Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Tuesday 31 July 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 25













CINTA ENCIK DUDA BAB 25






Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
Its not that I want you not to say
But if you only knew
How easy it would be to
show me how you feel
More than words
Is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say
that you love me, yeah
Cause I'd already know…







AKU mengetapkan bibir memandang Kak Ipah yang sedang memandangku bagaikan seorang pesalah. Erk! Kalau ya pun nak jawapan janganlah pandang macam tu sekali kot. Tak tentu arah aku dibuatnya. Erk! Boleh tak kalau aku larikan diri sejauhnnya dari Kak Ipah? Kerna kurasa pasti ada sesuatu yang membuatkan dia tak puas hati denganku. Haha.


            “Apa?” Soalku hairan dan menaikkan keningku memandangnya. Merengus geram Kak Ipah dibuatku.

           
            “Duduk sini!” Arah Kak Ipah dan menarik tanganku agar duduk di sofa berangkai tiga yang terdapat di tengah-tengah lobi. Erk! Kak Ipah ni. Kecik besar kecik besar saja aku tengok! Mahu saja aku sekeh kepala dia berulang kali. Nasib aku hormat. Huh. Aku baik tahu! Erk! Dah engkau kenapa? Haha. Percil skirt rona hitamku aku betulkan dan menjeling Kak Ipah di sisi yang memandangku geram.


            “Apa ni kak. Tolak-tolak pula. Sakitlah!” Rungutku padanya dan megosok belakangku yang sakit. Huhu. Ni kalau aku mengadu dekat laki aku. Masak engkau Kak Ipah. Wahhh! Main mengadu pula engkau!


            “Sakit? Hei! Akak ni lagi sakit. Sakit hati pada engkau!” Balas Kak Ipah geram dan menonjol jari telunjuknya ke bahuku. Erk! Tercengang aku dibuatnya.  Aku ada sebut ZIRAFAH ke tadi? Rasanya tak ada. Jadi kenapa Kak Ipah ni bengang semacam dengan aku?


            “Apa maksud Kak Ipah ni? Andra tak fahamlah kak.” Balasku bingung. Kak Ipah mengeluh.


            “Dik.. Akak ikhlas berteman dengan engkau. Akak suka berteman dengan engkau dan akak dah anggap engkau sebagai adik akak. Tapi tak sangka engkau buat akak macam ni. Engkau tak jujur dengan akak. Akak….” Balas Kak Ipah sebak. Erk! Kalut aku dibuatnya.


            “Eh! Eh! Chop! Apa ni kak? Saya tak fahamlah. Cuba terangkan dulu. Barulah nak marahkan saya ke apa.” Sampukku dan soalku tak puas hati.
           

            “Ouch!” Rungutku pabila telingaku ditarik geram olehnya. Dapat kurasakan telingaku kini sedang berdenyut-denyut. Mak ngaih! Bisa gila tangan Kak Ipah ni!


            “Menyampuk! Akak belum habis cakap engkau dah sampuk eh! Aku sekeh juga kepala engkau nanti!” Balas Kak Ipah geram. Spontan aku tersengih dan mengosok telingaku.


            “Hehe. Sorrylah kak. Okay-okay. Sambung. Bagitahu pada saya apa yang akak tak puas hati pada saya ni?” Balasku kepadanya. Kak Ipah menarik nafasnya dan dihembuskan perlahan.


            “Semalam, semalam akak call engkau. Sebab akak nak ingatkan engkau supaya jangan  lupa bawakan kek pelangi yang engkau katakan tu buat akak.” Jelas Kak Ipah kepadaku tenang.


            “So?” Soalku hairan. Apa masalahnya? Erk! Apa Kak Ipah kata tadi? Dia call aku?


            “Eh! Akak ada call saya ke semalam?” Soalku bingung. Kak Ipah menganggukkan kepalanya.


            “Adalah... Engkau tahu siapa yang sambut?” Soal Kak Ipah kepadaku. Aku mengerutkan dahi.


            “Hantu?” Soalku selamba.


            “Ouch! Akak!” Rungut kembali pabila telingaku kembali ditarik. Sakit!!!! Mendengus Kak Ipah dibuatnya.


            “Dah engkau tu melalut saja kerjanya. Tak pandailah serius! Ni semalam akak call engkau dan ada lelaki yang sambut call akak tu. Dia kata dia suami engkau dan engkau tengah tidur. Astagfirullah’alazim dik. Tak tenang tidur akak dibuatnya. Bukankah engkau letak status engkau dekat resume engkau adalah BUJANG? Akak ulang ya. BUJANG. Bukannya SUDAH BERKAHWIN. Kau jangan dik. Berdosa tahu buat maksiat.” Balas Kak Ipah bengang dan gelengkan kepalanya. Erk! Terkedu aku dibuatnya. Apa maksud Kak Ipah? Spontan dahiku diketuk. Cuba mengingati kembali kejadian semalam. Selepas saja aku pengsan aku kembali bangun dan sudah terbaring di dalam bilik kami setelah pengsan akibat….. Errr. Akibat pak cik sebut Err. ‘Ayat Keramat’ tu.. Selepas tu aku bangun tapi pengsan kembali sebab dia ucapkan kembali. Pitam aku dibuatnya. Yang sampai ke telingaku saat itu hanylaah suara pak cik yang mengatakan yang ada panggilan buatku. Lepas tu aku dah tak sedar dengan diri aku. Bangun saja aku dah berada di pelukan suami aku. Baik punya selesa aku tidur. Tapi.. Chop! Tadi Kak Ipah kata lelaki tu mengaku suami aku kan? Erk! Pak cik ke? Mampus aku! Nak explain apa dengan Kak Zirafah ni?


            “Assalamualaikum Wbt ladies.” Sapa suara garau kepada kami berdua. Spontan kami tersentak dan menoleh ke belakang.


            “Erk! Walaikumsalam wbt Datuk. Morrr.. Morning.” Sapa Kak Ipah kembali kepada pak cik dan spontan kami berdiri dengan kalut. Baju dibetulkan dan kepala kami ditundukkan sedikit tanda hormat.


            “Morning. Tengah bincangkan apa ni? Serius nampak.” Soal pak cik hairan kepada kami dan memandangku hairan. Aku mengetap bibir dan memberi isyarat mata kepadanya. Namun, dia hanya memandangku hairan.


            “Kami tengah bincang tentang…” Belum sempat Kak Ipah menyudahkan kata-katanya aku sudah menyampuk.


            “Eh! Bukan Datuk nak jumap dengan saya ke? Jomlah kita. Saya pun tengah free ni.” Sampukku dan memandang pak cik. Mataku dijengilkan padanya agar dia faham. Mulanya dia mengecilkan matanya memandangku hairan. Namun, seketika kepalanya dianggukkan tanda faham.

           
            “Err. A’ah. Saya nak jumpa awak. Jomlah...” Balas pak cik gagap. Kak Ipah pula di sisi tercengang memandang kami.


            “Errr. Datuk jalan dululah.” Balasku dan menundukkan kepalaku sedikit tanda hormat padanya. Dia anggukkan kepalanya dan berjalan mendahuluiku. Pabila aku melangkah aku memejamkan mataku agar Kak Ipah tidak memanggilku. Namun, aku terpaksa berhenti melangkah pabila dia menarik tanganku.


            “Wei dik! Sejak bila engkau rapat dengan CEO ni? Apa kes budak practical berjumpa dengan CEO ni? Musykil aku!” Soal Kak Ipah hairan dan mencengkak pinggangnya memandangku. Erk! Spontan aku mengaru leher.


            “Err. Entahlah kak. Andra pun tak tahu. Adalah kot yang datuk tak puas hati dengan Andra tu. err. Saya pergi dululah kak. Laki saya dah tunggu tu. Eh! Datuk dah tunggu tu. Hah. Datuk. Saya pergi dulu Kak Zirafah.” Balasku pada Kak Zirafah gugup dan melarikan diri pabila Kak Zirafah menjerit namaku geram kerana memanggil namanya Zirafah! Hahahaha.










***CINTA ENCIK DUDA***










HAYKAL yang sedang menaip kerjanya di laptop jenama Apple nya spontan terhenti menaip dan memadang isterinya hairan. Keningnya dikerutkan pabila melihat isterinya yang sedang baring meniarap di atas sofa berangkai tiga di dalam biliknya dan menjuntaikan kepalanya yang dsandarkan di penghadang meletak tangan itu kelihatan sugul. Mahu setengah jam isterinya menghabiskan masanya melepak di dalam pejabatnya Haykal. Haykal hanya membiarkan dan lebih suka jika isterinya melepak di situ. Tenang juga hatinya melihat Andra yang berada di hadapannya sentiasa. Namun, seketika kepalanya digelengkan pabila melihat peha putih melepak isterinya yang terdedah itu. Astagfirullah’alazim. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Isterinya itu memang selamba sahaja orangnya. Ingat suaminya ini patung ke? Tak ada perasaan pabila melihat keseksian istrinya? Aduhai Andra.


            “Hahhhhh!!! Kusut!!!” Keluh Andra kuat dan menyandarkan kepalanya di penghadang meletak tangan sofa. Terasa kusut sekali kepalanya memikirkan hal Latipah. Haykal mengerutkan dahinya. Tubuhnya dibawa berdiri dan dibawa dekat pada single sofa yang berhadapan dengan isterinya yang sedang terbaring itu. Didudukkan dirinya di sofa tersebut.


            “Kenapa ni sayang? Tak baik mengeluh.” Tegur Haykal lembut kepada isterinya. Andra mengeluh kembali.


