Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday 27 July 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 24












CINTA ENCIK DUDA BAB 24




Lelaki.
Walau setenang dan sekuat mana pun mereka.
Mereka tetap tidak akan dapat lari dari perasaan CEMBURU.







AKU menekup mukaku dengan kedua-dua tangan dan melurutkan rambutku ke belakang. Terasa kusut sekali hidupku aku rasa. Kenapa dan mengapa? Kenapa dan mengapa semua ini terjadi padaku? Kenapa dan mengapa aku terpaksa hadapi semua ini? Kenapa dan mengapa aku menjadi orang yang kedua di dalam hidupnya? Kenapa dan mengapa aku harus dipersalahkan di atas kesahalan yang aku tidak lakukan? Kenapa dan mengapa hubunganku dan dia diduga? Kenapa?! Mengapa?!


            “Wah! Tak sangka kedua-dua buah keluarga bahagia tengah berkumpul.” Sindir Pn.Maria kepada kami yang baru menapak masuk ke dalam living room. Tercengang aku dibuatnya. Dia dan mak cik sedang duduk dengan sombongnya di sofa mahal pak cik.


            “Eh! Mestilah. Kenapa ya? Kamu nak join sekali ke Maria? Tapi rasanya kamu dah tak ada kaitannya dengan keluarga kami lagi.” Soal ibu mertuaku selamba. Spontan berubah wajah Pn.Maria dibuatnya. Jangankan dia. Aku,ummi dan abi turut berubah dan tercengang dengan apa yang kami dengari tadi. Hanya pak cik, bapa mertuaku dan Aira memaparkan wajah selamba. Sudah biasa mungkin dengan keadaan ini mungkin.


            “Sampai hati kak Lia kata macam tu pada Yah. Mentang-mentanglah anak Yah dan meninggal dunia. Akak pula kata macam tu. Oh! Bersimpatinya saya pada arwah Zahlia. Pastinya dia bersedih di sana kerana keluarga mertuanya sudah melupakan dia…” Balas Pn.Maria sedih. Namun, terus terang aku katakan wajahnya saat itu lebih kepada lakonan. Kesedihannya bukanlah dari hatinya. Kerna kita akan terasa kesedihan seseorang itu jika dia benar-benar bersedih bukan?


            “Tak payah nak buat drama sangatlah Yah. Macamlah akak tak kenal perangai Yah tu macam mana. Jangan nak berlakon bagaikan anak Yah tu menantu akak yang baik. Menantu akak yang tak pernah maki dan hina akak.” Balas ibu mertuaku selamba.


            “Lia…” Tegur bapa mertuaku pada ibu mertuaku. Mungkin tidak senang dengan apa yang ibu mertuaku katakan. Jangankan dia. Aku sendiri rasa tak senang. Bukan apa. Arwah sudah pun meninggal dunia. Tak sepatutnya diungkitkan lagi.


            “Biar. Biarkan bang. Lia nak mereka ni tahu siapa sebenarnya arwah Zahlia tu! Menantu saya ni berganda lebih baik dari dia.” Balas ibu mertuaku geram dan memeluk bahuku. Tercengang aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi pabila mata Pn.Maria dan mak cik memandangku tajam.


            “Astagfirullah’alazim kak. Tak baik mengata orang yang dah meninggal.” Tegur abi lembut. Ibu mertuaku hanya diam. Mungkin terasa dengan teguran abi.


            “Oh! Jadi sebab tulah akak tak setuju saya jodohkan Zaida dengan Haykal? Semuanya sebab betina ni? Hei kak! Siapa yang beria-ria dulu jodohkan Zahlia dengan Haykal kalau bukan akak?!” Marah Pn.Maria


            “Maaf. Anak saya bukan betina. Dia ada nama. Namanya Andra. Ibu dan bapanya masih hidup dan berada di hadapan anda saat ini. Tolong hormati kami.” Sampuk ummi keras. Panas mungkin mendengar perkatan betina itu diberikan padaku. Aku spontan memandang pak cik pabila dia mengenggam tanganku erat. Renungan matanya padaku membuatkan aku merasa tenang. Mungkin dia ingin aku tenang dan tidak melatah.

           
            “Ya! Sebab dulu aku buta! Buta dengan kebaikan engkau dan zahlia! Depan aku bukan main baik lagi. Belakang aku? Ingat aku tak tahu anak engkau tu keluar masuk hotel dengan lelaki lain?” Balas ibu mertuaku keras.


            “Mummy!” Tegur pak cik tak senang.


            “Aira. Go to your room! Now Aira!” Arah pak cik kepada Aira yang berada di sisinya. Aira kelihatan tercengang. Namun, seketika dia berlalu juga naik ke atas pabila melihat renungan mata pak cik padanya. Kasihan Aira. Pasti pak cik tidak ingin Aira mendengar kisah yang buruk mengenai ibunya.



            “…dan satu lagi. Engkau nak aku jodohkan pula anak aku dengan Zaida yang terang-terang bukanlah bakal isteri dan ibu yang baik ni? Belumpun berkahwin dengan anak aku. Cucu aku dah dideranya! Hei! Walaupun menantu aku ni muda. Tapi dia mampu mengalas tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Seorang ibu! Bukan seperti anak engkau ni! Kata suka pada anak aku. Tapi baru minggu lepas aku nampak dia dengan lelaki mat salleh mana entah!” Sambung ibu mertuaku kembali dan memandang jelik pada mak cik. Spontan mak cik tercengang dan merah mukanya kerana malu. Menunduk malu dia dibuatnya. Pn. Maria pula spontan memandang anaknya geram. Mungkin sudah ketahuan sikap sebenar anaknya.
           

            “Akak dah melampau! Akak tak ada hak nak hina-hina anak saya! Jangan nak bangga sangatlah kak! Menantu akak ni belum tentu baiknya! Entah esok entah lusa terkikislah hartanya Haykal tu! Betina ni memang tak layak nak gantikan tempat anak saya! Hanya Zaida yang layak!” Blaas Pn.Maria keras. Astagfirullah’alazim. Mengucap aku dibuatnya. Ada juga ke manusia macam ni?
           

            “Ibu… Jomlah baik. Malulah!” Rungut mak cik kepada ibunya dan menarik tangan Pn.Maria. Namun, ditepis kasar oleh Pn.Maria.


            “Ibu tak ada hak nak hina isteri saya. Dia layak mahupun tidak. Sejujurnya saya rasa Andra lebih layak jadi isteri saya. Dia mampu mengalas tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun dia masih muda. Malahan, dia mampu mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu pada masa yang sama. Saya tak nak aibkan orang lain ibu. Apatah lagi aibkan arwah isteri sendiri. Tapi saya harap ibu berfikir dengan bijak dan jangan cabar kesabaran saya selama ni. Ibu boleh maki saya. Hina saya. Tapi jangan sesekali hina isteri saya. Tentang Zaida. Saya rasa cukuplah saya katakan Zaida bukan jodoh saya. Tolonglah terima kenyataan ibu.” Balas pak cik keras dan merenung mata Pn.Maria tajam. Tercengang Pn.Maria dibuatnya.


            “Baliklah Yah. Jangan malukan diri di sini. Kami masih hormat Yah sebagai bekas besan kami. Bukan kerna arwah dah tak ada kita dah putus ikatan persaudaraan. Kita masih bersuadara walaupun Zaida dan Haykal tak berkahwin. Baliklah Yah.” Saat ini bapa mertuaku Tan Sri Megat Halim mula bersuara dan Pn.Maria kelihatannya tertunduk. Ternyata jika orang pendiam seperti bapa mertuaku bersuara orang mulut becok sepertinya juga turut terdiam. Apa yang pasti sikap bapa mertuaku sama seperti suamiku. Kedua-duanya penyabar dan pendiam. Namun, pabila mereka sudah marah. Orang yang pendiam dan penyabar itulah yang menakutkan sebenarnya.


            Aku menyembamkan mukaku ke meja taman yang terdapat di balcony kamar beraduku dan pak cik. Hari sudah larut malam. Namun, aku masih tidak dapat melelapkan mataku ekoran kejadian tadi. Entah kenapa, aku merasa sedih dengan semua yang Pn.Maria lontarkan padaku. Apa sebegitu hina sekalikah aku? Apa berkahwin dengan duda adalah satu kesalahan?


            Semua ini bukanlah pintaku. Akan tetapi, semua ini adalah takdir yang Allah Swt takdrikan padaku. Mungkin kerana ingin menguji kesabaranku. Semua umat Islam di muka dunia ini pastikan diuji oleh-NYA. Mahupun orang yang beriman dan kuat beribadat sekalipun pasti tidak akan terkecuali.


            Allah swt berfirman, bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)


            Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar. Iman adalah ikatan perhubungan antara manusia dengan Allah Swt. Ini bersesuaian dengan hakikat Islam yang membina kekuatan dalaman insan dan sentiasa pula mengiginkan kebaikan. Sebagai manusia seharusnya kita tunduk terhadap apa jua ujian Allah Swt dengan sabar.


            Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Siapa yang ingin bersabar, Allah swt memberikan kesabaran kepadanya. Dia tidak memberikan seseorang yang terbaik dan terluas daripada sabar."


            Jadi? Mengapa harus aku melenting dan merasa kecewa? Kecewa dengan apa yang aku terpaksa lalui? Kecewa dengan apa yang menimpa diriku? Kecewa dengan takdir yang DIA berikan padaku? Kecewa?


            Terus terang, perasaan kecewa ini adalah normal. Jika aku tidak merasa kecewa pastinya aku tidak normal bukan? Mana ada manusia di muka ini yang tidak merasa kecewa. Semuanya pastikan merasa perasaan ini. Perasaan yang menyedihkan dan membuatkan aku hilang arah seketika.


            Allah Swt ciptakan perasaan kecewa agar kita diberi pengajaran bahawa semua perkara ada hikmah, ada rahsia disebalik kejadian mengecewakan itu. Bukannya Allah swt memberikan ganjaran itu pada masa yang sama, akan tapi kita perlulah bersabar dan sentiasa mengingatiNYA. Maka, kerna itu timbulnya kata-kata :
           

            ‘Pelangi akan muncul selepas hujan’


            Maknanya, sebuah kejadian mengecewakan yang berlaku pasti akan ada hikmahnya nanti. Pasti akan tersedia untuk kita sesuatu benda yang pasti dan mengembirakan kita. Dan aku? Mengharapkan semua ini memberikan pelangi kepadaku. Aku ingin perkahwinan ini bahagia hari ini, esok, bulan hadapan, tahun hadapan dan sehingga ke akhir nafasku….


