Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday 20 April 2012

AKU CINTA KAMU BAB 1




AKU membaling blackberryku di dinding hospital. Hatiku merasa sebal sekali! Hatiku merasa marah dengan papa. Sejak dulu sehingga sekarang aku dan papa memang tidak akan pernah sehaluan. Sejak arwah mama meninggal dunia aku bukan lagi anak manja papa. Lebih-lebih lagi papa berkahwin lagi hanya kerana alasan papa ingin aku di didik dengan kasih sayang seorang ibu! Persetan itu semua! Ibuku hanya mama! Hanya mama dan tidak akan boleh diganti oleh sesiapa pun.

                Sejak kecil cita-citaku ingin menjadi seorang doctor. Itu juga harapan arwah mama padaku. Mungkin juga kerana mama merupakan seorang doctor. Namun papa pula ingin aku mewarisi syarikat miliknya. Papa ingin aku menguruskan syarikatnya jika dia bersara kelak. Kedua-duanya membuatkan aku di dalam dilemma. Kedua-duanya aku sayang. Aku mengambil keputusan untuk menjadi doctor dan pada masa yang sama aku bersetuju untuk menjadi pewaris tunggal papa.

                Namun, sejak kematian mama aku bagaikan bingung. Aku bingung dengan hala tuju hidupku. Sejak 5 tahun lalu mama meninggalkan aku di kala hari kejayaanku. Selepas aku convocation dan pulang dari meraikan kejayaanku mendapat ijazah dalam bidang perubatan, kereta yang dipandu Methew pemandu peribadi papa di langgar oleh sebuah lorry. Pada waktu itu hanya Allah Swt yang tahu apa yang aku rasakan. Methew pemandu peribadi papa mennggal di tempat kejadian saat itu juga. Manakala mama di dalam keadaan yang kritikal. Aku yang duduk di bahagian hadapan dan papa di belakangku tidak mengalami kecederaan yang teruk. Lorry yang melanggar kereta kami pada waktu itu adalah pada bahagian kiri. Kereta luar Negara berlainan dengan kerta buatan Malaysia. Pemandunya adalah di sebelah kiri. Manakala mama pula di bahagian belakang pemandu.

                Saat aku tersedar aku sudah terbaring lemah di katil empukku di rumah mewah papa di Malaysia. Kaki kiriku pada waktu  itu patah. Manakala tangan kananku pula terseliuh. Kepalaku yang masih di baluti dengan kain putih dan mukaku yang masih lebam membuatkan aku menangis. Sakit sekali. Sudah hampir sebulan aku koma. Tapi bukan itu yang aku sedihkan. Aku sedih kerana mama sudah pergi meninggalkan aku dan aku tidak berpeluang berjumpa dengan mama buat kali yang terakhir. Aku bagaikan trauma. Semuanya berlalu dengan pantas sekali. Yang lebih menyedihkan aku. aku mendapat tahu yang papa sudah bernikah lagi. Belum pun kubur mama ditumbuhi rumput-rumput hijau. Papa sudah bernikah lain. Kejamnya papa! Pada waktu itu aku mula membenci papa dan menjauhkan diriku dari papa.

                Tengku Maisara Tengku Mahdi. Nama itu sampai bila-bila aku akan ingat. Wanita yang berani mengambil tempat mama di sisi papa dan mengakui dirinya sebagai mummy padaku. Aku mengaku wanita itu kelihatan muda dari papa dan cantik. Hah! Cantik saja tiada gunanya jika mempunyai hati yang busuk! Sejak dia diperkenalkan sebagai isteri papa padaku, aku sudah melancarkan perang padanya. Sepanjang aku sakit aku melarang dirinya menyentuh diriku. Hanya nurse peribadi yang diupah oleh papa aku benarkan. Tidak sanggup diriku disentuh oleh tangan wanita itu. Banyak kali wanita itu cuba untuk mengambil hatiku. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya untukku. Namun hatiku merasa sakit dengan senyuman itu. Bagaikan dirinya menghina diriku yang sudah kehilangan mama. Walaupun pada dasarnya senyuman wanita itu kelihatan ikhlas sekali. Namun, sehingga kini auntie Merissa dan papa tidak mempunyai zuriat. Kenapa? Jangan soal diriku. Kerana aku tidak  tahu dan tidak ingin tahu.

                Sejak itu aku selalu mencari gaduh dengan papa. Semua yang papa tidak suka pasti aku akan lakukan. Putih kata papa. Maka hitamlah kataku. Aku juga tidak menjadi doctor dan bekerja di syarkat papa. Tetapi aku mengambil keputusan untuk menjadi seorang pramugari di syarikat penerbangan pesendirian. Fly Airlines. Iaitu syarikat penerbangan bagi orang-orang kenamaan dan VVIP saja. Aku juga menjadi model sambilan. Dengan rupa paras dan tubuhku yang cantik menjadikan aku rebutan para designer di luar sana.

