Iris…
“ARGHHHHHH!!!” Jeritan kuat dari seorang
gadis yang sedang menunggang kuda membuatkan sekitar equestrian tercengang. Si gadis tidak dapat mengawal kuda yang
dikundanginya.
“Aaaaaa! Krish! Koben! Ali!
Tolong!” Jerit si gadis lagi. Kuda yang mengila itu membawa si gadis berlari
keliling equestrian yang luasnya
seluas stadium bola. Krish, Koben dan Ali yang terdengar dan melihat kejadian
tersebut tercengang dan ingin berlari mendapatkan si gadis yang sudah ketakutan
itu. Takut ada apa-apa yang teruk terjadi. Namun langkahan mereka terhenti
tatkala seorang lelaki lengkap berpakaian seperti penunggang kuda melintasi
mereka dengan kudanya. Entah dari mana datangnya lelaki itu. lagaknya seperti prince charming yang ingin menyelamatkan
princessnya saja.
“Aaaaaa! Please help me!!” Jerit si gadis lagi.
“Huge the horse! Rendahkan structure
badan you.” Arah lelaki yang
menunggang kuda tadi. Si gadis yang tersedar dengan arahan lelaki itu mencuri
pandang lelaki yang sedang mengejarnya. Terdiam dia seketika. Bagaikan terpukau
memandang lelaki yang sedang menunggang kuda itu.
‘Ohmaigadd! Is that my prince charming?’ Desis hatinya.
“Arghhh!!!” Terjerit besar si
gadis tadi apabila kuda tersebut berhenti mengejut dan pada masa yang sama
melambungkan tubuh si gadis ke udara. Si gadis hanya mampu memejamkan mata dan
menyerah. Terbayang-bayang tubuhnya akan menciumi tanah yang keras lagi berdebu
itu. Ouch! Pastinya sakit! Patah tulang tak? Tak pun mati? Aish! Simpang
malaikat 44!
“Aik?” Terkeluar perkataan itu
dari bibirnya tatkala terasa tubuhnya tidak mendarat di atas tanah. Akan tetapi
…
“Are you okay?” Soal suara garau kepadanya. Spontan si gadis
mencelikkan matanya. Hampir saja matanya terkeluar dari landasan tatkala
dirinya saat ini berada di dalam dukungan prince
charmingnya tadi.
‘Damn! He’s so hot!’ Desis hati nakal si gadis. Terbayang-bayang
dirinya dan lelaki tadi sedang berlari-lari di tepi pantai sambil berpegangan
tangan. Awwwhhh! Romantic! Hehehe.
“Helooo?” Suara garau tadi kembali menyoal dan merenung ke dalam
mata si gadis. Si gadis kembali tercengang. Pandangan mata itu amat menenangkan
hati perempuannya.
‘Mata dia… Macam pernah nampak. Somewhere I guess.’ Desis hatinya
berfikir. Matanya mereka saling berpandangan di antara satu sama lain. Bagaikan
sedang berkata-kata.
“Princess! Princess ok tak? Maafkan kami kerana cuai.” Sapa satu
suara garau pula. Saat itu juga si gadis tersedar dan mengalihkan pandangannya.
Begitu juga dengan lelaki kacak tadi. Merah muka kedua-duanya menahan malu.
‘Ouch! Kacau dan betullah Krish ni!
Aku nak beromantika sekejap pun tak dapat dowh!’ Desis hati nakalnya dan
menjeling tajam pada Krish,Koben dan Ali yang berdiri di hadapan mereka dengan
riak muka risau dan cemas.
“Ouch!” Mengadu kesakitan
ketiga-tiganya tatkala denga selamba si gadis mengetuk kepala mereka bertiga
walaupun tatkala itu si gadis yang dipanggil ‘princess’ itu masih berada di dalam dukungan lelaki tadi. Lelaki
tadi hanya mampu menyembunyikan senyumannya. Takut dilihat oleh si gadis cantik
yang baru diselamatkannya tadi.
“Cuai! Nanti balik tahulah kita
nak mengadu dengan ayahanda!” Marah si gadis dengan riak muka yang bendang.