            Ya. Perkahwinan ini bukanlah pintaku. Akan tetapi perkahwinan ini sudah ditakdirkan buatku. Aku? Harus menerimanya dengan redha dan mencuba sehabis daya aku untuk menjadi isteri yang solehah buatnya. Selama kami berkahwin ada tak pak cik menyakiti aku? Tidak! Sekalipun dia tidak pernah meyakitiku. Jika sekalipun dia marah denganku, aku hanya dimandikan dengan rain shower agar aku sedar dengan kesilapanku dan tanganku yang sakit? Bukanlah salahnya. Salahku kerana mengkhianati kepercayaan yang dia berikan. Malahan, selama berkahwin dia melayaniku dengan baik. Tidak pernah menyakitiku dan menyiksaku. Adakah aku diikat dengan rantai besi? Adakah aku dikurung di dalam rumah? Tidak! Aku dibiarkan bebas membat keputusanku sendiri dan setiap kesalahan yang aku lakukan akan ditegurnya ketika itu juga.
           

            Sepatutnya… Aku merasa bertuah kerana menjadi isterinya. Kenapa? Kerana dia adalah suami yang baik. Bukan kerna dia suamiku aku berkata sebegini. Akan tetapi ianya fakta yang benar. Sejurus kita mengahwini seseorang itu. Yang penting siapa dia kini. Siapa dia bersama kita. Bukan masa lalunya. Jika sekalipun dia dahulu adalah pembunuh. Sekiranya dia ingin berubah. Kenapa harus kita menghukum dan berpaling darinya? Begitu juga dengan pak cik. Dia sudah mencuba pelbagai cara untuk menjadi suami dan papa yang baik kepadaku dan Aira. Mungkin dia duda. Duda kematian isteri. Namun, itu bukanlah penghalang kepada kami untuk bahagia. Manusia. Suka untuk menilai orang lain. Suka untuk menghukum orang lain. Adakalanya lelaki yang berstatus bujang itu tida matang dan menganggap tanggungjawab sebagai seoarang suami itu terbair…



            “Isteriku Andra…” Spontan bahuku terangkat pabila mendengar suara garau itu memanggilku dekat pada cuping telingaku. Kedua-dua bahuku yang terdedah juga disentuh. Terasa sweaternya mendapat dibahuku. Spontan aku mengangkat wajahku dan menoleh memandangnya yang berada di belakangku.


            Ya Allah Swt. Adakah dia lelaki yang akan membawaku ke jannah-MU? Lelaki ini begitu kacak sekali rupa parasnya. Walaupun dengan hanya mekaai singlet rona putih dan seluar tidur rona hitam serta rambut yang serabai. Akan tetapi dia masih kelihatan kacak. Apatah lagi dengan senyuman manis yang diberikan padaku.


            “Kenapa belum tidur ni? Hurm?” Soalnya lembut dan menudukkan tubuhnya sedikit agar separas denganku yang tengah duduk. Bahuku dipeluk olehnya dari belakang dan pipiku serta pipinya berlaga. Terasa kesejukan yang mencengkamku tadi berubah kepada hangat pabila dipeluk oleh tubuh sasanya.


            “Andra tak mengantuk…” Balasku perlahan dan memandang ke atas langit yang terdapat bintang bertaburan di situ.


            “Sayang fikirkan hal tadi?” Bisiknya lembut dan memandangku. Aku spontan menggelengkan kepalaku. Aku tidak ingin menyusahkan dirinya dengan kekecewaanku. Aku tahu berterus terang di antara suami dan isteri itu harus. Namun, aku tidak ingin dia turut sama risau akan keadaan diriku. Aku akan cuba sedaya upaya untuk memendamkan perasaan kecewaku selagi aku mmapu. Aku tidak ingin dia tahu bahwaku lemah.


            “Sayang… Walau apapun terjadi. Awak akan menjadi isteri abang dunia dan akhirat… Abang tahu, abang tahu tiada cinta di antara kita. Tapi percayalah… Abang, sayangkan awak. Sangat-sangat. Abang tak tahu bila perasaan ni muncul. Mungkin ianya masih terlalu awal kerana kita baru berkahwin. Tetapi percayalah. Perasaan kasih dan sayang di antara suami dan isteri itu sukar diungkapkan. Perasaan sayang itu Allah Swt berikan pada abang buat isteri abang ni…” Bisik pak cik lembut ke cuping telingaku. Spontan aku terasa terharu. Terharu kerna dia menyayangiku. Walau masih banyak kekurangan yang ada pada diirku. Namun, dia tetap menerimaku seadanya…


            “Sayang…” Panggilku manja dengan tubir mata yang mulai bergenang dan menoleh memandangnya. Tubuhnya ku peluk dengan manja. Terasa dia juga membelaas pelukanku. Malah semakin erat dan pipiku dikucupnya lembut.


            “Ya…” Jawabnya lembut.


            “Ambil dari mana skrip tu?” Soalku nakal dan spontan dia tergelak.


            “Ambil dari hati sayang… Skrip yang dibuat khas untuk awak…” Bisiknya penuh romantic dan spontan aku tersenyum senang. Terasa bahagia pabila mendengar kata-kata manisnya.


            “Thanks pak cik…” Bisikku lembut dan mencium kedua-dua pipinya. Tersenyum lebar dia olehku. Pasti dia suka dimanjakan olehku bukan? Serius wajahnya amat comel saat ini. Seperti hamster! Hahaha. Moshi! Moshi!


            “Abang sayang…” Balasnya dan meminta aku memanggilnya abang. Aku tersenyum.


            “Aaaa… Abang…” Panggilku dengan gagap. Terasa lomah lidah eden menyebut ‘ABANG’. Terasa janggal. Lidahku sudah biasa memanggilnya pak cik. Walau nampak pelik dan tak sesuai. Akan tetapi aku senang dengan panggilan itu. Biasalah kot. Jika orang lain memanggil suami ataupun teman lelaki mereka dengan panggilan ‘HUBBY’, ‘BABY’, ‘ABANG’ dan sebagainya. Aku pula senang dengan panggilan ‘PAK CIK’. Istimewa apa. Engkau ado?


            “Panggil lagi…” Balasnya dan memelukku. Tertawa aku dibuatnya. Demand sungguh encik husband aku ni. Aku membalas pelukannya dan menyembamkan wajahku ke dadanya. Dah sampai situ sahaja ketinggianku. Jika ingin menyandarkan daguku ke bahunya mahu aku duduk tegak.


            “Abang…” Panggilku manja dan dia tertawa senang.


            “Panggil lagi…” Balasnya kembali dan mengangkat tubuhku yang masih berada di pelukannya untuk berdiri. Rasa seronok gila! Bagaikan aku ni anak kanggaro sahaja bergayut di tubuhnya. Haha. Gila tegap badan suami aku ni.


            “Abang… Abang… Abang…” Panggilku sebanyak tiga kali dan memandangnya. Dia tersenyum dan dekatkan hidunya ke hidungku. Digesel dengan manja seperti selalu dan tubuhku dibawa masuk ke dalam kamar beradu kami kembali.


            “Lagi…” Arahnya sambil menutupkan sliding door kamar beradu kami. Tergelak aku dibuatnya.


            “Abang… Abang.. Abang… Abang... Abang.” Aku menyebut panggilan ABANG itu berulang kali sehinggakan dia puas. Haha. ABANG? Entah kenapa aku suka melihat wajahhnya saat ini. Wajahnya kelihatan sungguh bahagia dan gembira pabila aku memanggilnya dengan panggilan ABANG.  Tak best ke panggil PAK CIK? Erk!










***CINTA ENCIK DUDA*** 










ANDRA yang sedang menyapukan Jem strawberry ke roti untuk suaminya di sisi yang sedang membaca surat khabar mengerutkan dahi memandang Aira yang berulang-alik dari atas ke dining room. Naik pening matanya melihat.


            “Aira. Apa yang Aira tengah kalutkan ni?” Soal Andra hairan dna meletakkan roti ke hadapan pinggan suaminya. Haykal pula spontan meletakkan surat khabarnya ke tepi pabila isterinya memberikan roti yang usai di sapu dengan jem ke pinggannya. Senyuman manis diberikan kepada isterinya. Andra pula membalas sebelum kembali memandang Aira yang sedang mencari barang di dalam handbag nya.


            “Aira ada meeting MPP pagi ni…” Balas Aira tanpa mengangkat wajanya spontan Andra mengerutkan dahinya.


            “Aira dah jadi AJK MPP ke?” Soal Andra hairan. Tidak pula Aira ada khabarkan pada dirinya. Spontan Andra mengangkat wajahnya dan tersengih memandang mummynya. Kepalanya dianggukan.


            “A’ah. Seminggu yang lepas. Abang Faiz yang masukkan Aira.” Balas Aira ceria. Haykal pula spontan menjulingkan matanya pabila nama Faiz Akmal disebut. Entah kenapa isteri dan anaknya suka mengelar lelaki itu ABANG? Huh! Andra pula yang tersedar perubahan suaminya itu tersenyum dan memegang jemari suaminya. Alahai. Itupun nak cemburu ke? Haykal pula membalas dan membesarkan matanya pada Andra agar tidak menyebut nama Faiz Akmal. Tergelak Andra dibuatnya.


            “Oh.. Okay. Congrates!” Balas Andra dan tersenyum. Aira tersenyum manis. Memang itu niatnya selama ini. Ingin menjadi ahli MPP secara langsung boleh selalu bertemu empat mata dengan Faiz Akmal.


            “Pagi ni mummy hantarkan Aira ke college boleh?” Pinta Aira manja dan memandang Andra penuh mengharap. Spontan Haykal mengangkat wajahnya. Tak boleh jadi ni. Nanti bertemulah isterinya itu dengan anak muda bernama Faiz itu. Entah kenapa dia kurang senang dengan lelaki itu.