                “Ehem!” Aku tersentak apabila apabila mendengar suara orang berdehem dari arah belakangku. Aku yang tadinya memandang jauh ke tingkap kaca yang sedikit basah akibat hujan itu menoleh.

                “Nak baling phone I tak? I ada banyak phone kat rumah.” Soal seorang lelaki padaku sambil menayang-nayangkan Iphone 4 nya di udara. Tangan kanannya di masukkan ke dalam seluar slack hitamnya. Manakala tangan kirinya pula memegang Iphone. Lelaki itu santai menyandarkan dirinya di dinding. Dari pemerhatianku lelaki dihadapanku ini bukan calang-calang orang. Segak berkot rona hitam dan bernecktie berjenama. Ok I admit that. He’s handsome. Ala-ala Hans Isaac gitu. Cuma dia lebih tegap dan mukanya lebih kacak dari Hans Isaac. Hurm. Mesti rajin pergi gim ni.

               “Its none of your business.” Balasku tegas padanya dan berjalan ke tepi dinding. Mengambil sim dan memory card phoneku yang selamat menjadi arwah tadi. Takde guna layan orang macam ni. Manatau handsome-handsome macam ni rupanya orang gila. E. Seram!!!!

Aku berjalan menuju ke lif tanpa memperdulikan lelaki tadi yang sedang ralit memandangku. Dia hanya memasukakn kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar slacknya dan tersenyum memandangku. Huh! Hari yang malang buatku. Dahlah papa masuk hospital dan memintaku menguruskan syarikatnya. Dihinanya pula pekerjaanku sebagai pramugari dan model. Huh! Hina sangat ke pekerjaan tu? Halal apa! Then blackberry kesayangan aku pula selamat jadi arwah. Oh god! Terpaksalah beli phone baru. Gila tak beli! Aku ni busy mengalahkan PM je. Sentiasa phone aku akan berdering. Apa eh phone yang new release sekarang ni? Iphone 4s ok tak? Hurm. Sebut tentang Iphone. Teringat pula mamat sewel tadi. Apa kejadahnya! Muka dah handsome dah tapi sewel! Buat aku sedih je! Kalau tak boleh cekup jadi steady bf aku! Ahaks!


                ****** AKU CINTA KAMU *******

TENGKU  EZKANDAR HEIDI yang sedang tersenyum-senyum memandang langit itu mencuit hati Puan Sri Tengku Melissa. Tak pernah-pernah anak terunanya selama 30 tahun ni membuat gaya seperti itu. Tersenyum-senyum sendiri di taman milik Puan Sri Tengku Marissa. Selalunya malam-malam seperti ini pastinya anaknya keluar dan baliknya jam 2 subuh. Ke mana lagi perginya jika tidak ke club. Heh. Bukan club yang tu. Club keretanyalah. Tengku Ezkandar Heidi ni active dengan club kereta sportnya. Selalu ke club untuk berlumba dan menluangkan masa terluangnya di situ.

                Puan Sri Tengku Melissa hanya mampu menggelengkan kepala dengan sikap anak terunanya itu. Berbeza dengan Tengku Erissa Hani. Anak daranya itu lebih suka terperuk di rumah dan melayari internet. Tetapi jika dibandingkan Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Erissa Hani. Tengku Ezkandar Heidi lagi menurut perintah dan anak yang baik berbanding Tengku Erissa Hani yang selalu membentak dan melanggar perintahnya.

                “Que Ez, tengah menungkan apa tu? Asyik sangat mummy tengok.” Tegur Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar Heidi yang sedang tersenyum seorang diri itu.

                “Err. Mummy. Sejak bila duduk kat situ?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan apabila melihat mummynya yang sedang duduk di sebelahnya di kerusi taman tersebut. Puan Sri Tengku Melissa yang sedang meneguk air kopi itu hanya tersenyum. Sahlah yang Tengku Ezkandar tengah berangan.

                “Sejak tadi lagi. Apa yang anak mummy tengah menungkan ni? Khusyuk sangat mummy tengok.”  Soal Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar Heidi dan menghulurkan cawan yang berisi kopi pada anak kesayangannya itu. Tengku Ezkandar Heidi menyambut dan tersenyum sebagai tanda terima kasih.

