AKU membaling blackberryku di dinding hospital. Hatiku merasa sebal sekali! Hatiku merasa marah dengan papa. Sejak dulu sehingga sekarang aku dan papa memang tidak akan pernah sehaluan. Sejak arwah mama meninggal dunia aku bukan lagi anak manja papa. Lebih-lebih lagi papa berkahwin lagi hanya kerana alasan papa ingin aku di didik dengan kasih sayang seorang ibu! Persetan itu semua! Ibuku hanya mama! Hanya mama dan tidak akan boleh diganti oleh sesiapa pun.
Sejak
kecil cita-citaku ingin menjadi seorang doctor. Itu juga harapan
arwah mama padaku. Mungkin juga kerana mama merupakan seorang doctor.
Namun papa pula ingin aku mewarisi syarikat miliknya. Papa ingin aku
menguruskan syarikatnya jika dia bersara kelak. Kedua-duanya membuatkan aku di dalam
dilemma. Kedua-duanya aku sayang. Aku mengambil keputusan untuk menjadi doctor dan
pada masa yang sama aku bersetuju untuk menjadi pewaris tunggal papa.
Namun,
sejak kematian mama aku bagaikan bingung. Aku bingung dengan hala tuju hidupku.
Sejak 5 tahun lalu mama meninggalkan aku di kala hari kejayaanku. Selepas
aku convocation dan pulang dari meraikan kejayaanku mendapat
ijazah dalam bidang perubatan, kereta yang dipandu Methew pemandu peribadi papa
di langgar oleh sebuah lorry. Pada waktu itu hanya Allah Swt yang
tahu apa yang aku rasakan. Methew pemandu peribadi papa mennggal di tempat
kejadian saat itu juga. Manakala mama di dalam keadaan yang kritikal. Aku yang
duduk di bahagian hadapan dan papa di belakangku tidak mengalami kecederaan
yang teruk. Lorry yang melanggar kereta kami pada waktu itu
adalah pada bahagian kiri. Kereta luar Negara berlainan dengan kerta buatan
Malaysia. Pemandunya adalah di sebelah kiri. Manakala mama pula di bahagian
belakang pemandu.
Saat
aku tersedar aku sudah terbaring lemah di katil empukku di rumah mewah papa di
Malaysia. Kaki kiriku pada waktu itu patah. Manakala tangan kananku
pula terseliuh. Kepalaku yang masih di baluti dengan kain putih dan mukaku yang
masih lebam membuatkan aku menangis. Sakit sekali. Sudah hampir sebulan aku
koma. Tapi bukan itu yang aku sedihkan. Aku sedih kerana mama sudah pergi
meninggalkan aku dan aku tidak berpeluang berjumpa dengan mama buat kali yang
terakhir. Aku bagaikan trauma. Semuanya berlalu dengan pantas sekali. Yang
lebih menyedihkan aku. aku mendapat tahu yang papa sudah bernikah lagi. Belum
pun kubur mama ditumbuhi rumput-rumput hijau. Papa sudah bernikah lain.
Kejamnya papa! Pada waktu itu aku mula membenci papa dan menjauhkan diriku dari
papa.
Tengku
Maisara Tengku Mahdi. Nama itu sampai bila-bila aku akan ingat. Wanita yang
berani mengambil tempat mama di sisi papa dan mengakui dirinya sebagai mummy
padaku. Aku mengaku wanita itu kelihatan muda dari papa dan cantik. Hah! Cantik
saja tiada gunanya jika mempunyai hati yang busuk! Sejak dia diperkenalkan
sebagai isteri papa padaku, aku sudah melancarkan perang padanya. Sepanjang aku
sakit aku melarang dirinya menyentuh diriku. Hanya nurse peribadi
yang diupah oleh papa aku benarkan. Tidak sanggup diriku disentuh oleh tangan
wanita itu. Banyak kali wanita itu cuba untuk mengambil hatiku. Senyuman tidak
pernah lekang dari bibirnya untukku. Namun hatiku merasa sakit dengan senyuman
itu. Bagaikan dirinya menghina diriku yang sudah kehilangan mama. Walaupun pada
dasarnya senyuman wanita itu kelihatan ikhlas sekali. Namun, sehingga
kini auntie Merissa dan papa tidak mempunyai zuriat. Kenapa?
Jangan soal diriku. Kerana aku tidak tahu dan tidak ingin tahu.
Sejak
itu aku selalu mencari gaduh dengan papa. Semua yang papa tidak suka pasti aku
akan lakukan. Putih kata papa. Maka hitamlah kataku. Aku juga tidak
menjadi doctor dan bekerja di syarkat papa. Tetapi aku
mengambil keputusan untuk menjadi seorang pramugari di syarikat penerbangan
pesendirian. Fly Airlines. Iaitu syarikat penerbangan bagi
orang-orang kenamaan dan VVIP saja. Aku juga menjadi model sambilan.