            “Eh. Kereta Aira kan ada?” Soal Haykal hairan. Aira mencebirkan bibirnya.


            “Aira malas nak drive hari ni…” Alasan Aira.


            “Tak apalah. Biar abang Farid hantarkan Aira hari ni. Papa drive sendiri.” Balas Haykal dan mengambil cawan yang berisi coffee. Diteguk sambil matanya memandang wajah anaknya yang cemberut empat belas depa itu.



            “Eh. Tak apalah. Biar mummy hantarkan Aira ya?” Sampuk Andra pabila melihat wajah muram Aira. Tahu Aira tidak suka membantah kata-kata papanya. Spontan Aira bersinar-sinar wajahnya. Pabila mummynya sudah masuk campur. Pastilah papanya akan mengalah. Haha. Haykal pula spontan memandang isterinya di sisi. Secara tak sengaja kaki isterinya ditendang.


            “Ouch!” Adu Andra dan membongkok memegang kakinya yang ditendang. Wajah suaminya dijeling geram.


            “Sayangkan kerja. Budak practical mana boleh masuk lewat yang.” Haykal memberi alasan.


            “Alarh. Company tu kan company papa. Apa salahnya?” Sampuk Aira geram. Papanya itu seperti tidak membenarkan mummynya menghantarnya ke college saja.


            “Betul! Betul! Betul!” Balas Andra smabil menunjukkan jari telunjuknya dan digoyangkan ke depan dan ke belakang. Mendengus geram Haykal dibuatnya.


            “Bolehlah… Dah lama tak pergi ke college… Rindulah.” Rayu Andra manja dan memegang jemari suaminya penuh kasih. Mengigit bibir Haykal dibuatnya.


            “Rindu college ke rindu…” Belum sempat Haykal menyudahkan kata-katanya Andra sudah menyampuk.


            “Rindu college lah sayang.” Balas Andra geram dan menjeling suaminya. Cemburu sangat! Terdiam Haykal dibuatnya pabila memandang jelingan tajam isterinya. Mengalahlah jawabnya…. Tak apa. Bukan takut isteri. Tapi sayang……. Hahaha.











***CINTA ENCIK DUDA***











AKU menghentikan kereta BMW pak cik di hadapan college. Aira di sisi yang sedang memakai lipstik dijeling. Kepalaku spontan digelengkan. Hairan aku. Budak ni nak belajar ke nak apa ke college ni? Make-Up bagai.


            “Awak ke kelas jelah Cik Aira. Nak make-up bagai…” Tegurku padanya. Spontan Aira memandnagku dan tersengih. Lipstick kembali diletakkan ke dalam handbagnya.


            “Saja jelah my.” Balas Aira dan tersengih. Tergeleng kepalaku dibuatnya.


            Tok!


            Tok!


            Tok!


            Spontan aku dan Aira memandang ke cermin pintu penumpang di tempat Aira pabila mendengar cermin kereta diketuk. Erk! Abang Faiz? Tanpa sempat aku melarang Aira sudah menurunkan cermin kereta dan tersengih-sengih memandang senior kami itu.


            “Assalamualaikum wbt ladies. Morning. Hi Amiey.” Sapa Abang Faiz kepada kami berdua dan melambaikan tangannya padaku. Spontan aku tersengih dan turut melambaikan tanganku.


            “Walaikumsalam Wbt Abang Faiz. Morning.” Sapa Aira ceria. Tersenyum abang Faiz dibuatnya.


            “Tak sangka dapat jumpa Amiey pagi-pagi ni. Takut juga tadi nak tegur. Tapi bila dah nampak plat number tu cuba beranikan dirilah juga. Bukan Amiey practical ke?” Balas abang Faiz mesra. Aku hanya tersenyum.


            “A’ah. Tapi Aira minta my hantarkan Aira pagi ni. Kan My?” Balas Aira bagi pihakku. Tergelak aku di dalam hati pabila melihat perubahan Abang Faiz di kala aku hanya tersenyum dan tidak bersuara. Hanya Aira yang bersura. Aku hanya anggukkan kepalaku di saat Aira menyoalku.


            Spontan kami tersentak pabila Samsung S2 ku berdering minta diangkat. Handphone yang berada di dashboard diambil. Bibirku diketap pabila tertera nama pak cik di situ. Aish! Dia nikan…


            “Siapa?” Soal Aira hairan kepadaku. Spontan aku mengangkat wajahku dan memandang Aira dan Abang Faiz. Senyuman kelat aku berikan.


            “BIG BOSS.” Balasku padanya dan sengaja menyebut BIG BOSS agar dia faham. Tersengih Aira dibuatku.


            “Errr. Okay-okay. Aira pergi dululah. Careful tau” Balas Aira dan menyalam tanganku. Kedua-dua pipiku dicium olehnya.


            “Take care.” Balasku dan tersenyum melihat Aira yang mengambil handbag dan file sebelum berlalu keluar.


            “Bye Amiey. Take care.” Sampuk Abang Faiz pula dan melambaikan tangannya kepadaku. Tersengih aku dibuatnya. Tanganku dilambaikan kepadanya dan cermin kereta aku naikkan kembali.


            Setelah memandu keluar dari college, Samsung S2 ku kembali berdering dan tanpa melihat siapa pemanggilnya aku memakaikan Bluetooth earphone ke telingaku. Tahu yang pak cik menelefonku.


            “Assalamualuaikum wbt.” Sapaku padanya.


            “Walaikumsalam Wbt. Kenapa tak angkat call abang tadi?” Erk! Angkat saja terus dihujani dengan soalan seperti itu.


            “Err. Berbual dengan Aira tadi.  Sorry...” Balasku gugup. Menipu laki ni. Ni yang buat aku lemah. Bukan apa. Aku tak nak dia cemburu dan berfikir yang tak tentu.


            “Aira ke…” Belum sempat dia menyudahkan kata-katanya aku cepat-cepat memotong.


            “Airalah…” Balasku sungguh. Kedengaran dia mengeluh dihujung talian.


            “Jangan tipu abang…” Balasnya dingin. Erk! Tercekik aku dibuatnya. Macam tahu je yang aku tipu dia. Aduhai…


            “Errr. Takdelah. Betul!” Balasku sungguh.


            “Hurm. Okaylah. Drive safely and careful. Assalamualaikum wbt…” Balasnya dingin dan mematikan panggilan. Erk! Tercengang aku dibuatnya. Dah dia ni kenapa?









***CINTA ENCIK DUDA***








HAYKAL menyandarkan tubuhnya ke kerusi empuknya. Siling dipandang dan nafasnya dihelakan. Tangan kiri mengetuk-getuk meja kerjanya dan tangan kanan memegang Iphone. Kenapa? Kenapa Andra menipunya? Terasa hatinya terguris dek sikap isterinya itu.


            Tadi, Kurus melaporkan padanya bahwa ada seorang lelaki yang berbual dengan Aira dan Andra. Jadi? Kenapa Andra menipunya? Apa salahnya memberitahu padanya? Arh! Kusut! Kusut sekali kepalanya. Kenapa? Itu yang berada di mindanya saat ini. Kenapa dan mengapa?



            “Wei bro! Banyak kali aku ketuk pintu dan bagi salam pada kau. Asal mengelamun ni?” Suara garau Haniff yang menyergahnya itu spontan membuatkan dia tersedar. Haniff yang duduk di hadapannya dipandang.


            “Bila masa engkau masuk bro?” Soal Haykal hairan. Spontan Haniff menepuk dahinya. Sah! Sah Haykal tengah mengelamun!


            “Sejak tadi bro. Adalah dalam dua minit aku kat sini.” Balas Haniff dan menggelengkan kepaanya. Spontan Haykal mengeluh dan meletakkan handphonenya di atas meja.


            “Asal Bro?” Soal Haniff hairan pabila melihat wajah kusut Haykal.


            “Entahlah bro. Tadi Andra hantarkan Aira ke college. Sebab Aira malas nak drive hari ni. Okay, aku izin. Then, tadi aku call tapi dia lambat sambut. Alasan dia tengah berbual dengan Aira. Bila aku kata jangan bohong. Dia kata tak. Tapi apa yang Kurus laporkan pada aku tak sama bro. Dia kata ada lelaki yang berbual dengan Andra dan Aira. Can you believe that? Isteri aku bohong dengan aku. Aku tak nak dia jadi macam arwah Zahlia bro.” Jelas Haykal jujur. Dengan Haniff dia tidak pernah sembunyikan apa-apa. Dia bebas untuk berbual apa sahaja. Haniff teman yang baik dan pendengar yang baik. Haniff pula spontan menggelengakn kepalanya. Haykal. Haykal. Haykal.
           

            “Bro, disebabkan itu kepercayaan tu penting. Sebuah rumah tangga harus ada saling percaya di antara satu sama lain. Sebab nilah. Sebab nilah isteri kau tak nak bagi tahu pada kau. Sebab apa? Sebab nilah. Sebab kau curiga dengan dia dan sebab tak nak kau risau macam ni sekali. Isteri kau biasa je. Tapi kau lebih-lebih. Agak-agaklah bro. Wife kau masih muda. Tapi aku rasa dia lagi matang dari engkau! Tak apa kalau nak jaga isteri. Tapi biarlah menjaga dengan baik.” Balas Haniff geram. Haykal. Dia tahu Haykal mulai sayang dan cintakan Andra. Lihat saja dari cara Haykal melayan Andra. Bagaikan melayan permaisuri dan bagaikan tiadalah wanita lain di muka dunia ni. Namun, cara Haykal salah. Mengupah bodyguard mengikut ke mana sahaja isterinya pergi. Tak ke salah tu? Terasa seperti isterinya itu banduan saja. Haniff tahu. Haniff tahu bahwa Haykal tidak ingin Andra menjadi seperti arwah Zahlia. Tetapi bukan itu caranya.


            “Aku percayakn dia bro. Bukan 100% tetapi 110% bro! Tapi engkau tengoklah apa dia buat pada keperceayaan aku pada dia selama ni? Dia sanggup khianati kepercayaan aku pada dia. Aku sayang dia bro. Andra lain. Tak sama dengan perempuan lan. Dia berbeza. Perbezaan dia tu buat aku tambah sayang pada dia. Cuma entahlah… Kadang-kadang aku percayakan dia pun tak guna. Sebab lelaki lain kat luar tu yang tak boleh dipercaya.” Luah Haykal kusut. Bukan niatnya untuk mengkongkong Andra. Tapi tak salahkan mencengah dari terjadi? Pengalaman masa lalu banyak mengajarnya. Haniff mengeluh.


