Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Wednesday 25 July 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 23











CINTA ENCIK DUDA BAB 23





‘Ya Allah anugerahilah aku seorang wanita yang apabila kupandang dia membuatku senang, jika kusuruh diamenurutiku, dan jika aku meninggalkannya dia menjaga dirinya dan hartaku’







AKU mengigit straw minumanku dan memandang kak Latipah hairan. Erk! Kak Ipah ni. Ada saja yang dia dok umpatkan. Tang itulah. Tang inilah. Aku pula terpaksa sabar dengan karenah dia. Tapi terus terang aku katakan Kak Ipah ni memang baik. Engkau kata sahaja nak minta tolong apa. Pastikan dibantunya punya.


“Hah! Yang tu. Kau tau dik. Akak dengar dia tu baru lepas clash dengan boyfriend dia. Ish! Ish!” Jelas Kak Ipah kepadaku dan memuncungkan bibirnya ke arah seorang perempuan yang juga pekerja MH HOLDING yang baru menapak masuk ke dalam Restaurant Rasa tersebut. Aku mengaru leher. Erk! Clash pun nak bagi tahu aku ke?


“Apa yang hot nya kak? Biasa jelah clash semua tu. Lepas ni boleh cari lain. Kumbang bukan seekor.” Balasku pada Kak Ipah blur. Kak Ipah menoleh memandangku dan mengetuk tanganku menggunakan sudu yang baru diambil di atas meja. Bersih masih dan belum diguna. Kalau sudu bekas dia makan breakfast dia tadi memang aku ketuk dia balik. Haha.


“Aish! Kamu ni Andra. Akak belum habis cakap lagilah dik.” Balas Kak Ipah dan gelengkan kepalanya. Aku tersengih. Malu sendiri. Tulah. Sampuk lagi kata orang tua.


“Dah tu apa kak oi?” Soalku pula. Aish. Macam Kak Jemahlah pula rasanya. Haha.


“Kalau kau nak tahu dik. Akak kau ni dengar yang budak perempuan tu pernah cuba nak bunuh diri gara-gara boyfriend dia tinggalkan dia tau!” Jelas Kak Ipah kepadaku. Spontan aku terbatuk. Erk! Bunuh diri? Apa kejadahnya? Apa ingat dengan bunuh diri adalah penyelesaiannya? Erk! Aku pula yang emosi lebih! Siapalah aku untuk mengadilinya. Mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Berperasangka baik lebih baik dari berperasangka buruk. Harus tahu itu!


“Errr. Betul ke ni kak? Kot-kot gossip saja.” Balasku pada Kak Ipah. Kak Ipah mencebik memandangku dan mengelengkan kepalanya.


“Betullah!” Balasnya dan menampar bahuku. Aduhduh! Sakit mak! Spontan aku mengosok bahuku.


Astagfirullah’alazim. Sakitlah kak!” Balasku geram. Tersengih Kak Ipah dibuatnya.


Sorry dik. Akak tak sengaja.” Balasnya dan tergelak kecil. Tergeleng kepala aku dibuatnya. Haila Kak Ipah ni.


“Hei baby!” Sapa suara garau kepadaku dan spontan aku mengangkat wajahku memandang gerangan lelaki yang memegang bahuku.



Erk!


           
Hi sayang!” Sapaku gembira pada along yang berdiri di belakangku.spontan aku berdiri dan memeluk along. Terasa rindu sekali padanya. terakhir kali kami bertemu adalah ketika makan malam di rumah abi dan ummi. Sementelah aku memulakan practical ku di syarikat pak cik. Along pula berlepas ke Jepun.


            “Rindunya dengan dia…” Balas along kepadaku dan mengucup dahiku lembut. Tersenyum senang aku dibuatnya. Kak Ipah pula tercengang melihat kami berdua.


            “Orang pun rindu gila-gila dekat dia.” Balasku pada along dan memandangnya. Along tersenyum dan mengusap rambutku lembut.


            “Eh! Encik AT kenal ke dengan Andra ni?” Soal Kak Ipah hairan kepada along. Spontan aku dan along saling berpandangan dan tersenyum.


            “Hi! Nama saya Andra Tihamiey Binti Abdul Rahman.” Sapaku nakal kepada Kak Ipah dan melambaikan tanganku padanya. Berkerut dahi Kak Ipah dibuatnya.


            “Dah engkau ni kenapa dik? Akak tahulah yang nama engkau tu Andra Tihamiey.” Balas Kak Ipah blur dan memandangku hairan. Tergelak besar aku dan along dibuatnya. Aduhai kak Ipah. Masih belum dapat tangkap ke?


            “Hi. Nama saya pula Anddy Thamzie Bin Abdul Rahman dan saya abang dia.” Along pula memperkenalkan dirinya kepada Kak Ipah dan mengenyitkan matanya nakal.


            “..dan saya adik dia.” Sampukku pula dan tersengih.


            “Oh.. Adik-beradik.” Jawab Kak Ipah selamba dan menganggukkan kepalanya. Namun seketika….


            “arh? Adik-beradik?” Soalnya terkejut pabila menyedari bahwa aku dan along adalah adik-beradik. Haila. Serius lawak muka Kak Ipah saat ini. Haha.



            “Ya adik-beradik.” Jawab kami serentak dan tersengih memandang Kak Ipah.


            “Muka kami seiraskan?” Soalku pada Kak Ipah dan menaikkan keningku nakal. Spontan Kak Ipah merenung wajah kami berdua dan tersenyum.


            “A’ahlah. Sama. Tak sangka Encik AT dan Andra ni adik-beradik.” Balas Kak Ipah dan tersenyum. Aku dan along saling berpandangan dan tersenyum.


            “Eh! Cik Watif! Sini!” Panggil Kak Ipah tiba-tiba di saat Kak Watif melangkah masuk ke dalam restaurant. Spontan aku dan along yang masih berpelukan memandang ke arah pintu masuk restaurant. Kelihatan Kak Watif berdiri di situ dan static memandang kami.


            “Sini Cik Watif!” Panggil Kak Ipah kembali dan melambaikan tangannya pada kak Watif. Namun Kak Watif hanya kaku memandang kami.


            “Eh! Kak Watif nak ke mana tu kak?” Soalku hairan di saat Kak Watif melangkah pergi meninggalkan restaurant.


            “Entahlah dik. Akak rasa suara akak dah cukup kuat tadi.” Balas Kak Ipah hairan dan mengaru kepalanya yang tersarung hijab. Berkerut dahiku dibuatnya. Apa kena dengan Kak Watif tu?


            “Kenapa denagn Kak Watif tu?” Soalku hairan dan memandang along di sisi. Along pula hanya menaikkan bahunya tanda tak tahu. Along ni memang. Bab-bab perempuan bukan dia layankan sangat.Bukan sebab abang aku gay yer! Tapi along ni terlalu taksub dengan kerja dia sampaikan tiada masa untuk bercinta.

           
            Alkisahnya, dahulu along pernah bercinta dengan seorang gadis berbangsa Cina ketika dia melanjutkan pelajaran di luar Negara. Namun, hubungan itu terpaksa di putuskan kerana perbedaan agama dan bangsa. Kasihan sekali. Sejak itu jugalah along aku tengok semakin workaholic dan dah tak keluar berdating. Sedih gila!








***CINTA ENCIK DUDA****









ANDRA yang sedang sibuk membuat kerjanya di meja kerjanya mengerutkan dahi pabila kekhusyukannya terganggu dek deringan Samsung S2 nya. Samsung S2 diambil dan tertera nama Anddy Thamzie di situ. Entah apa yang alongnya inginkan.


            “Assalamualaikum Wbt along. Nak apa call angah ni? Angah busy you know.” Sapa Andra kepada Anddy Thamzie di saat panggilan Anddy Thamzie disambutnya. Sememangnya pagi itu dia agak sibuk. Walaupun dia hanyalah budak practical. Namun, dia ingin menunjukkan prestasi yang baik.


            “Walaikumslaam Wbt angah. Sorry along menganggu angah. Hurm. Boleh tak angah datang ke office along di tingakt 16 sekarang ni juga? Please… I need your help.” Balas Anddy Thamzie kepada adik kesayangannya. Berkerut dahi Andra dibuatnya.


            “Errr. Kenapa along? Lagipun boleh ke kad ID angah access pintu office along tu?” Soal Andra hairan. Kad ID nya bukanlah boleh access mana-mana tempat. Hanya sesetengah saja.


            “Adalah. Datang saja. Hurm. Dapat rasanya. Angah try saja. Kalau tak dapat nanti call along. Okay?” Balas Anddy Thamzie.


            “Okay boleh. Sekejap lagi angah datang.” Balas Andra.


            “Okay good. Thanks sayang. Jumpa nanti. Assalamualaikum wbt.” Balas Anddy Thamzie dan mematikan panggilan.


            “Walaikumsalam Wbt…” Balas Andra dan mengetuk-getuk handphonenya ke dagu. Entah apa yang alongnya inginkan darinya. Tubuhnya dibawa diri. Samsung S2 dipegang. Meja kerja Latifah pula didekati.


            “Asalamualakum Wbt Kak Zirafah…” Sapa Andra nakal kepada Latifah dan tersengih pabila Latifah terkejut dibuatnya.


            “Aku zirafah! Eh engkau! Eh!” Latah Latifah dan mengaru-garu kepalanya. Tergelak besar Andra dibuatnya.


            “Hei! Engkau ni dik! Memang nak kena dengan akak! Latifahlah. L.A.T.I.F.A.H! Penat-penat bapak akak namakan akak tau! Engkau ingat pejabat pendaftaran tu dekat?” Balas Latifah geram dan mencubit pipi Andra geram. Tergelak Andra dibuatnya. Dia memang suka menyakat Latifah kerana wanita itu riang orangnya. Andra memanggilnya zirafah kerana orangnya tinggi dan namanya hampir sama dengan ZIRAFAH-LATIFAH=samakan? Teheee.


            “Alarh kak. Gurau jelah!” Balas Andra dan tersengih.


