Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday 27 April 2012

IRIS


Iris…

ARGHHHHHH!!!” Jeritan kuat dari seorang gadis yang sedang menunggang kuda membuatkan sekitar equestrian tercengang. Si gadis tidak dapat mengawal kuda yang dikundanginya.

                “Aaaaaa! Krish! Koben! Ali! Tolong!” Jerit si gadis lagi. Kuda yang mengila itu membawa si gadis berlari keliling equestrian yang luasnya seluas stadium bola. Krish, Koben dan Ali yang terdengar dan melihat kejadian tersebut tercengang dan ingin berlari mendapatkan si gadis yang sudah ketakutan itu. Takut ada apa-apa yang teruk terjadi. Namun langkahan mereka terhenti tatkala seorang lelaki lengkap berpakaian seperti penunggang kuda melintasi mereka dengan kudanya. Entah dari mana datangnya lelaki itu. lagaknya seperti prince charming yang ingin menyelamatkan princessnya saja.

                “Aaaaaa! Please help me!!” Jerit si gadis lagi.

                “Huge the horse! Rendahkan structure badan you.” Arah lelaki yang menunggang kuda tadi. Si gadis yang tersedar dengan arahan lelaki itu mencuri pandang lelaki yang sedang mengejarnya. Terdiam dia seketika. Bagaikan terpukau memandang lelaki yang sedang menunggang kuda itu.

                ‘Ohmaigadd! Is that my prince charming?’ Desis hatinya.

                “Arghhh!!!” Terjerit besar si gadis tadi apabila kuda tersebut berhenti mengejut dan pada masa yang sama melambungkan tubuh si gadis ke udara. Si gadis hanya mampu memejamkan mata dan menyerah. Terbayang-bayang tubuhnya akan menciumi tanah yang keras lagi berdebu itu. Ouch! Pastinya sakit! Patah tulang tak? Tak pun mati? Aish! Simpang malaikat 44!

                “Aik?” Terkeluar perkataan itu dari bibirnya tatkala terasa tubuhnya tidak mendarat di atas tanah. Akan tetapi …

                “Are you okay?” Soal suara garau kepadanya. Spontan si gadis mencelikkan matanya. Hampir saja matanya terkeluar dari landasan tatkala dirinya saat ini berada di dalam dukungan prince charmingnya tadi.

                ‘Damn! He’s so hot!’ Desis hati nakal si gadis. Terbayang-bayang dirinya dan lelaki tadi sedang berlari-lari di tepi pantai sambil berpegangan tangan. Awwwhhh! Romantic! Hehehe.

                “Helooo?” Suara garau tadi kembali menyoal dan merenung ke dalam mata si gadis. Si gadis kembali tercengang. Pandangan mata itu amat menenangkan hati perempuannya.

                ‘Mata dia… Macam pernah nampak. Somewhere I guess.’ Desis hatinya berfikir. Matanya mereka saling berpandangan di antara satu sama lain. Bagaikan sedang berkata-kata.

                “Princess! Princess ok tak? Maafkan kami kerana cuai.” Sapa satu suara garau pula. Saat itu juga si gadis tersedar dan mengalihkan pandangannya. Begitu juga dengan lelaki kacak tadi. Merah muka kedua-duanya menahan malu.

                ‘Ouch! Kacau dan betullah Krish ni! Aku nak beromantika sekejap pun tak dapat dowh!’ Desis hati nakalnya dan menjeling tajam pada Krish,Koben dan Ali yang berdiri di hadapan mereka dengan riak muka risau dan cemas.

                “Ouch!” Mengadu kesakitan ketiga-tiganya tatkala denga selamba si gadis mengetuk kepala mereka bertiga walaupun tatkala itu si gadis yang dipanggil ‘princess’ itu masih berada di dalam dukungan lelaki tadi. Lelaki tadi hanya mampu menyembunyikan senyumannya. Takut dilihat oleh si gadis cantik yang baru diselamatkannya tadi.