            “Bro. Macam nilah… Kau tenangkan hati kau dan letak kepercayaan pada isteri engkau. In Shaa Allah. Hati kau kan tenang. Percayakan Andra. Aku tahu dia pernah khianati kepercayaan engkau sekali. Tapi engkau sendiri kata bukan? Kawan Andra yang bawa Andra masuk ke club tu. Bukannya Andra sesuka hati nak masuk ke sana. Bro, orang perempuan ni macam agar-aagr tau. Lembut sekali. Silap sikit je. Rosaklah dia. Jangan sampai isteri engkau yang muda belia tu nanti berpaling tadah dari kau.” Balas Haniff sungguh. Mengeluh Haykal dibuatnya. Tubuhnya disandarkan ke kerusi dan neck-tie nya dilonggarkan. Terasa rimas. Ada betulnya kata Haniff. Disebabkan sikapnya itu dia menjadi tak tentu arah sebegini.


            “Dahlah bro. Jangan kusutkan fikiran kau tu. Jom breakfast.” Haniff berdiri dan membetulkan kotnya.


            “Aku dah breakfastlah.” Jawab Haykal malas. Haniff tersengih.


            “Dah memang setiap hari engkau breakfast setiap pagi. Tapi temankanlah aku yang belum breakfast ni. Wife aku sibuk bro! Untung engkau. Walaupun wife kau still muda tapi dia rajin turun ke dapur. Aku? Heliza tu typical isteri sekarang. Nak buat macam mana. Dia sayang…” Balas Haniff dan tersengih. Isterinya itu hanya turun ke dapur pabila tengah hari waktu cuti dan malam. Pagi? Sibuk ke sana ke mari uruskan Mia. Dia faham. Heliza adalah budak Bandar. Bukannya budak kampung sepertinya. Heliza pula anak orang berada. Tahunya senang saja. Tapi apa saja yang boleh dilakukaknnya? Dah sayang. Lagi pula sejak kahwin Heliza mulai berubah. Selalu juga turun ke dapur. Cuma pagi-pagi saja Heliza agak sibuk. Lainla Haykal. Isterinya walaupun muda tetapi tetap jalankan tanggungjawabnya Sebagai seorang isteri. Makan minum Haykal dijaga dengan baik. Tengok sajalah tubuh sasa Haykal yang semakin berisi itu. Hahaha.


            “Yalah! Yalah! Tak payah nak buat drama kat sini!” Balas Haykal mengalah dan berdiri. Kot dibetulkan. Ya. Kepercyaan itu penting. Dia sepetutnya let go perasaan curiga pada isterinya. Barulah hatinya tenang. Percayakan Andra Haykal. Percaya….











***CINTA ENCIK DUDA***











HAYKAL dan Haniff yang sedang duduk santai di sofa di lobi lewat tengah hari itu tersentak pabila mendengar suatu bunyi. Spontan Haykal yang sedang memandang IPAD nya mengangkat wajahnya dan mencari bunyi yang amat dikenalinya itu. AMAT dikenali. Rasanya 24/7 dia akan mendengar bunyi tersebut.


            Kring!



            Kring!



            Kring!



            “Eh wife kaulah bro! Wow! Memang banyak peminatlah wife kau ni. Tengoklah tu…” Haniff memuncungkan bibirnya pada staff-staff lelaki yang tercengang memandang Andra. Sememangnya isterinya Haykal itu memang cantik. Kalau sekali pandang pasti nak pandang dua kalilah kiranya. Haha.
           

            Mengetap bibir Haykal pabila melihat isterinya dan Watif sedang berjalan masuk ke lobi sambil tertawa. Kaki isterinya yang memakai geleng kaki berlonceng itu dipandang. Sememangnya selama ini Andra memakai gelang lonceng. Mulanya dia tak kisah. Akan tetapi, bila dah seperti ini. Hurm. Panas juga hatinya pabila melihat mata-mata staff lelakinya yag truut berada di lobi tersebut memandang isterinya. Ada dua sebab sebenarnya. Sebab yang pertama adalah kerna bunyi yang dihasilkan oleh gelang kaki isterinya itu dan keduanya adalah kerana kecantikan isterinya.


            “Eh! Nak ke mana bro? Kita nak ke site sekejap lagi.” Soal Haniff hairan pabila melihat Haykal berdiri dan mendekati lif yang berdirinya Andra dan Watif di situ.


            “Tunggu aku. Aku tak lama.” Balas Haykal tanpa berpaling. Tergeleng kepala Haniff dibuatnya. Haykal. Haykal. Entah sejak bila temannya itu pandai cemburu buta seperti itu. Jika dahulu selamba sahaja Haykal memandang arwah Zahlia lalu dihadapannya dengan lelaki lain tanpa perasaan apa-apa. Namun, sekarang? Tersenyum Haniff dibuatnya. Hanya satu jawapannya…. Iaitu CINTA.











***CINTA ENCIK DUDA***











AKU tergelak mendengar penjelasan Kak Watif. Aduhai. Boleh pula along aku sesombong seperti itu. Haha. Kenapa? Kerana sebelum Kak Watif dan along mempunyai hubungan mesra. Kak Watif membuat pelbagai cara untuk membuatkan along menyedari kehadirannya dan terpikat dengannya. Sampaikan pernah satu tahap tu Kak Watif yang tak pandai memasak sanggup belajar memasak semata-mata kerna nak mengambil hati along.


            “Rasa tak percaya je along sesombong macam tu…” Balasku kurang percaya dan kami sama-sama memasuki lif pabila pintu lif terbuka.


            “Tulah. Tapi bila dah kenal rapat. Dia taklah sesombong mana. Okay. Cuma tulah. Along Andra tu susah nak luahkan perasaan dia…” Balas Kak Watif dan tersengih.. Tersenyum aku dibuatnya. Mungkin kerna along masih merasa sedih di atas hubungannya dan bekas teman wanitanya yang tidak menjadi dahulu. Mungkin…


            “Erk!” Spontan aku terkejut pabila pintu lif yang hampir tutup terbuka kembali pabila ditahan oleh pka cik.


            “Errr. Good afternoon datuk.” Sapa Kak Watif kepada pak cik dengan gugup. Terasa serba tak kena kami berdua dibuatnya. Kerna menurut staff MH HOLDING. Tiada staff yang berani menaiki lif yang sama dengan pak cik. Selalunya jika pak cik menaiki lif dia akan menaiki lif dengan keadaan yang selesa. Adakalanya sampaikan ada yang sanggup keluar. Semuanya kerna hormatkan pak cik.


            “It’s okay. Ruang lif ni besar. Masih muat untuk kita bertiga.” Tegur pak cik kepada kami berdua di saat kami ingin keluar. Terkedu aku dan Kak Watif dibuatnya. Sempat aku dijeling oleh pak cik sebelum dia kembali memandang IPAD di tangannya. Spontan aku dan Kak Watif saling berpandangan dan tangan kami saling berpegangan. Terasa cubitan kak watif pada tanganku. Aku menaikkan keningku tanda KENAPA.


            “Kenapa hubby awak moody je?” Bisik Kak Watif kepadaku. Spontan mataku terjengil besar.


            “Akak tahu?!” Soalku sedikit kuat sehinggakan pak cik yang berada di sisiku menoleh memandangku. Tersengih aku memandangnya dan menujukkan sepuluh jariku tanda meminta maaf.


            “Sorry datuk…” Kataku padanya dan tersengih. Dia? Hanya memandangku sekilas dan kembali memandang IPAD nya. Kenapa dengan dia ni?


            “Akak tahu ke?” Bisikku kembali kepada Kak Watif di sisi dan memandangnya. Kak Watif tersengih dan anggukkan kepalanya.


            “A’ah. Along yang bagi tahu pada Kak Watif. Andra tak marah?” Balas Kak Watif dan tersenyum. Tersenyum aku dibuatnya dan kepalaku digelengkan. Marah? Tak rasanya. Lagi pula Kak Watif adalah bakal kakak iparku. In Shaa Allah. Hehe. Lagi pula kalau dah Kak Watif tahu rasanya aku tak kisah kot. Lagi baik.


            “Eh. Tak adalah. Lebih bagus rasanya…” Balasku dan tersengih. Kak Watif tersenyum. Senang mungkin.


            Ting!


            Spontan aku dan Kak Watif saling berpandangan dan ingin berlalu keluar dari lif pabila kami sudah tiba ke tingkat 18 iaitu pejabat kami.


            “Andra…” Panggil suara garau pak cik kepadaku dan spontan aku berpaling memandangnya. Keningku dinaikkan dan memandangnya hairan.


            “Ya datuk?” Soalku padanya hairan. Kak Watif juga turut terhenti dan menoleh memandangnya.


            “Saya nak cakap sesuatu dengan awak. Cik Watif boleh tinggalkan kami?” Soal pak cik kepada Kak Watif. Spontan Kak Watif memandangku dan aku anggukkan kepalaku.
           

            “Nak apa?” Soalku padanya sewaktu pintu lif kembali tertutup.  Dia hanya memandangku sekilas dan kembali memandang IPAD ditangannya. Mengetap bibir aku dibuatnya.









***CINTA ENCIK DUDA***










SETIBA di officenya, Haykal menarik tangan isterinya lembut keluar dari lif dan memasuki pejabatnya. Kad ID nya di scan dan sekejap cuma setelah identitinya dikesan pintu kaca pun terbuka. Pavi yang berada di meja kerjanya spontan berdiri dan menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.


            “Jangan. Gangu. I.” Pesan Haykal kepada Pavi tanpa berpaling memandang Pavi. Berkerut dahi Pavi dibuatnya. Lebih-lebih lagi pabila melihat Haykal menarik tangannya Andra. Gadis itu pula kelihatan terkial-kial. Apa hubungan mereka berdua?