            “Banyaklah engkau punya gurau dik. Hah! Ni nak apa ni?” Soal Latifah hairan memandang Andra yang berdiri di hadapan meja kerjanya sambil tersengih.


            “Andra nak turun sekejap. Akak tolong coverkan Andra eh? Boleh?” Jelas Andra dan mengedip-gedipkan matanya dihadapan Latifah. Tersenyum Latifah dibuatnya. Andra. Seorang gadis yang comel. Suka membuat orang tersenyum. Haha.


            “Yalah. Yalah. Menyelit je kerja engkau. Jangan kedapatan dek Encik Haniff sudah.”  Balas Latifah dan gelengkan kepalanya. Sering kali dilihat Andra menghilang. Ke mana? Dia sendiri tidak pasti. Andra tersengih dan menjukkan ibu jarinya tanda ‘okay’. Memang selalu dia menghilang. Menghilang ke bilik suaminya. Haha.









***CINTA ENCIK DUDA***






TING!




SPONTAN Haykal yang tadinya menunduk dan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar slack rona hitamnya mengangkat wajahnya dan tercengang pabila melihat tubuh isterinya sedang berdiri di hadapan pintu lif dan ingin menapak masuk. Andra juga kelihatnnya agak tercengang melihat suaminya turut berada di dalam lif tersebut bersama pavi.


            “Hi Cik Andra.” Sapa Pavi ceria kepada andra pabila melihat gadis itu. Spontan bibirnya mengukirkan senyuman dan bossnya dipandang. Tahu yang Haykal meminati gadis itu. Lihat saja wajah kacak itu saat ini. Bagaikan bersemangat pabila memandang gadis itu.


            “Errr. Hi Puan Pavi. Datuk.” Sapa Andra gugup dan mengangkat lima jarinyat tanda.


            “Masuk?” Soal Pavi pabila melihat Andra masih berdiri di hadapan lif. Spontan Andra tersedar dan menapak masuk ke dalam lif. Berdiri di sebalah kiri dan Pavi sebelah kanan. Manakala, Haykal di tengah-tengah di antara mereka.


            “Nak ke mana CIK Andra?” Soal Haykal kepada Andra dengan wajah yang sengaja diseriuskan. Berhadapan dengan Pavi membuatkan dia terpaksa berhati-hati dan berlakon. Cuba saja tiada Pavi. Haha. Spontan Andra mengangkat wajahnya dan menoleh memandang Haykal dibelakangkagnya.


            “Err. Nak ke tingkat 16 datuk.” Jelas Andra dan menundukkan wajahnya. Pavi yang tersenyum-senyum memandang mereka dijeling.


            “Buat apa?” Soal Haykal ingin tahu. Andra mengeluh. Suaminya itu memang tak kira tempat. Tak ke pelik tiba-tiba seorang CEO bersoalkan hal seperti itu kepada pekerjanya?


            “Err. Encik Anddy nak jumpa saya datuk.” Jelas Andra dan mengaru lehernya. Haykal mengerutkan dahi. Anddy Thamzie ingin berjumpa dengan isterinya?


            Ting!


            “There you go. Dah sampai dear.” Pavi tersenyum memandang Andra pabila pintu lif sudah terbuka. Spontan Andra memandang Pavi dan tersenyum.


            “Thanks Puan Pavi. Saya pergi dulu, datuk.” Balas Andra dan keluar dari lif. Tak sanggup nak berlama-lama di dalam lif tersebut. Rasa canggung.


            “Pav, you turun dulu. I ada hal yang nak diuruskan dengan AT sekejap.” Arah Haykal dan turut sama menapak keluar dari dalam lif.


            “Errr. Okay datuk.” Balas Pavi akur dan menundukkan kepalanya seidkit tanda hormat. Pavi tahu, Haykal bukan teringin sangat nak berjumpa dengan AT. Akan tetapi gadis bernama Andra itu. Haha.


            “Sayang…” Panggil Haykal di saat isterinya sudah berada di hadapan pintu dan spontan Andra terhenti pabila mendengar suara garau suaminya.


            “Ya datuk?” Soal Andra hairan pabila melihat Haykal juga turut sama berada di situ.


            “Abang sayang…” Balas Haykal lembut dan tersenyum memandnag isterinya yang menjulingkan matanya ke atas itu.


            “Hell yarh. Kita kat office datuk. There is no abang or pak cik.” Balas Andra formal. Haykal hanya mengangkat kedua-dua bahunya. Tanda tak kisah.


            “Oh never mind. Guna kad abang saja. Kad ID abang boleh access mana-mana pintu di dalam MH HOLDING.” Balas Haykal di saat isterinya ingin mendekatkan kad ID nya pada tempat yang disediakan. Andra hanya menurut dan pabila pintu kaca terbuka mereka berdua menapak masuk ke dalam pejabat tingkat 16 tersebut yang rata-ratanya dikhaskan buat para engineer syarikat.


            Sejurus masuk sahaja, para staffnya berdiri dan menundukkan kepala mereka sedikit tanda hormat pad CEO mereka. Agak terkejut pabila melihat Datuk Megat Haykal turun padang. Seslalunya mereka hanya dapat bertemu empat mata dengan lelaki itu di dlaam bilik meeting. Itupun jika berkesempatan. Namun , apa yang lebih menghairankan adaalah gadis yang berada di sisi Haykal. Cantik manis orangnya. Seksi pula. Yang lelakinya tidak lepas matanya memandang Andra. Manakala yang perempuannya tidak melepaskan mataya dari memandang Haykal yang kacak itu.


            “AT ada di dalam?” Soal Haykal serius kepada setiausahanya Anddy Thamzie yang bernama Lucy itu. Spontan Lucy gugup. Bossnya AT itu tadi tidak ingin diganggu. Namun, apa yang patut dilakukan olehnya? Kerna boss besar mereka pula yang ingin bertemu dengan Anddy Thamzie.


            “Err. Ada datuk but…” Belum sempat Lucy menyudahkan kata-katanya Haykal sudah memotong.


            “Okay good. Continue with your work.”  Balas Haykal dan mengamit isterinya agar mendekati pintu bilik Anddy Thamzie. Namun, langkah kaki mereka terhenti di saat mendengar suara Anddy Thamzie sedang bergaduh dengan seorang wanita.


            “Siapa dia?! Kenapa you peluk dia? Sebab dia cantik? Seksi? Sebab tu you tertarik dengan dia? Dasar perempuan tak tahu malu! Datang practical nak mengatal saja kerjanya” Soal suara wanita tadi. Spontan Haykal dan andra saling berpandangan. Agak kabur dengan bicara kedua-duanya.


            “Can you please stop it?! She is my sister! Andra Tihamiey Binti Abdul Rahman! And please watch your word!  Dia adik I dan you tak layak untuk menghina dia! Sekalipun I terpaksa memilih di antara you dan dia. I akan pilih dia dari you!” Balas Anddy Thamzie geram. Spontan Andra menutup mulutnya. Dengan siapa alongnya bertegang mulut? Sehinggakan terbawa-bawa pada dirinya?


            “Along?!” Panggil Andra kepada Anddy Thamzie dan membuka pintu bilik pejabat Anddy Thamzie tanpa sempat Haykal menghalang. Terkejut Anddy Thamzie dan Watif di saat melihat Andra dan Haykal berada di muka pintu. Andra pula terkejut pabila melihat wanita tersebut adalah Watif! Patutlah Watif agak dingin dengannya sejak tadi. Senyum juga tidak. Hanya memandangnya sinis.


            “Aaaapppa ni?” Soal Andra hairan.


            “Kak Watif? Along?”  Soal Andra tak percaya. Watif pula tercengang. Tidak menyangka yang Andra dan Haykal turut mendengar perbualan mereka.


            “Kita duduk dulu.” Arah Haykal tegas dan mengucikan pintu bilik pejabat Anddy Thamzie. Semuanya akur. Haykal. Kalau dah CEO MH HOLDING bersuara pastila mereka mendengar.


            “Did you’ve any explanation to make AT? Watif?” Soal Haykal serius kepada kedua-duanya di saat mereka usai mengambil tempat masing-masing. Anddy Thamzie mengambil tempat di single sofa dan WATIF pula di sofa berangkai dua berhadapan dengan Anddy Thamzie dan Haykal serta Andra. Manakala Andra dan Haykal duduk di sofa berangkai tiga.


            “Sebenarnya Cik Watif sangka saya dan Andra ada hubungan. Sebab dia nampak saya dan Andra berpelukan tadi ketika di restaurant. Dia tak percaya yang saya dan Andra adalah adik-beradik.” Jelas Anddy Thamzie jujur kepada Haykal. Sempat Watif yang berada di hadapannya dijeling. Watif hanya menundukkan wajahnya. Andra pual melopng.


            “What? Hubungan? Memanglah. Kitakan adik-beradik long.” Soal Andra hairan. Anddy Thamzie mengeluh.


            “Ya sayang. But Cik Watif kita ni tak percaya. Cemburu buta sangat!” Balas anddy Tahmzie geram. Dia akui dia mulai sukakan Watif. Namun, sikap cemburu buta Watif tidak disukainya. Terasa rimas. Spontan Andra memandang Watif dan mengerutkan dahinya.


            “Betullah Kak Watif. Andra dan along adik-beradik. Rupa kami seiras apa. “ Balas Andra pada Watif. Watif spontan mengangkat wajahnya dan memandang wajah Andra. Dipandang wajah Andra dan Anddy Thamzie silih berganti. Mengetap bibir dia dibuatnya. Sememangnya kedua-duanya ada iras. Betapa bodhnya dia menuduh tanpa usul perikasa


            “Sorry Andra. Kak Watif terlalu ikutkan perasaan. Sorry datuk saya terbawa-bawa hal peribadi di dalam kerja.” Mohon Watif kepada Andra dan Haykal. Terasa serba salah.

           
            “Tak apa Kak Watif. Andra faham.” Balas Andra dan tersenyum. Bukan salah Watif. Orang kalau dah cemburu. Apa sahaja yang akan dilakukan olehnya akan dilakukan.