Krish,Koben dan Ali hanya mampu menekur melihat tanah sambil mengosok-gosok
kepala mereka yang sakit akibat diketuk oleh si gadis tadi.
“Ehemm.” Lelaki tadi berdehem.
Lantas pada masa yang sama mengambil perhatian si gadis. Tatkala si gadis
memandangnya, sengaja dirnya mengangkat keningnya dan memandang tubuh si gadis
yang masih berada di dukungannya. Tersengih malu si gadis saat itu. Merah mukanya
menahan malu. Malu tak hengat dunia!
“Erk! Ops! Sorry.” Balas si gadis dengan tersengih dan cuba untuk menurunkan
dirinya. Namun lelaki tadi masih tidak memberi sebarang respond dan dengan selambanya si lelaki mengeratkan dukungannya dan
membawa si gadis ke café equestrian
yang berdekatan dengan tempat mereka. Tidak dihiraukan mata-mata yang
memandang.
Si gadis menahan malu ya amat!
Tapi dalam hatinya suka tak hengat dunia. Bagaikan ingin saja masa dihentikan
saat itu. Berada di dalam dukungan seorang lelaki kacak yang tinggi dan
berbadan tegap membuatkan dirinya merasa teruja dan cair. Wangi badan tak usah
dicakap. Wangi ya amat! Terbuai-buai dirinya sehinggakan tidak sedar dirinya
merangkul erat leher lelaki tadi dan membenamkan wajahnya yang cantik ke dalam
dada bidang lelaki itu. Lelaki itu hanya membiarkan dan cuba untuk
memyembunyikan senyumannya.
Krish, Koben dan Ali pula
tercengang apabila ‘lelaki’ yang amat dikenali mereka menyelamatkan ‘princess’ mereka dan kini mendukung
gadis itu menuju ke café. Cepat-cepat
ketiga-tiganya mengekor dari belakang. Takut-takut perkara yang tidak baik
berlaku. Mereka juga yang terpaksa menjawab ‘tuan’ mereka nanti. Apatah lagi
‘orang-orang’ lelaki tersebut yang seramai 6 orang itu sudah siap menunggu di
tepi equestrian dengan lagak ‘men in black’ pula. Tidak seperti
mereka. Berpakaian rona roni atas permintaan si gadis.
Setiba di café, si gadis dan lelaki tadi saling berpandangan. Tiada senyuman
di bibir lelaki tersebut. Apatah lagi sebarang ayat yang keluar dari bibirnya.
Namun renungan matanya mampu mencairkan si gadis. Si gadis sudah didudukan di
sebuah kerusi yang terdapat di café
equestrian mewah itu. namun, rangkulan tangan si gadis masih kemas di
lehernya. Mereka hanya saling berpandangan tanpa sebarang bicara. Entah kenapa,
si gadis merasa tenang menatap sepasang mata milik lelaki itu. Apatah lagi
dengan wajah kacak dan haruman wangi tubuh lelaki tersebut. Bagaikan dirinya
sudah terbiasa dengan bauan lelaki itu.
“Tuanku putera, we’re out if time.” Tegur salah
seorang pembantu peribadi si lelaki. Kedua-duanya tersentak dan spontan
memandang pembantu peribadi tadi. Si gadis memandangnya hairan dan si lelaki
pula memandangnya dengan pandangan tajam. Pandangan tajam kerana menganggu sesi
pandangannnya dan si gadis tadi. Tertunduk si pembantu peribadi kerana
kesilapannya. Begitu juga dengan pengawal-pengawal peribadinya yang lain.
Memang tiada niat dihati untuk mengganggu. Namun, mereka benar-benar kesuntukan
masa. Malahan, untuk hari ini tidak sepatutnya mereka berada di situl. Terdapat
lebih banyak ‘hal’ yang terpaksa diselesaikan.
“Errr. Thanks selamatkan kita.” Si gadis mula bersuara dan berterima
kasih. Rangkulan erat tangan si gadis pada leher si lelaki masih tidak
dilepaskan. Sehingga lelaki itu terpaksa membongkokkan dirinya.