“Takde apalah mummy,.” Jawab Tengku Ezkandar Heidi malu. Dah tu. Takkan nak jawab yang dirinya sedang teringatkan anak dara orang. Ish. Habis disiatnya telinga Tengku Ezkandar Heidi jika diketahui Puan Sri Tengku Melissa. Gatal sangat. Heehehe

“I know my son well. Spill it out sayang.” Balas Puan Sri Tengku Melissa dengan nada yang lembut. Orang kata guna pendekatan psychology. Manatau menjadi. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum melihat Tengku Ezkandar Heidi yang sudah mengaru-garu kepala itu. Pastinya sudah serba salah. Yes! Im the winner. Bisik hati Puan Sri Tengku Melissa.

“Err. If Que Ez cerita mummy jangan pula tarik telinga Que Ez.” Jawab Tengku Ezkandar Heidi gugup dan tersengih. Puan Sri Tengku Melissa tergelak kecil dan menggelengkan kepala.

No sayang. Ceritalah. Asalkan jangan Que Ez kata yang Que Ez dah mengandungkan anak dara orang sudah. Mummy kejar Que Ez dengan senduk belanga mummy.” Ugut Puan Sri Tengku Melissa dengan tawa kecil. Jauh di sudut hatinya dia percaya Tengku Ezkandar Heidi tidak berani membuat seperti itu. Walaupun Tengku Ezkandar Heidi mempunyai ramai teman wanita. Namun anak terunanya itu masih tahu menjaga batas pergaulan. Tidak pernah terlintas di fikiran anak terunanya itu untuk membawa anak dara orang masuk ke dalam bilik. Jika berpegangan tangan memang ya. Tahu sangat.

“Ish. Mummy ni. Ke situ pula. Simpang malaikat 44 mummy. Tak nak Que Ez. Bukan tentang tulah my.” Jawab Tengku Ezkandar Heidi pantas. Gila apa buat macam tu. Dirinya masih waras lagi untuk mengusung anak dara orang ke atas katil. Bagi Tengku Ezkandar Heidi, terunanya hanyalah untuk isteri yang dicintainya saja. Ala-ala filem AKU MASIH DARA TU. ‘Kesucian saya hanya untuk lelaki yang bergelar suami’. Hah. yang tulah. Cuma ni versi Tengku Ezkandar Heidi. Erk. Ada pula macam tukan. Hehee.

So what is it?” Soal Puan Sri Tengku Melissa hairan. Tak kan masalah duit kot? Harta mereka ni 7 keturunan sekalipun takkan habisnya. Lagi pula Tengku Ezkandar Heidi merupakan CEO MAHLIGAI HOLDING. Amat mustahil anak terunanya itu akan mengalami masalah kewangan. Dah tu  tersenyum pula.

“Err. Que Ez teringatkan perempuan cantik yang ada kat dalam bilik daddy Syed tadi.” Balas Tengku Ezkandar Heidi gugup. Malu pun ada. Merah mukanya. Pertama kali berbincang soal perempuan dengan mummynya. Bukan mummynya tidak ingin dengar. Tetapi Tengku Ezkandar Heidi merasakan tidak perlu dan penting. Bekas-bekas teman wanitanya pula hanya untuk suka-suka saja. Tetapi kali ini agak berbeza.

        “Perempuan cantik?” Soal Puan Sri Tengku Melissa hairan. Tengku Ezkandar Heidi menganggukan kepala.

“Alarh. Perempuan cantik yang terlanggar Que Ez tadi tu. Takkan mummy dah lupa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Sungguh-sungguh dirinya mengingatkan mummynya kembali mengenai excident kecilnya dan perempuan cantik yang tidak sengaja melanggarnya tadi tika di pintu bilik daddy Syednya. Tuptup boleh tahu siapa gerangan si gadis. Boleh juga Tengku Ezkandar Heidi masuk jarum. Hehe. Senyuman jahat terukir di bibir.

“Ooooh. Yang itu. Kalau Que Ez nak tahu perempuan cantik tadi tu…” Penerangan Puan Sri Tengku Melissa terganggu apabila Tengku Erissa Hani tiba-tiba datang dan duduk di sebelah Puan Sri Tengku Melissa. Kedua-dua tangannya dilingkarkan di tubuh mummynya. Nak bermanjalah tu. Tengku Ezkandar Heidi mendengus. Menganggu betul Tengku Erissa Hani ni. Dah besar panjang dan bergelar pensyarah pun masih buat gaya budak-budak dia tu. Dahlah Tengku Ezkandar Heidi excited sangat nak tahu mengenai si cantik. Tuptup Tengku Erissa Hani menganggu plannya pula.

“Ish menganggu betullah adik ni.” Kata Tengku Ezkandar Heidi geram. Dicubit kedua-dua pipi Tengku Erissa Hani dengan geram. Menjerit kecil Tengku Erissa Hani akibat cubitan Tengku Ezkandar Heidi itu.