            “Thanks Andra.” Balas Watif dan tersenyum malu. Belumpun dia rasmi dengan Anddy Thamzie dia sudah mencari gaduh dengan bakal adik ipar sendiri. Teruk sekali.


            “I hope lepas ni takkan ada ada lagi perkara seperti ini berlaku. Tolong jangan libatkan hal peribadi dan  hal kerja.” Amaran Haykal. Kalaulah sepuluh orang gayanya seperti Anddy Thamzie dan Watif mahu dia pening. Erk! Tak sedar ke engkau sendiri pun selalu libatkan hal peribadi dengan kerja. Hantar file konon! Padahal nak tengok isteri. Haha.


            “Faham datuk.” Balas Anddy Thamzie dan Watif serenak.


            “Tapi apa hubungan kamu berdua ya?” Soal Haykal hairan dan memandang kedua-duanya. Spontan Andra juga turut memandang kedua-dunya. Turut ingin tahu.


            “Err… Kami masih di dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Yalah. Mungkin diuji sebentar.” Balas Anddy Thamzie jujur dan menjeling Watif yang tertunduk malu. Watif, sejak dulu meminati Anddy Thamzie. Cuma lelaki itu saja tidak melayannya. Spontan Haykal dan Andra saling berpnadangan dan tersenyum penuh makna.


            “Wow! Along dalam diam yer. Tapi Kak Watif jangan risau. Andra dan along memang sibling dan jika diberi peluang pun Andra tak nak dengan along ni. Bukannya handsome sangat pun!” Balas Andra nakal dan tersengih. Spontan Anddy Thamzie menjengilkan matanya geram pada adik kesayangannya.


            “Oh ya? Hurm. Siapa ya dulu yang kata nak ada boyfriend seperti along?” Sindir Anddy Thamzie dan memandang adiknya. Spontan Andra mencebir bibir. Tergelak Anddy Thamzie dibuatnya. Adiknya itu sejak dulu terlalu menyangjungnya sampaikan ingin mencari teman lelaki pun ingin yang sepertinya.


            “Okay itu dulu. But sekarang angah dapat yang lebih handsome dari along tau!” Balas Andra dan menjeling suaminya di sisi. Tersenyum Haykal dibuatnya. Okay, bangga isteri puji dirinya. Hehe.


            “Andra dah ada boyfriend ya?” Soal Watif nakal. Pasti teman lelakinya Andra sepadan dengan Andra.


            “A’ah. Boyfriend. Boyfriend yang halal buat dia.” Sampuk Haykal dan merenung isterinya yang cantik dan seksi memakai blouse tanpa lengan rona merah dan percil skirt paras peha rona putih itu. Andra juga turut merenungnya dan tersenyum manja. Berkerut dahi Watif dibuatnya.


            Kring!



            Kring!



            Kring!


            Spontan mereka berempat tersentak pabila Iphone 4s Haykal berdering minta diangkat. Spontan Haykal mengambil Iphone 4s nya yang berada di dalam kot hitamnya. Diambil dan tertera nama Pavi di situ.


            “Yes Pav?” Soal Haykal kepada Pavi.


            “Kita perlu pergi ke tapak project datuk.” Pesan Pavi. Sudah dekat setengah jam dia mennati dilobi. Spontan Haykal menepuk dahinya dan memandang jam tangan jenama Rolexnya.


            “Sorry Pav. I lupa. Okay-okay. I’m on my way.” Balas Haykal dan mematikan panggilan. Isterinya di sisi dipandang.


            “I’ve to go. Abang kena pergi ke site hari ni.” Jelas Haykal kepada isternya dan membelai pipi mulus Andra. Andra tersenyum dan anggukkan kepalanya. Faham akan kesibukan sang suami.


            “Careful and take care.” Pesan Andra dan berdiri. Haykal turut sama berdiri. Andra menyambut huluran salam suaminya dan di balas dengan kucupan hangat Haykal yang mendarat di dahinya. Anddy Thamzie dan Watif turut sama berdiri. Watif pula tambah mengerutkan dahinya. Agak bingung dengan situasi yang dilihatnya saat ini. Datuk Megat Haykal CEO MH HOLDING berpelukan dan bercium dengan gadis muda belia? Dan gadis itu adalah adik kepada Anddy Thamzie yang sedang berlagak biasa itu.


            “I’ve to go. Nice to meet you along, Miss Watif.” Balas Haykal kepada mereka dan berjabat tangan dengan Anddy Thamzie. Semakin binggung Watif dibuatnya. Along? Kejutan apa lagi yang keluarga lelaki dicintainya itu cuba sembunyikan?


            “I don’t get it?” Soal Watif hairan. Anddy Thamzie memandang Watif di sisi dan tersenyum.


            “I akan explainkan semuanya nanti.” Balas Anddy Thamzie dan memandang adiknya dan Haykal yang sedang berbisik dan tersenyum-senyum itu. Bahagia terasa melihat adik kesayangannya tersenyum manis seperti itu. Sejujurnya, sejurus mengetahui akan pernikahan Andra. Jujur dia marah dan agak terkilan. Marah dan terkilan kerana adiknya dinikahkan dengan cara seperti itu, marah dan terkilah kerana adiknya tidak diberikan peluang untuk bersuara dan marah dan terkilan kerana dia tiada di sisi Andra di saat Andra perlukan dirinya.


            Sejak kecil, dia dan Andra memang rapat. Jarak umur mereka tidaklah sejuah mana. Tidak sejauh jarak umur mereka dengan si kembar. Itu yang membuatkan mereka rapat. Mana-mana saja pasti berdua dan berkepit. Andra memang manja dengannya. Sehinggakan dia terpaksa masuk ke asrama. Dia dan Andra sama-sama jatuh sakit kerana rindu. Betapa eratnya pertalian darah mereka.


            Namun, Anddy Thamzie sedar. Mungkin ini yang ditakdirkan buat Andra oleh-NYA. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya. Dia hanya mampu redha dan mendoakan kebahagaiaan Andra. Namun, Anddy Thamzie bersyukur kerana Datuk Megat Haykal bossnya itu lelaki yang baik. Mampu menjadi pembimbing adiknya walaupun berbeza umur. Sejak berkahwin dengan Haykal, adiknya itu kelihatan lebih bahagia. Hal itu yang membuatkan Anddy Thamzie berada tenang dan gembira.








***CINTA ENCIK DUDA***








AKU tersenyum memandang pak cik yang baru turun dari kereta Lamborghini Gallardo rona hitamnya. Sememangnya hari ni dia sengaja ingin memandu sendiri ke syarikat. Selalu sangat abang Farid menjadi driver nya sampaikan dia kata dia merasa malas untuk memandu kereta. Tersenyum aku melihat wajahnya yang keletihan itu. Memang kami satu tempat kerja. Tapi aku sebagai budak practical tidaklah sepenat dan sebanyak kerjaku sepertinya seorang CEO. Balik juga aku yang akan balik dahulu darinya.


            “Assalamualaikum wbt pak cik. penat?” Sapaku kepadanya dan menyalam tangannya penuh hormat. Pak cik yang memandangku spontan memberikan senyuman manis dan mengucup dahiku penuh kasih. Briefcase nya diberikan kepadaku di saat aku meminta.


            “Walaikumsalam wbt sayang. Penat juga. Abang terpaksa pergi tapak project tadi. Panas.” Balasnya padaku. Tersenyum aku dibuatnya. Seperti selalu tangannya ku tarik ke bilik kasut. Tanpa disuruh dia mendudukkan dirinya seperti selalu di situ. Sudah maklum apa yang ingin aku lakukan.


            “Along dan Watif dah okay?” Soal pak cik kepadaku di saat aku membukakan stokingnya. Spontan aku mengangkat wajahku dan memandangnya. Bibirku mengukirkan senyuman dan kepalaku dianggukkan.


            “Alhamdulilah. Dah okay dah. Tak sangka yang along dan Kak Watif tu ada affair.” Balasku dan  tersengih. Boleh pula Kak Watif ingatkan yang aku ni kekasih along. Ish! Ish! Ish!


            “Alhamdulilah. Baguslah tu. Along dan Watif tu nampak serasi.” Komen pak cik. spontan aku yang sedang membukakan lagi stoking kaki sebelah kanan pak cik tersenyum. Ya. Along dan Kak Watif memang sepadan. Dua-duanya sama padan dan cantik. Punya pula kerjaya yang baik. Seorang engineer. Seorang lagi arkitek. Sesuai sangat.


            “A’ah memang sesuai. Kalau ada baby nanti mesti comel macam papa dan mama dia..” Komenku dan tersenyum lebar memandang pak cik.


            “Macam kita?” Sakatnya padaku. Spontan aku menjengilkan mataku dan menampar kakinya. Tergelak dia dibuatnya.


            “Gurau jelah sayang. Masih awal lagi. Awak belum graduate kan. Abang tak nak paksa awak. Abang faham sayang.”  Balas pak cik dan mengusap pipiku lembut. Aduhduh. Terharu aku dibuatnya. Pak cik memang suami yang memahami. Cuba saja pak cik ini jenis lelaki yang memaksa dan selalu menutut haknya yang satu itu. Boleh mati akal aku dibuatnya. Bagiku membuat hubungan intim bukan saja kerna nafsu. Akan tetapi kerna cinta. Barulah ianya bermakna. Bagi sesetengah orang mungkin ianya hanya diambil ringan. Tetapi bukan olehku. Kesucian melambangkan maruahku. Jika benar aku memberikannya pada pak cik. Maka, aku akan memberinya dengan perasaan cinta dan ianya adalah hari yang penuh bermakna bagiku kerana setelah itu statusku akan 100% berubah. Tetapi pastilah membuat hubungan intim tersebut dengan ikatan yang halal.


            “Sayang?” Panggil pak cik lembut kepadaku dan memandnagku hairan pabila tubir mataku mulai bergenang. Spontan aku menundukkan wajahku dan gelengkan kepalaku.


