesti pnjang critanya. puas bace..CED ade bape bab ye.. he3.. nt smbg lgi ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      awwwhhh~
      thanks sayang saya =)
      alhamdulialh.
      saya happy awak suke :)
      ngee~

      hehe CED ada banyak bab lagi. xsure lagi bpa bab. ada pnambahan hehe

      okay dear :)

      Delete
  6. Haykal kene tipu. Nakal gila andra Hahaha x sabar nak tunggu n3 seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LYNN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      Ahaks!
      tulah pasal!
      sampai merajuk haykal dibuatnya

      okay sayang saya :)

      Delete
  7. best ! cepat2 update n3 baru :) tak sabar nak bace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NAJIHAH
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      THANKS sayang saya :)
      ngeee
      i will syg

      Delete
  8. Wah, cool lah pakcik. Haha. Lawaklah entry nih. Suke sbb ada Mia comel. Hehe.

    Adoila Andra, dlm hutan pun boleh nk menakal lagi. Kan pakcik dah merajuk? Huhu..

    Thanks Ratu. Selamat berpuasa! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HAJAR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      Ahaks!
      awak awal dari mizz acu kali ni dear hehe

      lawakkan?
      mia mmg nakal tehee

      ahaks!
      andra nakalnya tak kira tmpt!
      haha

      most wc syg!
      selamat berpuasa :)

      Delete
  9. Ahaks.. Manis bergula sungguhh!! ;)
    Awat andra wt cmmtu.. Pdn la pakcik marah... Adehhhh
    Tq ratu, can't wait next ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZZ ACU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      ahaks!
      diabetis terus!
      hihi :)

      haha andra nakal sgt hhe

      most wc syg saya :)

      Delete
  10. terbaek cite nie....
    nak agi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      thank sayang :)

      Delete
  11. heheheh,... andra2x... away buat lagu tu kat pak cik? Queen...

    ReplyDelete
  12. hahahhah... mmg nakal la andra nie.. yayokkkk pakcik dah marah

    ReplyDelete
  13. Hai Andra ni tak habis nakalnya.. sempat lagi dia mengenakan Haykal. tapi dihutan ni selalu kena berhati-hati
    jgn lepas laku nanti lain pula jadinya. nak lagi Ratu.

    ReplyDelete
  14. bestlh cter CED... first time baca terus jatuh cinta.... ratu,,,, nak lagiiii...

    ReplyDelete
  15. Cik Ratu...CED21 best,dah nampak kelemahan Si Cantik (Andra),Si Lasak dan Penakut(Haykal) hahaha....Lebih erat kasih sayang....suka sangat...part sapu minyak angin....hahahaha....tq Cik Ratu...Salam Ramadhan Al Mubarak...

    ReplyDelete
  16. Dah tak ada sambungan ke.cerita ini menarik kalu dibukukan pun ok juga

    ReplyDelete