Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Sunday 22 April 2012

AKU CINTA KAMU BAB 2



AKU CINTA KAMU 2


YES TRIESYA. Yes. Yes like that. One more pose dear.” Sejak tadi si Ben merangkap PA dan penasihat fesyen aku memberi arahan. Mengalahkan tuan punya brand coklat ni je mamat lembut ni. Aku ni pun satu. Ikut je arahan dia bagaikan lembu yang dicucuk hidung. Cis. Rosak peribahasa dek aku. Hehehehe.

“Ben honey. Please. Cukuplah dear. Aku dah penat ni. Malam ni flight aku ke Jepun dear.” Rungutku padanya sambil mencengkak pinggang. Sejak tadi aku menjadi badutnya. Di suruh senyum, aku senyum. Di suruh pose macam ni, aku pose. Disuruh pose macam tu, aku pose. Ish. Naik lenguh badan dan bibir aku ni cuba tersenyum dan berlakon. Sejak tadi hampir sejam juga aku asyik makan coklat ni. Mak aih. Rosaklah gigi aku!

“Oklah dear. Syah you rasa everything dah ok ke?” Soal Ben pada Syah iaitu pengarah yang mengarah iklan coklat ni. Syah ku lihat tersenyum puas.

Yes Ben. I rasa everything dah perfect. Kalau modelnya dah cantik. Mestilah iklannya pun gempak.” Balas Syah dan tersenyum-senyum memandang aku. Huh. Gatal! Ben pula tergelak manja sambil merapatkan dirinya pada Syah. Ish. Ben ni. Mengalahkan kucing aku tengok.

Of courselah. Tengoklah siapa modelnya. Triesya gitu! Model terkenal di Malaysia ni.” Balas Ben dengan nada bangga. Aduhai. Aku bukannya riak pun dapat jadi model terkenal ni. Aku terlibat pun dalam bidang ni gara-gara si Ben. Kalau si Ben ni tak masukkan aku ke contest DEWI REMAJA tu. Takdenya aku di sini. Aku Cuma nak jadi stewardess untuk sakitkan hati papa. Tapi aku puas apabila aku menjadi model, papa semakin marah denganku.



                                                 ******** AKU CINTA KAMU *******



“KENAPA kau tak layan si Syah tu Babe? Ok apa. Pengarah terkenal you. Orangnya pun handsome. Ala-ala rupa si Syah Slam tu je.” Tegur Ben padaku yang sedang mengkumur-kumur mulutku dengan Dentine di dalam bilik air. Aku hanya menjeling Ben yang sedang menyilangkan kakinya duduk di sofa bilik persalinanku sambil membaca majalah itu melalui cermin dihadapanku.

“Tak naklah! Si Syah tu memang handsome. Tapi buaya tembaga. Bertukar-tukar gfnya. Tak nak aku.” Balasku padanya dan kembali mengkumur-kumur mulutku dengan Dentine.

Dear, kau dengar ni ok. Di dalam dunia ni takde lelaki handsome yang tak playboy. Semuanya playboy ok. Just nak kau ubah mereka tu je jadi harimau yang jinak.” Balas Ben padaku dengan penuh confident. Aku hanya menggelengkan kepala. Ada-ada saja si Ben ni.

“Ish. Kau ni. Sejak tadi asyik kumur-kumur mulut kau dengan Dentine tu. Memang patut pun gigi kau tu cantik dan Dentine ambil kau jadi model mereka.” Rungut Ben padaku yang masih mengkumur-kumur mulutku dan tidak melayan kata-katanya. Aku memuntahkan Dentine dan mencuci mulutku. Aku mengambil tuala putih yang dihulurkan oleh Ben.

“Aku bukan buat macam ni sebab aku ni model Dentine ke apa. But sebab aku sayangkan gigi aku. Time aku kecil dulu aku pernah sakt gg tau. Sakitnya yang amat! Tak nak aku rasa balik. That’s why aku jaga sangat gigi aku ni.” Balasku pada Ben dan duduk di sebelahnya. Ben tergelak kecil. Lucu mungkin.

“Luculah kau ni Babe. Tapi betul juga tu. Maybe sebab tu aku selalu sakit gigikan. Hehe.” Balas Ben sambil mengetuk-getuk pipinya. Ada-ada saja si Ben ni.

“Oh ya Babe, kita ada job baru tau. Job yang kau sendiri takkan sangka.” Balas Ben padaku dengan nada teruja. Aku mengerutkan dahi. Job apa? Aku dapat tawaran menyanyi ke? Kalau tu memang job yang aku tak sangka pun. Mahu nangis satu Malaysia dek suara aku yang bagaikan katak ni. Hihihi.