            “Awak okay?” Soal pak cik lagi dan menarik daguku lembut agar memandangnya. Aku tersenyum kelat dan anggukkan kepalaku. Kenapa arwah Zahlia dulu sia-siakan lelaki sepertinya? Ya Allah Swt. Adakah aku bertuah kerana memilik lelaki sebaiknya? Layakkah aku  Ya Allah Swt?


            “Okay. Ya. Saya okay.” Balasku gugup dan cuba memberikan senyuman manis padanya walaupun aku tetap merasa senyumanku nampak buruk.


            “Okay. Jom temankan abang naik. Badan abang dah melekit ni.” Balas pak cik dan menarikku lembut agar berdiri sama dengannya. Aku hanya menurut dan meletakkan stoking dan kasutnya ke rak dan bakul stoking yang dikhaskan.


            “Hurm… Pak cik…” Panggilku lembut padanya dan menarik tangannya lembut. Pak cik berhenti melangkah dan menoleh memandangku. Keningnya dikerutkan.


            “Ya sayang?” Jawabnya dan menaikkan keningnya. Aku mengeluh dan membalas pandangannya.

           
            “Terima kasih sebab faham saya. Saya minta maaf sebab saya belum bersedia nak tunaikan hak pak cik yang satu tu. Ampunkan Andra…” Balasku padanya penuh pengertian. Matanya ku renung agar dia faham bahwaku benar-benar kesal di atas sikapku. Namun, aku merasa lega pabila melihat bibirnya mengukirkan senyuman manis.


            “Perkahwinan sebenarnya adalah satu tugas, amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan segala yang berkaitan dengannya. Bukan hanya kerana hak yang satu itu semata-mata sayang. Tipulah kalau abang tak terfikir nakkan ‘hak’ abang tu. Pernah. Lebih-lebih tengok isteri abang ni, awak tahu tak dengan pembawaan diri awak, cara awak bercakap dan tersenyum pun dah cukup nak mengoda abang dna buat abang cair. Tapi, abang tahu. Paksaan itu tidak membawa kebaikan apa-apa di dalam hubunga kita. Selama 16 tahun abang bertahan. Bertahan tanpa isteri di sisi. Jadi, kenapa abang tak boleh bertahan menunggu isteri abang ni hurm?” Balas pak cik lembut dan membelai pipiku penuh kasih. Terharu aku dibuatnya. Betul kata orang, lelaki berumur memang matang. Mereka matang di dalam berfikir dan mengatakan sesuatu. Lihat sahaja pak cik, setiap kata-katanya membuatkan aku sendiri merasa terkesima. Kerana mereka sudah melalui pelbagai cabaran hidup dan pengalaman dahulu telah mengajar mereka….


            “Sejak hari pertama pernikahan kita, abang dah maafkan semua salah dan silap awak. Abang faham dengan keadaan awak. Keadaan kita. Kita berkahwin bukan kerna cinta. Abang faham itu dan abang sedar akan hal itu. Abang beri awak masa. Tetapi, tak bermakna selamanya kita macam ni. Abang dah berumur yang. Abang juga perlukan waris untuk meramaikan umatnya. Jika boleh, abang nak ada zuriat dengan awak. Abang nak benih abang membesar di sini…” Sambung pak cik dan memegang perutku yang kempis. Spontan aku terkedu dan merenungnya. Terasa aku berada diawangan saat ini. Sentuhannya pada perutku yang kempis menimbulkan suatu perasaan kepadaku. Tapi apa???


            “… di Rahim awak. Boleh?” Bisik pak cik lembut dan membalas renungan mataku. Renungan matanya mengingatkan aku pada sajak cinta yang abi berikan buat ummi.


            Renungan mata kasih,
          Penuh dengan kasih sayang,
          Penuh dengan keikhlasan.

          Renungan mata kasih,
          Mengambarkan kasih sayang yang pasti,
          Meluahkan rasa yang tersemat di dalam hati.

          Renungan mata kasih,
          Satu-satunya kejujuran yang tidak akan membohongi mata ini,
          Satu-satunya rasa yang akan dirasai dengan mata ini.


            “Boleh…” Balasku perlahan dan tersenyum memandangnya. Zuriat? Siapa yang akan kata tidak? Zuriat adalah penyambung kepada umat-NYA. Orang bodoh saja akan kata tidak. Kadang-kadang aku terfikir. Pabila ada orang benar-benar inginkan zuriat. Kenapa mereka terpaksa diuji dengan berita kemandulan? Sedangkan berita mengenai pembuangan bayi semakin berleluasa kini. Mereka membuangnya tanpa belas kasihan tanpa berfikir sedangkan lebih ramai lagi orang di luar sana yang benar-benar inginkan zuriat… Astagfirulalh’alazim. Manusia mudah menyalahkan mereka tanpa usul perksa. Siapalah aku untuk mengadilinya. Sedangkan aku lebih banyak kekurangan yang harus aku perbaiki di dalam hidupku.


            Aku tercnegang pabila aku ditarik ke dalam pelukan pak cik. Namun, seketika bibirku mengukirkan senyuman dan membalas pelukannya. Cinta dan kasih sayang pasangan suami isteri itu universal bukan? Sukar digambarkan bagaimana. Namun, yang pasti secara semulajadi perasaan kasih dan sayang itu akan mulai tumbuh dan menjalar dengan sendirinya. Aku sayang dia. Itu yang aku dapat katakan saat ini. Jika masa boleh diputarkan kembali… Aku ingin menjdi yang pertama buatnya. Yang pertama muncul di dalam hidupnya sebagai seorang… Isteri……








***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL tersenyum memandang anak dan isterinya yang usai memakai kasut sukan itu. Aktiviti mereka petang itu adalah menunggang basikal mengelilingi perumahan elit tersebut. Semuanya rancagan isterinya Andra. Andra. Kalau sehari tak keluarkan hyperactive nya tak sah. Haykal? Terpaksa turutkan kenakalan isternaya itu. dah namanya kahwin dengan orang muda. Kenallah ikut rentak isterinya selagi tidak melanggar hukum agama.


            “Dah?” Soal Haykal kepada kedua-duanya yang sudah berada di sisinya. Andra dan Aira tersenyum dan anggukkan kepala mereka. Ibu jari diangkat tanda sedia.


            “Ni untuk Aira dan ini untuk awak. Pakai…” Haykal menyerahkan topi keselamatan untuk Aira dan Andra. Takut-takut nanti terjatuh pula. Mahu dia yang susah nanti. Jatuh basikal boleh tahan sakitnya. Haha.


            “Papa.. Pakaikan…” Rengek Aira dan menyerahkan topi keselamatan rona pink nya kepada Haykal. Tersenyum Haykal dibuatnya. Anaknya itu memang manja orangnya dan dia sendiri senang melayan karenah Aira. Sedikit pun dia tidak merasa yang Aira menyusahkan dirinya. Aira. Adalah amanah Allah Swt berikan keapdanya. Harus dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan isterinya. Isteri? Spontan Haykal yang sedang memasangkan topi keselamatan buat Aira memandang Andra yang sudah selesai memakai topi keselamatannya dan duduk mencangkung di hadapan sebuah basikal mountain rona putih dan mengerakkan pengayuh basikal tersebut. Bagaikan orang professioanal saja lagak isterinya itu. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya.

           
            “Aduhduh! Papa! Kuat sangatlah… Tercekik Aira!” Adu Aira geram dan cuba merungkaikan tali yang diikat oleh papanya. Begitu erat sekali sampaikan dia sendiri tercekik. Spontan Haykal tercengang dan kalut memandnag anak daranya. Haila! Tulah. Renung lagi isteri tu. Sampai tercekik Aira dibuatnya. Haha.


            “Errr. Sorry sayang. Papa tak sengaja. Aira okay?” Balas Haykal lembut dan memandang Aira. Serba salah dibuatanya. Isterinya sempat dijeling. Erk! Boleh pula Andra mengelakkan dirinya dan menjelirkan lidah padanya. Jahat sngguh!


            “Papa ni… Sakit tau! Renung mummy macam nak makan je!” Balas Aira geram dan mengosok lehernya. Bukan dia tidak nampak tadi bagaimana papanya merenung Andra. Khusyuk sekali! Haha.


            “Erk!” Tercengang Haykal dibuatnya. Rasa nak masuk rumah dan sembunyikan diri di dalam bilik kerjanya. Anak daranya itu selamba saja cakap seperti itu. Dia yang terasa malu. Andra pula baik punya mentertawakan dirinya.


           
            “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!” Sindir Andra yang sudah menaiki basikalnya dan kenyitkan matanya memandang Haykal. Tergelak dia kembali pabila melihat suaminya sengaja menjulingkan mata ke atas dan gelengkan kepalanya. Sejak tadi Andra perasan suaminya asyik merenungnya. Namun, dia buat baisa saja. Dah halalkan? Suka hati suami engkaulah nak pandang. Hahaha.


            “Jom! Jom! Nanti malam kita main mata ya sayang. Sekarang ni kita main basikal dulu.” Sakat Andra dan kenyitkan matanya nakal pada Haykal. Tergelak besar Aira dibuatnya. Mummynya itu memang nakal. Suka menyakat papanya yang selalu tenang itu. Sejak adanya Andra. Papanya yang dulunya selalu bersikap tenang kini menjadi seorang yang periang. Semuanya gara-gara mummynya yang tersayang.


            Terjengil mata Haykal dibuatnya. Isterinya itu memang nakal. Nasib sahaja Aira tidak senakal Andra. Jika tidak mahu dia pengsan melayan karenah kedua-duanya. Namun, Haykal sendiri akui. Kenakalan Andra itulah yang memikat hatinya. Yang menceriakan hari-harinya. Yang membuatkan dia tersenyum dan bahagia…. In Shaa Allah. Wajah itu juga yang akan menemani hari tuanya nanti. Amin~


            Haykal, Andra dan Aira mengayuh basikal menyelusuri jalan raya perumahan elit tersebut dengan gelak tawa dan fikiran yang tenang dan lapang. Sesungguhnya aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama keluarga.