                “Cuai! Nanti balik tahulah kita nak mengadu dengan ayahanda!” Marah si gadis dengan riak muka yang bendang. Krish,Koben dan Ali hanya mampu menekur melihat tanah sambil mengosok-gosok kepala mereka yang sakit akibat diketuk oleh si gadis tadi.

                “Ehemm.” Lelaki tadi berdehem. Lantas pada masa yang sama mengambil perhatian si gadis. Tatkala si gadis memandangnya, sengaja dirnya mengangkat keningnya dan memandang tubuh si gadis yang masih berada di dukungannya. Tersengih malu si gadis saat itu. Merah mukanya menahan malu. Malu tak hengat dunia!

                “Erk! Ops! Sorry.” Balas si gadis dengan tersengih dan cuba untuk menurunkan dirinya. Namun lelaki tadi masih tidak memberi sebarang respond dan dengan selambanya si lelaki mengeratkan dukungannya dan membawa si gadis ke café equestrian yang berdekatan dengan tempat mereka. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang.

                Si gadis menahan malu ya amat! Tapi dalam hatinya suka tak hengat dunia. Bagaikan ingin saja masa dihentikan saat itu. Berada di dalam dukungan seorang lelaki kacak yang tinggi dan berbadan tegap membuatkan dirinya merasa teruja dan cair. Wangi badan tak usah dicakap. Wangi ya amat! Terbuai-buai dirinya sehinggakan tidak sedar dirinya merangkul erat leher lelaki tadi dan membenamkan wajahnya yang cantik ke dalam dada bidang lelaki itu. Lelaki itu hanya membiarkan dan cuba untuk memyembunyikan senyumannya.

                Krish, Koben dan Ali pula tercengang apabila ‘lelaki’ yang amat dikenali mereka menyelamatkan ‘princess’ mereka dan kini mendukung gadis itu menuju ke café. Cepat-cepat ketiga-tiganya mengekor dari belakang. Takut-takut perkara yang tidak baik berlaku. Mereka juga yang terpaksa menjawab ‘tuan’ mereka nanti. Apatah lagi ‘orang-orang’ lelaki tersebut yang seramai 6 orang itu sudah siap menunggu di tepi equestrian dengan lagak ‘men in black’ pula. Tidak seperti mereka. Berpakaian rona roni atas permintaan si gadis.

                Setiba di café, si gadis dan lelaki tadi saling berpandangan. Tiada senyuman di bibir lelaki tersebut. Apatah lagi sebarang ayat yang keluar dari bibirnya. Namun renungan matanya mampu mencairkan si gadis. Si gadis sudah didudukan di sebuah kerusi yang terdapat di café equestrian mewah itu. namun, rangkulan tangan si gadis masih kemas di lehernya. Mereka hanya saling berpandangan tanpa sebarang bicara. Entah kenapa, si gadis merasa tenang menatap sepasang mata milik lelaki itu. Apatah lagi dengan wajah kacak dan haruman wangi tubuh lelaki tersebut. Bagaikan dirinya sudah terbiasa dengan bauan lelaki itu.

                “Tuanku putera, we’re out if time.” Tegur salah seorang pembantu peribadi si lelaki. Kedua-duanya tersentak dan spontan memandang pembantu peribadi tadi. Si gadis memandangnya hairan dan si lelaki pula memandangnya dengan pandangan tajam. Pandangan tajam kerana menganggu sesi pandangannnya dan si gadis tadi. Tertunduk si pembantu peribadi kerana kesilapannya. Begitu juga dengan pengawal-pengawal peribadinya yang lain. Memang tiada niat dihati untuk mengganggu. Namun, mereka benar-benar kesuntukan masa. Malahan, untuk hari ini tidak sepatutnya mereka berada di situl. Terdapat lebih banyak ‘hal’ yang terpaksa diselesaikan.

                “Errr. Thanks selamatkan kita.” Si gadis mula bersuara dan berterima kasih. Rangkulan erat tangan si gadis pada leher si lelaki masih tidak dilepaskan. Sehingga lelaki itu terpaksa membongkokkan dirinya.