            “Kusut! Complicated! Susah!” Rungut Andra dan menyembamkan wajahnya ke sofa. Berkerut dahi Haykal dibuatnya. Tubuhnya dibawa diri dan didudukkan di sisi isterinya yang sedang baring meniarap itu. Perlahan-lahan tangannya mengusap belakang isterinya dengan lembut. Andra pula hanya membiarkan. Terasa senang diperlakukan sebegitu rupa oleh suaminya.


            “Tak baik mengeluh sayang….” Tegur Haykal lembut. Andra terdiam.


            “Sakitlah kepala ni fikir…” Rungut Andra. Haykal mengelengkan kepalanya.


            “Sayang… Perbuatan mengeluh sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:


‘Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.’


Dan sabdanya pula, ‘Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.’ (Riwayat oleh Imam Majah). Sayang fahamkan?” Jelas Haykal lembut. Spontan Andra memalingkan tubuhnya menghadap suaminya. Tubuhnya dibaringkan melentang menghadap siling. Satu keluhan dilepaskan.


            “Sorry… Andra bukan sengaja nak mengeluh ke apa. Andra cuma rasa bingung dengan apa yang Andra hadapi.” Balas Andra kesal dan merenung suaminya. Tersenyum Haykal dibuatnya. Perut kempis isterinya diusap lembut. Bagaikan ada zuriat mereka di situ. In Shaa Allah. Jika diizinkan oleh-NYA.


            “Sayang.. Dengar ni…” Balas Haykal dan memulakan ceritanya. Andra pula memandang suaminya penuh minat.


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.


"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."


Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"


Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"


Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"


Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."


Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"


Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."


            “Kesimpulannya di sini, walau sesusah mana yang awak hadapi. Bersabarlah dan jangan sesekali mengeluh. Kerana di saat awak mengeluh masalah yang awak hadapi itu. Saat itu awak harus tahu bahwa lebih banyak orang di luar sana menghadapi masalah yang lebih berat dari awak. Sayang… Kalau sayang ada masalah apa-apa. Tolong kongsi dengan abang. Mana tahu abang dapat meringankan beban awak. In Shaa Allah.” Jelas Haykal lembut dan merenung wajah cantik isterinya. Andra terdiam. Ya. Benar kata suaminya. Betapa khilafnya dia.hanya kerana masalah sekecil zahrah dia mengeluh bagaikan ada masalah seberat batu besar yang menghempap ke badannya. Sedangkan wanita yang diceritakan oleh suaminya tadi begitu sabar menghadapi ujian yang mendatang. Betapa malunya dia….


            “Maafkan Andra abang…” Bisik Andra lembut dan merenung suaminya. Tangan Haykal ditarik lembut dan dikucup penuh kasih. Tersenyum Haykal dibuatnya. Kepalanya digelengkan.


            “Tak apa sayang. Cuma next time jika sayang ada ada masalah, share dengan abang dan mintalah pentunjuk dan jalan dari-NYA. In Shaa Allah. Sayang akan lebih tenang. Tell me. Apa masalah sayang?” Balas Haykal lembut. Andra terdiam dan membiarkan jemari suaminya membelai rambutnya.


            “Kak Ipah…” Adu Andra. Berkerut dahi Haykal dibuatnya.

           
            “Kenapa dengan dia?” Soal Haykal lembut. Siapa? Dia sendiri tidak mengenali wanita yang isterinya katakan. Akan tetapi Haykal pasti wanita itu adalah wanita yang bersama isterinya tadi.


            “Semalam dia ada call Andra and abang yang tolong jawabkan bukan?” Soal Andra lembut.


            “A’ah. Dia ke semalam tu?” Soal Haykal. Andra anggukkan kepalanya.


            “Ya. Dia terkejut bila dapat tahu Andra ada suami. Dia kata abang bagi tahu yang saya tidur dan abang suami saya…” Jelas Andra. Haykal tersenyum kecil dan anggukkan kepalanya.


            “Ya sayang. Kenapa? Apa masalahnya?” Soal Haykal hairan. Andra mengeluh.

            “Masalahnya dia terkejut dengar abang kata macam tu. Sampai tak tenang tidur Kak Ipah tu dibuatnya. Kak Ipah dah mulai curiga dengan saya.” Balas Andra jujur. Haykal pula yang mengeluh.


            “Sayang. Apa maslahnya? Terus terang jelah yang awak dah berkahwin dan kita suami isteri. Susah sangat ke? Kenapa nak kusutkan kepala awak macam ni?” Soal Haykal hairan. Andra merengus.


            “Masalahnya kalau saya berterus terang nanti entah apa yang di akan soal siasat akan saya. Siapa suami saya? Namanya siapa? Kerja di mana? Apa saya nak jawab? Takkan nak jawab yang suami saya Datuk Megat Haykal dan dia berkerja di MH HOLDING sebagai CEO. Huh! Terkejut beruklah dia nanti sayang…” Rungut Andra geram dan menjeling suaminya. Tergelak kecil Haykal melihat wajah geram istrinya. Serius comel. Namun, gelaknya terpaksa dipendam di dalam hati saja. Mahu Andra sekeh kepalanya nanti. Haha.


            “Sayang… Apa salahnya? Terus terang sajalah. Isteriku Andra. Kerana itu suatu perkahwinan itu harus digembar-gemburkan bagi mengelakkan sebarang fitnah. Kita sah dan halal. Tapi kita berjumpa senyap-senyap macam ni dekat office abang. Kalau staff lain dapat tahu bagaimana? Pasti akan timbul syak wasangka dan fitnah dari mereka. Kita tak boleh salahkan mereka kerana kita sendiri yang sembunyikan perkahwinan ni. Sayang… Cuba saja semua tahu kita dah berkahwin. Sesuka hati saja abang angkut awak masuk ke pejabat ni. Lama-lama pun tak apa. Mereka tak berani nak pertikaikan. Abang juga boleh jumpa awak sesuka hati abang dan lunch bersmaa dengan awak. Tak payahlah lunch berlainan walaupun pada dasarnya kita lunch satu restaurant setiap hari. Cuma pandang dari jauh. Abang tak sukalah yang…. Kita pergi kerja pun lainl-lain. Pernah terfikir? Tak kan? Sebab tu time macam ni awak kalut sendiri. Hei! Tengok tu! Suami tengah bagi nasihat dia pula tutupkan telinga dia. Bagus sangatlah buat gaya macam tu! Nanti Allah Swt tu turunkan bala on the spot baru awak tahu!” Rungut Haykal di saat isterinya menutupkan kedua-dua telinganya. Geram Haykal dibuatnya. Andra pula spontan berhenti dari menutup telinganya. Terasa berdesing telinganya di sindir oleh suaminya. Spontan dia turunkan tangannya dari menutup telinganya di saat Haykal mulai bengang degan dirinya.


            “Jeling! Jeling! Cium nanti baru tahu!” Tegur Haykal geram pabila Andra menjelingnya geram. Andra mencebir bibirnya.


            “Ciumlah kalau berani!” Cabar Andra dan menjeling suaminya. Namun, di dalam kepala sudah menacari pelbagai cara untuk back hand kan Haykal jika Haykal menciumnya. Jangankan back hand. Segala hand-hand akan dicubanya. Haha.


            ‘Amboi budak ni. Mencabar aku pula.’ Desis hati Haykal geram di saat Andra mencabarnya.


            “Apa pandang-pandang? Nanti saya….” Belum sempat Andra menyudahkan kata-katanya bibirnya sudah dikunci oleh bibir suaminya. Terasa ciuman hangat suaminya di bibirnya. Terasa dunia bagaikan berhenti berputar seketika dan terasa jantungnya bagaikan terhenti berdegup.  Haykal menarik tangan isterinya lembut dan dlingkarkan tangan isterinya ke pinggangnya dan kemudian tangannya pula memeluk erat dan kemas pinggang isterinya. Andra mulai memejamkan matanya dan turut membalas ciuman suaminya. Tersenyum Haykal di dalam hati pabila melihat respond isterinya. Andra perlahan-lahan mengeratkan pelukannya pada pinggang suaminya. Back hand entah ke mana. Hand-hand entah ke mana. Hahahaha.


            “Morning Datuk. Eh! Ops!” Spontan Pavi yang baru memasuki bilik pejabat bossnya tersentak pabila melihat pemandangan di hadapannya saat ini. Bagaikan tersentap jantungnya. Bossnya iaitu Datuk Megat Haykal dan Andra gadis cantik dan diminati oleh bossnya itu saling berciuman dan berpelukan mesra? Apakah maksudnya itu? Adakah dia sedang bermimpi? Terasa tidak percaya Datuk Megat Haykal yang alim dan bukannya kaki permpuan itu saling berciuman dengan gadis muda di dalam pejabatnya. Terasa hairan Pavi dibuatnya. Bukankah di dalam Agama Islam yang berciuman speerti itu hanyalah suami dan isteri. Jangankan Agama Islam. Agamanya iaitu Agama Hindu juga sebegitu. Andra yang cantik manis itu dipandang. Tidak menyangka yang gadis itu memilih jalan singkat untuk mendapatkan kesenangan. Tak sangka Andra gadis yang sopan dan baik itu bersikap seperti itu. Terasa tidak percaya. Kerna itu orang kata jangan ingat yang cantik itu baik dan buruk itu jahat.