Best nya naik basikal petang-petang macam ni…” Komen Aira sewaktu mereka menyelusuri tepi tasik yang terdapat di kawasa perumahan tersebut dengan basikal. Spontan Andra memandang Aira yang mengayuh basikalnya di sisi.


Bestkan?” Balas Andra dan tersenyum memandnag sekelilingnya.


“Memang best. Aira saja yang tak nak join papa dan mummy excersice selalu.” Sampuk Haykal dan menjeling anaknya. Spontan Aira mencebir bibirnya. Bab-bab excersice memang dia lemah.


“Aira bukannya nak kuruskan badan pun nak excersice.” Balas Aira dan mencebir bibirnya. Tergeleng kepala Andra dibuatnya. Boleh pula kata excerise tu untuk orang kuruskan badan jekan?


Excerise bukan hanya untuk orang kuruskan badan sajalah Aira. Excersice bukan hanya terhad. Tapi ianya juga untuk kesihatan kita. Tak bermakna Aira kurus Aira sihat.” Balas Haykal kurang senang.


“Betul-betul. Mummy sokong. Kalau Aira nak tahu berbasikal nipun excersice juga. Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda. Aira nak awet mudakan? Macam mummy. Hahaha.” Balas Andra dan tergelak. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Fakta tu dah memang betul dah. Tapi yang kat belakang tu yang tak tahan. AWET MUDA MACAM MUMMY. Tersindir Haykal dibuatnya. Hahaha.


“Betul ke my?” Soal Aira kepada Andra yang mengayuh basikal di sisinya. Andra anggukan kepalanya dan tersenyum.


“Betullah. Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik. Macam ni…” Balas Andra dan meletikkan belakang dan  punggungnya sambil tergelak. Tergelak pabila melihat wajah suaminya yang terkedu memandangnya.


“Erk! Pak cik!”


Papa!” Panggil Andra dan Aira serentak pabila….


Dush!


“Opssy!” Spontan Andra dan Aira menghentikan basikal mereka dan menutup mata. Terasa tidak sanggup memandang Haykal yang terlanggar pokok itu. Ya. Terlanggar pokok. Lawak sungguh Datuk Megat Haykal ni.


“Pak cik!” Panggil Andra cemas pabila membuka matanya Haykal sudah trbaring di atas tanah. Cepat-cepat basikalnya ditolak ke tepi dan Haykal didekati. Kepala suaminya diriba ke pehanya dan topi keselamatan Haykal dibuka.


“Pak cik… Okay tak ni? Janganlah mati…” Soal Andra cemas dan mengusap pipi Haykal.

        
Papa… Janganlah tinggalkan Aira dan mummy,….” Rengek Aira pula yang sudah berada di sisi Haykal dan mengoyangkan tubuh Haykal.


“Ouch!” Serentak kedua-duanya mengadu sakit pabila kepala mereka yang tersarung topi keselamatan diketuk oleh Haykal.


Papa jatuh basikal jelah. Apa pula matinya. Mendoakan papalah tu…’ Balas Haykal geram. Boleh pula dia yang jatuh basikal di kata mati? Aish! Simpang malaikat 44. Segala ibadat dan amalannya belum cukup lagi. Masih banyak yang harus diperbaiki.


“Erk! Dah pak cik tak sedarkan diri. Ingatkan pak cik dah… Err….” Balas Andra dan terdiam pabila Haykal menjelingnya.


“Dah apa? Andra dan Aira ni memang kan?” Balas Haykal dan memandang kedua-duanya geram. Sama sahaja ibu dan anak. Andra pula? Huh! Entah kenapa dia boleh tergamam melihat lengkuk tubuh seksi isterinya tadi. Haha. Aduhai. Nasib sahaja dia jatuh basikal tak cedera apa-apa. Dibuatnya dia terpatah itu ini. Aduhai. Menyesal tak sudah. Buat malu saja!


            “Hah! Saya tahu, memang cantikkan? Kan? Kan?” Sampuk Andra semangat.


            “Bukanlah mummy. Tapi memang mummy dan Aira comelkan pa?” Potong Aira penuh yakin pada Haykal. Mengetap bibir Haykal dibuatnya. Boleh pula kedua-duanya mengenakan dirinya.


            “Andra! Aira!” Tegur Haykal geram kepada kedua-duanya.


            “Erk! Ops!” Balas Aira dan tersengih. Andra pula tergelak. Saja mengenakan Haykal.


            “Alolorh. Gurau jelah sayang saya. Tupun nak sentap. Mari bangun meh. Kita balik jom. Andra ada buatkan awak chocolate moist cake tau!” Balas Andra dan tersengih. Dada suaminya diusap lembut. Satu kebiasaanya jika memujuk haykal. Mengusap lembut dada suaminya. Confirm! Confirm Haykal cair! Hehe.


            Haykal pual spontan mengelengkan kepalanya. Andra. Hyperactive sungguh. Namun, Haykal tahu mendidik andra memerlukan kesabaran. Sikap hyperactive isterinya itu masih boleh dihadapi olehnya lagi. Selagi Andra tidak melanggar hukum agama Haykal masih boleh bersabar. Bahkan Rasulullah SAW mendidik kaum wanita dengan penuh kesabaran. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Baginda masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, suami mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang. In Shaa Allah.








***CINTA ENCIK DUDA****









SAMPAI sahaja dirumah, kami bertiga tercengang memandang dua buah kereta yang terdapat di hadapan banglo mewah pak cik. Salah satunya amat aku kenali sekali kerana kereta Toyota Camry itu adalah kereta abi. Tetapi kereta Mercedes-Benz S-Class rona putih itu milik siapa?


            “Erk! Bukan tu kereta abi ke? Yang Merc tu siapa punya?” Soalku pada pak cik di sisi. Dia yang sedang membuka topi keselamatannya turut memandangku.


            “Itu kereta daddy. Apa mereka nak datang sekali ni?” Balas pak cik dan menyoalku pula. Terangkat bahuku tanda tak tahu.


            “Entah. Andra pun tak pasti…” Balasku padanya.


            “Tok abi, nek ummi, granny dengan grandpa datang ke?” Soal Aira yang berdiri di tengah-tengah kami.


            “Ya sayang…” Balas pak cik lembut dan mengusap rambut Aira penuh kasih.


            “Ye ke? Wahh… Aira nak masuklah. Jumpa granny,grandpa, tok abi dan nek ummi!” Balas Aira riang dan berlari masuk ke dalam meninggalkan kami berdua di hadapan garage. Tergeleng kepala aku dibuatnya.


            “Excited nya Aira.” Komenku. Tergelak pak cik dibuatnya.


            “Aira memang macam tu. Macam mummy dia juga. Selalu excited.” Balas pak cik dan menjelingku. Spontan aku menucbit pinggangnya geram. Tergelak dia dibuatnya.


            “Dah jom tolong abang masukkan basikal ni ke dalam garage. Lepas ni jumpa mummy, daddy, abi dan ummi. Siapa tahu ada yang mereka nak bincangkan dengan kita.” Balas pak cik dan mencuit daguku lembut. Aku mencebirkan bibir namun tetap membantunya memasukkan basikal ke dalam garage.








***CINTA ENCIK DUDA***








AKU dan pak cik hanya memandang ibu dan bapa kami yang sedang gamat memberi idea itu dan ini. Aku dan pak cik pula yang duduk di hadapan mereka hanya mendiamkan diri. Aira yang sedang duduk santai di sebelah kanan kami sedang seronok memakan chocolate moist cake yang aku buatkan tadi. Terlalu khusyuk sehinggakan nenek, datuk dan papa serta mummynya sedang gamat berbual itu dan ini tidak diperdulikan.


            “Saya rasa yang ini okay juga Kak Lia.” Tunjuk ummi kepada mummy iaitu ibu mertuaku alias Puan Sri Puteri Dahlia dan menujukkan majalah Pegantin tersebut kepada ibu mertuaku.


            “Yang ni okay jua Am. Tapi akak rasa yang ini pun okay juga untuk majlis memotong keknya.” Balas mummy pula dan menujukkan majalah pegantin luar Negara kepada ummi.


            “Okay Kak Lia. Tapi tak seksi sangat ke?” Soal ummi kurang berkenan. Ibu mertuaku tersenyum.


            “Alarh. Am kan fashion designer. Am design kan sebiji seperti ini tetapi mengikut ciri-ciri kebudayaan kitalah.” Balas mummy pula. Aku menjulingkan mataku ke atas dan mengeluh. Bosan gila. Sejak mereka datang tadi tak habis-habis membincangkan soal persandinganku dan pak cik yang akan diadakan tiga minggu dari sekarang. Ummi dan mummy rancang awal bulan depan. Tetapi along pula kena ke jepun uruskan project dia di sana. Along kan engineer. Kerja pula di company besar dan jawatan pun besar. Seperti MH HOLDING. Erk! Dah engkau kenapa? Tak nak bagitahu sekali yang abang kau pun besar? Hahaha.


            “Tapi abang rasa yang ni okay juga pelaminnya…” Komen bapa mertuaku pula dan menujukkan sebauh majalah kepada abi. Erk! Bapa mertua dan abi aku pun ikut tumpang sekaki ke? Mengeluh aku dibuatnya.


            Aku berdiri dan meninggalkan mereka di living room. Menuju ke dapur. Dapur. Tempat permainanku sejak kecil. Dulu, aku punya impian. Ingin ada dapur yang ada televisyen dan air-cond sebab aku suka luangkan masa aku di dapur dengan mencuba pelbagai resepi. Tapi tak sangka pula dapat jadi kenyataan setelah berkahwin dengan pak cik. First time masuk dapur banglo mewah pak cik ni aku dah tergamam. Dahlah cantik dan mewah. Bersih pula tu. Siap ada televisyen dan air-cond. Tapi jika Mak Yam dan Kak Lina di dapur, mereka lebih suka memakai kipas siling.