Dengan rupa paras dan tubuhku yang cantik menjadikan aku rebutan para designer di
luar sana.
“Ehem!”
Aku tersentak apabila apabila mendengar suara orang berdehem dari arah
belakangku. Aku yang tadinya memandang jauh ke tingkap kaca yang sedikit basah
akibat hujan itu menoleh.
“Nak baling phone I tak? I ada
banyak phone kat rumah.” Soal seorang lelaki padaku sambil
menayang-nayangkan Iphone 4 nya di udara. Tangan kanannya di masukkan ke dalam
seluar slack hitamnya. Manakala tangan kirinya pula memegang Iphone. Lelaki itu
santai menyandarkan dirinya di dinding. Dari pemerhatianku lelaki dihadapanku
ini bukan calang-calang orang. Segak berkot rona hitam dan bernecktie berjenama.
Ok I admit that. He’s handsome. Ala-ala Hans Isaac gitu. Cuma dia lebih
tegap dan mukanya lebih kacak dari Hans Isaac. Hurm. Mesti rajin pergi gim ni.
“Its none of your business.” Balasku
tegas padanya dan berjalan ke tepi dinding. Mengambil sim dan memory
card phoneku yang selamat menjadi arwah tadi. Takde guna layan orang macam
ni. Manatau handsome-handsome macam ni rupanya orang gila. E.
Seram!!!!
Aku berjalan menuju ke lif
tanpa memperdulikan lelaki tadi yang sedang ralit memandangku. Dia hanya
memasukakn kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar slacknya dan
tersenyum memandangku. Huh! Hari yang malang buatku. Dahlah papa masuk hospital
dan memintaku menguruskan syarikatnya. Dihinanya pula pekerjaanku sebagai
pramugari dan model. Huh! Hina sangat ke pekerjaan tu? Halal apa! Then
blackberry kesayangan aku pula selamat jadi arwah. Oh god! Terpaksalah
beli phone baru. Gila tak beli! Aku ni busy mengalahkan
PM je. Sentiasa phone aku akan berdering. Apa eh phone yang new
release sekarang ni? Iphone 4s ok tak? Hurm. Sebut
tentang Iphone. Teringat pula mamat sewel tadi. Apa kejadahnya!
Muka dah handsome dah tapi sewel! Buat aku sedih je! Kalau tak
boleh cekup jadi steady bf aku! Ahaks!
****** AKU CINTA KAMU *******
TENGKU EZKANDAR
HEIDI yang sedang tersenyum-senyum memandang langit itu mencuit hati Puan Sri
Tengku Melissa. Tak pernah-pernah anak terunanya selama 30 tahun ni membuat
gaya seperti itu. Tersenyum-senyum sendiri di taman milik Puan Sri Tengku
Marissa. Selalunya malam-malam seperti ini pastinya anaknya keluar dan baliknya
jam 2 subuh. Ke mana lagi perginya jika tidak ke club. Heh.
Bukan club yang tu. Club keretanyalah. Tengku
Ezkandar Heidi ni active dengan club kereta sportnya.
Selalu ke club untuk berlumba dan menluangkan masa terluangnya
di situ.
Puan
Sri Tengku Melissa hanya mampu menggelengkan kepala dengan sikap anak terunanya
itu. Berbeza dengan Tengku Erissa Hani. Anak daranya itu lebih suka terperuk di
rumah dan melayari internet. Tetapi jika dibandingkan Tengku Ezkandar Heidi dan
Tengku Erissa Hani. Tengku Ezkandar Heidi lagi menurut perintah dan anak yang
baik berbanding Tengku Erissa Hani yang selalu membentak dan melanggar
perintahnya.
“Que
Ez, tengah menungkan apa tu? Asyik sangat mummy tengok.” Tegur
Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar Heidi yang sedang tersenyum
seorang diri itu.
“Err. Mummy. Sejak
bila duduk kat situ?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan apabila melihat mummynya
yang sedang duduk di sebelahnya di kerusi taman tersebut. Puan Sri Tengku
Melissa yang sedang meneguk air kopi itu hanya tersenyum. Sahlah yang Tengku
Ezkandar tengah berangan.
“Sejak
tadi lagi. Apa yang anak mummy tengah menungkan ni? Khusyuk
sangat mummy tengok.” Soal Puan Sri Tengku Melissa
pada Tengku Ezkandar Heidi dan menghulurkan cawan yang berisi kopi pada anak
kesayangannya itu. Tengku Ezkandar Heidi menyambut dan tersenyum sebagai tanda
terima kasih.
“Takde apalah mummy,.”