                “Most welcome…” Balas si lelaki tadi. Namun, masih tiada senyuman dibibirnya. Tapi tidak pula si gadis terasa. Entah kenapa, dirinya merasa lelaki tadi sudah cukup ikhlas kerana mendengar suara itu yang berbisik dan lembut sudah mampu mencairkan hatinya.

                “Ops sorry.” Luah si gadis tatkala rangkulan pada leher lelaki tadi masih tidak dilepaskan. Bibirnya mengukir senyuman nipis dan menundukkan mukanya. Malu apabila dirinya merangkul leher itu bagai tidak ingin dilepaskan.

                ‘Memang tak nak lepaskan pun.’ Desis hati nakalnya.

                “It’s okay.” Balas si lelaki tadi dan menegakkan tubuhnya kembali. Dikemaskan koler baju T-Shirt POLO hitamnya yang sudah renyuk akibat ditindih oleh tangan si gadis cantik tadi.

                “I’ve got to go. See you next time. Asalamualaikum.” Balas si lelaki lagi dan menundukkan badannya sedikit tanda hormat. Si gadis pantas mengangkat wajahnya dan memandang wajah kacak si lelaki tadi. Mukanya bagaikan ingin menangis saja apabila si lelaki ingin pergi meninggalkan dirinya. Si gadis terdiam tatkala si lelaki memberikan senyuman kecil dan mengusap lembut kepalanya yang tersarung topi itu.

                Saat si lelaki tadi sudah pergi pun si gadis kaku da tidak bergerak. Entah kenapa, senyuman dan perbuatan si lelaki tadi membuatkan dia teringatkan sesuatu. Krish,Koben dan Ali yang melihat reaksi si gadis tercengang. Lebih-lebih lagi apabila si gadis diam tidak berkutik. Bagaikan di pukau saja.

                “Err. Princess? Are you okay?” Soal Krish pada si gadis. Dilayang tangannya ke udara. Agar si gadis tersedar. Namun tetap sama. Tiada reaksi satu apa pun. Krish mula mengaru-garu kepalanya dan memandang Koben dan Ali.

                “Macam mana ni Koben? Ali?” Soal Krish pada mereka.

                “Cuba engkau sentuh bahu dia Krish. Kot-kot tersedar. Yelah. Takkan kami kot yang sentuh. Mahunya dia mengamuk. Lainlah engkau. Engkaukan spesis hampir pupus.” Balas Koben dan sempat mengenakan Krish yang lembut itu. Tergelak kecil Ali dibuatnya. Bukan tidak tahu sikap Krish dan Koben itu. Bagaikan anjing dan kucing saja lagaknya. Ada kalanya mereka sebulu. Dan ada kalanya mereka tidak sehaluan.

                “Amboi engkau! Sempat lagi kenakan aku! Engkau tunggu Koben. Sedap-sedap nama tu Koben nanti jadi kobeng pula!” Balas Krish geram sambil bercengkak pingang. Matanya dijengilkan pada Koben agar lelaki berbadan sasa ala-ala Malek Noor itu takut. Tapi percuma saja. Sedikit pun Koben tidak gentar. Apatah lagi dengan tubuh badan Krish yang sekeping dan lembut itu. Ali menutup mulutnya menahan ketawa. Takut disembur oleh Krish pula. Mamat lembut ni kalau menyembur pedas juga telinga dibuatnya. Selalu saja ingin menang. Hanya dengan ‘princess’ Krish mengaku kalah. Mulut ‘princess’ lagi pedas dari mulutnya. Siapa-siapa yang tidak tahan bolehlah minta bagi notis 24jam. Hehehe.

                “Dah-dah. Udah-udahlah tu bergaduh. Ni hah. Princess ni. Apa kes? Krish cuba engkau bangunkan  princess ni. Kut-kut dah ‘jalan’. Mampus kita dikerjakan.” Sampuk Ali dengan riak muka yang gusar.