            “Dari petang ke malam. Tak habis-habis. Kang aku lari kang tak nak sanding baru tahu!” Omelku geram dan memasuki dapur basah. Majalah yang mengandungi segala jenis resepi cake, biscuit dan juga dessert yang ditetakkan di atas rak buku yang ada di dalam dapur  basah aku ambil. Majalah ku buka dan diselak. Mulut aku muncungkan ke kiri dan ke kanan. Tengah berfikir nak buat apa. Namun, seketika tanganku berhenti pada resepi Kek Gula Hangus. Spontan bibirku mengukirkan senyuman. Makanan alah ni aku memang suka. Nampak je rupa hitam semacam. Tapi bila dah masuk ke dalam mulut ditambah dengan susu cair. Perghh! Meleleh engkau! Oh kek gula hangusku. Huhu. Kek gula hangus ni banyak nama. Ada yang namakan dia kek sarang semut sebab structure keknya yang seperti sarang semut. Ada juga yang memanggilnya kek hitam. Haha. Ada-ada saja. Tapi yang penting. RASANYA. Sedap!


Cabinet didekati dan dibuka pintunya. Dikeluarkan segala keperluan bahan-bahan yang aku inginkan. Gula, tepung gandum, susu pekat, esen vanilla, mentega dan soda bikarbonat dikeluarkan dan diletakkan di atas meja. Freezer pula didekati dan empat biji telur diambil dan diletakkan juga ke atas meja. Majalah awal-awal lagi sudah diletakkan di atas meja. Rujukan tu! Hehe.


“Tengah buat apa tu?” Sergah pak cik kepadaku dan spontan aku melatah.


“Eh mak kau datang!” Latahku dan spontan pak cik meletus tawanya.

           
“Pak cik! Terkejut tahu!” Marahku padanya geram dan mencubit pinggangnya.  Dia yang segak memakai baju t-shirt berkoler rona putih dan seluar jeans hitam itu tergelak dan mengosok pinggangnya. Pastilah sakit. Akukan pernah menyandang gelaran ratu cubit disekolah dulu. Hahaha. Propa lebih!


Sorry. Awak tulah… Khusyuk sangat sampaikan tak sedar abang dah berdiri kat situ sejak tadi.” Balas pak cik kepadaku  dan berdiri bersandar di meja counter. Aku mencebir bibir dan menjelingnya yang sedang memandangku.


“Awak nak buat apa ni?” Soal pak cik hairan. Aku yang baru meletakkan mangkuk kaca yang besar ke atas meja spontan memandang pak cik.


“Nak buat ni…” Balasku padanya dan menunjukkan majalah yang berada di atas meja counter kepadanya. Spontan pak cik mengambil majalah tersebut dan melihatnya.


            “Kek gula hangus?” Soalnya padaku dan memandangku. Aku tersenyum dan anggukkan kepalaku.


            “Yezza!” Balasku dan tersengih. Pak cik tersenyum.


            “Awak memang suka memasak dan buat kekkan?” Soalnya kepadaku sambil memandang resepi kek gula hangus yang diprintedkan di majalah.


            “Sejak kecil lagi. Disebabkan hanya saya seorang anak perempuan ummi. So ummi turunkan bakat memaska dia tu pada saya. Ummi kata kalau jadi perempuan kena tahu memasak dan mengemas rumah. Walau setinggi mana pun pendidikan seoarang perempuan tu. Akan tetap turun ke dapur juga.” Balasku pada pak cik dan tersengih. Teringat kembali semua pesanan ummi kepadaku selama ini. Berguna jugakan? Makanya, kalau ibu tengah memberi nasihat dan membebel tu janganlah buat ringan dan buat tak endah saja.


            “So, macam mana ummi turunkan ilmu memasak tu pada sayang?” Soal pak cik penuh minat kepadaku. Aku menjelingnya di sisi dan tersengih.


            “Saya selalu tengok cara ummi memasak. Setiap kali ummi memasak dia akan panggil saya. Mula-mula tu memang susah juga. Berulang kali salah. Ada je yang tak kena. Sampaikan satu malam tu saya sanggup berjaga tengah malam sebab nak belajar memasak sendiri.” Jelasku jujur pada pak cik. Semuanya ketika aku berumur 15 tahun. Masa tu bujang sangat dah. Dah tahu pasangkan api dapur dan memasak. Selalu sangat masakan yang aku masakkan tu salah dan tak sedap membuatkan aku berjaga tengah malam hanya kerana aku nak tajamkan lagi skill memasak aku.


            “Kenapa belajar tengah malam? Tak siang?” Soal pak cik hairan.


            “Sebab siang masa saya untuk study. Tak boleh ganggu. Abi tegas dalam bab-bab pelajaran.” Balasku dan mengambil majalah tersebut kembali darinya namun berkerut dahiku pabila pak cik sengaja mengangkat tinggi majalah tersebut dariku. Tahulah dia setinggi pokok kelapa dan zirafah. Tak payah kot kenakan aku yang kemetot ni macam tu. Geram betul!


            “Pak cik! Janganlah nak main-main. Saya nak buat keklah.” Balasku geram dan memukul lengannya. Pak cik tersengih.


            “Buat jelah. Abang bacakan resepinya. Abang tolong awak okay. Boleh?” Soal pak cik dan menundukkan wajahnya sedikit memandangku. Mengeluh aku dibuatnya dan lama-lama kepalaku dianggukkan juga. Apa salahnya dia membantu bukan. Menyenangkan aku lagi ada rasanya.


            “Okay fine, bacakan resepi tu cepat.” Balasku mengalah dan mendekati meja counter kembali. Tercengang aku pabila terasa ciuman hangat pak cik ke pipiku. Spontan aku memandangnya di siis yang sedang memandang majalah sambil tersenyum itu. Tergeleng kepalaku dibuatnya. Dia ni nakal betul!







***CINTA ENCIK DUDA****







HAYKAL yang perasan akan pandangan isterinya padanya hanya mampu tersenyum sambil memandang resepi kek gula hangus yang terdapat ditangannya. Gelabah juga sebenarnya. Selamba badak saja dia mencium pipi isterinya. Geram punya pasal. Haha. Entah kenapa, dia semakin jatuh minat dan sayang pada isterinya itu setelah mendengar cerita Andra. Benar. Walau setinggi mana pelajaran si isteri mahupun seorang wanita. Tugasnya tetap di dapur. Bukanlah kerna ingin membezakan darjat isteri dan suami. Namun, ianya adalah tugas seorang siteri kepada suaminya.


            Memasakkan juadah untuk suami tercinta dengan tangan air tangan isteri sendiri secara langsung akan membuatkan lagi hubungan suami siteri bertambah rapat. Suami akan lebih rasa disayangi dan menyanyangi isterinya kerana sudi berbakti dengannya. Kerana itu orang kata jika ingin memikat hati suami pikatlah dengan air tangan isteri.


            “Okay, mula-mula buat apa?” Soal Andra kepada Haykal dan mengikatkan tali apron ke lehernya. Haykal yang baru tersedar dari lamunannya memandang isterinya di sisi yang usai memakai apron rona pink dan memandangnya.


            “Arh?” Soalnya hairan. Mengeluh Andra dibuatnya.


            “Mula-mula buat apa sayang? Resepi tu?” Soal Andra dengan suara yang sengaja dileretkan. Geram sebenarnya. Tapi tak sampai hati nak memarahi Haykal. Pastilah Haykal tidak mendengar tadi.  Haykal pula spontan tersengih. Tahu yang isterinya itu bengang dengan dirinya.


            “Masakkan gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan.” Baca Haykal dan menjeling isterinya yang cekap membuat kerjanya itu. Frying pan yang berada di dalam laci dibawah cabinet dan meletakkannya di atas dapur masak. Setelah itu gula pula diambil. Namun, isterinya itu terhenti seketika dan memandangnya.


            “Suamiku Haykal… Berapa banyak gula yang diperlukan?” Soal Andra pada Haykal hairan. Boleh pula terlupa bertanyakan hal tersebut. Tersengih Haykal dibuatnya.

           
            “Sorry. Abang lupa. Segelas. Segelas gula diperlukan sayang.” Balas Haykal. Tersenyum dia di dalam hati pabila isterinya memanggilnya engan panggilan ‘Suamiku Haykal’. Tahu Andra geram dengannya. Tapi rasa seronok juga mendengar Andra memanggilnya sebegitu. Suamiku Haykal. Seperti dia yang selalu memanggil Andra dengan ‘Isteriku Andra’. Entah kenapa, dia suka memanggil Andra begitu. Kerna setiap kali dia memanggil Andra sebegitu. Dia memanggil isterinya dengan penuh kasih sayang. Isteriku Andra…


            “Oh ya, masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sebab gula tu akan….” Sambung Haykal pabila melihat isterinya sudah memasukkan segelas gula ke dalam frying pan. Namun, sebelum dia menyudahkan kata-katanya Andra sudah memotong.


            “Gula tu akan meletup-letup.” Balas Andra dan memandang Haykal. Mata kanannya dikenyitkan nakal. Tergelak Haykal dibuatnya. Terbukti yang Andra pandai memasak. Hahaha.


            “Then?” Soal Andra kembali dan menaikkan keningnya pada Haykal. Haykal kembali memabaca resepi tersebut.


            “Then masukkan dua camca besar mentega.” Balas Haykal dan dengan pantas Andra mengambil dua camca besar mentega dan mengacaunya dengan gula tadi.


            “Okay dah siap. Ini kita simpan kat tepi dulu. Sejukkan.” Balas Andra dan mematikan api. Frying pan tadi diletkkan ke tepi dan disejukkan seketika.


            “Okay. So next?” Soal Andra kepada haykal dan kembali mendekati meja counter. Haykal yang masih dengan buku resepinya dipandang.


            “Okay lambat!” Balas Andra geram pabila Haykal terkial-kial melihat kembali resepi tadi. Majalah dirampas ditangan suaminya dan dibaca. Tercengang Haykal dibuatnya.