Jawab Tengku Ezkandar Heidi malu. Dah tu. Takkan nak jawab yang dirinya sedang
teringatkan anak dara orang. Ish. Habis disiatnya telinga Tengku Ezkandar Heidi
jika diketahui Puan Sri Tengku Melissa. Gatal sangat. Heehehe
“I know my son well. Spill
it out sayang.” Balas Puan
Sri Tengku Melissa dengan nada yang lembut. Orang kata guna pendekatan psychology.
Manatau menjadi. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum melihat Tengku Ezkandar
Heidi yang sudah mengaru-garu kepala itu. Pastinya sudah serba salah. Yes!
Im the winner. Bisik hati Puan Sri Tengku Melissa.
“Err. If Que
Ez cerita mummy jangan pula tarik telinga Que Ez.” Jawab
Tengku Ezkandar Heidi gugup dan tersengih. Puan Sri Tengku Melissa tergelak
kecil dan menggelengkan kepala.
“No sayang.
Ceritalah. Asalkan jangan Que Ez kata yang Que Ez dah mengandungkan anak dara
orang sudah. Mummy kejar Que Ez dengan senduk belanga mummy.”
Ugut Puan Sri Tengku Melissa dengan tawa kecil. Jauh di sudut hatinya dia
percaya Tengku Ezkandar Heidi tidak berani membuat seperti itu. Walaupun Tengku
Ezkandar Heidi mempunyai ramai teman wanita. Namun anak terunanya itu masih
tahu menjaga batas pergaulan. Tidak pernah terlintas di fikiran anak terunanya
itu untuk membawa anak dara orang masuk ke dalam bilik. Jika berpegangan tangan
memang ya. Tahu sangat.
“Ish. Mummy ni.
Ke situ pula. Simpang malaikat 44 mummy. Tak nak Que Ez. Bukan
tentang tulah my.” Jawab Tengku Ezkandar Heidi pantas. Gila apa
buat macam tu. Dirinya masih waras lagi untuk mengusung anak dara orang ke atas
katil. Bagi Tengku Ezkandar Heidi, terunanya hanyalah untuk isteri yang
dicintainya saja. Ala-ala filem AKU MASIH DARA TU. ‘Kesucian saya hanya untuk
lelaki yang bergelar suami’. Hah. yang tulah. Cuma ni versi Tengku Ezkandar
Heidi. Erk. Ada pula macam tukan. Hehee.
“So what is it?”
Soal Puan Sri Tengku Melissa hairan. Tak kan masalah duit kot? Harta mereka ni
7 keturunan sekalipun takkan habisnya. Lagi pula Tengku Ezkandar Heidi
merupakan CEO MAHLIGAI HOLDING. Amat mustahil anak terunanya itu akan mengalami
masalah kewangan. Dah tu tersenyum pula.
“Err. Que Ez teringatkan
perempuan cantik yang ada kat dalam bilik daddy Syed tadi.”
Balas Tengku Ezkandar Heidi gugup. Malu pun ada. Merah mukanya. Pertama kali
berbincang soal perempuan dengan mummynya. Bukan mummynya
tidak ingin dengar. Tetapi Tengku Ezkandar Heidi merasakan tidak perlu dan
penting. Bekas-bekas teman wanitanya pula hanya untuk suka-suka saja. Tetapi
kali ini agak berbeza.
“Perempuan cantik?” Soal Puan Sri Tengku Melissa hairan. Tengku Ezkandar Heidi
menganggukan kepala.
“Alarh. Perempuan cantik
yang terlanggar Que Ez tadi tu. Takkan mummy dah lupa?” Soal
Tengku Ezkandar Heidi. Sungguh-sungguh dirinya mengingatkan mummynya
kembali mengenai excident kecilnya dan perempuan cantik yang
tidak sengaja melanggarnya tadi tika di pintu bilik daddy Syednya.
Tuptup boleh tahu siapa gerangan si gadis. Boleh juga Tengku Ezkandar Heidi
masuk jarum. Hehe. Senyuman jahat terukir di bibir.
“Ooooh. Yang itu. Kalau Que
Ez nak tahu perempuan cantik tadi tu…” Penerangan Puan Sri Tengku Melissa
terganggu apabila Tengku Erissa Hani tiba-tiba datang dan duduk di sebelah Puan
Sri Tengku Melissa. Kedua-dua tangannya dilingkarkan di tubuh mummynya.
Nak bermanjalah tu. Tengku Ezkandar Heidi mendengus. Menganggu betul Tengku
Erissa Hani ni. Dah besar panjang dan bergelar pensyarah pun masih buat gaya
budak-budak dia tu. Dahlah Tengku Ezkandar Heidi excited sangat
nak tahu mengenai si cantik. Tuptup Tengku Erissa Hani menganggu plannya pula.
“Ish menganggu betullah
adik ni.” Kata Tengku Ezkandar Heidi geram. Dicubit kedua-dua pipi Tengku
Erissa Hani dengan geram. Menjerit kecil Tengku Erissa Hani akibat cubitan
Tengku Ezkandar Heidi itu.