“Most welcome…” Balas si lelaki tadi. Namun, masih tiada senyuman
dibibirnya. Tapi tidak pula si gadis terasa. Entah kenapa, dirinya merasa
lelaki tadi sudah cukup ikhlas kerana mendengar suara itu yang berbisik dan
lembut sudah mampu mencairkan hatinya.
“Ops sorry.” Luah si gadis tatkala rangkulan pada leher lelaki tadi
masih tidak dilepaskan. Bibirnya mengukir senyuman nipis dan menundukkan
mukanya. Malu apabila dirinya merangkul leher itu bagai tidak ingin dilepaskan.
‘Memang tak nak lepaskan pun.’
Desis hati nakalnya.
“It’s okay.” Balas si lelaki tadi dan menegakkan tubuhnya kembali.
Dikemaskan koler baju T-Shirt POLO hitamnya yang sudah renyuk
akibat ditindih oleh tangan si gadis cantik tadi.
“I’ve got to go. See you next time. Asalamualaikum.” Balas si lelaki
lagi dan menundukkan badannya sedikit tanda hormat. Si gadis pantas mengangkat
wajahnya dan memandang wajah kacak si lelaki tadi. Mukanya bagaikan ingin
menangis saja apabila si lelaki ingin pergi meninggalkan dirinya. Si gadis
terdiam tatkala si lelaki memberikan senyuman kecil dan mengusap lembut
kepalanya yang tersarung topi itu.
Saat si lelaki tadi sudah pergi
pun si gadis kaku da tidak bergerak. Entah kenapa, senyuman dan perbuatan si
lelaki tadi membuatkan dia teringatkan sesuatu. Krish,Koben dan Ali yang
melihat reaksi si gadis tercengang. Lebih-lebih lagi apabila si gadis diam
tidak berkutik. Bagaikan di pukau saja.
“Err. Princess? Are you okay?” Soal Krish pada si gadis. Dilayang
tangannya ke udara. Agar si gadis tersedar. Namun tetap sama. Tiada reaksi satu
apa pun. Krish mula mengaru-garu kepalanya dan memandang Koben dan Ali.
“Macam mana ni Koben? Ali?” Soal
Krish pada mereka.
“Cuba engkau sentuh bahu dia Krish.
Kot-kot tersedar. Yelah. Takkan kami kot yang sentuh. Mahunya dia mengamuk. Lainlah
engkau. Engkaukan spesis hampir pupus.” Balas Koben dan sempat mengenakan Krish
yang lembut itu. Tergelak kecil Ali dibuatnya. Bukan tidak tahu sikap Krish dan
Koben itu. Bagaikan anjing dan kucing saja lagaknya. Ada kalanya mereka sebulu.
Dan ada kalanya mereka tidak sehaluan.
“Amboi engkau! Sempat lagi
kenakan aku! Engkau tunggu Koben. Sedap-sedap nama tu Koben nanti jadi kobeng
pula!” Balas Krish geram sambil bercengkak pingang. Matanya dijengilkan pada Koben
agar lelaki berbadan sasa ala-ala Malek Noor itu takut. Tapi percuma saja.
Sedikit pun Koben tidak gentar. Apatah lagi dengan tubuh badan Krish yang
sekeping dan lembut itu. Ali menutup mulutnya menahan ketawa. Takut disembur
oleh Krish pula. Mamat lembut ni kalau menyembur pedas juga telinga dibuatnya.
Selalu saja ingin menang. Hanya dengan ‘princess’
Krish mengaku kalah. Mulut ‘princess’
lagi pedas dari mulutnya. Siapa-siapa yang tidak tahan bolehlah minta bagi
notis 24jam. Hehehe.
“Dah-dah. Udah-udahlah tu
bergaduh. Ni hah. Princess ni. Apa
kes? Krish cuba engkau bangunkan princess ni. Kut-kut dah ‘jalan’. Mampus
kita dikerjakan.” Sampuk Ali dengan riak muka yang gusar.
