Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Sunday 22 July 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 22











CINTA ENCIK DUDA BAB 22







Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah, ialah Dia menciptakan isteri-isteri (pasangan hidup sebagai suami isteri) bagimu dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup tenang dan tenteram bersamanya, dan dijadikannya cinta dan kasih sayang diantara kamu…






Weheeuuu~ sayer punyer! takleh kacau! ahaks! :)




BANGUN saja pagi itu, Haykal tersenyum melihat Andra sedang tidur lena di dalam pelukannya. Comel. Lena sekali tidurnya. Haykal menggelengkan kepalanya pabila teringatkan bagaimana bersungguh-sungguhnya isterinya itu memujuknya. Masuk saja ke dalam khemah mereka Andra sudah menempel dekat padanya. Andra. Nakal sangat! Boleh pula kenakan dia ditengah-tengah hutan seperti itu. Sudahlah tengah malam. Mahu dia tak kecut perut.
           

            “Sayang… Sorry.” Pujuk Andra dan mengucup leher Haykal manja. Mengeliat kecil Haykal dibuatnya. Namun, ditahan. Berpura-pura yang dirinya sudah tidur.


            “Sorry. Andra gurau jelah. Janganlah merajuk… Buruklah!” Pujuk Andra kembali dan mengoyang-goyangkan tubuhnya sedikit. Haykal yang sedang baring membelakangkan isterinya mengigit bibir. Buruk?! Huh! Muka buruk ni kalau kenyit mata dengan perempuan lain rasanya masih laku lagi. Erk! Dah engkau kenapa Haykal? Nak isteri engkau kejar pakai pisau yang dia gunakan untuk potong ayam selalu? Hahaha. Adush! Otaknya turut rosak dek Andra.


            “Tak baik tau tidur belakangkan isteri…” Bisik Andra ke telinga Haykal dan membelai rambutnya Haykal. Menahan perasaan Haykal dibuatnya. Gilalah kalau dia katakan yang dia tidak cair dengan godaan isterinya itu. Serius! Andra benar-benar pandai mengodanya!


            Namun, seketika Haykal tersenyum kecil di dalam hati. Tak baik tidur belakangkan isteri? Hukum dan fakta mana isterinya dapat itu? Selama ini apa yang dia tahu isteri tak boleh tidur belakangkan suami. Andra. Andra. Andra. Ada saja idea nakalnya.


            “Betul ni tak nak maafkan Andra? Andra merajuk ni… Merajuk ni…” Soal Andra geram dan menjeling suaminya. Namun, tetap tiada reaksi dari Haykal. Suaminya itu hanya kaku dan tidur dengan lenanya. Mengigit bibir geram Andra dibuatnya.


            “Okay takpe! Takpe! Jangan nanti curi-curi peluk orang pula! Huh!” Balas Andra beralah kembali baringkan tubuhnya. Malas ingin menempel di belakang suaminya lagi kalau dah Haykal jual mahal. Selimutnya ditarik hingga ke kepala dan kepalanya ditutup. Huh! Rasa senak dan sesak nafas! Tapi kerana marah. Apa pun boleh jadilah labu! Huhu.


            Haykal yang mendengar kata-kata isterinya itu tergelak di dalam hati. Aik? Baru sekejap dah beralah? Andra. Andra. Andra. Kita tengok siapa yang peluk siapa nanti. Hahaha.


            Haykal mengelengkan kepalanya dan mengusap rambut isterinya penuh kasih pabila teringatkan gelagat manja isterinya semalam. Dileraikan ke tepi rambut isterinya yang menutup wajah cantiknya itu. Aduhai. Tak pernah terniat di hatinya akan memilik isteri semuda dan secantik ini. Jika cantik itu memang pernah terdetik di dalam hatinya dahulu di kala muda. Biasalah, orang muda. Mahu yang cantik saja. Tapi mereka tidak tahu bahwa yang cantik itu tidak semestinya baik dan yang tak cantik itu tak semestinya tak baik.


            Berkahwin dengan Andra rasanya seperti mendapat durian runtuh. Jatuh menghempap ke ribanya. Rasa bagaikan dirinya bertuah. Bertuah kerana memilik gadis itu sebagai isterinya yang sah dan halal. Terasa seperti semuanya adalah mimpi. Namun, jika benar ianya mimpi sekalipun. Entah kenapa, Haykal berharap dia tidak akan bangun dari mimpinya kerana dia benar-benar rasa bahagia kini.


            “Hmmmm…” Haykal tersedar di saat Andra mengeliat manja dan mengeratkan pelukannya pada tubuh sasa Haykal. Tersenyum Haykal dibuatnya.


            “Andra… Bangun sayang.” Panggil Haykal lembut dan mengucup lembut dahi isterinya.


            “Hmmm.” Balas Andra manja. Namun, masih menutup matanya. Haykal tersenyum.


            “Bangunlah sayang. Dah pagi ni…” Panggil Haykal lembut dan mengusap lengan isterinya yang terdedah. Halus dan lembut sekali kulitnya. Aduhai…


            “Mengantuk…” Balas Andra dan gelengkan kepalanya. Matanya terasa berat sekali untuk dibuka.


            “Dah nak masuk waktu subuh sayang. Nanti kita terlepas pula.” Pujuk Haykal lembut. Dia memang begitu. Selalu kalah pabila membangunkan orang. Lebih-lebih lagi kaum hawa. Aira selalu, mahu setengah jam dia perlukan untuk membangunkan Aira. Disebabkan itu tugasnya itu kini di ambil oleh isterinya. Hanya Andra tahu bagaimana caranya untuk membangunkan Aira. Nasiblah juga isterinya ini bangun tepat pada masanya. Tak payah Haykal nak susah-susah membangunkan isterinya itu. Kadang-kadang Andra yang akan membangunkan dia.