Mummy! Tengoklah abang tu. Sakitlah!” Bentak Tengku Erissa Hani geram dan mengosok-gosok pipinya. Puan Sri Tengku Melissa tergelak kecil dengan perlakuan kedua-dua anaknya. Pastinya Tengku Ezkandar Heidi membuak-buak ingin tahu siapa gerangan perempuan cantik tadi sehinggakan pipi Tengku Erissa Hani dicubit dengan geram akibat menganggu perbualan mereka tadi. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum mengenangkan perempuan cantik yang dimaksudkan Tengku Ezkandar Heidi tadi. Jikalau perempuan itu yang dibuat isteri oleh Tengku Ezkandar Heidi memang Puan Sri Tengku Melissa setuju 120%. Hehe.

“Que Ez. Janganlah buat Que Sha macam tu. Kasihan anak mummy ni. Dahlah tak cantik. Tambah tak cantik bila Que Ez buat macam tu.” Marah Puan Sri Tengku Melissa sambil bergurau. Tengku Ezkandar Heidi yang mendengar kata-kata Puan Sri Tengku Melissa itu sedang tergelak besar. Cemberut muka Tengku Erissa Hani dibuatnya. Semuanya auta sekali. Tengku Erissa Hani boleh digolongkan di dalam kalangan gadis yang cantik. Wajahnya yang iras-iras Nora Danish itu amat comel sekali. Cuma Tengku Erissa Hani agak tinggi sedikit dari Nora Danish. Hehehe.

“Mummy! Abang!” Bentak Tengku Erissa Hani geram sambil berpeluk tubuh.

“Alolorh. Anak dara mummy ni. Gurau jelah sayang. Siapa kata Que Sha mummy ni tak cantik. Cantik sangat-sangat.” Pujuk Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Erissa Hani dan mengusap-usap rambut Tengku Erissa Hani lembut. Tengku Erissa Hani tersenyum mendengar pujian Puan Sri Tengku Melissa. Tebiat Tengku Erissa Hani sejak dulu. Pantang dipuji. Mulalah nak keluarkan malu-malu miow dia tu. Tengku Erissa Hani menjelirkan lidah pada Tengku Ezkandar Heidi apabila Puan Sri Tengku Melissa memeluk Tengku Erissa Hani. Tengku Ezkandar Heidi hanya menayang muka menyampah.

Mummy…. Dahlah tu. Bagitahulah siapa dia tu?” Rengek Tengku Ezkandar Heidi pada Puan Sri  Tengku Melissa yang baru melepaskan pelukannya pada Tengku Erissa. Tergelak Puan Sri Tengku Melissa melihat rengekan Tengku Ezkandar Heidi itu. macam budak-budak. Terakhir kali Tengku Ezkandar Heidi membuat perangai seperti itu adalah pada umurnya 14 tahun. Itupun kerana ingin membeli motorsikal. Sejak dah besar panjang ni Tengku Ezkandar Heidi hanya bersikap cool selalu.

“Apa yang abang nak tu mummy?” soal Tengku Erissa Hani hairan. Hairan melihat abangnya yang tiba-tiba manja tu. Muka macam nak menangis pun ada. Huh! Abang aku ke ni? Ni kalau fan club abang yang kat universiti tu tahu mesti menangis ni tengok muka abang macam ni. Bisik hati Tengku Erissa Hani. Menjuling  matanya melihat abangnya saat itu.

“Ish. Budak kecil jangan sibuklah. Mummy….” Sampuk Tengku Ezkandar Heidi dan menjengilkan matanya pada Tengku Erissa Hani. Tengku Erissa Hani hanya mencebik. Puan Sri Tengku Melissa ketawa.

Ok-Ok. Mummy bagitahu. Actually perempuan cantik tu anak dara daddy syed kamu. Merangkap anak tiri Mummy Marissa kamu.” Terang Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar Heidi. Memang perempuan cantik tadi adalah Syarifah Bikash Batriesya Binti Syed Al-Azhar. Anak tiri kepada Tengku Marissa iaitu adik perempuan Puan Sri Tengku Melissa. Ingin saja Puan Sri Tengku Melissa tergelak melihat Tengku Ezkandar Heidi yang sedang terbuka mulutnya itu. Pastinya Tengku Ezkandar Heidi terkejut. Selama ini Tengku Ezkandar Heidi ingin sekali bertemu dengan anak tiri Tengku Marissa kerana Tengku Ezkandar Heidi merasa anak tiri Tengku Marissa begitu kejam kerana sehingga kini tidak menerima kewujudan Tengku Marissa sebagai isteri Syed Al-Azhar. Sekarang ni dah terpikat ke?