Krish yang mencengkak pinggang
itu spontan memandang si gadis yang masih kaku ditempat duduknya. Matanya masih
terbuka dan tidak berkelip. Gusar di hati tatkala melihat si gadis. Cemas juga
jika andaian Ali tadi benar. Mahunya mereka dihukum pancung!
“Princess. Oh princess.”
Panggil Krish pada si gadis sambil menepuk-nepuk lembut bahu si gadis. Saat itu
barulah si gadis tersedar dan melepaskan nafas berat. Bagaikan menahan nafas
sejak tadi. Ditarik dan dihembuskan nafas balik-balik sehinggalah dirinya
tenang.
“Fuh! Princess dah ok tak ni?” Soal Koben sambil menghelahkan nafas lega
tatkala melihat si gadis sudah mula kembali seperti asalnya.
“Ok-Ok! Krish! Koben! Ali! Kalau kita ‘pergi’ tadi memang kamu
bertigalah yang kita cari!” Teriak si gadis menempiaskan amarahnya seperti
selalu pada ketiga-tiganya. Terjerit kecil Krish si ‘lembut’ tatkala si gadis
mencubit-cubit badan mereka bertiga. Namun keempat-empatnya terhenti tatkala Iphone
milik si gadis berdering. Spontan si gadis menepuk dahinya. Krish,Koben dan Ali
pula sudah tersengih. Tahu sangat siapa yang menelefon ‘princess’ mereka itu.
“Ehem..” Berdehem kecil si gadis
membetulkan suaranya dan menekan screen
touch Iphone tersebut. Iphone dilekatkan di telinga.
“Asalamualaikum.” Sapa si gadis
lembut dan menyuruh ketiga-tiga ‘orang’nya mendiamkan diri.
“Puteri Iris Megawati binti Raja
Harith Mendaliar! Anakanda di mana sekarang ini? Tahukah anakanda bahawa
ayahandamu Raja Harith Mendaliar tengah murka saat ini.” Kendegaran suara
nyaring wanita di hujung talian. Si gadis yang bernama Puteri Iris Megawati itu
hanya tersengih dan menjauhkan sedikit Iphone dari telinganya. Sound bondanya, iatu Permaisuri Mahrissa
agak kuat.
“Bonda. Bonda. Bonda. Tarik
nafas. Then hembus. Kalau ya pun
bonda, sambutlah salam anakanda dulu.” Balas Puteri Iris selamba.
“Walaikumsalam. Hei! Anakanda
jangan menukar cerita ya. Anakanda di mana sekarang ini? Pulanglah anakanda.
Ayahandamu sudah sakit kepalanya memikirkan kamu.” Balas Pemaisuri Mahrissa.
Sekali lagi Puteri Iris tersengih. Terbayang-bayang wajah bengang ayahandanya
kini.
“Somewhere. But I don’t think I will tell you this time bonda.
Anakanda dah serik! Bonda pantang saja dipujuk dan digoda ayahanda. Mulalah
bonda cair dan bagitahu pada ayahanda di mana keberadaan anakanda.” Balas Puteri
Iris geram. Dulu, pernah sekali dia menghilangkan diri jauh ke luar negara.
Tatkala dimaklumka kepada bonda tersayang. Alih-alih keesokan harinya sudah
terpacak pengawal-pengawal peribadi ayahandanya membawanya pulang. Mahu
seminggu dia merajuk.
“Puteri Iris. Sehingga bila
anakanda ingin berkelakuan seperti ini? Tidak bolehkah anakanda mengembirakan
ayahanda? Seperti kandamu Putera Mahkota Irdad yang selalu menurut kata
ayahanda. Bonda mohon kepada kamu. Baliklah.” Balas Permaisuri Mahrissa dengan
nada sebak. Sebak memikirkan anak daranya yang satu ini. Mereka hanya dua
beradik. Putera Mahkota Irdad Mendaliar dan Puteri Iris Megawati merupakan
hasil cintanya dengan suami tercinta iaitu Raja Harith Mendaliar. Dua-duanya
sama kacak dan cantik. Namun keperibadian Putera Mahkota Irdad lebih terserlah
berbanding adindanya Puteri Iris yang selalu inginkan keseronokan. Putera Mahkota
Irdad sejak kecil mengikut kata kedua ayahanda dan bondanya. Berbanding dengan Puteri
Iris yang selalu memberontak. Namun,Putera Mahkota Irdad amat menyayangi
adindanya Puteri Iris. Selalu saja kesalahan adindanya di selindung olehnya.