“Gelak pula dia. I’m serious ok.” Marah Ben padaku dan mencubit pinggangku yang tersarung dress rona kuning itu. Mengerang kesakitan aku dibuatnya. Mak aih! Ketam ke apa. Sakit ya amat!

“Sakitlah!” Marahku padanya sambil mengosok-gosok pinggangku. Ben tergelak dan mengusap-usap pinggangku. Aku menepis tangannya. Itu bukan mengusap Ben oi! Tapi geletek!

“O-ok. Aku serius ni.” Balasnya padaku setelah habis tawanya dan kembali seriuskan wajahnya.

“Cerita jelah.” Balasku malas dan mengikat satu rambutku. Rimasnya.

“Kalau kau nak tahu kita ada dapat job baru. I mean kau dapat job baru. Hehe.” Balas Ben kembali dengan teruja. Aku mengerutkan dahi.

Job apa?” Soalku hairan. Ben tersenyum manis dan membantuku memasang anting-anting di telinga.

You know what, ROYAL JEWELERRIES iaitu milik ROYAL HOLDING ambil kau sebagai model mereka untuk rekaan barang kemas terbaru mereka.” Jelas Ben dengan penuh teruja sambil menepuk-nepuk tangan. Aku mengerutkan dahi.

So?” Soalku selamba. So what? Memang ROYAL JEWELERRIES dan ROYAL HOLDING tu bukan calang-calang company. Kalah company papa yang import dan eksport kereta-kereta mewah tu. Lebih-lebih lagi BMW. Di Malaysia ni papalah pengedar utama. Tapi entahlah, aku tak rasa excited pun. Si Ben ni pernah cerita yang model-model yang dipilih oleh ROYAL JEWELLERIES adalah di antara model-model yang terpilih sahaja. Bukan calang-calang model yang boleh meperagakan set barang kemas jenama gah itu. Si pemakainya pula banyak di kalangan kerabat-kerabat diraja dan orang VVIP. Kalau orang biasa memang takkan mampu memiliki set barang kemas dari ROYAL JEWELERRIES tu.

“Bengong lah kau ni Babe. ke buat-buat bengong ni? Helo ! Ni peluang kau Ok. Peluang untuk meluaskan kerjaya kau ke peringkat antarabangsa. Kalau kau nak tahu banyak model-model kat Malaysia ni dapat jadi model antarabangsa setelah menjadi model Royal Jewelerris tu. See! Kau Nampak tak betapa berpengaruhnya company tu. Lebih-lebih lagi di bawah naungan ROYAL HOLDING. Fuh! CEO dia hot you! Muda dan kacak gitu!” Terang Ben panjang lebar padaku. Aku membuat muka menyampah. Sepatutnya aku yang excited bila cerita tentang lelaki ni. Ni terbalik pula! Dunia-dunia!

Babe. Aku tak terfikir pun nak jadi model antarabangsa ke apa. Apatah lagi nak terkenal. Kau tahukan. Aku masuk ke bidang modeling ni pun sebab nak sakitkan hati papa je.” Balasku pada Ben dan memegang tangannya. Mengharapkan pengertian dari Ben. Namun ku lihat Ben menggelengkan kepalanya.

No dear. This time, aku pula merayu pada kau. Please. Please and please terima job ni. Lakukan demi aku. Aku nak sangat tengok kau jadi model ROYAL JEWELLERIES tu Babe. Kau tahukan yang aku dah anggap kau sebagai adik aku.” Rayu Ben padaku dan memegang tanganku dengan penuh erat. Aku mengeluh. Ish. Si Ben ni mulalah nak buat muka kesian dia tu. Aku memang lemah dengan si Ben ni. Sejak kami kenal Ben baik sangat dengan aku. Ambil berat dan sayang dengan aku. Tapi sebagai kawanlah. Korang pun fahamkan yang si Ben ni. Eerr.. Lembut sikit. Hehee.

Fine! Tak payah nak buat muka macam tu. Buruk bebenor!” Kataku pada Ben dan menolak lembut mukanya yang sedang membuat muka kasihan itu. Menjerit gembira ben dibuatnya. Habis tubuhku dipeluk oleh Ben. Ish. Ben. Ben. Excited terlebih. Ben pantas mencapai Samsung Galaxy S2nya yang berada di atas meja dan berbual dengan seseorang. Aku hanya mendiamkan diri dan melayan perasaan.