“Are you kidding me?” soal Tengku Ezkandar Heidi meningikan kepastian. Mummy please say yes. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi. Jika perempuan cantik tadi adalah Syarifah Bikash Batriesya pasti amat susah Tengku Ezkandar Heidi ingin menjual minyak dengan gadis itu. Bukannya Tengku Ezkandar Heidi tidak tahu yang gadis itu begitu membencikan Mummy Marissanya. Manakala Tengku Ezkandar Heidi pula merupakan anak saudara Tengku Marissa. Pasti gadis itu juga memusuhi dirinya.

No sayang. Mummy serius ni. Perempuan tadi tu Batrisya. Anak Daddy Syed kamu.” Jelas Puan Sri Tengku Melissa penuh pasti. Tengku Ezkandar Heidi memicit kepalanya. Aduhai. Bila hati ni dah terpikat. Ada pula masalah. Desis hatinya.

“Susahlah macam ni….” Rungut Tengku Ezkandar Heidi tanpa sedar.

“Susah kenapa?’ Soal Tengku Erissa Hani pada Tengku Ezkandar Heidi hairan. Sejak tadi dia hanya mendiamkan diri dan menjadi pendengar saja. Dia sendiri tidak kenal siapa Syarifah Bikash Batriesya tu. Yang dia tahu gadis itu adalah anak tiri Mummy Marissanya.

“Anak Mummy dah terpikat dengan Bartiesya ya?” Tembak Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar Heidi dan memandang Tengku Ezkandar Heidi untuk kepastian. Tengku Ezkandar Heidi berubah mukanya. Merah sekali. Tergelak kecil Puan Sri Tengku Melissa. Malulah tu dah red caught.

“Err. Takdelah.” Dalih Tengku Ezkandar Heidi dan mengaru-garu lehernya. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum. Lagi nak sembunyi. Muka awak tu dah merah sangat dah.

“Jangan nak tipu mummy. Mummy dah lama hidup dengan Que Ez. Dah tahu sikap Que Ez. Apa salahnya Que Ez terpikat dengan dia. Mummy lagi happy.” Balas Puan Sri Tengku Melissa dengan senyuman. Tengku Ezkandar Heidi yang sedang tertunduk spontan memandang mummynya. Matanya kelihatan bersinar.

“Betul ke ni mummy?” Soal Tengku Ezkandar Heidi inginkan kepastian. Puan Sri Tengku Melissa menganggukkan kepala dan tersenyum.

“Betul sayang. Bukan orang lain pun. Anak Mummy Marissa juga. Yelah anak tiri. Tapi mummy Merissa dah anggap Batriesya tu sebagai anak kandung dia. Que Ez tahukan yang mummy Merissa Que Ez tu tak boleh mengandung.” Jelas Puan Sri Tengku Melissa. Hatinya kasihan dengan adiknya itu. Tidak disangka yang Tengku Merissa mandul. Padahal Tengku Merissa subur orangnya. Sejak darjah 4 sudah datang bulan.

“Tapi mesti susah Que Ez nak dapatkan dia mummy. Mummy fahamkan yang dia tu bencikan mummy Merissa. Que Ez pula anak saudara mummy Merissa. Mesti kena tempiasnya. Aduhai. Ni kot balasan  Que Ez mainkan perasaan perempuan. Sekali dah terjatuh cinta dengan orang yang salah.” Balas Tengku Ezkandar Heidi panjang lebar. Muram wajahnya saat itu. Kecewa sekali. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum memandang Tengku Ezkandar Heidi dan memegang tangan anak lelakinya itu.

“Que Ez tak jatuh cinta pada orang yang salah sayang. She’s the one. Batriesya gadis yang baik sayang. Cuma hati dia tu dah set yang dia bencikan mummy Merissa dan daddy syed kamu. Jika dia benci sangat takdenya dia nak datang ke hospital tadi jenguk daddy syed. Dia juga dulu pernah balik dari US semata-mata kerana hari jadi mummy Merissa kamu. Dia hanya cakap benci di mulut. Tapi dalam hati dia masih ada perasaan lagi. Dengan mummy dia ok je. Salam dan senyum bila jumpa mummy. Dia tak bawa-bawalah.” Jelas Puan Sri Tengku Melissa panjang lebar dan mengenggam tangan Tengku Ezkandar Heidi erat. Tersenyum Puan Sri Tengku Melissa. Lapang hatinya anak terunanya kini sudah mula jatuh cinta. Pening juga kepalanya apabila Tengku Ezkandar Heidi sering bertukar teman wnaita. Tak cukup dengan tu siap keluar dalam newspaper lagi. Mana tak, CEO muda sepertinya pasti menjadi bualan orang ramai.