“Bonda. Anakanda bukan seperti
kanda Irdad. Anakanda tidak boleh menjadikan diri anakanda robot sepertinya.
Anakanda inginkan kebebasan bonda. Anakanda tidak suka berada di bawah telunjuk
ayahanda.” Balas Puteri Iris tegas. Mukanya juga sudah bertukar serius. Krish,Koben
dan Ali sudah kecut perut melihat wajah ‘princess’
mereka yang ketat itu. Pastinya selepas ini mereka akan menjadi mangsa
kemarahan si gadis.
“Apa salahnya? Baginda adalah
ayahandamu sayang.” Balas Permaisuri Mahrissa. Mengharap pengertian anakandanya.
Puteri Iris mengeluh. Entah sehingga bila dia harus berdepan dengan kongkongan
ayahandanya yang tegas itu. Selalu membuat keputusan tanpa berbincang. Yang
selalu menjadi mangsa adalah kanda Irdadnya. Kasihan… Dia kasihan sekali dengan
kandanya itu. Sejak kecil hidupnya tidak seperti lelaki lain. Hidupnya lebih
skema dan penuh dengan protocol.
Memandangkan dirinya adalah putera mahkota.
“Dahlah bonda. Anakanda tidak
ingin kita bicara tentang ini lagi. Anakanda terpaksa memutuskan talian. Bonda
tidak usahlah risaukan anakanda. Dalam 2 dan 3 hari lagi adalah kelibat
anakanda di istana utara. Love you
bonda. Emuah! Asalamualaikum” Balas
Puteri Iris tangkas dan terus mematikan Iphonenya sekaligus. Tidak ingin
percutiannya kali ini diganggu. Setelah meletakkan Iphone di atas meja. Matanya
merenung pula ketiga-tiga pengawal peribadinya dengan wajah yang serius. Ingin
saja dia tergelak. Ketiga-tiganya membuat muka takut. Nampak saja badan mereka
besar-besar dari Puteri Iris. Namun apabila Puteri Iris membesarkan matanya.
Pasti ketiga-tiganya menekur memandang lantai.
“Gotcha! Hahahahaha. Lawaklah
muka kamu bertiga ni. Takut sangat pada kita.” Suara Puteri Iris yang ceria itu
membuatkan ketiga-tiganya tercengang dan saling berpandangan. Akhirnya
ketiga-tiganya mengukir senyuman tatkala tersedar yang mereka dipermainkan oleh
Puteri Iris.
“Ish. Princess ni. Buat patik bertiga kecut perut saja.” Omel Krish dan
memegang perutnya. ‘Princess’.
Merupakan panggilan pekerja-pekerja istana kepada Puteri Iris. Bukan Puteri
Iris yang meminta. Namun mereka sendiri yang mengelarnya begitu.
“Hahaha. Buruklah muka kamu Krish.
Serupa itu kuda saja.” Balas Puteri Iris dengan tawa yang masih bersisa.
Ditepuk-tepuk bahu Krish yang lembut itu. Cemberut muka Krish dibuatnya. Siapa
tidak kenal Puteri Iris Megawati. Mempunyai tali pinggang hitam dalam taekwando
dan seni pedang.
“Princess ni. Sakitlah…..”
Rungut Krish dengan nada manja dan mengosok-gosok bahunya. Puteri Iris mencebik.
“Sakit apanya. Kamu itu yang
lembut. Tengok Koben dan Ali ini. Badan mereka tough. Sekali ditepuk tidak sakit.” Balas Puteri Iris pada Krish sambil
menepuk kuat bahu Koben dan Ali. Kedua-duanya hanya tersenyum. Kononnya tidak
sakit. Padahal di dalam hati suka teriak menahan sakit. Walaupun badan Puteri
Iris kecil saja namun gadis itu mempunyai asas-asas seni mempertahankan diri.
