AKU CINTA KAMU 2
“YES TRIESYA. Yes. Yes like
that. One more pose dear.” Sejak tadi si Ben merangkap PA dan penasihat
fesyen aku memberi arahan. Mengalahkan tuan punya brand coklat ni je mamat lembut ni. Aku ni pun satu. Ikut je arahan
dia bagaikan lembu yang dicucuk hidung. Cis. Rosak peribahasa dek aku.
Hehehehe.
“Ben
honey. Please. Cukuplah dear. Aku dah
penat ni. Malam ni flight aku ke Jepun
dear.” Rungutku padanya sambil mencengkak pinggang. Sejak tadi aku menjadi
badutnya. Di suruh senyum, aku senyum. Di suruh pose macam ni, aku pose.
Disuruh pose macam tu, aku pose. Ish. Naik lenguh badan dan bibir
aku ni cuba tersenyum dan berlakon. Sejak tadi hampir sejam juga aku asyik
makan coklat ni. Mak aih. Rosaklah gigi aku!
“Oklah
dear. Syah you rasa everything dah ok ke?” Soal Ben pada Syah iaitu pengarah yang mengarah iklan coklat
ni. Syah ku lihat tersenyum puas.
“Yes Ben. I rasa everything dah perfect. Kalau modelnya dah cantik.
Mestilah iklannya pun gempak.” Balas Syah dan tersenyum-senyum memandang aku. Huh.
Gatal! Ben pula tergelak manja sambil merapatkan dirinya pada Syah. Ish. Ben
ni. Mengalahkan kucing aku tengok.
“Of courselah. Tengoklah siapa modelnya.
Triesya gitu! Model terkenal di Malaysia ni.” Balas Ben dengan nada bangga.
Aduhai. Aku bukannya riak pun dapat jadi model terkenal ni. Aku terlibat pun
dalam bidang ni gara-gara si Ben. Kalau si Ben ni tak masukkan aku ke contest
DEWI REMAJA tu. Takdenya aku di sini. Aku Cuma nak jadi stewardess untuk sakitkan hati papa.
Tapi aku puas apabila aku menjadi model, papa
semakin marah denganku.
******** AKU CINTA KAMU *******
“KENAPA kau tak layan
si Syah tu Babe? Ok apa. Pengarah terkenal you.
Orangnya pun handsome. Ala-ala rupa
si Syah Slam tu je.” Tegur Ben padaku yang sedang mengkumur-kumur mulutku
dengan Dentine di dalam bilik air. Aku hanya menjeling Ben yang sedang
menyilangkan kakinya duduk di sofa bilik persalinanku sambil membaca majalah
itu melalui cermin dihadapanku.
“Tak
naklah! Si Syah tu memang handsome.
Tapi buaya tembaga. Bertukar-tukar gfnya.
Tak nak aku.” Balasku padanya dan kembali mengkumur-kumur mulutku dengan Dentine.
“Dear, kau dengar ni ok. Di dalam dunia ni takde lelaki handsome yang tak playboy.
Semuanya playboy ok. Just nak kau ubah mereka tu je jadi
harimau yang jinak.” Balas Ben padaku dengan penuh confident. Aku hanya menggelengkan kepala. Ada-ada saja si Ben ni.
“Ish.
Kau ni. Sejak tadi asyik kumur-kumur mulut kau dengan Dentine tu. Memang patut
pun gigi kau tu cantik dan Dentine ambil kau jadi model mereka.” Rungut Ben
padaku yang masih mengkumur-kumur mulutku dan tidak melayan kata-katanya. Aku
memuntahkan Dentine dan mencuci mulutku. Aku mengambil tuala putih yang
dihulurkan oleh Ben.
“Aku
bukan buat macam ni sebab aku ni model Dentine ke apa. But sebab aku sayangkan gigi aku. Time aku kecil dulu aku pernah sakt gg tau. Sakitnya yang amat! Tak
nak aku rasa balik. That’s why aku
jaga sangat gigi aku ni.” Balasku pada Ben dan duduk di sebelahnya. Ben
tergelak kecil. Lucu mungkin.
“Luculah
kau ni Babe. Tapi betul juga tu. Maybe sebab tu aku selalu sakit gigikan.
Hehe.” Balas Ben sambil mengetuk-getuk pipinya. Ada-ada saja si Ben ni.
“Oh
ya Babe, kita ada job baru tau. Job yang kau sendiri takkan sangka.” Balas Ben padaku dengan nada
teruja. Aku mengerutkan dahi. Job
apa? Aku dapat tawaran menyanyi ke? Kalau tu memang job yang aku tak sangka pun. Mahu nangis satu Malaysia dek suara
aku yang bagaikan katak ni. Hihihi.