“Hei. Abang ni. sejak bila playboy macam abang ni boleh mengalah? Abang berusahalah sikit. Kalau tak berusaha macam mana nak dapatkan kak Batriesya tu? Betul tak Mummy? Nanti-nanti dia jatuh kat tangan lelaki lain padan dengan muka abang.” Sampuk Tengku Erissa Hani. Agak luar biasa baginya playboy seperti abangnya itu mengalah kerana perempuan. That’s not my brother!


“Mulut adik ni celupar lah. Dibuatnya masin mulut adik tu. Huh. Tak berkakak iparlah adik dengan Batriesya yang cantik tu. Abang adik ni juga merana tahu.” Marah Tengku Ezkandar Heidi pada Tengku Erissa Hani. Agak tidak suka apabila Tengku Erissa Hani berkata seperti itu. Simpang malaikat 44. Ni Tengku Ezkandar Heidi Tengku Harislah. Tiada siapa boleh ambil Syarifah Bikash Batriesya darinya. Tengku Ezkandar Heidi akan pastikan Syarifah Bikash Batriesya jatuh ke dalam pelukannya. Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi dengan keazaman dirinya itu.


“Tahu takut! So start hari ni abang kenalah kerja keras sikit nak mengurat bakal kakak ipar adik tu. Tuptup dapat jadi kakak ipar. Bahagia hidup adik ada kakak ipar yang cantik!” Balas Tengku Erissa Hani dengan senyuman lebar. Puan Sri Tengku Melissa tergelak kecil. Ada-ada saja anak-anaknya ini. Tapi ada benarnya kata Tengku Erissa Hani tadi. Silap-silap Puan Sri Tengku Melissa pun turut tumpang sekali. Hehee.

“Mummy… Err. Triesya tu kerja apa eh?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Sekadar ingin mengorek rahsia. Tuptup boleh tambah pointnya untuk mengurat si cantik.

“Hurm. Kalau tak silap mummy stewardess dan model.” Terang Puan Sri Tengku Melissa. Kerana itu yang Tengku Merissa katakan padanya. Tengku Erissa Hani yang mendengar kata-kata Puan Sri Tengku Melissa tadi teriak kecil.

“Ish. Apa ni adik. Teriak-teriak pula!” Marah Tengku Ezkandar Heidi sambil mengosok-gosok telinganya. Kuat sangat suara adiknya menjerit tadi. Tanpa balasan Tengku Erissa Hani pantas berlari masuk ke dalam rumah. Puan Sri Tengku Melissa dan Tengku Ezkandar Heidi hanya menggelengkan kepala.

“Dulu Tengku Merissa kata Batriesya tu ambil medic kat Melbourne. Dah ada ijazah dah pun. Tinggal kerja saja.” Terang Puan Sri Tengku Melissa dan menghirup air kopinya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi. Agak bingung sedikit di situ.

“But just now you said she was a stewardess and model.” Balas Tengku Ezkandar Heidi hairan.

“Yes. But dulu dia bercita-cita nak jadi doctor sebab arwah mamanya Syarifah Balqis adalah seorang doctor. Batriesya pun dah setuju nak ambil alih syarikat papanya satu hari nanti. Tapi yalah. Disebabkan kemalangan yang meragut nyawa Mama Triesya. Dia terus berubah. Dah jadi murung dan bengis. Lebih-lebih lagi apabila daddy syed kamu berkahwin dengan mummy Merissa kamu seminggu selepas kematian isterinya. Triesya rasa papa dia curang dengan mamanya. Sebab itu Triesya berdendam dengan papa dan mummy Merissa kamu. Dia mula buat semua benda yang papa dia tak suka. Selalu bergaduh degan papanya. Sebab tu dia jadi stewardess dan model. Sebab dia tahu papa syed kamu tak suka dia pilih pekerjaan tu. Semuanya hanya untuk menaikkan kemarahan papa syed kamu. Ni pun papa syed kamu masuk hospital sebab Triesya kononnya menjadi model untuk musuh syarikat papa syed kamu. Mana tak orang tua tu tak pengsan dan darah tingginya naik.” Jelas Puan Sri Tengku Melissa panjang lebar. Sebenarnya Puan Sri Tengku Melissa kasihankan Batriesya. Sesiapa pun yang berada di tempat gadis itu pasti akan buat benda yang sama. Teringin sekali Puan Sri Tengku Merissa mencurahkan kasih sayangnya buat gadis itu.