“Mummy! Tengoklah
abang tu. Sakitlah!” Bentak Tengku Erissa Hani geram dan mengosok-gosok
pipinya. Puan Sri Tengku Melissa tergelak kecil dengan perlakuan kedua-dua
anaknya. Pastinya Tengku Ezkandar Heidi membuak-buak ingin tahu siapa gerangan
perempuan cantik tadi sehinggakan pipi Tengku Erissa Hani dicubit dengan geram
akibat menganggu perbualan mereka tadi. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum
mengenangkan perempuan cantik yang dimaksudkan Tengku Ezkandar Heidi tadi.
Jikalau perempuan itu yang dibuat isteri oleh Tengku Ezkandar Heidi memang Puan
Sri Tengku Melissa setuju 120%. Hehe.
“Que Ez. Janganlah buat Que
Sha macam tu. Kasihan anak mummy ni. Dahlah tak cantik. Tambah
tak cantik bila Que Ez buat macam tu.” Marah Puan Sri Tengku Melissa sambil
bergurau. Tengku Ezkandar Heidi yang mendengar kata-kata Puan Sri Tengku
Melissa itu sedang tergelak besar. Cemberut muka Tengku Erissa Hani dibuatnya.
Semuanya auta sekali. Tengku Erissa Hani boleh digolongkan di dalam kalangan
gadis yang cantik. Wajahnya yang iras-iras Nora Danish itu amat comel sekali.
Cuma Tengku Erissa Hani agak tinggi sedikit dari Nora Danish. Hehehe.
“Mummy! Abang!” Bentak
Tengku Erissa Hani geram sambil berpeluk tubuh.
“Alolorh. Anak dara mummy ni.
Gurau jelah sayang. Siapa kata Que Sha mummy ni tak cantik.
Cantik sangat-sangat.” Pujuk Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Erissa Hani
dan mengusap-usap rambut Tengku Erissa Hani lembut. Tengku Erissa Hani
tersenyum mendengar pujian Puan Sri Tengku Melissa. Tebiat Tengku Erissa Hani
sejak dulu. Pantang dipuji. Mulalah nak keluarkan malu-malu miow dia tu. Tengku
Erissa Hani menjelirkan lidah pada Tengku Ezkandar Heidi apabila Puan Sri
Tengku Melissa memeluk Tengku Erissa Hani. Tengku Ezkandar Heidi hanya menayang
muka menyampah.
“Mummy…. Dahlah tu.
Bagitahulah siapa dia tu?” Rengek Tengku Ezkandar Heidi pada Puan Sri
Tengku Melissa yang baru melepaskan pelukannya pada Tengku Erissa.
Tergelak Puan Sri Tengku Melissa melihat rengekan Tengku Ezkandar Heidi itu.
macam budak-budak. Terakhir kali Tengku Ezkandar Heidi membuat perangai seperti
itu adalah pada umurnya 14 tahun. Itupun kerana ingin membeli motorsikal. Sejak
dah besar panjang ni Tengku Ezkandar Heidi hanya bersikap cool selalu.
“Apa yang abang nak tu mummy?” soal Tengku Erissa Hani hairan.
Hairan melihat abangnya yang tiba-tiba manja tu. Muka macam nak menangis pun
ada. Huh! Abang aku ke ni? Ni kalau fan
club abang yang kat universiti tu tahu mesti menangis ni tengok muka abang
macam ni. Bisik hati Tengku Erissa Hani. Menjuling matanya melihat
abangnya saat itu.
“Ish. Budak kecil jangan
sibuklah. Mummy….” Sampuk Tengku
Ezkandar Heidi dan menjengilkan matanya pada Tengku Erissa Hani. Tengku Erissa Hani
hanya mencebik. Puan Sri Tengku Melissa ketawa.
“Ok-Ok. Mummy bagitahu. Actually
perempuan cantik tu anak dara daddy syed
kamu. Merangkap anak tiri Mummy Marissa
kamu.” Terang Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar Heidi. Memang
perempuan cantik tadi adalah Syarifah Bikash Batriesya Binti Syed Al-Azhar.
Anak tiri kepada Tengku Marissa iaitu adik perempuan Puan Sri Tengku Melissa.
Ingin saja Puan Sri Tengku Melissa tergelak melihat Tengku Ezkandar Heidi yang
sedang terbuka mulutnya itu. Pastinya Tengku Ezkandar Heidi terkejut. Selama
ini Tengku Ezkandar Heidi ingin sekali bertemu dengan anak tiri Tengku Marissa
kerana Tengku Ezkandar Heidi merasa anak tiri Tengku Marissa begitu kejam
kerana sehingga kini tidak menerima kewujudan Tengku Marissa sebagai isteri Syed
Al-Azhar. Sekarang ni dah terpikat ke?