            Haykal dan Andra yang tadinya hanyut dengan dunia asmara mereka tersedar pabila melihat Pavi tercengang memandang mereka di muka pintu. Spontan Andra dan Haykal berhenti berkucupan dan melepaskan pelukan mereka. Spontan Haykal berdiri dan membetulkan neck-tienya yang sudah terungkai dan butang bajunya yang terbuka. Andra pula spontan duduk dan membetulkan butang blouse dan percil skirtnya. Termalu sendiri dia dibuatnya. Boleh pula Pavi menangkap mereka berdua sedang berdua-duaan seperti itu.


            “Pav! Wait!” Panggil Haykal disaat Pavi ingin berlalu keluar. Spontan Pavi terhenti melangkah dan berpaling memandang bossnya. Terasa kecut perut mendengar suara garau itu serius memanggilnya.


            “Masuk! Have a sit first. We need to talk.” Arah Haykal dan mengarahkan Pavi untuk duduk. Kasihan pula melihat Pavi yang mengandung itu berdiri lama-lama. Tubuhnya pula dibawa duduk di sisi isterinya. Dibetulkan rambutnya yang serabai. Serius dia malu dengan pavi. Tetapi apa sahaja yang boleh dibuatnya? Andra isterinya. Halal buatnya. Rasanya tak salah. Huhu.


            “Apa yang you nampak?” Soal Haykal kepada Pavi dan menaikkan kening kanannya. Memandang Pavi yang duduk di hadapannya. Serba tak kena Pavi dibuatnya. Takut-takut jika Haykal memarahinya. Terbayang-bayang yang dirinya akan dipecat oleh bossnya itu.


            “Err. I.. I tak nampak apa-apa Datuk.” Dalih Pavi. Tersenyum kecil Haykal dibuatnya.

            “I ask you again. Apa yang you nampak tadi Pavi?” Soal Haykal kembali dengan suara yang sengaja ditekankan. Pavi terdiam dan memandang Andra yang berada di sisi Haykal. Gadis itu hnaya menundukkan wajahnya dan memegang dadanya. Mengeluh Pavi dibuatnya. Datuk Megat Haykal. Jika A katanya maka engkau kena kata A.


            “Err. I nampak you dengan Andra berciuman… Correct me if I’m wrong. I’m sorry.” Balas Pavi gugup. Spontan Haykal berdehem menutup rasa malunya dan neck-tie nya dibetulkan. Jemari isterinya di sisi di tarik lembut dan dicium penuh kasih sebelum diletakkan ke ribanya. Tercengang Pavi melihatnya. Erk! Selamba sungguh bossnya itu.


            “So, you rasa I dengan Andra ada hubungan?” Duga Haykal  kembali dan menaikkan keningnya. Terdiam Pavi dibuatnya. Kepalanya digelengkan perlahan.


            “Err. I tak tahu datuk.” Balas Pavi. Haykal tersenyum. Seronok melihat wajah pucat setiausahanya yang selalu suka menyakatnya itu. Kepalanya digelengkan. Sejak berkahwin dengan Andra otaknya juga ikut nakal. Haha. Kasihan pula melihat Pavi yang mengandung itu ketakutan.


            “Okaylah. I’ll make it clear. Actually, Andra is my wife. Wife I yang sah di sisi agama dan undang-undang.” Jelas Haykal jujur. Terasa kasihan pula bermain teka teki dengan Pavi. Spontan Pavi tercengang dan memandang Haykal dan Andra yang  berada di hadapanya. Andra isterinya Haykal? Terasa tidak percaya.


            “Bbb…Betul ke ni Datuk?” Soal Pavi tidak percaya. Haykal tersenyum dan memeluk bahu isterinya lembut.


            “Yes Pav. Andra is my wife.” Balas Haykal.
           

“Err. Tapi sejak bila Datuk berkahwin?” Soal Pavi hairan. Haykal tersenyum dan menjeling isterinya di sisi.


Time I bercuti hari tu. I balik kampung my wife and kahwin di sana.” Balas Haykal dan mengucup jemari isterinya lembut. Mata hazel isterinya direnung dan bibirnya mengukirkan senyuman manis. Tersenyum Andra memandang suaminya. Renungan mata suaminya dibalas. Haykal tersenyum. Teringat kembali ciuman hangat isterinya tadi. Terasa bahagia hidupnya. Pavi spontan tersenyum lega memandang kedua-duanya. Terasa teruja melihat Datuk Megat Haykal tersenyum manis memandang Andra dan berbual denagn suara yang lembut dan romantis. Berbeda antonasi suara Haykal jika berbual dengan orang lain. Jika dengan Andra bossnya itu kelihatan begitu lemah lembut melayan Andra. Tengok saja dari renungan mata bossnya pada Andra. Setiap kali Andra tersenyum dan bersuara. Mata bossnya tidak lari dari memandang mata dan bibir Andra. Hal itu yang dia perasan sejak Andra memulakan practicalnya. Patutlah Datuk Megat Haykal begigu berminat dengan Andra dan selalu mencuri pandang gadis itu. Ada saja yag disuruh oleh boss nya dihantar oleh Andra ke pejabatnya. Rupanya ada udang di sebalik batu! Hahaha.


“Wow! Congrates Datuk! So bila majlisnya?” Ucap Pavi gembira. Haykal dan Andra saling berbalas senyuman.


Thanks Pav. 3 weeks from now. I akan edarkan kadnya nanti. You tolong edarkan pada staff ya. And please… make sure you datang. Suruh baby hold on dulu. Lepas I sanding baru beranak.” Balas Haykal dan tergelak. Andra di sisi suaminya spontan menepuk lengan Haykal. Boleh pula macam tu. Ingat beranak tu boleh tahan ke? Hahaha.


“Ada pula kata macam tu…” Tegur Andra. Tergelak Haykal dibuatnya. Pinggang isterinya dipeluk mesra.


“Abang gurau jelah…” Bisik Haykal. Pavi tersenyum.


Of course baby akan keluar after your wedding boss.  Don’t worry. Hurm. Patutlah selalu orang tu mencuri pandang pada Andra. Eh. Datin Andra. Bila I suruh pikat Datin. Datuk pula senyum saja. Rupanya dah jadi hak milik kekal.” Sakat Pavi kepada Haykal dan menjeling bossnya yang sudah tergelak dengan muka merahnya. Malu gila.


“Ye ke Puan Pavi? Tak sangka orang tu curi-curi pandang saya.” Sindir Andra dan menjeling suaminya di sisi. Haykal yang tergelak spontan mengaru lehernya. Aduhai. Boleh pula Pavi khabarkan rahsianya. Naik segan dia dibuatnya.


“Abang pandang isteri abang okay. Dapat pahala apa.” Bisik Haykal pada isterinya dan mencubit pinggang isterinya lembut. Tergelak manja Andra dibuatnya. Pavi pula yang melihat kemesraan kedua-duanya. Nampak begitu bahagia sekali dan membuatkan Pavi rindu pada suaminya. Hahahahhaa.


“Abang dah terus terang pada Pavi. Now is your turn... Abang bagi kebebasan kepada awak sama ada nak berterus terang pada Latipah hari ni ataupun tunggu majlis kita nanti. Tapi sama ada awak mahu atau tidak awak kena dan wajib bagi tahu pada dia. Lebih baik rasanya dia tahu dari mulut awak sendiri dari orang lain. And you know what? Sekarang abang rasa lega sangat sebab dah berterus terang pada Pavi. So after this, Pavi takkan salah faham dengan kita. Awak bolah masuk keluar pejabat abang bila-bila awak suka dan abang suka.” Bisik Haykal ke telinga isterinya. Spontan Andra terdiam. Ya. Sejujurnya dia juga merasa tenang kerana Pavi sudah tahu akan hubungan mereka. Jadi selepas ini tidaklah dia merasa takut dan segan dengan Pavi sekiranya keluar masuk dari pejabat suaminya. Tetapi, Latipah? Hah! Kusut!











***CINTA ENCIK DUDA***








AKU mengscan kad ID ku ke tempat yang disediakan dan sekejap cuma identitiku dikesan dan pintu kaca office di tingkat 16 tersebut terbuka. Aku melangkah masuk ke dalam office tersebut dengan senyuman manis di bibir pada staff-staff yang memberikan senyuman kepadaku.


            “Assalamualaikum wbt. Saya Andra Tihamiey. Saya datang nak berjumpa dengan Puan Marsha kerana dia ingin bertemu dengan saya.” Sapaku kepada setiausaha Puan Marsha yang bernama Kila itu. Agak tersentak juga pabila Kila menelefonku tadi dan mengatakan bahwa Puan Marsha ingin bertemu denganku.


            “Walaikumsalam Wbt. Oh Cik Andra. Puan dah tunggu di dalam. Silalah masuk.” Balas Kila ramah dan menujukkan bilik Puan Marsha kepadaku. Tersenyum aku dibuatnya.


Thanks ya.” Balasku sebelum pergi. Pintu bilik pejabat Puan Marsha ku ketuk dan dengan dua kali ketukan kendengaran suara Puan Marsha dari dalam menyuruhku masuk. Pintu tombol bilik dibuka dan senyuman manis aku berikan padanya yang sedang meneliti file di atas mejanya. Sejurus melihatku spontan Puan Marsha membukakan kaca mata putihnya.


“Assalamualaikum Wbt. Puan Marsha?” Sapaku kepadanya. Spontan Puan Marhsa tersenyum memandangku dan menganggukkan kepalanya. Tubuhnya dibawa diri dan salamnya dihulurkan kepadaku.


Walaikumslaam Wbt. Andra Ya?” Balas Puan Marsha di saat kami selesai bersalaman. Aku tersenyum dan angukkan kepalaku.