            “Pak cik!” Jerit Andra geram pabila tiba sahaja ke pejabatnya Haykal tubuhnya ditolak lembut agar duduk di atas sofa berangkai tiga milik Haykal. Pintu pejabatnya dikunci dan tubuhnya dibawa duduk di atas meja coffee dan duduk berhadapan dengan isterinya.


            “Baca ni.” Arah Haykal dan menyerahkan IPAD nya pada sang isteri. Tercengang Andra dibuatnya. Namun, IPAD tetap disambut.


            “Arh? Nak buat apa?” Soal Andra hairan.


            “Baca saja. Dengan kuat.” Balas Haykal dan membuka neck-tie nya. Terasa rimas. Andra mengetap bibirnya dan memandang IPAD di tangan.


            “Hukum memakai gelang kaki berlonceng?” Baca Andra dan spontan kakinya yang tersarung gelang kakinya dipandang. Bibirnya diketap dan wajah selamba suaminya dipandang. Mulai faham akan maksud suaminya.


            “Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi,memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:

"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"” Baca Andra dan spontan dia terdiam. Terdiam dengan ayat yang dibacanya. Haykal tersenyum dan menarik kedua-dua tangan isterinya. IPAD diletakkan di atas mjea dan wajah isterinya ynag tercengng itu dipandang.


            “Abang tahu ayatnya agak kasar. Tapi sayang harus tahu. Bahwa Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Tak apa kalau sayang nak menarik perhatian abang sebagai suami. Kerana, adalah harus bagi kanak-kanak perempuan dan perempuan-permepuan yg telah bersuami dengan syarat, perempuan bersuami pakai gelang tu atau tunjuk gelang tu utk suami sahaja...  Tapi sayang? Since, sayang masuk tadi staff lelaki dan tertarik utnuk memandang sayang. Islam agama yg tak larang umatnya nak mengikut fesyen. Tapi fesyen tu hendaklah selari dengan hukum syarak..”  Jelas Haykal lembut dan mengucup kedua-dua jari isterinya lembut. Terkedu Andra dibuatnya. Wajah suaminya dipandang. Memang selama ini dia memakai gelang kaki yang berlonceng. Jangankan gelang kaki. Gelang tangannya juga berlonceng. Bukan kerna Haykal tidak melarang. Ada, cuma selalunya berkias sahaja. Haykal mengatakan bahwa lebih baik rasanya jika Andra memakainya di dalam bilik sahaja. Tetapi dia? Boleh pula buat tak tahu.


            “Maafkan Andra…” Balas Andra perlahan dan menunjukkan wajahnya. Benar. Benar apa yang suaminya katakan. Dia? Menerimanya dengan hati yang terbuka dan sedar akan  kekhilafan dirinya. Haykal tersenyum dan menundukkan wajahnya sedikit. Dagu isterinya ditarik lembut dan direnung wajah cantik yang berubah muram itu.


            “Abang maafkan. Tapi, abang harap selepas ni awak akan sedar akan kesilapan awak. Boleh? Tak mau pakai gelang kaki lagi…” Balas Haykal lembut dan merenung isterinya. Andra tersenyum kelat dan anggukkan kepalanya.



            “Maafkan Andra. Selepas ni Andra tak buat lagi. Terima kasih sebab tegur Andra.” Jawab Andra lembut. Haykal tersenyum dan mengucup lembut dahi isterinya penuh kasih.


            “Abang maafkan. Hurm. Boleh abang bukakan?” Soal Haykal lembut dan memandang kaki isterinya.


            “Eh! Tak apa. Biar Andra bukakan sendiri.” Balas Andra cepat dan ingin menunduk. Takkan nak suruh suaminya membukakan gelang kakinya pula. Terasa seperti kurang ajar pula dengan suaminya. Haykal mengelengkan kepalanya.


            “It’s okay… Biar abang bukakan.” Balas Haykal dan kot bajunya dibuka. Haykal duduk melutut di hadapan isterinya. Tercengang Andra dengan perilaku suaminya. Bibrinya diketap pabila Haykal menarik kaki kanannya lembut dan dibuka kasut tingginya. Kemudian kakinya diletakkan ke peha Haykal. Haykal tersenyum memandang isterinya yang spontan menutup pehanya yang terdedah itu. Wajah Andra saat ini kelihatan begitu comel seklai. Bagaimana mungkin dia sanggup hidup tanpa Andra di sisinya?


            “Kenapa tipu abang?” Soal Haykal lembut dan memandang isterinya. Gelang kaki yang usai dibuka dimasukkan ke dalam kotnya. Tidak akan memberikan kepada Andra lagi. Haha.


            “Arh?” Soal Andra bingung.
                       

            “Tadi.. Awak ada jumpa Faiz bukan? Kenapa tak nak berterus terang dengan abang?” Soal Haykal lembut. Spontan Andra terdiam. Bagaimana suaminya tahu?


            “Ma…Macam mana tahu?” Soal Andra gagap. Haykal mengeluh dan mengelus kaki isterinya lembut. Lembut sekali kulit isterinya.


            “Dah lupa ke? Abang kan dah upah bodyguard buat awak.” Balas Haykal dan meaikkan keningnya. Mengetap bibir Andra dibuatnya. Bagaimana dia boleh lupa? Tulah. Bohong lagi pada suami…


            “Err. Bodyguard? Tak nampak pun…” Balas Andra hairan. Haykal tersenyum.


            “Bila abang kata abang upahkan bodyguard untuk awak. Tak bermakna abang menyuruh dia mengawasi awak secara dekat. Awak ada kehidupan awak sayang. Abang faham tu. Abang sendiri rasa tak selesa. Tapi hanya itu pilihan abang. Dan awak? Awak masih muda dan ada life sendiri. Pasti awak tak selesa.” Balas Haykal lembut dan membelai rambut isterinya. Andra mengeluh dan menarik tangan suaminya yang sednagmembelai rambutnya itu.


            “Maafkan Andra sebab bohong. Tapi Abang Faiz nak jumap Aira. Bukan Andra. Bercakap pun tak dengan dia Andra diam je…” Balas Andra jujur. Tersenyum Haykal dibuatnya. Muka Andra innocent sangat.


            “Betul?” Soalnya inginkan kepastian dan kening kananya dinaikkan. Andra menganggukkan kepalanya yakin.


            “Betullah sayang… Saya takkan buat benda yang awak tak suka. Kalau boleh saya elakkan. Saya akan elak. Saya bukannya sengaja nak berbohong. Tetapi saya tak nak awak risau dan cemburu. Sedangkan saya dan dia tak ada buat apa-apa pun. Tapi saya nak mohon maaf sebab saya bohong pada awak. Saya tahu saya salah.” Balas Andra jujur. Sememangnya itu tujuannya berbohong tadi. Dia tidak ingin Haykal risau dan cemburu. Sejak berkahwin dengan Haykal dia mulai faham sikap suaminya itu. Kuat cemburu. Nampak saja orangnya tenang begitu. Akan tetapi pabila cemburunya datang. Hurm. Semut lalu pun tak peduli dah. Haykal tersenyum memandang isterinya. Betullah kata Haniff. Isterinya itu memang matang. Tahu berfikir akan perasaannya.


            “Maaf kalau sikap abang buat sayang tak senang…” Balas Haykal dan memandang isterinya penuh pengertian. Andra tersenyum dan gelengkan kepalanya. Kedua-dua pipi suaminya diusap penuh kasih.


            “Sayang saya tak kisahlah. Saya faham. Cemburu tu normal. Even saya sendri pandai cemburu bila awak layan Mia berlebihan. Sebagai suami isteri cemburu adalah satu sifat terpuji yang harus dimiliki oleh setiap pasangan asalkan cemburu tu tidaklah keterlaluan. Cemburu itu boleh. Tapi awak janganlah cemburu kuat sangat. Nanti saya penatlah nak memujuk. Awak tu kalau merajuk menakutkan tahu!” Balas Andra geram dan mencubit kedua-dua pipi Haykal. Tergelak Haykal dibuatnya. Nampakya isterinya itu trauma dengan rajuknya. Haha.


            “Baru rajuk sikit macam tupun dah mengalah?” Soal Haykal dan menaikkan kening kanannya nakal. Mencebir bibir Andra dibuatnya.


            “Sikit awak kata? Saya demam-demam pun saya sanggup nyanyikan lagu buat awak. Dia pula boleh kata tak merdu!” Balas Andra geram. Tergelak Haykal dibuatnya. Tubuhnya dinaikkan sedikit dan dahi isterinya dikucup penuh kasih.


            “Abang gurau jelah. Siapa kata suara awak tak merdu? Merdu sangat-sangat. Lagu tu adalah lagu ketika pertama kali kita berjumpakan? Ingat lagi tak gadis kampung yang ayu memakai kain batik dan baby-tee sedang melalak kat atas buaian?” Sakat Haykal dan menaikkan kening kanannya nakal. Pinggang isterinya dipeluk erat. Menjerit kecil Andra dibuatnya.


            “Hei! Jahatlah!” Jerit Andra geram dan menutup mulut suaminya. Tergelak Hayklal dibuatnya. Sebenarnya apa bila diingatkan kembali semuanya terasa indah. Pertemuan pertama kali mereka, di mana isterinya itu mengenakannya sehinggakan dia boleh tersesat sampaikan ke kubur? Okay serius pabila teringatkan kembali ianya begitu lucu.


            “Orang tu pula boleh  tersesat sampai ke kubur. Apa kes?” Soal Andra dan menjelirkan lidahnya. Tergelak Haykal dibuatnya.


            “Siapa yang sesatkan abang? Bercakap bukan main lagi. Tup tup kubur sayang tunjukkan abang.” Balas Haykal geram. Andra tergelak dan menlingkarkan tangannya ke leher suaminya.


            “Hahaha. Padan muka!” Balas Andra nakal. Terjengil mata Haykal dibuatnya. Spontan Haykal mencubit lembut punggung montok isterinya. Menjerit kecil Andra dibuatnya.


            “Hei! Apa main cubit-cubit ni?! Gatallah!” Balas Andra geram dan menampar lembut tangan suaminya. Nakal betul! Tergelak Haykal dibuatnya. Merah mukanya menahan malu. Entah kenapa dia tiba-tiba boleh mencubit punggung isterinya. Aduhai. First time Haykal mencubit punggung wanita. Mahu tak malu! Haha.