            “Isteriku Andra…” Panggil Haykal lembut dan mengucup pipi mulus Andra. Andra pula yang terasa kucupan hangat suaminya mendarat di pipinya dan mendengar suara garau itu memanggilnya dengan lembut seperti selalu iaitu ‘Isteriku Andra’. Spontan Andra terbangun. Memang dia lemah setiap kali Haykal memanggilnya sebegitu. ‘Isteriku Andra’. Aduhai… Lemah badan.


            “Pak cik! Hei! Apa peluk-peluk ni?!” Soal Andra geram pabila tersedar yang dia berada di dalam pelukan Haykal. Semalam bukan main sombong lagi suaminya itu. Pabila dipujuk, banyak sangat ragamnya. Namun, kini? Baik punya rapat Andra dipeluknya.


            “Ehem! Jangan fitnah abang ya sayang. Cuba tengok siapa yang peluk siapa ni?” Soal Haykal dan berdehem. Tubuh mereka dipandang. Andra juga begitu.


            “Erk!” Spontan wajah Andra bertukar merah di saat melihat tubuhnya dan suami. Aduhduh! Rasa nak sembunyikan wajahnya di balik selimut! Malu tahap GABAN pabila melihat dia memeluk erat tubuh sasa suaminya. Haykal pula yang melihat respond isterinya itu tersenyum kecil.


            “Hurm???” Haykal menaikkan keningnya nakal dan tersenyum memandang isterinya. Spontan Andra menjerit kecil dan memalingkan tubuhnya dan baring membelakangi suaminya. Tergelak Haykal dibuatnya. Comel sekali.


            “Hei…” Panggil Haykal lembut dan memeluk tubuh isterinya dari belakang. Dicium mesra tengkuk isterinya. Haykal tersenyum senang di saat Andra mengeliat manja. Pastilah kegelian. Hahaha.
           

            “Isteriku Andra…” Panggil Haykal lembut ke telinga isterinya. Andra menjeling suaminya di sisi dan mengetap bibir.


            “Ya…” Balasnya lembut. Memang lemah pabila Haykal memanggilnya sebegitu rupa. Mahu bergegar kepala lututnya. Hahaha. Haykal mendekatkan bibirnya pada cuping telinga si isteri. Dipeluk erat tubuh ramping itu penuh kasih.


            “Abang tak dapat nak bermanja dengan awak di awal pagi ni yang…. Kita di dalam hutan. Bukan kat bilik kita. Cepat bangun… Semua dah tunggu tu solat subuh berjemaah.” Bisik Haykal dan menepuk perut kempis isterinya lembut sebelum bangkit dari pembaringannya dengan senyuman nakal.
           

            “Pak cik!!!” Jerit Andra geram.








***CINTA ENCIK DUDA****









USAI solat subuh, acara yang paling aku suka di dalam ekspedisi lasak hari ini. Iaitu berlari naik ke atas sebuah bukit. Tidaklah setinggi mana. Namun, semput jugalah aku dibuatnya. Selalunya berjogging disekitar perumahan elit pak cik saja. Kali ini? Hohoho. Ada kelainannya. Walaupun semput aku tetap rasa seronoknya. Gila tak seronok kalau dah pemandangan di atas bukit tersebut begitu cantik sekali! Subnallah! Indahnya ciptaan-MU.


            Memang aku akui, Pak cik dan teman-temannya walaupun sudah berusia namun tetap aktif dan lasak. Taklah seperti golongan berumur yang lain. Mereka berbeza. Mungkin kerna itu mereka masih nampak muda dari umur mereka. Erk! Ye ke? Haha. Yalah! Aku ikhlas tahu puji laki aku! Haha.


            “Air…” Aku tersedar dari kelekaanku memandang pemandangan cantik di bawah sana. Sememangnya cantik dengan keadaan matahari yang mulai terbit. Keorenan. Berbukit bukau dan ada sungai yang mengalir panjang.


            “Thanks…” Balasku pada pak cik yang sudah mengambil tempat di sisiku dan menyambut huluran sebotol air mineral yang sudah tinggal setengah. Aku tahu pasti bekas minumannya.


            “Tak geli ke bekas abang?” Soalnya padaku. Aku mengerutkan dahi dan memandangnya. Sekejap cuma, botol air pula dipandang. Aku menujukkan botol air mineral tadi padanya dan dia anggukkan kepalanya.


            “Nak geli kenapa?” Soalku hairan dan membukakan penutup botol air mineral tersebut. Serius, aku nak geli kenapa? Dia ada HIV? AIDS? Takkan? Dia suami aku apa.
           

            “Erk!” Terkejut aku pabila di saat aku ingin meneguk air tersebut pak cik menarik botol itu dariku.


            “Abang gurau jelah. Nah! Ini air awak.” Balas pak cik dan tersenyum. Sebotol air mineral yang masih belum dibukakan penutupnya dan airnya masih penuh diberikan kepadaku. Namun, pak cik memandangku hairan pabila aku tidak menyambut.


            “Kenapa?” Soalnya hairan. Aku mendengus dan mengambil botol air mineral bekasnya tadi. Tercengang dia olehku.


            “Saya nak minum botol air mineral yang ini.” Balasku dan menujukkan botol air tadi kepadanya agar dia faham sebelum meneguk air mineral tersebut dengan lafaz bismillah. Terkedu pak cik dibuatku.


            “Err. Tapi itukan bekas abang sayang.” Balas pak cik hairan. Aku yang masih meneguk air mineral tadi kerana dahaga, menjelingnya dan tersenyum kecil.


            “So?” Soalku selamba. Dia terdiam dan membetulkan rambutnya. Tersenyum di dalam hati aku dibuatnya. Even rambut dia serabai pun aku rasa seksi dan dia tetap kacak! Haha. Takpe engkau! Dah jadi laki aku. Halallah untuk aku membayangkan dirinya dan memuji keindahan yang dia miliki. Betul tak? Betul tak? Aish! Dah macam Eric Leong lah pula rasanya.


            “Awak tak geli ke?” Soalnya dan memandangku. Aku menggelengkan kepala dan menutupkan botol air mineral tadi.