Manakala Tengku Ezkandar Heidi pula terdiam. Agak terkejut apabila gadis secantik Syarifah Bikash Batriesya mempunyai ijazah dalam bidang perubatan. Bukan calang-calang orang. Gadis itu juga berani untuk melawan bapa kandungnya sendiri. Kasihan. Hanya itu yang mampu Tengku Ezkandar Heidi dapat luahkan. Pastinya gadis cantik bernama Syarifah Bikash Batriesya itu merasa sunyi. Walaupun hidupnya dikelilingi dengan orang ramai. Namun, pada dasarnya pasti gadis itu kesunyian tanpa kasih sayang seorang ayah dan ibu. Hal itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi semakin tekad. Tekad untuk memikat hati gadis cantik itu. Tengku Ezkandar Heidi akan pastikan si cantik akan menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya nanti. Awhhh! Sweetnya kau Ez! Desis hatinya dengan senyuman manis.

“Mummy cuba tengok ni!” Jerit Tengku Erissa Hani yang kembali dengan majalah di tangan. Manakala nafasnya pula tercungap-cungap. Penat mungkin berlari. Rumah mereka dahlah besar bagaikan stadium saja. Terbuntang mata Tengku Ezkandar Heidi saat itu. Is it her? Soalnya dalam hati. Cantiknya!

“Ni ke kak Batriesya tu?” Soal Tengku Erissa Hani inginkan kepastian dan menunjukkan cover majalah PEGANTIN yang memaparkan gambar model terkenal bernama TRIESYA itu. apabila Tengku Ezkandar Heidi menyebut nama Triesya tadi spotan dirinya teringat majalah itu tadi. Semput juga berlari satu rumah. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum lebar. Cantik sekali gambar Syarifah Bikash Batriesya memakai baju pegantin itu. Sejuk matnya memandang.

“Yes. Inilah dia. Macam mana Que Sha tahu?” Soal Puan Sri Tengku Melissa hairan. Matanya sempat menjeling wajah anak terunanya yang diam tidak terkutik itu. Rahangnya bagaikan ingin jatuh saja. Terpukau mungkin.

“Que Ez. Kalau ya pun tutuplah mulut tu.” Sakat Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar. Tergelak sama dirinya dan Tengku Erissa Hani melihat reaksi Tengku Ezkandar Heidi itu. Spontan Tengku Ezkandar Heidi tersenyum menutup malu. Red caught babe! MALU!

“Mummy ni…” Rengek Tengku Ezkandar Heidi manja. Matanya masih memandang gambar Bartriesya. Aduhai. Cantik sekali.

“Abang. Kalau inilah bakal kakak ipar adik. Memang adik setuju 100%!” Sokong Tengku Erissa Hani. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dan Puan Sri Tengku Melissa.

“Absolutely yes dear. Just wait ok. Ini Tengku Ezkandar Heidilah. Mana-mana perempuan pasti akan jatuh di pelukan abang. Lebih lagi this miss Trieysa. Akan jadi milik abang yang sah. In shaa allah. Eh. Majalah ni abang ambil eh.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan bangga dan sempat mengambil majalah tadi. Dipeluk bagaikan tidak ingin lepas. Tengku Erissa Hani mencebik. Yelah tu! Kita tengok nanti siapa yang jatuh pada pelukan siapa. Hehe.


                                    ****** AKU CINTA KAMU *******

PAPA dah sedar?” Soal  Tengku Merissa pada suaminya Dato’ Syed Al-Azhar. Dato’ Syed Al-azhar memberikan senyuman kelat buat isterinya.

“Dah sayang. Mummy tak balik lagi?” Soal Dato’ Syed Al-Azhar perihatin pada isterinya. Kasihan melihat isterinya yang bersusah payah selama ini. Lebih-lebih lagi sabar melayan karenah anak dara mereka yang sudah melampau itu.

“Mummy tidur sini pa. Nak temankan papa. Papa lapar? Nak makan?” soal Datin Tengku Merissa penuh prihatin dah mengelus tangan suaminya. Tadi setelah pemergian Syarifah Bikash Batriesya yang dalam keadaan marah itu, suaminya pengsan kembali. Hatinya hanya mampu bersimpati pada suaminya. Setiap kali bertemu dengan anak dara mereka satu-satunya itu pasti akan berbalah. Ada saja tidak ngam.
         

“Tak mummy. Hurm. Batriesya mana?” Soal Dato’ Syed Al-Azhar dan mencari-cari kelibat anak daranya. Namun hampa. Hanya mereka berdua yang berada di dalam bilik VVIP itu. Datin Tengku Merissa memberikan senyum kelat. Serba salah ingin bercakap.

“Dia dah pergikan?” Soal Dato’ Syed Al-Azhar lagi. Datin Tengku Merissa hanya mampu memegang erat tangan suaminya. Tidak ingin perbalahan di antara suaminya dan anak tiri yang sudah di anggap seperti anak kandung itu berpanjangan.
           