Bagaimana agaknya khabar papa ya? Hampir seminggu papa sakit. Auntie Merissa ada memberikan message dan mengatakan yang papa dah keluar wad sejak 3 hari yang lalu. Aku hanya mampu memandang kosong message tersebut. Jauh sekali untuk membalas. Apatah lagi untuk mengangkat panggilan dari wanita itu. Aku benci. Namun aku masih hormatkan dirinya sebagai isteri papa. Buktinya, pada hari jadinya aku akan pulang ke rumah dan meraikan sama. Tidak meraikan bersama sangat sebenarnya. Aku memberikan dia hadiah dan mengurungkan diriku di dalam bilik selama majlis di adakan. Keesokan harinya barulah aku akan balik ke kondoku. Yang menyejukkan hatiku dan membuatkan aku ketagih untuk memberikan hadiah buat auntie Merissa adalah sikapnya yang menghargai pemberianku. Kesemua handbag yang aku berikan padanya sejak 5 tahun yang lalu di gunakan oleh auntie Merissa dengan cermat. Masih elok lagi rupanya. Aku ni lain sedikit. Suka apabila pemberianku diguna. Terasa dihargai….



                                                       ********** AKU CINTA KAMU ***********



BOSS.” Meeting yang diadakan pagi itu terganggu oleh Burn@Bakar yang merupakan PA Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi hanya menanti dengan penuh tenang Burn yang sedang berjalan ke padanya. mata-mata staff yang lain juga tidak di endahkan.

“Dia dah setuju. The game is on.” Bisik Burn di telinga Tengku Ezkandar Heidi. Tersenyum manis Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Semakin melebar lagi senyumannya. Staff-staff yang berada di dalam bilik meeting hanya mampu berpandangan di antara satu sama lain. Pelik melihat sikap Tengku Ezkandar Heidi yang berubah-berubah itu. Tadi bukan main lagi marah dan seriusnya. Kini boleh pula terseyum lebar setelah Burn membisikkan sesuatu di telinganya.

Good job Burn. We go to the next plan.” Bisik Tengku Ezkandar Heidi pada Burn. Burn pula tersenyum dan menganggukkan kepalanya tanda faham. Burn mengambil tempat di sebelah Tengku Ezkandar Heidi dan mesyuarat kembali di sambungkan.

The game is on Syarifah Bikash Batriesya.’ Desis hati Tengku Ezkandar Heidi dengan senyuman manis. Plan A nya sudah menjadi. Sekarang dia akan meneruskan ke plan B pula. Memang rancangan mengambil Syarifah Bikash Batriesya itu adalah rancangannya. Rancangan untuk mendekatkan dirinya pada Syarifah Bikash Batriesya. PAnya pula Burn dengan senang hati membantu Tengku Ezkandar Heidi untuk memikat Syarifah Bikash Batriesya. Memang itu tugas Burn sejak bekerja dengan CEO itu. Membantu Tengku Ezkandar Heidi memikat wanita-wanita yang diingininya. Nasib kau lah Burn.



                                    ******* AKU CINTA KAMU **********



DATO’ SYED AL-AZHAR BUKHARI hanya memerhati kelibat anak gadisnya yang sedang berjalan keluar dari restoren mewah tersebut bersama PAnya, Ben. Sejak mengetahui Ben merupakan PA Syarifah Bikash Batriesya, Dato’syed Al-Azhar Bukhari menugaskan Ben agar membantu dan menjaga keselamatan anak gadisnya itu. Dato’ Syed Al-Azhar bertuah kerana Ben  bersetuju dan menolak duit yang diberikan olehnya. Ben ikhlas ingin menjaga anaknya kerana sudah dianggap sebagai adik.

            Cantik sekali anak gadis yang dulunya kecil kini sudah membesar sebagai seorang gadis yang cantik. Serupa dengan arwah isterinya, Syarifah Balqis. Melalui kelembutan dan kecantikan luaran anak gadisnya itu Dato Syed Al-Azhar tahu gadis itu mempunyai kekerasan di dalamnya. Sehingga kini anak tunggalnya itu masih membencikan dirinya. Hati seorang ayah mana yang tidak sedih apabila anaknya membencikan dirinya. Semakin dia cuba untuk mendekati anaknya. Pasti anak gadisnya itu akan menjauhkan diri.