            “Nak geli kenapa? Sedangkan, Siti A’ishah isteri Rasulullah S.A.W sendiri sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah S.A.W. Di mana Nabi S.A.W minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama. Romantikkan?” Balasku dan tersenyum. Keningku dinaikkan nakal. Pak cik yang mendengar kata-kataku spontan tersenyum dan menarik tanganku lembut. Dikucup dan mataku direnung olehnya.


            “Terima kasih sayang. Terima kasih lengkapkan hidup abang dan buat abang bahagia…” Bisik pak cik lembut kepadaku dan kembali mengucup jemariku lembut. Awwwh~ Pak cik terharu olehku.


            “Kakak! Uncle handsome!”


            “Erk!” Spontan aku dan pak cik yang sedang romantika de amor tadi tercengang pabila Mia menyelit di tengah-tengah antara kami. Pautan tangannya pada jemariku juga terpaksa dilepaskan. Leherku dan pak cik dipautnya. Cemberut geram aku dibuatnya. Haila budak ni! Kacau daun betul!


            “Ya sayang…” Balas pak cik dan tersenyum memandang Mia. Sempat aku dijelingnya.


            “Best kan? Macam kat bukit yang kita pergi hari tu. Tetapi yang ni lagi cantik! Kan kak?” Balas Mia teruja dan tersengih memandangku. Aku menjelingnya di sisi.


            “Hurm… Ya…” Balasku malas dan mengembungkan  pipiku. Tergelak pak cik dibuatnya. Terasa usapannya pada belakang tubuhku. Pabila aku memandangnya. Dia tersenyum dan gelengkan kepalanya. Tahu. Dia minta aku tak ambil hati dengan Mia. Selalu sangat nak lebihkan Mia. Huh! Apa boleh buat. Dah Mia tu budak kecik! Kalau dia besar belia. Hurm. Memang dah aku cepuk baik punya!









***CINTA ENCIK DUDA****









HARI ini kami memulakan perjalanan ke penempatan orang Asli. Perjalanannya tidaklah sejauh mana. Akan tetapi, jalan yang harus kami lalui memang benar-benar membuatkan perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minute berjalan kaki menjadi 30 minute kerana kami menggunakan kenderaan. Kenapa? Kerana satu-satunya jalan masuk ke kampung tersebut adalah melalui sebuah jalan berlumpur dan sungai. Aduhai. Terasa nak muntah kembali….


            Nasiblah juga pak cik sudah awal-awal memberikan aku pil yang madam Heliza berikan semalam. Kuranglah rasa mabuknya. Kali ini, aku mulai selesa sedikit dengan perjalanan yang agak lasak. Mungkin sudah merasainya semalam. Maka, hari ini aku lebih relaks sedikit dari semalam.


            Kami tiba di sebuah perkampungan dan penempatan orang Asli sekitar jam 0200 petang.  Ianya kerana masyarakat orang Asli lebih suka sekiranya tetamu menziarah mereka di waktu petang. Hal ini kerana, pada siang hari mereka selalunya sibuk dengan kerja masing – masing. Umumnya msyarakat orang Asli bekerja sendiri seperti berladang, mencari dan menjual barang – barang hutan, menangkap ikan, memburu dan sebagainya. Sejujurnya, perkampungan tersebut merupakan sebuah kampung yang besar. Banyak rumah yang beratapkan nipah didirikan dan secara rapat-rapat. Benar-benar membuatkan aku teruja untuk mengetahui lebih lanjut keistimewaan kampung tersebut.


           
            Turun saja  dari kereta, mataku menyapa penduduk kampung yang sudah menanti kami. Pasti mereka sudah maklum akan kedatangan kami. Jika tidak kenapa mereka sudah bersiap sedia menunggu kami dengan ramainya. Aku menoleh memandang pak cik di sisi dan dia juga memandangku dan tersenyum.


            “Ramainya…”Komenku padanya.


            “Masyarakat orang Asli memang menitik beratkan semangat bekerjasama dan serumpun. Kalau ada tetamu yang datang mereka akan menyambut dengan hati yang terbuka.” Jelas pak cik kepadaku. Aku menganggukkan kepala tanda faham.


            “Jom sayang.” Pak cik menarik tanganku lembut menghampiri mereka. Begitu juga yang lainnya. Siap ada bawakan kotak-kotak yang aku tanyakan pada pak cik kelmarin. Tersenyum aku di saat melihat senyuman manis yang masyarakat orang Asli berikan kepada kami. Ikhlas sekali.









***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL yang mengenggam tangan isterinya di sisi memberikan senyuman manis kepada Tok Batin Ugay yang merupakan ketua kepada penduduk orang Asli di kampung tersebut. Tok Batin bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjadi penghubung kepada masyarakat luar. Selalunya,jika Haykal dan lainnya datang ke situ, sememangnya Tok Batinlah yang akan dimaklumkan dan Tok Batin akan menyambut mereka dengan penuh berbesar hati.


            “Assalamualaikum wbt tok.” Sapa Haykal dan yang lainnya kepada Tok Batin. Tok Batin tersenyum dan anggukkan kepalanya. Salam mereka disambut. Sememangnya masyarakat orang Asli di kampung tersebut rata-ratanya sudah memeluk Islam. Malahan,Haykal dan teman-temannya yang lain telah berganding bahu membinakan sebuah masjid buat mereka.


            “Siapa yang cantik manis ni nak Haykal?” Soal Tok Batin hairan pabila melihat gadis cantik berada di sisi Haykal. Haykal spontan tersenyum dan memandang isterinya di sisi.


            “Perkenalkan tok. Ini isteri saya, Andra. Andra, Ini Tok Batin. Ketua di kampung ni…” Haykal memperkenalkan Andra kepada Tok Batin. Tersenyum lebar Tok Batin dibuatnya. Bahu Haykal ditepuk.