“Duduklah. Sejak  tadi saya menunggu awak.” Jemput Puan Marsha kepadaku dan menujukkan tempat duduk di hadapannya buatku. Aku hanya menurut.


“Err. Kenapa ya puan nak berjumpa dengan saya?” Soalku hairan. Puan Marsha tersenyum dan menyerahkan sebuah file kepadaku. Aku pula menyambutnya.


“Syarikat kita akan adakan hari keluarga minggu hadapan di Royal Resort. So, saya dengan rendah hatinya ingin meminta pertolongan awak untuk mengendalikan event ini. Sebenarnya event ini seharusnya diuruskan oleh Puan Pavi. Akan tetapi, memandangkan dia kurang sihat dengan kandungannya. Maka, dia meminta bantuan saya untuk mencari orang yang bertanggungjawab agar dapat membantunya. Boleh ya Andra? Kerana dari yang Cik Watif katakan. Awak seorang pekerja yang mempunyai prestasi yang baik.” Jelas Puan Marsha kepadaku. Erk! Terdiam aku dibuatnya.


“Tapi saya hanyalah budak practical saja puan.” Jelasku jujur. Puan Marsha tersenyum.


“Ini adalah langkah pertama awak untuk menujukkan prestasi awak dear. Who knows after graduate MH Holding akan mengambil awak bekerja kerana awak mempunyai rekod yang baik. Please. Boleh ya?” Pujuk Puan Marsha. Aku mengeluh. Tidak lama kemudian kepalaku dianggukkan.


Okay good. Sebarang soalan dan bantuan akan saya hulurkan. Just rujuk saya dan Puan Pavi. Don’t worry.” Balas Puan Marsha dan tersenyum senang memandangku. Aku hanya tersenyum kelat. Aku? Huh! Masak!








***CINTA ENCIK DUDA***









AKU tersentak pabila kembali sahaja ke pejabat, Kak Ipah mengatakan kepadaku ada yang ingin bertemu denganku di bilik Encik Haniff. Tercengang aku dibuatnya. Siapa lagi yang ingin menemuiku? Terasa hari ini sesi pejumpaanlah pula. Huhu.


            “Siapa Kak Zirafah?” Soalku blur. Spontan Kak Ipah menjelingku geram.


            “Kak Latipahlah dik oi!” Betulnya geram. Tersengih aku dibuatnya. Aku bukan sengaja! Tengah kalut. Tang tu yang aku selalu guraukan. Tang tu jugalah yang aku tersebutkan. Haha.


            “Alarh. Tak ada bezanyalah kak. Sama je bunyi.” Jawabku dan mengelak pabila Kak Ipah ingin berdiri dan mencubitku.


            “Hah! Tahupun engkau takut dik!” Balasnya bengang. Aku tersengih dan menyusun sepuluh jariku tanda maaf.


            “Sorry. Yalah-yalah. Andra  tak nak main lagi. Kak LATIPAH ku sayang. Siapakah yang memanggil tuan puteri yang cantik ini?” Balasku mengalah dan mengenyitkan mataku kepadanya. Spontan Kak Ipah membuat lagak ingin muntah dek gurauanku.


            “Uwek! Nak termuntah akak dengar.” Balasnya. Spontan aku tergelak.


            “Erk! Mengandung lagi ke kak? Hebat! Hebat!” Sakatku kembali. Menjerit kecil Kak Ipah dibuatnya.


            “Dah! Dah! Engkau, baik engkau masuk sekarang juga dik sebelum migraine akak ni datang dek melayan perangai tak cukup bulan engkau. Pergi masuk sekarang!” Arah Kak Ipah geram dan berdiri. Bilik Encik Haniff di tunjuk sambil mencengkak pinggang. Aku tersengih.


            “Andra!!!!” Jerit Kak Ipah geram pabila sebelum pergi aku sempat menghadiahkan cubitan mesra ke pipinya. Hahaha. Tergelak aku dibuatnya. Jangankan aku. Staff lain juga turut tergelak dek sikap kalut Kak Ipah. Tahu sangat yang Kak Ipah sering dibuli olehku.



            Tok!



            Tok!



            Tok!



            Setiba di hadapan bilik pejabat Encik Haniff aku spontan mengetuk pintu pejabatnya sebanyak tiga kali. Lebih afdhal orang kata. Hehe. Setelah mendengar suara Encik Haniff menyuruhku masuk. Akupun membukakan pintu tersebut dengan lafaz bismillah.


            “Assalamualaikum Wbt Encik Haniff.” Aku memberi salam kepada Encik Haniff sejurus memasuki pejabatnya.


            “Walaikumsalam Wbt Andra. Masuk. Masuk. Tengok siapa yang datang…” Balas Encik Haniff dan mempersilakan aku masuk. Spontan aku mengangkat wajahku dan….



            Erk!









***CINTA ENCIK DUDA***










ANDRA tercengang memandang Mia yang menerpa ke dalam pelukannya. Budak ni ke yang nak jumpa dengan Andra? Hahaha. Aduhai. Comelnya dia memakai dress rona pink. Mia di angkat ke dalam pelukannya dan mengucup lembut pipi Mia. Tersenyum Haykal dibuatnya. Isterinya dan  Mia memang tidak sebulu sebelum ini. Namun, sekarang lihat saja. kelihatan begitu akrab sekali. Mia pula rindukan Andra sampaikan sanggup datang ke office hanya kerana ingin melawat isterinya.


            “Kak Andra… Mia rindu dengan kakak.” Luah Mia manja dan mengucup pipi Andra manja. Tergelak manja Andra dibuatnya.


            “Alolorh. Ye ke? Kakak pun rindukan Mia. Sayang kakak ni semakin beratlah.” Jawab Andra dan mengoyang-goyangkan tubuh Mia lembut. Sememangnya Mia semakin berat dirasakan. Tergelak Haniff dan Haykal dibuatnya. Berat? Agak-agaklah. Bukan Mia yang berat. Akan tetapi Andra yang bertambah kurus.


            “Tak adalah! Mia diet tau! Kakak tu yang semakin kurus…” Jawab Mia dan gelengkan kepalanya. Erk! Spontan Andra memandang tubuhnya. Kurus ke? Rasa-rasanya skirt yang dipakainya semakin ketat dan begitu juga blousenya. Bahagia mungkin. Hahaha.


            “Ye ke kakak kurus? Kakak rasa kakak semakin gemuk!” Balas Andra dan tersengih. Tersenyum Haykal dibuatnya. Dia sendiri akui, isterinya itu semakin kurus.


            “Ewwwhhh! Tak adalah! Kakak kuruslah! Uncle handsome tak bagi makan kakak ke?” Soal Mia selamba. Terdiam Haykal, Andra dan Haniff dibuatnya. Terkedu dengan soalan Mia. Boleh pula kata macam tu. Hahaha.


            “Eh! Adalah sayang! Apa pula tak ada?” Soal Haykal hairan dan memandang tubuh isterinya hairan. Err. Kurus sangat ke Andra? Rasanya okay je. Mantap gitu! Hahaha. Aduhai ! Nakal sungguh otaknya!


            “Dah tu perut kakak tak besar pun macam auntie Pavi?” Soal Mia selamba dan memegang perut Andra.


            “Erk!” Spontan mereka bertiga saling berpandangan. Apa yang harus dijawab? Anaknya Haniff itu sungguh bijak orangnya. Sampaikan terkedu tiga orang dewasa dibuatnya. Haniff pula spontan tersengih. Kepalanya digaru. Aduhai. Entah dari mana Mia belajar. Dia sendiri tidak pernah mendidik Mia untuk berkata seperti itu. Tapi apa salahnya Mia tanyakan pada Haykal bagi pihaknya. Hahaha.


            “Errr… Yang tu belum lagilah sayang..” Jawab Haykal gugup dan tersengih. Isterinya yang merona merah wajahnya dijeling. Tersenyum Haykal di dalam hati. Kanak-kanak seperti Mia pun pandai bertanyakan hal tersebut. Apatah lagi dia! Hahaha. Serius dia rindu nak pegang baby. Apatah lagi babynya dan isterinya.


            “Betullah Kal. Takkan tak ada tanda-tanda kot? Kata pro. Sekali je terus jadi.” Sakat Haniff. Spontan mulutnya ditutup oleh Haykal dan tersengih memandang isterinya yang mencerlung tajam memandangnya itu. Hehe. Bukan salahnya nak share ‘hal-hal’ seperti itu dengan Haniff. Dia lelaki. Haniff juga begitu. Pastilah pandai membincangkan hal-hal seperti itu. Hahaha.
           

            “Abang!!!!!” Jerit Andra yang masih memeluk Mia geram.


            “Erk! Sorry sayang….” Balas Haykal dan mengangkat kedua-dua tangannya. Tersengih Haykal dibuatnya. Takut dengan pandangan geram isterinya. Hahaha.










***CINTA ENCIK DUDA***








AKU tersenyum memandang pekat malam yang disinari bintang-bintang yang gemerlapan. Indahnya ciptaan-MU ya Allah swt. Terasa kerdil aku seketika. Jika sahaja aku hboleh memetik bintang dan menyimpannya di dalam balang kaca. Pasti akan ku lakukan. Terasa indah sekali rasanya.


            Dahulu ketika aku masih kecil dan berumur 8 tahun. Aku begitu sukakan bintang sehinggakan aku tertanya-tanya kenapa bintang hanya muncul pabila hari sudah gelap dan pabila siang bintang hilang? Pertanyaan itu sering kali berputar di mindaku sehinggalah aku bertanyakan hal tersebut pada ummi.