Tahu di mana kelemahan orang.
**********************************TO BE
CONTINUE*******************************************
Ting
Tong !!!
Neno!
Neno! Neno! Neno! Neno!
Kecemasan!
Kecemasan! Kecemasan!
Dengan
ini saya Ratu Adriana Nadine ingin mengatakan bahawa saya ingin singgah a.k.a
sambil melambai-lambai seperti seorang puteri sekejap bersama e-novel baru saya
Tetttt!!!!!!!!!!!!!!!!
Comment
dan pendapat anda amatlah diperlukan bagi meneruskan penulisan saya.
Sekian,
Terima
kasih.
Yang
Benar,
Ratu
Adriana Nadine,
Ketua
Persatuan Orang-orang Comel.
Erk!
Mengada
engkau!
Comellah
sangat!
Hahahahahahahhaah
Gelakkan
dia =P
P/S
:: Psstttt ~ Hahahaha. Tumpang lalu mak inchik! Ya inih saya buat cerita baru si
non! Ideanya datang melimpah ruah gitewww~ Orang kata durian runtuh gituh lorh!
Ada aku kesah! Erk! Melalut engkau! Hehehe.
P/S
:: Di dalam masa setengah jam engkau! Aku dapat idea ni dan jemariku selamba
menari-nari di atas ini keyboard! Aku ulang. Setengah jam! So how was the
story??? Ukeh tak? Kalau tak ukeh aku takkan teruskan. Ini adalah e-novel. Jika
ukeh aku akan teruskan tapi tak keluarkan sekarang nilah. Tunggu turn ukeh! Banyak
lagi story aku yang lain tengah menunggu
turn. So engkau ambil nombor ukeh! Hahaha. =P Statement mengalahkan retis
engkau!
P/S
:: Perhatian ! ! ! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada
kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Ini adalah dunia
fantasiku. Makanya, aku akan berkarya mengunakan imaginasi dan fantasiku yang
terencat ini. Maaf jika anda tidak sukakannya. Feel free to get out from this
story ukeh. Erk! kejam sungguh ayat aku. maaf mak Inchik! Hehe. =P
P/S
:: Maaf jika cerita ini tidak menepati piawaian citarasa anda. Saya hanyalah
manusia biasa. Tidak dapat memuaskan hati mana-mana pihak. In shaa allah. Akan cuba
memperbaikkan diri saya. TQ.
Till
then,
Sincerely,
Ratu Adriana Nadine.
best la RATU!!!! very interesting!!! hhhhhuhu.. kene tunggu turn lak... ^____^ ..
ReplyDeletesuma krya RATU ni suma best2!!! {<3}
ske3!!!
Wakkk~ Hehehe. best ke? senang aty kite dgr. trus semangat nak menaip. cehh! propa lbh! hehe.
Deleteyapz! kene tgu turn dlu. tgu e-novel yang len dah siap publish kat blog ne. then, bru kite publish citer ne pula. at the same time, kite tga wat citer ne skrg. hehehe. :P Thanx awk cuz sudi bc n comment. wahhh~ panjang engkau ayat aku. hehhee
wc.. hehehe... skunk ni...tumpu kat ACK la kan...
Deletechaiyokkk!!! chaiyokk!!
ehee. ya awak :)
Deletethanx :)
weii......best giler.............x sbr tunggu nxt n3.....fuyoooo.............best2....
ReplyDeleteawak syg.. heee. best ke. thanx eh sudi bca n drop ur comment =) Sgt menghargai. sbr ek. hee
Deleteble ye nk post cter ne...
ReplyDeletex sabar.... hehehhe
all d best
HI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comemnt dear
hehe tgu turn dear :)
hahaha thanx dear
Seronok..actually sye tgh tunggu SJC skarang..hope ratu dpt publish SJC cpt2..;)
ReplyDeletenk sambungan ceta nie.. permulaan yg menarik :)
ReplyDeleteInteresting.......nak lg,,,, sambungannya......
ReplyDelete