            “Cantik. Cantik. Pandai kamu pilih. Sesuai dengan kamu. Tok doakan moga kamu berdua bahagia hingga ke anak cucu. Barakallah. In Shaa Allah.” Puji Tok Batin dan menundukkan kepalanya sedikit pada Andra tanda hormat. Begitu juga Andra. Sememangnya isterinya Haykal itu kelihatan begitu cantik sekali. Wajahnya putih dan kemerah-merahan menahan panas. Sejuk hatinya melihat pasangan bahagia itu.


            “Jodoh tok. Alhamdulillah. Terima kasih tok. In Shaa Allah. Harap hubungan ini akan kekal dan diredhai oleh-NYA.” Balas Haykal dan tersenyum malu. Jemari isterinya digenggam erat. Alhamdulilah. Bertambah lagi umat yang mendoakan kesejahteraan perkahwinannya dan Andra.


            Jika boleh, Haykal ingin satu dunia tahu mengenai perkahwinan mereka. Akan tetapi, Andra ingin berita mengenai perkahwinan mereka itu dikhabarkan sekali pada majlis perkahwina mereka nanti. Dia? Hanya mampu mengalah. Jika itu yang isterinya inginkan. Dia turutkan saja. Selagi tidak memudaratkan hubungan mereka.


            Walaupun pada dasarnya dia tahu bahwa PERKAHWINAN adalah perkara yang mulia di sisi agama Islam dan tidak perlu disorok malah wajib dikhabarkan untuk mengelakkan sebarang fitnah…


            “Dohh (Jom) lah kita.”Ajak Tok Batin dan membawa Haykal dan yang lainnya menuju ke rumahnya. Sememangnya jika ada apa-apa acara mahupun tetamu yang datang pasti akan dibawa ke rumahnya. Kerana rumahnya agak besar dan selesa untuk membuat kerja.


            “Rata-rata orang Asli kat sini Islam ya?” Soal Andra ingin tahu. Kerna mendengar dari bicara Tok Batin tadi  sudah sah-sah menunjukkan yang lelaki itu beragama Islam. Haykal memandang isterinya di sisi dan menanggukkan kepalanya.


            “A’ah. Orang Asli sekarang bukan macam dahulu lagi. Mereka dah terdedah sedikit dengan dunia luar.” Jelas Haykal. Sememangnya masyarakat orang Asli  kampung tersebut tahu bercakap bahasa Melayu dan beragama Islam. Namun. Adat resam dan kepercayaan mereka masih dikekalkan mengikut kesesuaian agama Islam.









***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL dan yang lainnya dijemput ke rumah Tok Batin dan dijamah dengan makanan-makanan orang Asli. Sememangnya masyarakat Orang Asli sangat suka sekiranya tetamu mereka sudi menikmati jamuan yang dihidangkan. Sebagai tanda hormat kepada tetamu juga mereka sanggup berhabis demi tetamu. Dihidangkan makanan yang sedap-sedap dan memuaskan hati tetamu yang datang. Yang penting bagi mereka adalah IKHLAS.


            Diantaranya lemang buluh di mana terdapat pulut, ubi, daging, ikan,dan sebagainya di dalamnya. Selain itu jenis masakan bakar  seperti daging, ikan dan ubi. Sanglai daging atau ikan, ketupat, dan sebagainya lagi.  Jenis masakan ini menyelerakan mata memandang dan keunikan rasa ramuan bahan masakan alam semulajadi.


            Semua makanan yang dihidangkan benar-benar membuka selera mereka. lebih-lebih andra yang cekeding itu. haha. Badannya kurus sahaja namun pabila bab makan dialah nombor satu. Kerna itu dia suka memasak. Hahaha.


            “Sedap…” Komen Andra sambil memasukkan ubi dan pulut ke dalam mulutnya. Tersenyum Haykal dibuatnya.
           
Salah satu makanan tradisi orang Asli :)



            “Sedapkan? Yang ni pun sedap juga. Cuba rasa..” Balas Haykal dan menyuapkan lemang  daging ke dalam mulut isterinya. Andra pula hanya menurut dan memakan lemang daging yang Haykal suapkan padanya. Wajah suaminya dipandang. Tersenyum dia di dalam hati pabila melihat wajah Haykal yang teruja ingin mengetahui apa komennya.


            “Sedap!” Balas Andra dan tersenyum. Tersenyum senang Haykal dibuatnya. Andra. isterinya itu memang pandai menyesuaikan dirinya dan tidak memlih di dalam makanan. Pandai membawa dirinya. Haykal tidak dapat membayangkan jika Andra adalah arwah Zahlia. Menjejakkan kaki ke hutan pun belum tentu arwah ingin mengikutnya. Apatah lagi merasai masakan orang Asli itu. Astagfirullah’alazim. Mengucap Haykal di dalam hati pabila tersedar yang dia sudah membandingkan isterinya dan arwah isterinya.


            “Uncle handsome… Mia pun nak suap juga…” Rengek Mia di sisi Haykal. Spontan Andra dan Haykal menoleh ke sisi kanan mereka dan memandang Mia yang meletakkan lengannya ke riba Haykal dan matanya berkelip-kelip memandang Haykal dan Andra. Spontan Andra mencebir bibirnya dan menjeling Mia. Haha. Sudah mulai kembali perangai lama mereka.


            “Mia… Jangan kacau uncle sayang. Kan uncle dan auntie tengah makan tu.” Tegur Haniff pada anaknya. Digelengkan kepalanya melihat sikap manja Mia pada Haykal itu. Nasiblah, dilihatnya Andra tidak melatah. Yalah. Mia itu manjanya berlebihan. Tengok sajalah manjanya pada Haykal. Dengan dirinya sendiri pun Mia tidak semanja sebegitu. Haykal pula tersenyum memandnag Haniff di sisi dan gelengkan kepalanya.