            “Dah sayang tu nakal sangat!” Balas Haykal dan mencium pipi isterinya geram. Tersenyum manja Andra dibuatnya.


            “Saya sayang awak!” Bisik Andra dan memeluk tubuh suaminya erat. Tersenyum lebar Haykal dibuatnya.


            “Abang sayang awak juga sayang…” Bisik Haykal lembut. Matanya dipejam. Terasa bahagia dirasakan.


            Kring!


            Kring!


            Kring!


            Spontan Haykal dan Andra melepaskan pelukan dan saling berpandangan. Iphone 4s Haykal yang berada di dalam kotnya diambil dan tertera nama Haniff di situ.


            “Hello Nif.” Sapa Haykal dan memandang isterinya yang turut memandangnya itu.


            “Wei bro! Kau kat mana? Aku dah basi tau tunggu kat lobi ni. Agak-agaklah nak beromen pun. Kat rumah bro. Sekarang kerja dulu!” Marah Haniff geram. Spontan Haykal menepuk dahinya dan tersengih. Boleh pula terlupa Haniff yang sedang menantinya dibawah sana.


            “Aduh. Sorry Niff. Aku lupa. Sekejap-sekejap. Aku dah nak turun lah ni.” Balas Haykal dan tersengih. Andra yang mendengar kata-kata suaminya itu tergelak kecil. Boleh pula suaminya terlupa pada berjanji dengan Haniff di bawah.
           

            “Cepat! Aku tinggal nanti baru tahu! Assalamualaikum wbt!” Balas Haniff geram dan mematikan panggilan. Susah juga orang tengah angau ni. Haha. Tersengih Haykal dibuatnya. Iphone 4s kembali diletakkan ke di dalam kotnya. Isterinya dipandang.


            “Sorry. Abang kena ke site  juga hari ni…” Jelas Haykal kepada isterinya dan mengusap kedua-dua pipi Andra. Tersenyum Andra dibuatnya.
           

            “Tak apa. Careful ya. Take care.” Balas Andra lembut. Faham akan kerja suaminya. Pergi ke site dan meninjau project yang kendalikan oleh MH HOLDING.


            “Thanks sayang abang. Abang sayang awak. Hanya awak.” Balas Haykal lembut dan merenung mata hazel isterinya. Perlahan-lahan dahi isterinya dikucup. Spontan Andra memejamkan matanya dan merasai ciuman hangat suaminya. Setelah itu, ciuman Haykal turun pula ke hidung mancung isterinya. Turun pula ke kedua-dua pipi isterinya dan akhirnya ke…. Bibir merah merekah isterinya. Lama…..











***CINTA ENCIK DUDA***










HANIFF yang melihat Haykal yang keluar dari lif mengerutkan dahi pabila melihat senyuman lebar teman baik a.k.a bossnya itu. Tadi bukan main serius dan tegang lagi wajahnya. Tup-tup jumpa saja isterinya terus berubah sebegitu drastic. Berubah 100% wajahnya. Gembira semacam.


            “Uik! Happy nampak! Jumpa wife je terus berubah.” Sindir Haniff dan berdiri. Kot rona khakinya dibetulkan. Tersengih Haykal pabila disindir oleh Haykal. Neck-tienya dibetulkan.


            “Sorry lambat…” Balas Haykal dan mengaru dahinya. Terasa mukanya saat ini kemerahan kerana malu. Haha. Haniff tersengih.


            “Dah charge bro? Boleh kita gerak?” Sindir Haniff kembali. Spontan Haykal tergelak besar dan menunjukkan penumbuknya kepada Haniff. Gila punya Haniff. Boleh pula kata macam tu. Hahaha.


            Haniff pula tersengih. Sejujurnya, dia turut bahagia pabila melihat teman baiknya itu bahagia. He worths for it. Di atas semua yang terpaksa Haykal tempuhi selama ini. Teman baiknya itu memang sepatutnya merasai segala kebahagiaan yang dialaminya kini. Andra. Andra adalah cahaya yang Allah Swt anugerahkan buat Haykal untuk menerangi kehidupan teman baiknya itu. Haniff hanya mampu mendoakan kebahagiaan Haykal dan Andra. Semoga kedua-duanya dianugerahkan kebahagiaan rumah tangga dan zuriat yang soleh dan solehah. Amin~









***CINTA ENCIK DUDA***










SETELAH makan malam, Haykal, Andra dan Aira duduk santai di living room dan menonton televisyen sambil memakan blueberry muffin yang Andra buatkan tadi petang sejurus balik dari kerja. Terasa beruntung sekali Haykal kerna mempunyai isteri yang rajin memasak dan membuat pelbagai jenis kek, biskut dan sebagainya untuknya dan Aira. Sejak berkahwin, terus terang dia katakan. Berat badannya semakin naik dan dia terpaksa gandakan masa senamannya demi membakar lemak-lemak yang terdapat di dalam  badannya.


            Sememangnya sejak muda lagi dia gemar menjaga tubuh badannya. Senaman itu penting baginya. Tak kira hanya sekadar bersenam di dalam mini gym nya. Hal ini kerana, senaman pagi yang konsisten, akan membentuk minda dan badan kita untuk bangun secara berdisiplin. Maknanya, kita jadi mudah untuk bangun pagilah. Ini kerana apabila kita cuba sedaya upaya untuk bangun pada waktu yang sama, sistem endokrin dan irama circadian kita akan terbiasa dengan tabiat yang kita bentuk.


            “Pssst! Siapa yang hantarkan Aira balik tadi?” Bisik Andra pada anak daranya di sisi. Suaminya yang leka menonton televisyen sempat dijeling. Aira pUla yang sedang memakan muffin spontan tersengih memandang mummynya di sisi.


            “Abang Faiz…” Bisik Aira dan tersengih. Matanya dikenyitkan nakal.


            “WTH?” Soal Andra tidak percaya. Tergelak Aira dibuatnya. Haykal pula di sisi mengerutkan dahinya memandang isteri dan anak daranya itu.


            “WTH?” Soal Haykal hairan. Andra tersengih memandang suaminya di sisi.


            “Papa tahu ke apa maksud WTH?” Soal AIRA dan menaikkan keningnya nakal. Haykal mencebirkan bibir. Bahunya diangkat.


            “Entah. Apa tu?” Soal Haykal hairan. Spontan Andra dan Aira tergelak.


            “Haila. WTH tu What The Hell lah sayang.” Jelas Andra dan tersengih. Terjengil mata Haykal dibuatnya. Kenapalah anak muda sekarang suka menyebut benda tak tentu?


            “Main teka teki nak? Kalau papa kalah papa kena belanja mummy dan Aira shopping. Deal?” Aira memberi idea dan memandang papanya denagn mata bersinar-sinar. Spontan Andra turut teruja mendengar kata-kata Aira itu.


            “Kalau mummy dan Aira yang kalah?” Soal Haykal dan menaikkan keningnya.  Aira dan Andra spontan saling berpandangan dan tersengih.


            “Kami urut badan papa nak?” Soal Andra memberi idea dan memandang suaminya. Spontan Haykal tersenyum. Kira okaylah tu. Kiranya dua-dua mendapat benefit. Belanja Shopping? Apalah sangat. Tak luak pun hartanya dek isteri dan anaknya itu.


            “Okay deal.” Balas Haykal dan spontan Aira dan Andra bersorak riang. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Orang perempuan. Kalau dah kata SHOPPING. Terujalah mereka.


            “Deal!” Balas Andra dan Aira serentak. Aira duduk di atas permaidani dan menghadap papanya manakala Andra duduk di sisi suaminya.


            “Okay kita start, FYI?” Soal Aira semangat pada papanya. Haykal terdiam dan berfikir. FYI?


            “For Your Information?” Soal Haykal. Spontan Andra dan Aira berpandangan dan mengeluh.


            “Huhuhu. Betullah. Macam mana tahu?” Soal Andra hairan. Haykal tersengih.


            “Pavi selalu sebut FYI kalau sampaikan maklumat pada abang.” Jelas Haykal dan mencubit pipi isterinya nakal. Mahu tergelak dia melihat wajah Aira dan Andra yang cemberut itu. Okay, tidur lenalah dia malam ni. Urut yer! Haha.


"LOL?" Soal Aira tak mengalah kepada papanya. Andra pula di sisi Haykal tersengih. Haykal mengerutkan dahinya dan memandang kedua-duanya.
           

"Lots Of Love?" Jawab Haykal. Spontan Andra dan Aira bersorak riang.


"Tet! Salah! Lots Of Laugh lah sayang..." Balas Andra dan tergelak. Mengaru leher Haykal dibuatnya. Kalah lagi...


"Okay-okay. Yang ni, WTF?" Soal Andra pula. Haykal mengetap bibir. WTF?


"Where The Food?" Soal Haykal blur. Spontan Andra dan Aira tergelak besar. Sampaikan terbaring di atas permaidani.


"Apa ni sayang? Awak ni straight sangatlah." Balas Andra. Tergeleng kepalanya dek kebingungan suaminya.


"So?" Soal Haykal dan menaikkan kening kanannya.


"What The Fu** lah papa." Jelas Aira dan tersengih. Terjengil mata Haykal dibuatnya.


"Ouch!" Adu Aira dan memegang bibirnya yang ditampar lembut oleh papanya.
           

"Tak baiklah kata macam tu. Awak tu perempuan tahu!" Tegur Haykal kurang senang. Boleh pula anak daranya itu menyembut yang tak tentu. Tersengih Andra di sisi. Mahu dia yang kena. Baik diam. Hehe.


"Yalah. Yalah. Tak buat lagi..." Balas Aira dan mencebir bibirnya.


"Okay-okay lupakan yang tu. ILY?" Sampuk Andra cepat sebelum mood suaminya berubah kepada penceramah tegar. Haha. Haykal kalau sudah keluar mood membebelnya boleh tahan lamanya. Saat ini Haykal pula tersenyum. Bibirnya didekatkan pada telinga isterinya. Aira yang melihat hanya mampu memandang dengan pandangan blur.


"I Love You..." Bisik Haykal lembut dan romantis ke cuping telinga isterinya dan Andra?


"Eh... Mummy!"


"Sayang!"