            “Okay, Andra akan pukul telur sehingga kembang dan pekat.” Balas Andra dan meletakkan majalah tersebut kembali pada suaminya dan memecahkan empat biji telur ke dalam mangkuk kaca yang besar dan memukulnya sehingga kembang dan pekat. Kemudian Andra  memasukkan susu pekat dan kembali mengacaunya sehingga sebati.


            “Pak cik, ayakkan tepung tu ke dalam mangkuk ni.” Arah Andra dan menjilat jarinya yang terkena susu pekat tadi. Terkedu Haykal memandangnya. Serius seksi! Tergoda Haykal dibuatnya. Seperti yang dia katakana sebelum ini. Even Andra tersenyum pun dia dah cukup tergoda. Apatah lagi Andra membuat seperti tadi. Sedangkan isterinya itu tadi hanya buat biasa saja.


            “Pak cik?” Soal Andra hairan dan melayang-layangkan tangannya di hadapan wajah kacak suaminya. Keningnya dikerutkan. Hairan. Haykal hanya memandangnya dan tidak berkata apa-apa.


            “Pak cik?” Panggil Andra kembali dan membunyiakn tangannya di hadapan Haykal. Kala ini barulah Haykal tersedar dan memandang isterinya dengan pandangan bingung.


            “Pak cik? Okay tak ni?” Soal Andra hairan. Spontan Haykal anggukkan kepalnya.


            “Err. Okay. Apa sayang kata tadi?” Soal Haykal kembali dan memandang Andra. Andra tersenyum dan gelengkan kepalanya.


            “Andra kata pak cik tolong ayakkan tepung tu ke dalam mangkuk ni. Boleh?” Soal Andra kepada suaminya kembali. Haykal tersenyum dan anggukkan kepalanya. Ayak diambil dan satu cawan tepung gandum dituangkan ke dalam ayak.


            “Pak cik!” Jerit Andra pabila Haykal secara tidak sengajanya menjatuhkan tepung tersebut ke atas meja counter. Spontan Haykal terangkatkan ayak tersebut dan tepung tersebut terkena mukanya. Terkejut punya pasal.


            Tergelak besar Andra dibuatnya pabila melihat wajahnya suaminya yang sudah memutih dengan tepung. Bagaikan zombie kampung pisang pun ada. Haykal pula mengetapkan bibirnya. Okay! Serius, dia pandai masak. Cuma! Cuma ya. Cuma, sudah lama tidak dipraktikkan. Lebih-lebih lagi tadi disergah oleh isterinya tadi. Spontanlah dia terkejut dan kejadian wajahnya seperti itu. Hahaha.


            “Alolorh. Kasihan suami saya ni.” Pujuk Andra pabila kasihan melihat suaminya yang terkial-kial membersihkan mukanya. Tisu yang berada di atas meja counter ditarik dan tubuhnya didekatkan pada tubuh encik suaminya. Perlahan –lahan wajah suaminya dilapkan dengan penuh cermat.


            Haykal merenung wajah Andra yang sedang membersihkan wajahnya. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman di dalam hati. Wajah itu begitu khusyuk membersihkan wajahnya. Wajah cantik Andra walau dipandang berulang kali. Haykal tetap tidak akan bosan malah semakin menarik minatnya untuk memandang isterinya itu.


Adalah kebahagiaan seorang lelaki ketika Allah swt menganugerahkan kepadanya seorang isteri dimana apabila ia memandangnya, ia merasa semakin sayang. Kepenatan selama di luar rumah, terkikis ketika memandang wajah isteri yang tercinta.Kesenangan-kesenangan di luar, tak menjadikan suami merasa jengah di rumah.Sebab surga ada di rumahnya. Iaitu Baiti jannati. Rumahku surgaku. Teringat Haykal akan satu doa:


‘Ya Allah anugerahilah aku seorang wanita yang apabila kupandang dia membuatku senang, jika kusuruh diamenurutiku, dan jika aku meninggalkannya dia menjaga dirinya dan hartaku’


            Alhamdulilah. Allah Swt memberikannya isteri yang sejuk mata memandang. Semua kata-kata Haykal juga diturutinya.. Walau ada kalanya permintaan Haykal ditolak. Namun, tetap ditolak dengan baiknya. Haykal akui Andra mampu menjaga dirinya. Walaupun pada dasarnya Haykal masih belum percayakan isterinya itu 100% gara-gara kes Andra menjejakkan kakinya ke kelab malam. Namun, Haykal pasti Andra mampu menjaga maruahnya sebagai seorang isteri… Mengenai harta. Sememangnya Andra bijak di dalam menguruskan hartanya. Sehingga kini, Andra tidak pernah menganggap kereta BMW yang diberikan oleh Haykal kepadanya adalah hak miliknya. Sering kali Andra berkata ‘kereta pak cik’. Sedangkan kereta itu sudah Haykal hadiahkan buat Andra. Pabila dia mencadangkan untuk membelikan kereta yang baru buat Andra, isterinya itu menolak. Membazir katanya. Lagi pula tidak penting. Kerana Andra sendiri sudah mempunyai kereta. Haykal tahu. Cuma dia ingin Andra belajar mengerti apa itu PERKONGSIAN. Sehingga kini Andra akan menolak jika da memberikan wang elaun kepada isterinya itu. Mahu dipaksa dahulu. Barulah Andra akur. Begitu susah sekali untuk melenturkan seorang gadis bernama Andra.


            “Okay. Dah siap! Dah handsome dah.” Kata Andra teruja pabila siap membersihkan wajah suaminya. Tidaklah seteruk mana. Kalau teruk tadi bolehlah juga dia mengorengkan Haykal sebentar. Haha.


            Erk!


            Terkedu Andra pabila memandang suaminya yang sedang merenungnya tanpa kelip itu. pandangan mata Haykal padanya begitu lembut sekali. Bagaikan pandai berkata-kata. Bagaikan menyalurkan rasa kasih sayangnya menerusi mata. Air liurnya diteguk perlahan dan bibirnya terketar lembut pabila melihat renungan mata suaminya itu. Membuatkan dia tidak tentu arah dibuatnya. Perlahan-lahan Andra menutupkan matanya di saat wajah suaminya mulai mendekat. Dekat. Dekat dan dekat……


            “Astagfirullah’alazim! Budak berdua ni! Di sini rupanya mereka. Kita dok bincangkan mengenai majlis perkahwina mereka berdua. Mereka berdua pual boleh bermesra dekat sini.” Sergah suara Puan Sri Puteri Dahlia itu membuatkan Andra dan Haykal tersentak dan tersedar kembali dari dunia ciptaan mereka. Merah muka kedua-duanya dia saat ditangkap oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Tan Sri Megat Helmi dan Tuan Haji Abdul Rahman tersenyum dan mengelengkan kepala memandang kedua-duanya.


            “Amboi Haykal. Tak kira tak tempat nampak!” Sakat Tan Sri Megat Halim kepada anaknya. Spontan Haykal menundukkan wajahnya kerna malu. Andra yang duduk di atas meja pula mengigit bibirnya dan tersengih. Malu! Malu tahap gaban! Boleh pula ditangkap sedang bermesraan sebegitu.


            “Okay! Kita dalam masalah! Masalah! Masalah!” Spontan mereka semua yang berada di dalam dapur saat itu tercengang di saat Aira berlari masuk ke dapur dengan wajah cemas. Andra yang tadinya berada di atas meja spontan diturunkan oleh suaminya dan mereka memandang hairan pada Aira.


            Masalah? Masalah apa????









B E R S A M B U N G


*********************************




ASSALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES
A J



How was your puasa and terawih? Jangan ponteng tahu! Hahaha J









            HOW was the story? Best? Interesting? Romantic? Boring? Damn? Huhuhu L I’m sorry kalau  CED 23 tak dapat memuaskan hati anda. M A A F kan saya J Sorry kerana semalam dan tadi subuh aku tak sempat nak update sebab busy. M A A F di atas kelewatan saya mengUPDATE.. J Peace! A J




Huhuhu. Agak sentap juga hari ni, buka saja lappy baca pula benda yang tak menyedapkan hati. Tapi aku anggap semua tu sebagai angin saja. Masing-masing ada hak untuk bersuara. Akan tetapi, perlu tahu bahawa BUDI BAHASA BUDAYA KITA. MAAF sekiranya ada yang tidak senang dengan CED. Senang saja, jika tidak suka dengan berbesar hati saya meminta anda UNFOLLOW CED DAN BLOG SAYA. Senangkan?  M A A F.



B I G T H A N K S
To those yang sudi support and follow CED J Serius aku terharu. Ada yang bagi kata-kata semangat dan sebagainya. TERIMA KASIH semuanya. Percayalah. Saya amat menghargainya. Segala nasihat dan kata-kata semangat akan saya ambil dan sematkan di dalam hati. In Shaa Allah. May Allah swt bless us J



Ini saya ada selitkan pesanan penaja sedikit. Take it as the positive side. Tak bermaksud nak menguris hati mana-mana pihak.



ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA LADIES,


Untuk yang berkenaan, ini adalah untuk awak. No hurts feeling. Tapi saya hanya ingin menjawab kepada soalan awak. Saya harap awak berpuas hati.


Pensyarah Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berpendapat, sesebuah perkahwinan yang bahagia harus mempunyai komponen kasih sayang, saling mempercayai dan menghormati, di samping memenuhi zahir dan batin.

Menurut Dr. Saedah, hubungan intim merupakan salah satu kehendak manusia yang dianugerahkan Allah dengan tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat anak Adam dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang SAH.

"Namun jangan jadikan hubungan intim segala-galanya dalam perkahwinan, ia hanya bentuk aktiviti yang bertanggungjawab serta halal. Oleh itu, suami tidak harus memberi keutamaan dalam hal ini sedangkan banyak lagi komponen yang penting dalam melayari bahtera tersebut.

"Bahkan, tanggungjawab suami juga cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai KETUA ATAU PEMIMPIN dalam sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumah tangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumah tangga,'' tambahnya.

"Tanggungjawab suami sebagai pemimpin dalam sebuah rumah tangga merupakan satu AMANAH ALLAH YANG WAJIB DITUNAIKAN. Ini bermakna menjadi tanggungjawab kepada suami untuk menanggung perbelanjaan keluarga mengikut kemampuannya.