            “It’s okay Niff. Mia nak suap ya? Mari uncle suapkan…” Balas Haykal dan tersenyum memandang Mia. Lemang daging disuapkan pada Mia. Andra yang berada di sisi Haykal spontan tertarik melihat sisi suaminya saat itu. Direnung wajah kacak Haykal yang sedang melayan Mia dengan lembut itu. tersenyum Andra di dalam hati. Haykal. Orangnya memang lembut dan sopan. Andra suka melihat Haykal pabila suaminya itu melayan kanak-kanak. Terserlah sifat kebapaannya di situ. Penyayang dan penuh dengan kasih sayang. Pertuturannya juga lembut. Tergeleng kepala Andra di saat membayagkan bagaimana Haykal melayan anak mereka nanti. Erk! Jauh sungguh fikirnya. Haha. Anak? Sentuh juga belum. Entahlah… Dia masih belum sedia. Lagipun, jika dia sudah bersedia sekalipun takkan nak bagitahu pada Haykal. Biarlah suaminya itu sendiri yang faham akan bahasa badannya. Jika Haykal mahu takkan dia nak menolakkan? Berdosa sekiranya seorang isteri menolak permintaan suaminya…


            Haykal. Haykal. Haykal. Nampak lembut dan sopan. Namun, pabila dia sudah marah. Hurm… Singa pun boleh kecut perut dibuatnya. Jangankan singa. Andra sendiri kecut perut. Cukuplah sekali dia melihat kemarahan Haykal itu. Jika boleh dia ingin mengelakkan membuat Haykal marah dan membuat sesuatu yang Haykal tidak suka. Entahlah, secara automaticnya dia merasa hormat dan patuh kepada Haykal. Kehebatan seorang suami rasanya. Tak perlu Haykal menengking dan memaksanya. Dia sendiri yang hormat dan patuh pada suaminya itu tanpa paksaan.


            “Sayang?” Panggil Haykal lembut di saat Andra di sisinya bagaikan mengelamun.


            “Arh?” Soal Andra blur pabila Haykal mengerutkan dahi memandangnya.
           

            “Sayang okay?” Soal Haykal lembut. Andra anggukkan kepalanya dan tersengih. Jauh sekali dia mengelamun. Tapi yang tak tahan boleh pula ketika menghadap rezeki dia mengelamun. Haila…


            “Okay sayang…” Balas Andra dan tersenyum. Tersenyum lebar Haykal dibuatnya. SAYANG? Hahaha. Andra isteirnya itu ada moodnya. Bukan selalu boleh mendengar isterinya memanggil dia SAYANG. PAK CIK sahaja ada di bibirnya. Hahaha.









***CINTA ENCIK DUDA***









AKU mendepakan kedua-dua tanganku dan memandang ke sekeliling. Udaranya memang segar dan terasa sejuk. Mungkin kerna tidak dicemari dengan pencemaran dan elok dijaga. Rumah Tok Batin dipandang. Khusyuk sekali pak cik berbual. Bosan aku dibuatnya. Orang muda sepertiku mana tahannya berbual berjam-jam sebegitu. Mahu berdiri dan berjalan merenggangkan otot ni. Boleh mati akal aku dibuatnya.


            Dari aku tertidur di sisi pak cik dan memalukan pak cik baiklah seadanya jika aku berjalan-jalan sekitar kampung dan menyegarkan tubuhku. Tersengih aku pabila sesuatu terlakar dimindaku. Aku ingin membuat sesuatu yang membuatkan aku segar.


            Kakiku dibawa melangkah ke sekitar kampung. Camera Canon yang disangkutkan di leherku diambil dan mengambar rumah-rumah orang Asli yang terdapat di kampung tersebut. Walaupun beratapkan nipah dan berdindingkan bamboo. Namun, rumah yang dibuat nampak cantik dan kemas. Ada seninya tersendiri. Masyarakat orang Asli memang kreatif.


            “Assalamualaikum wbt.” Spontan aku mengangkat wajahku pabila ada suara garau yang memberikan salam kepadaku. Erk!









***CINTA ENCIK DUDA****









ASSALAMUALAIKUM WBT.” Sapa satu suara garau kepada Andra dan spontan Andra yang sedang melihat gambar di camera nya mengangkat wajahnya dan memandang lelaki di hadapannya.


            “Walaikumsalam Wbt.” Balas Andra dan memberikan senyuman manis di saat lelaki tadi turut memberikan senyuman manis padanya.


            “Saya Ubin. Anaknya Tok Batin. Errr. Cik ni nak ke mana?” Lelaki bernama Ubin itu memperkenalkan dirinya pada Andra.


            “Oh Ubin. Saya Andra. Saya nak tengok-tengok kampung ni. Bolehkan?” Soal Andra kepada Ubin. Ubin tersenyum dan anggukkan kepalanya. Cantik sekali gadis bernama Andra itu. orangnya seperti anak kacukan saja. Kulitnya keputihan dan orangnya tinggi lampai.
           

            “Boleh. Boleh. Kalau macam itu saya minta isteri saya temankan cik mengelilingi kampung ni.” Balas Ubin dan membawa Andra ke sebuah pondok besar yang dijadikan tempat memasak oleh penduduk kampung tersebut jika ada apa-apa acara diadakan.


            Setiba mereka di pondok tersebut, Andra dan Ubin disambut oleh kaum-kaum hawa masyarakat orang Asli yang sedang mengayam tikar. Semuanya serentak memandang hairan pada Ubin dan gadis cantik di sisinya.


            “Assalamualaikum wbt.” Sapa Andra lembut kepada mereka. Serentak mereka menjawab salam Andra.


            “Walaikumsalam wbt. Siapa ni bang Ubin?” Soal seorang wanita kepada Ubin. Ubin tersenyum memandang wanita tersebut dan kemudian tersenyum memandang Andra di sisi.


            “Ini cik Andra. Dia nak tengok kampung ni.” Jelas Ubin. Mereka tersenyum memandang Andra yang berada di sisi Ubin. Andra tercengang pabial dia didekati oleh mereka dan tubuhnya dipandang dari atas sampailah ke bawah. Erk! Bagaikan dia alien sahaja. Rambutnya yang panjang dan ikat satu dipegang. Begitu juga pipinya yang putih kemerahan menahan panas itu.