“Are you kidding me?” soal Tengku
Ezkandar Heidi meningikan kepastian. Mummy
please say yes. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi. Jika perempuan cantik
tadi adalah Syarifah Bikash Batriesya pasti amat susah Tengku Ezkandar Heidi ingin
menjual minyak dengan gadis itu. Bukannya Tengku Ezkandar Heidi tidak tahu yang
gadis itu begitu membencikan Mummy
Marissanya. Manakala Tengku Ezkandar Heidi pula merupakan anak saudara Tengku
Marissa. Pasti gadis itu juga memusuhi dirinya.
“No sayang. Mummy serius ni. Perempuan tadi tu Batrisya. Anak Daddy Syed kamu.” Jelas Puan Sri Tengku Melissa
penuh pasti. Tengku Ezkandar Heidi memicit kepalanya. Aduhai. Bila hati ni dah
terpikat. Ada pula masalah. Desis hatinya.
“Susahlah
macam ni….” Rungut Tengku Ezkandar Heidi tanpa sedar.
“Susah kenapa?’
Soal Tengku Erissa Hani pada Tengku Ezkandar Heidi hairan. Sejak tadi dia hanya
mendiamkan diri dan menjadi pendengar saja. Dia sendiri tidak kenal siapa Syarifah
Bikash Batriesya tu. Yang dia tahu gadis itu adalah anak tiri Mummy Marissanya.
“Anak Mummy dah terpikat dengan Bartiesya ya?”
Tembak Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar Heidi dan memandang Tengku
Ezkandar Heidi untuk kepastian. Tengku Ezkandar Heidi berubah mukanya. Merah
sekali. Tergelak kecil Puan Sri Tengku Melissa. Malulah tu dah red caught.
“Err.
Takdelah.” Dalih Tengku Ezkandar Heidi dan mengaru-garu lehernya. Puan Sri
Tengku Melissa tersenyum. Lagi nak sembunyi. Muka awak tu dah merah sangat dah.
“Jangan nak tipu mummy. Mummy dah lama hidup dengan Que
Ez. Dah tahu sikap Que Ez. Apa salahnya Que Ez terpikat dengan dia. Mummy lagi happy.” Balas Puan Sri Tengku
Melissa dengan senyuman. Tengku Ezkandar Heidi yang sedang tertunduk spontan
memandang mummynya. Matanya kelihatan
bersinar.
“Betul ke ni mummy?” Soal Tengku Ezkandar Heidi inginkan
kepastian. Puan Sri Tengku Melissa menganggukkan kepala dan tersenyum.
“Betul sayang.
Bukan orang lain pun. Anak Mummy Marissa
juga. Yelah anak tiri. Tapi mummy Merissa
dah anggap Batriesya tu sebagai anak kandung dia. Que Ez tahukan yang mummy Merissa Que Ez tu tak boleh mengandung.”
Jelas Puan Sri Tengku Melissa. Hatinya kasihan dengan adiknya itu. Tidak disangka
yang Tengku Merissa mandul. Padahal Tengku Merissa subur orangnya. Sejak darjah
4 sudah datang bulan.
“Tapi mesti
susah Que Ez nak dapatkan dia mummy.
Mummy fahamkan yang dia tu bencikan mummy
Merissa. Que Ez pula anak saudara mummy
Merissa. Mesti kena tempiasnya. Aduhai. Ni kot balasan Que Ez mainkan perasaan perempuan. Sekali dah
terjatuh cinta dengan orang yang salah.” Balas Tengku Ezkandar Heidi panjang
lebar. Muram wajahnya saat itu. Kecewa sekali. Puan Sri Tengku Melissa
tersenyum memandang Tengku Ezkandar Heidi dan memegang tangan anak lelakinya
itu.
“Que Ez tak
jatuh cinta pada orang yang salah sayang. She’s
the one. Batriesya gadis yang baik sayang. Cuma hati dia tu dah set yang
dia bencikan mummy Merissa dan daddy syed kamu. Jika dia benci sangat
takdenya dia nak datang ke hospital tadi jenguk daddy syed. Dia juga dulu pernah balik dari US semata-mata kerana hari jadi mummy
Merissa kamu. Dia hanya cakap benci di mulut. Tapi dalam hati dia masih ada
perasaan lagi. Dengan mummy dia ok
je. Salam dan senyum bila jumpa mummy.
Dia tak bawa-bawalah.” Jelas Puan Sri Tengku Melissa panjang lebar dan mengenggam
tangan Tengku Ezkandar Heidi erat. Tersenyum Puan Sri Tengku Melissa. Lapang
hatinya anak terunanya kini sudah mula jatuh cinta. Pening juga kepalanya
apabila Tengku Ezkandar Heidi sering bertukar teman wnaita. Tak cukup dengan tu
siap keluar dalam newspaper lagi.