“Gelak
pula dia. I’m serious ok.” Marah Ben
padaku dan mencubit pinggangku yang tersarung dress rona kuning itu. Mengerang kesakitan aku dibuatnya. Mak aih!
Ketam ke apa. Sakit ya amat!
“Sakitlah!”
Marahku padanya sambil mengosok-gosok pinggangku. Ben tergelak dan
mengusap-usap pinggangku. Aku menepis tangannya. Itu bukan mengusap Ben oi!
Tapi geletek!
“O-ok.
Aku serius ni.” Balasnya padaku setelah habis tawanya dan kembali seriuskan
wajahnya.
“Cerita
jelah.” Balasku malas dan mengikat satu rambutku. Rimasnya.
“Kalau
kau nak tahu kita ada dapat job baru.
I mean kau dapat job baru. Hehe.” Balas Ben kembali dengan teruja. Aku mengerutkan
dahi.
“Job apa?” Soalku hairan. Ben tersenyum
manis dan membantuku memasang anting-anting di telinga.
“You know what, ROYAL JEWELERRIES iaitu
milik ROYAL HOLDING ambil kau sebagai model mereka untuk rekaan barang kemas
terbaru mereka.” Jelas Ben dengan penuh teruja sambil menepuk-nepuk tangan. Aku
mengerutkan dahi.
“So?” Soalku selamba. So what? Memang ROYAL JEWELERRIES dan ROYAL
HOLDING tu bukan calang-calang company.
Kalah company papa yang import dan
eksport kereta-kereta mewah tu. Lebih-lebih lagi BMW. Di Malaysia ni papalah pengedar utama. Tapi entahlah,
aku tak rasa excited pun. Si Ben ni
pernah cerita yang model-model yang dipilih oleh ROYAL JEWELLERIES adalah di
antara model-model yang terpilih sahaja. Bukan calang-calang model yang boleh
meperagakan set barang kemas jenama gah itu. Si pemakainya pula banyak di
kalangan kerabat-kerabat diraja dan orang VVIP. Kalau orang biasa memang takkan
mampu memiliki set barang kemas dari ROYAL JEWELERRIES tu.
“Bengong
lah kau ni Babe. ke buat-buat bengong ni? Helo
! Ni peluang kau Ok. Peluang untuk
meluaskan kerjaya kau ke peringkat antarabangsa. Kalau kau nak tahu banyak
model-model kat Malaysia ni dapat jadi model antarabangsa setelah menjadi model
Royal Jewelerris tu. See! Kau Nampak
tak betapa berpengaruhnya company tu.
Lebih-lebih lagi di bawah naungan ROYAL HOLDING. Fuh! CEO dia hot you! Muda dan kacak gitu!” Terang Ben
panjang lebar padaku. Aku membuat muka menyampah. Sepatutnya aku yang excited bila cerita tentang lelaki ni. Ni
terbalik pula! Dunia-dunia!
“Babe.
Aku tak terfikir pun nak jadi model antarabangsa ke apa. Apatah lagi nak
terkenal. Kau tahukan. Aku masuk ke bidang modeling
ni pun sebab nak sakitkan hati papa
je.” Balasku pada Ben dan memegang tangannya. Mengharapkan pengertian dari Ben.
Namun ku lihat Ben menggelengkan kepalanya.
“No dear. This time, aku pula merayu pada kau. Please. Please and please terima job ni. Lakukan demi aku. Aku nak sangat tengok kau jadi model
ROYAL JEWELLERIES tu Babe. Kau tahukan yang aku dah anggap kau sebagai adik
aku.” Rayu Ben padaku dan memegang tanganku dengan penuh erat. Aku mengeluh.
Ish. Si Ben ni mulalah nak buat muka kesian dia tu. Aku memang lemah dengan si Ben
ni. Sejak kami kenal Ben baik sangat dengan aku. Ambil berat dan sayang dengan
aku. Tapi sebagai kawanlah. Korang pun fahamkan yang si Ben ni. Eerr.. Lembut
sikit. Hehee.
“Fine! Tak payah nak buat muka macam tu.
Buruk bebenor!” Kataku pada Ben dan menolak lembut mukanya yang sedang membuat
muka kasihan itu. Menjerit gembira ben dibuatnya. Habis tubuhku dipeluk oleh Ben.
Ish. Ben. Ben. Excited terlebih. Ben
pantas mencapai Samsung Galaxy S2nya yang berada di atas meja dan berbual
dengan seseorang. Aku hanya mendiamkan diri dan melayan perasaan.