            “Errr…” Andra mengerutkan dahinya pabila tangannya ditarik lembut oleh seorang wanita dan dia didudukkan di atas pondok tersebut. Dia hanya mengikut dan membalas senyuman mereka.


            “Cantiknya. Bagaikan tuan puteri…” Puji salah seorang dari mereka. Merona merah pipi Andra pabila dipuji sebegitu sekali.


            “Err. Tak adalah. Saya biasa saja.” Balas Andra rendah diri. Trasa tidak layak dibandingkan dengan tuan puteri yang selalu dikaitkan dengan cantik rupawan. Dia? Hanya biasa-biasa sahaja.


            “Kakak ni namanya Jamira. Isterinya Ubin. Cik Andra memang cantik. Bagaikan tuan puteri kayangan sahaja.” Seorang wanita yang menarik andra tadi memperkenalkan dirinya sebagai Jamira dan isterinya Ubin. Tersenyum Andra dibuatnya.
           

            “Panggil Andra sajalah Kak Jamira. Andra biasa saja. Tak layak nak dibandingkan dengan tuan puteri semua.” Balas Andra. Jamira dan yang lainnya tersenyum senang. Senang dengan sikap ramahnya Andra.


            “Errr. Tuan puteri. Eh. Cik Andra… Saya tinggalkan Cik Andra di sini ya. Saya perlu kembali ke rumah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum wbt.” Balas Ubin dan meminta diri. Andra tersenyum.


            “Terima kasih Ubin. Walaikumsalam wbt.” Balas Andra dan menghantar Ubin pergi dengan senyuman manis.


            “Mari, kami tunjukkan keistimewaan kampung ni pada Andra…” Ajak Jamiera dan Andra menganggukkan kepalanya dan tersenyum senang.








***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL yang leka berbual dengan Tok Batin mengerutkan dahi pabila perasankan yang isterinya tiada di sisi. Erk! Itulah, terlalu seronok berbual sampaikan isterinya menghilang juga tidak disedari. Isterinya itu bukannya boleh dibiarkan lepas sangat. Ada sahaja benda nakal dibuatnya. Tak kira tempat.


            “Kenapa?” Soal Tok Batin hairan pabila melihat Haykal seperti tak tentu hala dan memandang ke sekelilingnya. Haykal spontan memandang Tok Batin di sisi dan tersenyum kelat.


            “Saya tengah cari isteri saya tok.” Jelas Haykal jujur. Tok Batin sejurus mendengar kata-kata Haykal itu turut memandang ke sekeliling mereka. Keningnya juga dikerutkan. Rata-rata teman-temannya Haykal berada di situ. isterinya Heliza dan Mia juga berada di situ. Jadi? Mana perginya Andra?


            “Tak apalah kalau macam  tu. Nanti tok minta si Ubin tu tolong carikan isteri kamu. Tak pergi jauhnya tu. dekat-dekat sini saja.” Balas Tok Batin dan mengamit Ubin anaknya Tok Batin untuk mencari Andra isterinya Haykal.


            “Boleh saya ikut sekali tok?” Soal Haykal.


            “Boleh. Boleh. Apa salahnya.” Balas Tok Batin. Haykal tersenyum dan berdiri mendapatkan Ubin yang sudah menunggu di bawah sana.


            “Nak ke mana Kal?” Soal Joe hairan pabila melihat Haykal turun dari rumahnya Tok Batin. Haykal menoleh memandang Joe yang sedang duduk bersila di atas lantai itu.


            “Nak ikut si Ubin round kampung ni sekejap…” Bohong Haykal. Tidak mahu menyusahkan yang lainnya. Joe menganggukkan kepala dan kembali berbual dengan penduduk kampung dan yang lainnya.


            “Agak-agak isteri saya ada di mana ya Ubin?” Soal Haykal kepada Ubin sewaktu mereka sudah mulai berjalan untuk menuju ke destinasi utama mereka seperti yang Ubin katakan. Ubin menoleh memandang Haykal di sisi dan tersenyum.


            “Tuan puteri yang cantik tu isteri datuk ke?” Soal Ubin dan tersenyum. Tercengang Haykal dibuatnya. Namun, seketika dia tersenyum dan anggukkan kepalanya. Tuan Puteri yang Cantik? Hahaha. Comel.


            “Rasanya saya tahu ke mana isterinya datuk tu pergi…” Balas Ubin dan tersenyum penuh makna. Mengerutkan dahi Haykal dibuatnya.


            “Ke mana?” Soal Haykal hairan.


            “Ikut saya…” Balas Ubin. Haykal mengaru lehernya. Agak berahsia pula si Ubin itu. Namun, dia gagahkan juga kakinya demi isteri tercinta. Erk! Tercinta? Haha.


            “Hah! Tu pun Tuan Puteri datuk.” Kata Ubin teruja dan menujukkan ke arah depan mereka. Haykal?


            “Andra?!” Spontan Haykal tercengang dan mengerutkan dahinya memandang Andra yang sedang duduk dikerumuni oleh kaum-kaum hawa penduduk kampung tersebut. Namun, apa yang membuatkan Haykal terkejut adalah Andra yang tadinya memakai t-shirt berkoler rona kuning jenama POLO seperti Haykal dan skinny jeans hitam sudah dihiasi dengan aksesori orang Asli yang diperbuat daripada daun nipah.
           


            “Hi!” Sapa Andra ceria padanya dan melambai-lambaikan tangannya ceria pada Haykal.


            Haykal spontan tersenyum dan gelengkan kepalanya melihat gelagat ceria isterinya yang sedang mengikut kaum-kaum hawa masyarakat orang Asli yang menari tarian sewang. Di mana penari yang lain akan mengulangi baris nyanyian penyanyi utama dan bergerak sambil menghentakkan kaki ke lantai. Semasa menari, mereka akan diiringi alat muzik tradisional yang dinamakan Buluh Cetong yang dihentak di atas kayu beluti oleh lima wanita di belakang.


            Comel sekali isterinya saat itu. Menari mengikut rentak yang lainnya dengan senyuman dan gelak ceria. Entah kenapa, hatinya merasa tenang pabila melihat isterinya gembira.