            “Sayang? Kenapa tak masuk?” Soal ummi hairan kepadaku yang sedang duduk di atas pangkin di kampung atok. Aku tersenyum memandang ummi yang sedang membelai rambutku.


            “Hurm. Ummi, kenapa bintang tak hilang ketika siang hari? Mana perginya bintang-bintang tu?” Soalku hairan pada ummi. Ummi pula spontan tersenyum olehku.


            “Siapa kata bintang tu hilang ketika siang?” Soal ummi kepadaku. Spontan aku tercengang dan memandang langit yang terang.


            “Tengok tu. Tak ada pun…” Balasku hairan dan memuncungkan bibirku ke atas langit. Ummi turut memandang ke atas langit dan tersenyum.


            “Benar. Tetapi angah harus tahu bahwa matahari itu juga bintang. Bintang-bintang lain tak kelihatn pada siang hari itu terjadi kerana cahaya matahari yang sangat kuat di bumi dan mempengaruhi atmosfera bumi iaitu  menjadi biru , yang mengakibatkan cahaya dari bintang-bintang lain terhalangi . Hal ini terjadi kerana jarak matahari yang jauh lebih dekat ke bumi daripada jarak bintang-bintang lain ke bumi. Sehingga akibatnya cahaya-cahaya bintang lain seolah-olah dikalahkan oleh cahaya matahari untuk menguasai atmosfera bumi. Sebab tu bintang tak kelihatan. Bintang ada. Cuma tak kelihatan sayang.” Jelas ummi panjang lebar kepadaku. Spontan aku anggukkan kepala tanda faham. Ohhhh. Begitu rupanya. Barulah aku faham kenapa tiada bintang disiang hari.


            “Tapi ummi, boleh tak angah pegang bintang?” Soalku pula. Ummi tergelak kecil dan gelengkan kepalanya. Kepalaku diusap lembut.


            “Boleh…” Jawab ummi dan tersenyum-senyum. Aku mengerutkan dahi.


            “Macam mana?” Soalku hairan.


            “Macam ni….”


            Aku tersenyum memandang pantulan bintang-bintang dan bulan yang terdapat di air kolam. Spontan tanganku menyentuhnya dan pantulan bintang dan bulan tadi kelihatan kabur. Ya. Itu yang ummi ajarkan padaku. Sebenarnya bintang dan bulan itu tidaklah dapat disentuh. Akan tetapi, boleh disentuh melalui pantulan cermin ataupun sebagainya yang berkaitan. Tersenyum aku dibuatnya. Ummi.Ummi.Selalu tidak menghampakan anak-anaknya. Akan dipenuhi permintaan kami selagi dia mampu dan tidak melanggar sisi agama. Begitu baiknya ummi sebagai seorang ibu. Beruntungnya aku, along, achik dan acu memilikinya sebagai ibu kami. Akankah aku begitu suatu hari nanti? Itu yang aku lakukan pada Aira kini. Setiap apa yang Aira inginkan akan aku penuhi. Terasa kasihan melihat wajah muramnya. Mungkin instinct seorang ibu. Tidak ingin melihat anaknya bermuram dan bersedih. Ya. Aira bukanlah anak kandungku yang aku kandungkan selama 9 bulan. Akan tetapi, bagiku dia tetap adalah anakku. Aku harap perasaan ini akan sentiasa begini dan tidak dipengaruhi oleh bisikan syaitan. In Shaa Allah.


            Aku mendudukan diriku di kerusi santai yang terdapat di tepi kolam dan mengambil gitar yang ku bawa tadi. Pak cik sedang sibuk di dalam bilik kerjanya. Sebagai isteri mithali. Konon… Hehe. Sebagai isteri, aku tidak ingin menggangu kerja suamiku. Baik tak aku? Erk! Haha. Aira pula sedang membuat assignment nya. Hanya tinggal aku yang terkontang-kanting. Cake dan segala jenis biskut juga sudah ku buat. Kak Lina dan Mak Yam pula pastinya ingin berehat. Maka, di sinilah aku jauh terdampar. Di tepi kolam renang suamiku. Haha.










***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL yang sedang berdiri dengan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya tersenyum kecil memandang isterinya yang sedang duduk di kerusi santai itu. Sejak tadi isterinya seperti tidak tentu arah. Sekejap ke sana. Sekejap ke sini. Dia yang melihat pula yang naik pening. Tahu. Tahu bahwa Andra bosan. Bosan kerana tiada teman untuk berbual seperti selalu. Sememangnya malam itu dia agak sibuk. Tak cukup di tempat kerja. Segala kerjanya turut di bawa balik. Siapa kata CEO kerjanya hanya goyang kaki? Penat tahu! Huhu. Lebih-lebih pula isterinya itu hyperactive orangnya. Pastilah tak senang duduk diam. Haha.


            Haykal mengerutkan dahi pabila isterinya mengambil gitar yang didirikan di sisinya dan dibawa ke ribanya. Apa yang Andra ingin lakukan? Isterinya itu perlahan-lahan memetik gitar. Tersenyum Haykal dibuatnya. Andra. Apa sahaja yang isterinya tidak tahu? Serba serbi tahunya.


Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!” Andra memulakan nyanyiannya. Twinkle Twinkle Liltle Star? Ya. Itu adalah lagu kegemarannya dahulu. Haha. Haykal pula yang mendengar suara merdu isterinay itu spontan tersenyum dan gelengkan kepalanya. Beria-ria Andra memetik gitar. Ingatkan lagu apa. Rupanya Twinkle Twinkle Little Star lagu budak-budak tu juga isterinya nyanyikan? Haha. Okay, serius lawak! Tapi serius juga suara isterinya memang merdu. Amat merdu okay. Andra nyanyikan lagu tersebut versi dirnya sendiri. Credit untuk Andra. satu kelebihan yang ada pada isterinya. Pandai bermain gitar dan mempunyai suara yang merdu. Spontan Haykal menepuk tangannya.


            “Erk!” Spontan Andra terhenti pabila terdengar tepukan tangan seseorang. Tubuhnya dipalingkan ke belakang dan bibirnya diketapkan pabila melihat tubuh suaminya yang berdiri di belakangnya sambil tersenyum-senyum nakal.


            “Apa senyum-senyum?” Soal Andra geram dan menaikkan kening kanannya. Tergelak Haykal dibuatnya. Tubuhnya dibawa dekat pada isterinya dan didudukkan dirinya di hadapan Andra. Yakni, di kerusi santai yang bersebelahan denagn kerusi santai yang diduduki isterinya.


            “Senyum pun salah ke? Senyumkan satu sedekah sayang.” Balas Haykal dan tersengih. Mencebir bibir Andra dibuatnya. Suaminya itu memang. Memang suka menykat.


            “Yalah tu… Hah! Nak apa? Tadi kata busy?” Soal Andra dingin dan menjeling suaminya yang duduk santai di hadapannya itu. Haykal tersenyum.


            “Entah kenapa abang terasa ada orang merajuk dengan abang ya?” Soal Haykal selamba dan menjeling isterinya. Tahu yang Andra bosan ditinggalkan seorang diri. Haha. Andra mengerutkan dahinya.


            “Arh?” Soalnya bingung. Haykal tersenyum.


            “Sayang marah ya abang sibuk dengan kerja abang?” Soal Haykal dan menaikkan keningnya. Andra terdiam. Namun, seketika cepat-cepat kepalanya digelengkan.


            “Tak adalah. Mana ada.” Dalih Andra.


            “Betul ni?” Duga Haykal. Yalah. Mana tahu Andra marah dengannya. Perempuan. Dia tahu. Kaum perempuan memang tak suka lelaki yang workhaholic. Allergic! Lebih-lebih lagi jika lelaki yang sibuk dengan sukan itu ini.


            “Betullah. Pak cik kerja apa. Untuk siapa? Untuk Aira dan saya juga…..” Balas Andra dan tersengih. Tersenyum Haykal dibuatnya. Namun, seketika keningnya dikerutkan pabila telinganya mendengar perkataan PAK CIK itu kembali.


            “Ouch! Sakitlah!” Marah Andra pabila telinga kanannya ditarik geram oleh Haykal.


            “Pak cik?!” Soal Haykal geram. Spontan Andra menutup mulutnya dengan tangan kiri dan tangan kanannya memegang telinganya. Tersengih Andra dibuatnya. Aduhai. Kenapa boleh lupa ni. Haha.


            “Eh! Tak! Tak! Abang. Hah! Abang.. Hehe.Sorry…” Balas Andra dan menyusun sepuluh jarinya tanda maaf. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Isterinya itu memang nakal. Dah baik punya isterinya sudah boleh memanggilnya dengan panggilan Abang.Tuptup boleh pula tersasul panggil pak cik lagi.


            “Apa sorry-sorry?” Soal Haykal kembali dan menjeling isterinya. Apa ingat Andra saja boleh kenakan dia? Dia pun boleh apa! Haha. Erk! Spontan Andra terdiam memandang suaminya. Jangan kata yang angin rjauk suaminya itu datang kembali. Kepalanya digaru dan langit dipandang. Kemudian, suaminya yang sudah terbaring santai di kerusi santai disebelahnya dijeling. Amboi! Santai sungguh sampaikan berpeluk tubuh pula.


            “Hah!” Andra tersenyum penuh makna dan mengambil gitarnya kembali. Haykal pula menjeling isterinya di sisi. Entah apa yang ingin dilakukan oleh isterinya itu. Bukannya nak memujuknya yang buat-buat rajuk itu. Boleh pula tersenyum-senyum seperti itu. Mahu saja dia mengigit Andra saat itu juga.