Mana tak, CEO muda sepertinya pasti menjadi bualan orang ramai.
“Hei. Abang ni. sejak bila playboy macam abang ni boleh mengalah? Abang
berusahalah sikit. Kalau tak berusaha macam mana nak dapatkan kak Batriesya tu?
Betul tak Mummy? Nanti-nanti dia
jatuh kat tangan lelaki lain padan dengan muka abang.” Sampuk Tengku Erissa
Hani. Agak luar biasa baginya playboy
seperti abangnya itu mengalah kerana perempuan. That’s not my brother!
“Mulut adik
ni celupar lah. Dibuatnya masin mulut adik tu. Huh. Tak berkakak iparlah adik
dengan Batriesya yang cantik tu. Abang adik ni juga merana tahu.” Marah Tengku
Ezkandar Heidi pada Tengku Erissa Hani. Agak tidak suka apabila Tengku Erissa Hani
berkata seperti itu. Simpang malaikat 44. Ni Tengku Ezkandar Heidi Tengku
Harislah. Tiada siapa boleh ambil Syarifah Bikash Batriesya darinya. Tengku Ezkandar
Heidi akan pastikan Syarifah Bikash Batriesya jatuh ke dalam pelukannya.
Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi dengan keazaman dirinya itu.
“Tahu takut!
So start hari ni abang kenalah kerja
keras sikit nak mengurat bakal kakak ipar adik tu. Tuptup dapat jadi kakak
ipar. Bahagia hidup adik ada kakak ipar yang cantik!” Balas Tengku Erissa Hani dengan
senyuman lebar. Puan Sri Tengku Melissa tergelak kecil. Ada-ada saja anak-anaknya
ini. Tapi ada benarnya kata Tengku Erissa Hani tadi. Silap-silap Puan Sri Tengku
Melissa pun turut tumpang sekali. Hehee.
“Mummy…
Err. Triesya tu kerja apa eh?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Sekadar ingin
mengorek rahsia. Tuptup boleh tambah pointnya untuk mengurat si cantik.
“Hurm.
Kalau tak silap mummy stewardess dan
model.” Terang Puan Sri Tengku Melissa. Kerana itu yang Tengku Merissa katakan
padanya. Tengku Erissa Hani yang mendengar kata-kata Puan Sri Tengku Melissa
tadi teriak kecil.
“Ish. Apa ni adik.
Teriak-teriak pula!” Marah Tengku Ezkandar Heidi sambil mengosok-gosok telinganya.
Kuat sangat suara adiknya menjerit tadi. Tanpa balasan Tengku Erissa Hani pantas
berlari masuk ke dalam rumah. Puan Sri Tengku Melissa dan Tengku Ezkandar Heidi
hanya menggelengkan kepala.
“Dulu Tengku
Merissa kata Batriesya tu ambil medic
kat Melbourne. Dah ada ijazah dah pun. Tinggal kerja saja.” Terang Puan Sri Tengku
Melissa dan menghirup air kopinya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi. Agak
bingung sedikit di situ.
“But just now you said she was a stewardess and model.” Balas Tengku Ezkandar Heidi hairan.
“Yes. But dulu dia bercita-cita nak jadi doctor sebab arwah mamanya
Syarifah Balqis adalah seorang doctor.
Batriesya pun dah setuju nak ambil alih syarikat papanya satu hari nanti. Tapi yalah. Disebabkan kemalangan yang
meragut nyawa Mama Triesya. Dia terus
berubah. Dah jadi murung dan bengis. Lebih-lebih lagi apabila daddy syed kamu berkahwin dengan mummy Merissa kamu seminggu selepas
kematian isterinya. Triesya rasa papa dia
curang dengan mamanya. Sebab itu Triesya
berdendam dengan papa dan mummy Merissa kamu. Dia mula buat semua
benda yang papa dia tak suka. Selalu
bergaduh degan papanya. Sebab tu dia
jadi stewardess dan model. Sebab dia
tahu papa syed kamu tak suka dia
pilih pekerjaan tu. Semuanya hanya untuk menaikkan kemarahan papa syed kamu. Ni pun papa syed kamu masuk hospital sebab Triesya
kononnya menjadi model untuk musuh syarikat papa
syed kamu. Mana tak orang tua tu tak pengsan dan darah tingginya naik.” Jelas Puan
Sri Tengku Melissa panjang lebar. Sebenarnya Puan Sri Tengku Melissa kasihankan
Batriesya. Sesiapa pun yang berada di tempat gadis itu pasti akan buat benda
yang sama. Teringin sekali Puan Sri Tengku Merissa mencurahkan kasih sayangnya
buat gadis itu.