Bagaimana
agaknya khabar papa ya? Hampir
seminggu papa sakit. Auntie Merissa ada memberikan message dan mengatakan yang papa dah keluar wad sejak 3 hari yang
lalu. Aku hanya mampu memandang kosong message
tersebut. Jauh sekali untuk membalas. Apatah lagi untuk mengangkat panggilan
dari wanita itu. Aku benci. Namun aku masih hormatkan dirinya sebagai isteri papa. Buktinya, pada hari jadinya aku
akan pulang ke rumah dan meraikan sama. Tidak meraikan bersama sangat
sebenarnya. Aku memberikan dia hadiah dan mengurungkan diriku di dalam bilik
selama majlis di adakan. Keesokan harinya barulah aku akan balik ke kondoku.
Yang menyejukkan hatiku dan membuatkan aku ketagih untuk memberikan hadiah buat
auntie Merissa adalah sikapnya yang
menghargai pemberianku. Kesemua handbag yang aku berikan padanya sejak 5 tahun
yang lalu di gunakan oleh auntie Merissa
dengan cermat. Masih elok lagi rupanya. Aku ni lain sedikit. Suka apabila
pemberianku diguna. Terasa dihargai….
********** AKU
CINTA KAMU ***********
“BOSS.” Meeting yang diadakan pagi itu terganggu oleh Burn@Bakar
yang merupakan PA Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi hanya menanti
dengan penuh tenang Burn yang sedang berjalan ke padanya. mata-mata staff yang
lain juga tidak di endahkan.
“Dia dah setuju. The game is on.” Bisik Burn di telinga Tengku Ezkandar Heidi.
Tersenyum manis Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Semakin melebar lagi
senyumannya. Staff-staff yang berada
di dalam bilik meeting hanya mampu
berpandangan di antara satu sama lain. Pelik melihat sikap Tengku Ezkandar
Heidi yang berubah-berubah itu. Tadi bukan main lagi marah dan seriusnya. Kini
boleh pula terseyum lebar setelah Burn membisikkan sesuatu di telinganya.
“Good job Burn. We go to the next plan.” Bisik Tengku Ezkandar Heidi pada Burn.
Burn pula tersenyum dan menganggukkan kepalanya tanda faham. Burn mengambil
tempat di sebelah Tengku Ezkandar Heidi dan mesyuarat kembali di sambungkan.
‘The game is
on Syarifah Bikash Batriesya.’ Desis hati Tengku Ezkandar Heidi dengan
senyuman manis. Plan A nya sudah menjadi. Sekarang dia akan meneruskan ke plan
B pula. Memang rancangan mengambil Syarifah Bikash Batriesya itu adalah
rancangannya. Rancangan untuk mendekatkan dirinya pada Syarifah Bikash
Batriesya. PAnya pula Burn dengan senang hati membantu Tengku Ezkandar Heidi
untuk memikat Syarifah Bikash Batriesya. Memang itu tugas Burn sejak bekerja
dengan CEO itu. Membantu Tengku Ezkandar Heidi memikat wanita-wanita yang
diingininya. Nasib kau lah Burn.
******* AKU CINTA KAMU **********
DATO’ SYED AL-AZHAR
BUKHARI hanya memerhati kelibat anak gadisnya yang sedang berjalan keluar dari
restoren mewah tersebut bersama PAnya, Ben. Sejak mengetahui Ben merupakan PA Syarifah
Bikash Batriesya, Dato’syed Al-Azhar Bukhari menugaskan Ben agar membantu dan
menjaga keselamatan anak gadisnya itu. Dato’ Syed Al-Azhar bertuah kerana Ben bersetuju dan menolak duit yang diberikan
olehnya. Ben ikhlas ingin menjaga anaknya kerana sudah dianggap sebagai adik.
Cantik sekali anak gadis yang
dulunya kecil kini sudah membesar sebagai seorang gadis yang cantik. Serupa
dengan arwah isterinya, Syarifah Balqis. Melalui kelembutan dan kecantikan
luaran anak gadisnya itu Dato Syed Al-Azhar tahu gadis itu mempunyai kekerasan
di dalamnya. Sehingga kini anak tunggalnya itu masih membencikan dirinya. Hati
seorang ayah mana yang tidak sedih apabila anaknya membencikan dirinya. Semakin
dia cuba untuk mendekati anaknya. Pasti anak gadisnya itu akan menjauhkan diri.