                Krish yang mencengkak pinggang itu spontan memandang si gadis yang masih kaku ditempat duduknya. Matanya masih terbuka dan tidak berkelip. Gusar di hati tatkala melihat si gadis. Cemas juga jika andaian Ali tadi benar. Mahunya mereka dihukum pancung!

                “Princess. Oh princess.” Panggil Krish pada si gadis sambil menepuk-nepuk lembut bahu si gadis. Saat itu barulah si gadis tersedar dan melepaskan nafas berat. Bagaikan menahan nafas sejak tadi. Ditarik dan dihembuskan nafas balik-balik sehinggalah dirinya tenang.

                “Fuh! Princess dah ok tak ni?” Soal Koben sambil menghelahkan nafas lega tatkala melihat si gadis sudah mula kembali seperti asalnya.

                “Ok-Ok! Krish! Koben!  Ali! Kalau kita ‘pergi’ tadi memang kamu bertigalah yang kita cari!” Teriak si gadis menempiaskan amarahnya seperti selalu pada ketiga-tiganya. Terjerit kecil Krish si ‘lembut’ tatkala si gadis mencubit-cubit badan mereka bertiga. Namun keempat-empatnya terhenti tatkala Iphone milik si gadis berdering. Spontan si gadis menepuk dahinya. Krish,Koben dan Ali pula sudah tersengih. Tahu sangat siapa yang menelefon ‘princess’ mereka itu.

                “Ehem..” Berdehem kecil si gadis membetulkan suaranya dan menekan screen touch Iphone tersebut. Iphone dilekatkan di telinga.

                “Asalamualaikum.” Sapa si gadis lembut dan menyuruh ketiga-tiga ‘orang’nya mendiamkan diri.

                “Puteri Iris Megawati binti Raja Harith Mendaliar! Anakanda di mana sekarang ini? Tahukah anakanda bahawa ayahandamu Raja Harith Mendaliar tengah murka saat ini.” Kendegaran suara nyaring wanita di hujung talian. Si gadis yang bernama Puteri Iris Megawati itu hanya tersengih dan menjauhkan sedikit Iphone dari telinganya. Sound bondanya, iatu Permaisuri Mahrissa agak kuat.

                “Bonda. Bonda. Bonda. Tarik nafas. Then hembus. Kalau ya pun bonda, sambutlah salam anakanda dulu.” Balas Puteri Iris selamba.

                “Walaikumsalam. Hei! Anakanda jangan menukar cerita ya. Anakanda di mana sekarang ini? Pulanglah anakanda. Ayahandamu sudah sakit kepalanya memikirkan kamu.” Balas Pemaisuri Mahrissa. Sekali lagi Puteri Iris tersengih. Terbayang-bayang wajah bengang ayahandanya kini.

                “Somewhere. But I don’t think I will tell you this time bonda. Anakanda dah serik! Bonda pantang saja dipujuk dan digoda ayahanda. Mulalah bonda cair dan bagitahu pada ayahanda di mana keberadaan anakanda.” Balas Puteri Iris geram. Dulu, pernah sekali dia menghilangkan diri jauh ke luar negara. Tatkala dimaklumka kepada bonda tersayang. Alih-alih keesokan harinya sudah terpacak pengawal-pengawal peribadi ayahandanya membawanya pulang. Mahu seminggu dia merajuk.

                “Puteri Iris. Sehingga bila anakanda ingin berkelakuan seperti ini? Tidak bolehkah anakanda mengembirakan ayahanda? Seperti kandamu Putera Mahkota Irdad yang selalu menurut kata ayahanda. Bonda mohon kepada kamu. Baliklah.” Balas Permaisuri Mahrissa dengan nada sebak. Sebak memikirkan anak daranya yang satu ini. Mereka hanya dua beradik. Putera Mahkota Irdad Mendaliar dan Puteri Iris Megawati merupakan hasil cintanya dengan suami tercinta iaitu Raja Harith Mendaliar. Dua-duanya sama kacak dan cantik. Namun keperibadian Putera Mahkota Irdad lebih terserlah berbanding adindanya Puteri Iris yang selalu inginkan keseronokan. Putera Mahkota Irdad sejak kecil mengikut kata kedua ayahanda dan bondanya. Berbanding dengan Puteri Iris yang selalu memberontak. Namun,Putera Mahkota Irdad amat menyayangi adindanya Puteri Iris. Selalu saja kesalahan adindanya di selindung olehnya.