            ‘Qis, apa yang patut abang lakukan untuk membuat Triesya berubah kembali seperti dulu sayang?’ Rintih hati kecil Dato Syed Al-Azhar. Setiap kali sembahyang pastinya Dato Syed Al-Azhar akan mendoakan kesihatan dan keselamatan anak gadisnya itu. Diharap walau di mana saja anak gadisnya itu berada Dato Syed Al-Azhar ingin pastikan dia di dalam keadaan yang selamat. Sejak Syarifah Bikash Batrisya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan bekerja sendiri Dato Syed Al-Azhar telah mengupah dua orang bodyguard yang menjaga keselamatan anak gadisnya itu dari jauh. Walaupun mereka berjauhan namun semua itu tidak menjadi halangan baginya untuk mengetahui kehidupan anaknya. Setiap hari bodyguard-bodyguard yang diupah olehnya akan melaporkan keadaan anak gadisnya itu. Termasuklah Ben.

            “Hai dato. Takkan you berminat dengan model terkenal tu? Jangan dato. Nanti masak datin kat rumah tu.” Sakat Dato Razali pada Dato Syed Al-Azhar yang sedang ralit memandang model terkenal yang bernama Triesya itu keluar dari restaurant mewah tersebut. Dato Syed Al-Azhar yang tersedar hanya mampu tersenyum dan meneguk air kopinya. Sedih! Rakan-rakan seniaganya masing-masing tidak tahu akan hubungan Dato Syed Al-Azhar dan Triesya. Semuanya kerana permintaan Triesya. Jika tidak anak itu ingin mengugut untuk balik ke Canada. Kedua-dua mertuanya menetap di situ sejak dulu. Amat mustahil baginya. Bapa mertuanya Hj Syed Badrul amat menyayangi cucu perempuannya itu. Satu-satunya cucu perempuan Hj Syed Badrul yang ada. Manakala abang kepada Syarifah Balqis iaitu Syed Baqri mempunyai dua orang cahaya mata lelaki. Jika Dato Syed Al-Azhar melepaskan Triesya pergi maka Dato Syed Al-Azhar akan semakin jauh dari anak gadisnya iu. Silap-silap Hj Syed Badrul tidak membenarkan anaknya pulang ke Malaysia lagi. Seperti Hj Syed Badrul yang lebih senang menetap di Canada kerana ibu mertuanya iaitu Hjh Cathleen merupakan anak jati Canada.

            “Takdelah dato. Siapalah I ni. Lagipun I ni pangkat bapanya saja.” Dalih dato syedal-azhar dan kembali meletakkan cawannya di atas meja.

            “Betul tu dato. But orang muda sekarang ni sukakan orang macam kita ni. Untuk dijadikan mesin ATM mereka. Lebih-lebih lagi dato yang masih segak ni. Pastinya menarik minat mereka.” Balas Dato Razali. Dato Razali kagum melihat Dato Syed Al-Azhar yang masih kelihatan kacak dan muda itu. Mungkin kerana isterinya muda. Maka dia pun kelihatan muda. Fikir Dato Razali. Dato Syed Al-Azhar hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. Triesya bukanlah seperti itu. Sejak kecil anak itu sudah biasa dengan kemewahan. Sehingga kini Dato Syed Al-Azhar akan tetap masukkan elaun sebanyak Rm5 ribu setiap bulan kepada anak daranya itu. Tiada sebab untuk Triesya memikat VVIP seperti mereka.

            “I don’t think that she’s that kind of girl dato.” Balas Dato Syed Al-Azhar membela anak gadisnya. Hal inilah yang tidak disukai olehnya. Golongan VVIP seperti mereka selalu mengambil kesempatan kepada model-model seperti Triesya dan menyalah anggap akan pekerjaan itu. Seperti dirinya juga. Dato Syed Al-Azhar tidak ingin anaknya menjadi mangsa-mangsa VVIP yang gatal. Namun, makin dilarang. Makin dibuat oleh anaknya itu.




                                                                       B.E.R.S.A.M.B.U.N.G


P/S :: Pssstttt~ ~ ~ ~ How was the story? Okay tak? Maaf kalau ada yang terkurang yach! Maybe ada bahasa mahupun perkataan yang tak okay. Maafkan saya. :) Do drop your comment . Amat dihargai sekali. 

P/S :: The heroin and hero will meet at the next chapter. Hwaiting~

P/s :: Till then,



Much Love,
Ratu Adriana Nadine.




6 comments:

  1. ratu...!!! best2...
    hwaiting 4 next chapter!! .. ^_^_^

    ReplyDelete
  2. menarik!! x sabar nk tggu diorg bertemu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee thanx awak :) jengjengjeng. sy da update ACK. jan lupa baca yach ! :)

      Delete
  3. Cite ni dh lme rpnye... bru thu, hehehe... bsttt sgt cite ni

    ReplyDelete
  4. Cite ni dh lme rpnye... bru thu, hehehe... bsttt sgt cite ni

    ReplyDelete