‘Qis, apa yang patut abang lakukan
untuk membuat Triesya berubah kembali seperti dulu sayang?’ Rintih hati kecil Dato
Syed Al-Azhar. Setiap kali sembahyang pastinya Dato Syed Al-Azhar akan
mendoakan kesihatan dan keselamatan anak gadisnya itu. Diharap walau di mana
saja anak gadisnya itu berada Dato Syed Al-Azhar ingin pastikan dia di dalam
keadaan yang selamat. Sejak Syarifah Bikash Batrisya mengambil keputusan untuk
keluar dari rumah dan bekerja sendiri Dato Syed Al-Azhar telah mengupah dua
orang bodyguard yang menjaga
keselamatan anak gadisnya itu dari jauh. Walaupun mereka berjauhan namun semua
itu tidak menjadi halangan baginya untuk mengetahui kehidupan anaknya. Setiap
hari bodyguard-bodyguard yang diupah
olehnya akan melaporkan keadaan anak gadisnya itu. Termasuklah Ben.
“Hai dato. Takkan you berminat dengan model terkenal tu?
Jangan dato. Nanti masak datin kat rumah tu.” Sakat Dato Razali pada Dato Syed
Al-Azhar yang sedang ralit memandang model terkenal yang bernama Triesya itu
keluar dari restaurant mewah tersebut. Dato Syed Al-Azhar yang tersedar hanya
mampu tersenyum dan meneguk air kopinya. Sedih! Rakan-rakan seniaganya
masing-masing tidak tahu akan hubungan Dato Syed Al-Azhar dan Triesya. Semuanya
kerana permintaan Triesya. Jika tidak anak itu ingin mengugut untuk balik ke
Canada. Kedua-dua mertuanya menetap di situ sejak dulu. Amat mustahil baginya.
Bapa mertuanya Hj Syed Badrul amat menyayangi cucu perempuannya itu. Satu-satunya
cucu perempuan Hj Syed Badrul yang ada. Manakala abang kepada Syarifah Balqis iaitu
Syed Baqri mempunyai dua orang cahaya mata lelaki. Jika Dato Syed Al-Azhar melepaskan
Triesya pergi maka Dato Syed Al-Azhar akan semakin jauh dari anak gadisnya iu.
Silap-silap Hj Syed Badrul tidak membenarkan anaknya pulang ke Malaysia lagi.
Seperti Hj Syed Badrul yang lebih senang menetap di Canada kerana ibu mertuanya
iaitu Hjh Cathleen merupakan anak jati Canada.
“Takdelah dato. Siapalah I ni. Lagipun I ni pangkat bapanya saja.” Dalih dato syedal-azhar dan kembali meletakkan cawannya di atas meja.
“Betul tu dato. But orang muda
sekarang ni sukakan orang macam kita ni. Untuk dijadikan mesin ATM mereka.
Lebih-lebih lagi dato yang masih segak ni. Pastinya menarik minat mereka.”
Balas Dato Razali. Dato Razali kagum melihat Dato Syed Al-Azhar yang masih
kelihatan kacak dan muda itu. Mungkin kerana isterinya muda. Maka dia pun
kelihatan muda. Fikir Dato Razali. Dato Syed Al-Azhar hanya menggelengkan
kepala dan tersenyum. Triesya bukanlah seperti itu. Sejak kecil anak itu sudah
biasa dengan kemewahan. Sehingga kini Dato Syed Al-Azhar akan tetap masukkan
elaun sebanyak Rm5 ribu setiap bulan kepada anak daranya itu. Tiada sebab untuk
Triesya memikat VVIP seperti mereka.
“I
don’t think that she’s that kind of girl dato.” Balas Dato Syed Al-Azhar membela
anak gadisnya. Hal inilah yang tidak disukai olehnya. Golongan VVIP seperti
mereka selalu mengambil kesempatan kepada model-model seperti Triesya dan
menyalah anggap akan pekerjaan itu. Seperti dirinya juga. Dato Syed Al-Azhar tidak
ingin anaknya menjadi mangsa-mangsa VVIP yang gatal. Namun, makin dilarang.
Makin dibuat oleh anaknya itu.
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
P/S :: Pssstttt~ ~ ~ ~ How was the story? Okay tak? Maaf kalau ada yang terkurang yach! Maybe ada bahasa mahupun perkataan yang tak okay. Maafkan saya. :) Do drop your comment . Amat dihargai sekali.
P/S :: The heroin and hero will meet at the next chapter. Hwaiting~
P/s :: Till then,
Much Love,
Ratu Adriana Nadine.
ratu...!!! best2...
ReplyDeletehwaiting 4 next chapter!! .. ^_^_^
Awakkk... heee. thanx erk. keep follow ukeh. :)
ReplyDeletemenarik!! x sabar nk tggu diorg bertemu.. ;)
ReplyDeleteHeee thanx awak :) jengjengjeng. sy da update ACK. jan lupa baca yach ! :)
DeleteCite ni dh lme rpnye... bru thu, hehehe... bsttt sgt cite ni
ReplyDeleteCite ni dh lme rpnye... bru thu, hehehe... bsttt sgt cite ni
ReplyDelete