                “Bonda. Anakanda bukan seperti kanda Irdad. Anakanda tidak boleh menjadikan diri anakanda robot sepertinya. Anakanda inginkan kebebasan bonda. Anakanda tidak suka berada di bawah telunjuk ayahanda.” Balas Puteri Iris tegas. Mukanya juga sudah bertukar serius. Krish,Koben dan Ali sudah kecut perut melihat wajah ‘princess’ mereka yang ketat itu. Pastinya selepas ini mereka akan menjadi mangsa kemarahan si gadis.

                “Apa salahnya? Baginda adalah ayahandamu sayang.” Balas Permaisuri Mahrissa. Mengharap pengertian anakandanya. Puteri Iris mengeluh. Entah sehingga bila dia harus berdepan dengan kongkongan ayahandanya yang tegas itu. Selalu membuat keputusan tanpa berbincang. Yang selalu menjadi mangsa adalah kanda Irdadnya. Kasihan… Dia kasihan sekali dengan kandanya itu. Sejak kecil hidupnya tidak seperti lelaki lain. Hidupnya lebih skema dan penuh dengan protocol. Memandangkan dirinya adalah putera mahkota.

                “Dahlah bonda. Anakanda tidak ingin kita bicara tentang ini lagi. Anakanda terpaksa memutuskan talian. Bonda tidak usahlah risaukan anakanda. Dalam 2 dan 3 hari lagi adalah kelibat anakanda di istana utara. Love you bonda. Emuah! Asalamualaikum” Balas  Puteri Iris tangkas dan terus mematikan Iphonenya sekaligus. Tidak ingin percutiannya kali ini diganggu. Setelah meletakkan Iphone di atas meja. Matanya merenung pula ketiga-tiga pengawal peribadinya dengan wajah yang serius. Ingin saja dia tergelak. Ketiga-tiganya membuat muka takut. Nampak saja badan mereka besar-besar dari Puteri Iris. Namun apabila Puteri Iris membesarkan matanya. Pasti ketiga-tiganya menekur memandang lantai.

                “Gotcha! Hahahahaha. Lawaklah muka kamu bertiga ni. Takut sangat pada kita.” Suara Puteri Iris yang ceria itu membuatkan ketiga-tiganya tercengang dan saling berpandangan. Akhirnya ketiga-tiganya mengukir senyuman tatkala tersedar yang mereka dipermainkan oleh Puteri Iris.

                “Ish. Princess ni. Buat patik bertiga kecut perut saja.” Omel Krish dan memegang perutnya. ‘Princess’. Merupakan panggilan pekerja-pekerja istana kepada Puteri Iris. Bukan Puteri Iris yang meminta. Namun mereka sendiri yang mengelarnya begitu.

                “Hahaha. Buruklah muka kamu Krish. Serupa itu kuda saja.” Balas Puteri Iris dengan tawa yang masih bersisa. Ditepuk-tepuk bahu Krish yang lembut itu. Cemberut muka Krish dibuatnya. Siapa tidak kenal Puteri Iris Megawati. Mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwando dan seni pedang.

                “Princess ni. Sakitlah…..” Rungut Krish dengan nada manja dan mengosok-gosok bahunya. Puteri Iris mencebik.

                “Sakit apanya. Kamu itu yang lembut. Tengok Koben dan Ali ini. Badan mereka tough. Sekali ditepuk tidak sakit.” Balas Puteri Iris pada Krish sambil menepuk kuat bahu Koben dan Ali. Kedua-duanya hanya tersenyum. Kononnya tidak sakit. Padahal di dalam hati suka teriak menahan sakit. Walaupun badan Puteri Iris kecil saja namun gadis itu mempunyai asas-asas seni mempertahankan diri. Tahu di mana kelemahan orang.