Secara kesimpulan, peranan hubungan intim dalam perkahwinan perlulah bersifat sederhana, janganlah ia dijadikan tunjang utama sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain. Suami isteri perlu memahami peranan masing-masing dalam perkahwinan, jika mahu melihat ia terus utuh.



Apa yang aku ingin tegaskan di sini, sebuah perkahwinan itu bukan saja mengenai HUBUNGAN INTIM. Akan tetapi, mengenai tanggungjawab di antara suami dan isteri. Uols kena FAHAM. Bahwa Andra dan Datuk Megat Haykal berkahwin BUKANLAH KERNA CINTA. akan tetapi kerna TERPAKSA. Fahamkan?


            Aku berterima kasih di atas pandangan anda. Akan tetapi, terus terang aku kata CINTA ENCIK DUDA bukan hanya mengenai hubungan intim. Akan tetapi mengenai tanggungjawab Haykal yang aku ingin lihatkan kepada pembaca sebagai seorang suami. Bagaimana Haykal ingin membentuk isterinya untuk menjadi isteri yang solehah dan Haykal sebagai suami yang soleh.


            Begitu juga Andra, aku ingin memperlihatkan pada anda bahwa jodoh yang Allah Swt tentukan pada kita itu tidak semestinya tidak baik. Buktinya Andra dan Haykal. Walau mereka berbeza umur dan status. Tetapi mereka dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Selain itu, bagaimana seorang isteri itu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang sebenar-benarnya. Bukan hanya tahu memberi nafkah batin kepada suami sedangkan perkara yang lain lebih penting tidak diajalankan. Kita harus tahu, PERKAHWINAN itu bukan sahaja kerna nafsu semata-semata. Akan tetapi, kerna menjalankan AMANAH ALLAH SWT berikan pada kita. ITU YANG PENTING!


            Jika mengenai plot cerita yang tak berkembang. Tang mana? Aku rasa ianya berkembang seadanya kerana Andra dan Haykal semakin rapat. Jika maksud anda ianya tidak berkembang kerana tidak menjalankan hubungan intim. Maka anda salah. Kemuncak sesuatu hubungan perkahwinan bukan sahaja mengenai hbungan intim. Masih banyak yang lain pentingnya di dalam suatu ikatan perkahwinan.


            CINTA ENCIK DUDA masih di bab 23. Masih banyak bab lagi. Saya penulis. Saya tahulah. Saya bukan marah mahupun sebagainya. Saya hanya ingin menegaskan karya saya saja. Jika anda amati ianya memberi PENGAJARAN DI DALAM TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI DAN SUAMI.


            MAAFKAN SAYA JIKA ANDA TIDAK SUKAKAN CED. Terus terang saya katakan, kalau TAK SUKA. JANGAN FOLLOW BLOG SAYA DAN CED. THANKS. … Apa-apa pun TERIMA KASIH kerana sudi baca CED. Saya amat MENGHARGAINYA. Betul ni. saya penulis baru. Maaf jika karya saya tidak memuaskan hati anda. Cuma saya tekankan di sini. Jika anda TIDAK SUKAKAN CED. BERDIAM DIRI SUDAH CUKUP KERNA SEPATAH PERKATAAN ANDA KELUARKAN AKAN MENGURIS PERASAAN ORANG LAIN. saya tahu itu HAK anda. Tapi anda juga harus tahu bahwa ini adalah HAK saya di dalam berkarya.


            TERIMA KASIH.



P/S :: Harap benda ni habis di sini. Kerana ianya bukan benda penting untuk dibahaskan. If you want other people to respect you please respect others first. Take note!




E N J O Y
R E A D I N G
L A D I E S


 Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
 Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN




B I G T H A N K  S !



Aku ci  ta kamu! J




CED 23???
Ngee~ Tak tahu kenapa aku AMAT SUKA BAB ini. J Sweet je aku tengok. Hehehe. Tak sangkakan yang Anddy Thamzie dan Watif ada hubungan. Boleh pula salah sangak pada Andra. Hehe. Love you lah AT! Amat penyayang ukeh! Hehehe. Boyfriend halal? Sounds interesting right? Aku suka J Hehehe. Boyfriend yang halal di sisi agama. Hehe. Awwwhhh~ Serius, aku sendiri jatuh cinta dengan watak Datuk Megat Haykal. Engkau fikir, ada ke masih lelaki macam ni? Gentleman,romantic, penyayang dan understanding ladies! Awwwh~ Sangat suka! Erk! Dah engkau kenapa? Hahaha. J Okay-okay, sangat suka ketika mereka berbasikal dan Haykal TERJATUH! Hahaha. Serius lawak ukeh! Hehehe. Aduhduh! Aku suka part buat kek gula hangus tu. Serius sedap uols! Cer lah try! Hehe. Romantic moment bila Andra dan Haykal tet di dalam dapur. Hihihi. J Sweet! Erk! Kenapa Aira kata ada MASALAH? MASALAH apa? Tet! Aku tinggalkan TANDA TANYA buat entry kali ni. Jawab tau! Hahaha.





Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 23  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J






Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.
It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!





We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.









SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J






Till then,













Sincerely,



18 comments:

  1. Best...best...best.... Semakin dekat majlis persandingan Andra dan Haykal... Sure grand dan gempak giler...

    Isu2 panas yg dibangkitkan, ku tak angkat pot... Sbb ku cuma nak enjoy baca novel dan relax sambil chill...

    ReplyDelete
  2. Ekkekekkekeeke..ssammpai terlanggar pokok?? Adehh.. Knapa ni datuk.. Bikin malu. Yoooo ;)
    Makin sweet la dorang nih...
    Xsabo nak tgu majllis dorang.. Sure gempakk!!
    Oh ya! Masalah pebende lak aira tu???

    Dear ratu ~ I really enjoice urr story.. ;)
    U've my support ;)

    ReplyDelete
  3. erkkkk cik penulis...iphone 4s bunyik kring kring kring ekkk.....kekekeke...(sajer nak nyakat cik penulis nie) thanks...cerita yg baik...bnyak ilmu diselitkan...teruskan usaha...nak nilai sebuah cerita usah nilai dari rangkap ke rangkap tapi dr keseluruhan bab....

    setiap kisah ada negatif dan positif....jgn dipuji positif dan dikutuk yg negatif sbb apabila diadunkan keduanya akan menjadi sebuah jalinan yg indah....thanks..
    Moga idea cik penulis melimpah ruah...Aamiin....(^_^)

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn anon. Chill sudah.. :)

    Haha, kantoi along rupanya tgh berkawan dgn watif. Kalau tak sebab aksi terlebih mesra tu mesti tak tau hubungan depa tuh.

    Masalah apa la tu ye? Jgn pengantin yg lari sudahla. Haha.

    ReplyDelete
  5. Ratu dear,
    Thankx for the new entry bab23.. Love it.. :)
    Keep on writing ya.. Love all your story..
    Saya tunggu entry seterusnya... :)

    ReplyDelete
  6. masalah apa ye?,...bekas mertua haykal n zaida dtg kot......tunggu entry ke 24...

    ReplyDelete
  7. smpai terlanggar pokok plak.. wat malu je.. hlang macho kjab,, haha.. tp tetap syanglh ngan haykal bykx2 wahaha sweet sgt2... hm,.. sapelh yg dtang 2 yer?
    OMG, alo bekas mertua n adik iparnya haykal..???!
    apapun RATU,.. tak sbar nak tgu entry seterusnya... teruskan................CED24.

    ReplyDelete
  8. heheheheheh... masalah kek mmg hagus la jwb ye... aduh boleh la plak pakcik jth basikal..

    ReplyDelete
  9. betul apa yg Ratu ckp... perkahwinan not only to make love.. Ratu be tough k.. sebagai pembaca saya akan mengikuti cerita ni ni sampai ke penghujungnya... awak jgn dgr sangat pasal komen org lain.. lain org lain pandangannya.... saya mmg suka dgn CED... Bout this entry, saya rasa lawak la time haykal jatuh basikal.. heheheh... nak lagi.. Queen...

    ReplyDelete
  10. heee...bes2..
    comel je, tlg masak katenye..hahaha...

    ReplyDelete
  11. best sangat2.... cerita ni makin menarik!!! keep up the good work...

    ReplyDelete
  12. jgn kata pn maria n hasben die dtg sudehhh. kang andra kena maki n hina lg. huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. Sentiasa menunggu n3 baru CED... apa pula masaalah yg
    Aira nampak cemas sgt tu... jgnlah bekas mentua Haykal
    yg datang...

    ReplyDelete
  14. CED23,Menarik dan tertarik.Pelbagai watak dan karektor yang ditonjolkan.Suka Part naik basikal Hykal langgar pokok dan kedua orang tua Andra dan Hykal serbu rumah mereka.CED,bukan cerita semata-mata banyak pengajaran yang pembelajaran yang boleh diambil.Luas kan minda,lapang kan dada dan teruskan berkarya.V love u Cik Ratu...10s a lot...suka sangat ngan CED...Kenapa dengan Cik Aira tu???Auntie datang serang ke???

    ReplyDelete
  15. sweeeettt n best..ape lak masalah nyew??hohoho

    ReplyDelete
  16. hahaaaaa...lucu bca tika Aryana nunjuk gaya kat Aira..melentik pungung..byangkn lau kita yg munggang basikal ngan gaya mlenggang pgul atas basikal...hahaa tulah sbbnya Haikyal tk trkayuh salah pgang handle tnguk pinggul isteri... Haik..tu pasti cgedik gatai ngan c.mulut puaka yg dtg..hu tk sdar diri dh tak de mgena gi ngan Haikyal gi tu...hope daddy n mummy Haikyal bgilah sbiji kat cgedik ngan mamanya tu yer....

    ReplyDelete
  17. best sgat..nti smbg lg ye.. he3 :)

    ReplyDelete
  18. Whatever it is ur story is still the best. Jst move forward.

    ReplyDelete