***CINTA ENCIK DUDA***











HAYKAL tersenyum memandang isterinya yang tidur lena itu. Boleh pula pengsan pabila dia menyembut ayat I LOVE YOU tadi. Hahaha. Sebegitu sekali penerimaan isterinya. Terkejut sangat sampaikan pengsan isterinya itu. Andra. Andra.


            Sejujurnya, bohonglah kalau dia kata dia tak tahu apa maksud singkatan itu semua. Dia bukannya tua sangat. Masih terdedah dengan bahasa-bahasa ringkas seperti itu. Cuma dia buat-buat tidak tahu saja. Seronok rasanya melihat wajah gembara Aira dan Andra. Setakat belanja shopping itu bila-bila masa sahaja dia boleh belanja anak dan isterinya. Cuma mereka tiada masa dan jika ada masa sekalipun dia dan isteri serta anaknya lebih suka menghabiskan masa hujung minggu mereka bersama di rumah.


            I LOVE YOU… Jujur. Dia ucapkannya penuh dengan rasa kasih dan sayang dari hati kecilnya buat Andra. Tak sangaka yang isterinya itu sampaikan terpengsan sebegitu sekali. Haha. Selepas ini mahu dia rancang baik-baik kalau ingin meluahkan perasaannya pada isterinya itu. Jika salah tempat dan masanya mahu Andra terpengsan kembali.


            “Hurm…” Haykal spontan memandang isterinya yang sudah bangun itu. Perlahan lahan Andra membukakan matanya dan memandang suaminya yang turut baring di sisinya itu.


            “Sayang?” Panggil Andra dengan suara yang serak. Spontan Haykal tersenyum dan membelai rambut isterinya yang lembut dan wangi itu.


            “Ya sayang…” Balasnya lembut. Andra memandang ke sekeliling bilik.


            “Apa yang jadi? Mana Aira?” Soal Andra hairan. Tersenyum Haykal dibuatnya. Aduhai. Isterinya itu ada darah gemuruh mungkin. Setiap kali Andra terkejut pasti gadis itu akan pengsan! Haha.


            “Aira dah masuk tidur di dalam bilik dia. Sayang pengsan tadi…” Jelas Haykal. Terjengil mata Andra dibuatnya.
           

            “Arh? Pengsan? Kkkk… Kenapa?” Soalnya gugup. Dia pengsan? Lagi? Buat malu saja! Haykal tersenyum. Bibirnya didekatkan pada telinga istrinya.


            “Sebab I LOVE YOU…” Bisik Haykal lembut kembali dan Andra?
                                                                                                                         

            “Eh! Eh! Jangan pengsan balik yang… Bangun…” Balas Haykal cemas pabila Andra ingin pitam kembali. Cemas dia dibuatnya melihat isterinya ingin pengsan kembali. Tak baik buat kesihatan isterinya. Andra pula membukakan matanya perlahan kembali dan wajah suaminya dipandang. Tolonglah… Tolonglah jangan sebut perkataan itu. Naik pitam dia mendengarnya….


            Kedua-duanya tersentak pabila Samsung S2 ANDRA berdering. Spontan Andra dan Haykal saling berpandangan dan Samusng S2 yang berada di meja kecil di tepi katil diambil oleh Haykal.


            “Tolong sambutkan.” Balas Andra dan kembali memejamkan matanya. Haykal mengusap rambut isterinya dan nombor yang tidak dikenali itu disambut panggilanya.


            “Hello? Assalamualaikwum Wbt.” Sapa Haykal kepada si pemanggil.


            “Erk! Wwww... Walaikumsalam Wbt. Errr. Ni siapa ya? Bukankah ini number phone Andra?” Soal si pemanggil. Haykal mengerutkan dahinya. Nasib suara perempuan. Kalau lelaki entah apa yang patut dijawabnya.


            “Ya ini number phone Andra. Ni suami dia. Ada apa ya? Andra tengah tidur…” Balas Haykal dan memandang isterinya yang sedang memejamkan matanya itu.


            “What?! Suami?!!!!” Erk! Spontan Haykal menjauhkan hand phone dari telinganya dan Samsung S2 milik isterinya dipandang. Siapa yang menelefon isterinya itu????














B E R S A M B U N G










****************************************








ASSALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES
A J










            HOW was the story? Best? Interesting? Romantic? Boring? Damn? Huhuhu L I’m sorry if CED 24 tak dapat nak puaskan hati anda. M A A F juga kerna lambat update. Seriously aku busy. Sangat…. Aku cuba untuk curi masa. Tetapi aku masih tak dapat nak curi masa tu. Busy sangat. Selepas ni jika aku lambat update. Aku harap uols faham. Tapi jangan risau aku akan tetap curi masa untuk uols. Aku tak minta ganjaran dari kalian. Hanyalah comment dan senyuman setelah membaca karyaku. Itu sahaja…. Huhuhu.




Hurm… Online saja, nampaklah pula benda-benda yang tak sedap mata memandang. WHAT IS YOUR PROBLEM? Entah kenapa ada sahaja yang tak puas hati dengan aku. Kenapa? Adakah aku menganggu anda dengan meminta wang untuk membelikan beras buat aku makan? Ataupun aku menganggu anda dengan memaksa anda membaca karyaku? Tidak bukan?




Ladies,
Aku juga manusia biasa. Punya salah dan silap. Jika aku salah. Tolong maafkan aku. Aku takkan pernah lari dari melakukan kesilapan. Akan tetapi, pabila ditegur dengan cara kasar dan menguriskan hatiku. Aku juga pandai merasa down. Perlu diingat bahwa aku tetap manusia. Aku bukannya robot. Aku akan berdiam diri selagi aku mampu. Manusia. Tahu mengadili orang lain. Tapi tak pernah menghargai orang lain. Namun, harus tahu bahwa orang yang bersabar itu sukar diduga kemarahnnya. Hanya itu nasihat aku. Aku ada BERJANJI ke? Aku kata aku CUBA. Fahamkan? Aku tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Tapi yang peliknya ada sahaja yang tak henti-henti mencari peluang untuk menghentamku. KENAPA?




Ada yang kata penulis harus berfikiran terbuka.
Penulis sekarang demand nak jaga hati saja.
Penulis sekarang nak dengar readers puji saja.
Tapi,
Pernahkah anda berfikir? Penulis itu adalah MANUSIA biasa.
Tahu marah, sedih dan kecewa.



Cuba letakkan  diri anda ditempat penulis. Saat itu barulah anda faham apa perasaan mereka. Jangan hanya tahu memberi komen tanpa befikir terlebih dahulu. Itu hak anda. Saya tahu. Tapi ini hak saya juga untuk berkarya. Siapa tak suka sila unfollow blog saya.




‘a’udzuubillaahi minasy syaithanirrajiim’
Aku akan pendam rasa marahku dan kecewaku selagi aku mampu kerna :
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memuji orang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya ketika marah”. Sabda beliau : “Bukanlah dikatakan orang yang kuat kerana dapat membanting lawannya, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya di waktu marah”.
Wallahualam~




Ladies,
Tak apa, aku maafkan kamu. Cacilah. Hinalah. Makilah. Aku akan tetap maafkan kamu. Semoga suatu hari nanti kamu terbuka hati untuk berteman denganku…




In Shaa Allah~




B I G T H A N K S
To those yang sudi support and follow CED J Serius aku terharu. Ada yang bagi kata-kata semangat dan sebagainya. Melalui FB dan CBOX.  TERIMA KASIH semuanya. Percayalah. Saya amat menghargainya. Segala nasihat dan kata-kata semangat akan saya ambil dan sematkan di dalam hati. In Shaa Allah. May Allah swt bless us J






E N J O Y
R E A D I N G
L A D I E S



 Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
 Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN






B I G T H A N K  S !




Aku ci  ta kamu! J





CED 24???
Ngee~ Padan dengan muka Pn.Maria dan Zaida. Rupa-rupanya ibu dan bapa mertua Andra juga tidak sukakan mereka berdua. Ish! Ish! Ish! Jika ditanya aku sekalipun aku juga turut tidak suka dengan sikap kedua-duanya. Amatlah tidak malu. Huhuhu. Kasihan Andra. Berulang kali dihina oleh Pn.Maria. Berulang kalilah juga dia merasa sedih. Agak salute dengan semangat yang dimiliki oleh Andra. Haykal pula tetap berada di sisi isteirnya di kala Andra memerlukan dirinya. Alhamdulilah. Suami yang baik adalah suami yang dapat menenangkan hati isteri di kala isteri sedang gundah. Aduhduh~ Agak sweet di situ pabila Andra memanggil Haykal berulang kali dengan panggilan ABANG. Serius comel J Aira? Awwwhh~ Mulai bibit bunga-bunga cinta di antaranya dan Faiz. Akan tetapi, adakah Faiz benar-benar sukan Aira? Hurm. Curios… Haykal? Aduhai. Kenapa Datuk menjadi seorang yang kuat cemburu ni? Motip hari ni CEMBURU. Haha. Lelaki. Walau setenang dan sekuat mana pun dia. Dia tetap tidak akan dapat lari dari perasaan CEMBURU. Percayalah… Ehem-ehem. Siapa dapat ilmu hari ni? Angkat tangan? Baru tahukan yang perempuan tak boleh memakai gelang kaki yang berlonceng J In Shaa Allah. Akan kita elakkan di masa akan datang. Pandai Haykal menegur isterinya bukan? Andra pula mudah mengikut kata suaminya. Agak sweet pabila Haykal membukakan gelang kaki tersebut J Aduhai Haniff. Kamu sangat nakal. Boleh pula kata macam tu pada Haykal. Hehe. ILY? Amboi. Dengar saja terus pengsan ya Andra. Hehe. Erk! Siapa pula yang menelefon Andra? Siapa lagi yang akan mengetahui rahsia perkahwinannya? Hwaiting for the next entry ladies….





Saya Ratu Adriana Nadineingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 24  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J






Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.
It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!







We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.








SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J







Till then,













Sincerely,



34 comments:

  1. Hahaha. Kan betul Andra pengsan. Dahsyat sungguh penangan ILY pakcik. Kehkeh. Makin sweet pakcik ni ye?

    My dear Ratu, ni memang sungguh dugaan utk awak di bulan Ramadhan ni. Tabahkan hati. Fikir daripada sudut +ve, bila ada yang menegur tu maknanya mereka ambil peduli. Mmg susah nk puaskan hati semua orang. Tapi, buat semampu kudrat yg ada. Ganbate! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      hahaha yay! awak 1st comment n dapat teka betul!
      nah! gula2! hihi =P

      ahaks! tu baru ILY tu belum lagi yg power punyer haha
      pak cik dalam diam nakal juga haha

      Thanks sayang saya =)
      mmg dugaan harus yg saya tempuhi.
      but alhamdulilah
      awk suma adalah pembakar kpd smngat sy untuk berkarya =)
      itulah dear
      bila kita fkir +ve kdg2 rsa lbh tng . alhamdulilah. thank syg. =)

      Delete
  2. best as usual...keep writing...ignore -ve, amk +ve...hihi..
    ~ZE~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ZE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      alhamdulilah~
      hehe
      thanks for d advice dear =)
      hihihi

      Delete
  3. hehehe....lucu..buleh pulak andra pengsan ila haykal kata ILY...suka..teguran haykal scara lmbut dan pnerimaan andra mnunjukn btapa pentingnya dlm hubungan suami isteri....
    haykal..ikatlah andra...dah brjya pngil "abg" so nxt step bgi aira "adik"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HANI
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      harharhar
      pitam andra dibuatnya =P
      alhamdullilah
      teguran seorg suami mmpu melenturkan hati keras seorang isteri =)
      ahaks!
      amboih! hani nakal! hehehe
      betul!
      aira xsbr nak adik tu hihi =)

      Delete
  4. hehehe....lucu..buleh pulak andra pengsan ila haykal kata ILY...suka..teguran haykal scara lmbut dan pnerimaan andra mnunjukn btapa pentingnya dlm hubungan suami isteri....
    haykal..ikatlah andra...dah brjya pngil "abg" so nxt step bgi aira "adik"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HANI
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      harharhar
      pitam andra dibuatnya =P
      alhamdullilah
      teguran seorg suami mmpu melenturkan hati keras seorang isteri =)
      ahaks!
      amboih! hani nakal! hehehe
      betul!
      aira xsbr nak adik tu hihi =)

      Delete
  5. Yeay....yeay...yeay.... ILY... Hahahaha..... Klau asyik pengsan bila sebut ILY, maknanya haykal cuma boleh ucapkan dlm bahasa lain spt Abang cinta sayang atau wa ai ni atau apa2 bahasa lah selain drp bahasa Inggeris...

    Adegan cintan cintun dah bermula.... Haykal kena berusaha dgn lebih kuat utk meluahkan perasaannya dan juga utk andra menerima cintanya... Alamak, ku yg menjadi lebih jiwang karat.... Hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      Yayyyyyyyyyyyyy!!!!
      hihi =)
      ILY. ahha amboih! kita pn dah ikut DATUK MEGAT dah hehe. ahaks! bahasa isyarat agaknya barulah andra xpengsan lagi haha.

      yes. hehe
      betul! betul! betul!
      in shaa allah
      sdgkan besi pn boleh cair apatah lagi andra haha

      ayamak!
      hihi
      takpe! kite2 je. hihi

      Delete
  6. ILY RATU!!!!!X20....
    SUKE SGT CITE NIE....
    TERBAEK....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      ILY AWAK 10000X!
      Hihihi
      =)
      alhamdulilah
      thanks sayang saya =)

      Delete
  7. Siapa yang telefon Andra?????? Latifah aka Zirafah rasanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI TRIANA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      hahaha
      amboih
      seperti gaya detective conan dah hekhek

      Delete
  8. Amboiiiii.. Teruss pitam?? Lawak la andra nihh..
    Pakcik make sure pasnih ckp I lev u masa kt umah jer ;)
    Makin sweet pakcik ni ;p pasnih suroo andra pgl abg lg.

    Dear ratu, be strong ya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZZ ACU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)


      amboiiii!!!
      hahaha darah gemuruh punya pasal dear!
      hihihi
      tulah dear
      tkt2 klu pengsan kat tgah jalan pula
      hahaha
      sweet ke? sukew lettew! =P hihihi

      THANKS DEAR =)
      SAYANG AWAK!

      Delete
  9. thx utk n3.. byk kali gak buka tutup blog.. curi msa smata nk tgok n3 br...

    pe'el mnusia nie mcm2... awk xpyh nk ambk ati sgt.. buat ikut cr awk jer... kalo awk rsa dh xleh nk thn sgt private jer blog awk... invite pminat yg HANYA mghargai karya awk. dugaan mkin byk pminat mkin byk lah cbaran.. gud luck ok... dunt touching2...relek sdh...

    agak2 sapa lah yg cll andra ek.. nie yg xsbr rsanya... lg xsbr nk tgu haikal n andra mjd psgn suami isteri yg sbnarnya... kalo lah sy dpt suami mcm haikal... alagkah sronok nya..haha beragan skjp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI EIJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      most wc sayang saya :)
      thanks juga :)

      aduhai~
      kasihan awak
      sorry ya dear :) my bad :(

      tulah dear. xsuma org sukakan kita kan. kita dah buat shbis baik pun still xda yg suka :( terima jelah. huhu. terpikir gk nak buat mcm tu dear. tpi kasihan pula pada yg xda blog tu. xpelah. nnti klu dah teruk sgt barulah nak fikir buat mcm mna. thanks ya 4 d advice :) hehe in shaa allah xkan touching. kite relax sudeee kerrnnn. hihi. kite bc novel sbb nk tenangkan fikiran gitewww haha

      sebenarnyakan....
      tet!
      hihi tgu ced 25 tau! hihi
      amboih! nakal! haha.
      sy pn nak klu mcm tu!
      haha. indahnya hidup!
      ceh! haha

      Delete
  10. Ratu tak kesahlah apa org lain nk kata tapi Ratu tetap the best. Sentiasa menunggu n3 baru CED tanpa jemu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANOR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      Thanks sayang saya =)
      terharu bc comment awak
      alhamduillah
      hwaiting ya dear =)

      Delete
  11. Apa yang menarik tentang karya Cik Ratu???? YANG PALING DAN SANGAT2 SAYA SUKA,PENGUCAPAN SALAMNYA YANG PENUH,ADA HADIS YANG SAHIH.Ni bukan bodek tau....KENYATAAN....


    CED 24,Sedih dan terguris.Hinaan dan cercaan dari X mentua Haykal.Peranan kaum lelaki dalam meleraikan kemelut dan pergaduhan mulut.

    Romantisnya,Kasih sayang antara suami,isteri dan anak tiri.Kepercayaan suami isteri memainkan peranan penting dlm institusi kekeluargaan.

    Best,Sebab...pelbagai emosi yang dimainkan.Membuat saya ikut terbuai...hahahahaha...


    Cik Ratu..Siapa tu,yang call Andra?Kawan Maya ke? huhuhu...


    Cik Ratu....Abaikan segala kritikan tu...jangan disimpan didlm hati...Take care and 10 s a lot 4 CED 24...suka2..suka2 saaaaaaaaaaaaangggggggggaaaaaatttt!sayang kamoooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI CHE LAILA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)


      awwwhhhh~
      thanks sayang saya =)
      terharu! alhamdulillah~

      betul tu dear
      di sini kita dpt tgk bagaimana kaum lelaki memainkan peranan mereka =)

      romantis kan? buat sy nak kahwin jer! hihi
      betul tu dear. KEPERCAYAAN itu penting untuk menjaga keaman sesebuah hubungan

      hahaha terbuai yer!
      meh saya buai! hihihi =P

      siapa maya tu dear? ahaha

      THANKS SAYANG SAYA =)
      in shaa allah xkan simpan d dlm hati
      hehe
      take care too awak.
      sukaaaaaaaaaaa sangattttttttttt kamu juga! sayanggggggggggg kamu juga! hihi

      Delete
  12. hahahahhahahah... mmg sweet la bile DMH cemburu..
    sapala yang terkejut beruk sapa macam 2 bile dgr suara DMH ....FI ke. @jenny..heheheeh sama2 tgu n3 25..hahahahaha peaceeeee ratu jgn tension...muahhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NZ LYNA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      hahahahaha
      tulah
      nakal betul DMH klu cmburukan hahaha

      hahaha betulbetulbetul!
      hwaiting 4 ced 25 hihi =)

      peaceeee!
      xsayang =) kita chill okay haha muahhhh

      Delete
  13. BEST...BEST...BEST...BEST...Andra nti jgn lupa to reply "ILYT abang"...hehehe...TQ Ratu..

    p/s: Aira x nak jadi pengapit mummy ke? :)

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI COL
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      hahaha
      thanks sayang saya =)

      haha dengar tu andra.
      cik col bagi nasihat hihi
      most wc sayang =)

      P/S : naknaknak! hihi

      Delete
  14. wow... ratu saya harap time bersanding Andra akan mengandung... tentu best coz 3 org akan bersanding,.. heheheh.. Queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI QUEEN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      Ahaks!
      amboih!
      macam fasha ker?
      tapi best juga tu hehe

      Delete
    2. Lebih kurang cam tu la Ratu... tapi kan apa kata buat thrill sikit, maksud saya time tu baru Andra and Haykal got to know that Andra is pregnant... andra pengsan time bersanding... wow, of coz huru-hara that dewan.. bestnya... Queen..

      Delete
  15. best sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      thanks dear =)

      Delete
  16. terbaek....CED x pernah mengecewakan..

    ignore je pada yang -ve 2.....be strong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI FIEZA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      Thanks sayang saya =)
      alhamdulillah

      hehe in shaa allah
      thanks 4 d advice ya

      Delete
  17. hi assalam... saya baru je follow cerita n blog ni... saya sangat2 suka dgn karya anda.. sy dah baca cerita ni 3 kali dari entry 1 hingga 24..x puas2 baca.. dan nk baca lagi...

    sy kadang2 x faham nge pembaca yg beri komen negative.. kalau x puas hati jgn baca x perlu sakitkn hati penulis.. ini karya penulis biar penulis yg corakkan ceritanya...
    andai x puas hati buat karya sendiri...

    buat cik ratu.. just be ur self.. u sgt berbakat.. ramai lg yg menyokong anda... :)

    ReplyDelete