            “Isteri datuk nampaknya dah menambat hati penduduk kampung. Mereka sukakan isteri datuk. Lihat saja cara mereka melayan Cik Andra.” Puji Ubin dan tersenyum memandang Andra yang pandai menyesuaikan dirinya dengan budaya mereka. Haykal pula tersenyum memandang Ubin di sisi dan kembali memandang isterinya. Terasa bangga pabila Andra dipuji sebegitu.
           

            “Alhamdulilah Ubin. Dia memang hyperactive orangnya.” Balas Haykal pada Ubin yang merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda itu. Namun, Ubin memilih untuk berkhidmat di kampungnya sebagai guru dan mengajar masyarkat orang Asli di situ membaca dan menulis. Mulai sekali hatinya.


            “Sayang jom!” Panggil Andra kepada Haykal dan menarik tangan suaminya agar turut serta pada mereka. Haykal menggelengkan kepalanya tanda menolak. Sejujurnya, dia sendiri tidak pandai dan agak kekok untuk menari. Senang cerita, MALU! Hahaha.


            “No sayang. Awak saja. Abang berdiri kat sini ya.” Balas Haykal dan gelengkan kepalanya. Andra mengembungkan pipinya dan tetap berkeras.


            “No! No! No! You should try it. It’s fun okay! Jom! Jom!” Balas Andra dan menarik tangan Haykal. Haykal pula terpaksa akur dan ikut serta. Namun, sempat tangan Ubin ditariknya sekali. Haha.


            Agak kekok sebenarnya menari tarian sewang trsebut. Dia lagi orangnya yang sudah lama meninggalkan aktivi tari dan menari. Mulalah terasa kekok! Hahaha. Aduhai. Jika dahulu boleh saja dia menari tunjuk langit ketika muda. Namun, sekarang? Sudah pencen. Hehe.


            Andra yang melihat suaminya yang kekok itu spontan tergelak. Ketara sekali kekoknya. Namun, Haykal tetap mencuba. Haykal. Seperti pelangi yang mulai memberikan pelbagai warna kepada hidupnya. Alhamdulilah









***CINTA ENCIK DUDA***








KAMI terpaksa berangkat pulang ketika jam sudah menujukkan ke arah 0500 petang. Pastinya jika balik nanti jalan yang kami harus lalui akan lebih mencabar kerana suasana malam. Memerlukan kesabaran yang banyak. Tok Batin meminta kami untuk tidur semalaman di kampung tersebut namun pak cik dan teman-temannya terpaksa menolak kerana mereka masing-masing mempunyai kerjaya yang harus ditangani esok hari.


            “Cantikkan?” Soalku pada pak cik di sisi yang sedang memandu. Dia menoleh seketika memandangku dan tikar mengkuang yang terdapat ditanganku. Bibirnya mengukirkan senyuman dan kepalanya dianggukkan.


            Tikar mengkuang tersebut adalah hadiah yang Kak Jamira dan kakak-kakak yang lainnya hadiahkan padaku. Kata mereka sebagai buah tangan buatku sempena perkahwinanku dan pak cik. Cantik. Memang cantik kerana warnanya warna turquoise. Salah satu warna kegemaranku. Tehee.


            “Cantik. Siapa yang bagi?” Soal pak cik kepadaku. Aku memandnagnya di sisi dan tersenyum.

           
            “Kak Jamira dan kakak-kakak yang lain beri pada saya.” Balasku dan tersenyum lebar. Aku mengerutkan dahi di saat pak cik tergelak kecil.


            “Erk! Kenapa?” Soalku hairan. Pak cik terhenti tawa dan menjelingku.


            “Tahu tak kenapa mereka bagi tikar mengkuang tu pada awak?” Soal pak cik kepadaku. Aku mengerutkan dahi memandangnya dan mengaru leher.


            “Err. Kenapa? Mereka kata hadiah buat saya sebab saya dah kahwin. Kiranya sebagai hadiah perkahwinan buat sayalah.” Jawabku bingung. Spontan sekali lagi pak cik tergelak besar.


            “Hei! Kenapa ketawa?” Soalku hairan dan menepuk bahunya. Dia menujukkan lima jarinya tanda sekejap dan kembali meneruskan ttawanya. Aku mengigit bibir dan mencerlung geram memandangnya.


            “Megat Haykal bin Megat Halim!” Namanya ku panggil dengan suara yang tegas dan kuat. Spontan dia terdiam dan memandangku.


            “Erk! Okay! Okay! Abang berhenti.” Jawabnya beralah dan tersengih. Mendengus geram aku dibuatnya.


            “Cepatlah bagi tahu kenapa mereka bagi saya tikar mengkuang ni?” Soalku hairan. Pak cik tersenyum dan menarik tangan kananku lembut. Dikucup seketika dan diletakkan ke ribanya.


            “Sebab menurut kepercayaan mereka, tikar mengkuang tu adalah sebagai tikar zuriat. Kalau kita tidur dan errr… Macam mana ya nak cakap.. Errr. Make love. Kat atas tikar tu. So, nanti awak jadi subur dan zuriat kita akan semakin banyak.” Jelas pak cik kepadaku dan spontan aku menjerit kecil dan menutup kedua-dua telingaku. Dei! Merosakkan minda kanak-kanak rebina sepertiku sahaja dia ni. Tergelak besar pak cik dibuatnya pabila melihat reaksiku.


            “Hei! Tipu jelah!” Balasku dan menjelingnya di sisi. Pandanganku aku lontarkan ke luar sana.


            “Memang abang tipu pun. Saja nak kenakan awak!” Balasnya dan tergelak. Terjengil mataku dibuatnya. He what?! Dia mainkan aku?!


            “Pak cik!!!!” Jeritku geram dan dia? Ketawa. Ketawa dan ketawa sheinggakan air matanya mengalir. Nakal!