“Papa tak tahu nak buat apa lagi dengan anak dara kita tu mummy.” Rintih Dato’ Syed Al-Azhar pada isterinya.

“Papa. Kan Triesya dah kata tadi. Semua  tu tak benar.. Hanya khabar angin saja.” Jelas Datin Tengku Merissa dan menyebelahkan anak daranya. Dia pasti tidak mungkin Batriesya sanggup berbuat sebegitu sekali dengan papanya. Marah macam mana sekalipun dia tidak lah sampai sanggup bekerjasama dengan musuh papanya. Paling-paling pasu kegemaran suamianya yang berharga beribu-ribu itu saja yang dipecahkan oleh Syarifah Bikash Batriesya. Sehinggakan suamianya demam dibuatnya. Tersenyun Datin Tengku Merissa apabila mengenangkan kenakalan gadis itu.
                              
“Triesya benar-benar dah tak sayangkan papa lagi.” Rintih Dato’ Syed Al-Azhar. Pelbagai cara dilakukan untuk melembutkan anaknya. Namun gagal. Keputusannya Dato’ Syed Al-Azharlah yang menahan marah akhirnya. Kasihan isterinya yang terpaksa menahan perasaan itu.

“Tak papa. Anak kita sayangkan papa. Jika tidak masakan dia sanggup terbang pulang demi papa sedangkan dia di Korea tadi.” Pujuk Datin Tengku Merissa pada suaminya. Memang benar sekali. Orang kepercayaannya mengatakan yang kini Syarifah Bikash Batriesya berada di Korea dan gadis itu sanggup balik ke Malaysia semata-mata demi papanya yang jatuh pengsan. Nah! Apakah maknanya  itu? Datin Tengku Merissa tahu di dalam kekerasan gadis itu ada kelembutannya.

Dato’ Syed Al-Azhar Bukhari hanya mengeluh. Sehingga kini anaknya itu masih membencikan dirinya. Bukan ini pintanya. Sesiapa pun di tempatnya pasti akan faham. Semuanya kerana permintaan arwah isterinya yang tercinta.

“I think we should tell her the truth.” Balas Dato’ Syed Al-Azhar lemah. Datin Tengku Merissa menggelengkan kepala.

No papa. Belum masanya. Kasihan Triesya. Pasti susah anak kita nak terima kenyataan.” Pujuk Datin Tengku Merissa sungguh-sungguh. Baginya biarlah ‘rahsia’ di antara mereka menjadi rahsia saja.


                                                                  B.E.R.S.A.M.B.U.N.G


P/S :: How was the story? Apa eh terjadi selepas ni??? Rasa-rasa sesuai tak kalau saya sambungkan cerita ni or just stop je? Hurm… Let me see. Kita tengok pada jumlah orang yang comment okay! Banyak yang comment so I’ll decided to continue it or not. Daaa ~ J

P/s :: Oh ya! Sorry kalau ada yang terkurang. Forgive me. Maybe ada bahasa dan perkatan yang tak sesuai ke. Maafkan saya.  Maybe this story tak Nampak logic ke apa. But I want you all know that this is my story and my fantasy. Do respect me J I’m just wanna share it with u ols.

Sincerely,
Ratu Adriana Nadine.

18 comments:

  1. Menarik.. terus smbgnya ya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx awak :) In shaa allah . akan di updated. sorry kalau terkurang :)

      Delete
    2. it's ok.. sy pn mula2 menulis pn rs mcm tu jg.. best of luck!! menanti smbgnnya.. ;)

      Delete
    3. Heee. kan? rasa x sure je. ukeh awak. follow ur blog gk . nice! hee :)

      Delete
  2. wa!!!!! serius best giler-giler citer ni!!! ratu adriana nadine, buatlah sambungan nyerr!!! ^_^_^
    x sabr nk thu smbungn dia... >___<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awakkkk~ Thanx :) sangat hargai. terharu. heee. in shaa allah . rajin2 follow my blog n comment ya :)

      Delete
  3. mintak share yea... ratu adriana nadine... bole?
    ^_^_^

    ReplyDelete
  4. best3...cptt la smbg erkk..!!

    ReplyDelete
  5. smbung lg plesss !!!! suke sgt2 <3

    ReplyDelete
  6. best sgt..smbng yee... >,<

    ReplyDelete
  7. so sweet....best

    ReplyDelete
  8. Baru mula baca, i like, best :)

    ReplyDelete
  9. i rasa seronok baca cerita ni tidak dibukukan ke?

    ReplyDelete
  10. De buku dia x?? Dpt baca smpi bab 3je..

    ReplyDelete