            “Saya nak pujuk awak ni. Dengar eh.” Jelas Andra dan mengenyitkan matanya. Spontan Haykal bangun dari perbaringannya dan duduk memandang isterinya hairan. Isterinya yang sedang memetik gitar itu dipandang. Erk! Andra nak menyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star tu kembali ke? Itu ke cara orang muda belia seperti isterinya ingin memujuk? Hyperactive lah sangat. Nyanyinya lagu budak-budak juga. Haha.


“Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star… eh! Salah! Salah! Haha. Sorry! Sorry!” Nyanyi Andra dan kembali terhenti. Tersengih Andra memandang Haykal yang bingung memandangnya itu. Haha. Aduhai. Boleh pula nyanyikan lagu tak cukup bulan itu buat suaminya. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Rambutnya dibetulkan sambil memandang isterinya yang kembali memetikkan gitar buatnya itu.


“Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu…” Nyanyi Andra merdu dan mengenyitkan matanya pada suaminya. Tersenyum Haykal dibuatnya. Serius dia cair! Hahaha.



“Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia” Andra tersenyum memandang suaminya. Ya. Bahagia. Dia akan pastikan  Haykal bahagia kerna menjadi suaminya. In Shaa Allah. Dengan izin-NYA. Dia ingin menjadi hak milik Haykal hingga ke akhir hayat lelaki itu. Haykal tersenyum. Okay, suara merdu isterinya memang tak boleh sangkal. Termausk kali ini dah dua kali Andra menyanyikan lagu buatnya. Tapi entah kenapa, kali ini rasanya agak berlainan sedikit. Andra….


“Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu….
Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu…” Haykal merenung wajah cantik isterinya. Kalau. Kalaulah saja Andra benar-benar maksudkan lirik lagu yang dia nyanyikan. Percayalah. Ke bulan pun dia sanggup demi isterinya. Andra tersenyum dan berhenti memetik gitarnya. Wajah kacak suaminya yang khusyuk merenungnya itu direnung. Yes! Memujuk Haykal tidaklah sesusah mana sebenarnya. Mesti kena dengan caranya. Hehe. Gitar diletakkan di tepi dan kedua-dua jemari suaminya dipegang lembut. Haykal pula hanya membiarkan. Suka diperlakukan sebegitu oleh Andra.


            “Sayang… Sorry.” Pujuk Andra lembut dan manja. Tersenyum Haykal dibuatnya. Jemari isterinya ditarik lembut ke bibirnya dan dikucup penuh kasih.


            “It’s okay sayang. Abang faham. Abang gurau jelah tadi.” Balas Haykal dan tersenyum. Andra mencebir bibirnya.


            “Tapi suara awak memang merdu sayang. Jangan menyanyi depan orang lain ya. Boleh? Depan abang saja.” Sambung Haykal dan memandang isterinya penuh berharap. Spontan Andra tersenyum. Suka pabila suaminya memujinya.


            “Tahu tak apa! Tapi kenapa tak boleh menyanyi depan orang lain?” Soal Andra binggung. Haykal tersenyum. Jemari isterinya dibawa ke kedua-dua pipinya dibiarkan lama di situ. Suka dengan jemari lembut dan wangi isterinya.


            “Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram dan tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya seperti lembut, lunak dan manja apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Melainkan di hadapan wanita dan mahramnya. Juga suami. Sayang faham?” Jelas Haykal lembut dan memandang isterinya. Sempat tapak tangan isterinya dikucup lembut.


            “Erk! Ye ke? Hurm. Jadi macam mana penyanyi-penyanyi tu semua?” Soal Andra bingung.


            “Wallahualam sayang…” Balas Haykal lembut. Dia sendiri tiada jawapan untuk soalan isterinya. Lagi pula siapa dia untuk mengadili ornag lain. Cukuplah jika setakat ini dia membentuk isteri dan  anaknya dahulu. Andra terdiam dan memandang suaminya. Haykal. Sejujurnya Andra akui suaminya itu tahu serba serbi mengenai agama. Membautkan hati Andra merasa tenang. Perempuan mana yang tidak ingin bersuamikan lelaki seperti suaminya? Di dalam tegasnya ada kelembutannya.


            “Abang tahu serba serbikan mengenai agama?” Soal Andra tiba-tiba dan memandang suaminya penuh minat. Mengerutkan dahi Haykal dibuatnya.


            “Maksud sayang?” Soal Haykal hairan dan membelai rambut panjang isterinya yang mengurai. Cantik. Tapi lebih cantik rasanya jika hanya dia yang boleh melihat kecantikan rambut isterinya itu. Rasa bertuah kiranya jika Andra berhijab. Sejuk matanya memandang. Namun, Haykal tahu. Jika ingin melenturkan besi. Perlukan waktu untuk melenturkannya. Begitu juga dengan isterinya. In Shaa Allah. Dengan izin-NYA. Haykal selalu berdoa agar pintu isterinya dan Aira terbuka untuk menutup aurat.


            “Yalah. Since kita kahwin. Awak selalu tegur saya dengan segala hadis dan pengetahuan agama awak sehinggakan saya tak mampu nak membalas. Kadang-kadang rasa tabik dengan awak sebab awak mampu mengingati itu semua.” Jelas Andra jujur.. Haykal tersenyum.


            “Sayang… Imam Hasan Al-Basr pernah berkata:  ’Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dlm kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pndakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan’. Abang bukanlah yang terbaik dan tahu mendalam mengenai agama. Tetapi abang tak pernah lelah untuk mempelajari ilmu agama dan cuba untuk berkongsi ilmu yang ada itu dengan sayang dan aira. Agar dapat membimbing kedua-dua wanita kesayangan abang ke jalan-NYA. 


Kerana Sa’id bin Jubair berkata: ‘Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang mungkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorang pun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang mungkar’.” Jelas Haykal lembut dan merenung wajah cantik isterinya yang tercengang memandangnya itu. Dahulu, dia juga seperti Andra. Ada kurangnya di dalam agama. Namun, sejak adanya Aira dan pemergian Zahlia. Dia mulai insaf dan menyedari kekhilafan dirinya. Pemergian arwah sebenarnya sedikit sebanyak memberikan pengajaran kepadanya. Bahwa manusia di dalam dunia ini hanyalah hidup sementara saja. Dunia ini hanyalah pinjaman kita untuk beramal dan beribahat kepada-NYA.


            “Kenapa senyum?” Soal Haykal hairan pabila melihat isterinya tersenyum manis memandangnya. Kening kanannya dnaikkan hairan. Lebih hairan pabila melihat Andra dengan selambanya meletakkan kedua-dua sikunya ke lututnya dan tangannya menampung kepalanya. Kedua-dua pippinya dipegang dan dia tersenyum-senyum memandang Haykal.


            “Ohhh… Awak buat saya cair……” Balas Andra lembut dan mengedip-gedipkan matanya comel memandang suaminya. Lagaknya seperti kartun saja. Tergelak kecil Haykal dibuatnya. Wajah isterinya saat itu benar-benar comel. Spontan tangannya mencubit kedua-dua pipi mulus isterinya. Geram punya pasal! Haha. Andra hanya tersengih. Namun, jujur dia sememagnya cair dengan suaminya saat itu. Bagaikan imam muda engkau! Hahaha. Siapa yang tak cair dengan wajah kacak suaminya yang yakin membicarkaan hal agama itu. Haykal. Sejujurnya lelaki itu lengkap serba serbi. Dahulu abinya pernah menegur Anddy Thamzie. Kata Tuan Hj Abdul Rahman :


            ‘Kalau solat 5 waktu pun tinggal jangan ada hati nak pikat anak dara orang


            Hahahaha. Memang lawak! Tapi teguran abinya itulah sehingga saat ini membuatkan Anddy Thamzie berdisiplin dan tidak meninggalkan solatnya. Andra suka dengan cara teguran abinya. Lembut akan tetapi ada tegasnya. Sebiji dengan Haykal. Cuma itulah, pabila Tuan Haji Abdul Rahman menegurnya mengenai menutup aurat. Dia pula boleh ambil ringan saja. Kata pada abi yang dia perlukan masa. Entah sampai bilalah dia perlukan masa untuk berubuah itu. Dia sendiri tidak tahu….


            “… dan awak buat saya bahagia sayang.” Balas Haykal dan mendekatkan dirinya pada Andra. Hidungnya digeselkan manja pada hidung mancung isterinya. Tersenyum manja Andra dibuatnya. Senang dengan perlakukan semanja itu oleh suaminya. Senang juga dengan kata-kata manis suaminya. Haha.


            “Isteriku Andra… Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam dan dari-NYA. Bolehkan jika kita berdua belajar untuk menyintai di antara satu sama lain? Berada di sisi abang di saat susah dan senang. Di saat sedih dan gembira dan di saat kita diuji oleh-NYA. Awak sudi?” Soal Haykal lembut kepada isterinya dan membelai lembut kedua-dua pipi mulus isterinya. Tersenyum lebar Andra dibuatnya.  Satu keperluan bagi seorang isteri adalah suami yang manis berkata-kata. Aduhai. Indahnya dunia dirasakan oleh Andra. Bukan tidak pernah lelaki-lelaki di luar sana memberikan kata-kata manis kepadanya. Namun, percayalah. Kata-kata manis yang diucapkan oleh lelaki bergelar suami dan halal buat kita adalah kata-kata yang teramat indah sekali didengari. Perasaannya lain. Berbunga-bunga. Hehe.