B E R S A M B U N G






*********************************





ASSALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES
A J





How was your puasa and terawih? Jangan ponteng tahu! Hahaha J









            HOW was the story? Best? Interesting? Romantic? Boring? Damn? Huhuhu L I’m sorry kalau  CED 22 tak dapat memuaskan hati anda. M A A F kan saya J Sorry kerana semalam dan tadi subuh aku tak sempat nak update sebab busy. Semalam balik saja dari terawih aku busy membuat kerja yang aba berikan pada aku. Of course lah menaip, menaip dan menaip! Haha. Best kan aba aku? Ada anak yang baik lagi comel macam aku ni. Sedia membantu dia dalam bab-bab menaip! Hahaha. Puji diri di situ. Ahaks! Subuh pula, aku kena masak.  Tak nak kacau Mum memandangkan aku masih belum tidur. Erk! Dah engkau kenapa? Motip? Haha. Aku saje je. Mana tahu ada calon mak mertua tengah baca ni. Ada juga yang datang meminang aku. Ahaks! Gediks! M A A F di atas kesengalan saya di situ . Hahahaha. J Peace! A J





E N J O Y
R E A D I N G
L A D I E S




 Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
 Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN






B I G T H A N K  S !

To those, yang sudi jenguk CED dan BLOG DF ni berulang kali. Siap ada yang berpuluh kali. M A A F kan saya L My bad~ Tak sangka jadi macam ni. Uols jangan marah ya J Uols kan cantik and owesome! Hahaha. Ayat bodek der! Tehee! J Thanks for always support CED and follow CED. Aku ci  ta kamu! J



CED 22???
Teheee~ Banyak-banyak minta maaf sekiranya maklumat mengenai ORANG ASLI ada yang salah dan menguris hati mana-mana pihak. Aku masih banyak kelemahan. Itupun aku dah buat research sedikit mengenai masyarakat Orang Asli. Maafkan aku sekiranya ada yang tersalah fakta dan sebagainya. Harap uols seronok membacanya dengan hati yang terbuka J No hurts feeling okay! Untuk masyarakat orang Asli, anda sangat owesome! Trust me! Ada saja orang Asli sekarang jadi doctor dan peguam tau! Jangan main-main hengkau! Hehe. J Aduhduh! Andra dan Datuk Megat Haykal? Aish~ Boleh kena diabetis aku macam ni. Semakin hari semakin Datuk Megat kita semakin romantic dan sweet! J Tehee~ Sukeww nyerrr titewww! Ahaks! J The best part is adalah ketika di dalam khemah ketika bangun tidur dan di atas bukit. Berkongsi botol air mineral. Aduhduh! Manis sungguh! Erk! Dah engkau kenapa? Asyik cakap SWEET dari tadi. Tekan lif sendiri nampak! Hahaha. Okay serious! Aku buat ni dah lama okay. So bila baca balik aku sendiri rasa sweet! Haha. Tak percaya aku begini gatal! Hahaahhaahah J CED 23? Nantikan lebih banyak kejutan buat anda J Hwaiting for the next entry ladies! Gambatte! Erk! Tetiba! Hahahaha.



Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 22  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J





Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.
It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!






We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.






SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J








Till then,
















Sincerely,


16 comments:

  1. Sangat chuumell + sweet!
    Hailaa.. Inngatkan andra dh lepas ke mana td. Nasibbb g menari jer ;p
    Thanks ya ratu..
    Can't wait next! Cpt2 la datuk step forward.. Andra dah on tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZZ ACU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      Awwhhh~
      thanks sayang saya :)
      hehe. tulah pasal
      nasib menari saje.
      dbuatnya dia berenang kuak lentang! huh
      hahahhaha

      most wc sayang :)

      hahaha fighting datuk! =P

      Delete
  2. wow..... the best among the best tullh cter nie...cpat2 smbung.. luv u.. andra...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      ahaks!
      thanks babe!

      okay akan disambung hehe

      andra love u too!

      Delete
  3. best sngat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear

      thanks darling saya :)

      Delete
  4. Bila adegan yg lebih "romantik" ni... Bab confession2 tu..... Pokcik dah lama tunggu dgn sabar tu.... Saya mengulas bagi pihak pokcik... Hihihi....

    ReplyDelete
  5. suke sgt3x!!!!!!!!
    ble diorang nk wat majlis kawen secara rasmi erk..x sabo nk tunggu tyme, msti rmai kwn2 y terkezut..huhu

    ReplyDelete
  6. Haila, sabat jela si dak Andra nih. Mujurlah x hilang ke mana. Kalau tidak mau menggagau pakcik mencari. Haha.

    Comel! Waiting for their reception ceremony plak ni. :)

    ReplyDelete
  7. haahhaahah.. sweet banyak DMH n DAT

    ReplyDelete
  8. hai sweetnya... bila agaknya Andra ni akan betul betul
    jatuh cinta pada pakcik dan mengandungkan anak pakcik. Tak sabar rasanya nak baca bagaimana pula pakcik melayan Andra bila tau yg Andra mengandungkan zuriatnya, mesti
    loving habis. nk lagi dan lagi, tapi n3 kali ni rasa
    pendek je.

    ReplyDelete
  9. for sure andra look cute with that orang asli custom... Queen...

    ReplyDelete
  10. best giler la...cepat2 sambung ye

    ReplyDelete
  11. so sweeet....hihi
    ~ze~

    ReplyDelete
  12. hehe. best n3 nie ! tak sabar nak bace next n3. cuma rase macam pendek je n3 kali nie. tak puas. tapi still syok !

    ReplyDelete
  13. CED22....mmmm yang menariknya...pemakanan orang Asli...pandai lar Cik Ratu ni...Saya dah dapat sedikit info tentang masyarakat yang wujud di bumi ni.Cik Ratu sambil berkarya sambil menyalurkan ilmu kepada kami.TQ...Kasih Sayang diantara Andra dan Hykal.Perbezaan antara Andra dan Zahlia.Si Manja 'mia'...membuatkan CED22 ni lagi menarik...10s a lot,Cik Ratu.

    ReplyDelete