Manakala Tengku Ezkandar Heidi pula terdiam. Agak terkejut apabila
gadis secantik Syarifah Bikash Batriesya mempunyai ijazah dalam bidang
perubatan. Bukan calang-calang orang. Gadis itu juga berani untuk melawan bapa
kandungnya sendiri. Kasihan. Hanya itu yang mampu Tengku Ezkandar Heidi dapat
luahkan. Pastinya gadis cantik bernama Syarifah Bikash Batriesya itu merasa
sunyi. Walaupun hidupnya dikelilingi dengan orang ramai. Namun, pada
dasarnya pasti gadis itu kesunyian tanpa kasih sayang seorang ayah dan ibu. Hal
itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi semakin tekad. Tekad untuk memikat hati
gadis cantik itu. Tengku Ezkandar Heidi akan pastikan si cantik akan menjadi
isteri dan ibu kepada anak-anaknya nanti. Awhhh! Sweetnya kau Ez! Desis hatinya
dengan senyuman manis.
“Mummy cuba tengok ni!” Jerit Tengku Erissa Hani yang kembali dengan
majalah di tangan. Manakala nafasnya pula tercungap-cungap. Penat mungkin
berlari. Rumah mereka dahlah besar bagaikan stadium saja. Terbuntang mata Tengku
Ezkandar Heidi saat itu. Is it her?
Soalnya dalam hati. Cantiknya!
“Ni ke kak Batriesya tu?” Soal Tengku Erissa Hani inginkan kepastian
dan menunjukkan cover majalah
PEGANTIN yang memaparkan gambar model terkenal bernama TRIESYA itu. apabila Tengku
Ezkandar Heidi menyebut nama Triesya tadi spotan dirinya teringat majalah itu
tadi. Semput juga berlari satu rumah. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum lebar.
Cantik sekali gambar Syarifah Bikash Batriesya memakai baju pegantin itu. Sejuk
matnya memandang.
“Yes. Inilah dia. Macam
mana Que Sha tahu?” Soal Puan Sri Tengku Melissa hairan. Matanya sempat
menjeling wajah anak terunanya yang diam tidak terkutik itu. Rahangnya bagaikan
ingin jatuh saja. Terpukau mungkin.
“Que Ez.
Kalau ya pun tutuplah mulut tu.” Sakat Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar.
Tergelak sama dirinya dan Tengku Erissa Hani melihat reaksi Tengku Ezkandar Heidi
itu. Spontan Tengku Ezkandar Heidi tersenyum menutup malu. Red caught babe! MALU!
“Mummy ni…” Rengek Tengku Ezkandar Heidi manja. Matanya masih memandang
gambar Bartriesya. Aduhai. Cantik sekali.
“Abang.
Kalau inilah bakal kakak ipar adik. Memang adik setuju 100%!” Sokong Tengku
Erissa Hani. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dan Puan Sri Tengku Melissa.
“Absolutely yes dear. Just
wait ok. Ini Tengku Ezkandar Heidilah.
Mana-mana perempuan pasti akan jatuh di pelukan abang. Lebih lagi this miss Trieysa. Akan jadi milik abang
yang sah. In shaa allah. Eh. Majalah ni abang ambil eh.” Balas Tengku Ezkandar Heidi
dengan bangga dan sempat mengambil majalah tadi. Dipeluk bagaikan tidak ingin
lepas. Tengku Erissa Hani mencebik. Yelah tu! Kita tengok nanti siapa yang
jatuh pada pelukan siapa. Hehe.
****** AKU CINTA KAMU *******
“PAPA dah sedar?” Soal Tengku Merissa pada suaminya Dato’ Syed
Al-Azhar. Dato’ Syed Al-azhar memberikan senyuman kelat buat isterinya.
“Dah sayang. Mummy tak balik lagi?” Soal Dato’ Syed
Al-Azhar perihatin pada isterinya. Kasihan melihat isterinya yang bersusah
payah selama ini. Lebih-lebih lagi sabar melayan karenah anak dara mereka yang
sudah melampau itu.
“Mummy tidur sini pa. Nak temankan papa. Papa lapar? Nak makan?” soal Datin Tengku Merissa penuh prihatin
dah mengelus tangan suaminya. Tadi setelah pemergian Syarifah Bikash Batriesya yang
dalam keadaan marah itu, suaminya pengsan kembali. Hatinya hanya mampu
bersimpati pada suaminya. Setiap kali bertemu dengan anak dara mereka satu-satunya
itu pasti akan berbalah. Ada saja tidak ngam.
“Tak mummy. Hurm. Batriesya mana?” Soal Dato’
Syed Al-Azhar dan mencari-cari kelibat anak daranya. Namun hampa. Hanya mereka
berdua yang berada di dalam bilik VVIP itu. Datin Tengku Merissa memberikan
senyum kelat. Serba salah ingin bercakap.
“Dia dah
pergikan?” Soal Dato’ Syed Al-Azhar lagi. Datin Tengku Merissa hanya mampu
memegang erat tangan suaminya. Tidak ingin perbalahan di antara suaminya dan
anak tiri yang sudah di anggap seperti anak kandung itu berpanjangan.