            “Sayang… Saya kan isteri awak. Kenapa perlu minta izin dari saya? Sepatutnya saya yang ucap terima kasih sebab awak sudi nak belajar sayang dan cintakan saya. Ya. Tiada cinta di antara kita. Tapi… Saya rasa saya sayangkan awak. Betul ni. Saya tak tipu…” Balas Andra lembut dan mengenggam tangan suaminya. Diusap lembut tangan kasar itu.  Tersenyum kecil Andra di saat melihat perbezaan jemarinya dan Haykal. Jemarinya kecil saja. Sedangkan Haykal? Dua kali ganda darinya. Haha. Suaminya itu memang besar orangnya. Bukan gemuk okay! Haha. Marah ni! Erk! Dah engkau kenapa? Emo lebih! Haha. Okay sambung! Haykal orangnya berbadan sasa dan tinggi orangnya. Tubuhnya bukan seperti tubuh orang Asia. Tapi lebih kepada orang Barat. Bapa mertuanya juga begitu. Genetic mungkin.


            Tersenyum lebar Haykal mendengar luahan  hati isterinya itu. Indahnya dunia pabila sang isteri mengucapkan rasa sayang pada suaminya yang dinikahi tanpa rasa cinta. Terasa lebih indah. Perasaan lain dari yang pernah dirasakan olehnya sebelum ini. Mungkin.. Mungkin Andra adalah tulang rusuk yang dicarinya selama ini. Alhamdulillah… Akan dijaga amanah Allah swt kepadanya itu dengan baik tanpa sebarang kekasaran. In Shaa Allah.


            Haykal tersenyum memandang isterinya yang sedang memandang jemari mereka yang saling bertautan itu. Haykal turut memandang jemarinya dan Andra. Sememangnya Nampak berbeza sekali. Maha Suci Allah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Cukup elok dan cantik, sesuai dengan perilaku dan ciptaannya. Begitu juga dengan dirinya dan Andra. Mereka berbeza dari segi fizikalnya. Amat berbeza. Hal ini kerana, Golongan lelaki yang secara fitrahnya mempunyai fizikal yang kuat dapat membantu kaum wanita yang lemah, begitu juga wanita yang mempunyai perawakan yang lembut pastinya dapat memberikan ketenangan kepada kaum lelaki ataupun suami.


            “Nak buat apa gitar tu?” Soal Andra hairan di saat suaminya menarik tangannya lembut dan mengambil gitar yang didirikan Andra di sisi kerusi santai yang diletakkan olehnya tadi. Haykal hanya tersenyum dan meletakkan gitar tadi ke ribanya.


            “Abang nak nyanyikan sebuah lagu buat awak. Fahami dan hayati lirik lagu ni. Sebab ianya mengambarkan perasaan hati abang pada awak sayang…” Bisik Haykal lembut dan mula memetik gitar. Terkedu Andra dibuatnya. Suaminya pandai bermian gitar? Terasa tidak percaya. Yang lebih membuatnya terkedu adalah wajah kacak suaminya yang khusyuk memetik gitar dan tersenyum memandangnya itu. Aduhai…. Oksigen! Oksigen! Oksigen! Hahaha.


            Andra tersenyum memandang suaminya. Perlahan-lahan kedua-duanya kakinya diletakkan di atas kaki Haykal. Haykal hanya membiarkan. Malah terasa perbuatan selamba isterinya itu agak romantis. Andra memegang kedua-dua pipinya dan sandarkan sikunya ke lutut. Wajahnya kacak suaminya direnung penuh minta dengan senyuman manja d bibir. Datuk megat haykal nyanyikan lagu buat dia. mana tak excited! Hehe.


Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
Its not that I want you not to say
But if you only knew
How easy it would be to
show me how you feel
More than words
Is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say
that you love me, yeah
Cause I'd already know….” Nyanyi Haykal merdu dengan mata yang tidak dilarikan dari memandang renungan mata isterinya. Biar. Biar malam ini Andra mendengar luahan rasa hatinya yang sekain lama sudah keras membeku. Yakni, telah dicairkan kembali oleh isterinya yang bernama Andra Tihamiey….


            Andra tersenyum manja. Aduhai. Kenapalah suaminya itu menjadi begitu romantis begini? Terasa seperti berkahwin dengan seorag playboy pun ada. Siapa kata duda tak romantic? Romantic apa! Andra merasakan bahwa hatinya kini ada rama-rama sedang berterbangan bebas di situ. Terasa dengupan jantungnya juga sudah tidak senada. Bagaikan malam ini dia baru mengenali suaminya Datuk Megat Haykal yang duduk di hadapannya saat ini….


What would you do
If my heart was torn in two?
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say
If I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I Love You….” Haykal tersenyum memandang wajah isterinya yang comel memandangnya itu. Jujur. Ini adalah pertama kalinya menyanyikan lagu buat perempuan dan Alhamdulillah. Peremempuan itu adalah Andra… Isterinya yang sah dan halal. Terasa nikmatnya berlainan sekali. Bahagia yang sukar diungkapkan…



“Now that I've tried
Talk to you and make you understand
All you have to do is
Close your eyes and just
reach out your hand
And touch me
Hold me close don't ever let me go…..” Andra tersenyum memandang suaminya yang sedang merenungnya itu. Senyuman manis Haykal tetap terukir indah walaupun di saat suaminya itu sedang menyanyi. Andra rasa dia terjatuh…. Bukan terjatuh dari pokok apatah lagi dari atas katil. Namun… Jatuh cinta. Jatuh cinta dengan suara merdu suaminya dan sisi suaminya saat ini. Kelihatan begitu romantis sekali. Menyanyikan lagu cinta di tepi kolam dan di tengah malam saat ini. Serius, ianya begitu indah sekali.


More than words
Is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say
That you love me, yeah
Cause I'd already know…..” Nyanyi Haykal dan berhenti memetik gitarnya. Isterinya dipandang dengan penuh kasih. Gitar diletakkan di sisi dan kedua-dua tangan isterinya digenggam erat. Dikucup penuh kasih dan mata mereka saling berbalas renungan dan menyatakan hati dan perasaan mereka.


            “Abang sayang awak sayang. Sangat…” Bisik Haykal lembut dah mendekatkan dirinya pada wajah isterinya. Dahi Andra dikucup penuh kasih. Andra pula menutupkan matanya. Merasai kucupan hangat suaminya. Haykal tersenyum memandang wajah cantik isterinya. Perlahan-lahan bibirnya didekatkan pada telinga Andra.


            “I love you sayang…” Bisik Haykal romantis dan spontan Andra terkedu. Erk!


            “Eh! Sayang!” Panggil Haykal cemas pabila sekali lagi isterinya jatuh pengsan. Kalut Haykal dibuatnya. Spontan dahinya ditepuk. Macam mana boleh lupa ni? Isterinya itukan bukannya boleh dengar perkataan ‘itu’. Aduhai Andra……











B E R S A M B U N G







**********************************************






 ASSALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES
A J









How was your puasa and terawih?











Jangan ponteng tahu!












Hahaha J










            HOW was the story? Best? Interesting? Romantic? Boring? Damn? Huhuhu L I’m sorry sebab lambat update. Uols fahamkan I alls busy L Banyak event tahu I alls terpaksa rasmikan. Event itulah. Inilah. Erk! lagak engkau YB saja! Harharhar. Okay-okay! Drop it! Back to the point, I alls memang busy sejak kebelakangan ni. I alls harap uols faham okay J My bad. But don’t worry I alls akan tetap cuba curi masa untuk update ya. Errkk! Lagak macam engkau pencuri saja. Ahaks! J






B I G T H A N K S
To those yang sudi support and follow CED J Serius aku terharu. Tak putus-putus tunggu CED. TERIMA KASIH semuanya. Percayalah. Saya amat menghargainya. Sorry juga kerana tak dapat update kerana kekangan masa. Harap uols faham yah. May Allah swt bless us J Amin~




E N J O Y
R E A D I N G
L A D I E S



 Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
 Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN





B I G T H A N K  S !






Aku ci  ta kamu! J





CED 25???
Okeng! Okeng! Seriously, aku suka ini bab! Harharhar. J Kenapa? Sebab ianya sweet! Actually ada entry yang terdrop disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Since entry ni agak panjang. Maybe one day akan aku masukkan. Bila? Tunggu… Ngehngehngeh! Oh my Gucci! What is that?! Seriously! Sweet uols! I alls yang tengah edit pun ikut blushing! Ahaks! J Nakal sungguh Haykal yer! Harharhar. Boleh pula bermesra di office sendiri sampaikan kedapatan dek Pavi. Hekhekhek! But Alhamdulillah. Pavi dah tahu. Hehehe. Latipah? Hurm. Andra kena cari jalanlah nampaknya. Apa? Hwaiting~ hihi. HARI KELUARGA? Nantikan…. Hahaha. Aku banyak ketawa oh! Ahaks! Alhamdulillah kita dapat dua ilmu hari ni. MENGELUH dan MENYANYI. Sorry jika ada yang terguris hati ke apa. Ianya hanyalah sekadar perkongsian ilmu. Jika ianya positive ambillah. Namun, jika negative. Silalah jauhi. Kehkehkeh! Boleh pula Mia dok tanya soalan macam tu! Sangat blushing u knows! Hahaha. Erk! Sweet okeng bila Datuk Megat Haykal nyanyikan lagu buat Andra  J Salah satu lagu fav aku since kecil J Hehehe. Twinkle2 little star pula sangat comel! Hahaha. Erk! Andra. Andra. Andra. Boleh pula pengsan kembali! Ahaks! J Apakah yang akan terjadi selepas ini? Nantikan CED 26 ladies….