                       **********************************TO BE CONTINUE*******************************************


Ting Tong !!!


Neno! Neno! Neno! Neno! Neno!



Kecemasan! Kecemasan! Kecemasan!





Dengan ini saya Ratu Adriana Nadine ingin mengatakan bahawa saya ingin singgah a.k.a sambil melambai-lambai seperti seorang puteri sekejap bersama e-novel baru saya









Tetttt!!!!!!!!!!!!!!!!





Comment dan pendapat anda amatlah diperlukan bagi meneruskan penulisan saya.



Sekian,

Terima kasih.


Yang Benar,
Ratu Adriana Nadine,
Ketua Persatuan Orang-orang Comel.



Erk!


Mengada engkau!

Comellah sangat!



Hahahahahahahhaah


Gelakkan dia =P




P/S :: Psstttt ~ Hahahaha. Tumpang lalu mak inchik! Ya inih saya buat cerita baru si non! Ideanya datang melimpah ruah gitewww~ Orang kata durian runtuh gituh lorh! Ada aku kesah! Erk! Melalut engkau! Hehehe.

P/S :: Di dalam masa setengah jam engkau! Aku dapat idea ni dan jemariku selamba menari-nari di atas ini keyboard! Aku ulang. Setengah jam! So how was the story??? Ukeh tak? Kalau tak ukeh aku takkan teruskan. Ini adalah e-novel. Jika ukeh aku akan teruskan tapi tak keluarkan sekarang nilah. Tunggu turn ukeh! Banyak lagi story aku yang lain  tengah menunggu turn. So engkau ambil nombor ukeh! Hahaha. =P Statement mengalahkan retis engkau!

P/S :: Perhatian ! ! ! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Ini adalah dunia fantasiku. Makanya, aku akan berkarya mengunakan imaginasi dan fantasiku yang terencat ini. Maaf jika anda tidak sukakannya. Feel free to get out from this story ukeh. Erk! kejam sungguh ayat aku. maaf mak Inchik! Hehe. =P

P/S :: Maaf jika cerita ini tidak menepati piawaian citarasa anda. Saya hanyalah manusia biasa. Tidak dapat memuaskan hati mana-mana pihak. In shaa allah. Akan cuba memperbaikkan diri saya. TQ.


Till then,



Sincerely,
Ratu Adriana Nadine.

                

11 comments:

  1. best la RATU!!!! very interesting!!! hhhhhuhu.. kene tunggu turn lak... ^____^ ..
    suma krya RATU ni suma best2!!! {<3}
    ske3!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakkk~ Hehehe. best ke? senang aty kite dgr. trus semangat nak menaip. cehh! propa lbh! hehe.
      yapz! kene tgu turn dlu. tgu e-novel yang len dah siap publish kat blog ne. then, bru kite publish citer ne pula. at the same time, kite tga wat citer ne skrg. hehehe. :P Thanx awk cuz sudi bc n comment. wahhh~ panjang engkau ayat aku. hehhee

      Delete
    2. wc.. hehehe... skunk ni...tumpu kat ACK la kan...
      chaiyokkk!!! chaiyokk!!

      Delete
  2. weii......best giler.............x sbr tunggu nxt n3.....fuyoooo.............best2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak syg.. heee. best ke. thanx eh sudi bca n drop ur comment =) Sgt menghargai. sbr ek. hee

      Delete
  3. ble ye nk post cter ne...
    x sabar.... hehehhe
    all d best

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comemnt dear
      hehe tgu turn dear :)
      hahaha thanx dear

      Delete
  4. Seronok..actually sye tgh tunggu SJC skarang..hope ratu dpt publish SJC cpt2..;)

    ReplyDelete
  5. nk sambungan ceta nie.. permulaan yg menarik :)

    ReplyDelete
  6. Interesting.......nak lg,,,, sambungannya......

    ReplyDelete