“Papa tak tahu nak buat apa lagi
dengan anak dara kita tu mummy.”
Rintih Dato’ Syed Al-Azhar pada isterinya.
“Papa. Kan Triesya dah kata tadi. Semua tu tak benar.. Hanya
khabar angin saja.” Jelas Datin Tengku Merissa dan menyebelahkan anak daranya.
Dia pasti tidak mungkin Batriesya sanggup berbuat sebegitu sekali dengan papanya. Marah macam mana sekalipun dia
tidak lah sampai sanggup bekerjasama dengan musuh papanya. Paling-paling pasu kegemaran suamianya yang berharga
beribu-ribu itu saja yang dipecahkan oleh Syarifah Bikash Batriesya.
Sehinggakan suamianya demam dibuatnya. Tersenyun Datin Tengku Merissa apabila
mengenangkan kenakalan gadis itu.
“Triesya
benar-benar dah tak sayangkan papa lagi.”
Rintih Dato’ Syed Al-Azhar. Pelbagai cara dilakukan untuk melembutkan anaknya.
Namun gagal. Keputusannya Dato’ Syed Al-Azharlah yang menahan marah akhirnya.
Kasihan isterinya yang terpaksa menahan perasaan itu.
“Tak papa. Anak kita sayangkan papa. Jika tidak masakan dia sanggup
terbang pulang demi papa sedangkan
dia di Korea tadi.” Pujuk Datin Tengku Merissa pada suaminya. Memang benar
sekali. Orang kepercayaannya mengatakan yang kini Syarifah Bikash Batriesya berada
di Korea dan gadis itu sanggup balik ke Malaysia semata-mata demi papanya yang jatuh pengsan. Nah! Apakah
maknanya itu? Datin Tengku Merissa tahu di dalam kekerasan gadis itu
ada kelembutannya.
Dato’ Syed Al-Azhar Bukhari
hanya mengeluh. Sehingga kini anaknya itu masih membencikan dirinya. Bukan ini
pintanya. Sesiapa pun di tempatnya pasti akan faham. Semuanya kerana permintaan
arwah isterinya yang tercinta.
“I think we should tell her the truth.” Balas Dato’ Syed Al-Azhar lemah. Datin Tengku Merissa
menggelengkan kepala.
“No papa. Belum masanya. Kasihan Triesya.
Pasti susah anak kita nak terima kenyataan.” Pujuk Datin Tengku Merissa
sungguh-sungguh. Baginya biarlah ‘rahsia’ di antara mereka menjadi rahsia saja.
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
P/S
:: How was the story? Apa eh terjadi selepas ni??? Rasa-rasa sesuai tak kalau
saya sambungkan cerita ni or just
stop je? Hurm… Let me see. Kita tengok pada jumlah orang yang comment okay!
Banyak yang comment so I’ll decided to continue it or not. Daaa ~ J
P/s :: Oh ya! Sorry kalau ada
yang terkurang. Forgive me. Maybe ada bahasa dan perkatan yang tak sesuai ke. Maafkan
saya. Maybe this story tak Nampak logic ke
apa. But I want you all know that this is my story and my fantasy. Do respect
me J
I’m just wanna share it with u ols.
Sincerely,
Ratu Adriana Nadine.
Menarik.. terus smbgnya ya.. :)
ReplyDeleteThanx awak :) In shaa allah . akan di updated. sorry kalau terkurang :)
Deleteit's ok.. sy pn mula2 menulis pn rs mcm tu jg.. best of luck!! menanti smbgnnya.. ;)
DeleteHeee. kan? rasa x sure je. ukeh awak. follow ur blog gk . nice! hee :)
Deletewa!!!!! serius best giler-giler citer ni!!! ratu adriana nadine, buatlah sambungan nyerr!!! ^_^_^
ReplyDeletex sabr nk thu smbungn dia... >___<
Awakkkk~ Thanx :) sangat hargai. terharu. heee. in shaa allah . rajin2 follow my blog n comment ya :)
Deletemintak share yea... ratu adriana nadine... bole?
ReplyDelete^_^_^
sure awak. share je :)
Deleteterime kasehh!!! ^_^_^
Deletebest3...cptt la smbg erkk..!!
ReplyDeleteOk awak :) tq sudi comment
Deletesmbung lg plesss !!!! suke sgt2 <3
ReplyDeletethanx dear :) akan di smbg. rajin2 jenguk eh
Deletebest sgt..smbng yee... >,<
ReplyDeleteso sweet....best
ReplyDeleteBaru mula baca, i like, best :)
ReplyDeletei rasa seronok baca cerita ni tidak dibukukan ke?
ReplyDeleteDe buku dia x?? Dpt baca smpi bab 3je..
ReplyDelete