Saya Ratu Adriana Nadineingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 25  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J








Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.
It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!







We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.








SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J









Till then,












Sincerely,


46 comments:

  1. ratu! sy sudah jatuh cinta sma Datuk Megat Haykal.. hohohooh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYEEN RENEE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      ahaks!
      jatuh cinta pandang pertama ke kedua? ahaks =P

      Delete
  2. best........ queen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI QUEEN
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment sayang =)

      Thanks sayang

      Delete
  3. Eh eh ehh.. Pengsan lagik?? Adehhh.. Nasib kt umah ;p
    Auwww.. Jeless ai.. Sweet sgt arh...

    Kan betul c mia yg dtg nyebok.. Hehe
    Ai like soklan mia! Amekaw!!!!

    Thanks bout mengeluh.. ;) noted insyaallah...

    Oh ya, da pggl abg.. Good job datin!

    Can't wait next... Tq..
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZZ ACU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ahaks!
      lagiiiii. tehee
      tulah pasal! cuba di luar. mahu pengsan haykal. haha =P I alls pn jeles uols! ahaks!

      tehee~
      yay! mizz acu betul! hahaha soalan mia gedebum sampaikan haykal terdiam haha

      most wc dear =) alhamdulillah. sama2 kita perbaiki diri hehe

      ahaks!
      abang tu
      tapi rsa lain mcm pula bila dah dgr andra pggl pak cik then tetiba panggil abang kan? weirdo! haha

      thanks sweeti! =)

      Delete
  4. Adoi, pengsan lagi? Hahaha. Serius comelll! :)

    Mia pun comel je walaupun terlebih bijak. Soalan macam org dewasa betul. Haha.

    Thanks Ratu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HAJAR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ahaks!
      pengsan lagi dear
      darah gemuruh sungguh!
      hahaha

      harharhar
      tulah pasal
      menakutkan soalan si mia tu haha

      most wc sayang =)
      Thanks juga

      Delete
  5. nice...n3 x penah mgewecewakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ZUE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      Thanks sayang saya =)

      Delete
  6. Haha...lwk la andra ni...bleh plak pengsn tang org tgh romntik....
    Tp serious la....ak nk laki cam haykal, the 1 that can bring to jannah...
    Insyallah... Anyway tq ratu... Cita awk bg info yg brguna....
    Smbng lg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      Ahaks!
      mmg lawak! potong feel betul! hahaha

      teheee~
      in shaa allah
      sy doakan smga awak berjumpa dgn llk spt haykal =)
      amin~

      tehee~

      most wc sayang saya
      thanks juga ya. alhamdulillah hehe

      Delete
  7. the best lh ratu.... teruskan usaha menghasilkan yg terbekkkk yerrr............. yg membaca pun rsa mcam nak ptam bla baca bab haykal yg romantiiss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      THANKS sayang saya =)
      terharu... huhu =')

      In shaa allah
      doakan saya =)

      ahaks!
      aduhai. sampai terpitam yer
      mcm andra pula ngehngehngeh

      Delete
  8. best la ratu....
    alahai, pengsan lagi ke datin andra ni..ish3x
    keromantikan haykal terserlah...suka3x
    nk lagi , nk lagi!!!
    cpt3 tau, x sabar nk tunggu next n3..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NIJA_JAJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      yay!
      thanks dear hehe

      ish! tulah. darah gemuruh sangat! harharhar

      eheheh sukew lettew! wah! tetiba aku gediks! hehe

      okay! okay!

      hahaha

      in shaa allah =)

      Delete
  9. thx utk n3.. lps sahur jer msti terjah cni dlu...rsa mcm xpuas plk bca n3 nie... msuk n3 lg 1 blh..hehe tamak lah plk kn..kn..

    thx sbb kongsi ilmu ttg agama dan hadis... hailah boleh plk kantoi dpn pavi wat malu jer..haha... psgn yg romatik lah dorg nie... kalo sy jd andra pn dh jtuh trs tgolek2 dh ati nie hehe...

    mnanti n3 tbaru.. jgn lupa curi msa lg taw... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI EIJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      most wc sayang saya =)
      aduhai~ sorry dear =( ahaks! aduhai! tamak yer! hihihi

      most wc dear =)

      ahaks! hilang macho terus! harharhar
      tehee~ lagilah klu sy. mahu bergolek xbangun2 hahaha

      ahaks!
      akan dicuri *lagak pencuri jer* ahaks!

      Delete
  10. ahakss!!!!
    comey la andra... asyik pngsan je...
    hahaha!!!... adessss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LYLEA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ahaks!
      comel macam awak =)

      ke manakah anda menghilang?
      agak lama tidak singgah ke mari.
      chewax! ayat skema sungguh! haha

      Delete
    2. ahaks....
      comey mcm saye???
      comey la kowt... muahahaha!!! ^_~

      kmne kah sye mnghilang??
      heheh... biarlah rahsia..
      wah3!!!

      Delete
    3. kak ratu bru 20 an kan..
      still study or da kerje...?
      hikhikhik...

      Delete
  11. andra oh andra pengsan lagi..heheh

    ~didie~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI DIDIE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      didie oh didie
      tehee

      Delete
  12. ahahaha andra...andra...namanya hyperaktif dgr 3 perkataan tuhhh terus pgsan....thanksss my ratu..Bayu senyummm jerr bc n3 nie...nice,sweet n romantis...suke sgt...

    ~Nurr Bayu ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NUR BAYU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      Bayuuuuuu!!!!
      hahahaha

      comment juga akhirnya hehe =)
      thanks sayang saya

      haila tulah pasal. buat malu i alls jer! haha hyperactive lah sangat! tehee~

      most my bayu. hehe.
      ye ke? msti terbayang boyfriend lettew! hikhik JK aje.

      THANKS sayang saya

      Delete
  13. hahahahahaa... sweet la part nie... sama2 main tuju2 lagu... adhaiiii pengsan lagi DAT nie...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NZ LYNA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      hahaha thanks dear =)
      tang lagu tu yg sweet! hehe

      aduhaiiii
      tulah pasal
      allergic sungguh dengan ayat keramat tuh! haha

      Delete
  14. Hai ratu...
    romantik giler n3 ni...sya jatuh cinta ngan megat haykal....rase dah jadi andra bl baca n3 ni thanks..
    syaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI SYAZ
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)


      tehee~
      romantik ke?
      alhamdulillah awak suka hehe

      amboih! jatuh cinta ya. =)
      hot juga duda i alls ni hehe

      really?
      wah! tu yang sy suka dgr!
      awak mendalami jalan cerita *lagak aku pengkritik je! apa kes? haha*

      most wc sayang

      Delete
  15. Hai ape kes pula dgn Andra ni ye asyik pengsan saja...
    Agaknya Haykal kalau nk cakap ILY kena guna bahasa lainlah
    mcm bahasa Arab ke, Korea ke selain bahasa Omputih barulh
    tk pengsan. nak lagi Ratu, kalau Ratu nk bagi lagi panjang
    lagi best, tak kesahnya... sebab cite ni menghiburkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANOR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      Ahahaha
      tulah dear
      kata hyperactive tapi pengsan pulekkk hahaha

      harharhar
      bahasa Arab best! =)

      Thanks dear =)
      suka baca comment awak! hehe

      Delete
  16. Haykal cakap ja... ABANG CINTAKAN ANDRA ... tentu x pengsan.... I LOVE U x boleh....heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI SUE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      Ahaks!
      kalau pengsan juga?
      macam mana tu? hahaha

      Delete
  17. makin lama makin sweeeeeeettttttttt.... ahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HK
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      awwwhhh!
      thanks dear
      hehe

      Delete
  18. best sgat..ade masa smbg lg ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      thanks dear =)
      okay laling!
      in shaa allah

      Delete
  19. I do like reading this story of yours. I can't seem to put my ipad away, trying to read from part 1 till current, eversince my daughter told me abt it. Some parts make me feel sad, some make me feel upset, some make me feel like on cloud 9 while other parts make me smile/laugh. Keep up the good work! Am waiting anxiously for your next creative work.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      Oh myyyyy~
      dear...
      m really appreciated it! =')
      stay tuned wif CED ya =)

      THANK YOU SO MUCH! =)

      Delete
  20. CED 25 Terbaik,kritis lagi kreatif.Hahahaha..Kenalan andra dah menular ke Datuk Megat Haykal.Hadith yang menarik,ibarat perkongsian ilmu.Moga2 Cik Ratu diberkati dunia akhirat.Bukan sekadar cerita semata-mata,selitan dakwah secara diam2.Tq Dear,V always here 4 U....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI CHE LAILA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      laila =) tehee

      THANks laling! seriously, teramat suka dengan komen awak! =')

      aduhai dear. terharu saya baca komen awak. amin~ in shaa allah. moga awak juga diberkati dunia dan akhirat. in shaa allah =)

      alhamdulillah.
      kita ambil +ve dan buang yg -ve ya dear =)

      most wc sayang =)
      thanks you so much!
      terharu~ sigh!

      Delete
  21. sweet sangat... Andra2 ace2 pensan sian haykal... baru nak luah kan perasaan tiba2 pensan...huhu

    ReplyDelete
  22. Apalah..hyakal baru cakap i love you..andra dah pesan..hisyhhjj

    ReplyDelete
  23. Apalah..hyakal baru cakap i love you..andra dah pesan..hisyhhjj

    ReplyDelete